Monday, August 31, 2015

BERSIH rampas Dataran Merdeka


Anak muda Cna berselfie dengan Husam.
Himpunan Bersih 4 yang berakhir menjelang berdetingnya jam menanda 00:00 tengah malam 31 Ogos yang membawa usia kemerdekaan ke-58 tahun, tetap dikenang selamanya oleh rakyat negara ini, khasnya mereka yang menyertainya. Himpunan raksasa rakyat itu berlangsung dua hari bermula Sabtu kelmarin.

Himpunan perdana yang berlatarkan warna kedaulatan rakyat itu (kuning) juga akan ditafsir dengan berbagai tafsiran. Ia akan diterjemahkan dengan seribu makna dan erti tersendiri. Dalam terjemahan itu sudah tentu ia subjektif, pro dan kontra. Tetapi mereka yang hadir, yang melihat dengan mata lendir sendiri dan merasai getar kehangatan dan keharmonian himpunan itu, mempunyai pengertian berbeza di antara yang hadir dengan yang tidak hadir.

Tunggu ulasan kejayaan Bersih rampas Dataran Merdeka esok


Hujan tidak halang mereka kukuh berdiri capai kemenangan.
 Insya-Allah esok saya akan ulasan kejayaan himpunan Bersih 4 yang berjaya menakluki Dataran Merdeka menyebabkan upacara membilang detik 12:00 malam merdeka terpaksa dipindah ke Bukit Jalil.

Perpindahan itu yang dibuat sebelah petang tadi walaupun atas alasan keselamatan namun hakikatnya Dataran Merdeka telah dirampas oleh Bersih. Bersih 4 yang digerakkan pagi Sabtu berakhir menjelang 12:00 tadi dengan penuh jaya.

Malam ini terlalu letih untuk saya mengulas, biarlah saya rehat. Selamat malam. Wassalam Mso.

Sunday, August 30, 2015

Sajak sempena merdeka negara

MARI KITA RAMPAS KEMERDEKAAN ITU

Mari kita rampas kemerdekaan itu
yang kosong makna dan erti buat kita
berambat dekad kita dijajah
dengan kuasa sebuah “kemerdekaan”.

Kita ertikan semula kemerdekaan ini
biar menjadi milik hakiki
menghilang haus sebuah kebebasan
kita negarakan kemerdekaan
menandakan sempadan berdaulat keramat.

Mari kita rampas kemerdekaan itu
yang dipesongkan tujuannya
kita perangi pembelengguan
ke atas penguasa setia
yang dimandatkan
kita tanggalkan cemati birokrasi
yang terpundak lenguh dibahu mereka
kita pastikan ia subur
atas padang adat dan peraturan agama.

Mari kita rampas kemerdekaan itu
kita nyahkan sang maharajalela gila
kita buka setiap topeng sumpah kealiman
kita tangkap dan rejam pembaca-pembaca kitab
yang sombong dan menyesatkan
kita halau kolonailisme bernama demokrasi.

Mari kita rampas kemerdekaan itu
kita salin kuasa mereka
kita tuangkan iltizam bangsa
ke dalam acuan nusa
kita lantik wali-wali baharu
biar mereka
memanggungkan kuasa atas singgahsana
kita tebus segala gadaian
yang menjadikan kita sebagai galangnya
kita lunasi tuntutan kehausan wangsa
kita pegangkemas segala hak.

Mari kita rampas kemerdekaan itu
kita selongkar ke mana hilangnya 42 billion
kita cari pemurah dana 2.6 billion
kita pancung kebanjingannya.

Mari kita rampas kemerdekaan itu
kita tambah nilai ringgit negara
kemaskan pepasir
jamin tanah sejantung ini tidak terhakis.

Mari kita rampas kemerdekaan itu
tanpa lengah.

MOHD SAYUTI OMAR.
Wangsa Maju
25-28 Ogos 2015 [wm.kl.11:49 am 30/08/15]

Saturday, August 29, 2015

Himpunan Bersih 4 hari pertama berjaya

CORETAN BERSIH 4

Jenguk rakan di ICU Selayang. Doakan...
Selepas Asar tadi saya sempat turun ke ibu kota untuk meninjau reptai himpunan Bersih 4 yang bermula sejak petang tadi. Mulanya saya berhajat ke hospital Selayang dahulu untuk menziarahi seorang rakan yang terlantar di ward ICU, tetapi mengenangkan waktu melawati di sebelah tengah hari sudah ditutup saya bersama Zulaimi dan Zamani mengubah niat melencung ke ibu kota untuk tinjau Bersih.

Ingat besok sahaja untuk menyertai himpunan Bersih, tetapi rasa tidak adil dan tidak kena pula apabila membiarkan ribuan rakyat sudah mula bergerak ke kawasan himpunan tetapi saya masih di rumah. Rasa berdoa pula kerana tidak ikut sama, sedang himpunan itu adalah untuk kebaikan bersama. Perjuangan rakyat.

Akta tidak halang rakyat berundur dari perjuangan

CATATAN PAGI

Seperti mana yang dijangka kerajaan telah mengharamkan himpunan Bersih 4 yang bermula hari ini. Malam tadi sekeping warta kerajaan yang ditanda tangani oleh Menteri Dalam Negeri (KDN) yang juga Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, disebar menerusi media eletronik telah mengeluarkan perintah larangan itu.

Salleh ganti Mat Mslan.
Larangan itu tidak membenarkan pemakaian baju berwarna kuning yang ada perkataan Bersih 4. Larangan juga mencakupi penerbitan, penyebaran apa-apa maklumat dan dokumen mengenai Bersih.

Sejajar itu juga pihak keselamatan lain terus mengeluarkan kenyataan berupa araman dan ugutan tindakan. Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar dengan nada tegas mengingatkan agar peserta Bersih sedia menanggung risiko dari kengkaran yang dilakukan.

Friday, August 28, 2015

Sekat web Bersih tindakan bodoh

MARAH JUMAAT

Khabarnya laman web Bersih 4 telah disekat daripada dijengoki orang ramai. Sejak petang semalam laman itu yang menjadi perantara antara penganjur dengan rakyat tidak dapat diakses. Sebelum ini Menteri Multi Media dan Komunikasi Salleh Said Kruak ada membayangkan laman web yang mempromosikan Bersih akan disekat.

Kalau kegagalan web Bersih diakses itu,  kerana ia benar disekat ia adalah satu tindakan yang dayus dan bodoh. Tindakan itu tidak memberi apa-apa makna dan erti lagi kerana rakyat sudah tahu mengenai acara itu sejak beberapa minggu lalu. Ia bodoh kerana penyekatan itu sesuatu yang terlambat.

Pihak penganjur Bersih sudah pun menyusun program perarakan dan sambutan. Pelan lokasi untuk berhimpun dan pengisiannya sudah dihebahkan. Perkembangan terbaru mengenai pergerakan Bersih sudah pasti akan dikongsi oleh rakyat. Rakyat yang komited dengan himpunan itu akan bertindak menjadi perantaran dengan umum.

Kemudahan android yang dimiliki rakyat akan digunakan sepenuhnya. Apakah menjelang tengah malam ini semua talian telekomunikasi pula akan diputuskan dan yang hanya bernafas RTM dan TV3 sahaja? Salleh Said Kruak yang baru memegang jawatan mengambil alih daripada Ahmad Shabery Chik ternyata lebih naif dan langsung tidak profesional.

Ianya memuja Najib Razak sehingga menjatuhkan darjat kemanusiaannya sendiri. [wm.kl.11:09 am 28/08/15]

Thursday, August 27, 2015

Bersih 4 negara akan didaruratkan?

SEBUAH PANDANGAN

Wap himpuan Bersih 4:0 yang dijadualkan berlangsung 29 hingga 30 Ogos ini sudah makin panas. Kehangatannya mengatasi gema sambutan kemerdekaan. Ia sudah meruap ke mana-mana sahaja. Mereka yang terpanggil sudah membuat persediaan awal. Provokasi untuk menggagalkan dan menganggu himpunan "merdeka" rakyat itu juga telah dilakukan.

Apa yang berlaku di perkarangan Sogo petang semalam, sebahagian ganggu kecil yang dapat dilihat. Tetapi provokasi secara senyap, penuh tektikal berlaku di mana-mana sahaja. Dalam media baru provokasi sangat meluas untuk mengagalkan himpunan itu. Pihak kerajaan sendiri juga sudah membuat persiapan dan mula bertindak ke araah mengagalkan himpunan itu.

Hebahan kejayaan pihak penganjur Bersih menjual baju T dan memunggut derma lebih RM1.5 juta memberi ketakutan kepada kerajaan. Kejayaan luar biasa itu mencerminkan himpunan Bersih 4 mendapat sambutan hangat.

SPRM boleh siasat Ahmad Yaakub dan Nik Amar

ULASAN TENGAHARI

Laporan berita mengenai Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub dan timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah yang dikaitkan dengan memiliki harta mencecah jutaan ringgit boleh membuka jalan kepada SPRM untuk membuat siasatan.

Nik Amar Nik Abdullah
Ahmad Yaacub
Siasatan itu perlu bagi membersihkan nama kedua-dua pemimpin Kelantan itu daripada diprejudis dengan perkara buruk.

Ahmad Yaakub dikaitkan dengan pembinaan banglo oleh anak-anaknya bernilai cecahan RM2 juta manakala Nik Amar pula memiliki kereta mewah yang dibeli dengan harga dibawah harga biasa bernilai RM200,000.

Nilai semasa kereta Range Rover dibeli TMB itu ialah RM300,000 yang diperolehi menerusi seseorang yang terbabit dengan penjualan kereta motor.

Wednesday, August 26, 2015

SK Temalir usaha ternakan Lebah Kelulut tambah pendapatan

CORETAN

Hamidah menunjuk salah satu sarang kelulut.
Semasa ke Kuala Krai dua minggu lepas saya dibawa oleh seorang kawan mengunjungi Sekolah Kebangsaan Temalir, Kuala Krai. Saya tidak tahu apakah tujuannya, kawan itu tiba-tiba sahaja,  mengajak saya ke sekolah berkenaan. Apakah istimewanya sehingga dia beriya-iya mahu saya ke sekolah itu?

Sepanjang perjalanan menuju ke sekolah itu, (itulah pertama kali saya menjejak kaki ke Kampung Temalir yang merupakan kampung tradisi yang dibangunkan secara tersusun), saya tertanya-tanya sendiri apakah yang hendak ditunjukkan oleh kawan ini. Terfikir juga mungkin ada sesuatu yang pelik dan ganjil bakal menarik perhatian saya?

Bukan sahaja Mahathir orang lain juga tak percaya Najib

POJOK PETANG

Tepat dan wajar kalau Dr Mahathir Mohamad masih meragui wang RM2.6 billion didakwa sebagai derma yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak itu sebagai wang yang ada kena mengena dengan 1MDB dan bukan dari sumber lain.

Alasan Mahathir kerana wang itu terlalu banyak. Beliau yang pernah menjadi presiden Umno dan perdana menteri lebih dua dekad tentulah tahu sangat berapa jumlah yang pernah diterima olehnya dan juga Umno.

Apakah dunia luar lebih mengkagum Najib daripada Dr Mahathir?

GHB pengkhianat atau penyelamat?

RENCANA KHAS

Tindakan berupa protes ahli Pas keluar meninggal parti agama itu serta kian rancaknya perarakan (road show) memperkenalkan GHB yang kemudian akan menjelma menjadi sebuah parti baharu menyebabkan semua mata pemerhati dan pengamat politik serta orang-orang atas pagar terarah kepada  Pas.

Masing-masing bertanya apakah akan berlaku kepada parti agama yang sudah melangakau enam dekad dan berusia 61 tahun itu. Pas menjadi fokus selepas berlakunya "rampasan kuasa" besar-besar ke atas kepimpinannya dalam muktamar lepas, dimana kesemua pemimpin yang progresif dan liberal ditendang keluar. Masing-masing kini menghitung dan mencongak apa akan jadi kepada Pas kini?

Apakah Pas akan berkubur ditangan orang-orangnya sendiri yang kini sedang membina parti baharu yang dianggap sebagai pesaing Pas? Ataupun parti itu tetap akan utuh dan kekal di atas peta politik negara ini, dan ianya makin mudah mencapai hasrat dan cita-citanya mengapai mardhatilah? Dan Pas tetap menjadi sebuah parti yang unggul dan parti alternatif kepada Umno yang ternyata semakin hari semakin rosak reputasinya sebagai sebuah parti nombor satu negara dikagumi selama ini.

Tuesday, August 25, 2015

Kerajaan Kelantan perlu tiru langkah Adnan Yaacob

SUSUPAN MALAM

Adnan Yaacob
Langkah yang akan diambil oleh Menteri Besar Pahang Adnan Yaacub bersama 10 orang Exconya untuk mengistyharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) satu tindakan yang perlu dipuji dan dituruti oleh kerajaan-kerajaan negeri atau mana-mana agensi dan jabatan kerajaan yang lain.

Seperti mana kata Adnan ketika mengumumkan tindakan itu, langkah mengsityharkan harta itu bagi membuktikan ketelusan kerajaannya berhubung pemilikan harta secara sah. Ia tentulah juga sebagai satu kempen menentang rasuah dan serentak itu menunjukkan kerajaan Pahang mengambil berat soal integriti.

Monday, August 24, 2015

Mukhriz mahu jadi Mahathir dimasa muda

SUSUPAN PETANG

Gesaan dan cadangan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir agar perhimpunan agung Umno (pemilihan) yang sepatutnya diadakan pada tahun depan tetapi ditangguhkan selama 18 bulan, diadakan seperti biasa, menyerlahkan bukan sahaja keberanian anak bekas PM ke-3 itu tetapi ia menunjukkan itulah sikap sebenar sebagai seorang ahli politik yang diharap menjadi pemimpin negara.

Mukhriz ikut jejak ayahnya.
Orang-orang Umno harus merasa bangga dengan keberanian dan keikhlasan Mukhriz melemparkan pandangan yang agak kontroversi dan dalam keadaan pemimpin lain sedang menyelamatkan diri daripada hilang kuasa dan kedudukan.

Selain membuat cadangan yang bersangkut paut dengan Umno dan tersentuh batang hidung Najib itu, Mukhriz juga membuat cadangan agar cukai GST sebanyak 6 peratus dikurangkan sebanyak 3 peratus demi rakyat. 

Berkongsi udara bersama Najib Razak, hehe

DIARI SEMALAM

Keadaan benderha Pas di Jalan Pengkalan Chepa.
Jet 1Malaysia yang membawa perdana menteri Najib Razak, meninggalkan landasan beberapa minit sebelum Malindo Air OD 1256 yang membawa saya bersama puluhan penumpang lain melakukan hal yang sama. Walaupun saya tidak satu pesawat dengan Najib, setidak-tidaknya pada hari kelmarin itu, di antara jam 9:30 pagi hingga 10:30 pagi saya berkongsi ruang udara sama dengannya.


Najib menuju ke Timur Semenanjung, saya bersama isteri dan seorang kawan juga menuju ke arah sama, Timur Semenanjung, Kota Bharu. Destinasi kami nampaknya sama, tetapi mempunyai acara berlainan. Sebelum singgah di Kota Bharu, Najib terlebih dahulu ke Kuala Nerus, Terengganu merasmikan mesyuarat perwakilan kawasan itu.

Di Kuala Nerus, Najib menasihat ahli Umno jangan mengorek kapal. Katanya kapal korek tak apa kerana ia boleh digunakan untuk cari komididi timah dan minyak, tetapi jangan korek kapal. Kalau korek kapal semua orang (Umno dan dia) akan mati lemas. Kenapa Najib terpaksa melemparkan nasihat demikian, apakah Najib sudah mengetahui yang kapal Umno sudah bocor?

Friday, August 21, 2015

Najib hendak kawal Internet setelah dia menjadi mangsa

ULASAN PETANG

Kata orang setelah teratuk baru hendak mengadah, begitulah keadaan dialami Naji Razak kini yang membayangkan cadangan untuk menyekat kebebasan laporan dalam Internet. Menurutnya kerajaan bercadang untuk melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet.

Macam manahkah standard antarabangsa itu?

Kita faham kenapa Najib baru menyedari perkara itu sekarang ini dan tidak sebelum ini. Jawabanya kerana beliau sudah merasai kesakitan akibat kebebasan Internet atau cara rakyat negara ini mengamalkan kemudahan berkenaan. Kebebasan Internet tidak mengikut standard antarabangsa telah memakan dirinya?

Thursday, August 20, 2015

Pendedahan Mustapa yang tidak untungkan Hadi

ULASAN PETANG

Mustapa kurang bijak.
Pendedahan oleh Mustapa Ali, sebuah cerita lama bagaimana Pas membuat keputusan anih yang boleh ditafsirkan sebagai pengkhianat menjelang pilihan raya ke-13 dahulu yang mana mahu menukarkan jawatan perdana menteri daripada Anwar Ibrahim kepada Tengku Razaleigh Hamzah sekiranya Pakatan Rakyat menang, bukan mendedahkan ketulusan Mustapa dan Pas, sebaliknya membuka kelemahan diri dan parti sendiri.

Mustapa sekonyong-konyong menjelaskan usaha menukar jawatan PM daripada Anwar kepada Tengku Razaliegh Hamzah dicadangkan oleh Pas. Tujuan Mustapa mendedahkan cerita "benar" yang dianggap tidak ada moral dan setiakawan bagi Pas itu bagi membela dan mempertahankan presiden Pas, yang dituduh oleh DAP menolak Anwar.

Pas Selangor bakal lumpuh

ULASAN

Dari segi politik tindakan ahli Parlimen Kota Raja yang juga Naib Ketua Pas Kawasan itu Dr Mariah Mahmud mengumumkan keluar daripada Pas bersama beberapa ahli jawatankuasa Pas kawasan itu merupakan satu tindakan memberi bekas kepada Pas Selangor.

Dr Mariah dan pimpinan Pas Kota Raja umum lepas jawatan.
Ia adalah permulaan tindakan ekoran rasa tidak puas hati kepada kepimpinan Pas yang baru dipilih pada muktamar beberapa bulan lalu. Walaupun tindakan Mariah dan beberapa yang lain tidak melumpuhkan Pas Selangor tetapi tindakan itu memberi moral yang buruk kepada Pas Selangor.

Tindakan dan keputusan Dr Mariah dan yang lain-lain merupakan satu "hentakkan" yang kuat kepada Pas Selangor yang cuba mempamerkan mereka sebagai golongan agamwan, al-Din.

Wednesday, August 19, 2015

Jaminan Mustapa, Tuan Ibrahim tidak laku

SUSUPAN TENGAHARI

Atas sifat politik itu serba kemungkinan, namun jaminan oleh sekurang-kurang dua pemimpin Pas Mustapa Ali dan Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa Pas akan menyokong undi tidak percaya ke atas Najib Razak sebagai perdana menteri jika diadakan, ia masih boleh dipertikaikan.

Berpandukan pengalaman lepas, saya tidak yakin dengan jaminan Pengarah Pilihan Raya dan Timbalan Presiden Pas itu, selagi Pas dibawa pimpinan Abdul Hadi Awang dan dikuasai secara tektikal oleh Haron Din.

Kalau pun Abdul Hadi dan Haron sendiri memberi jaminan itu ia bukan boleh ditelan bulat-bulat macam ikan baung telan najis. Kata-kata itu harus ditilik dan dikaji secara mendalam.

Tuesday, August 18, 2015

Misi berkorban di Aceh 1436/2015

PERHATIAN

Insya-Allah tahun ini saya akan meneruskan misi dan tradisi blog ini, Misi Korban sempena Aidi Adha. Tahun ini saya akan kembali semula ke Aceh Darussalam, setelah lap setahun lampau.

Gambar pelajar cuplikan dari Facebook saya.
Lokasi yang menjadi tumpuan kini ialah di sebuah dayah atau pasenteran di hujung banda Aceh.

Saya semacam berhutang janji dengan penguasa pasenteran berkenaan. Semasa mengunjungi pada November 2014, saya berjanji untuk melakukan korban di dayan ini bagi menjamu anak-anak sentrinya.

Sayang janji itu masih belum tertunai kerana ada halangan lain.

Azalina, shit Najib lebih busuk daripada shit Mahathir

SELEPAS JOGGING

Azalina Othman Said.
Berbaloi juga Najib Razak membawa masuk semula bekas puteri Umno Azalina Othman Said ke dalam kebinet. Tidak pasti kenapa dahulu Azlina digugurkan dari jemaah menteri, dan kini dia dibawa masuk semula. Apakah Najib dapat merasakan kabinetnya semacam kekurangan tanpa Azalina?

Apakah Azalina digugurkan dahulu kerana menteri itu ada disiasat oleh SPRM yang membabitkan wang ratusan ribu ringgit yang ditemui dalam kereta bekas Setiausaha Politiknya? Azalina juga turut sama dikaitkan dengan satu projek dibawah kementerian Pelancongan yang dipegangnya yang menimbulkan meraguan.

Apakah kemasukan semula Azlina ke dalam kabinet itu menunjukkan menteri yang belum berkahwin tetapi mempunyai seorang anak lelaki itu sudah suci dan bersih dari nifah politik?

Monday, August 17, 2015

Ahmad Said jadi mangsa 1MDB rupanya

TERDEDAH

Ahmadambil masa lama untuk jelas kebenaran.
[kemaskini] Salah sangka pada jangka. Masa Najib Razak pecat Ahmad Said sebagai MB Terengganu tidak lama dahulu semua orang kata Najib pandai dan tindakan betul memecat seorang MB yang nampak tidak berapa cerdik. Sebenarnya dari segi pencapaian kedua mereka lebih kurang sahaja.

Najib hanya bercerita dia pecat Ahmad Said kerana sudah cukup tempoh yang Ahmad akan jadi MB setahun sahaja, selepas dilantik semula. Kononnya mereka ada berjanji sedemikian?

Hari ini apabila timbul cerita 1MDB, baru orang tahu siapa yang lebih cerdik antara Ahmad Said dengan Najib. Siapa yang lebih ada kelas dan integriti di antara mereka berdua.

Benarkah cerita Zahid ada orang nak guling kerajaan?

PERSOALAN

Ahmad Zahid Hamidi telah bersumpah akan mempertahankan kerajaan Mohd Najib Razak sehingga ke titisan darah terakhir dan akan menjamin tidak akan berlaku rampas kerajaan dari belakang. Wah, hebat wong Jawa si Wak Jahid ini.

Zahid selalu sangat suka mengeluarkan kata-kata hebat dan berapi-rapi laksana pejuang yang tidak lut ditikam, tidak hangus dibakar. Ada kalanya juga cakap-cakapnya persis orang yang menjual ubat sahaja. Ubatlahnya tak seberapa sangat tetapi goringannya panas menghangat sekali hingga mempesonakan banyak orang.

Kata-kata beraninya sampai biasa kecut perut bebudak dibuatnya. Tidak sekali Zahid mengeluarkan kata-kata merah begitu. Semasa zaman reformasi tatkala bersama Anwar Ibrahim, Zahid berkata lebih lancang dati itu. Katanya dalam menentang Dr Mahathir Mohamad ia sudah sampai ke tahap fisabililah.

Maaf, kerana tidak update blog..

Dua tiga hari tidak update blog, maaf kepada penjengok setia Merah Tinta. Semalam baharu sampai balik dari luar negeri. Insya-Allah petang atau malam ini saya akan membuat coretan dan ulasan seperti biasa. Isu paling menarik kononnya ada orang hendak guling kerajaan. Satu lagi teori dicipta untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri yang tidak tahu malu. Wassalam Mso.

Thursday, August 13, 2015

Surat Husam kepada Exco bakal berasap

TERKINI

Bekas Exco kanan Kelantan Husam Musa (foto) telah menghantar surat kepada Exco Kelantan bagi menjawab tuduhan liar terhadapnya yang mendakwa beliau "makan" balak sekaligus menanyai beberapa persoalan yang bersifat pelik.

Surat Husam itu sudah tentu bakal menjadi satu keributan baharu di Kelantan dan membongkar satu lagi penyelewengan. Isu balak di Kelantan bukan sebesar isu 1MDB dialami Najib Razak, tetapi boleh membikin MB tidak nyenyak tidur.

Kenapa beliau berbuat begitu, mungkin sudah tidak tahan menanggung penghinaan dari mereka yang membencinya, yang malam siang menaburkan fitnah mentah untuk terus memburukkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.

Sehingga kini isi kandungan surat itu belum dilepaskan lagi. Namun ia dapat dikesan menerusi satu carta yang dilepaskan dalam laman twiternya hari ini.

Wednesday, August 12, 2015

Najib dan Mahathir lebih terpenjara daripada saudara

SELAMAT HARI JADI

Ybhg Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Ketua Umum,
Parti KEADILAN Rakyat Malaysia,
D/A Penjara Sungai Buloh,
Selangor.

Assalamualaikum wbh wbt.

Gambar terakhir Anwar sewaktu masih bebas.
Saudara, pertamanya saya mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran saudara yang jatuh pada hari semalam, 10 Ogos dengan harapan dan doa semoga saudara diberikan kesejahteraan serta keberkatan oleh Allah S.W.T di dunia dan akhirat.

Usia saudara kini sudah merangkak ke - 68 tahun dimana bagi sesetengah orang dianggap sudah lanjut usia dan tidak "rak" (berdaya) lagi untuk berjuang. Tempoh usia Nabi Muhamad S.A.W. dijadikan sakatan untuk hidup. Itu tanggapan daripada luar, apa lagi oleh mereka yang tidak memahami erti dan falsafah perjuangan.

Tuesday, August 11, 2015

Batalkan niat nak bawa masuk 1.5 juta Bangladesh

TERBONGKOR

Pendedahan adik kandung Ahmad Zahid Hamidi, Abdul Hakim Hamidi berkerjasama dengan syarikat yang menyedikan sistem dalam talian (link) untuk membawa masuk warga Bangladesh ke negara ini tidak mengejutkan, sebaliknya perkara itu sudah diduga sejak awal.

Sebaik sahaja Zahid mengumumkan KDN hendak bawa masuk 1.5 juta rakyat Bangladesh orang sudah dapat membaca apakah tujuan dan maksudnya. Kalau tidak ada mengada, keuntungan kantung sendiri, untuk apa sejumlah sebanyak itu Bangladesh dibawa masuk.

Bahri, penduduk Gual Periok angkat jempol kepada anda

CATATAN

Bahri menjadi ikon keberanian SPRM.
Bahri Mohamad Zin - semasa sekolah dulu, setiap pagi dia dihantar oleh ayahnya yang dikenali dengan Pak Su Zin di kalangan penduduk pekan Gual Periok. Rumahnya di Gertak Nombor tiga, jarak rumahnya dengan sekolah kira-kira 2.5 batu. Tetapi kerana kiri kanan jalan penuh semak, pokok lalang, resam, senduduk dan kemunting, menyebabkan jarak itu menjadi jauh.

Anak dara atau janda tidak berani untuk berjalan kaki bersendiri melalui jalan itu bimbang akan dipegang jantan liar.

Monday, August 10, 2015

Siapa dia Bahri Mohamed Zin?

PERHATIAN

Malam ini saya akan lepaskan sedikit catatan mengenai Datuk Bahri Mohamed Zin, Pengarah Siasatan Khas SPRM yang saya kenali. Beliau berasal dari Gual Periok Kelantan dan satu sekolah dengan saya semasa sekolah rendah. Saya mengenali dengan keluarganya malahan, masih ada pertalian darah di antara ibu mertua saya dengan ibunya.

Tunggu malam ini untuk mengenali dan mengetahui siapa dia Bahri Mohamed Zin dan kerenahnya. Wassalam Mso.

Kedudukan sebagai PM sudah tiada guna lagi buat Najib

SUSUPAN PETANG

Najib Razak makin hari makin terkepit dan terjempit dengan masalah dan isu yang dibuatnya sendiri. Walaupun dia masih kekal sebagai perdana menteri, tetapi kerusi itu sudah tidak bermakna lagi buatnya apabila ia terus-tersusan dipertikaikan.

Kedudukan dan maruah Najib sebagai perdana menteri kini sudah tidak ada lagi. Semua orang dan semua dunia sedang mentertawakan Najib Razak. Najib masih belum sedar yang dia adalah seorang perdana menteri yang hilang sokongan rakyat. Najib tidak lebih daripada badut bernyawa.

Najib juga sedang gelabah kini. Dalam usaha mengekalkan kedudukan Najib juga mengguna semua kesempatan yang ada untuk mempertahankan dirinya. Badan-badan dan alat kerajaan juga seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam dan lain-lain juga digunakan untuk mempertahankan dirinya.

Wednesday, August 5, 2015

Kenapa polis kacau SPRM?

ULASAN

Tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang mengelidah ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyiasat beberapa orang pegawai tingginya berjam-jam memunculkan satu senario dan sejarah baharu dalam negara ini.

Tindakan PDRM itu yang dibawah kawalan menterinya Ahmad Zahid Hamidi, yang baharu dilantik menjadi TPM memberi persepsi busuk terhadap negara ini, bahawa badan bebas (SPRM) itu kini seolah-olah bukan bebas lagi atau pun cuba dimonitor mengikut pihak berkuasa.

Dalam hubungan itu juga orang melihat Zahid Hamidi telah memainkan peranan sewajarnya sesuai dengan "ghanimah" yang diperolehinya.  Zahid dianggap menjadi alat yang baik.

Surat bual dengan Dr Mahathir Mohamad

SURAT TERBUKA

Ybhg Tun Dr Mahathir Mohamad,
Yayasan Perdana,
Putrajaya, Sepang
Wilayah Persekutuan.

Assalamualaikum wbh wbt.

Saya tidak tahu persis ketika ini apa yang sedang Tun lakukan. Apakah sedang melakukan senaman ringan atau pun mengambil sarapan pagi, sedang itu cuba mengarapkan idea untuk sebuah tulisan dalam blog daripada nota-nota yang dicatat hujung lewat malam tadi.

Yang pastinya Tun tetap kekal dan cekal dengan kerja rutin harian. Kecergasan Tun dapat dilihat daripada butir cakap, penulisan dan kenyataan-kenyataan akhabar Tun yang penuh sinikal. Kalau Tun uzur dan kurang sihat badan, tertanda apabila blog Tun tidak dikemaskinikan dan tidak ada kenyataan akhbar dan majlis-majlis sosial dan politik yang hadiri.

Tuesday, August 4, 2015

Kerajaan Kelantan disaman syarikat dari Korea

LAPORAN LEWAT

Khabarnya kerajaan Kelantan berhadapan dengan saman oleh sebuah syarikat kontraktor dari Korea ekoran pembatalan perjanjian membina Lebuh Raya Rakyat Kelantan (LRRK) yang ditanda tangani oleh kerajaan Kelantan dengan syarikat berkenaan tiga tahun lalu.
Plak menandakan perasmian projeki LRRK.

Permulaan bicara saman itu dikatakan sudah bermula apabila mahkamah telah memanggil kedua-dua pihak untuk urusan perbicaraan.

Beberapa orang termasuk mereka yang terlibat dalam pemberian projek pembinaan projek itu juga telah disapina untuk menjadi saksi.

Kontrakator dari Korea itu sebelum ini diberi kebenaran untuk membina LRRK sepanjang kira-kira 60 km dari Kota Bharu - Machang.

Monday, August 3, 2015

Roadshow GHB Wilayah Persekutuan meriah

PEMERHATIAN

Ahmad Awang berucap menyesali beberapa tindakan Pas.
Roadshow Gerakan Harapan Baru (GHB) Wilayah Persekutuan yang diadakan semalam dan malam tadi merupakan program pertama GHB Wilayah Persekutuan yang dibentuk dua minggu selepas 1 Syawal lepas. Program itu diisi dengan majlis dialog di sebelah pagi dan ceramah umum pada malam tadi.

Program itu bolehlah dianggap majlis permula, letak kerja oleh GHB Wilayah Persekutuan sebagai rentetan daripada beberapa majlis seumpamanya sebelum ini yang diadakan di Temerloh, Kota Bharu, Perlis dan paling baru di Manjoi Perak.

Sunday, August 2, 2015

Badi Mahathir kini sudah terkena Najib

DARI BINGKAI MATA

Najib membelek Quran sambil diperhati Zahid.
Segala tindakan Najib Razak termasuk tindakan secara pejam mata (berani) memecat timbalannya Muhyiddin Yassin, serta tindakan susulan oleh PDRM tentunya atas arahan Zahid Hamdi yang baru menerima ghanimah jawatan TPM dari Najib, menahan beberapa individu tertentu tidak akan menyelesaikan masalah Najib.

Bahkan segala tindakan itu memberi alasan dan hujah baharu kepada penentang Perdana Menteri itu agar berundur. Tindakan itu menimbulkan kemarahan dan kebencian baharu kepadanya. Kalau dahulu orang di luar Umno yang serabut dan benci dengan Najib tetapi tindakan terbaru mengundang kemarahan dari dalam Umno.

Tempias kabinet Najib kepada Umno Kelantan

 PANDANGAN PAGI

Walaupun rombakan kabinet Najib Razak minggu lepas adalah untuk mengukuhkan kedudukannya dan membuang duri dalam daging dalam Umno, (Muhyuddin Yassin) tetapi sedikit sebanyak ia memberi tempias kepada Umno Kelantan apabila dua orang timbalan menteri baharu berasal dari negeri itu.

Ahmad Jazlan Yaakob
Perlantikan Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahmad Jazlan Yaakob itu menggembirakan rakyat Kelantan amnya dan khasnya Umno kerana ia memberi kesan kepada parti itu. Kedua-dua mereka merupakan muka baharu yang dikira dapat memberi suntikan semangat kepada Umno Kelantan.

Asyraf dilantik menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, manakala Jazlan dilantik menjadi timbalan menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah II. Kedua kementerian itu dilihat dapat memberi kelabaan kepada Umno Kelantan sebagai menghadapi pilihan umum akan datang, kerana kedua kementerian itu boleh memberi fungsi tersendiri dalam menaikkan imej Umno di Kelantan.