Wednesday, June 28, 2023

Jangan biarkan Muda pergi

PANDANGAN

APABILA Syed Saddiq Abdul Rahman membawa partinya Muda untuk bertanding secara solo dalam pilihan raya dienam buah negeri, ramai beranggapan tindakan parti budak-budak itu sebagai tindakan kebudak-budakan. Tindakan itu disifatkan sebagai rajuk seorang budak yang tidak perlu dilayani. Memang budak suka merajuk dan suka juga dibelai.

Apapun tindakan Syed Saddiq itu mendapat perhatian penasihat DAP Lim Kit Siang yang melihat tindakan itu tergesa-gesa lantas meminta Syed Saddiq memikirkan semula. Menurut Lim, Muda patut berada dalam kerajaan bagi menjamin parti kemenangan. Nampaknya Kit Siang reti dan nampak akan peranan sedikit aset yang ada kepada Muda. 

Thursday, June 22, 2023

Tumpuan kini ke enam buah negeri

ULASAN

Sultan Selangor menandatangan
surat pemasyuran pembuburan DUN.
PERHATIAN sakalian rakyat khasnya mereka yang minat dunia politik kini ialah kepada pilihan raya di enam buah negeri. Demam pilihan saya sudah pun bermula apabila sudah ada Dun yang dibubar hari ini. 

Hampir semua kerajaan negeri terbabit hari ini sudah bersetuju dan menetapkan tarikh pembubaran dewan undangn negeri masing-masing. Dun Kelantan dibubarkan hari ini setelah mendapat perkenaan Sultan Kelantan.

Dun Selangor akan dibubar besok Jumaat 23 Jun. Tarikh pembubaran itu sudah diperkenankan oleh Sultan. Begitu juga Dun Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu akan menyusul kemudian. Besar kemungkinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan serentak tarikh penamaan calon dan hari mengundi di enam buah negeri berkenaan.

Friday, June 16, 2023

Pas perlu waspada dengan Annuar Musa

PANDANGAN

BEKAS ketua Umno bahagian Ketereh Annuar Musa telah sah menjadi ahli parti Pas. Pengesahan itu dibuat dalam satu majlis ceramah politik anjuran Perikatan Nasional (PN) yang diadakan di Senawang Negeri Sembila baru-baru ini.   

Annuar Musa yang juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) telah dipecat daripada Umno apabila beliau mengkritik parti dan bersikap menjadi gunting dalam lipatan dalam Umno. 

Pemecatan Annuar itu adalah wajar setelah beberapa tindak tanduknya melanggar disiplin parti dan cuba mengeruhkan parti dari dalam. Beliau yang dilihat memusuhi presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi cuba menaja Ismail Sabri Yaakob untuk mengambil alih jawatan presiden, tetapi gagal. 

Itulah antara kesalahan dan dosa besar Annuar yang tidak boleh dimaafkan sehingga terpaksa dilempar dari Umno. 

Thursday, June 8, 2023

Mari kita membina khandaq

Sebahagian individu yang bersama
Mahathir untuk khianati Anwar.

SESUDAH SUBUH

Kelmarin diadakan pertemuan dalam kalangan penentang kerajaan perpaduan amnya dan penentang Anwar Ibrahim khasnya atas nama untuk membela Melayu.

Pertemuan itu dikepalai oleh Dr Mahathir Mohamad. Tujuan pertemuan itu ialah untuk membela orang Melayu dengan menganjurkan apa dinamakan Proklamasi Orang Melayu. Mereka yang didakwa hadir adalah yang mewakili organisasi dan NGI Melayu.