Monday, August 31, 2015

BERSIH rampas Dataran Merdeka


Anak muda Cna berselfie dengan Husam.
Himpunan Bersih 4 yang berakhir menjelang berdetingnya jam menanda 00:00 tengah malam 31 Ogos yang membawa usia kemerdekaan ke-58 tahun, tetap dikenang selamanya oleh rakyat negara ini, khasnya mereka yang menyertainya. Himpunan raksasa rakyat itu berlangsung dua hari bermula Sabtu kelmarin.

Himpunan perdana yang berlatarkan warna kedaulatan rakyat itu (kuning) juga akan ditafsir dengan berbagai tafsiran. Ia akan diterjemahkan dengan seribu makna dan erti tersendiri. Dalam terjemahan itu sudah tentu ia subjektif, pro dan kontra. Tetapi mereka yang hadir, yang melihat dengan mata lendir sendiri dan merasai getar kehangatan dan keharmonian himpunan itu, mempunyai pengertian berbeza di antara yang hadir dengan yang tidak hadir.



Mohamad Sabu mengiman solat Maghrib.
Mereka yang tidak hadir, atau berada di luar himpunan sepertilah orang buta yang mendengar cerita gajah tentang himpunan itu. Mereka akan membuat berbagai tafsiran dan andaian setiap kata-kata mengenai gajah itu mengikut kapasiti minda masing-masing. Apa lagi yang pesimis dengan himpunan itu akan menganggap bahawa "gajah" itu empat segi atau seperti kepala keretapi logomotif.

Giliran Salahuddin pula berselfie.
Demikian khlifanya orang yang enggan melihat dengan panca indera sendiri dan hanya memerhati dari jauh atau mendengar ocehan media-media PB.

Saya mengatakan sejarah, kerana Bersih 4 membawa ciri-ciri dan mengandungi maknawi dan sir tertentu yang khusus. Ada beberapa signifiken daripada himpunan selama 34 jam itu. Ia amat berbeza sekali dengan tiga himpunan Bersih, 1, 2 dan 3 sebelum ini.

Mahathir juga hadir, membalas lambaian kepadanya.
Kandatipun matlamatnya tetap sama untuk menuntut pilihan raya dan demokrasi adil dan bersih ke arah terbentuknya kerajaan yang telus di negara ini. Perlu difahami himpunan itu adalah kesenimbungan kepada Bersih terdahulu. Ia diadakan kerana menuntut terlaksana beberapa tuntutan yang masih tidak terpenuhi oleh pemerintah.

Dan himpunan Bersih 4 bagi saya paling gemilang dan berjaya. Kejayaan simboliknya dengan terampasnya Dataran Merdeka yang dijadikan tapak meraikan sambutan detik 12:00 tengah malam 31 Ogos.

Apabila pihak penganjur acara tahunan itu memindakan sambutan ke Bukit Jalil, atas alasan keselamatan atau apa, ia menunjukkan Dataran Merdeka sudah ditakluki peserta Bersih. Dalam erti kata lain pemerintah mengaku kalah untuk tidak bertewas kekuatan dengan himpunan Bersih itu.

Bersih 4, tidak akan tertitik nokhtah menjelang tengah malam malam tadi. Ia akan tetap bersambung dan muncul apabila diperlukan. Peserta Bersih akan pulang ke kampung halaman, tetapi mereka tetap akan datang kembali bila dikerah dan dipanggil tanpa dipunggah.

Syed Azman, Salahudin bersama Abd Aziz Kadir.
Atau apabila ada sesuatu yang menekan dan membelenggu kehidupan mereka, mereka akan akan berunga-runga untuk berhimpun bagi menempikkan harapan mereka yang belum terpenuhi.

Banner wajah Anwar jadi semangat himpunan.
Perlu difahami himpunan kelmarin dan semalam bukan semata-mata untuk menjatuhkan Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia. Mereka beranggapan begitu adalah mereka yang besar prejudisnya dan satu provokasi murahan dan mereka yang bankrup idea untuk memburukkan Bersih.

Bersih akan menuntut semua penyangak berundur atau digiring ke penjara tanpa mengiranya siapa. Seandainya kerajaan akan datang ditunggaki oleh Pakatan Rakyat dan pemimpinnya mengulangi perbuatan Najib, maka Bersih akan berhimpun mendesak mereka berundur.

Walaupun hujan turun mereka tidak berganjak.
Bersih adalah parlimen rakyat untuk menyampaikan notis usul tergembar mereka dari masa ke semasa.

Berbalik kepada kehebatan dan keistimewaan Bersih 4 tadi, ianya membawa beberapa kesimpulan atau natijah mengejutkan khasnya Najib Razak. Biarlah saya tidak mahu menurunkan angka, jumlah yang hadir disini, tetapi masing-masing boleh membuat ukuran dan congakan sendiri dengan penuh rasional.

Apa yang pasti 10 juta rakyat Malaysia telah mengetahui dan menyaksikan himpunan berkenaan. Mereka yang menyaksi dan menontonnya bukan sahaja, dari dalam negara tetapi diluar negara juga.

Ia disaksi dari dekat oleh rakyat negara ini yang berada di luar apabila aksi-aksi dan acara berhimpuna diadakan dibeberapa lokasi di seluruh dunia. Rakyat dalam negera ini bukan sahaja yang berkeupayaan hadir, tetapi mereka yang OKU penglihatan, pekak dan berkereta roda juga ikut mengambil bahagian. Ini menunjukkan rakyat negara ini tanpa kedudukan, status dan keadaan menyatu diri menguningkan negara demi kebebasan mutlak rakyat.

Bersih telah mengduniai. Apa yang berlaku atau pun hasil Bersih ia memberi keaiban besar kepada Najib. Najib kini tidak boleh lagi berbangga dia sebagai perdana menteri kepada sebuah negara yang aman dan damai serta kaya raya dengan komiditi minyak kerana dia sedang dipersoalkan. Dunia tahu kenapa Bersih 4 bersambung dan mendapat sambutan hangat kerana ulah Najib.

Skandal 1MDB, penyonglapan wang RM2.6 billion ke dalam akaun peribadinya, campur tangannya ke atas badan penyiasatan kerajaan kemudian diikuti dengan tindakan drastik dan dramatik memecat timbalannya Muhyiddin Yassin menjadi dunia memerhati dan membuat tafsrian bahawa Najib PM yang bermasalah. Teruk sudahlah seorang perdana menteri kalau memecat timbalannya. Bahawa kerajaan UBN yang diketuai Najib sedang dalam kekecamukkan.

Di bawah laluan LRT di Masjid Jamek penuh pepak.
Sementara keterpanggilan rakyat untuk berhimpun juga kerana tidak tahanan dengan beban ekonomi negara yang sedang merundum dimana mereka adalah pemikulnya. Dasar dan polisi percuakaian GST mengenakan 6 peratus diperkenalkan adalah punca kemarahan rakyat. Para peniaga yang kini tidak tahan dimaki hamun pengguna telah menyuarakan kemarahan mereka. Mereka sangkutkan keserabutan dan marah pelanggan ke atas bahu Najib.

Dari sudut lain.
Ekoran dan suasana itu sudah tentu di mana sahaja Najib berdiri dan minum tea dia akan di tanya; "macam mana you dan negara you?" Pertanyaan dan singgungan begitulah menjadikan Najib tidak selesa dan berkedut muka. Mungkin ia terbawa ke dalam mimpi menjadikan tidur Najib sering kali "terkaba", terkejut dan mengigau. Najib kini sangat tertekan. Wajah terbaharu beliau semasa mnghadiri pembarisan kemerdekaan tadi menjelaskan segala-galanya. Najib murung dan muram durjna.
Mereka berhimpun awaman dalam semangat tinggi.

Mengenai jumlah kehadiran himpunan itu bermacam-macam angka yang diberikan. Pihak yang pro mengatakan ia mencecah 300 ribu. Manakala pihak yang anti merendah-rendahkan kekuatannya dengan mengatakan sekitar 20 hingga 25 ribu sahaja. Saya mengambil jalan tengah dari ukuran saya sendiri jumlah himpunan Bersih 4, kira-kira 150,000 dimana ia hampir menyamai himpunan Bersih 2. Namun Bersih 4 mempunyai beberapa nilai tambah lain yang cukup menggembirakan penganjur.

Nilai tambah yang pertama ialah dengan kehadiran Dr Mahathir Mohamad. Mahathir bukan hadir sekali tetapi dua kali. Kehadiran bekas PM itu memberi suntikan semangat dan pengikhtirafan perjuangan rakyat melalui Besih, atau demostrasi selama ini.  Sebelum ini Mahathir sangat anti kepada demostrasi tetapi akhirnya dia terpaksa akur juga apabila dia gagal untuk menjatuhkan Najib secara tekanan politik. Kemunculan Mahathir itu sangat dimarahi dan dikesali oleh pimpinan Umno.

Apabila Dr Mahathir datang angka besar atau kecil tidak menjadi signifiken lagi. Kehadiran Mahathir itu akan menambah variasi sejarah kepada Bersih 4. Bukan itu sahaja, kehadiran Mahathir juga boleh dianggap menampung kelompongan yang dikosongkan oleh orang-orang Pas. Penganjur berasa mereka terbela dengan kehadiran Mahathir walaupun Pas memulau himpunan berkenaan.

Apakah boleh di sini saya menyifatkan kehebatan Dr Mahathir sama atau melebihi kehebatan mungkin puluhan ribu tambahan anggota himpunan kalau orang-orang Pas turut hadir? Orang Pas tidak hadi kerana mereka tidak diarah apabila ketua mereka tidak dijemput untuk menjadi kepala perhimpunan.

Seharusnya orang Pas dan presiden Pas itu juga insaf dan sedar kenapa penganjur tidak bersedia melantiknya sebagai ketua, mungkin kerana ulah dan sikap presiden itu yang tidak ada unjak dalam beberapa tindakannya selama ini. Atau pun kerana penganjur sudah maklum yang Pas sudah mengambil borang bernikah dengan Umno?

Hal-hal lain yang menjadikan Bersih 4 mencatat banyak kenangan dan signifiken ialah, jumlah orang-orang Cina yang ramai. Anak muda Cina sudah diajar agar bertindak menunut hak mereka. Inilah bangsa yang cerdik dan berani dalam keadaan apa sekali pun. Tetapi kehadiran itu tidak disenangi. Bahkan dianggap sebagai melampau.

Kelihatan Tian Chua memasuk menuju pentas utama.
Ada tuduhan liar mengatakan Cina menguasai himpunan itu. Benar dan saya yang berada di lapangan lebih 24 jam mengakui realiti itu. Orang Cina memenuhi himpunan itu, lokasi-lokasi himpunan itu seolah-olah kita berada di Beijing, Hong Kong atau Singapura.

Hampir 90 peratus peserta terdiri generasi muda.
Kehadiran begitu ramai anak-anak muda Cina tidak boleh dipersalahkan mereka. Apa lagi kalau mengatakan orang Cina menguasai himpunan itu, satu tanggapan yang kurang adil dan skeptikal. Kenapa keadaan berlaku demikian ialah kerana orang Melayu tidak sesensitif orang Cina. Orang Melayu lambat atau tidak prihati kepada kehidupan dan masa depannya sendiri. Orang Melayu masih leka dan terdodoi dengan lagu retorik yang didendangkan oleh bangsanya sendiri. Orang Melayu terus tertidur sampai melimpah air liur basi apabila diberi BR1M. Inilah kelas bangsa yang tamadunnya tidak masak.

Penguasaan orang Cina dalam himpunan-himpunan sebenarnya boleh diatasi sekiranya orang Melayu sedar dan tahu tanggungjawab. Sekiranya orang Melayu bijak dalam berpolitik dan membina masa depan. Tetapi kerana kedangkalan orang Melayu dalam bertindak membela nasibnya sendiri maka jadilah keadaan yang malang itu.

Seperkara lagi keistimewaan yang boleh saya sebut dalam himpunan Bersih kali ini, ialah ianya aman dari mula hingga ke akhir. Mungkin tidak ada tetesan darah yang tumpah seperti himpunan sebelum ini. Kali ini polis bertindak secara profesional. Atau pun kalau polis menggunakan pendekatan seperti selalunya ia makin memburukkan lagi keadaan. Walaupun ada amaran keras tetapi tidakan keras tidak diambil. Pengerusi Bersih Marina Chin Abdullah baharu ditahan selepas selesai himpunan.

Tentang kebaikan polis ini ada juga orang berseloka ia adalah atas kehendak Zahid Hamidi Menteri KDN. Zahid kononnya sengaja membiarkan himpunan bebas bergerak dan mengasak Najib dengan harapan Najib lekas berundur. Zahid ada keuntungan kalau Najib turun, dia boleh naik ke atas. Ada juga yang lebih nakal mengatakan, Zahid sangat suka kalau seorang lagi bosnya memegang jawatan nombor satu negara. Zahid ingin berjasa kepada semua orang.

Itu semua gurau senda yang jauh dari kebenaran tetapi ia tidak mustahil.

Dan yang ternyata himpunan Bersih itu memberi ransangan dan keyakinan kepada bekas pemimpin Pas yang dibuang dari parti itu. Boleh dikatakan semua bekas pemimpin Pas yang bergabung dalam GHB dialu-alukan oleh peserta Bersih. Setiap peserta tidak kira anak muda Melayu atau Cina akan berebut-rebut untuk bersalaman dan berselfie dengan mereka.

Himpunan Bersih itu memberi nilai tambah mahal kepada mereka. Antara pemimpin yang saya lihat sangat diberi perhatian ialah Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu dan Husam Musa. Husam yang dalam keadaan uzur tetapi sangup turun dan menyampaikan ucapan 10 minit mendapat sambutan hangat. Kebetulan pula itulah kemunculan pertama Husam selepas beliau syahid dalam perebutan jawatan.

Bersambung ulasan kedua, kalau rajin dan ada masa. [wm.kl.11:37 am 31/08/15]

No comments: