Saturday, October 27, 2018

Mereka cerdik politik terima baik penyertaan Mustapa ke dalam Bersatu

ULASAN

Mustapa menyerahkan borang penyertaannya ke dalam
Bersatu kepada Dr Mahathir.
BAGI mereka yang waras dan cerdik politik tentu langkah Mustapa Mohamed menyertai Bersatu malam tadi disambut dengan penuh kesyukuran. Penerimaan Mustapa oleh Bersatu itu pula sebagai hadiah parti pimpinan Dr Mahathir Mohamad itu untuk rakyat Kelantan amnya dan rakyat Jeli khasnya.

Penyertaan Mustapa itu sebagai penyambung wadah perjuangan dan perkhidmatan untuk rakyat Jeli berterusan khasnya dan rakyat Kelantan amnya.

Wednesday, October 24, 2018

Hadi pun lupa Hudud teringatkan royalti

ULASAN SIDANG 

SAYA menanti-nanti giliran wakil Marang (Abdul Hadi Awang - Pas) membahas pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11. Apa yang saya tunggu bukan ulangan kepada isu yang sudah dibangkitkan oleh beberapa wakil pembangkang lain, khasnya daripada Pas,  yakitu mengenai tuntutan dan tagihan royalti Petroleum untuk negeri Terengganu dan Kelantan.

Cukuplah wakil-wakil pembangkang lain yang menyebutnya kerana tagihan wang roytalti itu bagi saya adalah kebendaan (materialis) belaka. Ada perkara lebih penting yang dinantikan akan dibentang atau pun dibangkitkan oleh Hadi Awang sebagai presiden parti agama (Pas).

Tuesday, October 23, 2018

Kedudukan MB di sebuah negeri jadi tanda tanya?

TIP PAGI

ADA angin spoi-spoi bahasa bertiup mengupek khabar akan belaku pertukaran Menteri Besar di sebuah negeri. Jangkaan ini timbul ekoran sekurang-kurangnya tiga Adun di negeri berkenaan akan berubah haluan. Dengan perubahan itu menyebabkan kedudukan MB kini yang mendapat sokongan tipis terancam.

Perbincangan mengenai perubahan Adun berkenaan masih belum dimulakan lagi, tetapi ia sedang diatur untuk menghitam putihkannya. Adun berkenaan dikatakan sedia menanggung apa yang bakal berlaku ke atasnya demi melihat perubahan itu, hatta dituduh pengkhianat.

Katanya mereka bersedia ditohmah apa saja asalkan maksudnya untuk merubah kedudukan MB itu berhasil. “Mereka meletakkan kepentingan negeri dan rakyat melebihi kepentingan mereka,” demikian kata sumber rapat dengan Adun berkenaan. 

Kesediaan Adun berkenaan untuk berubah kedudukan memberi laluan untuk menukar MB di negeri berkenaan yang dikatakan tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan. Apa yang lebih mendukacita lagi, MB itu tidak menunjukkan dia sebagai seorang MB, masih berfoya-foya dengan jawatan itu.

Insya-Allah saya akan mendedah perkhabaran ini lebih lanjut lagi. Tunggu. [wm.kl.9:38 am 23/10/18]

Monday, October 22, 2018

Tempatkan mesin Pet scan sekurang-kurang di empat zon

ULASAN 

SAYA mendengar penuh teliti dan mengharap pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia (KSPRM) ke 11 oleh PM Dr Mahathir Khamis lalu. Dalam banyak insentif dikemukakan saya hanya ingin menarik kepada Tonggak Ke 11, Pembangunan Inklusif dan Kesejahteraan Rakyat.

Mesin Pet Scan yang cukup bererti buat
penghidap kanser.
Di bawah keutamaan strategi, Dr Mahathir menyebut akan membangunkan Pusat Rawatan Kanser di Utara sebagai pelengkap kepada Institut Kanser Negara (IKN). Sebagai salah seorang penghidap kanser, saya sangat berbangga dan berterima kasih dengan rancangan itu.

Cadangan itu sebagai satu sumbangan kerajaan sangat ternilai. Itulah kepedulian kerajaan yang diharapkan.

Sunday, October 21, 2018

Setuju dengan Kadir Jasin menteri dan pegawai perlu masuk sekolah

REAKSI

CADANGAN A Kadir Jasin agar para menteri, timbalan menteri, menteri besar disekolahkan sebelum rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan Harapan sangat disokong.

Mungkin ayat digunakan Kadir itu kasar tetapi itulah hakikat yang berlaku kini. Ada menteri perlu di sekolah, bukan sekolah rendah sahaja, tetapi ada yang perlu masuk ke pra-sekolah.

Jika ada menteri, timbalan menteri, kurang cerdik, kekok, masih terpinga-pinga, terkial-kial untuk menjalankan tugas, kita tidak perlu kesal sangat, sebab hakikat yang kena sedar mereka adalah orang baharu yang cetek pengalaman sebagai pentadbir, pemimpin dan diplomatik kerajaan. Ini kita kena akui.

Saturday, October 20, 2018

Beza kleptokrasi Najib, Zahid dengan reformasi Anwar

ULASAN SORE

Zahid cuba menenangkan jiwanya di mahkamah dengan
melambai tangan dan menyengeh-nyengeh.
BERSABIT pendakwaan ke atas bekas presiden Umno dan bekas perdana menteri Najib Razak dan presiden Umno yang juga bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi, ada setengah orang menjangka akan berlaku ledakan reformasi, (menentang kerajaan jalanan) yang kedua selepas meletusnya reformasi pada tahun 1998 sewaktu bekas TPM Anwar Ibrahim ditangkap kemudian didakwa di mahkamah.

Tuesday, October 16, 2018

Disiplin DAP perlu dicontohi parti lain

SUSUPAN PETANG
Parti DAP telah menetapkan mana-mana pemimpinnya khas, wakil rakyat yang ingin menerima anugerah darjah kebesaran membawa gelaran Datuk hendaklah diruju kepada Jawatankuasa Ekskutif (CEC) parti itu terlebih dahulu.

Parti itu telah menetapkan garisan panduan itu ekoran timbul sedikit kontroversi dua orang wakil rakyatnya menerima anugerah Datuk Melaka dua tiga hari lepas. Pimpinan parti itu kurang bersetuju dengan penerimaan anugerah itu.

Penerimaan itu dianggap sebagai sesuatu yang tidak wajar memandangkan mereka baharu sahaja berkhidmat — jadi wakil rakyat, menerima anugerah itu dikira tidak sepadan dengan khidmat dan jasa mereka.

Sunday, October 14, 2018

Peringatan buat Anwar, lengkapkan tesis sejarahnya

SESUDAH SUBUH

Kegembiraan mereka berdua dikongsi seluruh rakyat.
TIDAK perlu untuk saya mengulas panjang lebar mengenai kemenangan besar Anwar Ibrahim dalam Pirake Port Dickson yang berakhir semalam dan dimuktamadkan pada jam 9:30 malam tadi.

Sudah puluhan dan ratusan orang memberi ulasan mengenai pilihan raya itu dan kemenangan bergaya Anwar, semua mengakui akan kemenangan besar Anwar itu.

Cuma apa yang hendak saya sebut di sini, satu perkara yang tidak disenangi oleh golongan taksub, Anwar perlulah menggunakan kemenangan dan peluang itu sebaik mungkin.

Saturday, October 13, 2018

Menanti keputusan Pirake Port Dickson

TERKIINI

Jam: 8:15 malam: Seperti mana dijangkakan Anwar Ibrahim memenangi Pirake Port Dickson. Keputusan tidak rasmi diperolehi menunjukkan Anwar meraih 30,000 undi kira-kira 71% berbanding dengan dua calon lain yang diduga akan menyanginya, Mohd Isa Samad mendapat 4,000 undi atau 9% dan calon Pas (lupa nama) mendapat 7,300 atau 17% undi. 

Peratus keluar mengundi sekitar 63% atau kira-kira 43,000 undi. 

Majoriti dikutip Anwar 23,500 satu majoriti cukup lumayan. Sekian. 

Selamat petang. Kita semua kini sedang menunggu keputusan Pirake Port Dickson. Kesemua 32 pusat mengundi sudah pun ditutup. Pengiraan undi setempat dijangka akan berlaku bila-bila masa dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi dalam beberapa jam sahaja lagi.

SPR meramalkan keputusan akan dikeluarkan sekitar jam 9:30 hingga 10:00 malam.

Seperti mana dijangkakan peratus keluar mengundi rendah, tidak sampai 70% seperti mana disasarkan. Sejam sebelum pusat mengundi diumumkan, SPR memaklumkan peratus keluar mengundi 55% sahaja. Mungkin peratus itu akan bertambah satu atau dua peratus lagi menjadikan 58% atau paling tinggi 61% sahaja.

Berdasarkan peratus itu ini bermakna yang keluar mengundi kira-kira 38,500 pengundi sahaja.

Sekiranya ramalan awal tepat bahawa Anwar Ibrahim akan menguasai lebih separuh undi, bermakna beliau akan menang dalam Pirake berkenaan. Soal kini dan yang kita sama-sama tunggu, berapa ribukah majoriti yang diperolehinya. [wm.kl.6:09 pm 13/10/18]

Thursday, October 11, 2018

Pirake Port Dickson: Gembria dalam kebimbangan

TINJAU PIRAKE 

Anwar mengayakan sebagai seorang pesilat selepas
dipakaikan selemping pahlawan.
SEMALAM saya mencemar duli turun ke Port Dickson yang terkenal dengan keindahan pantainya dan sesuai dijadikan medan perehatan hujung minggu. PD waktu ini menjadi tumpuan bukan keistimewaan itu tetapi kerana saat ini sedang berlangsung Pirake. Sudah semestinya bagi peminat dan pemerhati politik tidak akan melepas peluang untuk turun ke PD.

Apa lagi pilihan raya PD kali ini agak istimewa berbanding dengan tiga Pirake di Selangor sebelum ini. PD juga Pirake melibatkan kawasan parlimen yang pertama selepas Piraum ke 13.

Wednesday, October 10, 2018

Kebimbangan dibayangkan Rafidah ada kebenarannya

SUSUPAN PAGI

Rafidah Aziz.
TERTARIK dengan pandangan Rafidah Aziz yang berpendapat kerajaan Harapan akan hilang kuasa kerana tidak dapat melaksanakan beberapa perkara penting kerana terlalu terikat dengan larangan atau bertentangan dengan semangat manifesto.

Apa dikatakan Rafidah itu benar kerana ada aspek-aspek tertentu kerajaan Harapan kelihatan terkial-kial dalam melakukan sesuatu atau untuk bertindak kerana terhalang oleh manifesto.

Gara-gara itu menyebabkan jentera kerajaan tidak dapat berjalan seperti mana diharapkan dan ia menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, khasnya di kalangan penyokong kerajaan Harapan.

Friday, October 5, 2018

Fahami tujuan pilihan raya kecil Port Dickson diadakan

ULASAN


Anwar mara terus mara..
berlari menuju Puterajaya.
BERBAGAI tafsiran dan ulasan dibuat ke atas pilihan raya kecil (Pirake)  P 132 Port Dickson. Ada yang sengaja buat-buat tidak faham kenapa pilihan raya berkenaan diadakan dan mengecam kewajarannya.

Apabila kerusi itu dikosongkan bukan kerana wakilnya meninggal, atau hilang kelayakan, ertinya ia ada misi tertentu di sebalik pengosongan itu. Situasi itu sudah memberi maklum kepada yang mahu tahu dan mahu reti.

Naif sangat kalau orang tidak mahu memahami pilihan raya itu diadakan. Kecuali bagi mereka yang iri hati dan benci ia tidak perlu dipertikaikan lagi. Dalam hal ini kerana pilihan raya itu diadakan khas untuk Anwar, jadi mereka membenci Anwar Ibrahim akan mempamerkan rasa tidak suka dengan Anwar akan mencari seribu helah untuk menafikan kewajaran pilihan raya itu tidak perlu diadakan.

Wednesday, October 3, 2018

Mengapa Mustapa tinggal Umno?

KUPASAN

LANGKAH ahli Parlimen Jeli yang juga Adun Air Lanas Mustapa Mohamed mengumum meninggalkan Umno menjelang beberapa hari persidangan agung (PAU), disambut berbagai rasa oleh pemerhati politik dan juga ahli Umno.

Ada yang menyifatkan langkah itu tepat dan ada sebaliknya. Orang-orang Umno yang kesal dengan tindakan itu jadi histeria dengan keputusan Mustapa itu. Mereka kecewa sambil itu membuat pelbagai tuduhan dan mencela Mustapa.