Friday, January 29, 2010

Dari Negara Orang

Solat Hajat Di Kota Bharu dan Tunjuk Perasaan di Jakarta

KETIKA majlis pidato perdana menuntut royalti Petroleum bermula di stadium Sultan Mohamad ke-IV Kota Bharu, saya baru menjejak kaki ke Jakarta. Sayang, majlis berserjarah malam tadi tidak terakam oleh kaca mata saya kerana jadual ke Jakarta dibuat lebih awal. Bagaimana pun wap dan gelombang kemarahan rakyat atas diskriminasi dan kedegilan kerjaaan Persekutuan yang enggan memberi royalti petroleum kepada Kelantanm dapat dirasai dari kejauhan ini.

Semasa perjalanan ke KLIA beberapa panggilan sudah masuk ke dalam telefon saya dari rakan di Kelantan memberi gambaran dan maklumat mengatakan majlis berkenaan mendapat sambutan luar biasa. Di mana-mana di Kota Bharu orang ramai bercakap dan menyatakan masing-masing akan ke stadium untuk sama-sama bersolat hajat dan mendengar ucapan dari Tengku Razaleigh Hamzah.

Dan ternyata apabila menjelang tengah malam, khabar dari Kota Bharu diterima mengatakan lebih 40,000 memenuhi stadium Sultan Mohamad ke IV. Dapat dibayangkan kehadiran ramai rakyat Kalantan itu menyatakan sokongan kepada kerajaan Kelantan yang menuntut bayaran royalti dan bukannya wang ehsan seperti mana yang hendak diberikan oleh kerajaan Persekutuan.

Katanya Tengku Razaleigh juga bersetuju dengan langkah kerajaan Kelantan menolak pemberian wang ehsan dan menyatakan Kelantan berhak mendapat royalti.

Manakala di Jakarta semalam telah berlangsung tunjuk perasaan sempena 100 hari Susilo Bambang Yudhoyono(SBY) menjadi Presiden penggal kedua. Disebabkan tunjuk perasaan yang disertai berbagai farkasi politik, petani, buruh, mahasiswa dan lain-lain kumpulan itu menyebabkan berlaku kesesakan teruk di Jakarta.

Tunjuk perasaan bermula di Dataran Monas berarak dan berhimpun di depan DPR - Parlimen serta ke istana presiden. Ketika saya lewati di depan DPR berbagai sepanduk masih lagi kelihatan dilonggok di pagar parlimen dan belum dibersihkan oleh pihak pertugas bandaraya.

Kawan yang datang menjemput di Bandara - lapangan terbang terlewat kira-kira tiga jam gara-gara tunjuk perasaan berkenaan.

Bagaimana pun laporan media Indonesia melaporkan tidak ada kejadian buruk berlaku pada tunjuk perasaan semalam. Tunjuk perasaan juga berlaku di bandar besar lain yang menuntut SBY meletak jawatan kerana gagal memimpin barisan Kabinetnya serta kes (isu) mengenai bank Centry yang kini hangat di Indonesia pada masa ini.

Sesuatu yang menarik di Indonesia pemerintah (kerajaan) tidak menghalang atau bertindak kasar ke atas petunjuk perasaan. Malahan SBY dalam ucapannya mengulas tunjuk awal tahun itu menyatakan kesediaan mendengar apa yang diluahkan oleh rakyatnya.

Katanya, rakyat boleh memberi pandangan. membuat seleksi ataupun mengkritik tetapi biarlah dalam keadaan aman dan tidak berlaku kehebohan. Kalau berlaku kehebuhan apa lagi memakan korban itu bukan demokrasi namanya tetapi itu kejahatan.

Mudah-mudahan kerajaan Malaysia juga mengambil sikap sama ke atas acara tunjuk perasaan pada masa mendatang. Ada yang boleh ditiru dari Jakarta oleh Kuala Lumpur. [jkt 7:30 am 29/01/10]

Wednesday, January 27, 2010

Kupasan Sebelum Tidur

Musuh Khianat Kerana Kelemahan Kita

SETIAP kali tercetus kejadian yang tidak diingini seperti perbuatan mencemarkan rumah ibadat, masjid, gereja dan kuil atau lain-lain maka kita ramai-ramai akan bangkit memperkatakannya. Masing-masing melahirkan rasa kesal, kecewa dan sedih atas apa yang berlaku. Kita juga mula menunding jari mencari siapa yang terlibat. Timbulah berbagai teori gelap yang mana lebih memburukkan lagi keadaan.

Kita juga akan buru-buru mula membelek sejarah lama untuk dipadankan dengan apa yang berlaku.

Begitu juga dengan kejadian jahat meletakkan kepala babi hutan di dua buah masjid di Jalan Klang lama awal pagi tadi. Ia satu kejadian yang malang bagi negara ini. Hati umat Islam akan terguris dan pedih dengan perbuatan itu. Bukan saja orang muslimin di sini tetapi di tempat lain juga.

Kejadian itu bukan pertama kali berlaku. Sebelum ini sudah dilaporkan masjid di UM diletakkan kepala babi. Siap dibungkus dalam bendera Pas. Dan lama sebelum ini masjid juga pernah dilontarkan dengan perut babi.

Apakah erti dan tujuan semua perbuatan ini? Sepatutnya isu ini sudah selesai. Semua kita yang cintakan Malaysia dan bernaungan di bumi tercinta ini mencari punca apakah sebab musababnya berlaku demkkian. Bukan saja di pihak Islam, di pihak Hindu dan Kristian yang juga jujur dan berjiwa keagamaan juga turut sama sakit dan pedih dengan perbuatan demikian. Apa lagi rumah ibadat mereka juga turut dihina dan dilakukan perbuatan jahat.

Melihat kejadian itu yang melibatkan semua rumah ibadat ia semacam ada dendam antara satu sama lain. Apakah kita boleh beranggapan begitu? Kalau kita beranggapan begitu ini bermakna sampai ke bila pun masalah itu tidak akan selesai. Tuduh menuduh dan tunding menunding akan berlaku. Misalnya kalau orang Islam beranggapan yang meletak kepala babi itu orang Budha atau Hindu atau Kristian maka maka balas dendam ke atas permis dan rumah ibadat Budha, Hidu dan Gereja akan dilakukan.

Begitu juga sebaliknya.

Rasanya sudah sampai sekarang ini semua pihak mengambil pendekatan lunak, bijak dan terbuka untuk mengatasi masalah ini. Pertama, ialah perasaan syak wasangka yang tidak berdalil hendaklah dibuang. Orang Islam jangan muda menuduh orang Hindu atau Kristian melakukannya. Begitu juga kalau ia terjadi ke atas agama lain, penganutnya jangan mudah prejudis orang Islam yang melakukannya. Sebaliknya semua pihak penganut sama-sama menjaga kepentingan bersama.

Dalam konteks ini orang Hindu boleh kawal - tolong tenguk Masjid. Begitu juga dengan Kristian boleh tolong pantau Kuil Hindu. Juga roang Islam boleh tolong jenguk dan silau terhadap Gereja dan Kuil. Kalau semangat bekerjasama berlandaskan patrotik ini dapat diamalkan saya rasa masalah yang menjadi duri dalam daging ini dapat diatasi.

Dalam konteks lain pula, kejadian menceroboh dan menghina masjid dan surau ini patut dijadikan iktibar oleh orang Islam. Orang Islam khasnya Melayu jangan melihat ia perbuatan khianat semata-mata. Sebaiknya kita semua kena melihat ke dalam diri sendiri. Mahasabah kelemahan dan kekruangan yang ada dalam diri kita dan masyarakat Melayu.

Mungkin kejadian itu berlaku disebabkan perpaduan orang Melayu saat ini tidak padu. Pergaduhan kerana ingin merebut kuasa, harta dan kedudukan menyebabkan Melayu... bergaduh, bersengketa sesama sendiri. Kerenggangan kehidupan ini memudahkan musuh menyusup masuk bagi memecah belahkan perpaduan dan ukhwan orang bangsa Melayu.

Berpandukan kepada iktibar itu adalah elok kalau semua orang Melayu dan Islam insaf mengeratkan semula ikatan ukhwah sesama sendiri. Kurangkan politiking keduniaan dan mantapkan hubungan kemanusiaan. Sudah pasti kalau orang Islam dan Melayu berpadu, musuh dan mereka yang anti kepada Melayu dan Islam akan sukar untuk menyusukkan jarum kebencian dan kejelekkan mereka. [wm.kl. 8:30 pm 27/01/10]

Ulasan Masalah

PKR Perlu Tegas Dengan Zulkefli Nordin

MEMBACA berita kepala babi dilempar di perkarangan dua masjid di Jalan Klang Lama pagi ini tidak sesebu membaca berita dan laporan mengenai Zulkefli Nordin. Entahlah kenapa! Bagi saya politik Zulkefli Nordin dalam konteks Pakatan Rakyat lebih cemar dari kepala babi hutan yang dilempar oleh manusia tidak bertanggungjawab itu.

Kalau kepala babi itu untuk menghina dan menduga keimanan orang Islam di negara ini, saya rasa begitu juga dengan telatah Zulkefli Nordin dalam menghadapi kuasa partinya PKR. Telatah Zulkefli Nordin menyakitkan hati sesiapa saja, kecuali puak-puak Umno yang kini menobatkan Zulkefli Nordin sebagai hero. Poliik Zulkefli bernajis.

Tindakan Zulkefli harus difahami oleh PKR. Tindakan melanggar disiplin itu adalah disengajakan untuk menimbulkan kemarahan. Mungkin apa yang diharapnya, ialah PKR memecat beliau dari parti itu. Itu yang dia mahu. PKR harus mampu menyelami apa yang ada dalam hati Zulkefli. Dalam kedudukan hari ini saya merasakan Zulkefli suka kalau PKR memecatnya bagi membolehkan beliau merealisasikan cita-cita berstrategi.

Membaca kenyataan dan ulasan Zaid Ibrahim mengenai Zulkefli membimbangkan saya. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kecewa dengan keputusan pucuk pimpian PKR yang berlembut dengan Zulkefli. Zaid hairan kenapa PKR masih begitu berhati-hati dan sayang untuk bertindak ke atas Zulkefli. Apa yang saya bimbang yang akan 'cau' nanti bukan Zulkefli tetapi Zaid.

Umum tahu cara PKR menangani isu Zulkefli adalah untuk tidak dianggap sebagai zalim. Maka dia diberi peluang untuk dilihat adil kepadanya. Seperti kata Zaid untuk apa PKR berlaku adil sedangkan Zulkefli telah melakukan banyak kesalahan. Tindak tanduknya menyebabkan keadaan keruh dan menyusahkan penasihat parti. Iya apakah relevannya berlaku adil dan dan kenapa perlu menggunakan prosuder terhadap orang yang tidak tahu menghormati undang-undang?

Telah banyak Zulkefli melanggar disiplin dan bersikap tidak senonoh yang boleh mencemarkan PKR. Antaranya sikap melanggar forum majlis peguam, membuat kenyataan bercanggah dengan aspirasi parti, tidak akur keputusan parti, membuat laporan ke atas Khalid Samad dan lain-lain. Dalam celah-celah itu berbagai kesalahan dilakukan olehnya.

Melihat kepada kesalahan itu apa hendak disayang lagi. Lagi lama menyimpan lagi menyakitkan. Menyimpan Zulkefli macam menyimpan bangkai. Kalau Zulkefli nak menyertai Umno biarlah dia masuk Umno. Keputusan itu kena dihormati. Penyakit yang menghinggap Ibrahim Ali sudah menyinggahi Zulkefli Nordin. Merindui Umno. Jadi elok kalau beliau menjadi calon bebas setidak-tidaknya dia boleh duduk berdekatan dengan Ibrahim.

Pada saya tidak ada guna lagi kalau PKR atau pun Anwar menyanyangi wakil rakyat berkenaan. PKR sebaliknya akan berdepan dengan masalah lagi lama memegang Zulkefli. Ia menyebabkan timbul berbagai persepsi mengenainya. Nanti orang akan mengatakan Anwar takut nak bertindak kerana Zulkefli kononnya banyak menyimpan rahsia Anwar.

Biarlah kalau Ezam Mohd Noor dan gengnya nak gembira atas tindakan itu kerana dengan apa yang dilakukan Zulkefli kini kumpulan itu sudah merasa bahagia.

Melayan Zulkefli samalah melayan budak yang tidak tahu berfikir dan mengguna pakai undang-undangnya saja. Makin dilarang makin menjadi. Jadi kalau kita takut untuk merotankannya, maka tinggal dan bunaglah dia dalam mana-mana longkang. Biarlah Zulkefli menyalak di luar seberapa banyak beliau hendak menyalak sekalipun. Lama kelamaan bila orang tidak melayannya dia akan berhenti. Kita pakat-pakat tengok nanti sejauh mana Umno akan mempergunakannya.

Saya bimbang kalau PKR terus melayani, maka wibawa PKR akan hilang. Orang akan melihat PKR seolah begitu takut untuk mengambil tindakan. Ini juga menyebabkan orang akan menuduh PKR takut kerana dan tidak berkuasa mendisiplinkan anggotanya. Buruknya kepada masa depan, ia akan menjadi senjata untuk orang lain menyerang PKR dan Anwar. Bukankah ini strategi musuh Anwar? [d'kota 6:00 pm 27/01/10]

Tuesday, January 26, 2010

Menganalisa Kawan

Azan Ismail Yang Lebih Kurang Zulkefli Nordin

RABU lepas saya terserempak dengan Ahli Parlimen Indra Mahkota, Azan Ismail di hadapan pejabat Celcom di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Dia nampak saya dari atas kereta dan turun mendapatkan saya. Dia pakai baju oren. Warna keceriaan. Tersengih-sengih dan ketawanya melucu. Perangainya memang macam tu sejak dulu hingga kini.

"Lama tak jumpa, enta sihat ke?" dia bertanya kepada saya. Saya sihat tak sihat akan tetap menjawab sihat. Saya tidak suka bermain dan bermanja dengan sakit. Kemampuan kita melawan sakit itulah kehebatan kita. Begitulah falsafah saya dalam menghadapi sakit.

"Enta macam mana?" tanya saya. Seorang lagi - pengawal peribadinya bertopi, rambut panjang ada ada atas kereta. Tak turun pun. Keretanya biasa saja, bukan baru, tidak segelamour kereta wakil rakyat UBN.

Saya mengamati wajah Azan yang lama tidak jumpa. Dia nampak kurus sikit dan kurang ceria. Wajahnya tak seceria warna baju yang dipakainya. Kali terakhir berjumpa dengan Azan di kopitiam di Danau Kota ketika itu bersama Zulkefli Nordin. Malam itu Zulkefli Nordin bawa seorang janda untuk ditengok oleh Azan. Astaghfirullah! Selepas di siasat janda itu berasal dari Temerloh, Pahang di bawa oleh Zulkefli untuk ditunjukkan kepada Azan bagi mendapatkan kerja. Begitulah menurut empunya cerita. Entah lah...

Rakan saya si lawyer Md Radzi Mustapa, juga ada sama malam itu. Begitu melihat janda itu saya mengenyit mata kepada Radzi? Radzi menggeleng-geleng kepala, dia juga tidak tahu. Akhirnya saya memberanikan diri bertanya kepada Azan. Perempuan itu duduk bersebelahan dengan Zulkefli. Mulanya saya fikir ia isteri muda Azan. Azan agak keberatan untuk menjelaskan. Setelah dia mengeja ... J...A...N...D...A., baru saya faham.

Lepas itu saya dan Azan tidak bertemu lagi. Walaupun ketika di kedai kopitiam itu dia berjanji untuk sama-sama ke pilihan raya kecil Permatang Pauh beberapa minggu selepas itu. Tetapi tidak jadi. Selalu kalau janji dengan Azan tidak pernah terpenuhi.

Dan pada Rabu itu dia membuat janji lagi untuk makan tengah hari. Beriya berjanji minta saya konteks selepas saya selesai mesyuarat.

Petang itu dia semacam ingin menceritakan sesuatu kepada saya. Dari mimik mukanya dia seperti menyimpan sesuatu hasrat yang berat untuk diluahkan. Mungkin hasratnya nak letak jawatan timbalan pengerusi PKR Pahang atau kecewa dengan kepimpinan PKR Pahang yang membelakangkannya?

"Sekarang kini kena berubah?" katanya membuka bicara. Mahu membuka isi hatinya. Saya sebenarnya serba salah nak layan Azan hari itu, kerana nak kejar mesyuarat. Kedua saya sudah geli geleman dengan MP Indra Mahkota ini. Saya tidak suka kepada sikap dan perangainya yang tidak menghormati janji.

"Berubah apa?" kata saya.

"Iya kita kena berubah, kena berani...," katanya tanpa melepaskan apa yang terbuku di dalam hatinya.

"Macam mana dengan Pahang, maksudnya PKR Pahang," tanya saya ingin memancing minatnya. Pertanyaan itu memberi ruang kepadanya untuk bercakap mengenai masalah di sekitar dirinya ketika itu.

"Inilah masalah sekarang. Sejak Datuk Fauzi Rahman jadi pengerusi ini macam-macam jadi," katanya. Saya hanya mendengar saja apa yang dibebelkan. Dari itu sudah saya agakkan dia sudah ada masalah dengan Fauzi Rahman. Sudah tidak nggam dan terasa dibayangi Fauzi.

"Dia nampak macam nak ambil tempat ana saja, kerusi Indra Mahkota..." jelasnya. Bila dia berkata begitu saya sudah faham kenapa 'perubahan' berlaku kepada wajah dan sikapnya. Saya sudah faham apa yang bergelora di dasar hatinya.

Perbualan itu tidak lama. Saya mahu ke mesyuarat dan dia mahu berlalu. Namun dia berjanji untuk bertemu untuk makan tengah hari. "Ok beres, di mana-mana saja, enta call ana," katanya bersungguh sambil berlalu. Saya meminta dia call Radzi untuk sama-sama makan tengah hari lagi pun kami sudah lama tidak bertemu.

Lepas saya mesyuarat kira-kira jam 2:30 Radzi datang ke pejabat. Saya minta Radzi tunggu jam 3:00 kerana Azan nak joit sekali. Tunggu punya tunggu sampai ke malam Azan tidak menjelma. Sebenarnya baik saya dan Radzi tidak kecewa kerana sudah kenal sangat dengan perangai ahli Parlimen peracut bertuah ini. Berjanji dengan Azan samalah berjanji dengan budak.

Saya tidak mahu menceritakan kepada Radzi mengenai apa yang berladum dalam hati Azan ketika itu. Biarlah Radzi tahu sendiri. Atau mungkin Radzi juga sudah tahu sebelum saya tahu bahawa Azan akan meninggalkan PKR, dan mungkin menyertai Umno? Sebab lama sebelum ini Azan sudah pun menyebut mengenai beberapa keburukan Anwar Ibrahim, dan ia disetujui oleh Radzi.

Jadi bila semalam Azan mengumumkan dia meletakkan jawatan sahlah apa yang saya bayangkan sebelum ini. Bagaimana pun tindakan Azan itu pada saya tidak cerdik dan menggambarkan jiwa besar beliau sebagai orang politik. Lagak Azan saya tenguk lebih kurang Zulkefli Nordin saja, kebudak-budakan dan suka melihat gambar sendiri dalam skrin tv. [wm.kl 8:00 pm 26/01/10]

Membuka Galeri

Hassan Ali – Khalid Berbaiklah

PENENTUAN terhadap dua orang pemimpin Pas Selangor, Mohd Hasaan Ali dan Abdul Khalid Samad yang disiasat oleh jawatankuasa disiplin Pas akan diketahui hujung bulan ini. Kedua mereka telah pun diberi tahu oleh jawatankuasa berkenaan, agar hadir ke pejabat Pas di Jalan Raja Laut pada 29 Januari jam 3:00 petang. Mungkin untuk menerima hukuman masing-masing!

Kedua-dua mereka menjadi perhatian umum apabila telah dihadap ke jawatan kuasa disiplin sejak sebulan lalu. Seperti mana dijelaskan oleh salah seorang ahli jawatankuasuasa berkenaan, Wan Mutalib Embong, keduanya didapati bersalah.

Adul Kahlid didapati bersalah melakukan dua kesalahan. Manakala Hassan satu kesalahan. Kesalahan Khalid ini mengenai kenyataan terbuka beliau mengkritik Pesuruhjaya Pas Selangor (Hassan Ali) itu yang menegur Selcat.

Kesalahan satu lagi dilakukan Khalid ialah apabila mendedahkan minit mesyuarat Pas Selangor di dalam blognya. Kesalahan Hassan Ali pula ialah kerana mengkritik secara terbuka terhadap Selcat. Kalau dilihat kesalahan Khalid itu ada kaitan dengan kesalahan dilakukan Hassan Ali. Ia berurutan. Hakim tidak bertauliah boleh menjatuhkan hukum kedua-duanya bersalah dan harus menerima hukuman serupa.

Kedua mereka ini dikenal pasti berlaga angin sejak lama dulu. Pemecatan Khalid sebagai timbalan pesuruhjaya Pas Selangor dilihat punca perbalahan peribadi dan membawa kepada kemelut Pas Selangor. Khalid semacam tidak puas hati dengan tindakan itu walaupun beliau redha.

Mereka dilihat tidak sekata dalam beberapa hal berhubung keputusan Pas Selangor dan juga kerajaan. Khalid berfikir ke Timur, Hassan ke Barat! Walaupun mereka menuju ke kiblat yang sama tetapi jalan yang diambil berbeza menyebabkan ahli yang cetek politik merasakan masing-masing mempunyai kiblat terasing dan terpisah.

Saya tidak tahu apakah ada usaha untuk medamaikan mereka di sepanjang masa berlaku pertikaikan itu? Sepatutnya ada. Kalau ada bomoh tentu ia tidak akan memborak ke lembah yang lebih buruk. Pertentangan keduanya berterusan menjelang muktamar Pas. Khalid dilihat menyokong kumpulan yang tidak disokong Hassan dan begitulah sebaliknya.

Adalah menjadi harapan penyokong dan ahli Pas Selangor saya kira, perbalahan antara kedua mereka itu akan selesai selepas ini. Apabila jawatankuasa menjatuhkan hukuman ke atas keduanya, hendak mereka terima sebagai pengajaran. Hukuman itu tentu sekali bukan menzalimi mereka melainkan untuk mendamaikan keadaan demi keampuhan Pas.

Semua pihak harus letak kepercayaan kepada pengerusi jawatakuasa berkenaan Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim akan memerhati segenap sudut dan mengambil pandangan dari semua pihak serta memikirkan natijahnya sebelum membuat keputusan.

Keputusan kini mungkin sudah ada ditangan Tuan Ibrahim. Sesiapa pun tidak mengetahuinya. Cuma di sini sekiranya keputusan itu menganiaya satu pihak dan memeri ruang kepada pihak lain perlulah diubah. Biarlahlah ia menjadi keputusan yang saksama dan adil dan tidak menimbulkan pertikaian baru.

Sebaik-baik keputusan dan hukuman elok kalau keduanya dikenakan amaran keras bersyarat di mana selepas ini mereka tidak lagi dibenarkan membuat kenyataan sembarangan baik secara lisan dalam blog mengkritik antara satu sama lain. Dan sekiranya keduanya melanggar syarat secara ketara kedua-duanya hendaklah dibuang dari hirerki kepimpinan Pas Selangor. [wm. kl. 11:20 am 26/01/10]

Monday, January 25, 2010

Buang Si Temberang

Usah Simpan Duri Dalam Daging - Pecat Zulkefli Nordin

SAYA telah lama menulis mendedahkan sikap dan perangai buruk ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkefli Nordin (foto). Mempersoalkan gelagat dan tindak tandunya yang suka mengada-nga dan suka mengejar publisiti murahan tanpa mengiara masa dan tempat secara terbuka. Bagi saya beliau seorang yang tahu tahu memnghormati keputusan jemaah dan suka melanggar disiplin parti.

Akhir-akhir ini dia jadi syok sendiri apabila mendapat liputan meluas akhbar kroni UBN dan juga televisyen. Dia suka dan syok namanya di sebut dalam akhbar dan tv. Dia juga merasakan dialah jagohan memperjuangkan Islam.

Tindak tanduknya jelas menjejaskan parti yang diwakilinya, PKR dan juga Pakatan Rakyat. Tetapi dia tidak peduli itu, asalkan dia dapat bercakap, cakapnya didengar dan diberi reaksi. Sebenarnya dia juga tidak pandai berpolitik, tidak tahu meletakkan dirinya dalam suasana politik menguntungkan partinya. Pemilihan Zulkefli Nordin sebagai calon antara dosa besar PKR dalam pilihan raya lalu. Saya tidak fikir selepas ini PKR akan mencalonkan semula Zulkefli.

Kepada anda yang tidak percayai mengenai gaya hidup Zulkefli ini, silalah turun ke Kulim Kedah. Selidik dan tanya rakyat di sana. Kebetulan saya mempunyai pengalaman sendiri mengenai gelagat dan tindak tanduk beliau ini. Malahan orang ini pernah makan dan minum di rumah saya lebih dari dua kali... dan turut membincangkan kedudukannya dalam parti.

Ingatkah anda sekalian, kemenangannya di Bandar Baru - Kulim dibantah oleh calon Umno, Abdul Aziz Sheikh Fadzil. Sebab atau kesalahan bantahan itu ialah kerana Zulkefli tidak menghantar penyataan perbelanjaan pilihan raya disertainya tahun 2004. Afidavit Aziz Fadzil begitu kukuh sekali.

Bukti itu memberi peluang besar kepada Aziz untuk mendapat perintah agar kerusi itu dikosongkan. Tetapi kenapa tiba-tiba saja Aziz menarik balik petisyen itu? Ini ramai yang orang tidak tahu apa yang berlaku di sebalik pembatalan itu. Pembatalan itu bukan saja-saja melainkan ada kira-kira di sebaliknya?

Zulkefli sangat takut dan bimbang dengan petisyen yang dibuat oleh Aziz itu. Dia takut kehilangan kerusi itu. Dalam masa sama pihak PKR juga telah meminta beliau mengosongkan kerusi berkenaan kerana merasakan peluang untuk beliau dapat mempertahankannya adalah sangat tipis.

Parti telah mengarahkan beliau mengosongkan kerusi berkenaan tetapi beliau enggan berbuat demikian. Pada masa itu Anwar Ibrahim sedang diusahakan untuk masuk ke parlimen. Kenapa? Inilah yang orang tidak tahu apa yang berlaku di sebalik kejadian itu. Sebenarnya secara diam-diam Zulkefli dikatakan sudah berunding dengan pihak Aziz Sheikh Fadzil. Seorang lawyer di Kuala Lumpur yang bertindak bagi pihak Zulkefli, yang juga kawannya dan juga kawan saya mengetahui proses rundingan ini.

Apabila saya mendedahkan telatah dan sikap Zulkefli ini ada yang tidak mempercayainya termasuklah orang-orang PKR sendiri. Terutamanya golongan muda yang teruja dengan janji dan cakap-cakapnya yang berkobar-kobar untuk memperjuangkan Islam. Mereka ini hanya mendengar cakapnya tetapi tidak melihat perbuatannya. Islam itu akan sah bukan saja menerusi ucapan tetapi dengan perbutan.

Bagi mereka yang ada pengalaman, kisah-kisah tersendiri dan melihat apa yang Zulkefli lakukan tidak tergamak untuk menerima beliau sebagai seorang pemimpin apa lagi ahli Parlimen. Beliau bagi saya bukan saja sudah melampau dengan tindak tanduknya tetapi seorang yang jahil politik dan tidak berintergriti.

Misalnya kalau dia faham politik dia tidak akan membuat laporan polis terhadap Khalid Abdul Samad. Beliau boleh berlawan dengan Khalid secara senyap saja. Tetapi kerana beliau syok sendiri dan mahukan publisiti murah maka beliau terpaksa menjadikan Khalid sebagai sasarannya. Khalid Samad bukannya musuh Islam nombor satu di negara ini yang patut diperangi seperti mana di lakukan ahli parlimen berkenaan!

Jadi hari ini kalau ada orang mencadangkan agar PKR memecat Zulkefli dari parti itu ia adalah saranan paling tepat. PKR atau Anwar Ibrahim tidak perlu merasa sayang lagi kepada Zulkefli ini. Saya melihat sendiri bagaimana Anwar cukup menjaga hati Zulkefli walaupun tindak tanduk Zulkefli banyak menyusahkan beliau.

Kalau pun PKR pecat Zulkefli ia tidak memberi kerugian apa-apa. Kalau dulu Pakatan Rakyat mengharapkan akan berlaku rampasan kuasa dalama Parlimen, tetapi cita-cita itu kini sudah pun tidak ada lagi. Saya berani tegaskan kalau pun Pakatan mengharapkan undi dari Zulkefli Nordin di Parlimen selama ini ia tidak akan tercapai sebab komitmennya dengan Najib Razak mengikat beliau untuk tidak dapat berbuat apa-apa?

Kepada PKR dan Anwar eloklah kalau keluarkan saja duri itu dari daging. Bukan saja Anwar dan PKR yang merasa lega dengan pemecatan itu, penyokong Pakatan Rakyat yang mengetahui hipokrasi Zulkefli juga akan merasa lega. Cukuplah bagi Anwar melayan seorang manusia yang tidak tahu menerima budi. Sekarang inilah elok kalau PKR Kedah merisik calon baru untuk diletakkan di kerusi berkenaan bagi menggantikan Zulkefli Nordin.

Dan bagi Zulkefli sendiri juga tindakan itu menyenangkan beliau kalau beliau ada hajat untuk memperjuangkan Islam bersama Umno. Silakan... [wm.kl. 5:15 pm 25/01/10]

Sunday, January 24, 2010

Laporan Lewat

Kenakan Tindakan Keras Kepada Bloger Yang Kurang Ajar

TANPA Prejudis saya menyokong penuh laporan polis ke atas seorang bloger yang dikatakan telah menulis menghina Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat dua hari lepas. Wajar kalau polis tangkap bloger berkenaan dan seret ke muka pengadilan seberapa segera yang boleh.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hendaklah bertegas dalam soal ini. Jangan dibiarkan si penderhaka kepada raja terlepas begitu saja. Tindakan perlu untuk memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang lain. Sesungguhnya penghinaan yang dilakukan bloger berkenaan amatlah berat.

Permohonan maaf yang dibuat oleh bloger berkenaan dan penarikan balik tulisan huduhnya itu tidak dapat menghapuskan perbuatan yang keji dan hina beliau ke atas Almarhum itu. Apa yang jelasnya bloger berkenaan telah membuat kesalahan yang fatal dan jelas. Ia bukan saja bercanggah dengan adata istiadat Melayu tetapi bercanggah juga dengan agama.

Kita orang Melayu dan (saya yakin bloger berkenaan Melayu dan beragama Islam) seharusnya tahu membezakan mana yang buruk dan mana yang baik. Mana kata-kata keji dan menghina.
Blog walaupun ia bersifat peribadi tetapi sifatnya adalah terbuka untuk umum. Seharusnya para bloger memaham keadaan dan tanggungjawabnya serta hubung aksesnya dengan dunia luar.

Walaupun kita bebas mencatat dan mencalar apa saja di badan blog kita namun kena ingat bahawa ia tetap juga berikat dengan tatacara kehidupan dan undang-undang lain yang mengawal kita. Jangan gunakan blog untuk menulis dan meluah sembarangan. Setidak-tidaknya buatlah penilaian sendiri sebelum mencatat sesuatu kalau pun malas untuk mencari kebenarannya.

Bloger juga patut tahu menilai mana isu yang sensitif yang boleh mengguris hati orang lain dan mana yang bersifat teguran konstruktif dan bukannya menulis ikut sedap tangan dan mulut nak ucap saja.

Saya memerhati dalam banyak blog khasnya dikendalikan oleh anak-anak muda yang jahil etika mengenai penyiaran, lemah adat istiadat Melayu dan penuh dengan emosi, menulis dengan semborono tanpa mempedulikan orang lain. Bloger begini juga yang menyokong satu pihak bersikap jumud apabila mempertahankan pihaknya kandatipun pihak itu jelas silap atau pun melakukan kesalahan.

Ruang untuk mewujudkan blog liar dan blog hantu juga sepatutnya tidak diambil kesempatan oleh bloger untuk memburuk dan memfitnah orang lain. Kepada saya blog liar dan blog hantu tanpa wajah dan indetiti sebenar adalah tidak layak untuk dipantau apa lagi dipercayai segala maklumatnya.

Sekali lagi ditegaskan tindakan tegas perlu dikenakan ke atas penulis yang menghina Sultan Johor itu. Bloger itu harus diajar sebagai teladan kepadanya. Saya yakin kalau tindakan sebegini dikenakan ia akan memberi kesedaran dan keinsafan kepada bloger lain yang sejenis dengan bloger berkenaan juga. Dengan pengajaran itu lain kali para blog hantu ini akan lebih berhati-hati untuk mencarut! [wm.kl. 9:00 pm 24/01/10]

Berita Pagi

Nazree Akan Menyertai PKR

Pengerusi Gerakan Rakyat Intergriti dan Anti Rasuah, Mohd Nazree Mohd Yunus akan turun ke gelanggang politik secara rasmi dengan menyertai parti Keadilan. Pengumuman kemasukannya aklan dibuat hari ini jam 1:30 petang di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Keputusan Nazree ini menamatkan teka teki ke manakah bekas pemimpin pelajar itu akan membawa dirinya selepas beliau dikatakan berhajat meninggalkan Gerak. Semalam Nazree telah meletakkan jawatan pengerusi Gerak.

Sebelum ini ada desas desus mengatakan Nazree akan menyertai Umno.

Nazree akan menyertai sayap Angkatan Muda Pakatan (AMP) dan dijangka dengan penyertaannya itu akan memberi semangat kepada AMP yang kini dipimpin oleh Shamsul Iskandar Md Akin.

Selamat berjuang kepada Nazree. [wm.kl.8:00 am 24/01/10]

Friday, January 22, 2010

Selepas Subuh

Sang Kelambai Jadi Pegawai Perdana Menteri

BERTUA badan, bloger yang menamankan dirinya Sang Kelambai atau Zaharin Mohd Yassin (foto) dikatakan akan memulakan tugas baru pada 1 Februari ini. Nampaknya hari ulang tahun Wilayah Persekutuan KL membawa tuah kepada Zaharin. Beliau khabarnya akan dilantik menjadi salah seorang pegawai Perdana Menteri selaku Pegawai Tugas-Tugas Khas.

Saya tumpang seronok dan gembira atas perkembangan ini. Molek dan kena sangatlah kalau Najib mengambil Zaharin sebagai salah seorang pegawainya. Zaharin memang mempunyai pengalaman banyak dalam politik. Dia walaupun begitu tetapi bukan tokoh sembarangan. Kenalan politiknya menjangkau jauh, dari parti kesayangannya Umno kepadalah parti-parti pembangkang seperti Pas.

Dia juga diterima dan dimanfaatkan oleh banyak pihak. Dalam masa tertentu Pas menggunakan Zaharin sebagai pemenuh majlis ceramahnya. Hujan dan hentaman Zaharin terhadap Umno boleh tahan juga. Salah satu sebab kenapa Abdullah Badawi panas punggung semasa jadi PM ialah gara-gara serangan terbuka Zaharin terhadap perdana menteri itu. Istilah kerajaan anak beranak yang dilemparkan kepada Abdullah adalah hasil idea Zaharin.

Begitu juga dari kalangan tertentu dalam Umno menggunakan Zaharin sebagai penyampai sesuatu perkara kepada pihak atasan yang tidak tergamak untuk diucapkan. Setiap kali menjelang perhimpunan agung Umno melibatkan pemilihan Zaharinlah yang akan dicari oleh mereka yang nak bertanding, menjadi tukang kempennya.

Bukan sekali saya sendiri lihat bagaimana keberanian Zaharin dalam mengkritik seseorang. Dia akan mengherdik sesiapa saja tidak kita menteri, perdana menteri (kecuali agong) jika dia fikir tidak kena pada akalnya. Apa yang beliau lakukan untuk memperbaiki diri dan performance seseorang. Kalau pegawai menteri ialah untuk memperbetulkan pegawai berkenaan.

Gara-gara sikapnya yang out spoken itu menyebabkan pegawai menteri, setiausaha politik, akhbar begitu hati-hati bila berurusan dengan Zaharin. Mereka akan layan Zaharin bagaikan meniti jambatan halus.

Mudah-mudahan dengan tugas baru ini Zaharin akan senang dan dapat membantu Najib sebaik mungkin. Barang kali selepas ini suasahlah nak jumpa Zaharin di lobi-lobi hotel atau pun di The Mall 'zone larangan' tempat para bloger dan broker politik melepak. Dia tentu akan berpejabat di Putrajaya dan menguruskan tugas-tugas tertentu untuk Najib.

Tahaniah kepada Zaharin. [wm.kl.8:00 am 22/01/10]

Thursday, January 21, 2010

Sambungan Lalu

Siapa Taukeh Cah Keting Dalam Pas Kelantan?
(Bahagian 2 dan Akhir)

MENYAMBUNG tulisan bahagian pertama dulu di bawah tajuk "Siapa Taukeh Cah Keting Dalam Pas Kelantan?", yang mahu mendeskripsikan di sini ialah kenyataan Nik Aziz itu berhubung dengan permainan jatuh menjatuh dalam politik Pas dan bukan dalam aspek lain. Lagipun saya percaya orang akan cenderong mahu mentafsirkan maksud Nik Aziz itu dalam aspek politik.

Saya tidak akan menamakan sesiapa orang yang menjadi taukeh kepada cah keting itu. Saya hanya menghurai dan menurunkan semula sejarah kegeloraan politik Kelantan dari tahun 1995 hinggalah ke hari ini. Dari sini nanti penjenguk dan pemerhati politik Kelantan yang cekap akan dapat membuat kesimpulan sendiri.

Yang ingin saya tegaskan di sini tidak mungkin taukeh cah keting ini Nik Aziz sendiri. Apa yang mungkin terjadi dan itulah hakikatnya Nik Aziz hanya melaksanakan apa yang orang cadang, usulkan atau nasihatkan dia sahaja. Penasihat itu tidak kira dari kalangan kroninya atau penasihat politiknya.
Selebih dia renung dan tilik sendiri dan kalau sempat dia adakan solat istikharah sebelum membuat keputusan atas nasihat yang mungkin datang dari taukeh cah keting itu. Agak malangnya kalau keptusan atas penasihat itu tidak sempat diistikharahkan,

Sejarah politik Kelantan dari 1995 sehingga kini seperti berikut. Tiga tokoh Pas Kelantan telah terpelanting dari kedudukannya yang menjadi tiga tungku kepada pentadbiran Nik Aziz. Mereka ialah Abdul Halim Abdul Rahman, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Abdul Fatah Haron. Mereka ini digelar sebagai Tiga Abdul yang menguasai Nik Aziz.

Abdul Halim dipecat dari kedudukannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan. Sejajar itu juga beliau telah dipindah bertanding dari kerusi DUN Kijang ke parlimen Pengkalan Chepa pada tahun 2004. Sekaligus perubahan Abdul Halim itu menafikan peluangnya nuntuk jadi MB Kelantan. Tempat Halim dipenuhi oleh Husam Musa yang sebelum ini bertanding di kerusi parlimen Kubang Kerian.

Serentak dengan tindakan ke atas Halim, Wan Abdul Rahim juga dipecat dari menjadi Setiuasaha Badan Perhubungan Pas Kelantan. Manakala Abdul Fatah yang menjadi regu intim mereka dipecat dari menjadi Ketua Penerangan Pas Kelantan. Tempat Rahim diganti dengan Wan Ismail Wan Jusoh. Manakala tenpat Fatah diganti dengan Takiyuddin Hassan.

Pecat memecat tidak berakhir di situ saja. Selepas pilihan raya umum 2004 berlaku lagi rombakan badan perhubungan Pas Kelantan. Wan Ismail Wan Jusoh yang menjadi setiausaha dipecat atas alasan kegagalan Pas dalam pilihan raya umum pada tahun itu. Pas hanya menang dengan lebihan dua undi saja. Wan Ismail digantikan dengan orang bernama Manaf Daud.

Selepas itu kerja pecat memecat terus berlaku. Takiyuddin Hassan yang mengambil alih tempat Fatah Haron digantikan dengan Zulkefli Mamat. Manakala Manaf yang menjadi Setiausaha dipecat dan diganti dengan Takiyuddin Hassan. Perubahan ini boleh disifatkan sebagai pertukaran logik.

Pecat memecat terus berlaku. Zulkefli Mamat dipecat sebagai ketua penerangan dan diganti dengan Mohd Bhaiki Atiqullah. Pecat memecat terus berlaku lagi selepas itu. Dalam penyusunan badan perhubungan Pas Kelantan, kedudukan Taikyuddin sebagai setiausaha dipecat dan diganti dengan Mohd Zaki Ibrahim. Pemecatan atau cah keting ini yang terbaru.

Sebelum itu pemecatan juga berlaku ke atas penjawat jawatan Bendahari, di mana Dr Izani Hussein yang mengganti Wan Othman Abdullah dipecat dan digantikan dengan Annuar Tan Abdullah.

Kedudukan para pesuruhjaya juga mengalami proses yang sama. Halim Abdul Rahman dipecat sebagai timbalan pesruruhjaya dan tempatnya diganti oleh Ahmad Yaacob. Ismail Noh juga dipecat dan tempatnya diganti dengan Husam Musa. Begitu juga dengan Mohammad Iraq dipecat dan diganti dengan Mohd Amar Nik Abdullah.

Sekali pandang proses pecat memecat dan ganti mengganti itu adalah proses biasa untuk mencari keserasian demi memantapkan parti. Tetapi kalau diselami ke bawa ia akan memperlihatkan permainan politik apa yang dinamakan "cah keting" seperti mana disebut Nik Aziz itu.

Kalau boleh disebut tindakan Abdul Latiff Abdul Rahman merebut jawatan ketua pemuda Pas bersama Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga boleh digolongkan sebagai cah keting. Awalnya pemuda sudah setuju supaya proses peralihan dalam sayap kanan parti itu berjalan secara tradisi di mana naib ketua akan diangkat menjadi ketua. Tetapi tradisi berkenaan tidak menjadi amalan akhir-akhir ini menyebab Latiff sanggup untuk menentang Abduh.

Apakah proses pecat memecat dan gantin menggantikan ini sebahagian buduaya cah keting. Fikirlah sendiri. Dan siapakah yang menjadi master mind di sebalik itu, juga fikirlah sendiri. Biasanya orang yang tidak pernah jatuh dan selalu di atas itu akan dianggap sebagai raja yang penuh berkuasa! [wm.kl. 12:00 t/hari 21/01/10]

Wednesday, January 20, 2010

Hakikat Berhakikat

Anwar Sebuah Piala Rebutan

TANPA sedar atau tidak realiti menunjuk dan membuktikan Anwar Ibrahim banyak membantu dan menjadi modal kepada orang untuk berjaya dalam hidup masing-masing. Jika kita mendasari suasana dan keadaan yang pernah disinggahi atau dialaminya, beliau telah memberi kebaikan dan keuntungan kepada berbagai manusia dengan keadaan dirinya itu.

Tidak melampau kalau dikatakan Anwar bertindak sebagai pemberi cahaya kepada sesiapa juga yang ingin mengambil dari sumbu kehebatan dan keistimewaanya sebagai seorang pemimpin. Beliau adalah sumbu harapan kepada mereka yang tidak mempunyai sumbu sendiri.

Kebaikan atau ‘sumbangan’ itu baik bantuan itu semasa beliau berkuasa sebagai TPM, memiliki kuasa dalam kerajaan ataupun selepas beliau dihina dan dimalui secara terancang oleh Mahathir Mohamad selepas dipecat dari Umno apabila beliau cuba bangun menegakkan keadilan dan kebenaran sekaligus memerangi kejelekan bikinan bekas PM ke 5 itu dan Umno.

Ternyata dari dua kondisi itu Anwar telah banyak membantu orang dan banyak individu (orang) orang memperolehi manfaat daripadanya. Di sini boleh disifatkan Anwar sebagai ‘superman’ yang membantu orang mencapai agenda peribadi yang dilanggang atas nama jihad – perjuangan tanpa pernah pamrih dan meminta ianya dibalas. Sedihnya kadang-kadang Anwar ‘berkorban’ dan sanggup terkorban demi memberi nilai dan kredit kepada seseorang.

Semasa beliau jadi menteri kewangan ramai kawan-kawannya yang ditolong. Asalnya kekawan itu hidup merempak atau berniaga tepi longkang saja akhir setelah mendapat ‘pertolongannya’ atau menumpang auranya, kekawan itu akhirnya menjadi jutawan. Setengahnya sampai ada pejabat perdagangan di luar negara.

Sementara semasa beliau di dalam penjara pula tidak kurang jumlahnya mereka yang tiba-tiba mendapat political mileage besar kerana memperjuangkannya. Apa yang tampak di luar, perjuangan itu seakan untuk membela nasib Anwar, tetapi dalam masa sama mereka mendapat manfaat mencipta nama dalam masyarakat. Sebelum Anwar di penjara tidak siapa pun mengenali nama mereka. Tetapi tiba-tiba mereka menjadi pahlawan yang dinobatkan apabila membela Anwar.

Tidak hairan kalau kumpulan yang mencari kesempatan hidup semasa ketua pembangkan itu berkuasa atau diseksa di penjara atas nama perjuangan yang bermuka-muka. Munasabahlah kalau dalam keadaan itu mereka mendapat keuntungan daripada aura kehebatan Anwar.

Tetapi yang anihnya, hari ini dalam keadaan Anwar terlepas dari tirani kezaliman, tidak jadi menteri dan sedang berusaha untuk bangkit kembali, masih ada jenis manusia oportunis yang mengambil kesempatan atas nyawa Anwar. Mereka terus mempergunakan Anwar untuk mendapat laba dunia dengan mudah. Mereka terus menggunakan Anwar untuk mencipta nama. Mereka telah mengadaikan nama Anwar demi mendapat sesuap nasi basi.

Berbeza dengan dua keadaan lampau, mereka yang mengambil kesempatan di era Anwar bebas kini dengan menggunakan nama Anwar ialah dengan menghina Anwar. Mereka mendedah keburukan Anwar yang mereka cipta sendiri. Mereka bongkar dan menceritakan keadaan Anwar yang huduh dan busuk. Mereka mengutip apa saja bahan untuk dijadikan bukti bagi memburukkan Anwar.

Tujuan mereka lalukan ialah untuk menampakkan mereka adalah kumpulan manusia yang benar. Manusia yang tidak hipokrit. Manusia yang sanggup meninggalkan hero yang mereka julang lalu kononya kerana ingin menegakkan kebenaran baru?

Manusia seperti ini adalah manusia yang tidak ada moral sama sekali, tidak ada kekuatan dalaman dan luaran. Mereka yang berjuang bagaikan lalang yang mengikut angin. Tidak ada apa-apa yang boleh diambil guna daripada mereka hatta najis mereka untuk dijadikan baja.

Mereka mengharap dengan melakukan pembantai moral dan maruah Anwar mereka akan menjadi hero. Mereka akan disanjung oleh masyarakt konon merekalah pemberani yang sebenarnya. Serentak dengan tindakan mereka itu mereka disanjung oleh media massa yang sudah lama membenci Anwar.

Gelagat dan realiti ini semua menjelaskan, Anwar dalam keadaan bagaimana sekalipun ia tetap menjadi modal dan diambil kesempatan oleh orang-orang baik yang datang kemudian atau yang dulunya adalah kawannya sendiri. Meskipun mereka mencemuh dan membenci Anwar tetapi mereka masih bergantung hidup kepada Anwar dan sejarah yang dilaluinya.

Di sinilah saya melihat Anwar benar-benar seorang pemimpin yang menempati falsafah pemimpin itu perubahan manusia, pemimpin pencipta sejarah dan pemimpin itu pembangun budaya.

Selamanya Anwar di mana saja beliau berada dan dalam keadaan apa jua, baik direndam atau digantung, di simpan dalam tembok besi ataupun dilepas atas padang luas beliau akan terus di manfaatkan baik oleh malaikat ataupun oleh iblis untuk kepentingan diri dan agenda puak masing-masing. Anwar adalah piala rebutan kepada semua orang yang menyimpan satu cita-cita yang sama, untuk berkuasa. [wm.kl. 5:50 pm 20/01/10]

Mengunjungi Kedah

Tasik Pahlwan Cantik Tetapi Terbiar!

SEPULUH tahun lalu nama Tasik Pahlawan yang terletak di Mukim Binjal,Jitra, Kedah begitu gah dan menjadi kebanggaan penduduk tempatan. Ia iharap bakal menjadi pusat rekreasi dan pelancongan baru di Kedah.Sejajar itu juga penduduk tempatan merasakan usaha itu akan turut mengubah dan menambah rezeki hidup mereka.

Sebaik ia dibuka dengan rasmi menjadi pusat rekresi dan pelancongan,setiap pengunjung ke taman reaksi itu terpegun dengan keindahan semulajadinya dan lanskap yang dibina di sekeliling tasik berkenaan.

Ketinggian daya kreatif orang yang mengilhamkan kewujudannya sungguhmengkagumkan.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui siapakah yang bertanggungjawab mengubahkan payah seluas 40 ekar itu menjadi tasik dengan kedalamanlebih 40 meter itu? Atau pun mengetahui asal usul kenapa tasik itu dinamakan Tasik Pahlawan? Orang yang bertanggungjawab mengilhamkan pembinaan tasik itu ialah bekas Menteri Besar, Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.

Asalnya tasik itu adalah sebuah payah landai dan kawasan sawah yangtidak boleh diguna. Ia tidak boleh dimanfaatkan kerana keadaannya yang berpaya dan tidak boleh dikeringkan. Di sinilah timbul idea kepada Sanusi untuk memanfaatkan paya berkenaan dengan mengorek dan mendalamkan bagi dijadikan pusat rekreasi dan pelancongan.

Dalam kata lain Tasik Pahlawan wujud atas kombinasi alam semula jadi dengan daya kreatif manusia.

Seperti mana dituturkan Sanusi Junid, nama itu diambil dari nama sejarah Kedah tua iaitu kisah Raja Bersiong. Konon, menurutnya ditempat itulah berlakunya pertarungan Raja Bersiong dengan musuhnya dalam mempertahankan kerajaannya. Jadi sempena dengan kejadian itu maka nama tasik itu dinamakan Tasik Pahlawan.


Menurut bekas MB itu lagi sewaktu dihubungi, beliau mempunyai ideadan hasrat tersendiri memajukan dan menjadikan tasik itu sebagai pusat pelancongan dan riadah yang unit dan tersendiri di Kedah.

Untuk itu katanya beliau mahu jadikan pusat pelancongan itu sebagai tempat untuk pelancong dan juga generasi muda Kedah mengenali sejarah kerajaan Kedah. Bagi tujuan ini katanya beberapa rumah tradisi Kedah sudah di bina di tebing tasik berkenaan.

“Di rumah itu akan ditempatkan para sajarahwan atau orang yang arif mengenai Kedah. Mereka akan menjadi tukang pencerita atau periwayat kisah negeri Kedah kepada para pelancong.

“Sesiapa yang berminat untuk mengetahui sejarah Kedah dan cerita-cerita lisan rakyat akan dapat di dengar dari tukang-tukangcerita atau sejarahwan yang ditempatkan di situ,” ujarnya.

Selain itu, di samping ia dijadikan industri pelancongan Sanusi juga tidak mengabaikan aspek pendidikan agama. Beliau juga bercadang untuk membina rumah ala pondok yang akan dinamakan dengan nama-nama ulama tersohor dunia, seperti Yusuf al-Qardhawi, Tantawi, Al Alawi(Allahyarham) dan lain-lain.

Di rumah ini nanti akan di tempat guru agama yang akan memberi pengajaran agama. Sesiapa yang berminat boleh bermalam dan menelaah kitab-kitab agama di sini.

Menyayu, menyedih dan mengilankan; itulah perasaan yang menerobos jiwa penulis tatkala menjenguk ke tasik itu Isnin lepas. Walaupun suasana tasik itu sebagai sebuah taman rekreasi masih kelihatan namun keceriaan dan serinya sudah hilang. Keadaanya nampak benar terbiar dandilupakan.

Segala kemudahan yang dibina, seperti laluan pejalan kaki, pondok rihat dipinggir tasik, pelantar, rumah tradisi, hampir 7o peratus rosak. Ada pondok yang sudah tercabut bumbung, pelantar yang patah dandi tempat tertentu laluan pejalan kaki juga sudah retak dan pecah dan tenggelam.

Paling mengilankan menurut beberapa penduduk tempatan, kawasan tasikini menjadi sarang maksiat. Ia menjadi tempat remaja melepaksan nafsu di siang hari dan sarang penagihan dadah. Ketika itu juga kawasan rekreasi itu sudah bertukar menjadi hutan dan semak samun yangmenggerunkan.

Hari ini, tepatnya sejak kerajaan Kedah bertukar tangan dua tahun laludari UBN kepada Pakatan Rakyat (PR) sudah ada usaha untuk memulihkan tasik berkenaan. Kerajaan negeri Kedah menerusi Exco Pembangunan LuarBandar, Pembangunan Usahawan & Kerja Raya telah memberi perhatian serius untuk membaik pulih dan memanfaatkan sepenuh taman rekreasi itu.

Hari ini pusat pelancongan itu diusahakan oleh sebuah syarikat, PakaUtama Holding Sdn. Bhd di mana syarikat inilah yang mengurus dan cuba memberi nafas baru kepada taman rekreasi berkenaan.Menurut Pengarah Urusannya, Zamri Abd Malik pihaknya telahmengemukakan beberapa cadangan kepada pihak kerajan Kedah untuk memajukan taman rekresi berkenaan menjadi pusat pelancongan menarik. Apa yang penting katanya beliau mahu memanfaatkan projek yang menelan berjutaringgit ini untuk kepentingan rakyat Kedah.

Katanya antara cadangan yang telah dikemukakan ialah untuk membina resort di tebing tasik dan perkara ini menurutnya sudah mendapat kelulusan.

Beliau optimis kalau ada usaha bersepadu oleh kerajaan taman rekreasi berkenaan berpotensi untuk menjadi pusat tarikan pelancong baru ke Kedah memadangkan fasaliti dan daya tarikan yang sedia ada kepada tasik berkenaan. Catatan: Rencana ini cuplikan dari Siasah Bil: 184. [wm.kl. 8:20 am 20/01/10]

Celoteh Murai 61

Hanya Buaya Makan Bangkai

PETANG semalam Murai terima satu SMS dari seorang kawan bergelar Datuk dari Kelantan. Dia memberi tahu mengenai satu ceramah bertajuk Royaliti Minyak akan diadakan di perkarangan Sekolah Menengah Panji, Kota Bharu pada 26 Januari. Penceramahnya 'Tok Empat Umno' Kelantan, Mustapa Mohamed, Awang Adek Hussein dan Ibrahim Ali.

Begitu terbaca nama Ibrahim Ali, Murai jadi terperagah dan tidak percaya. Murai hubungi sebelum Datuk berkenaan mengesahkan akan nama itu apakah dia adalah ahli parlimen bebas dari Pasir Mas? Kata Datuk itu, ya dia adalah Ibrahim Ali. Menurutnya dia forward SMS itu yang dikirimkan oleh pegawai Awang Adek.

Murai mengangguk-angguk sendiri apabila menerima pengesahan Ibrahim itu adalah Ibrahim Ali, yang Murai kenal sedikit sebanyak. Murai tidak mahu mempersoalkan lagi tentang kesucian dan kekotoran diri dan gaya Ibrahim berpolitik. Sebab seluruh dunia sudah mengetahui dan mengenalinya. Dia adalah seorang munafik politik nombor wahid.

Apa yang Murai rasa bingung bercampur lucu, macam mana dia boleh duduk serakit pula dengan Mustapa dan Awang Adek Hussein. Bukankah sebelum ini dia telah memaki hamun Mustapa berbakul-bakul ekoran dia kena lucut jawatan Ketua Umno Pasir Mas tahun 2004. Apa yang Ibrahim tidak kata dan kecam Mustapa ketika itu. Semuanya termaktub dalam sebuah buku berjudul "Delima Neraca Retak".

Begitu juga dengan Awang Adek. Semasa dia berceramah atas pentas Pas di Bachok apa yang dia tidak kecam dan baham Awang Adek. Ibrahimlah yang membuka cerita Awang Adek sukakan ceruk dan.... . Gara-gara dia membuka ceritalah menyebabkan rahsia Awang Adek terbongkar dan dijadikan isu menyebabkan Awang Adek kalah di kedua-dua kerusi yang ditandinginya.

Dalam minda orang biasa adalah anih dengan apa yang berlaku itu. Seorang yang mengkritik hebat seseorang yang lain boleh duduk atas satu pentas untuk menghadapi musuh besama. Tetapi bagi ahli politik dan dunia politik keadaan itu sudah biasa. Bergaduh dan berbaik sudah jadi budaya macam anak-anak kera atas hutan gelang. Orang politik tidak menyimpan dendam sesamanya asalkan 'rancangan' baru mendapat keuntungan bersama.

Sebab itu bagi Murai, Murai tidak percaya kepada orang politik! Sebahagian besarnya munafik.

Bagaimana pun dari moral politik, Murai rasa tindakan Umno itu tidak begitu praktikal. Kalau pun Ibrahim dapat memberi sumbangan modal ceramah kepada Umno, kalau Umno menilai dari sudut moral parti itu tidak spatutnya mengundang Ibrahim berceramah sekali dengannya. Hanya parti yang tidak ada moral saja akan menggunakan orang yang buruk moral.

Umno lebih mengetahui akan perangai dan tindak tanduk Ibrahim. Umno tahu di mana busuk dan di mana bernanah. Kalau Umno tetap juga sudi menggunakan Ibrahim sebagai modal, maka nampak benarlah Umno tidak ada moral sampai sanggup menjadi bangkai sebagai umpan ceramah.

Apakah Umno mengira dengan mengudang Ibrahim ia mampu menarik pendengar? Rasanya penilaian ini salah. Kehadiran Ibrahim dalam ceramah seperti itu menyebabkan orang ramai merasaa geli untuk hadir kerana mereka sudah tahu dan kenal sangat dengan diri Ibrahim.
Kalau di negera luar, Uganda, Nepal ataupun Surinam mungkin mereka dapat menerima Ibrahim kerana kebanyakan orang di negara berkenaan belum mengenali latar belakang Ibrhaim yang sebenarnya. Tetapi kalau di Malaysia Ibrahim bukan saja menjadi liabiliti kepada Umno tetapi kepada semua parti politik yang didekatinya.

Murai rasa adalah baik untuk Umno memikirkan semula untuk menggunakan Ibrahim sebagai umpan. Umno juga perlu tahu kalau bangkai dijadikan umpan yang akan memakannya nanti hanya biawak dan buaya sahaja. Apakah ahli Umno kini sudah bertukar menjadi species itu?

Murai: Akan hadir ke Stadium untuk dengar Tengku Razaleigh bersyarah.

Tuesday, January 19, 2010

Salam Sebelum Tidur

Salam buat Nazree Yunus

DARI dua sumber saya mendapat tahu Pengerusi Gerak akan meninggalkan NGO itu untuk menyertai Umno. Kalau benar ini bermakna Mohd Nazree Mohd Yunus memilih Umno sebagai wadah memulakan kerjayanya dalam politik. Bagaimana pun sehingga ini tidak ada sebarang penjelasan oleh Nazree menegnai desas desus. Saya boleh menghubungi anak muda ini, bertanyakan hal itu tetapi tidak mahu menyusahkannya.

Kerana kalau saya konteksnya saya akan bertanya untuk apa beliau menyertai Umno sedangkan tidak ada jaminan parti politik dapat merealisasikan kemurniaan perjuangan beliau hendak membenteras rasuah. Nanti sukar untuk beliau menjawab persoalan saya. Saya tidak fikir Nazree akan mencari pelbagai hujah untuk menghalalkan tindakan itu. Pada saya anak muda berkulit putih kuning ini seorang yang jujur dan berhati putih.

Bukan saja kalau Nazree menyertai Umno, tetapi kalau dia menyertai parti lain, Pas dan PKR juga saya akan bertanya Nazree sedemikian. Untuk apa dia memilih badan siasah bagi meneruskan perjuangannya.

Apakah beliau percaya parti politik dapat memenuhi aspirasinya? Bolehkah dia akan terus berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan melawan rasuah menerusi parti politik. Tidakkah beliau tahu betapa zalimnya politik! Apakah dia sanggup membuat laporan SPRM jika ahli partinya terlibat dengan rasuah? Saya rasa beliau tidak tergamak menyimpan 'nyamuk ades' dalam poket. Kalau kita bersedia munafik nah... sertailah politik.

Saya pernah berbicara dengannya sewaktu beliau mengunjungi pejabat saya tidak lama dulu. Dalam kesempatan itu saya melahirkan rasa kagum atas usahanya meneruskan kerja suci Ezam Mohammad Noor sebagai pengerusi Gerak. Saya nyatakan kepadanya beliau sudah berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang perjuang menerusi Gerak. Kesungguhan dan keberaniannya membuat laporan kepada SPRM tidak mengira siapa menyebabkan masyarakat mula melihat peranan dan kepentingan Gerak. Kewujudan dan keampuhan Gerak sudah dirasai orang.

Saya sendiri secara peribadi lebih suka kalau bekas pemimpin pelajar ini berjuang menerusi Gerak. Bagaimana pun kalau Nazree memilih untuk meletakkan kakinya dalam gelanggang poltiik itu adalah haknya. Nazree terntu ada agenda dan jadual perjuangan sendiri. Sebagai seorang ‘abang’ saya berdoa beliau akan berjaya dalam politik atau sekurangnya mencetakkan namanya sehebat semasa dalam Gerak.

Apapun saya lebih suka kalau Nazree tidak menyertai politik buat masa dan terus kekal bersama NGO! Salam. [wm.kl. 10: 15 pm 19/01/10]

Bila Tok Guru Sedar

Siapa Taukeh Cah Keting Dalam Pas Kelantan?
(Bahagian Pertama)

KELMARIN akhbar Mingguan Malaysia menyiarakan kenyataan atau dakwaan Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan budaya cah keting sudah mulai menular dalam Pas. Saya percaya dakwaan itu tertumpu ke Kelantan dan tidak di negeri-negeri lain. Kerana Pas Kelantan hari ini memang gegak gempita dengan permasalahan dalaman khususnya mengenai siapa pengganti Nik Aziz. Ada perebutan kecil untuk jawatan itu.

Melucukan lagi ada orang berperang dengan diri sendiri untuk mendapat jawatan itu sampai telah mengistyharkan yang dia kononnya tidak mahu menjadi MB Kelantan. (Kalau benar tidak mahu jadi MB sila kosong kerusi sebab selagi anda duduk tercokol di kerusi itu maka cita-cita untuk jadi MB tidak akan lenyap dari sanubari anda).

Mungkin orang luar tidak berapa faham dengan istilah itu. Cah keting ini terkenal dalam permainan bola sepak. Cah maknanya tepis, tibas atau pakah betis dengan tujuan agar orang yang melarikan bola rebah dan jatuh. Kekerapan berlaku cah keting ini ialah dalam kotak penaliti di mana saat kritikal untuk mengawal bola dari di tendang ke dalam gol. Kiranya perbuatan ini foul la.

Dalam konotasi lain perbuatan ini jahat, tidak gentlemen dan tidak bersaing dengan penuh semangat. Kalau di zaman persekolahan dulu, bila ada pemain yang suka cah keting ciku gu akan buang padang dan tidak benarkan bermain lagi!

Apakah bila Nik Aziz menyuarakan itu telah ada usaha nak menjatuhkannya? Apakah beliau sudah dapat merasai ada strategi halus untuk melemparkanya maka beliau mengeluarkan kenyataan itu walaupun ia boleh memberi imej buruk kepada parti? Suara Nik Aziz adalah suara keramat dalam Pas.

Nik Aziz tidak akan bercakap hal itu kalau tidak membelit dirinya. Mungkin dia merasai beberapa aksi politik yang dianggap profesional, bijak dan cerdik sedang membelitnya perlahan-lahan. Begitukah? Nik Aziz sudah mulai sedar mana intan dan mana kaca sekarang ini. Sudah dapat tahu membezakan antara tebu dengan terberau.

Bila sebut budaya, maka ia adalah pembawanya. Budaya cah keting ialah budaya Umno. Umno Kelantan tidak boleh menang kerana wujud budaya ini. Mengalirnya budaya ini dalam Pas kerana ada yang membawanya. Ada taukehnya. Yang membawa itu tentulah mereka yang baik dengan Umno, atau keluarganya terdiri ahli Umno. Atau bapa saudaranya kontraktor besar yang menjadi ahli Umno seumur hidup?

Ahli Pas tulen, yang cukup usrah, cukup tarbiah dan tahu betapa kejinya politik Machiavelisme sesekali tidak akan import budaya berkenaan. Selalunya juga mereka yang desperate saja yang akan menggunakan budaya ini. Desprate untuk mendapat sokongan bagi naik ke atas. Budaya atau kerja jahat ini akan digunakan oleh orang yang ingin naik ke atas, bercita-cita besar dan mempunyai nafsu yang panjang. Mererka yang tidak mempunyai nafsu panjang tidak sedia menggunakan budaya ini.

Mereka yang tidak ada cita-cita dan merasakan layak untuk jadi pemimpin, baik wakil rakyat hatta ke jawatan tertinggi MB dan PM tidak akan menggunakan budaya ini. Mereka akan bersaing dan berkawan secara baik dengan sesiapa saja tanpa prejudis. Falsafah yang ditinggalkan oleh para ulama terdahulu yang mana tidak gilakan kuasa dan pangkat masih menguasai diri mereka.

Jawabnya orang yang menajdi taukeh cah keting ialah mereka yang berkehendakkan kepada jawatan penting. Yang merasakan orang lain sebagai penghalangnya. Dialah yang menjadi taukeh itu. Dialah yang mempraktik budaya ini dan mengajar budak-budak kecil - belum baligh politik agar mencubanya dengan harapan kalau menjadi akan dapat upah jadi private atau office boy di mana-mana anak syarikat milik kerajaan negeri.

Sekali lagi disoalkan apabila Nik Aziz berkata begitu apakah dia merasakan dia sudah tergugat? Jubahnya sudah disenjah-senjah? Beberapa kejadian yang belaku sekarang ini menjelaskan ada usaha ke arah itu. Usaha secara licit dan halus untuk menjatuhkan Nik Aziz. Perbuatan laksana menarik rambut dalam tepong. Depan senyum belakang tungging punggung.

Pembongkaran 'sunat' di PMBK, penganalisan kerugian bazar Tok Guru RM50 juta adalah antaranya. Begitu juga kes saman RM800 juta, seperti disengajakan. Orang yang bertanggungjawab sengaja tidak mahu menyelesaikannya atau membiarkannya. Kes saman RM800 juta itu diibaratkan sebagai bom jangka, dan dah meletup pun.... powwww.

Kita faham dengan strategi ini. Bila maruah Nik Aziz sudah jatuh harapannya orang tua itu akan berundur dan tempatnya akan diambil oleh orang berkehendaknya dengan senang lenang tanpa menanti begitu lama.

Siapakah pembawa dan taukeh budaya itu? Tohoklah batu ke sungai Kelantan dan tengoklah riaknya berarak ke mana. Ke Kemumin, Kijang, Semerak, Pasir Tumbuh, Mengkebang, Kelaboran, Bunut Payung atau ke mana? [wk.kl. 3:00 pm 18/01/10]

Monday, January 18, 2010

Kambing Ngebekkkkkkk.... di Kelantan.

Saya Tidak Tahun Exco Berkenaan Ambil Maklumat Dari Mana?

USAHA berterusan untuk menimbulkan masalah kepada kerajaan Kelantan dengan harapan ia mengoncangkan kedudukan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terus dimainkan oleh mereka yang bernafsu panjang dan terjempit dengan isu bikinan diri sendiri.

Golongan ini sanggup melakukan apa saja termasuk mereka-reka cerita untuk menyelamatkan diri dan memipulasikan sesuatu perkara bagi mengabui mata rakyat Kelantan.

Terbaru ialah tindakan seorang Exco yang dianggap paling cerdik di Kelantan telah menulis mengatakan Mahkamah Persekutuan dan Mahkmah Tinggi Kota Baru telah pun menolak permohonan penternak haiwan kaki empat, Mohd Amin Pipet.

Tulisan Exco berkenaan dalam blognya, Jumaat lalu mahkamah rayuan dan mahkamah tinggi telah menolak permohonan Mohd Amin. Mungkin para pengikut Exco berkenaan akan menganggap kata-kata Exco itu sebagai hadith akan mempercayainya tanpa perlu usul periksa. Setiap apa yang termuntah dari Exco berkenaan adalah suara emas walaupun ia berbau kohong.

Kerana taksub itu menyebabkan mereka tidak merujuk kepada mana-mana dan terus menelannya bulat-bulat. Malang keputusan mahkamah yang dikatakan itu tidak pula diketahui sendiri oleh tuan yang punyai diri. Ini sangat mustahil!

Menurut Mohd Amin beliau tidak menahu mengenai keputusan rayuan dan keputusan di mahkamah itu. Katanya macam mana mahkamah boleh membuat keputusan menolak atau menolak rayuan sedangkan kes masih belum pun dibicara lagi. Tambahnya pihaknya tidak pun memfailkan kes itu di mana-mana mahkamah.

Kalau pun beliau membuat rayuan untuk menolak injuksi yang diberikan kepada Akademi Keluarga Bahagia Berhad apa gunanya sebab semua hasil ladang itu sudah tidak ada. Sebelum itu beliau membuat semakan dengan peguamnya Zaidan & Co, pihak peguamnya juga menjelaskan tidak membuat apa-apa tindakan dan mengesahkan fail untuk dibicarakan pun masih belum dibuat.

"Apa orang yang mengatakan demikian mungkin mimpi kok?" kata Amin sambil ketawa ketika dihubungi lewat petang ini. Manakala katanya peguamnya menganggap tindakan itu sebagai mabuk.

Keputusan mahkamah itu digunakan untuk menempelak seorang penulis blog yang didakwa ada sangkut paut dengan perniagaan binatang berkaki empat itu. Kononnya dengan keputusan mahkamah itu ia menjelaskan apa dakwaan penulis blog berkenaan terhadap Exco itu tidak betul sama sekali. Helahnya ialah untuk menafikan apa yang penulis blog itu perkatakan mengenai binatang berkenaan yang ada kait mengait dengan Exco itu.

Fahamlah kenapa Exco itu berbohong dan memutarkan fakta kerana ia ingin menenggelamkan isu berkenaan. Ingatlah isu perjanjian, ikrar mahkamah bukan boleh diputarbelit atas lidah macam kulum chewing gum.

Kalau boleh mereka yang melaporkan berita penolakan mahkamah atas rayuan Mohd Amin itu menjelaskan nombor perbicaraan ataupun butiran lanjut berhubung perkara itu. Setakat membariskan nama tiga hakim ia bukan boleh disahkan sebab nama-nama hakim boleh ditulis.

Dunia sekarang memerlukan kepada fakta dan penulisan yang 'fatual' bukannnya pakai main-main dan reka. Memulakan penulisan dengan ayat Quran dan menutup dengan Hadith tidak menjamin akan kebenaran kandungan penulisan berkenaan. Di zaman nabi membawa ke zaman ini banyak para munafiqikin. Manakala ayat-ayat Quran pula digoring macam kacang untuk kepentingan diri.

Saya bimbang kes binatang berkaki empat ini akan jadi macam kes tuntutan saman RM800 juta. Kes pemberian konsensi balak kepada syarikat Timbermine Sdn Bhd sudah pun dikatakan selesai. Walhasil apa jadi akhirnya kerajaan kena bayar RM800 juta. Inilah kalau akibat masalah 'disepak' ke bawah karpet, bila satu masa karpet diangkat semua terbongkar.

Dalam kes binatang berkaki empat ini saya nampak ada iras-iras kes saman RM800 juta itu. Kerana nak tunjukkan kita tidak bersalah, kita baik, kita Islamik lebih, kita pemimpin bijak dalam iktisad, kita sanggup reka keputusan mahkamah dan sebarkan dalam internet dan portal berita. Yang busuk akhirnya akan berbau juga.

Mengenai kes perniagaan binatang berkaki empat antara Mohd Amin dengan Akademi Keluarga Bahagia Berhad itu, ingin saya jelas apa yang saya tahu. Perniagaan terburai di tengah jalan kerana sikap ego salah seorang Exco Kelantan. Kerana ianya tidak dapat diselesaikan, maka Mohd Amin membuat injuksi di mahkamah tinggi Kota Bharu.

Perbicaraan dalam kamar itu, hakim Azman Hussein telah memutuskan injuksi itu berpihak kepada Mohd Amin. Mohd Amin diberi masa tiga bulan menjaga ladang berkenaan. Selepas itu pihak Akademi Keluarga Bahagia pula membuat injuksi balas. Mahkamah memberi kebenaran kepada Akademi untuk menjaganya dan pihak Datuk Amin tidak membuat apa-apa tindakan susulan kerana menanti ianya diselesaikan dengan baik menerusi perundingan.

Apa yang perlu difahamkan memberi kebenaran menjaga bukan bermakna keputusan mahkamah. Injuksi itu bersifat sementara sehingga penyelesaian dibuat. Dalam ikatan injuksi itu pihak yang menjaga dan mengawal bertanggungjawab menguruskan ladang berkenaan. Mengurus bukan bermakna boleh jual atau menukar kambing menjadi jagung. Hari ini sebahagian ladang seluas 200 ekar itu sudah ditukar menjadi ladang jagung!

Ada sedikit bahaya di sini sekiranya mana-mana pihak melaku pelanggaran injuksi mahkamah menyebabkan seseorang itu akan didapati bersalah melanggar perintah mahkamah. Natijah melanggar perintah mahkamah amat berat risikonya. Sila rujuk kepada peguam atau pengamal undang-undang untuk mengetahun risikonya, saya tidak mahu mereka-reka cerita di sini dan prejudis.

Justeru pihak Akademi Keluaraga Bahagia khasnya mereka yang menandatangani ikrar mendapatkan injuksi itu tidak boleh berpegang kepada hadith Exco berkenaan. Jangan! Apa kata kalau tiba-tiba Mohd Amin membuat laporan polis berhubung pelanggaran injuksi berkenaan. Tidakkah ada yang akan disiasat polis kelak dan tidak mustahil akan ada yang terpaksa meringkuk dalam penjara. Sejarah mengenai perniagaan kambing ini telah mencatat kenangan tersendiri di mana pistol seoang ahli lembaga pengarahnya dirampas kerana melepaskan tembak dalam keadaan membahaykan.

Sebab itu saya sudah pesan, berhati-hati dalam menjaga punggung seseorang jangan sampai dia terberak atas tangan, buruk padahnya. Nampaknya dalam kes binatang berkaki empat ini ramai orang yang terkena tahi manusia yang berhati busuk. Kita sibuk menyamak tangan dia berlalu dengan senyum. [wm.kl 5:15 pm 18/01/10]

Susupan Tengahari

Tabik Kepada Soberi
Kadang Pandangan Rakyat Lebih Bernas Dari PM

SAYA angkat tangan kepada kawan saya Mohd Soberi Shafii, yang sudah lebih sebulan ‘dipenjara’ dihospital. Dua minggu di Tawakal, Jalan Pahang dan dua minggu di hospital Selayang. Kalau ikut katanya, dia akan dibenarkan pulang hari ini dan terus menerima rawatan lanjutan semingguan sekali. Penyakit yang dialaminya sungguh mengazabkan baginya dan menginsafkan bagi yang berjiwa halus.

Beliau mengidapi sejenis penyakit yang jarang berlaku, tetapi telah menimpa dirinya. Penyakit 'necroting fratics' yang disebabkan pembekuan darah dan menanah. Sebahagian isi di kaki dan paha kirinya dibuang. Alhamudlilah dengan kesabaran, kecanggihan dunia perubatan beliau hampir sembuh. Proses peladangan kulit penumbuhan daging yang ‘disepak’ buang di kaki kirinya berjalan lancar.

Kos rawatan yang dterpaksa ditanggung bukan sedikit. Dunia hari ini mana ada lagi gratis dari Kerajaan lagi. Slogan rakyat didahulukan.. hanya slogan semata-mata, natijah sebenarnya rakyat didahulukan untuk membayar cukai bukan memperolehi hasil dari cukai yang dibayar. Pelbagai cukai baru dipekenalkan, tidak lama lagi cukai GST pula.

Kerajaan yang miskin menjadi makin kreatif untuk mencari ruang dan lompong buat duit. Jangan kisah rakyat terseksa atau tidak, rasuah asalkan kantong penuh dan boleh bergaya.

Kenapa saya salute kapda Soberi kerana dia rajin dan besemangat tinggi. Sebahagian dari penyakit ditanggungnya penawarnya adalah kekebalan semangatnya sendiri di samping mempunyai seorang jururawat yang special isterinya sendiri Hajah Mahani. Selebihnya yang menjadi ubat kepada si sakit ialah kunjungan rakan dan sahabat.

Terharu saya melihat kesetiaan dan kerajiann isterinya menyebabkan saya merasakan antara Soberi dan isterinya sama-sama sakit!

Nampaknya Soberi tidak keseorangan ada-ada saja sahabat yang menjenguknya. Ini termasuklah dari wakil rakyat Pas, PKR. Malangya orang-orang sekampung dengannya seperti Annuar Musa, Alwi Che Amat masih belum mengetahui yang Soberi terbaring dikatil hospital. Kalau ada pun aktivis parti yang boleh disebut menziarhi Soberi ialah Dr Wan Suhaimi dari To Uban Pasri Mas.

Saya kata saya tabik kepadanya, kerana dalam wad dia masih boleh berfikir dan memberi pandangan kepada kerajaan. Masih mampu membelia nasib insan yang teraniaya dan sebagainya. Masih memantau masalah negara dan mengikut isu-isu politik kontemporari.

Kadang bila membaca catatannya, seakan dia lupa yang beliau hari ini tidak gagah dan berjalan menggunakan tongkat. Inilah semangat seorang pejuang, sakit pedih, luka dan hiba diri sendiri terlupa apabila melihat nasib orang lain lagi terseksa.

Hari ini Soberi mengalunkan jiwa dukalaranya berhubung dengan nasib pekerja asing ke negara. Beliau merasakan pelik dengan tindak kerajaan untuk mengatasi masalah lambakan pekerja asing. Katanya sudah silih berganti menteri bertanggungjawab bertukar ganti tetapi masalah lambakan buruh asing dan PATI masih terus berlalu.

Beliau tidak menghurai lanjut kenapa berlaku masalah lambakan ini. Tetapi saya ada rahsianya. Jawabnya mudah saja kerana orang tertentu yang mempunyai kuasa dalam kerajaan dan politik Umno telah menjadikan pendatang asing sebagai sumber rezeki untuk memelihara anak isteri.

Perdagangan manusia susah lama berlaku di negara ini. Kalau sebelum ini kita hanya mendengar perdagangan orang menerusi pelacuran, GRO tetapi ia juga berlaku dalam soal boroh asing.

Malahan perdagangan orang (buruh asing) lebih terhormat, mulia dan mudah mendapatkan keuntungan. Seperti mana didedahkan Soberi belum pun buruh itu mendarat di negara ini para “Husin Lempoyang”, ini sudah menerima wang yang dibayar atas nama levi pekerja asing.

Sehinggakan hari ini sebanyak 50,000 pedatang asing yang diambil wang levi tetapi malanya calling visa dibatalkan. Ekoran pembatalan itu menyebabkan pendatang asing berkenaan tidak dibenarkan masuk. Sadisnya wang bekerkenaan sudahpun masih ke dalam perbendaharaan negara.

Soberi bersetuju dan kita semua bersetuju kalau kerajaan menghadkan, malahan menutup terus pintu kepada pekerjaan asing sebab mereka mendatangkan masalah sosial. Tetapi untuk tidak membenarkan yang 50,000 buruh yang wang mereka sudah diambil satu penganiyaan dan zalim.

Harapan untuk pekerja ini mendapatkan semula wangnya amat tipis sekali. Wang itu sudah masuk ke dalam poket pedagang dan setengahnya sudah jadi tahi, yang kemudian tahinya di makan ayam (kalau di kampung) dan ayam itu dimakan pula oleh pedagang itu sendiri, diberak dimakan ayam lagi dan dimakan oleh pedagang itu lagi. Ringkasnya wang itu sudah lebur.
Disini di manakah intergriti kita sebagai sebuah negara Islam dan sebagai seorang penghadap Kiblat, begitulah soal Soberi?

Saya akui apa yang Soberi tulis mengenai betapa susahnya seseorang pekerja asing baik dari Bangladesh, India, Nepal atau Myamar untuk datang berkerja di sini. Mereka bukan datang dari keluarga mewah dan dari bandar-bandar besar. Kebanyakan mereka nun jauh di pedalaman.

Saya pernah bertanya kepada seorang pekerja asing dari Nepal. Menurutnya kampungnya beratus batu dari Katmadu. Untuk sampai ke Katmadu terpaksa naik bas dua hari dua malam. Untuk keluar ke jalan besar mendapatkan bas kena berjalan setengah hari.

Mereka juga terpaksa membayar wang (levi) di mana untuk mendapatkan wang ini sesuatu yang menyeksakan. Ada yang terpaksa menggadai tanah, jual lembu atau pun bergadai barang kemas isteri atau ibu. Setiap seorang dari mereka memerlukan antara RM3,000 hingga RM5,000 untuk datang ke Malaysia.
Bayangkan betapa teseksanya mereka kalau datang sini tidak ada kerja apa lagi kalau wang mereka diambil tetapi tidak akan dipulangkan?

Adalah baik juga kalau Muhyiddin Yassin, Hishamuddin Hussein, Mustapa Mohamad, hatta Najib Razak sendiri melihat pemasalahan ini. Kan Soberi ada jalan penyelesaiannya, dia ada kertas penyelesaian, apa kata kalau kerajaan memanggilnya untuk melihat apakah cadangan beliau itu. Ada kalanya cadangan rakyat marhen lebih bernas dari pandangan seorang Perdana Menteri sendiri. [wm.kl. 1:55 pm 17/01/10]

Melayan Haiwan

Mohd Saberi

Sun, Jan 17, 2010 at 8:05 PM
To:
msomalaysia@gmail.com

Reply Reply to all Forward Print Delete Show original

Salam, Bagaimana dengan penulisan anda berkenaan urusan kambing di Kelantan. Mahkamah tinggi dan rayuan dah buat keputusan dan automatik tohmahan anda adalah tidak benar. Woiiiiii...dah tua masih belum rasa nak bertaubat lagi ker.... Dah lah dok buat kerja bodoh seperti fitnah dan mengata orang. Cermin diri kita dulu..ingat kita bagus sangat ke...perangai seperti ibli....pooorahhhhh..cakap je lebih tapi perangai hancussss.... Mahkamah tinggi dan rayuan dah buat keputusan ...ternyata tidak berpihak kepada anda yang bodo...... Kalau masih tidak berubah dan anda di pihak salah, semoga dapat bala kepada anda agar bertaubat sebelum
mampus.

Kita Main Kasar Sikit ...

DI ATAS itu email yang dikirimkan kepada saya. Nama si pengirim Mohd Saberi. Penjenguk boleh baca sendiri apa yang beliau tulis. Saya merahkan perkataanya supaya terang. Mula saya malas nak jawab. Ini jenis pejenguk kurang klorofil atau otak kemetot.

Sehubungan dengan ini ada dua tiga pengomen dalam blog yang memperkatakan topik sama. Saya kira orangnya sama jenis, sama-sama kurang klorofil. Tetapi biarlah saya gumpal sekali untuk menjawabnya secara ringkas untuk tidak dikatakan pengecut dan mengampakan empunya diri.

Ianya mengenai binatang berkaki empat? Saya dah malas nak ulas kisah binatang berkaki empat ini. Tetapi kerana ia ditimbulkan, maka saya tidak dapat nak elakkan. Sejarahnya sudah lama. Mungkin ia perlu sebuah penulisan panjang untuk merakam kisah ini yang akan menjadi legasi kepada banyak orang.

Pengirim yang menamakan dirinya sebagai Sabre ini memberi tahu yang Mahkamah Tinggi dan Mahakamah Rayuan buat keputusan berhubung rayaun Mohd Amin Pipet ditolak. Sabre yang kurang klorofil dengan mudah menghukum bahawa penolakan itu secara automotik tohmahan saya tidak benar. Apakah tohmahan saya dan apakah ianya dibawa ke dalam mahkamah? Saya tidak faham maksud pengirim ini.

Kalau nak mengatakan biarkan bersendi dan ada fakta. Jelaskan apa yang saya tohmah mengenai projek berkenaan? Jangan pukul secara borong. Sdr pandai menulis saya kira pandai membaca dan berfikir kalau pun tidak bijak menelah kuntai politik orang tertentu.

Apakah sdr telah membaca catatan mengenai binatang berkaki empat ini. Cari dan cuba selongkarkan apa yang saya tohmah mengenainya. Apa yang saya kata adalah fakta dan realiti yang berlaku. Malahan mengenai rayuan Mohd Amin Pipet ke mahkamah (mengenai apa itu) saya tidak mengetahuinya. Itu adalah urusan dia. Soal tohmahan saya seperti sdr kata saya tidak tahu. Kalau boleh ditunjukkan kepada saya tohmahan itu, insyaAllah saya akan jelaskan satu persatu.

Jangan mudah membodohkan orang. Selalunya orang yang bodoh akan mengatakan orang lain bodoh sebab dia beranggapan orang lain bangang sepertinya juga. Di sini siapa yang bodoh? Sabre ini tidak faham isu mengeni biantang berkaki empat ini. Saya jelaskan saya tidak rugi apa-apa kalau kes itu ditolak atau diterima. Saya juga tidak untung dan tidak rugi apa-apa keputusan dan ketetapan yang dibuat mengenainya. Kerana saya tidak terperosok dalam perniagaan itu, saya hanya penulis dan pemerhati dan penunjuk jalan kepada seorang Exco yang bermusafir untuk ke rumah Mohd Amin saja. Jadi isu mahkamah bukan urusan saya.

Malangnya Exco berkenaan munafik, menidakkan apa yang berlaku dan melepaskan diri dalam kancah ini dengan mengatakan saya inginkan komisyen. Saya mengugutnya? Kenapa tak report polis? Saya belum berjumpa dengan seorang yang munafiknya seburuk itu sesudah hijrah Rasulullah. Saya rasa Ibrahim Ali manusia paling jahat, tetapi dalam kontesk ini Exco itu paling buruk perangainya.

Sejerahnya telah saya tulis tujuh siri dan di siarkan dalam blog ini. Saya boleh bukukan menjadi booklet kambing untuk jenerasi masa depan yang bakal disesatkan dengan isu kambing ini. Dari awal saya sudah berpesan kepada pengurus projek berkenaan, Zulkefli Yaacob, bekas Ketua Pemuda Pas Kelantan dan bekas Adun Guchil, supaya menjaga dan menguruskan projek kambing dengan baik kerana ia haiwan ternakan Rasulullah.

Kata saya kalau tak kena cara ia akan menjadi bala besar! Ternyata isu binatang ini sudah menjadi bala besar dan bayangan hitam sudah menjadi noda dalam proses seseorang ingin menjadi khutub dan syok sendiri kononnya beriman tebal.

Sekali lagi saya tegas soal mahkamah tidak ada kena mengena dengan saya. Apa yang saya bangkitkan bukan perkara yang dibawa ke mahkamah. Yang saya pertikaikan intergriti, tanggungjawab, nilai berkawan dan karektor seorang ahli siasah Islam yang selalu diucapkannya.

Kena faham ini. Yang membawa ke mahkamah adalah Mohd Amin atas kepentingan perniagaannya dengan Akademi Keluarga Bahagia. Beliau merasakan beliau tertipu dengan kerjasama itu dan haknya dinafikan. Itu hak dia... dan tidak ada kena mengena dengan saya. Jadi kalau mahkamah tidak berpihak kepadanya, dia yang tanggung.

Satu masa dokumen pembayaran disiarkan dalam sebuah blog untuk menjelaskan kononnya kes itu sudah selesai? Apakah penyiaran dalam blog berkenaan lengkap, telus dan jujur kerana Allah? Apa yang disiarkan itu tidak sampai 0.1 peratus daripa dokumen yang ada. Kalau Exco berkenaan ada sekeping hati yang mengaca dia akan tahu segala-galanya.

Orang Islam tidak melihat penipuan itu sebagai satu kerja licit dan mulia. Kemenangan dengan penipuan tidak akan diterima Allah. Kemenangan dengan memutar belitkan untuk meloloskan diri bukan kemenangan dijamin Allah. Kemenenangan dengan menggunakan kuasa untuk mempengaruhi orang mempercayai kita bukan kemenangan mutlak. Hati kecil kita yang jilah dengan Allah tahu akan kesalahan dan dosa kita. Dan halangan serta musibah yang timpa menimpa kini adalah kifarat Allah sejajar dengan perbuatan kita. Islam sudah lama mengajar ini.

Untuk pengetahuan Sabre dan orang sejenis dengannya (saya kira umuranya setahun jagung) ... (oh sebut fasal jagung ini teringat pula, khabarnya projek binatang berkaki empat itu sudah bertukar menjadi jagung, anih.... nantilah akan dicerita kemudian), saya tidak akan berubah dalam soal ini kerana ia adalah prinsip saya berpegang kepada kebenaran dan ketelusan.

Tanggapan, pandangan, rumusan dan ulasan saya sebelum ini mengenai perkara ini saya bertanggungjawab bukan saja depan khalayak tetapi depan Rabuljalil juga.

Doa sdr kalau saya tidak berubah, itu adalah hak sdr. Saya juga berhak mendoakan demikian, tetapi itu bukan jenis saya. Saya tidak ada dendam dengan sesiapa melainkan si munafik saya tidak akan memaafkan waima siapa dia.

Malang negara ini dan busuklah box email saya kalau masih ada orang-orang kurang klorofil seperti ini. Semoga sdr dapat mencari tahi binatang berkenaan untuk menebalkan klorofil sdr demi mengelak saudara terjerumus ke dalam api jahanam. [wm.kl.10:15 am 17/01/10]

Sunday, January 17, 2010

Senandung Ahad

Hang Nadim dan Musang Berbulu Ayam

EXCO Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Takiyuddin Hassan kesal dengan pendedahan keputusan mesyuarat Exco Kelantan minggu lepas bersabit kesediaan kerajaan untuk membeli lantai satu Bazar Tok Guru untuk dijual murah kepada para peniaga yang terlibat dengan pemindahan.

Sehubungan itu beliau meminta Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Bagi Takiyuddin kebocoran maklumat itu sesuatu yang serius kerana menyentuh soal intergiri kerajaan, apa lagi dokumen itu dikelasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Sebagai seorang pengamal undang-undang Takyuddin melihat kebocoran rahsia kerajaan menunjukkan kelemahan kerajaan ekoran wujudnya pemimpin yang tidak jujur dan ikhlas. Kebocoran itu juga boleh disifatkan sebagai perbuatan sebotaj ke atas kerajaan.

Takiyuddin mencadangkan demikian merujuk kepada pendedahan yang dibuat oleh Syed Azidi Syed Abdul Rahman dalam blognya - Kicdefella. Menurut Syed Azidi kerajaan kerugian RM50 juta kerana terpaksa membeli semula bangunan yang dijual kepada sebuah syarikat untuk menguruskan projek berkenaan yang bakal menjadi satu legasi agung Nik Aziz selama menjadi MB.

Nik Aziz dalam memberi reaksi atas pendedahan itu mengakui kerajaan tersilap langkah dan mengakui terpaksa membeli balik untuk diagihkan kepada para peniaga. Nik Aziz beranggapan dengan langkah itu 'pemberontakan' oleh para peniaga yang tidak berpuas hati dengan harga kedai ditawarkan kepada mereka selesai.

Menurut Syed Azidi kerugian dialami kerajaan atas kesilapan itu sebanyak RM50 juta. Bagimana pun Takiyuddin menjelaskan ia tidak sampai sebanyak itu, di mananya jumlah lebih separuh dari itu. Jelas perangkaan diberikan itu untuk memalukan muka kerajaan Kelantan pimpinan Nik Aziz.

Mungkin apa yang menyesalkan Takiyuddin ialah bagaimana keputusan mesyuarat Exco minggu lalu itu sudah boleh jatuh ke tangan Syed Azidi. Siapa yang membocorkannya? Kata Takiyuddin minit mesyuarat itu pun masih belum disahkan tetapi ia sudah dibocorkan. Fantastik sekali! Atau apakah ini dikatakan ketelusan untuk mewujudkan kerajaan yang baik?

Bagi saya apa yang berlaku sedikit pun tidak pelik dan menghairankan. Selagi musang berbulu ayam masih ada bukan saja maklumat persis itu boleh bocor dan didedahkan, maklumat-maklumat lain lebih penting dan rahsia juga boleh bocor dan disebarkan secara meluas.

Pembocoran itu pastilah dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai intergiriti, tidak ada air muka dan nilai perjuangan. Mereka tentulah juga berniat jahat ke atas Tok Guru Nik Aziz. Nampak 'ke pesen' (fesyen), pendedahan itu semacam mahu memalukan Tok Guru Nik Aziz saja. Ia juga adalah kesenimbungan dengan saman RM800 juta yang kena bayar oleh kerajaan Kelantan kepada syarikat pembalakan seperti mana diarah Mahkamah Tinggi Kota Bharu baru-baru ini.

Kedua kes itu, saman RM800 juta dan 'kerugian' RM50 juta melibatkan kewangan rakyat dan negeri Kelantan. Apa yang berlaku itu menunjukkan kelemahan dan 'kecakduhan' Nik Aziz sebagai MB. Kelemahan urutadbir Nik Aziz dalam aspek kewangan. Walaupun beliau tidak bertanggungjawab sepenuhnya namun risiko yang kena tanggung ialah beliau sebagai MB Kelantan.

Untuk mengetahui siapa yang membocorkan rahsia itu kepada bloger berkenaan saya rasa tidak sukar untuk Takiyuddin dan pemimpin PAS Kelantan lain mengetahuinya. Takiyuddin tahu siapa ahli mesyuarat kerajaan Kelantan. Ia terdiri dari sembilan Exco dan empat pegawai terdiri dari Pegawai Kewangan, Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Inilah anggota Exco yang membuat keputusan dan tahu keputusan. Selain daripada itu tidak ada siapa yang tahu dan berhak untuk memberi tahu.

Takiyuddin dan orang ramai boleh mengagak dan menebak siapakah antara ahli Exco ini yang mungkin membocorkan kepada penulis blog berkenaan? Caranya, periksa siapa yang membawa bloger itu ke Kelantan. Exco mana yang pernah mengambilnya berkerja? Exco mana yang pernah rapat dan baik dengannya?

Bagi saya tidak pelik dan hairan kalu maklumat itu perlu didedahkan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk memalukan Nik Aziz saja. Pengakuan Nik Aziz kerajaan telah melakukan kesilapan dengan mengalami kerugian RM50 juta itu sudah mencapai sasaran pihak berkenaan yang ingin memalu dan memburukkanya. Pengkauan itu menjatuhkan martabat dan maruah Nik Aziz sebagai pemimpin.

Bagi bijak pandai sudah dapat merasakan permainan ini. Kenapa soal 'kerugian' dan kesalahan ini hanya Nik Aziz seorang yang mengaku. Di mana Exco lain yang turut bertanggungjawab ke atas projek berkenaan. Kenapa diam membisu macam burung hantu bisu?

Apapun apa yang kena ingat dan belajar Nik Aziz tidak akan lepas jawatan dengan cara memburukkan dirinya begitu. Dia seorang ikhlas dan jujur lagi mulia. Bila dia mengaku kesalahan dan kerajaan silap, rakyat Kelantan yang sehati sejiwa dengannya makin kuat menyokongnnya. Apologis itu diterima rakyat. Biasanya begitulah.

Jadi kepada Takiyuddin tidak usahlah bimbang. Walaupun pendedahan keputusan kerajaan itu dan juga pengakuan kesilapan oleh Nik Aziz, ia tidak akan merubah status quo kepimpinan yang ada. Saya penuh yakin setelah menoleh ke belakang dan ke depan - pengalaman lampau, Nik Aziz tidak akan berganjak dari kedudukannya kini. Segala masalah yang dilemparkan ke atasnya akan menjadi pasak menguatkan lagi azamnya untuk terus berkuasa dan menjadi MB. Makin digoncang akar tunjang semangat Nik Aziz makin kukuh dan tajam menikam bumi.

Saya percaya doa dan harapan Adun Pulai Chondong, Zulkefli Mamat yang mengharapkan Nik Aziz menjadi MB sampai mati akan menjadi kenyataan. Cuba perhatikan siapa yang berani desak Nik Aziz berhenti? Dan kalau pun didesak beliau sering menepisnya dengan seribu alasan walaupun mudah tetapi mempunyai impak yang kuat.

Masalah kesihatan yang dialaminya usahlah dirisaukan. Kekeramatan hidup dan keromah yang ada kepadanya meletakkan beliau lebih layak dan anggun daripada seribu sang cerdik lain. Lagipun apa nak peliknya, kalau Ashaari Mohamad (bekas Syaikul Arqam) yang kini diserang stroke dan tidak boleh berkata-kata masih boleh mentadir dan memerintah jemaahnya secara baring, kenapa tidak dengan Nik Aziz. Nik Aziz belum kena baring dan masih berjalan dengan menggunakan tongkat. Nik Aziz ternyata lebih kuat dari Ashaari.

Sultan Kelantan, juga kini sudah lebih lima bulan sakit di Singapura tetapi masih menjadi Sultan. Tugas-tugas baginda dilakukan oleh Tengku Muhammad Faris putera sulungnya. Begitu juga nanti Nik Aziz boleh serahkan tugasnya kepada pemangkunya tanpa beliau meletakkan jawatan, jika mahu. Pemangku itu akan bertindak bagi pihaknya.

Kesimpulannya Nik Aziz tidak payah siasat mengenai siapa yang memberi maklumat sehingga terdedah dokumen kerajaan kepada umum menerusi blog. Selagi ada musang berbulu ayam dan si Hang Nadim selama itu kejadian membocorkan rahsia sulit kerajaan akan terdedah. Apakah Nik Aziz sedia memerintahkan hukum pancung ke atas Hang Nadim? Yang penting bagi Nik Aziz ketahui ialah apa juga keburukan yang bakal didedahkan selepas ini tujuannya adalah untuk menjatuhkan beliau.

Jadi kepada Takiyuddin dan sekalian orang yang walang dengan apa yang berlaku berbanyaklah membaca suruah Alam Nasyarah; mudah-mudahan Allah akan memberi ketenangan hati dan jiwa. [wm.kl. 10:00 16/01/10]