Friday, November 10, 2023

Gelora dalam Bersatu apa haluan Pas?

KHUTBAH

TINDAKAN empat orang ahli Parlimen Bersatu yang mengisytihar menyata menyokong kerajaan
Perpaduan dan perdana menteri Anwar Ibrahim, sama ada bermoral atau tidak, ia telah jadi satu masalah kepada parti itu khasnya dan PN amnya. Tindakan itu menyebabkan PN kini di tempuh badai dan bahan gelora. Dalam kata lain, ada keretakan yang serius dalam PN. Jika ibarat kepada sebuah kapal PN kini teroleng-oleng hilang haluan. 
Perikatan Nasional retak?

Malam tadi Bersatu terpaksa membuat mesyuarat tergempar membincang kejadian berkenaan. Antara diputuskan malam tadi parti itu bercadang untuk membawa kejadian itu kepada SPRM dan polis serta menuntut kepastian apakah tindakan mereka itu melanggar akta anti lompat parti atau tidak.

Wednesday, November 8, 2023

Hendonisme dan hipokritisme Dalam Pas

 PENDAPAT 

Mohd Asri, Nik Aziz dan Yahya Othman
Kerancakan orang-orang pAS menabur dan menanam fitnah di padang politik kita menyebabkan saya
tertanya-tanya ke manakah perginya para ulama dan orang yang tahu hukum hakam dalam parti itu kini.
Apakah mereka mengambil sikap menjadi syaitan bisu dan buta kerana perbuatan itu melaba buat mereka. Atau pun telah membuat konsesus bahawa politik Machiavelli boleh dipraktiskan dalam parti itu secara berleluasa?
Adalah sesuatu yang malang sekali kalau para ulama dan mereka yang fakih agama turut tergadai atau mengikut arus "hedonisme" atau "hipokritsme" dalam politik pAS. Ini berbeza dengan cerdik pandai atau pimpinan terdahulu.

Sunday, November 5, 2023

Pas noktahlah menanti buah tidak gugur

SEMBANG MINGGU

19 HARI lagi genaplah setahun Anwar Ibrahim jadi pedana menteri ke-10. Beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri tanggal 24 November 2022. Keesokan harinya kemudian beliau menubuh kebainet dengan kerjasama dari BN-Umno dan juga parti-parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Politik Sarawak (GPS). 

Pelantikan Anwar sebagai perdana menteri ditolak oleh dua parti Melayu yang berkoalisi; Bersatu pimpinan Mahiaddin Yassin dan parti Pas pimpinan Abdul Hadi Awang. Mereka menolak kerajaan Perpaduan kerana kesal mereka tidak dapat menubuhkan kerajaan sedang dalam hisab politik mereka, mereka sudah mencukupi jumlah untuk membentuk kerajaan.

Cadangan Yang di-Pertuan Agung agar membentuk kerajaan Perpaduan bersama PH dan BN ditolak mentah-mentah oleh Mahiaddin dan Abdul Hadi atas kepercayaan dan keyakinan mereka yang lebih berhak. Bayangkan kalau mereka bersetuju untuk bersama membentuk kerajaan Perpaduan, keadaan negara tidak terus mengawat seperti hari ini dan kita dapat meredakan politik negara.