Sunday, March 31, 2013

Saiful Bahrin Terus Mendapat Kepercayaan Tokguru?

UALASAN                                                                                                                        

Adun PAS Selising Saiful Bahrin Mohamad mungkin boleh menarik nafas lega untuk sektika setidak-tidaknya sebelum Dun Kelantan dibubarkan.
Saiful Bahrin: Dicalon sekali lagi?

Semalam di hadapan lebih 10,000 orang yang menghadiri upacara pecah tanah untuk pembinaan Stadium Red Warriors stadium baru Kelantan di Bukit Merbau, Pasir Puteh, Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan Saiful Bahrin akan diberikan peluang bertanding sekali lagi di Dun Selising.

Kalau ini menjadi kenyataan, bermakna Saifu Bahrin akan diberi peluang kali ke empat untuk bertanding di Dun berkenaan. Tahun 1999 beliau telah menangi kerusi berkenaan bagaimana pun tewas tahun 2004 dan menang semula tahun 2008. Kalau dia bertanding lagi pada PRU-13 ini adalah penentuan baginya dan juga menguji akan kekukuhannya dalam politik.

Siaful Baharin harus merasa besyukur atas pengumuman itu kerana beliau seolah-olah diistimewakan oleh Tokguru Nik Aziz. Saifu Baharin sendiri mungkin terperagah dan tidak mempercayai dengan pengumuman itu.

Saturday, March 30, 2013

Chua Jui Meng Perlu Berjiwa Besar

ULASAN                                                                                                                                  

Sesuatu yang sering berlaku dan menimpa oposisi menjelang pilihan raya ialah adanya orang berkecil hati, merajuk, tidak berpuas hari ataupun lari membawa diri kerana kecewa dengan sesuatu perkara yang kecil dan bukan soal pokok dalam perjuangan.

Chua Jui Meng: Merajuk.
Selalunya kekuatan, semangat atau kemantapan pembangkang di peringkat suku awal pertama atau pada suku kedua atau ketiga, tampak begitu menyakinkan. Semua pihak dalam pembangkang dapat bekerjasama dan bantu membantu di antara satu sama lain. Mereka juga menzahirkan kesungguhan dan keikhlasan dengan memasang satu niat dan azam untuk menukar kerajaan yang telah memerintah lebhi 50 tahun.

Tetapi apabila saat akhir, menjelang suku terakhir pembangkang akan menampakkan akan 'jongkang jongkit'nya. Mereka akan menzahirkan perangai dan sifat buruk semula jadi pembangkang yang 'berkedut' di akhir jalan. Ada-ada saja perkara titik bengkit yang berlaku dan akhirnya boleh membawa kecelaruan dalam oposisi. Dukacita lagi perkara yang boleh diselesaikan itu beterusan sehinggalah ke hari mengundi. Malang lagi ia memusnahkan jalan yang dirintis kesekian lama disebabkan sengeketa kecil yang berlangusng hanya satu hari sahaja.

Friday, March 29, 2013

Mengapa Najib Tidak Jadi Bubar Parlimen Hari Ini

BERITA SEKA                                                                                                                   

Ketersasaulan juruhebah perempuan Radio Klasik Nasional kira-kira jam 3:55 minit petang tadi untuk membawa para pendengar ke Putrajaya bagi mengikuti pengumuman pembubaran parlimen oleh perdana menteri Najib Razak tetapi tidak jadi, menjadi tanda tanya ramai.

Juruhebah berkenaan selepas membuat pengumuman itu terus meralat semula kononnya siaran langsung itu tidak dapat diadakan kemudian pengumuman itu ditenggelami dengan muzik. Beberapa minit selepas itu juruhebah itu terus diam dan soal pembubaran parlimen menjadi sepi.

Persoalan timbul kenapa juruhebah berkenaan membuat pengumuman dan seolah-olah bersedia untuk berhubung dengan rakan setugasnya di Putrajaya bagi melaporkan pembubaran parlimen yang memang dinanti-nantikan rakyat? Apakah dia sengaja pandai-pandai atau satu gurauan? Gurau beruk?

Kebiasaanya apa-apa yang diucapkan oleh juruhebah ia adalah atas arahan penerbit. Bukan sembarangan kata-kata atau pengucapan apa lagi perkara sepenting itu boleh dilapazkan oleh seseorang juruhebah.

Demi Kemenangan UBN di Sabah, Rakyat Filipina Perlu Pulang

TAZKIRAH JUMAAT                                                                                                        

Sebahagian besar peniaga dalam pasar ini orang Filipina.
Kalau kita menerima pandangan dan analisa sesetengah orang dan pemerhati politik, tragedi pencerobohan Lahad Datu yang membawa pertumpahan darah sesama serumpun dan segama, ianya sebagai satu tektik atau sandiwara orang akan marah. Kerajaan akan melenting 'murih' kepada penuduhan demikian. Pasukan keselamatan juga marah kerana anggota mereka sudah terkorban, tinggal anak dan isteri, masakan ia satu sandiwara. Nyawa bukan barang boleh dimain-mainkan walaupun nyawa Altantuya dilayan seperti nyawa seekor semut hitam.

Apa yang berlaku di Lahad Datu itu, pencerobohan, serangan, pembunuhan dan kematian adalah realiti. Ia sesuatu yang betul-betul berlaku akibat nafsu dan kurang bijaknya manusia dalam menguruskan kehidupan atau pun terlupa dengan kata-kata sendiri.

Polis mati.. sahih. Penceroboh mati... sahih. Orang awam berpindah randah dan ketakutan.. sahih. Kedamaian di Sabah Timur yang dikecap dan dinikmati selama ini terganggu dan tercemar adalah sahih. Semuanya sahih belaka.

Thursday, March 28, 2013

che'GuBard Umum Tidak Tanding

CATATAN MALAM                                                                                                            

Setiap kali ada event anak muda dia pasti ada.
Aktivis muda dan pelapis politik masa depan yang rajin Badrul Hisham Shahrin atau lebih mesra dengan panggilan che'GuBard telah menutup kilang otaknya dari terus berfikir apakah akan dicalonkan ataupun akan bertanding dimana-mana kerusi. Beliau telah mengambil keputusan awal untuk tidak menyerabutkan dirinya.

che'GuBard telah mengumumkan yang beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini. Penegasan itu dibuat menerusi satu email yang dikirimkan kepada blog Merah Tinta, dan saya percaya ia juga disalin hantar kepada sumber-sumber maklumat lain.

"Mengajak semua peringkat pro perubahan bersatu dan menolak prasangka; che’GuBard dengan ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13 dan sedia menjadi jentera biasa." Begitulah secoret ayat yang disebut dalam kenyataan itu walaupun ia rengkas tetapi sungguh memedihkan.

Mohamad Hasan Harus Belajar Dari Nik Aziz

CATATAN MALAM                                                                                                          

Kata Mohamad Hasan yang masih menganggap dirinya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan walaupun tempoh kerajaan UBN Negeri Sembilan yang bermandatkan kuasa rakyat selama lima tahun berakhir semalam, hari pertama kerajaan lupus tarikh itu berjalan seperti biasa.

Bekas MB Negeri Sembilan?
Beliau masuk pejabat MB hari sebagai MB tamat tarikh.
  
Katanya beliau dan 10 anggota exco tetap melaksanakan tugas seperti hari-hari lain sebelum ini sekalipun Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah terbubar.
 
"Tiada masalah. Cuma yang membezakan adalah peranan kita iaitu sebagai kerajaan sementara ini kita tidak boleh membuat keputusan besar-besar terutama berkaitan soal dasar yang boleh memberi implikasi kepada rakyat dan kerajaan akan datang," katanya dipetik.
   

Wednesday, March 27, 2013

Akademis Bermulut Sabut Diamlah

SUSUPAN MALAM                                                                                                       
 
Ada beberapa orang akademik yang sudah dikenal pasti sebagai mulut sabut mendokong kerajaan kerana kekedudukan dan kepentingan diri, bukan atas dasar perjuangan... telah memberi pandangan mereka berhubung penolakan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat terhadap tawaran tidak bermaruah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim kepada mereka untuk muncul di radio membentangkan manifesto masing-masing.

Masa yang diberikan hanya 10 minit saja itupun ia berbentuk rakaman, buka live. PAS, DAP dan PKR menolak tawaran tak bermaruah itu. Wajar kalau Pakatan Rakyat menolaknya kerana masa 10 minit bukan saja cukup untuk membentangkan manifesto, tetapi untuk kentut sementara najis keluar di dalam tandas pun tidak sempat.

Kalau gemula bekas ketua Umno di kampung saya dulu kalau dia masuk tandas tidak kurang 50 minit masa yang diambilnya.

ISMA Meminta Sesuatu Yang Tidak Relevan Dari Saya...

SESUDAH SUBUH                                                                                                            

Alhamdulilah malam tadi saya memenuhi undangan Ikatan Muslimim Malaysia (ISMA) sebuah pertubuhan atau NGO dakwah Islam untuk berwacana di atas tajuk; Benarkah ISMA Menerima Dana Dari Umno. Wacana itu berlangsung di Bangi, Selangor.

Ini laporan dibuat ISMA mengenai wacana semalam.
Tajuk itu merupakan satu pertanyaan negatif dan ISMA mahu mensucikan diri dari tuduhan berkenaan.

Saya memenuhi jemputan itu atas semangat ukhuwah Islamiyah dan juga sebagai tanggungjawab sebagai seorang penulis. Kehadiran saya membuktikan saya tidak lari daripada tanggungjawab dan merasakan perlu menjelaskan kekeliruan.

Ternyata sekali wacana itu dinanti-nanti oleh anggota ISMA. Anggota ISMA nampaknya komited apabila khabarnya ada yang hadir itu dari Seremban atau di luar Bangi. Laman web ISMA melaporkan 200 yang hadir.

Tuesday, March 26, 2013

Kenapa Khalid Gila-Gila Hendak Bubar DUN Selangor?

MARAH SORE                                                                                                                   

Kalut di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor mengenai cadangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. Apakah keperluan dan kelebihannya jika DUN Selangor dibubarkan esok atau lusa, sedangkan tarikh validnya masih lama lagi iaitu 22 April?

Apakah kerajaan Selangor hendak tunjuk mereka gentlemen berbanding dengan kerajaan-kerajaan UBN yang masih belum membubarkan kerajaan Persekutuan walaupun penggal parlimen ke-12 sudah habis? Saya rasa tidak bijak kalau itulah tujuannya. Tidak ada guna kerajaan Selangor khasnya Khalid Ibrahim hendak tunjuk dia jantan dari jantan, dengan mendahului membubarkan DUN Selangor.

Khalid boleh tunggu sampai tarikh itu lupas atau pun sesudah kerajaan Persekutuan dibubar? Tarikh lupus kerajaan persekutuan ialah 20 April selepas Negeri Sembilan, (27 Mac), Pahang (7 April).

Nik Abduh ke Pasir Puteh, Biar Mengemas Bukan Mencelarukan

FOKUS PAS PASIR PUTEH LESET SIKIT PAS RANTAU PANJANG                          

Malam semalam khabarnya Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berada di Pasir Puteh Kelantan. Dia dibawa berjalan ke beberapa tempat menemui pemimpin PAS kawasan Pasir Puteh. Apakah kunjungan Nik Abduh itu menandakan dia akan bertanding di parlimen Pasir Puteh? Kata orang kalau tidak ada mengada masakan tempua bersarang rendah.

Nik Mohamad Abduh Nik Aziz
Atau pun lantaran kawannya Ketua Penerangan Dewan Pemuda, Riduan Mohd Nor yang disebut-sebut akan bertanding di kerusai parlimen Besut yang bersebelahan dengan Pasir Puteh menjadikan Nik Abduh berselera untuk 'beradu dan beradu' di Pasir Puteh?

Sebelum ini anak MB Kelantan itu disebut-sebut untuk bertanding di kerusi parlimen Pasir Mas ataupun juga parlimen Rantau Panjang. Mungkin desas desus sebelum ini hanya sebagai test merket sahaja. Mencari keserasian dan mahu melihat reaksi penyokong PAS di kawasan itu. Saya sendiri memberi pandangan berhubung ura-ura untuk meletakkan Nik Abduh di Pasir Mas dalam dua catatan sebelum ini. Saya mengingatkan dan memberi pandangan cadangan itu kurang 'menarik'.

Aceh Selatan Yang Kaya Dengan Masjid

CATATAN PERJALANAN                                                                                                  

Perjalanan sejauh kira-kira 750 km dari Banda Aceh ke daerah Tapak Tuan di Aceh Selatan akan menempun lembah, bukit dan pergunungan. Jika hendak dikira perjalanan sejauh itu, melalui jalan berliku-liku turun lembah naik bukit panjat gunung meletihkan. Apa lagi si musafir dalam usia lebih separuh abad seperti saya tambah memenatkan.

Satu laggon yang terdapat di Tapak Tuan.
Namun Allah itu maha kaya dan menyediakan segala penawar dan bantuan untuk hamba-Nya di mana saja dan sepanjang masa asalkan kita tahu merautnya. Pemandangan di kiri kanan jalan menjadikan jarak dilalui itu tidak terasa.

Di lembah di sebelah kiri perjalanan terbentang sawah padi yang hijau bak permaidani dan sebahagian yang sudah masak menguning dan sebahagian lain sudah lunyai ditunai memberi panoroma yang mengembalikan nostalgia buat saya. Anak-anak pesawah akan terbangkit kerinduan silam jikalau melihat panorama itu.

Monday, March 25, 2013

Umno Akan Menang Percuma di 10 Kawasan Keselamatan Khas?

ANALISA                                                                                                                            

Hari ini Najib Razak mengistyharkan 10 daerah di Timur Sabah menjadi kawasan Selamat di Sabah berkuat kuasa hari ini. Sepuluh daerah itu ialah; Kudat, Kota Marudu, Pitas, Baluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Pemilihan kawasan itu sebagai kawasan keselamatan khas yang membawa kepada penubuhan satu jawatankuasa menurut Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri.

Jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Ketua Menteri manakala Najib selaku perdana menteri akan menjadi pemantau. Jawatankuasa lain akan diumum perlatikannya nanti.

Menurut Najib beliau sendiri telah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya Ordinan Pemeliharaan Keselamatan  Awam 1962 dikuatkuasakan bagi memastikan keselamatan rakyat di Sabah terus terjamin.

PAS Tidak Perlu Beri Bulan Kepada DAP

RENUNGAN TENGAHARI                                                                                                 

Saya tidak fikir ROS akan bertindak double standard untuk menggantungkan pendaftaran DAP sebagai sebuah parti politik pada saat-saat parlimen hendak dibubarkan. Kalau ROS mengambil tindakan itu ia tidak mencapai sasaran kalau pun agensi berkenaan sedia menjadi alat kepada kepentingan Umno.

Tindakan menggantungkan pendaftaran DAP akan menambahkan kemarahan rakyat khasnya orang Cina. Mereka yang berilmu pula dan berada atas pagar akan melihat satu tindakan paling jahat, ianya lebih jahat dari serangan penceroboh Sulu ke atas Lahad Datu. Bagaimana pun mungkin Mahathir Mohamad akan terus bangun bercakap tindakan ROS itu tepat sekali.  Malah dia akan tambah sepatutnya DAP sudah lama diharamkan.

PAS Kelantan Jangan Perkecilkan Apa Dikatakan Mustapa

RENCANA KHAS                                                                                                             

Sebelum saya mengambil 'cuti sakit' tiga hari dan berihat di Tapak Tuan Aceh Selatan saya telah pun menulis mengulas mengenai temubual Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed dengan 'talibising' (tv3) menerusi satu rancangan dinamakan temubual. Temubual itu dirakam terlebih dahulu bukan live.

Mustafa: Suasana di Kelantan kini berpihak kepada UBN.
Rancangan itu lebih merupakan rancangan perang saraf Umno untuk mempengaruhi rakyat Kelantan agar memilih parti berkenaan. Tidak banyak kesan yang saya kira daripada rancangan itu untuk Umno Kelantan. Ianya disiarkan tengah malam, kebanyakan orang Kelantan jam 11:00 malam sudah tidur dan 'berbini'.

Ia mungkin boleh mempengaruhi pemikiran orang tua saja, tetapi kerana lewat malam ia tidak mencapai sasarannya. Orang muda pula lebih leka melayan internet, fb dan blog. Kalau segelintir yang mendengarnya dapat menjawab dan membuat kesimpulan sendiri terhadap tujuan dan matlamat rancangan seumpama itu diadakan.

Thursday, March 21, 2013

Anwar Tidak Perlu Layan Nyamuk Fitnah

ULASAN SORE                                                                                                                

Hak mendapat keadilan undang-undang adalah hak semua warganegara di sesebuah negara merdeka yang termaktub dalam di dalam Perlemnbagaan negara. Dalam negara sekular seperti Malaysia mahkamah sivil merupakan tempat paling tinggi untuk mendapat keadilan bagi seseorang. Apabila Anwar Ibrahim membawa beberapa kes untuk mendapat keadilan dan pembelaan itu adalah prosuder biasa baginya yang masih belum terlucut kerakyatan negara ini. Beliau boleh lakukan.

Tetapi apabila pihak yang mengeji dan memfitnahnya tidak pernah berhenti dari melakukan fitnah demi fitnah walaupun mahkamah telah memutuskan pihak penabur fitnah itu bersalah (dalam kes-kes tertentu berkaitan dengannya), namun mereka masih ligat memburuk dan memfitnahkan Anwar. Seolah-olah keputusan mahkamah yang mengenakan denda atau hukuman ke atas mereka tidak memberi bekas sedikit pun.

Wednesday, March 20, 2013

Bertanding di Luar Kawasan, Keberanian Terpuji

SUSUPAN MALAM                                                                                                              

Pilihan raya ke-13 yang sama-sama dinantikan ini menarik dan penuh dengan kesuspenan. Soal bila ianya akan diadakan tidak timbul lagi. Apabila parlimen dibubarkan SPR akan menjalankan tugasnya mengeluarkan writ pilihan raya kemudian mewartakan kepada umum kemudian menetapkan pilihan raya.

Anwar Ibrahim
Pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari setelah parlimen dibubarkan atau terbubar dengan sendiri bila genap tempohnya lima tahun. Perhitungan tempoh itu bermula pada hari pertama sidang parlimen diadakan.

Parlimen Malaysia penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 28 April. Sebelum sampai tarikh itu beberapa Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu akan terbubar dengan sendiri. Periode tamat tempoh lima tahun diambil kira pada hari pertama sesuatu Dun atau parlimen bersidang.

Kisah Sebenar Lahad Datu Terdedah

UALSAN LAPORAN                                                                                                                       


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Badrul Hisham Sharin atau Cikgu Bard  dengan kerjasama Angakatan Perubahan Sabah (APS) telah mengadakan majlis dinamakan Mahkamah Rakyat: Isu Sebenar Lahad Datu - Siapa Pengkianat Sebenar pada malam Isnin lalu telah merumuskan lima perkara berhubung isu yang berlaku di Sabah hari ini.

Lima perkara itu ialah;
  • Tiada siapa yang tidak menghargai pengorbanan prajurit negara, sebaliknya muncul membela kematian wira negara.
  • Pemberian IC menggadai kedaulatan negara memang berlaku malah turut dibuktikan BN terlibat mewujudkan huru – hara sehingga sanggup mengakibatkan kematian ketika hilang polulariti. Ia berlaku setiap kali Umno BN kalah malah kali ini Umno BN bakal kehilangan Putrajaya.

Tuesday, March 19, 2013

Sepatah Kata Untuk ISMA alias Berjasa

MERENUNG KATA                                                                                                       
 
[kemaskini] Barang kali saya tidak perlu membongkar 'rahsia' Dr Mohd Asri Zainal Abidin seperti dijanjikan dalam catatan awalnya kerana apa dimaksudkan rahsia itu sudah terbongkar. Beliau terlebih dahulu mendedahkan rahsianya di dalam twiternya kemudian sudah dihighlightkan oleh beberapa protal berita.

Yang saya maksudkan sebagai rahsia bukan penegasannya tidak akan bertanding di dalam pilihan raya akan datang, tetapi perjumpaannya dengan Najib Razak. Bagi saya perjumpaan itu menarik dan memberi (mungkin) idea menjadikan beliau membuat keputusan tidak mahu terlibat dalam pilihan raya.

Secara peribadi saya setuju kalau beliau tidak terlibat dalam pilihan raya. Biarlah dia kekal berada, berstatus seperti sekarang ini. Harga dirinya lebih mahal dan dia akan menjadi 'hak' semua. Ilmunya tidak dikotori dengan unsur dan elemen politik. Kalau beliau menyertai politik hanya segolongan saja akan menerimanya dan dia juga akan terkena najis siasah yang sukar untuk disamak.

Di Terengganu Runtuh, Di Sabah Tenggelam

ANTARA KITA                                                                                                                 

Cerita projek tembangkalai, tanah runtuh, rumah atau bangunan roboh bukan saja berlaku di Semenanjung khasnya di negeri Terengganu, tetapi ia juga turut berjangkit hingga ke Sabah dan Sarawak. Bangunan seperti stadium, hospital atau pun setesen bas runtuh yang dilaporkan berlaku di Terengganu sudah tidak asing dan pelek lagi. Runtuh adalah senonim dengan Terengganu seperti sinonimasnya penyu dengan negeri berkenaan.

Malahan serangkaian lagi keruntuhan dan kehancuran berlaku cuma tidak dilaporkan. Pembelian iklan di televisyen dan media PB menyebabkan segala macam penyelewengan dan kebusukan itu tertutup, manakala akhbar alternatif tidak terjangkau menghidu segala kedurjanaan tersebut.

Monday, March 18, 2013

Mahathir Yang Tidak Pernah Bertanggungjawab

SUSUPAN MALAM                                                                                                              

Usaha untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara oleh siapa juga dialu-alukan. Tanggungjawab menjaga kedaulatan negara dan keselamatan rakyat bukan saja terletak ditangan pemerintah semata-mata tetapi rakyat seluruhnya tanpa mengira kaum. Negara yang kaya, penuh dengan pembangunan tetapi kalau tidak ada sokongan rakyat akan roboh juga.

Salah sebuah rumah atas air di Sandakan Sabah.
Justeru sesiapa saja yang menganggap negara ini negara mereka, wajib mempertahankan kedaulatan negara sampai ke titisan darah terakhir. Mempertahankan negara sebahagian daripada cabang iman.

Bagaimana pun usaha berkenaan perlulah dilakukan dengan bijak sana dan mengikut undang-undang. Rasulullah s.a.w.  mengajar kita bersifat fatanah. Dalam konteks ini bukan saja dalam konteks undang-undang negara tetapi undang-undang dunia juga. Semua dunia mengiktiraf mengenai hak dan kedaulatan sesebuah negara dan bangsa. Ini sesuai dengan ajaran agama Islam bahawa semua bangsa dan agama adalah makhluk-Nya yang dijadikan penuh dengan maksud-maksud dan tujuan tertentu, dan hendak saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

Bukan Husam Saja, PAS Kelantan Juga Perlu Fikir Tawaran PAS Putrajaya

ULASAN RASA                                                                                                                

Sehari dua lepas tersebar berita PAS Putrajaya mengundang Husam Musa agar bertanding di kerusi parlimen Wilayah Persekutuan Putrajaya. Berita itu menarik perhatian umum terutamanya pemerhati politik. Dalam laporan itu PAS Putrajaya meminta restu pimpinan tertinggi PAS agar melepaskan Husam ke kawasan elit itu. Tampak bersungguh dan ikhlas PAS Putrajaya membuat tawaran dan jemputan itu.

Husam: Jangan cekik leher sendiri.
Yang Dipertua PAS Putrajaya, Mohamad Nazir Zakaria yakin peluang PAS untuk menawan kerusi berkenaan cerah kalau Husam diletakkan bertanding di situ. Ini berdasarkan kepada keputusan pilihan raya lalu di mana PAS kalah tipis dengan Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor. Calon PAS masa itu ialah Mohamad Nor Muhammad yang mendapat 1,304 undi manakala Adnan mendapat 2,734 undi.

Ada benarnya dakwaan Mohamad Nazir itu. Kalau UBN masih meletakkan Adnan Mansor di Putrajaya, UBN akan menghadapi masalah. Banyak janji-jani yang ditaburkan Adnan tidak ditunai. Salah satu ialah janji untuk membina masjid di Persint 8 tidak menjadi kenyataan sampai hari ini. Tanah yang diperuntukan untuk pembinaan masjid itu telah ditukar kepada projek komersial, membina kompleks membeli belah.

Membongkar Rahsia Asri Zainal Abidin...

ULASAN TEMU                                                                                                                   

Kota Bharu 16 Mac pagi, sementara menunggu untuk berangkat ke airport saya mengambil sedikit makanan di cafeteria hotel. Alas perut untuk makan ubat. Sambil makan dan berbual dengan YB Limbongan Drs Zainduddin Awang Hamad, tiba-tiba melalau kelibat Dr Mohd Asri Zainal Abidin alias Dr Maza.

Terserempak dengan Asri di Kota Bharu.
Begitu tertenguk kelibatnya saya teringat kepada satu twit beliau kepada saya beberapa minggu lalu. "Sayuti call saya" begitulah tulisnya rengkas agak penting. Saya terlepas pandang mesej itu menyebabkan hampir enam jam baru saya membalas. Saya tidak memiliki nombor telefonnya. Lalu saya hantar PM menerusi Facebook. Tidak dijawab.

Kebetulan satu hari terjumpa dengan seorang rakan di Utara yang baik dan kenal dengan Dr Maza. Saya minta nombor telefon kemudian menghantar mesej. Tidak jawab juga. Apa lagi saya abaikan, bahawa tidak ada apa-apa hendak cakap ataupun tempoh penting itu sudah berakhir.

Ahmad Maslan Merendahkan Martabat Diri Sendiri

MELEPAS DUHA                                                                                                                     

Cadangn Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan supaya orang ramai melihat dan menilai  sendiri video lucah yang sekali lagi cuba dikaitkan dengan Anwar Ibrahim sesuatu cadangan yang paling buruk dan tidak seharusnya keluar dari mulut seorang pemimpin utama di dalam Umno.

Sebagai orang yang berada dalam Biro Politik Umno dan dianggap salah seorang dari tujuh pemimpin tertinggi yang antara lain tugas dan tanggungjawabnya menentukan hala tuju parti, serta menetapkan tindakan-tindakan semasa parti, beliau harus jaga akhlak dan tidak mempamirkan sifat dan sikpanya sebagai budak-budak mentah Umno yang tidak tahu menilai baik dan buruk.

Kalau cadangan dan gesaan itu datang dari budak-budak Umno, atau si pelontar 'jumrah' di tanah jawi, ataupun si tukang cat kereta atau penjulang manila kad dan sebagainya, tidak menjadi masalah kerana ia dianggap sebagai pantas atau selayaknya. Apakah Mat Maslan ini juga asalnya dari kumpulan sampah sarap itu?

Sunday, March 17, 2013

Kerajaan Kelantan Kenang Jasa Karyawan

ULASAN                                                                                                                             

Setelah memerintah Kelantan selama lebih tiga darsawarsa, akhirnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) memberi salam dan ingatan istimewa kepada insan-insan seni; kaum penulis kreatif, penulis politik, pelukis, pengaton dan ahli persuratan (karyawan) asal Kelantan. Saya rasa sudah lama kaum penulis dan sasterawan Kelantan menunggu satu majlis khas buat mereka. Saya sendiri sudah tertunggu-tunggu akan kesedaran dan keprihatinan ini. Bukan untuk diri saya, tetapi atas nama kerabat atau golongan karyawan kelahiran 03 Kelantan.

Dr Mohd Fadzli: penerimaan ini hanya sebahagiaan saja.
Kalau tidak silap, sudah lebih lima kali saya melontarkan perkara ini kepada pemimpin-pemimpin tertentu supaya direalisasikan. Bahawa kerajaan Kelantan harus mengadakan satu majlis atau upacara khas untuk mengenang jasa dan sumbangan golongan seni ini.

Paling akhir saya memberi tahu kepada Setiausaha Politik MB, Wan Nik Wan Yusuf; selepas satu kuliyah Tokguru... satu Jumaat saya menarik tangannya untuk minum di gerai depan pejabat PAS di Jalan Dato' Pati dan memberi tahu agar kerajaan ikut sedar kewujudan golongan penulis ini dan mereka juga perlu diikhtiraf atau dihargai sama dengan golongan dan profesional lain.

Momentum Sokongan Perantau Sudah Bermula...

 CATATAN RILEKS                                                                                                                                       
Wan Hassan sedang memberi taklimat.

Ekspo Kelantan 2013 yang mempamirkan pelbagai kejayaan dan pencapaian kerajaan Kelantan dalam pelbagai bidang yang diadakan di perkarangan Kompleks Media Karangkraf SB di Shah Alam Selangor bolehlah dianggap satu program bertujuan mengumpulkan rakyat Kelantan yang berada di luar Kuala Lumpur paling berjaya.

Beberapa program seperti itu sebelum ini diadakan agak hambar dan kurang merangsangkan tetapi berbeza kali ini. Kehadiran orang ramai mengisi beberapa slok  sampingan sempena ekspo berkenaan cukup membanggakan. Semalam diadakan majlis 'bertemu mata' dengan anak-anak Kelantan di perantauan cukup meriah sekali.

Tujuh Projek dan Tujuh Dosa Besar dan Hujan Ribut

ULASAN                                                                                                                             

Najib Razak telah menghuraikan tujuh dosa besar yang dilakukan Pakatan Rakyat  khasnya PAS di negeri Kelantan.

Dosa-dosa besar itu ialah;
1. Membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam,
2. Gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan,
3. Membenarkan pemimpin DAP secara rakuas membotakkan kawasan tanah di Lojing,
4. Mempermainkan matlamat perjuangan Islam PAS.
5. Dakwaan Tian Chua yang mempertikaikan isu Lahad Datu dan,
6. Mengadakan tahalusiasy dengan PKR dan DAP .

Tidak jelas apakah satu lagi dosa besar yang ketujuh?

Bila Najib mengketogorikan perkara-perkara itu sebagai dosa besar, menggunakan konotasi agama ia nampak besar dan seolah-olah PAS berada dalam keadaan kufur, munafik sehinggakan boleh terjerumus ke neraka. Aduh sayang...cik Minah bulu ketiak panjang enaknya.

Saturday, March 16, 2013

Majlis Najib di Tanah Merah DiBaham Ribut?

LAPORAN LEWAT                                                                                                            

Majlis Bewah Anak Kelantan Dengan Najib Tun Razak di Tanah Merah semalam ditimpa musibah apabila ribut kencang telah melanda majlis tersebut. Lima buah khemah yang menempatkan orang ramai telah tumbang dan diterbanngkan angin.
Ribuan kerusi bergelempangan dipukul ribut.

50,000 yang hadir seperti mana dilapor dalam protol berita bertempiaran lari menyelamatkan diri. Sehingga ini tidak ada laporan penuh kejadian berkenaan melainkan foto dan juga klik video pendek mengenai kejadian berkenaan yang dimasukkan dalam Face book.

"Bewah Anak Kelantan" bersama Najib itu sempena kunjungan Najib ke empat kawasan parlimen di Kelantan dalam rangka kempen disaat-saat akhir menjelang pilihan raya. Lawatan bermula di kawasan Kuala Krai, diikuti dengan Jeli kemudian ke Kota Bharu.

Thursday, March 14, 2013

Plan Untuk Pakatan Menang di Jeli

FOKUS KAWASAN JELI                                                                                    

Dua kawasan parlimen di Kelantan semacam sudah dianggap sebagai telaga buruk oleh PAS di mana harapan untuk memenanginya tipis. Dua kawasan itu ialah Gua Musang dan Jeli. Kedua-dua kawasan ini ditakhtai oleh tokoh Umno yang sudah terbilang akan kehebatan dan budinya kepada rakyat. Umno sendiri menandakan kawasan ini sebagai super white.

Apandi: Pernah tewaskan Mustapa.
Dalam catatan ini saya hendak menyorot kawasan parlimen Jeli saja tidak bawa sama Gua Musang. Apakah kawasan ini benar-benar sebagai sebuah 'telaga buruk' di mana PAS tidak ada harapan untuk menang? Apakah Mustapa Mohamed seorang yang kebal dan mempunyai pelbagai tangkal dan azimat untuk mempertahankan dirinya?

Kata orang kalau hendak seribu daya dan tidak hendak seribu dalih. PAS boleh membaiki nasib malang di Jeli itu kalau mereka mahukan demikian. Tuhan menyuruh kita berusaha kemudian berserah kepadanya. Jalan untuk menang tidak pernah tertutup. Sebenarnya Jeli bukan telaga buruk bagi PAS, begitu juga Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian bukan telaga buruk bagi UBN.

Tian Chua Akan Didakwa Pagi Ini?

MAKLUMAT SUBUH                                                                                             

Pagi ini Naib Presiden PKR Tian Chua akan didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur ekoran kenyataan (spekulasinya) dibuatnya berhubung tragedi pencerobohan di Lahad Datu Sabah.

Satu e-mail yang dihantar oleh SAAM kepada saya sekejap tadi menjelaskan perkara tersebut. Dalam pada itu e-mail menyatakan sokongan kepada Tian Chua dan yakin ahli parlimen Batu itu tidak bersalah berdasarkan kenyataan langsungnya yang dimanipulasikan oleh media PB dan blog Umno.

Sebelum ini polis telah mengambil kenyataan dari Tian Chua berhubung perkara itu apabila ada beberapa laporan polis dibuat ke atasnya.

Menurut SAAM ada kemungkinan Tian Chua ditahan dan tidak dibenarkan jamin. Tunggu berita lanjut. [wm.kl.7:22 am 14/03/13]

Wednesday, March 13, 2013

Terima Kasih Polis Membantu Kami

RAKAMN RASA                                                                                                                  

Semasa kunjungan saya ke Sabah yang berakhir semalam, khasnya sewaktu di Kunak dan Lahad Datu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dari kedua Ibu Pejabat Polis (IPD) di situ. Kerjasama yang diberikan sungguh menyenangkan.

Untuk menjamin keselamatan kunjungan saya bersama Drs Zainuddin Awang Hamad menerusi program "Musafir Keamanan dan Kebajikan Kelantan", kami terlebih dahulu mendapat bantuan dan pandangan dari pihak polis. Maklumat dan masalah keselamatan semasa juga diperolehi oleh pihak polis. Maklumat ini bagi memudahkan kami membuat tinjauan dan intraksi dengan orang ramai.

Siapa Yang Memperlekehkan Pasukan Keselamatan?

SAYUP MEMANDANG                                                                                                  

Di hari pertama lagi ketika Zahid Hamidi tampil bersama Hishamuddin Hussein memberi sidang akhbar melaporkan perkembangan tragedi pencerobohan di Lahad Datu saya memerhati kredibiliti dan relevansi beliau dalam sidang akhbar itu. Zahid khasnya cuba menampilkan dirinya sebagai seorang Menteri Pertahanan yang berwibawa dan digeruni serta prihatin. Setidak-tidaknya secanggih kapal salam Scorpene.

Cara dia bercakap dan mimik muka yang dipamerkan di skrin tv seakan dia serius, bukan main-main. Zahid menanggalkan iras yang muka selamba dan hemah. Sememangnya didalam situasi sebegitu seorang menteri pertahanan seperti dia harus serius dan mencermin semangat juang yang tinggi. Perang bukan boleh main-main. Perang bukan pemilihan jawatan dalam Umno.

Jenazah Dua Anggota Tentera Tiba di Kampung Halaman

 BERITA                                                                                                                        

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Nik Mat turut sama hadir di Lapangan Terbang Sultan Islam Pengkalan Chepa untuk menanti ketibaan dua jenazah anggota tentera yang terkobran di Sabah, Ahmad Huharaiah Ismail dan Ahmad Farhan Roslan.

Beliau diiringi sama oleh TMB Ahmad Yaacob dan beberapa wakil rakyat. Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamad yang baru pulang dari Sabah juga turut hadir sama.

Media PB buntut tidak mengkredit kehadiran Tokguru dan pemimpin PAS lain dan hanya menyebut kehadiran pemimpin Umno saja.

Pendatang Haram Ke Sabah Memang Milik IC Malaysia

SIASATAN                                                                                                                      

Berbagai-bagai faktor ataupun sebab musabab diperkatakan berhubung dengan tragedi pencerobohan di Lahad Datu Sabah. Macam-macam teori dan pendapat dikemukakan untuk mencari apakah alasan orang "kesultan Sulu" menceroboh Lahad Datu.

Kad pengenalan 'pemberian' bersama kad Umno.
Dalam berbagai-bagai teori dan rumusan itu tidak satu pun disahkan oleh kerajaan. Mungkin kerajaan ada helah dan motif tersendiri tidak mahu menjelaskan apakah sebab sebenar di sebalik tragedi itu dan apakah faktor pendorongnya.

Sikap kerajaan mendiamkan diti menjelaskan punca sebenar berlaku 'kacau ganggu' itu menyebabkan orang ramai keliru dan membuat andaian sendiri yang tidak begitu menyeronokkan banyak pihak.

Bagaimana pun semacam banyak pihak bersetuju tragedi itu disebabkan kelalaian oleh kerajaan sendiri ataupun 'kependekan akal' bekas perdana menteri Mahathir Mohamad yang terlupa untuk melihat apa yang diprojekkan itu menjadi punca atau penyebab sokongan. Projek dimaksudkan itu ialah pemberian kad pengenalan (IC) kepada pendatang haram dari Filipina.

Tuesday, March 12, 2013

Siapa Biadap, TV3 Atau Tian Chua?

MENCANAK MINDA                                                                                                    

Tian Chua tidak perlu gentar.
Tokoh politik pembangkang yang menjadi sasaran UBN hari ini ialah Naib Presiden PKR Tian Chua. Isunya ialah kononnya Tian Chua menganggap tragedi pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara. Tiap malam media PB memainkan isu berkenaan. Tv3 dalah media paling ke depan dan hero di dalam membawa isu ini. Cara tv itu memainkan isu berkenaan sudah tidak waras lagi.

Tv itu seakan melihat Tian Chua lebih bahaya daripada penceroboh Sulu di Sabah. Cara tv mengecam Tian Chua dengan menemu ramah orang-orang tertentu agar mengecam Tian Chua lebih hebat daripada kecamannya kepada penceroboh Sulu.

Tv3 hanya beberapa hari saja menemu ramah orang ramai untuk pengaruhi pemikiran awam agar benci kepada pencerobohan di Lahad Datu itu, sebaliknya mengenai Tian Chua ini berhari-hari dan masih belum ada tanda-tanda ianya akan dihentikan. Mungkin episod Tian Chua akan berpanjang selagi tiadak tokoh oposisi sebagai pengganti.

Seorang Anggota Tentera Kita Korban

TERKINI                                                                                                                         

Hari ini seorang lagi anggota keselamatan kita maut dalam pertempuran di Sabah. Anggota yang meninggal itu ialah anggota ATM Mohd Hurairah yang berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas Kelantan. Hurairah maut dalam pertempuran dengan penceroboh yang berlaku di Kampung Sungai Nyamuk, Tanjung Batu pagi ini.

Menurut Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan akhbar tengah hari tadi jenazah anggota itu akan diterbangkan ke Semanjung esok.

Dengan gugurnya seorang lagi pasukan keselamatan kita ia menjadikan sembilan yang terkorban, manakala di pihak penceroboh 57 orang. Al Fatihah kepada roh Hurairah dan salam takzirah kepada keluarganya. [wm.kl.8:16 pm 12/03/13]

Tenggara Sabah Selamat Yang Tidak Selamat?

ULAS SABAH                                                                                                                  

Saya tidak tahu hendak memulakan di mana catatan mengenai Sabah kali. Ada dua cerita yang ingin saya bawakan. Cerita ini pula bergabung di antara satu sama lain; perang dan politik. Walaupun pemergian ke Sabah dan berada di sana selama lima hari empat malam untuk meninjau keadaan di Lahad Datu dan daerah-daerah lain tetapi sebagai pemerhati dan penulis politik, saya tidak melepaskan peluang untuk membuat tinjaun politik Sabah di saat-saat akhir menjelang PRU-13.

Salah satu kubu di jalan menuju ke Balai Polis di Lahad Datu.
Tentu juga ia akan digali apakah peristiwa yang berlaku di Lahad Datu khasnya kejadian yang meragut nyawa 12 Mac itu memberi kesan langsung kepada politik Sabah.

Atau tepat lagi pemergian saya kali ini ialah untuk melihat kedua-dua keadaan dan situasi itu sekali gus, politik dan perang dan perang dan politik.

Biarlah saya menceritakan keadaan perang atau tragedi pencerobohan dulu kemudian diikuti dengan perkembangan politik di Sabah mutkahir ini atau pasca tragedi - 12 Mac mengenai kronologi pencerobohan puak Sulu dari versi di sana.

Pulang Tengahari Membawa Ole-ole Misteri

SESUDAH SUBUH                                                                                                          

Hari ini saya akan kembali ke Semanjung setelah lima hari berada di Sabah. Ternyata banyak maklumat dan info-info yang menarik mengenai peritsiwa dan tragedi Laha Datu yang kini menjadi perhatian negara dan juga dunia sekitar.

Sedikit sebanyak apa yang berlaku di Sabah turut menjejaskan harapan ramai yang ingin melihat parlimen dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan. Tidak pelik dan salah kalau ada yang membuat spekulasi kelewatan pembubaran parlimen sehingga Najib Razak sudah kehabisan tempoh sebagai PM adalah gara-gara tragedi berkenaan.

Tampak apa yang berlaku di Sabah ini bukan mudah untuk pulih dan sendik seperti sedia kala. Ia umpama sebiji gelas kaca yang terhempas ke batu. Walaupun ia bleh dicantum kembali, dipolis dan dikonkrit tetapi kesan retak tetap ada.

Monday, March 11, 2013

Tokguru Turut Memberi Sumbangan Untuk Sumiati

BERITA LEWAT                                                                                                                                   

Balu Allahyarham Sarjan Major Halim Hamit salah seorang anggota polis yang terkorban dalam insiden di Semporna Sabah seminggu lalu, Sumiati Shurah, 49 tahun terharu atas ingatan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut berdoa agar Allah mengampuni dosa suaminya dan menempatkan roh di makam orang-orang soleh.

Zainuddin menyampaikan sumbangan kepada Sumiati.
Sewaktu ingatan dan salam Nik Aziz itu disampikan kepadanya, Sumiati terdiam tidak terkata apa-apa mungkin tidak percaya MB Kelanan juga bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya bersama dua orang anak.

Salam dan sumbangan MB Kelantan itu disampikan oleh Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamad yang dikirimkan khas oleh MB untuk mengunjungi Sabah bagi melihat sendiri apa yang berlaku di Sabah dua tiga minggu ini ekoran tragedi pencerobohan di Lahad Datu dan serangan ke atas anggota polis di Semporna.

Sandakan Aman Orang Ramai Hidup Seperti Biasa

 SUSUPAN PETANG                                                                                                                              

Saya kira sewaktu di sini (Sandakan) saya ingin rehat sepenuhnya setelah empat hari penuh dengan aktiviti di Kota Kinabalu, Tawau, Kunak dan Lahad Datu yang sedikit menekankan perasaan dan jiwa. Apa lagi Sandakan tidak segawat di Lahat Datu dan Semporna. Kami sengaja check in di hotel yang berhadapan dengan lautan (teluk) yang ditaburan beberapa buah pulau.

Dataran siar berhampir hotel saya masih dipenuhi orang ramai.
Tetapi rupanya tidak begitu, sebaik mendarat di bumi Sandakan saya terus membuat tinjauan dan pemerhatian di sekitar bandar Sandakan. Terasa semacam bersalah pula kalau saya tidak berbuat sesuatu dan memberi sedikit info kepada anda. Bandar ini agak sesak dan penuh dengan kenderaan di parking kiri kanan jalan kerana tiada tempat parking khas. Ia agak kelam kabut sedikit.

Berangkat Ke Destinasi Akhir...Sandakan

InsyaAllah pagi ini saya akan meneruskan pemusafiran untuk melihat dan menyelongkaran rahsia di sebalik pergolakan di negeri bawah bayu ini ke Sandakan. Jam 9:00 pagi akan terbang ke sana. Semalaman di sana kemudian akan kembali ke Semananjung. Semua peristiwa, maklumat dan info yang diperolehi akan dicatat di Semenanjung. Masa terlalu ketat dan tidak memberi ruang langsung untuk saya membuat pengeposan dari sini.

Sepanjang malam tadi tiada kedengaran dan khabar dilaporkan berlaku sebaragan kejadian buruk khasnya di Tawau. Malam tadi saya sempat meninjau sekitar bandar Tawau melihat suasana malam di sini.

Doakan semoga kekalutan di Sabah ini cepat lerai dan cepat pulalah kita menghadapi pilihan raya umum. Termasuk hari ini sudah tiga hari parlimen kita terlajak dan Najib Razak menjadi PM diluar mandat rakyat.

Salam Mso,
Tawau, Sabah. [tawau sbh.7:02 am 11/03/13]

Sunday, March 10, 2013

Musafir Kemanusiaan - Jenguk Perang di Sabah

SALAM SUBUH                                                                                                         

Seperti saya khabarkan tengah malam semalam, saya kini berada di Tawau, Sabah dalam rangka atau pun perjalanan untu menjenguk Lahad Datu bumi yang disiram darah beberapa hari lepas yang kini menjadi topik hangat di mana-mana saja.

Bersama Drs Zainuddin, siap menggerakkan misi.
Kehangatan tragedi itu yang meragut lebih 60 ( lapan pasukan keselamatan dan 53 penceroboh) nyawa menyebabkan tenggelam isu pilihan raya umum ke-13. Mungkin kerana obses kepada apa yang berlaku di Lahad Datu itu menyebabkan ada antara kita tanpa menyedari bahawa tempoh parlimen penggal ke-12 sudah pun berakhir dan kerajaan Najib Razak kini merupakan kerajaan habis tempoh.

Hakikatnya UBN tidak lagi boleh mendakwa kerajaan hari ini kerana mereka kerana mandat rakyat selama lima tahun yang diberikan menerusi PRU-12 sudah berakhir.

Inilah pertama kali dalam sejarah penggal parlimen Malaysia terlajak dan tidak dibubar sebelum cukup tempohnya. Sebelum ini penggal parlimen dibubarkan dalam tempoh empat tahun saja tepatnya kurang lima tahun.

Salam Saya Dalam Perjalanan ke Lahad Datu

Saya kini dalam perjalanan ke daerah bergolak Lahad Datu. Perjalanan dari Kota Kinabalu menerusi udara kini sudah sampai di separuh jalan. Jam 8 malam tadi saya sampai di Tawau. InsyAllah pagi esok akan meneruskan perjalanan melalui jalan darat ke Kunat kemudian terus ke Lahad Datu. Sejak kelmarin saya tak update blog kerana musafir ini. Insyallah bila senang nang nanti saya akan update. Terima kasih. - Tawau,jam 12:20 th mlm.

Thursday, March 7, 2013

Kawasan Keselamatan Khas Pula Di Sabah?

TANGGAPAN PETANG                                                                                                      

Najib Razak: Tubuh kawasan khas.
Tujuan kunjungan Najib Razak ke kawasan sedang bergolak di Lahad Datu Sabah hari ini di samping meninjau keadaan di sana ia juga untuk mengumumkan sesuatu yang penting dan mengejutkan serta boleh diterjemahkan dengan berbagai tujuan di sebaliknya.

Hari ini Najib telah mengumumkan penbentukan kawasan yang dipanggil Kawasan Keselamatan Khas di Sabah? Perwujudan kawasan itu kononnya untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan di kawasan perairan pantai Sabah.

Kawasan yang termasuk didalam kawasan keselamatan khas ini ialah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Kaji Semula Untuk Letak Junaidi di Kuala Krai

PANDANG JUJUR                                                                                                              

Terdengar khabar nama Timbalan Naib Censelor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Junaidi Abu Bakar disebut-sebut sebagai calon parlimen kerusi Kuala Krai. Benarkah ataupun ia satu propaganda semata-mata? Khabarnya nama Junaidi sudah direstui oleh Najib Razak?

Junaidi Abu Bakar
Beberapa pemimpin Umno juga turut mengiyakan desas desus ini. Manakala Junaidi sendiri juga sudah membuat persiapan terakhir dan konfiden benar yang dia akan menjadi calon. Hari ini berjalan dan berbual dengan orang, Junaidi sudah merasakan dia sebagai calon.

Apakah Umno khasnya Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan yang merekmenkan nama Junaidi itu atau ianya pandai-pandai orang Kuala Lumpur saja? Logiknya tentu nama Junaidi itu disebut dari Kelantan dulu bukan Kuala Lumpur.

Umum tahu sebelum ini Junaidi dibawa turun ke Kuala Krai adalah untuk menguji sejauh mana kekuatan dan penerimaan orang Umno Kuala Krai kepadanya. Memang ada maksud Mustapa Mohamed atau mungkin atas arahan orang Kuala Lumpur untuk melakukan testimoni ke atas Junaidi. Testimoni bukan bererti sudah terjamin akan menjadi calon.

Wednesday, March 6, 2013

Mahathir ke Pasir Mas Untuk Rosakkan Umno?

ULASAN                                                                                                                            

Bunyi khabar 9 Mac ini Mahathir Mohamad akan berkunjung ke Kelantan. Daerah yang akan dipijaknya ialah Pasir Mas. Sejak beliau tidak menjadi PM hanya Pasir Mas saja menjadi daeraah kesukaan Mahathir. Seingat saya tidak ada mana-mana daerah yang disinggahnya atau diadakan majlis untuk Mahathir.

Kalau adapun di Kota Bharu, itu pun majlis itu diurusaturkan oleh orang Pasir Mas juga.

Beliau ke Pasir Mas bukan atas kehendak Umno Pasir Mas. Tetapi atas kehendak orang lain atau pun lain. Ada waktu-waktu beliau ke Pasir Mas ketua Umno Pasir Mas sendiri tidak pun berada sama dalam majlis itu.

Khabarnya kedatangan Mahathir ke Pasir Mas nanti sempena majlis dinamakan 'perlepas angin'. Kalau difaham dari sudut permainan tradisional 'peteri', perlepas angin ini ialah oleh orang yang sakit. Di dalam istilah perubatan Melayu Kelantan, orang yang tidak sihat atau sebak ia dianggap sebagai "setuk angin" maksudnya angin atau pun jiwa seseorang itu tidak lawas.

Rengkasan Operasi Daulat Hari Kedua: Jangan Sangsi?

ULAS LANGSUNG                                                                                                         
[penjelasan] Ertinya sembilan mayat yang ditemui dari dalam lubang kubur itu bukan mayat penceroboh yang maut dalam operasi semalam. Semalam dilaporkan 30 penceroboh maut, tetapi mayatnya tidak ditemui. 8:06 pm.

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi agak cenging sedikit semasa mengadakan sidang akhbar berhubung operasi Daulat menggempur penceroboh di Lahad Datu sekejap tadi. Beliau tampil memberi bukti-bukti kejayaan operasi itu bersama Menteri Dalam Negeri Hishmuddin Hussein dengan menunjukkan beberapa keping mayat penceroboh.

Zahid menunjukkan gambar lubang kubur.
Zahid memaklumkan operasi berkenaan telah membunuh 13 penceroboh termasuk seorang di sebelah pagi tadi.

Kedua menteri yang bertanggungjawab secara langsung terhadap apa yang berlaku di Lahad Datu Sabah itu kelihatan kepenatan dan resah menanti detik penamat kepada peperangan itu. Zahid awal pagi tadi dilaporkan berjanji untuk menunjukkan bukti kejayaan operasi bersama itu dengan menunjukkan gambar korban di pihak musuh.

Mungkin ada pertikaian daripada pihak media atau orang ramai yang akan melaporkan berdasarkan fakta fatal bukannya andaian dan persepsi semata-mata. Sifat wartawan ia akan melapor apa yang dilihat dan didengar dan bukan membuat andaian, apa lagi perang saraf.

Lagi Pegawai Tinggi Sokong Pakatan Rakyat

TERKINI                                                                                                                                        

Seorang lagi pegawai tinggi Tentera Di Raja Malaysia (ATM) telah meneyertai PKR, beliau ialah Md Hashim Hussein bekas Penglima Turut Tentera Darat.

Pengistyharan itu di buat di hadapan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam satu sidang media khas.

Maklumat ini diperolehi dari  facebook Setiausaha Politik Anwar, Abd Rahman Yusuf yang mengumumkan perkara ini setengah jam lalu.

Dengan penyertaan ini menjadi sekurang-kurang enam pegawai tinggi tentera telah mengambil keputusan menerjunkan diri dalam politik dan membantu Pakatan Rakyat. Adalah dipercayai seorang lagi pegawai tinggi yang akan berbuat demikian.

Sebelum ini saya sudah melaporkan dua orang pegawai tinggi ATM akan mengikut jejek lima bekas pegawai tinggi yang telah menyatakan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat. [wm.kl.12:58 pm 06/03/13]

Tuesday, March 5, 2013

Rengkas Perkembangan Perang di Sabah

JERATAN INFO                                                                                                                        

Foto Najib dibakar depan Kedutaan M'sia.
Sehingga kini pihak berkuasa Malaysia masih belum mengumumkan hasil serangan ke atas penceroboh yang bermukim di kampung Tanduo Lahad Datu pagi tadi. Apa yang dimaklumkan operasi penghapusan itu tidak mendatangkan apa-apa kecederaan atau kematian di pihak Malaysia.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Hishmuddin Hussein yang mengadakan sidang akhbar bersama dengan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi di Felda Sahabat, Lahad Datu lewat tengah hari tadi. Hishmuddin dan Zahid menjelaskan banyak pihak penceroboh yang terkorban.

Menurut Zahid, Ketua Polis Negara akan membuat pengumuman berhubung perkara itu.

Selepas Serang dan Menang, Tunggu Apa Kata Dunia

ULASAN PERANG                                                                                                          

Peperangan sebenar di Lahad Datu, Sabah sudah bermula secara rasmi jam 7:00 pagi ini apabila ATM dan PDRM telah melancarkan Strategi Nasional Laut Biru (operasi perang) dengan menggempor kampung Tandou yang dijadikan perkampungan oleh para penceroboh sejak lebih dua minggu lalu.

Serangan dimulakan dengan jet penggempur Sukhoi S18 menggugurkan bom di kampung berkenaan kemudian diikuti dengan tembakan mortar dari darat. Dengan terasminya serangan itu ertinya tempoh rundingan dan tawar menawar telah berakhir. Penyelesaian kemelut perang itu secara damai tidak ada hayat lagi.

Apa yang kita dapat lakukan kini tunggu hasil serangan itu. Apakah ia akan lumat hanya sekali serangan sahaja ataupun akan berterusan beberapa hari lagi. Kita mengharapkan kemelut dan perang itu akan berakhir dengan sekali serangan sahaja.

Bom Telah Gugur Di Kg Tanduo?

TERKINI DAN HANGAT                                                                                                  

Maklumat terbaru diterima ATM telah menggugurkan sekurang-kurangnya enam butir bom di kampung Tanduo lokasi yang dijadikan perkampungan para penceroboh. Sehingga ini pihak kerajaan belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi. Tunggu penjelasan dari Perdana Menteri.

Kita teruskan doa agar tiada kemalangan jiwa terutamanya di sebelah pasukan keselamatan kita berlaku. [wm.kl.11:06 am 05/03/13].

Tentera Akan Bertindak Drastik Hari ini?

KHABAR SUBUH                                                                                                                    

Satu khabar diterima memberi tahu semalam Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi telah berjumpa dengan Menteri Luar Sulu bersama seorang ulamak besar dari Indonesia keturunan SULU untuk berunding dan mencari penyelesaian berhubung kemelut perang di Lahad Datu.

Menteri Luar Sulu dan ulamak dari Indonesia berkenaan mencadangkan kepada Zahid agar penyelesaian kemelut itu dilakukan dengan bijak sana tanpa merugikan mana-mana pihak. Menteri Luar dan ulamak itu juga mengatakan kekesalan dan kecaman atas apa yang berlaku.

Sejauh mana permintaan atau cadangan itu diterima pakai walhu'alam. Bagaimana pun katanya Zahid ada menyebut hari ini pihak ATM akan bertindak secara drastik.

Marilah kita semua terus berdoa semoga kemelut perang itu akan selesai dengan damai hari ini. Kita mendoakan agar pasukan keselamatan kita akan dilindungi Allah s.w.t. [wm.kl.7:41 am 05/03/13]

Monday, March 4, 2013

PR Tawar Untuk Adakan Rundingan Meja Bulat Dengan Kerajaan

KENYATAAN                                                                                                                     

Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengulangi cadangan dikemukakan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub agar parlimen memanggil sidang untuk membincangkan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu Sabah.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini yang ditanda tangani oleh Anwar Ibrahim, Lik Kit Siang dan Abdul Hadi Awang, parlimen perlu dipanggil bersidang untuk mendapat gambaran jelas apa yang sedang berlaku di Sabah waktu ini.

Sehubungan itu juga Pakatan Rakyat menawarkan untuk mengadakan sidang meja bulat dengan pemimpn kerajaan bagi mencapai maufakat bersama dalam isu ini.

Perkembangan ini seharusnya disambut oleh pemimpin kerajaan UBN bagi mengendurkan ketegangan politik demi penyelesaian segera pencerobohan di Sabah itu.

Pandangan Mahathir Tidak Bantu Selesai Pencerbohan di Sabah

JELANG MAGHRIB                                                                                       

Sememangnya sebagai bekas perdana menteri Malaysia selama 22 tahun yang tahu serba serbi mengenai perkembangan negara termasuk masalah-malalah keselamatan dan ancaman ke atas negara yang belum diselesaikan, Mahathir Mohamad dapat memberi sesuatu pandangan ke arah menyelesaikan sebarang kemelut yang menimpa negara. 
Mahathir: Orang Sulu ganas.

Mengenai tragedi pencerobohan rakyat Filipina yang mengakui sebagai keturunan Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Semporna dan kawasan lain di Sabah waktu ini, negara sangat butuhkan pandangan nasihat daripada beliau. Dengan pengalaman yang ada tentu Mahathir boleh berbuat demikian. Meneteskan apa-apa idea yang bersinar dan konkrit. 

Keganasan adalah jenayah. Jenayah dibenci dan dikutuk oleh semua bangsa. Selaku orang yang mempelopori NGO anti jenayah perang tentu beliau ada teori atau petua-petua lunak yang boleh menyejukkan hati dan kepala semua pihak dan akhirnya menghentikan tragedi pencerobohan yang sudah meragut 28 jiwa di kedua belah pihak itu.

Najib Ada Menjanjikan Sesuatu Untuk Sulu?

 MENGGALAH MENTARI                                                                                                                                   
Ada pihak-pihak tertentu tidak menerima tragedi pencerobohan rakyat Filipina yang mendakwa dari kesultanan Sulu di beberapa daerah pinggiran di Sabah - Lahad Datu, Semporna, Kunat dan sebagainya bukan seadanya. Ia tidak dianggap sebagai takdir bencana dan mala petaka kepada negara yang harus dipikul bersama seperti sewajarnya sebagai sebuah warga negara yang setia dan bertanggungjawab.

Petikan portal mb.com.ph yang ada disebut nama Najib.
Ada kecenderongan untuk mengaitkan pencerobohan itu dengan mana-mana pihak didalam negara sendiri. Dalam hal ini individu atau puak politiklah yang cuba disangkutkan atau dinajiskan dengan kejadian menyayat hati itu. Perseteruan politik di antara UBN dengan Pakatan Rakat (PR) tidak terkecuali membawa isu ini sebagai modal menyalahkan di antara satu sama lain.

Ia tidak ketara dimainkan oleh pemuka-pemuka utamanya  seperti Mohd Najib Razak yang memimpin BN dan Anwar Ibrahim yang memimpin Pakatan Rakyat, tetapi pihak lain termasuk organ media cuba saling memburukkan dengan mempersoal kemudian mendakwa mereka berdua terlibat dalam tragedi itu. Manakala pemuka politik Cina dan India menikus seolah sedang berangan-angan untuk mendapatkan pisang lemak manis tersangkut di atas syiling.

Sunday, March 3, 2013

PAS Kelantan Boleh Anjur Solat Hajat Untuk Sabah

SELEPAS ASAR                                                                                                                

Tiada maklumat perkembangan semasa keadaan di Lahad Datu, Semporna dan juga daerah-daerah berdekatan lokasi pencerobohan di Sabah. Tidak seperti mana lazim bila berlaku tragedi tanah runtuh atau kemusnahan lain, media akan membuat lintas langsung dan laporan dari masa ke semasa sekerap mungkin.

Apa yang berlaku di Sabah gelap dari pengetahuan kita. Bagaimana perkambangan di Lahad Datu kita tidak tahu. Polis pula tidak membuat penjelasan dan kenyataan semasa. Mungkin bila berada dalam suasana perang begitulah keadaanya. Maklumat menjadi sulit ini menyebabkan orang ramai menjadi kelam kabut dan keliru.

Tentunya mereka yang ada waris atau saudara di daerah-daerah terlibat dalam kecemasa. Apa lagi sanak saudara anggota keselamatan yang dihantar bertugas di sana lagi diamuk bimbang dan rasa takut.

Apakah ada usaha hendak melindungi apa yang sedang berlaku di sana? Berbagai maklumat liar atau pun SMS dari kekawan di lokasi berkenaan atau di Sabah cukup mencemas dan merisaukan kita.  Mereka memberi gambaran yang Sabah dalam kritikal.

Lima Lagi Anggota Polis Terkorban

TERKINI                                                                                                                              

Keadaan di Sabah semakin tegang dan menyayat hati. Hari ini dilaporkan lima orang anggota polis terkorban termasuk seorang pegawai. Kejadian itu berlaku di kampung Seri Jaya, Simunul Semporna.

Menurut kenyataan Ketua Polis Negara Ismail Omar yang kini berada di Lahad Datu Sabah terbunuh dalam satu serang hendap. Dalam kejadian itu dua kumpulan bersenjata turut terbunuh. [wm.kl. 1:39 pm 03/03/13]