Sunday, April 7, 2024

Poksu: Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang jua

BELASUNGKAWA

Kenangan bersama Poksu di Pelembang.
KALAU boleh dirakam sebuah kedukacitaan pada Ramadhan 1445 ini, (setakat hari ini 27 Ramadhan),  berita pemergian Prof Che Musa Che Omar,74 malam tadi, adalah kedukaan mendalam buat saya dan mereka yang mengenali dan hormat kepadanya. 

Prof Che Musa atau Poksu, telah dipanggil menghadapi Ilahi kira-kira jam 1.18 pagi tadi.

Khabarnya, saat akhir Poksu di PPUM Allahyarham didampingi isteri, (Rohani Ismail) anaknya (Norsyida) serta menantu dan cucunya. Beberapa orang sahabat baiknya termasuk Prof  Hashim Yaacob juga berada sama saat itu. 

Kemuliaan hidup seseorang insan itu akan terlukis pada zahiriah.

Poksu dimasukan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada awal Ramadhan lalu, sebelum itu beliau mendapat rawatan di hospital Ampang, Selayang sebelum dikirimkan ke PPUM. Sesuatu yang mengedukan hati saya, apabila seorang akademik bertaraf Profesor dalam bidang Perancangan Bandar dan Alam Sekitar, hanya menerima layanan di hospital biasa-biasa sahaja.

Prof Che Musa
(1950 - 2024)
Tanggal 23 Mac, saya bersama anak buah Poksu sdr Azizi dan Yusri Maimon meziarahinya untuk bertanya khabar. Ketika kami mengunjunginya Poksu biasa-biasa sahaja dan tidak apa-apa kebimbangan yang terukir di wajahnya. Poksu ceria dan masih berjenaka seperti biasa, walaupun tubuhnya sedikit susuk. Tidak dipasti apakah penyakit dihadapinya ketika itu, cuma beliau mengadu hilang selera makan dan berat badan turun mendadak. Poksu juga memberi tahu dia mudah keletihan.

Apabila Poksu menceritakan keadaan itu, saya memahami apa yang sedang dihadapi Poksu. Apa lagi ditambah dengan maklumat mengatakan "sakitnya" ada masalah dengan hati dan sekit jantung. Poksu juga sering sempuk nafas, lebih memahamkan saya. Saya tidak mahu membuat spekulasi tentang sakit Poksu ketika itu, tetapi dari pengalaman saya yang pernah menghidap kanser limpoma dan baru buat pembedahan jantung, dapat mengagaknya.

Maklumat dari jauh.

Suatu maklumat luar dari Kota Bharu, ada seorang rakan isteri memberi tahu, yang Poksu menghindap kanser hati stage four? Hairan saya macam mana, orang nun jauh di Kota Bharu boleh mengetahui keadaan Poksu sedangkan belum ada keputusan diagnosis tentang penyakit Poksu. Tanpa meremehkan maklumat itu saya menduga tentu rakan isteri saya itu ada hubungan (konteks) dalaman dengan pihak PPUM sehingga ia dapat mengkhabarkan penyakit Poksu demikian. 

Ketika saya bersama Azizi dan Yusri
ziarah Poksu.
Beberapa hari selepas itu, sdr Azizi memaklumkan Poksu mengahdapai pneumonia dan terpaksa disuntik morfin. Dengan mengadunkan maklumat sahih daripada Azizi dan cerita orang Kota Bharu itu, maka boleh disimpulkan bahawa Poksu menghadapi keadaan kritikal. 

Dalam sengang begitu, saya hanya mendapat maklumat dari Azizi sahaja tanpa menjengok Poksu. Selang sehari saya akan menghubungi Azizi untuk mengetahui maklumat terkini Poksu. "Keadaan Poksu menurut anaknya agak penat sikit abang Ti, hingga kena suntik morfin," bagi tahu Azizi. Saya boleh fahamkan apabila seseorang pesakit disuntuk morfin bermakna ia mengalami kesakitan.

Berita pemergian Poksu.

Malam tadi saya kurang sihat dan badan terasa sedikit penat apabila terlalu menumpukan kepada penulisan. Saking sibuknya, saya tidak aktif dalam media sosial beberapa hari ini. Hampir semua platform medsos saya tidak buat pengeposan. Rasa penat itu sebenarnya kerana jemu dan loya dengan gelagat politik kita yang tidak kesudahan sehingga terfikir untuk istirehat daripada menulis fasal politik.

Pagi tadi rupanya, sudah dua kali Azizi menghubungi saya, kali pertama jam 9:58 pagi sebanyak dua kali. Panggilan itu tidak terangkat malahan tidak dengar langsung. Saya ketiduran selepas Subuh. Hinggalah masuk panggilan ketiga jam 10:19 baru diangkat dan Azizi memberi tahu, bahawa Poksu sudah tiada tengah malam tadi. "Abang Ti tahu dah Poksu, Poksu tak dak dah," kata Azizi lirih.  

Tiada kata boleh diucapkan pabila mendengar perkhabaran duka itu melainkan melafaskan pengucapan afdal menerima berita seperti itu dengan menyebut inalilahiwainailahirajiun, dan takziah. "Kita redakan sahaja Poksu pergi Zi, itu adalah takdir dan ketentuan daripada Allah SWT.

"Apa boleh buat abang Ti tak sempat untuk kita makan gulai serati dengan Poksu," balas Azizi bernada kelam dan kecewa mengingatkan kata-kata dan harapan Poksu dari atas katil ketika kami melawatnya. 

Iya, semasa kami menziarahi Poksu tempoh hari Allahyarham beriya minta mendoakan agar dia sembuh segera untuk membolehkan makan pagi berlaukkan gulai serati. "Lepas ini, saya sihat kita makan gulai serati di tempat biasa," Gulai serati di Lemah Keramat adalah kegemaran Poksu. Setiap kali beliau ingin melepas hajatnya beliau akan panggil rakan-rakan terdekat untuk makan ramai-ramai, dan saya tidak pernah terlepas. Yang selalu menjadi "jemaah" ialah Azizi dan Yusri. 

Poksu seorang yang baik.

Berbicara soal Allahyarham Poksu, tidak perlu diceritakan tentang budi baiknya. Begitu juga dengan akhlak dan perwatakannya yang menghormati semua golongan. Poksu seorang yang lemah lembut. Walaupun beliau mempunyai kelulusan tinggi hingga ke peringkat Ph.d  dalam bidang Seni Rekabentuk dan Alam Sekitar, tetapi tidak pernah membataskan sempadan hidupnya dengan golongan kanditupun yang tidak berpelajaran. orang dekat dengannya kenal hatribudi Poksu.

Bagi Poksu semua orang adalah sama tanpa dibezakan darjat dan status. Beliau tidak kekok sedikit pun berkawan dengan golongan tidak setaraf akademik berbanding dengannya. Begitu juga gelaran Prof dan Darjah kebesaran bergelar Datuk diterimanya tidak pernah dibanggakan. 

Perwatakan sebegitu mungkin dikeranakan pendidikan dan latar belakangnya. Orang tua Poksu berasal daeri Kadok Kota Bharu, tetapi Poksu membesar di Kuala Krai. Pondok Sungai Durian adalah institusi pendidikan agama keluarganya. Malahan pendidikan awalnya adalah di sekolah Sulatan Yahya Petra Kuala Krai sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan Master ke Universiti Sains Malaysia (USM), kemudian Master di University of Strathclyde Glasgow, Scotland seterusnya Phd di University of Manchester.

Menurut sejarah hidupnya seperti dituturkan Yursi, Poksu adalah satu-satu anak jati Sungai Durian Kuala Krai yang memperolehi pendidikan hingga ke peringkat tertinggi Phd.

Dalam kata lain Poksu menjadi kebanggaan orang-orang Kuala Krai. Beliau adalah ikon kepada Kuala Krai khususnya dalam pendidikan.  Sepanjang hayatnya menaburkan khidmat yang tidak terhitung khsusunya dalam pendidikan yang dicemerlanginya itu. Antara sumbangan besar beliau kepada masyarakat Kuala Krai ialah dalam bidang budaya dan kesenian bersama sdr Maimon ayah kepada Yusri. Saya pernah mengikuti sebuah majlis yang dianjurkan badan budaya ini di pedalaman Kuala Krai. 

Jawatan tertinggi dipegangnya dalam kependidikan ialah sebagai Dekan Fakulti Senibina dan Reka Bentuk di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Disini Poksu terlibat melahirkan ramai anak bangsa menguasi seni dan reka bentuk serta profesional perancang bandar. Selepas berhenti dari UIAM apabila bertanding dalam pilihan raya Poksu berkhidmat di Universiti Kuala Lumpur (UniKL). 

Dengan kejayaan dan kecemerlangannya sebagai dekan, beliau pernah disebut-sebut bakal melonjak ke peringkat lebih tinggi di UIAM sekiranya belum terus berkhidmat tanpa berhenti berpolitik. Tetapi perjalanan itu terbantut apabila Poksu "terkecek dan tersihir" dengan orang politik sehingga melepaskan jawatan kerana ingin bertanding dalam pilihan raya umum tahun 2008 di kerusi parlimen Kuala Krai. 

Pilihan raya itu memberi pengalaman tersendiri dan sangat pahit buat Poksu. Beliau mengenali alif, ba, tha politik daripada kejadian yang tidak disengajakan. Politik itu bervariasi berbeza dengan apa yang Poksu bayangkan. Beliau terkecung. Allahyarham ada menyebut hal itu kepada saya tentang individu bertanggungjawab mengheratnya ke kancah politik. Beliau dikecek dan diberi harapan yang melaut. Kerana obses ingin menaburkan khidmat bakti lebih luas lagi beliau menerima ajakan itu tanpa berfikir panjang.

Beliau mengira, politik penuh dengan budi pekerti seperti dirinya. Politik akan mengenang dan menunaikan janji-janjinya. Katanya, beliau sedia melepas jawatan, atas dasar sekiranya kalah pun beliau akan diberi pembelaan oleh parti bagi meneruskan perkhidmatannya. Namun, ujarnya rupa-rupanya ia adalah tipu dan sandiwara belaka. Selepas kalah di Kuala Krai, ujarnya "saya dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang pembelaan." Poksu meluahkan ini ketika kami bersua di lapangan terbangan Sultan Ismail Putera Kota Bharu.

Menurutnya ada beliau berikan resumenya kepada seorang menteri berasal dari Kelantan, dengan harapan dapat meletakkan beliau dalam apa-apa sektor bersesuai selepas kehilangan kerja, tetapi bukan sahaja resume itu tidak dijawab, bahkan ia ditinggalkan dimeja di lapangan terbang berkenaan. "Saya ambil resume itu dan simpan," ujarnya dengan penuh rasa kecewa. 

Sebagai seorang bersangka baik, kejadian itu tidak memeritkan dirinya untuk tidak bermain politik. Dalam pilihan raya umum lalu (2022) sekali lagi beliau terheret ke kancah politik menjadi pengikut kepada seorang pemabuk politik di Kelantan. Beliau bertanding di Kota Bharu dengan seribu janji lebih indah daripada sebelum ini. Individu itu berjanji untuk memberi perbelanjaan pilihan raya dan memintanya menggunakan wang sendiri, semua palsu, sampai ke akhir hayatnya wang dijanji itu tidak sampai. Perkara ini masih disebut ulang semasa kami menziarahinya. 

Ketika Poksu menyampaikan maksudnya untuk bertanding saya ada menasihatinya agar berfikir dua tiga kali dan jangan mudah "semabur" dalam neon politik. "Lebih baik Poksu fikir sedalam-dalamanya untuk bertanding. Sebab orang yang menjanjikan itu saya mengenali hipokrasi dan lawak serta belawaknya," kata saya. Namun Poksu hanya sanggup sahaja, tetapi tidak mengendahkan. Sehinggalah selesai pilihan raya itu beliau kalah buat kali kedua, beliau menyatakan kekesalan dan marah, baru mengerti akan sepak terajang politik.

Cadang untuk keliling kepulauan Riau.

Tidak lengkap belasungkawa ini kalau saya tidak ceritakan kenangan dan impian kami berdua. Poksu ada mengatur rancangan untuk bercuti sambil mengenali asal usul kerajaan Melayu di kepulauan Riau. Tiga bulan lepas atau pada Januari, saat makan serati terakhir, Poksu mencadang rancangan itu. Misi itu katanya membolehkan saya menulis sejarah tentang kerajaan Melayu Johor - Riau.

Beliau ada menyebut antara pulau yang akan kami kunjungi nanti, bermula di Bantam, ke Pulau Pandang, Lingga, Guntung dan lain-lain. Semua pulau itu berkedudukan dekat di antara satu sama lain yang boleh diakses dengan feri atau boat memakan masa pelautan antara dua hingga tiga jam saja. Poksu cadang untuk tinggal di pulau-pulau itu beberapa hari. 

"Nanti MSO boleh tulis sejarah kerajaan Melayu Johor - Riau untuk panduan dan bahan pemikiran anak cucu akan datang," kata Poksu beriya benar. 

Sebagai pakar dalam bidang seni bina dan alam sekitar sangat relevan untuk Poksu dan juga saya selaku penulis tua menikamti suasana alam Melayu yang masih alami itu. Sebelum ia terusik dengan mordenisasi sangat elok untuk dinikmati sepuas-puasnya panorama itu. Bersungguh beliau menyusun rancangan itu, dan sudah menghubungi seorang rakan bagi mengatur perjalanan kami. 

Katanya dari beberapa buah pulau itu, ada pulau bernama Pulau Lingga. Di pulau inilah terletaknya Gunung Daik seperti mana disebut sebagai pembayang pantun klasik Melayu, berbunyi, Pulau Pandang jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga. Gunung Daik itu terletak di pulau ini, nanti kata Poksu kita akan saksikan gunung berkenaan yang mempunyai tiga puncak. 

Saya jadi teruja bila Poksu memberi tahu begitu. Selama ini saya kira apa disebut dalam pantun itu hanya dongengan dan cipataan semata-mata. Tetapi rupa-rupanya semua nama tempat yang disebut dalam pantun dan syair wujud dialam nyata, seperti Pulau Pandang, Gunung Daik, Lingga, Indragiri, Tanjung Katong dan sebagainya.

Tuhan tidak mentakdirkan kami menyinggahi pulau-pulau lagenda dan bersejarah itu. Poksu terpaksa tunda misi itu kerana terpaksa melayan permintaan isteri dan anaknya untuk bercuti di Kundasang, Sabah. "Nampak kita tangguh dulu untuk ke Batam, MSO, Poksu kena teman Moksu ke Kundasang," begitu tulis Poksu dalam WhatAap. Kebetulan pada masa yang dijanji itu saya juga terhalang kerana terpaksa ke Pekan Baru dan Bangkinang Riau untuk menghadapi kenduri perkahwinan anak kawan.

Selepas itu baik saya atau Poksu tidak ada apa-apa update mengenai misi ke seribu pulau itu. Beliau tidak memberi tahu tarikh baru dan saya juga tidak menanya tarikh bila. Hanya menunggu. Sehinggalah sdr Azizi memaklumkan, yang Poksu sudah berada di hospital, sudah dua malam. 

Satu-satu kenangan bersama Poksu dalam mencari identiti Melayu dan kehebatan kerajaan lama Melayu ialah, kami ke Pelembang tahun 2006. Kebetulan ketika itu Poksu ada berjumpa dan mesyurat dengan beberapa orang pensyarah universiti di Pelembang, beliau mengajak saya sama. 

Semasa disana kami sepat ke Bukit Siguntang bagi menelusuri sejarah dan melihat segala akrologi yang ada, sambil membincang dan berbahas mitos asal usul orang Melayu. Kononya orang Melayu bersusur galur dari keturunan Wan Empuk dan Wan Malini yang mendiami bukit Siguntang itu. Mitos mengenai Melayu berketurunan wanita ini saya menolak, tetapi tidak bagi Poksu. Sebagai orang akademik setiap hujah sama ada hendak ditolak ataupun diterima mesti berfakta.

Itulah Poksu, seorang ahli akademik berjaya dan hebat, tetapi gagal menjadi ahli politik tersohor kerana politik bukan keperibadiannya, dia hanya diheret songsang oleh hantu politik. Kehebatan Poksu adalah dalam bidang kependidikan. 

Semoga budi baik dan jasa Poksu terus subur dalam ingatan seperti mana maksud pantun yang menggunakan pembayang, Pulau Pandang jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang jua.  Salam takziah. [wm.kl. 1:10 pm 07/04/24]

2 comments:

Blogga Professional said...

Kami menawarkan perkhidmatan dan jualan domain laman web dengan kadar RM60 setahun dengan pemasangan percuma untuk blogger! Jadikan blog anda mudah dicapai dan diindeks carian di internet dan lebih profesional, lebih selamat! Hubungi kami di +601173682805 atau lawati tapak web kami di https://bloggaprofesional.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut!

Anonymous said...

DATUK YIP KUM FOOK banyak melakukan kejahatan kepada orang di kawasan Kepong, lelaki (Datuk Yip) ini mengganggu ramai isteri orang, membakar Kuil Hindu di Taman Daya, mengeluarkan sami Buddha dari Kuil di Taman Desa Jaya, Kepong, dan menipu wang.

ENCIK SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya) adalah pembantu (CID) Datuk Yip atau abang iparnya, berapa ramai yang memboikot mereka, Banyak sangat masalah di kawasan Kepong, kerana Datuk Yip Pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong. . , dia dibayar wang kepada polis dan DBKL untuk mengganggu orang ramai, dan sebagainya

YIP KUM POH No: 19B, Jalan Sg 1/9, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor Malaysia (pejabat peguam) YIP KUM POH bukan peguam tetapi boleh membuka pejabat peguam, dia adalah adik lelaki Datuk Yip Kum Fook….”MALAYSIA BOLEH”

Kami tidak senang ketika itu kerana kami berada di bawah kawalan MCA di tempat kami, dan juga Datuk Yip telah digunakan oleh Gangster di kawasan Kepong dan Gombak, kami tidak berharap kepada MCA lagi dan kami adalah kumpulan yang meletak jawatan dari MCA

Kami telah mendengar, bahawa AGONG MALAYSIA (Sultan Johor, Sultan Ibrahim) telah mengambil kembali (Tarik) GELARAN DATUK (Datuk's title), dan kami akan menulis kepada Agong tentang perkara ini

DATUK YIP KUM FOOK (Lawyer) tidak fikir orang bodoh dan anda boleh menghina Buddha dan Hindu tetapi tentang Islam, anda dihina jika anda tidak mempunyai tempat tinggal.

Oleh Ah Keong, Kepong, Kuala Lumpur