Friday, July 31, 2009

Belasungkawa


Adun Pas Permatang Pasir Meninggal

ADUN N 11 Permatang Pasir, Pulau Pinang, Hamdan Abdul Rahman, 60 (foto) telah kembali ke Rahmatullah di Institiut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini, demikian menurut dua SMS yang mengkhabarkan berita itu kepada saya.

Jenazah akan dibawa ke pulang ke kawasannya dan dijangka dikebumikan lewat petang ini.

Dalam pilihan raya lalu Hamdah berjaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 5,433 mengalahkan calon UBN Ahmad Sahar Shuib.

Hamdan memenangi kerusi berkenaan sejak tahun tahun 1999. Tahun 2004 beliau menang dengan majoiti 697 undi. Beliau merupakan Adun tunggal Pas dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi Adun di situ selama tiga penggal.

Allahyarham meninggalkan seoang isteri dan enam orang anak. Al Fatihah. [wm.kl. 9:50 am 31/07/09]

Ole-Ole Medan 1

Sedikit Kisah Monahara Odelia Pinot

KISAH si pragawati, Monahara Odelia Pinot, 17 yang melarikan diri dari suami Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra bukan saja setakat menjadi kisah kesukaan remaja perempuan yang suka mengikuti kisah-kisah atau gosip perkahwinan artis dan orang-orang kenamaan, tetapi ia sudah menjadi kisah yang merakyatkan di Indonesia. Hampir seluruh rakyat Indonesia bejumlah lebih 238 juta yang celik huruf tahu mengenai kisah itu.
Kisah Monahara itu benar-benar dikomerselaiskan di Indonesia. Ia bukan dilihat satu balada malang bagi dua insan yang perlu diberi simpati, tetapi dijadikan modal untuk mencari rezeki oleh pihak tertentu.
Kalau sebelum ini ibu Monaharat, Daisy Fajarina dikatakan memperalatkan anaknya untuk menyelesaikan masalah peribadinya termasuk hutang bernilai jutaan ringgit, tetapi kini ia sudah berjangkit kepada paa kapatilis di Indonesia yang sentiasa terjeler lidah kelaparan.

Status yang diberikan kepada Monahara sebagai 100 pragawati tercantik di Jakarta menyebabkan beliau mudah menjadi perhatian. Keadaan ini tentulah ditambah dengan kedudukan bekas suaminya Tengku Fahkry sebagai kerabat di raja (pangeran) di Malaysia.
Pengeskplotasian ini bukan saja tentang kisah perkahwinan singkat itu, tetapi Monahara juga kini sedia tampil menjadikan dirinya sebagai modal kepada para kapatalis untuk dikomerselaiskan semahunnya. Tindakan Monahara itu tentulah menyeronokkan para kapatalis kerana mereka mendapat modal baru.

Tidak diketahui kenapa Monahara rela berbuat begitu atas kehendak hatinya sendiri ataupun kerana permainan ibunya. Atau pun apakah kerana terdesak untuk meneruskan kehidupannya, maka mereka anak beranak akan sedia melakukan apa saja walupun menjatuhkan martabat diri?
Di sini rasanya mustahil kalau Monahara berbuat begitu kerana kekurangan wang, kerana banyak juga wang Tengku Fakhry katanya dibolo menerusi ibunya. Apakah Monahara menjadi alat dan mangsa kepada ibunya sendiri?

Yang mengambil kesempatan ke atas Monahara bukan saja kapatalis dalam media cetak yang meyiarkan dan mensensasikan kisah perkahwinan dan perceraian itu seluasnya di dalam akhbar dan majalah tetapi ia juga terbawa ke dalam televisyen. Rangkaian telivesyen RCTI misalnya telah menyiarkan diari (Sitcon) kehidupan Monahara setiap hari pada Isnin - Sabtu jam 6:00 petang. Tidak cukup itu tv berkenaan siap mengadakan promosi sepanjang hari dengan meletakkan gambar Monohara di kaca tv dan diadakan kuiz mengenai perihal diri Monahara yang digambarkan sebagai diseksa itu.

Di sebatang jalan utama di kota Medan satu papantanda besar mempromosikan rancangan itu dipasang. Melihat kepada bentuk papan tanda itu tentulah harganya mahal mencecah puluhan ribu. Tentu juga papan tanda itu bukan hanya dipasang di Medan tetapi dibandar-bandar lain juga di seluruh Indonesia.

Bayangkan berapa wang yang dikaut oleh syaikat televisyen berkenaan. Kalau papan tanda gergasi begitu boleh dipasang pastilah incomenya mencecah puluhan jutaan ringgit.

Nampaknya kisah perkahwinan singkat Monahara dan Fakhry itu telah memberi keuntungan besar kepada para kapatlis Indonesia dan juga sumber kehidupan baru kepada Monahara sendiri yang menjadi pelakun. Memang kapatalis ini tidak penah memikirkan soal dan perasaan orang lain. Apa yang mereka pentingkan ialah wang dan wang.

Dalam sebuah akhabr terbitan Medan, Ahad lalu terdapat satu rencana menceritakan mengenai sebuah syarkat filem di Indonesia akan membuat filem berhubung pekahwinan Monahara dan Fakhry itu. Menuut rencana itu filem berjudul "Phara Cinta Sang Pangeran" itu akan memulakan penggambarannya pada Ogos depan. Antara tmpat yang akan menjadi lokasi penggambaran ialah di Malaysia. Rencana itu ada menyebut tempat di Malaysia ialah di bumi kelahiran Fakhry (Kelantan).

Paling merujakan saya apabila membaca rencana itu, ia tuut memberi gambaran Tengku Fakhry juga akan dilibatkan sama dengan penebitan flem berkenaan. Katanya, pihak Fahkry sudah dihubungi dan menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama dalam pembikinan filem berkenaan.
Kalaulah laporan menerusi rencana itu satu kebenaran ia sesuatu yang menngilankan. Rasanya tidak perlu kalau Fakhry ikut sama terlibat dalam pembikinan flem berkenaan. samada sebagai apa sekalipun tidak elok kalau Fakhry terlibat. Penglibatan itu akan menimbulkan persepsi yang Fakhry juga terikut-ikut dengan dengan bekas isterinya untuk mendapat keuntungan murahan.

Hendaknya para penasihat dan rakan korib Fahkry memikir soal ini dan jangan mudah terpedaya dengan eksplotasi para kapatilis yang tidak pernah mengenal hati dan perasaan orang lain. Biarlah setakat Monohara dan ibunya sahaja memperdagangkan diri dan kisah hidup mereka untuk memenuhi kebutuhan seharinya mereka. Kita masih ada maruah dan sumber lain untuk meneruskan kehidupan. Usah mudah mengangkat bendera putih dalam hidup![wm.kl.7:05 am 31/07/09]

Thursday, July 30, 2009

Susupan Petang

Himpunan ISA: GMI & Magaran Selamat Bergasak

HARI Sabu ini, 1 Ogos akan berlangsung dua himpunan oleh dua kumpulan yang bertentangan antara satu sama lain secara serentak. Kedua perhimpunan itu mengenai akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka akan berhimpun dan berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum. Apakah acara itu boleh disifatkan sebagai pembukaan kepada acara sambutan bulan kemerdekaan 31 Ogos?

Satu kumpulan ingin menyerahkan memorandum meminta akta itu dihapuskan. Manakala kumpulan satu lagi ingin menyerahkan memorandum mendesak agar akta itu dipertahankan.

Kumpulan yang mahu ISA dihapuskan menamakan diri mereka, Gerakan Mansuhkan Isa (GMI). Sementara kumpulan yang mahu akta itu dipertahakan menamakan diri mereka sebagai Gabungan NGO Pembela Kerajaan (Magaran). Usia GMI ternyata lebih lama berbanding dengan Magaran yang diwujud sejak beberapa bulan ini saja.

Kedua-dua kumpulan ini ada rasionalnya sendiri kenapa mereka berhimpun dan membuat desakan itu. GMI menyifatkan akta berkenaan zalim dan menghalang hak asasi manusia dan ketinggalan zaman. Ia juga disifatkan sebagai akta yang wajar dikenakan ke atas haiwan dan diamalkan di hutan belantara. Sementara dipihak Magaran pula merasakan akta itu perlu dipertahankan untuk mengawal dan menjamin keselamatan negara.

Jika diamat-amati, alasan kedua-duanya itu logik dan munasabah. Keduanya masuk akal. Kalau ISA zalim ia tidak wajar diteruskan lagi kerana bertentangan dengan fitrah manusia itu sendiri dan menganiaya manusia. Akta itu juga bercanggah dengan piagam hak asasi manusia.

Begitu juga, kalau akta itu untuk mengawal keselamatan negara dan bangsa ia juga penting. Kerana keselamatan adalah tuntutan dalam kehidupan dan satu keperluan bagi sesebuah negara. Tidak ada gunakan kebebasan dan kemajuan kalau hak-hak diri sendiri tergadai dan bangsa tidak mendapat manfaat yang sepatutnya.

Ada juga pihak berpendapat dengan mengambil jalan tengah dimana akta itu tidak perlu dimansuhkan sebaliknya perlu diperbaiki dan diperkemaskan mana-mana sudut. Misalnya mengenai tempoh tahanan dan kaedah penyiasatan. Atau mereka yang ditahan hendaklah bawah ke mahkamah untuk dibicarakan. Pihak ini tetap beranggapan akta itu masih diperlukan untuk keselamatan negara. Hatta kerajaan bertukar suatu hari nanti mungkin kerajaan baru itu juga akan menggubalkan undang-undang yang persisnya untuk tujuan keselamatan.

Hujah golongan ketiga ini kita faham. Akta itu akan bertindak menjadi senjata lama (senjata akhir) di zaman moden, di mana ia akan berguna bagi menghadapi ancaman-ancaman berbentuk ‘klasik’ alias licik yang tidak boleh dileraikan dengan akta moden yang sedia hari ini seperti akat hasutan, OSA dan sebagainya. Tidak dinafikan ada pesalah terlepas disebabkan kekurangan bukti. Biasanya dalam kes-kes seumpama inilah ISA digunakan.

Disebabkan kedua-dua pihak ada alasan tersendiri di manakah untuk orang ramai berada dalam perhimpunan itu nanti? Apakah mereka perlu menyertai GMI yang agak ekstrem dalam hal ini ataupun Magaran juga kelihatan begitu taksub terhadap sokongan mereka kepada kerajaan dengan mempertahankan akta berkenaan?

Kedua pihak nampaknya akan meneruskan juga rancangan mereka meskipun pihak polis tidak mengeluarkan permit dan melarang perhimpunan haram itu. Kedua pihak sudah menyatakan agenda itu akan diteruskan. Larangan pihak polis itu tidak memberi bekas malahan ia menjadikan himpunan itu makin menarik perhatian bagi mengudang penyertaan.

Di pihak Magaran menganggarkan mereka akan mengumpulkan 70,000. Manakala dipihak GMI pula meletakkan sasaran seramai 50,000. Tertakdir angka yang disasaran itu tercapai ini bermakna Sabtu ini akan menyaksikan perhimpunan raksasa terbesar yang ibu kota dengan jumlah seramai 120 ribu. Angka ini boleh menyebabkan seluruh ibu kota jam dan sesak.

Namun saya tidak yakin himpunan esok akan dapat mengumpulkan khayalak sebanyak itu. Walaupun soal ISA itu penting namun orang ramai tidak merasakan mereka perlu berada dalam himpunan itu, baik yang menyokong atau menolaknya. Kalau sekadar hendak menyerahkan memorandum ia boleh dilakukan oleh kedua pemimpin NGO itu dengan menaiki teksi secara bersama untuk ke Istana Negara. Mungkin juga tambang boleh dikongsi bersama!

Pun begitu sudah pasti jumlah dipihak GMI akan berkali ganda dengan jumlah dipihak Magaran. Kebiasaan program yang didalangi oleh pihak pembangkang dan bersikap anti kerajaan mudah mendapat sambutan dan sokongan.

Apa pun tafsir berhubung himpunan itu semua pihak kena hormat kepada usaha dua kumpulan itu. Baik di pihak GMI maupun Magaran jangan dihalang himpunan mereka. Asasnya mereka bertindak atas keyakinan sendiri untuk kebaikan sejagat. Kedua-duanya yakin dengan apa yang mereka perjuangkan. Cuma dalam hal ini saya sedikit musykil dan menimbulkan kebimbangan kalau dua kumpulan itu menjadi alat kepada parti politik.

Nampaknya GMI lebih cenderong diperalatkan oleh Pakatan Rakyat manakala Magaran pula oleh pihak kerajaan. Hakikat ini menyebabkan perhimpunan esok boleh jadi simbol perhimpunan antara dua puak politik terbesar negara ini Pakatan dan UBN. Apapun himpunan yang didokong parti politik tidak mudah menemui jalan penyelesai secara baik.

Saya tidak mahu membayangkan perhimpunan itu dicemari unsur-unsur kotor. Tetapi sekiranya begitu hakikat perhimpunan itu, perhimpunan itu nanti bolehlah dijadikan indikator untuk melihat puak mana akan menang. Sekiranya jumlah sokongan menjadi ukuran, bermakna kumpulan yang ramai penyokong bolehlah diisytharkan pemenang.

Saya percaya dalam tempoh 48 jam ini kedua pihak sedang melakukan psywar untuk memenangi himpunan berkenaan. Usaha dan kerahan kepada orang ramai dilakukan berterusan. Mungkin dipihak yang mempunyai wang akan mula memberi wang minyak untuk ke perhimpunan berkenaan.

Didoakan semoga kedua himpunan itu akan berjaya! Biarlah kedua-duanya sempat menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertua Agong. Sesudah itu nanti Yang di-Pertua Agong akan membuat keputusan memorandum siapa yang boleh diterima pakai untuk kebaikan agama, bangsa dan negara!

Selamat bergasak GMI dan Magaran! [wm.kl. 7:15 pm 30/07/09]

Ole-Ole Medan

Dendam Yang Belum Terbalas Dan si Kakaktua

SESEKALI mengunjungi Medan, Sumatera Utara terasa seperti kembali semula ke kampung halaman sendiri. Entah tanah Medan begitu sebati dengan diri saya. Kenangan yang dicetak di bumi itu menjadikan saya menerima Medan begitu. Yang pastinya di Medan ada dendam yang tidak terhasil dihapus oleh saya!

Setiap kali ke Medan dendam itu akan cuba dibalas. Namun makin dibalas makin menjadi pula dendam berkenaan!

Semasa di Medan dulu dalam keadaan serba kekurangan. Walaupun ke Medan untuk belajar tetapi ia lebih kepada pergi untuk berkerja! Untuk menyara makan minum, sewa bilik dan membayar ongkos belajar kena cari wang sendiri. Jika pemerintah Indonesia tahu ketika itu apa yang saya lakukan mungkin saya ditangkap kerana menyalahgunakan visa pelajar.

Pun tidaklah pula kerja-kerja dilakukan itu jelek. Saya hanya menulis untuk menyara kehidupan. Saya berkarya hampir semua koran (surat khabar), menulis puisi, cerpen dan rencana. Keperluan makan dan minum selebihnya ia ditampung dengan kebijaksanaan membina jaringan persahabatan seberapa banyak untuk memastikan survival!

Justeru gara-gara keadaan itu untuk hidup mewah atau menikmati masakan di rumah makan ada kelas tidak kesampaian. Apa yang boleh dilakukan hanya lihat dari jauh saja. Cuma sesekali apabila ada pegawai kerajaan mengunjungi Medan dan kebetulan yang baik dan ingat kepada pelajar, barulah dapat merasa nasi di rumah makan Garuda atau Family. Tetamu ini biasanya akan memberi jamu kepada para pelajar. Saat inilah baru dapat merasai hidangan di retoran kelas tiga atau empat bintang.

Kerana itu saya jadi berdendam dengan Medan. Makanya setiap kali ke sana, apa yang pertama dicari ialah rumah makan, Geruda, Family atau entah-entah lagi untuk melepaskan dendam kesumat itu. Percaya atau tidak selama 72 jam di Medan kelmarin saya menjenguk 10 buah restoran, makan!

Dendam-dendam lain tidak ada di Medan. Kenangan lain juga tidak ada. Cuma hanya sesudah meninggalkan Medan lebih 20 tahun baru kenangan baru terjadi. Kenangan ini tidak mungkin akan terlupa kerana ia menyangkut soal politik dan nilai seorang yang dianggap kawan. Kenangan ini menjadi sumber untuk saya menilai apa itu manusia dan apa itu orang.

Kenangan yang dimaksudkan itu ialah tentang burung Kakaktua berbulu emas seperti mana dikisahkan dalam hikayata Si Baju Merah dalam diarymaya tidak lama dulu. Sebenarnya saya tidak mahu mengingati dan mengungkit kisah burung ini lagi kerana ia tidak banyak melonjakkan pemikiran dan kehidupan saya.

Tetapi sering kali berlaku sesutau peristiwa lain menyebabkan terselaknya pula peristiwa lain. Begitu jugalah perihal kisah burung kakak tua berbulu emas ini.

Kebetulan, seorang kawan di Medan Pak Saiful baik dengan Konsul General Malaysia di Medan, Bapak Fauzi Omar. Katanya dia sudah memaklumkan kedatangan saya ke Medan dan berhajat untuk membawa saya ke rumah Pak Konsul itu di Jalan Juanda. Alasan Saiful untuk menemukan saya dengan Pak Konsul itu mudah saja, kerana Pak Konsul itu orang Kelantan.

Memang Pak Konsul itu ramah dan mesra. Walaupun itulah pertama kali bersua muka, namun layanannya seolah kenal berpuluh tahun. Beliau sudah berkhdimat kira-kira empat tahun di Medan. Stail orang Kelantan bila berjimpa sesamanya, mereka akan berborak dalam dailek Kelantan yang mana suasana ini kurang disenangi oleh orang luar. Sikap ini juga dikatakan orang Kelantan bersifat kedaerahan.

Sebelum ini Bapak Fauzi ini pernah berkhidmat di Brussel, Jerman dan Islamabab, Pakistan. Perangai dan budaya Kelantan masih terbawa-bawa walaupun sudah bergelar diplomatik. Ini bermakna Pak Konsul ini tidak mudah larut dengan budaya asing dan ditimbus oleh status profesyennya.

Adat orang Kelantan di mana-mana juga, kalau tetamu datang ke rumah akan dihidang makanan. Kalau tidak makan atau menyediakan makanan seolah-olah satu dosa dan melanggar adat pula. Walaupun isterinya tidak ada, namun diarahkan pembantunya menyiapkan sedikit makanan. Lontong Medan... ah, semacam tahu pula selera saya.

Cerita di rumah Pak Konsul ini bukan soal makan atau minatnya dalam bidang sukan berbasikal. Tetapi mengenai burung kakak tua. Selepas makan Pak Konsul membawa saya ke ruang belakang rumahnya menunjukkan mini zoonya. Dalam mini zoo itu terdapat lima ekor kakak tua yang dibawa dari Papua Nugini dari speacies yang ternama. Salah satunya jenis raja, berbulu putih kekuningan dan berjambul.

Bila kakaktua ini mengembangkan jambulnya ia pecah terbentuk macam mahkota raja. Mungkin bentuk inilah menyebabkan ianya dinamakan raja. Si Raja ini menurut Pak Konsul jahat dan ganas menyebabkan ia terpaksa di kurung dalam sangkar di mini zoo itu. Ia juga prihatin dan kenal orang baru mengunjunginya. Sesiapa yang tidak dikenalnya akan di kejar...gawat untuk mengawalnya.

Begitu melihat kakaktua itu fikiran saya terus menghimbau ke Jalan Bintang, di mana tempat julan berbagai jenis binatang, burung, unggas dan sebagainya. Jalan Bintang ini sangat terkenal di Medan. Apa lagi si raja itu saling tidak tumpah dengan burung yang pernah saya bawa ke airport Polonia kira-kira lima tahun lalu.

Sambil melihat Pak Konsul mengelus-elus bulunya fikiran saya terbata-bata apakah kakaktua ini kakak tua yang saya bawa tempoh hari. Iya burung itu tidak bisa melepasi kawalan pihak kurantin menyebabkan ia terpaksa dikembali semula ke penjualnya di jalan Bintang itu.

"Dari mana Pak dapat burung ini?" akhirnya saya bertanya mahukan kepastian.

"Beli di sini?" jelasnya ringkas. Saya sudah faham kalau disebut di sini itu tentu di Jalan Bintang.

"Berapa dah umurnya?" tanya saya ingin membandingkan dengan burung yang saya bawa tempoh hari.

"Kalau ini baru tiga tahun... mahal ni. You tahu berapa?" tanyanya kemudian menjawab sendiri sebelum saya bertanya balik, "RM7,000 ringgit.. kalau di Malaysia entah berapa saya tidak tahu mungkin mencecah sekali ganda.

Saya hanya mengangguk-angguk mendengar kata-kata Pak Konsul itu. Terlintas dalam kepala betapalah harga burung kakak tua tempoh hari, mungkin mencecahkan RM15,000. Saya mengerut kening sendirian berkali-kali sambil berkata RM15,000 terbuang begitu saja. RM15,000 boleh dibuat belanja untuk mengahwani seorang artis! Catatan: Posting ini hendaklah dibaca bersama Hikayat Si Baju Merah siri 5 dan 6 dalam diarymaya.wordpress.com [wm.kl.12:10 am 30/07/09]

Wednesday, July 29, 2009

Kudapan Rasa

Peradaban Kita Yang Sudah Terhakis

TIGA hari saya tidak kemaskinikan blog ini kerana menghadiri satu seminar di Medan, Indonesia – Seminar Internasional : Jaringan Ulama dan Peradaban Islam SeNusantara. Kepada penjenguk saya mohon maaf banyak kerana kekosongan itu.

Bukan tidak ada masa atau kemudahan untuk update, ada, hotel tempat menginap ada di sedia wifi free. Medan hari ini sangat berbeza dengan Medan 25 tahun lalu. Kenapa saya tidak isikan blog, saja malas kerana ingin memberikan tumpuan kepada seminar berkenaan.

Cerita-ceirta samping di Medan ini juga banyak termasuk cerita burung Kakak Tua dan Monahara!

Dalam pengamatan saya, banyak manfaat seminar berkenaan. Ia adalah julung-julung kali diadakan dan bakal menjadi perintis kepada seminar-seminar lain yang bersangkutan. Dalam orang sedang bercakap soal liberalisasi, hendak menyatukan Malaysia dengan gagasan 1 Malaysia, atau membentuk Malaysia baru, pada saya seminar itu masih relevan, dan perlu diberikan perhatian dan sokongan. Malah lebih afdal dari sosial politik itu semua.

Seminar itu membincang mengenai peradaban Melayu yang satu masa dulu cemerlang tetapi kini sudah terhakis. Apakah keterhakisan ini akan menjadi parah lagi apabila terbentuknya Malaysia Baru atau terlaksananya aspirais 1 Malaysia kelak yang membawa kepada liberalisasi politik dan sistem pemerintahan selepas itu?

Semuanya membingungkan dan membimbangkan. Saya secara peribadi sangat merasa cuak. Kalaulah ini berlaku.. apakah maknanya itu semua kepada Melayu? Kita berjaya membentuk Malaysia Baru dengan rupa baru, perspektif baru, masyarakat baru, kepercayaan dan serbi serbi baru, tetapi kita hilang peradaban. Apakah erti ini semua? Bagi saya tidak ada gunanya.

Kerana itu saya sangat berharap di samping gairah kepada pembaharuan itu kita tidak akan mengkesampingkan peradaban kita. Peradaban dan tamadun perlu dipertahankan kerana disinilah kita dinilai dan menjadi bernilai.

Saya katanya kerana amat faham dengan nafsu dan hawa orang politik. Kerana itu mereka yang ghairah pada kuasa dan gila kedudukan, harus memikirkan soal ini. Peradaban adalah satu modal atau asas utama terhadap keunggulan sesuatu bangsa. Peradaban adalah pelita atau jiwa bangsa. Bangsa yang dikenali dan dimegahi itu ialah bangsa yang punya tamadun atau peradaban. Sejauh mana bangsa itu menjadi ikutan (contoh) bergantung kepada peradabannya.

Saya meragui apakah politik kita – politik orang Melayu dalam semua parti, mengorak ke arah itu? Turut sama membina peradaban Melayu atau Malaysia bersama cita-cita dan gagasan politik mereka? Saya timbulkan ini kerana sudah menular ajaran-ajaran dan tindakan politik itu (tektik dan strategi) jelas bertentangan dengan peradaban Melayu berteraskan Quran dan hadith.

Rasuah, jenayah, penyelewengan, konspirasi politik dan sebagainya diraskaan bertentangan dengan nilai peradaban kita, sedangkan inilah yang sedang merimba dalam negara kita dewasa ini dan tumbuserannya semakin menyubur!

Kira-kira 150 orang menyertai seminar berkenaan. Para perserta terdiri daripada para sarjana, ulama moden, dan pemimpin mahasiswa dari lima negara Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei Darussalam. Dr Awang Sariyan menjadi pembentang utama mewakili Malaysia.

Sebanyak 10 buah kertas kerja dibentangkan. Melihat kepada makalah-makalah itu tertimbun hasrat dan harapan besar daripada para pembentangnya untuk mengembalikan martabat peradaban Melayu Islam seNusantra. Dari para luahan peserta pula menunjukkan masanya begitu semput dan usaha perlu dipergiatkan bagi menjaringkan Melayu seNusantara bagi mengemilangkan semula tamdun Melayu yang bermula sejak berabad lalu itu.

Seminar atau forum berkenaan boleh menjadi sagu lagi wadah baru kepada orang Melayu di Nusantara untuk membincangkan kepentingan mereka dan kehidupan sejagat tanpa melibatkan usur-unsur politik duniawi yang berpaksikan kepada kebendaan.

Bagaimana pun sebagai seorang perserta timbul keraguan kepada saya apakah keinginan dan impian yang disuarakan menerusi seminar itu akan tercapai? Saya kemukakan ini kerana yang menghadiri seminar berkenaan rata-rata pemikir tetapi bukan aktivis sedangkan usaha ke arah itu memerlukan aktivis atau pelaksananya.

Selamanya pemikir hanya memikir, mengeluarkan pandangan, menghimbau kejayaan silang dan melihatan hambatan-hambatan masa depan, namun mereka tidak ada kepakaran untuk memobilisasikan umat atau masyarakat bagi mencapainya. Pelasananya ialah atvis politik, sosial, budayawan, agamawan dan lain-lainnya.

Nah kita sudah ada idea, sudah ada persepakatan dan sudah semangat, namun apa yang diperlukan kini ialah egen dan motor penggeraknya. Adalah menjadi harapan selepas ini akan ada pula pertemuan kalangan penggerak dari lima buah negara Nusantara ini untuk berusaha merealisasikan hasrat berkenaan iaini mengembalikan atau memulihkan peradaban kita, (Melayu) se Nusantara ini. [jln pahang 3:40 pm 29/07/09]

Saturday, July 25, 2009

Berita Petang

Ternyata Apa Yang Diramalkan Benar!

AHAD lepas saya telah membayangkan seorang tokoh MIC akan mengikut jejak bekas Naib Presiden MCA, Chua Jui Meng untuk menyertai PKR. Saya membayangkan tokoh MIC itu akan berbuat demikian selepas kongres parti berkenaan, paling lewat.

Apabila saya melepaskan posting mengenai kemungkinan itu ramai juga yang jeling dan jeler kepada saya. Mereka tidak percaya dan menuduh saya kreat cerita, termasuk juga sesetengah ahli PKR sendiri.

Beberapa komen masuk dan turut menempelak saya. Tetapi saya tidak lepaskan kerana kritikan berbentuk emosional dan pengomen itu tidak mampu menjangkau pelangi politik Malaysia.

Namun hari ini apa yang saya bayangkan telah mejadi kenyataan. Tokoh MIC itu nampaknya tidak menunggu lama terus membuat keputusan sebelum kongres partinya. Tokoh yang dimaksudkan itu ialah Naib Presiden MIC, SS Subramaniam.

Subramanian menjadi naib presiden MIC selama 20 tahun dan juga bekas anggota Parlimen Segambut. Beliau juga merupakan tokoh kanan MIC penting di Kuala Lumpur dan Selangor. Ekoran penyertaannya itu lebih 10 cawangan MIC dibubarkan melibatkan keahlian seramai 1,700.

Pengumuman kemasukan SS Subaramanim ke dalam PKR itu diumumkan oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dalam satu majlis khas di Kampung Medan petang ini.

Dengan kemasukan tokoh kanan MIC itu , PKR terus mendapat semangat dan kekuatan baru. Secara tidak langsung juga penghijrahan Subramaniam itu memberi pukulan kepada MIC terutama s Samy Vellu yang semakin tidak popular di kalangan masyarakat India negara ini.

Apakah dalam masa terdekat ini PKR akan menerima seorang lagi tokoh politik berkelas negawaran? Jikalah negawaran terbilang ini yang dibuang oleh Umno menyertai PKR jawabnya UBN semakin goyah dan goyah. Selamat berjuang kepada Subramaniam dan kita menunggu perkembangan seterusnya. [wm.kl. 7:05 am 25/07/09]

Celoteh Murai 51

Salam Ukhwah Mustapa dan Nik Aziz

DAMAI hati Murai mentap gambar Tok Guru Nik Aziz bersalam dengan Ustaz Mustapa Mohamed dalam media masa cetak hari ini. Lama sekali Murai merenung gambar berkenaan dan cuba membaca apa yang ada dalam ‘puad’ mereka ketika bersalaman. Jarang sekali Murai dapat melihat suasana menggambar pertautan antara dua pemimpin itu parti Melayu yang berbeza itu, Umno dan Pas.

Kejadian itu berlaku semasa Mustapa dan Nik Aziz hadir pada pra-pelancaran Fiesta Kelantan 2009 disebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam. Kerajaan Kelantan melantik Mustapa sebagai penaung fiesta berkenaan. Kata Mustapa walaupun dia berbeza politik dengan Nik Aziz, mereka berdua sama-sama Melayu, sama-sama orang Kelantan dan bersudara. Sudah pasti perjuangan mereka untuk memaju Kelantan dan membawa rakyatnya ke syurga!

Sejuk dan berderau darah Murai mendengar kata-kata Mustapa itu itu. Kerana Setopa masih ingat akan hakikat itu. Budaya dan tradisi orang Kelantan sememangnya mengambil berat kebajikan sesama mereka. Sikap provincial (kedaerahan) yang tidak disenangi oleh orang asing menjadi kebanggga orang Kelantan dan sifat itulah keunikan rakyat Kelantan.

Ternyata Nik Aziz juga senang dan gembira dengan kessudian Mustapa menerima pelantikan itu. Katanya dengan kehadiran itu akan menjadi titik tolak kepada keikhlasan kedua-dua pihak
Benar sekali... Murai rasa nikmat yang Allah anugerahkan kepada rakyat Kelantan begitu banyak melimpah ruah. Salah satu nikmat yang masih belum dikecapi ialah hasil minyak atau royali minyak yang kini masih tergantung-gantung.

Murai hairan kenapa terjadi begitu. Allah berikan anugerah itu untuk dikongsi rakyat Kelantan tanpa mengira kaum dan agama. Tetapi malang ia tidak dapat dinikmati, ini seolah anugerah dan nikmat itu dipersia-siakan saja.

Sebabnya ialah kerana kedua pihak asyik berkekah sesama sendiri. Cita-cita politik menjadi penghalang untuk rakyat Kelantan mengecapi nikmat Allah itu. Di sinilah Murai katakan politik ada kalanya kejam dan zalim kepada rakyat tidak berdosa. Pintu rezeki rakyat kadang-kadang tertutup disebabkan kegilaan berpolitik.

Murai yakin kalau kedua-dua pihak tidak berkekah sudah lama nikmat itu dapat dinikmati bersama. Orang Pas kenyang orang Umno juga kenyang. Sudah tentu kalau kedua-duanya bersyukur Tuhan akan tambah makin banyak lagi nikmat. Ingatlah pesan Tuhan; kalau kamu mesyukuri nikmatKu, Aku akan tambah lagi.

Murai rasa Tok Guru Nik Aziz cukup faham ayat ini. Mustapa juga anak kepada ustaz dan cicit kepada Tok Bacok ulama tersohor tentu juga memahami ayat itu. Kenapa ianya tidak dihayati dan diparaktikan ialah kerana kepentingan politik peribadi. Murai tidak nampak halangan-halangan seperti mana disebut Tok Guru Nik Aziz, Umno sebagai komunis dan umpama ajaran ayah Pin menjadi penghalang sebenarnya. Kata-kata itu hanya poltiik semata-mata yang bukan masalah rigid.

Di sini ingin Murai cadangankan ke arah merealisasikan hasrat kedua pemimpin itu, terutamanya bagi Mustapa. Mustapa hendaklah turut sama berusaha dan membantu agar kerajaan Pusat melepaskan royalti minyak yang menjadi hak rakyat Kelantan seperti mana didakwa Pas itu.

Sebagai ketua Umno beliau boleh mencadangkan kepada Najib Razak agar mengarahkan Petronas melepaskannya. Atau sekiranya tidak ada peruntukan hendaklah disediakan dan jika ada teknikal menghalang hapuskanlah. Tidak seharusnya sikap diskriminasi dan politik mendera yang tidak berfaedah itu diteruskan. Murai yakin kalau Mustapa berani berbuat demikian beliau akan dihormati oleh Pas dan seluruh rakyat Kelantan. Beliau juga akan dilihat sebagai pemimpin
Umno yang merintis jalan politik baru di Kelantan.

Seharusnya perangai-perangai yang diamalkan Mahathir Mohamad dan Annuar Musa selaku pengerusi Perhubungan Umno selama ini tidak tidak lagi diteruskan. Mustapa kena faham kenapa rakyat Kelantan membenci dan merasai jauh dengan parti itu ialah kerana sikap double standard yang dipraktikan oleh pemimpin berkenaan.

Murai bersetuju dengan kata-kata ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ustaz Halim Abdul Rahman di parlimen. Menurutnya kalau BN membuka pendaratan minyak di Kelantan lama kelamaan BN akan memerintah Kelantan. Maknanya selagi BN menafikan hak-hak (nikmat yang Allah berikan untuk rakyat Kelantan), maka selama itulah BN akan mengigau disiang hati saja untuk tawan Kelantan.

Titik permulaan baru selepas betegang selama seminggu di Manik Urai sudah pun bermula. Teruskan titik itu membawa ke perbicangan dan persefahaman yang lebih bermakan lagi demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Kelantan Darulnaim.

Murai: Hormat Nik Aziz, hormati Mustapa. [wm.kl. 11:25 am 25/07/09]

Sussupan Subuh

Forum Intelektual Muda Internasional di Medan

INSYAALLAH esok saya akan ke Medan, Sumatera Utara untuk menghadiri forum Intelektual Muda Internasioal peringkat pengajian tinggi kawasan serantau Nusantara akan berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Jun ini bertempat di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sumatera Utara, Medan.

Forum berkenaan adalah rancangan bersama antara Pusat Pengajian Tinggi Jarak Jauh (PPTJJ) Universiti Sains Malaysia (USM), Pusat Pengajian Tinggi dan Komunikasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Forum Komunikasi Intelektual Muda Indonesia Malaysia, Thailand kawasan serantau IMT-G (Forum) dengan kerjasama beberapa pusat pengajian tinggi lainnya termasuk Singapura dan Brunei Darussalam.

Seperti mana dicatat pada surat undangan, antara tujuan forum berkenaan ialah untuk menjalani hubungan silaturahim diantara pelajar Islam yang ada di kawasan Nusantara bagi meningkatkan kegiatan pembangunan dan pengembangan sumberdaya manusia di kawasan Nusantara melalui kegiatan pertukaran pelajar Islam antara pusat-pusat pengajian tinggi di kawasan Nusantara.

Rangka itu juga para pelajar Islam Nusantara dapat bertukar-tukar pendapat, pengetahuan dan penelitian bersama dalam usaha untuk membangun masyarakat.

Tema forum berkenaan, “Pembangunan Dan Kepimpinan Inteketual Muda: Dalam Warisan Keilmuan Nusantara”. Ianya akan disertai kira-kira 200 peserta terdiri daripada pemimpin pelajar, pensyarah dan kakitangan pusat-pusat pengajian tinggi kawasan Nusantara.
Sebanyak empat kertas kerja utama akan dibentang pada forum berkenaan di samping sekurang-kurangnya lima diskusi. Forum itu akan dirasmikan oleh Gerbenur Pemerintahan Medan. [d'kota kl 6:40 am 25/07/09]

Friday, July 24, 2009

Adun Terengganu Nak Kosong Kerusi?

Gelora Politik Terengganu & Ugutan Sekawan Samseng

POLITIK Terengganu atau tepatnya kerajaan pimpinan Ahmad Said (Mat Said) terus beralun dan berombak seakan menuruti tari dan rentak dan naluri laut Cina Selatan. Adakalanya lautan itu tenang setenang Subuh hari dan adakalanya mengganas macam harimau lapar. Apakah politik Terengganu menuruti hawa dan gelora lautan itu?

Sewaktu-waktu ia tenang dan sewaktu-waktu ia bergelombang! Selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu ia bergelombang apabila kerja melantikkan MB menjadi masalah. MB yang paling gah dan berkuasa, Idris Ibni Jusoh tiba-tiba tidak diberi perkenan oleh Sultan untuk angkat sumpah jadi MB. Tempat Idris diganti oleh Ahmad Said (foto).

Kenapa Idris tidak marah, dia sudah datang ke istana siap bersamping, bertanjak dan berkeris tiba-tiba pangkat dan kedudukan tidak diserahkan kepadanya. Marah...lah..

Ekoran kemalangan itulah politik Terengganu bergolak dan berkubang. Terengganu menjadi negeri terakhir membentuk kerajaan selepas pilihan raya itu. Walaupun ditentang sampai ada yang memperolok-olokankan Sultan tetapi kerana kehendak istana, Mat Said yang sebelum ini hanya dianggap ahli nujum dan tok pawang di hujung kampung diberi perkenan menjadi MB. Gahlah Mat Said se Malaya.

Perlantikan Mat Said ini tidak disenangi oleh kumpulan bekas MB, Idris Jusoh bersama beberapa orang Exco yang tidak disambung perkhimatan mereka. Di sinilah timbul dua puak politik UBN di Terengganu kemudian meletuskan peperangan sesama sendiri.

Rasanya latar belakang politik Terengganu itu sudah diketahui umum.

Atas tanggungjawab yang harus dipikul Mat Said berusaha menenangkan lautan politik Terengganu itu. Beliau tidak menghiraukan kritikan dan kerja-kerja sebotaj seperti terdapat sekumpulan Adun UBN tidak hadir sidang Dewan atas sebab dan ancaman yang mereka buat sendiri.

Sebotaj itu tidak memberi bekas pun. Mat Said dengan selamba terus kukuh dan kekal sebagai MB. Berurutan dari kerja sebotaj itu menyebabkan ada orang tertentu terpaksa dicekup polis dan dihadap ke muka pengadilan atas dakwaan ugutan mengikut kanun jenayah.

Usaha pihak membenci Mat Said tidak berhenti di situ sahaja. Ia berterusan. Ini menunjukkan kesamsengan pihak yang berseteru dengan Ahmad Said. Satu masa dihebohkan kononnya Ahmad Said akan digugurkan sebagai MB dan diganti dengan muka baru. Kononnya masa dan hari detik perubahan itu sudah pun ditetapkan hanya menunggu masa pengumuman saja.

Gementar juga Mat Said mendengar desas desus itu. Tetapi yang benar tetap benar. Keriuhan itu reda apabila pihak Istana memberi jaminan bahawa Ahamd Said kekal sebagai MB. Kata-kata tegas itu menghentikan seketika spekulasi mengenai kedudukan Mat Said dan politik Terengganu.

Pun begitu usaha untuk menghenjuk Amad Said tidak berhenti. Kalaupun kerja-kerja nak menjatuhkan Mat Said rihat sekejap apabila berlakunya tragedi bumbung stadium tertutup Sultan Mizan roboh. Ada hikmatnya bumbung stadium itu roboh menyebabkan mereka yang ingin melihat Ahmad Said roboh tersintak sekejap.

Peristiwa itu berlaku dilihat sebagai wujudnya penyelewengan ataupun rasuah besar dalam pembinaan projek berkenaan. Tragedi itu menyebabkan ada kalangan dipihak lawan Mat Said yang dulunya berkuasa ke atas negeri Terengganu membuka semula diari lama mereka untuk melihat sesuatu catatan yang berkemungkinan ada mengenai pembinaan stadium berkenaan.

Semua orang mengira, kejadian-kejadian aneh itu memberi keinsafan dan kesedaran kepada semua pihak di Terengganu terutamanya puak yang ingin menganggu kerajaan Terengganu. Namun tidak begitu rupanya.

Terbaru ada satu lagi pelan untuk terus menggugat Ahmad Said. Persiapan sudah diatur menjelang sidang Dewan Undangan Negeri pada Ogos depan untuk memalukan Ahmad Said dengan harapan Mat Said akan berundur.

Katanya, sekawan Adun UBN yang tidak senang akan membuat keputusan drastik untuk menukar lebel di meja mereka dalam dewan dari Adun UBN, kepada Adun bebas. Katanya mereka bersedia menjadi Adun bebas yang tidak memihak kepada UBN atau Pas.

Katanya syarat dan maklumat telah diberikan kepada pihak atasan UBN. Sekiranya tuntutan ala peras ugut mereka supaya Mat Said tidak digugurkan, mereka akan membuat tindakan drastik itu.

Bagaimana bagi firasat saya, saya tidak percaya kalau kesemua kumpulan yang tidak suka Mat Said dan frustasi itu bertindak demikian. Rasanya itu hanya ugutan sahaja. Kalau dengan ancaman yang dibuat sendiri yakni enggan menghadiri sidang dewan kerana ada ancaman bunuh, apalah dengan pelan sedemikian ianya lagi rapuh dan rangup.

Saya ingin katanya kalau mereka benar-benar mengubah haluan dan pendirian mereka di DUN Terengganu, (menjadi bebas) itu menandakan dunia politik di Teregganu akan mengalami khiamat sebelum berakhirnya tahun ini.

Dalam pada itu, di samping pelan tindakan untuk bertukar menjadi Adun bebas itu, katanya ada seorang Adun sudah tekad dan bulat. Sekiranya Najib Razak tidak menyelesai dan memenuhi ugutan ala peras ugut mereka, Adun itu akan kosongkan kerusi berkenaan.

Siapakah Adun berkenaan? Apakah dia benar-benar berani? Sekali lagi saya merasakan ianya ugutan murahan saja. Saya tidak fikir Adun berkenaan berani berbuat demikian. Lagipun tidak ada rekod sebelum ini yang Adun ini telah mencipta sejarah ganjil baik di Terengganu maupun di kampungnya sendiri.

Kesimpulannya apa yang digambarkan ini bahawa Mat Said tidak perlu gerun dan gusar. MB itu terus boleh bersila atas kerusi kekuasaannya untuk berkhidmat kepada rakyat. Iya, seelokknya Mat Said tidak perlu kesal dan menangis mengenai telatah kawan-kawannya itu, sebaliknya teruslah berkhidmat dan menabur budi mengikut kadar yang Allah berikan kepada diri kita.

Tangisan kesedihan dan kedukaan biarkan saja kepada penyu bukannya perlu dikongsi oleh seorang Menteri Besar seperti Mat Said. Kambing yang dibeli dari Harun Taib tempoh hari bila agaknya akan bunting dan melahikran anak? [wm.kl. 7:10 am 24/07/09]

Perhatian: Ada sesetengah penjenguk tidak berpuas hati kerana komen mereka tidak disiarkan. Dimaklumkan di sini saya tidak bersedia menyiarkan komen yang bersifat peribadi atau jumud atau menggunakan bahasa yang tidak mencerminkan budaya ketimuran. Tidak semestinya komen yang memihak atau sealiran saya saja diutamakan. Ada pertimbangan lain kenapa sesetengah komen terpaksa didelete begitu saja. Misalnya pengomen liar yang tidak dapat ditrace identitinya saya tidak menyiarkannya. Bahkan begitu melihat namnya saja tanpa membuka bodytex saya terus mengnyahkannya. Tindakan ini adalah hak asasi saya. Untuk berhubung secara peribadi elok menerusi email yang tertera! Harap maklum.

Thursday, July 23, 2009

Ulama Ikut Obama?

Isu Bakar Lilin Dan Memberi Sembah Hormat!


SAYA bersetuju sangat dengan pandangan sdr Ramli Abdul Halim, (Meli Kapak Jangak) yang mengatakan Pas bercanggah pendapat mengenai kelakuan bekas MB Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin yang hadir ke upacara mengingati kematian Teoh Beng
Hock dan turut menyalakan lilin dimanakah perbuatan itu dikatakan perbuatan yang perlu dijauhi.

Meli juga turut mempersoalkan dalam percanggahan ini, siapa lebih aula untuk dipatuhi kerana kesemua yang bercakap adalah pemimpin Pas. Biasanya pemimpin Pas adalah mukmin terpilih dan terbaik.

Bila bercanggah walaupun ianya dari segi khilas, namun boleh mengelirukan ahli-ahli bawahan yang tumpul akal. Ahli yang tumpul akal juga akan lebih mempercayai kata-kata yang keluar dari lidah idola mereka daripada kata-kata yang keluar dari lidah mereka yang fasih dan alim lainnya.

Inilah dunia politik. Saya sudah katakan, siapa memiliki kuasa, ada wang dan sanggup pula memberi wang atas nama kebajikan akan disayangi dan dipercayai. Kata-kata mereka akan diakui benar dan tepat.

Mereka juga dianggap bijak dan kesalahannya dilihat betul. Apa lagi kalau kelompok pengikut pemimpin berkenaan hidup dengan meminta-minta dan tidak yakin dengan janji Allah yang senantiasa mencukupi apa yang hambaNya tidak genap!

Kelompok ini akan bertegang leher memperdebat dan mempertahankan pandangan atau hukum dikeluarkan pemimpin mereka itu sebagai betul, sementara mengenepi dan mencerca yang lain sebagai kolot, ekstrem, fanatik, jumud, jahat dan sebagainya.

Bekas Naib Presiden Pas, Ustaz Husam bin Musa, telah mempertahankan tindakan Nizar Jamaluddin itu sebagai tidak menyalahi Islam. Katanya kehadiran Nizar ke upacara itu sebagai membantah atas apa yang berlaku, iaitu kematian misteri Teoh Beng Hock, pemuda Cina.

Seperti mana kata Meli mungkin Ustaz Husam berpandangan begitu kerana berpegang kepada sebuah hadith yang menyatakan Rasulullah s.a.w. berdiri sebagai menghormati ketika mayat Yahudi diusung. Rasulullah berbuat begitu kerana menghormati si Yahudi itu sebagai mahhluk Allah.

Saya bersetuju dengan pandangan dan pegangan Ustaz Husam kalau setakat itu. Tetapi soalnya apa yang dilakukan Nizar ialah menyalakan lilin dan mungkin mengangkat-angkat lilin seperti mana dilakukan pemimpin DAP lain. Tentunya kehadirian Nizar Jamaluddin itu tidak seperti mana respon Rasulullah yang hanya berdiri saja.

Betul soal aqidah dan keyakinan itu tertakhluk dalam hati sanubari seseorang. Ia bergantung kepada niat dan iktikad seseorang itu. Tetapi bagaimana pula pada pandangan zahir? Bolehlah kita telanjang di tengah khalayak ramai dengan memasang niat kita berada dalam bilik tersembunyi? Atau bolehlah kita mensedekah harta pencurian? Di sinilah gunanya Allah memberi akal kepada manusia agar bijaksana, menimbang yang haq dengan yang batil.


Adapun percanggahan pendapat dikalangan pemimpin Pas ini menurut Meli Kapak Janggak ialah apabila, Ketua Dewan Ulama, Harun Taib seakan tidak bersetuju dengan perbuatan Nizar Jamluddin itu. Harun berpegang kepada peraturan dan tatasusila didalam Islam yang melarang penganutnya melakukan perbuatan yang meragukan. Bagi Harun perbuatan Nizar itu tergolong dalam aksi-kasi meragukan dan ia perlu dijauhi.

Pas sendiri, jelas Harun Taib dalam kenyataanya kepada akhbar, ada menggariskan antara perbuatan-perbuatan yang meragu dan perlu dijauhi oleh ahli Pas. Seperti mana tanya Harun Taib, apakah Nizar tidak mengetahui akan garis panduan itu? Secara logiknya kalau Nizar sudah melanggar garis panduan parti maka tindakan perlu dibuat ke atasnya, sekurang-kurangnya teguran. Manakala kalau Nizar tidak tahu mungkin beliau boleh dimaafi.

Jika dibiarkan sedangkan ia ternyata salah ia dibimbangi akan menjadi ikutan. Lama kelamaan bila ramai pengikut mengikuti perbuatan yang dilarang itu menyebabkan ia akan diterima sebagai betul. Dalam politik selalunya majoriti dilihat sebagai benar dan menang. Jika ini berlaku ia boleh menjejaskan kesucian Pas sebagai parti berlandaskan Islam.

Di kala ini maka jadilah ahli Pas seperti ahli lain-lain parti. Kini sudah ada elemen dari segelintir ahli yang sangup memaki hamun, mencaci dan bertindak melanggari tatasusila serta adat-adat dalam agama.

Makanya Pas perlu membuat penjelasan mengenai percanggahan ini atau isu bakar lilin ini. Dan orang yang paling aulia dan layak ialah Mursydul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat memandangkan keramat hidupnya ada kepada beliau. Beliaulah patut membuka mulut membuat pandangan atau teguran atau menjelaskan perkara ini sebelum ia menjadi polemik meluas. Orang lain tidak boleh menjatuhkan apa-apa hukum kerana akan dianggap sebagai politik dan berkepentingan!

Sayangnya semalam bila ditanya oleh media Tok Guruku itu enggan memberikan fatwa, (maksudnya pandangan) berhubung perbuatan Nizar Jamaluddin itu. Alasan yang diberikan Nik Aziz kerana penjelasan itu diminta oleh Zambry Abdul Kadir, MB Perak.

Apa kena mengena permintaan Zambry dalam hal ini sehingga Tok Guruku tidak bersedia untuk mengulas dan mengupasnya? Kalaupun Zambry tidak meminta fatwa atau penjelasan berhubung perkara itu, sebagai Imam Besar Pas, Nik Aziz perlu mengambil tanggungjawab menjelaskannya bagi menyelesaikan kekeliruan yang timbul.

Sikap Nik Aziz itu menyebabkan wujud beberapa tafsiran lain. Apkah Nik Aziz mengelak untuk memberi fatwa mengenai perbuatan itu kerana penasihatnya sudah memberi penjelasan mengenai hal itu terlebih dulu yang mengatakan perbuatan Nizar itu tidak meyalahi agama. Begitukah?

Atau mungkin disebabkan pandangan Nik Aziz berbeza dengan pandangan penasihatnya itu menyebabkan beliau kena mendiamkan diri atau mencari alasan dari memperkatakannya kerana menghormati pandangan penasihatnya itu atau untuk tidak dikatakan beliau bercanggah dengan wazirnya?

Apakah tidak difikir oleh Tok Guruku bahawa langkah awal penasihat itu membuat penjelasan walaupun autoriti boleh dipertikaikan, sebagai hendak memerangkapnya? Selalunya penasihat akan memberi klu sebelum Nik Aziz mengeluarkan apa-apa kenyataan. Dalam bahasa lain menyediakan deraf untuk dibaca oleh Tok Guru.

Tidakkah tidak terfikir oleh Tok Guruku mungkin tindakan penasihat itu mempertahankan perbuatan Nizar itu sebagai tektiknya untuk melindungi dirinya juga. Sebelum ini penasihat ini turut sama membuat simbol hormat seperti dilakukan oleh pengikut Buddha kepada sami atau tokong mereka dengan meletakkan tangan didada, seakan menyembah. Jadi apabila Nizar juga telah melalukan perbuatan yang meragukan itu maka beliau kena sokong kerana aksi Nizar itu sekaligus membantunya.

Bagaimana pun saya yakin lambat laun Nik Aziz akan mengeluarkan fatwanya mengenai perkara ini. Dan saya juga yakin dia akan mencari simpang atau lubang bagaimana untuk menyelamatkan air muka penasihtanya itu, Nizar dan sekalian orang yang telah melakukan perbuatan yang boleh diragui seperti mana kata Harun Taib itu. Jika inilah yang akan berlaku lagi boleh dianggap bahawa ulama bersedia menuruti fatwa 'Obama'. [wm.kl. 2:30 pm 23/07/09]

Mengurai Fajar

Mencari Keperluan Lain Disebalik Penubuhan Suruhanjaya Diraja

LALU kerajaan pun menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock. Najib Razak tidak ada pilihan lain selain daripada akur dengan desakan dan gesaan bertalu-talu untuk menubuhkan suruhanjaya itu. Ini kerana desakan bukan saja dari DAP dan sekutunya PKR dan Pas tetapi dari parti-parti komponen BN juga. MCA dan Gerakan turut sama membuat gesaan agar ditubuhkan suruhanjaya itu.

Komponen dalam BN itu tampak begitu menonjol sekali. Adapun MIC, PPP atau parti-parti Melayu, Dayak, Melanau, Dusun dan lain-lain di Sabah dan Sarawak tidak begitu ‘gegel’ mendesak suruhanjaya itu ditubuh. Tapi kita percaya mereka juga bersetuju atas tujuan mencari keadilan.

Meneliti dari kumpulan yang mendesak ini menjelaskan parti yang masyarakat Cina atau golongan Cina yang dominan. Mungkin kerana si mati itu ialah Teoh Beng Hock berbangsa Cina. Secara tidak langsung gesaan ini menggambarkan bahawa kaum Cina begitu mengambil berat terhadap sesuatu musibah atau nasib yang menimpa kaum mereka. Kesungguhan ini menjelaskan masyarakat Cina mempunyai semangat kekitaan yang tinggi. Seharusnya semangat itulah juga yang ada kepada bangsa lain termasuk Melayu.

Kerana gambaran ini jelas, maka dengan gesaan itu sehingga tertubuhnya suruhanjaya itu memperlihatkan kuasa atau suara kaum Cina di negara ini menjadi suara keramat dan sedia dipatuhi oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan. Walaupun keperluan menyiasat kes kematian misteri itu adalah keperluan bersama namun ada unsur-unsur berkenaan (kepentingan kaum) dalam hal ini. Dengan tertubuhnya suruhanjaya itu satu lagi keperluan peribadi masyarakat Cina dipenuhi.

Apakah keadaan ini berlaku sekiranya kaum lain menjadi mangsa atau tertimpa masalah begitu? Apakah orang Cina akan turtu bangkit serentak tanpa mengira ideologi politik membuat gesaan dan desakan? Mengapa ditmbulkan ini, kerana selalunya kalau kaum lain, apa lagi Dayak, Dusun, Kadazan nun jauh di Sabah dan Sarawak menghadapi masalah sama pembelaan dan sokongan kepada mereka nampak tidak begitu kuat. Dan kalau ada desakan dan tuntutan dari mereka hatta Melayu sendiri kerajaan lambat untuk bertindak dan lebih bersifat lembu kenyang.

Mungkin ada orang mengatakan pandangan ini rasis bila persoalan ini diungkitkan. Tetapi inilah hakikat yang berlaku. Contoh paling mudah dan ternampak depan mata kita bagaimana kerajaan begitu peduli kepada masyarakat Cina dan bersedia saja memenuhi apa saja permintaan mereka kandatipun ia agak ganjil dan tersasar dari kitab tatacara negara.

Misalnya kerajaan begitu berhati-hati untuk bertindak ke atas masyarakat Cina. Kalau ada mana-mana premis milik orang Cina di tepi-tepi jalan atas kawasan setinggan yang perlu diroboh atau dialihkan untuk apa saja tujuan kerajaan mengambil masa begitu lama dan ada kala akhirnya mengalah dengan tidak bertindak?

Jangan silap faham bila ditimbulkan, bermakna saya tidak setuju dengan penubuhan suruhanjaya diraja itu ataupun tidak simpati atas kematian Teoh. Setuju! Sesiapa juga teraniaya, dizalimi dan dilaku dengan tidak adil perlu diperjuangkan dan pelakunya wajar dikutuk sekeras-kerasnya. Tetapi apa yang hendak ditimbulkan di sini kerana ada layanan tidak sama dalam hal ini. Ada kelompok Melayu yang tidak diberikan layan adil atau diberikan perhatian khusus.

Suka saya memberi contoh dalam hal ini. Bagaimana nasib masyarakat Melayu yang meneroka beberapa kawasan setinggan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, yang telah mendiami tanah itu berpuluh-puluh tahun akhirnya diusir begitu saja. Hak mereka dirampas. Walaupun pampasan diberi tetapi tidak setara dengan nilai bumi yang mereka terokai dan duduki. Selalunya dalam perjuangan bangsa setinggan Melayu di Kuala Lumpur berakhir dengan kekalahan dan akhirnya mereka diungsikan ke tepi-tepi hutan dan hidup kembali merempak!

Dari sudut lain apabila kerajaan sedia menubuhkan suruhanjaya itu dengan mempunyai terma-terma khas dan istimewa menjelaskan bahawa kerajan ‘sayang’ dan peduli amat kepada golongan yang membangkitkan perkara itu. Saya berharap sangat kalau kerajaan ikhlas dalam penubuhan suruhanjaya diraja itu kerana inginkan kebenaran terdedah dan keadilan terlaksana bukannya kerana elemen dan bayangan-bayangan lain. Tetapi kalau di sebalik keikhlasan itu ada motif politik, atau tepatnya ia dilaksanakan atas rasa gerun kerajaan kepada tuntutan itu ianya sungguh malang sekali.

Tindakan itu menggambarkan kerajaan juga sedia memberi apa-apa saja dengan harapan mereka tidak hilang sokongan daripada pengundi Cina. Soalnya apakah selama ini kerajaan belum banyak memberi dan menyokong masyarakat Cina di negara ini menerusi parti-parti komponen BN, MCA dan Gerakan?

Rasanya sudah banyak. Penerimaan pelbagai kemudahan sesuai dengan apa yang dimaktubkan dalam perlembagaan, masyarakat Cina sudah mendapat apa yang sepatutnya. Suara-suara yang mengatakan mereka masih dilayan tidak sama adalah suara fitrah ketamakan manusia dan itulah perjuangan sebenarnya. Orang Cina akan berjuang dan terus berjuang sampai ke tahap kedudukan mereka sama taraf, duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan semua kaum negara ini.

Sekali lagi dikatakan, penubuhan suruhanjaya itu harus diterima semua pihak sebagai satu hadiah atas nama Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dari kerajaan kepada rakyat. Biarlah penubuhan itu bukan dari rasa takut dan gerun kerajaan kepada tuntutan DAP, MCA dan Gerakan atau PKR tetapi ianya satu pemenuhan ke atas kehendak rakyat Malaysia demi keadilan dan kebenaran.

Semoga suruhanjaya diraja itu menyelesaikan isu yang timbul dan semua pihak mendapat manfaat daripadanya dan impilikasi daripada penubuhan itu dijadikan iktibar. Jangan lagi ada suara-suara sumbang selepas suruhanjaya itu selesai melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. [wm.kl.6:27 am 23/07/09]

Wednesday, July 22, 2009

Pemakluman

Pengunjung Blog Merah Tinta 3.5 juta

Alhamdulilah menjelang tengah malam ini mesin imbas kira menunjukkan page view penjenguk yang membelek blog Merah Tinta sudah mencecah ke angka 3.5 juta. Perkembangan ini memberangsangkan dan sekaligus menunjukkan blog ini terus dipantau.

Waktu ini angka yang tertera di mesin imbas kira ialah 3,002933 yang mula membuat catatan rasmi pada 9 OKtober 2007.

Sementara pengikut setia yang mendaftar menjadi komuniti blog ini pada masa ini ialah seramai 463 orang.

Sebagai pemilik blog saya berbangga atas pencapaian ini dan mengucap terima kasih kepada penjenguk. Seperti selalunya - teguran, kritikan dan juga makin hamun (termasuk dari penjenguk gelap) tidak dapat dinafikan memberi semangat kepada saya untuk menulis dan terus menulis berdasarkan tagline "Hanya Kita Memahami Diri Kita".

Adalah diharap sokongan padu dari penjenguk budiman akan berterusan.

Terima kasih
MSO. [jln pahang 11:25 pm 22/07/09]

Menjelang Fajar

Kalaulah Tengku Razaleigh Menyertai PKR?


SAYA tidak dapat pastikan, (kerana belum menghubungi Zaid Ibrahim) apakah pelawaan terbuka Zaid kepada Tengku Razaleigh Hamzah menerusi blognya itu sama ada sesudah dia berbincang atau tidak mengenai perkara itu dengan Tengku Razaleigh. Ataupun pelawaan itu hanya iseng-isengan Zaid sahaja kerana melihat ada perkembangan yang meruangkan untuk bekas Menteri Kewangan itu dalam PKR.

Setelah Zaid berada di dalam, mengenali suasana, ruang dan potensi PKR, maka Zaid merasakan sesuai untuk Tengku Razaleigh (foto) menyertainya bagi meneruskan perjuangan anak raja itu untuk membela rakyat dan negara. Apakah begitu?

Setahu saya Zaid sangat baik dengan Tengku Razaleigh dan antara pemimpin negara (Umno) yang dihormati. Keintiman dan kekaguman Zaid kepada Tengku Razaleigh jelas apabila beliau memilih Tengku Razaleigh untuk memberi kata pengantara dalam buku terbarunya, Aku Juga Melayu. Peluang yang diberikan Zaid itu adalah satu penghormatan buat Tengku Razaleigh.

Atas keyakinan tidak ada angin masakan pokok bergoyang, saya yakin naluri Zaid terbuka untuk mengajak Tengku Razaleigh kerana beliau melihat sesuatu yang baik dan menarik dalam senerio politik hari ini. Mungkin Zaid mengira Tengku Razaleigh memiliki ruang baik dalam PKR. Di samping kesediaan Tengku Razaleigh menyambut pelawaan itu akan memberi kekuatan dan menambahkan semangat kepada PKR dalam mengepalai kerajaan baru selepas pilihan raya umum ke -13 kelak, atau lebih awal dari itu.

Bila menganalisa pelawaan Zaid itu sudah tentu beliau membuat pelawaan itu berasaskan kepada dua keadaan atau faktor. Pertama, potensi PKR itu sendiri yang berkerjsama dengan DAP dan Pas serta politik liberalnya sesuai dengan Tengku Razaleigh. Kedua, ialah melihat kepada sekitaran diri Tengku Razaleigh sebagai seorang politik yang kini seakan terbiar dan dibiarkan oleh Umno.

Yang jelasnya kini pelawaan Zaid ke atas Tengku Razaleigh itu dibimbangi oleh para pemimpin Umno. Sudah ada yang bersuara untuk memancung pelawaan Zaid itu dengan memuja-muji Tengku Razaleigh sebagai tokoh hebat dan dalam masa sama kononnya tindakan Zaid itu sebagai cuba merendah-rendahkan wibawa Tengku Razaleigh. Pemimpin Umno sudah mula memainkan emosi Tengku Razaleigh.

Tindakan ini tidak lebih daripada ingin mematikan cadangan berkenaan. Ini menggambarkan Umno yang kini sedang terbaring kesakitan akan lebih sakit sekiranya tokoh besar seperti Tengku Razaleigh itu juga meninggalkan parti itu apa lagi kalau alasannya kerana ketidakyakinan pembaharuan yang hendak dilalukan Najib Razak.

Dunia umum mengetahui Tengku Razaleigh ada kelebihan dan keistimewaanya sendiri yang jarang dimiliki oleh tokoh sebaya dengannya. Mungkin dia tidak berguna kepada Umno yang dikuasai mereka yang pelahap kuasa, tetapi Tengku Razaleigh masih disukai dan terus dinilai oleh mereka di luar Umno. Mereka yang mempunyai akal, tahu menilai keupayaan, pengalaman dan intergriti seseorang tetap menganggap Tengku Razaleigh sebagai pemimpin politik yang bersih, tidak korup dan tidak pernah melalukan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan.


Rekod-rekod perkhidmatan dan perjuangannya masih segar dalam ingatan rakyat. Yang nyata dan jelas Tengku Razaleigh lebih putih dan bersih waima berbanding Dr Mahathir Mohamad sekalipun.

Mungkin juga kerana Zaid melihat aset atau keistimewaan Tengku Razaleigh yang inilah, manakala Umno pula tidak menghormatinya membuatkan Zaid rasa terpanggil untuk mempelawa dan memanfaatkan ketokohan Tengku Razaleigh. Bagi Zaid adalah terlalu sayang kalau aset atau modal kepimpinan Tengku Razaleigh dibiarkan mereput begitu saja.

Lebih jauh dari itu pelawaan Zaid tersebut juga mungkin menyedari masalah dihadapi oleh penasihat PKR, Anwar Ibrahim kini yang berhadapan dengan perbicaraan. Sebagai seorang peguam profesional mungkin Zaid dapat membaca apakah keputusan mahkamah dan hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas Anwar.

Atau Zaid sudah mengira kemungkinan Anwar akan dihantar ke penjara sekali dalam usaha jahat UBN untuk mastikan momentum kebangkitan rakyat yang melata hari ini terhenti. Justeru kalau itu berlaku ini bermakna perjuangan yang sedang mara kini akan ghuyup. Keadaan atau bayangan inilah barangkali menyebabkan Zaid memanggil Tengku Razaleigh untuk menjadi penjulang panji Pakatan Rakyat yang bakal terluruh dari tangan Anwar.

Bukan sembarangan tokoh untuk memimpin Pakatan Rakyat yang mempunyai berbagai ideologi itu. Ia memerlukan pemimpin yang bukan saja pandai berpidato, membaca Quran atau hadith, tetapi yang ada track record, yang mempunyai tahap kesabaran dan diplomasi yang tinggi serta diterima oleh semua ethnik.

Ciri-ciri ini ada kepada diri Tengku Razaleigh. Pembawaan politiknya yang sedarhana, ramah berbudi, tawaduk disenangi oleh semua pihak. DAP boleh terima, Pas juga boleh menerimanya. Bukti Pas dapat menerimanya apabila seorang bekas pemimpin kanan Pas beriya-iya memujuk dan mengajak Tengku Razaleigh agar menyertai parti berkenaan. Apakah ajakan itu seikhlasn Zaid atau hanya untuk memastikan Kelantan selamat, walah'hualam!

Seperti dikatakan tadi saya tidak pasti apakah sudah ada rintisan awal antara Zaid dengan Tengku Razaleigh atau wakilnya sebelum agenda – kemasukan Tengku Razaleigh ke dalam PKR itu dibuka. Jika diikutkan nasab politik saya pasti rundingan awala sudah berlaku? Sekiranya tidak ada petunjuk atau reaksi tidak mungkin Zaid membuat pelawaan itu terhadap tokoh yang dihormatinya.

Apapun saya yakin banyak pihak berharap dan mengalu-alukan kedatangan Tengku Razaleigh di sebelah sini. Undangan dibuat Zaid itu kena pada masa dan tepat pada keadaanya.

Justeru bagi Tengku Razaleigh pelawaan itu rasanya tidak perlu dilihat sebagai satu usikan dan gurauan politik di amabng Maghrib. Elok baginya menerima pelawaan itu sebagai satu perkara yang serius. Dan sebagai seorang yang mempunya iltizam yang tinggi terhadap bangsa dan negara, saya tidak mengira Tengku Razaleigh hanya mahu puas hati kalau setakat hanya akan dikatakan sang setia kepada Umno saja sedangkan Umno tidak mempedulikannya. [wm.kl. 6:30 am 22/07/09]

Tuesday, July 21, 2009

Renungan Petang

Dalam Mengobarkan Semangat Akhlak Juga Perlu Dijaga!

RAYUAN dan nasihat ikhlas yang diberikan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang meminta para pemimpin Pas menasihat pengikutnya agar tidak memaki hamun pihak-pihak yang tidak sealiran dengan pemimpin mereka dalam blog-blog rasanya perlu diberi perhatian.

Alasan Asri (foto) ialah kerana Pas menggunakan nama Islam. Menurutnya adalah tidak kena kalau ahlinya bersikap demikian. Tentunya nasihat Asri itu lebih meluas lagi kepada parti-parti lain juga (yang tidak menggunakan nama Islam), agar tidak berpolitik secara sembrono dan memaki hamun pihak lain.

Tetapi di sini beliau menumpukan kepada Pas kerana Pas menggunakan nama Islam dan mendakwa lebih Islamik daripada parti lain khususnya Umno dan PKR. Saya percaya kalau Pas tidak menggunapakai nama Islam, semisalnya parti liberal atau sosialis, Asri tidak akan membuat teguran berupa rayuan itu. Beliau juga mungkin bersedia untuk dikritikan oleh para pembambu Pas yang dimaksudkan itu apabila membuat teguran itu.

Memang buruk sangatlah kalau parti Islam terikut-ikut dengan gelagat dan telatah parti sekular lain. Sewajarnya parti Islam menjaga akhlak dan menunjukkan suri teladan yang murni kepada rakyat.

Banyak orang yang menjadi mangsa maki hamun pengikut Pas, (yang pada saya mereka ini tidak pernah menerima tarbiah Pas - Islam sejati). Bukan saja Mufti Perak, Harunssani Zakaria dan Asri sendiri tetapi ramai yang menjadi mangsa termasuk dikafirkan oleh Pas. Saya juga turut sama menerima maki hamun sekali sekala bila idea saya bercanggah dengan kehendak naluri mereka.

Namun itu bagi saya ianya perkara biasa saja, memandangkan yang memaki hamun ini kalangan remaja yang penuh dengan emosi dan semangat perjuangan menurut acuan 'hora hore' mereka.

Saya percaya bila mereka dewasa kelak mempunyai otak penuh mereka akan mengubah sikap dan mula mencari kebenaran dalam apa yang mereka perjuangkan itu.

Hendaknya pemimpin Pas perlulah menerima pandangan Asri itu secara terbuka. Tanggungjawab mendisplinkan ahli atau penyokong atau simpatisan terletak kepada pemimpin. Pemimpin Pas kena memantau dan tidak boleh membiarkan ia menular. Wibawa dan maruah Pas sebagai parti Islam perlu diawasi dan tidak dicemari anasir-anasir sekular alias jahiliah.

Selain itu pemimpin Pas juga harus menjaga tatatertib diri mereka sendiri. Pemimpin tidak sepatutnya menggunakan kata-kata kesat dalam menolak sesuatu kerana kata-kata itu akan ditutur ataupun dijadikan fatwa untuk menghalalkan tindakan mereka kepada pihak lawan atau orang yang tidak sebulu dengan mereka oleh pengikut bawahan.

Makanya di sini sesetengah pemimpin Pas itu yang perlu diakhlakkan. Mereka yang perlu dibetulkan agar menjaga akhlak dan memastikan aqidah mereka benar. Ura-ura untuk mengetatkan disiplin dalam Pas sangat dialu-alukan. Kenapa sesetengah pemimpin Pas berani bertindak diluar batas susila parti dan adat budaya dan agama, kerana peranan dan fungsi jawatankuasa disiplin itu tidak ketat lagi. Lantaran itu sesetengahnya merasa dirinya sebagai maksum dengan kedudukan dan pemujaan ke atas dirinya.

Dulu Pas sangat menjaga fiil perangai ahlinya. Mereka yang melanggar hukum agama tidak teragak-agak akan dipecat dari Pas. Begitu juga mereka berkelakuan yang boleh menjejaskan aqidah akan dipecat atau digantung. Apa yang berlaku kepada salah seorang ahli Parlimen dari Perak, cikgu Hahsim Gera, adalah sejarah dan pengajaran. Beliau dipecat dari Pas hanya kerana menari di satu majlis santai di Parlimen. Pas tidak pernah mengira atau merasa sayang untuk bertindak meskipun beliau adalah ahli Parlimen.

Mungkin tindakan itu kolot dan dianggap usang tetapi itulah sebenarnya pribadi ataupun yang membezakan Pas dengan parti-parti siasah lain.

Betapa Pas waktu itu sangat menitik berat kepada disiplin dan kemurnian akidah ahlinya. Kerana itulah Pas dihormati oleh pihak kawan dan lawan.

Seharusnya Pas di era kepimpinan ulama lebih menekan soal ini. Sewajarnya kalau Pas juga turut memberi nasihat kepada mana-mana pemimpinnya yang berkahwin dua tetapi tidak mendaftar perkahwinan ataupun bercerai tetapi enggan membayar nafkah dan sebagainya.

Pas juga perlu menengur sesetengah pemimpinnya yang turut membakar lilin sebagai menyatakan simpati kepada mendiang Teo Beng Hock. Ulama Pas perlu menjelaskan apakah tindakan itu tidak merosakan aqidah muslim mereka? Ingatlah sesuatu kemungkaran itu tidak boleh dilakukan walaupun kerana apa termasuk politik!

Walaupun itu urusan peribadi tetapi ia perlu dipelihara kerana mereka adalah pemimpin parti parti Islam.

Semasa pilihan raya kecil Manik Urai baru-baru ini saya nampak dan dengar sendiri apa yang anak-anak muda Pas yang memakai kopiah memaki hamun atau melaungkan kata-kata kurang manis kepada pengundi warga emas yang dikira tidak mengundi mereka. Antara yang tertangkap di telinga saya, misalnya kata-kata berbunyi; pak cik insaflah gigi sudah tinggal dua, takkan nak undi Umno lagi?

Mungkin kepercayaan anak muda itu benar bahawa Pas lebih suci daripada Umno. Tetapi kenapa harus menggunakan kata-kata kesat begitu untuk berdakwah? Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya agar menggunakan kata-kata yang sesuai dalam berdakwah. Bukan bermakna kita tidak boleh mencaci dan mencerca, boleh, tetapi biarlah ianya digunakan pada masa dan tempat yang sewajarnya dengan penuh keadilan.

Mungkin menyedari situasi beginilah menyebab Asri bersuara meminta pemimpin Pas mendisiplinkan para penyokongnya. Bukan itu saja, apabila Pas bergerak atas nama Islam mungkin beliau bimbang takut Islam itu disalah anggap oleh mereka yang kurang faham dengan Islam.

Dengan beberapa tindakan yang melampau dilakukan oleh setengah pengikut Pas itu menyebabkan orang bukan Islam menerima pakai apa yang salah itu sebagai benar dan keadaan ini sangatlah malang dan mencemarkan Islam itu sendiri.

Alasan bahawa Umno juga mencaci dan mencera orang tidak boleh dipakai dan dijadikan fatwa menghalalkan tindakan kita. Masakan kita yang mengaku cerdik, beriman, lebih hampir dengan syurga bersedia untuk mengikut sikap dan perangai mereka yang dianggap jahiliah dan berada jauh dari birai syurga? [wm.kl. 5:00 pm 21/07/09]

Celoteh Murai 50

Bila Wanita Kena Sebat

SELEPAS Subuh tadi Murai terbaca satu laporan dari Kuantan Pahang mengenai seorang wanita telah dijatuhi hukuman sebat dan denda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas wanita itu mengaku bersalah minum arak di sebuah hotel di Pahang tahun lalu.

Walaupun perihal minum arak ini tabiat dan perkara biasa sesetengah orang termasuk yang beragama Islam, hatta yang siang malam berkawan dengan tok guru dan ulama, tetapi Murai tertarik dengan berita satu ini.

Pertamanya mengenai hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Tinggi Syariah berkenaan; sebat dan denda RM5,000. Denda tidak seberapa, tetapi sebat itu yang Murai rasa cukup berkesan dan berminat mengulasnya.

Wanita itu mengaku bersalah atas tuduhan itu mungkin dia tidak merasakan yang hukuman sebat itu dikenakan ke atasnya sewaktu beliau 'menogok' air kencing syaitan itu. Di sini Murai ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada Mahkamh Syariah berkenaan kerana menjatuhi hukuman berkenaan demi memberi kesedaran kepada umum.

Murai tidak pasti apakah hukuman sedemikian pertama kali berlaku di Pahang? Hukuman itu dijatuhi mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987).

Kedua yang menjadi perhatian Murai ialah tentang alasan rayuan wanita berkenaan yang tidak mahu disebat. Katanya hukuman sebat itu boleh menjejaskan masa depannya. Murai merasa sedikit lucu mengenai bak ini betapa wanita itu masih mengingati tentang masa depannya.

Kenapa anih, kalau dia ingat mengenai masa depannya dia tidak akan minum air kencing syaitan itu. Bukankah amalan meminum arak itu membahayakan kesihatan dan dilarang Islam? Inilah Murai rasakan sedikit ganjil dengan perempuan ini. Sepatutnya kalau dia pentingkan masa depan (kesihatan) dia tidak meminum air haram itu da, sesudah minum beliau harus bersedia dihukum untuk menghapuskan dosa duniawinya.

Dan mengenai hukuman ke atas wanita itu apa yang Murai dapat rasakan, ianya akan menjadi kontroversi. Akan adalah selepas ini NGO-NGO tertentu akan mengomen dan bercakap mengenai hukuman berkenaan. Akan adalah badan-badan hak asasi yang membela wanita yang bekerja sebagai pemandu pelancung itu dan mengatakan hukuman itu sebagai zalim dan kejam, tidak wajar dan sebagainya.

Murai sedia menanti segala kemungkinan itu. Dan sama-sama kita tunggu badan atau NGO manakah yang pertama membuka mulut memprotes hukuman berkenaan. Murai rasa ini akan berlaku dan tidak boleh lari kerana rakyat negara ini sekarang ini begitu peka dan prihatin terhadap apa yang berlaku, sampai kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya mereka libatkan diri kerana bertentangan dengan agama pun sudah mula turut diikut kononnya atas dasar perikemanusiaan.

Nampaknya perikemanusiaan atau perkepolitikan ini mengatasi kepentingan-kepentingan lain termasuk agama dan kaum. Nampaknyalah...

Murai: Tidak pernah ubah nada siulan dari zaman datuk nenek hingga ke hari ini.

Monday, July 20, 2009

Sehari di Pattani Raya

Bila Pergolakan Di Selatan Siam Akan Berakhir?

PERTANYAAN sering menyendal dalam benak bila teringatkan Pattani bilakah pergolakan di selatan Siam itu akan berakhir. Seramai mana lagikah rakyat yang tidak berdosa perlu menjadi mangsa pergolakan yang sedang berlaku itu. Apakah angka itu akan terus bertambah sehingga bilangan mengejutkan!

Sehingga kini seramai 3,500 orang telah terbunuh. Angka itu yang direkodkan. Adalah dipercayai masih banyak lagi kematian atau pembunuhan terpencil yang tidak direkodkan. Dari jumlah itu kebanyakannya ialah orang Melayu; para ustaz, pemuda, pelajar pondok dan jemaah masjid.

Angka itu juga termasuk sami Buddha dan guru-guru berbangsa Siam. Namun yang jelasnya angka akibat pergolakan itu banyaknya dari kalangan Melayu.

Sebenarnya mengenai pergolakan, pembunuhan curi yang berlaku di wilayah Pattani, Naratahwit, Songkla dan Yala itu itu kabur. Tidak tahu siapa yang bertanggungjawab. Pihak kerajaan Siam menuduh ianya angkara puak pemisahan, empat wilayah itu. sebaliknya di pihak pejuangan pemisah pula meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan Siam.

Di pihak lain pula mendakwa keganasan yang berlaku itu dilakukan puak ketiga yang sengaja melagakan orang Islam dan Buddha kerana tujuan politik mereka. Namun sejauh mana anggapan ini sukar dibuktikan kerana ada bukti-bukti yang tertinggal mengelirukan.

Beberapa kejadian memberi petunjuk jelas yang kerajaan Siam terang-teranag terlibat dalam beberapa siri keganasan di sepanjang pergolakan berlaku selama lebih lima tahun itu. Misalnya kejadian pembantaian beramai-ramai di Takbai yang mengakibatkan 78 terbunuh pada tahun 2004 jelas melibatkan tentera. Begitu juga di beberapa kejadian lain.

Minggu lepas saya menjenguk ke selatan Siam ke Yala, Narathiwat dan Pattani kerana ada sedikit urusan di sana. Jelas sekali keadaan di wilayah itu berbeza dengan suasana beberapa tahun sebeum ini.

Pemandangan di wilayah itu sungguh menakutkan. Hampir seluruh muka bumi wilayah itu dikawal oleh tentera. Di mana-mana saja dapat dilihat tentera berkawal lengkap dengan senjata.

Kereta kebal, trak tentera dan peralatan lain tersadai di tepi-tepi jalan. Keadaan tak ubah dalam suasana berperang. Gambaran itu seolah tentera Siam menanti arahan saja untuk bertindak.

Seluruh jalan raja pula diadakan sekatan atau road block. Sekatan diadakan disetiap satu kilometer. Di simpang-simapng jalan pula dibina pos tentera dengan skala kekuatan hingga 50 orang yang berkubu di situ.

Sekolah, wat, masjid diberikan kawalan ketat. Di semua tempat-tempat awam atau institusi itu diberi kawalan rapi. Paling menonjol ialah kawalan di wat Buddha dan juga sekolah milik kerajaan. Kawalan ini berikut ada beberapa orang guru telah menjadi mangsa keganasan.

Kawalan ke atas institusi ini juga nampak sekali sikap pilih kasih kerajaan Siam. Masjid dan sekolah agama tidak diberikan kawalan ketat berbanding dengan sekolah kerajaan dan wat Buddha. Walaupun serangan hendap sering berlaku di masjid, tetapi kawalannya longgar. Paling terbaru ialah kejadian di masjid al-Furqan Air Tempayan dekat Golok pada 8 Jun lalu yang membunuh 10 orang Islam yang sedang sembahyang.

Imam dan 10 makmum menjadi mangsa kegagansan. Mereka ditembak dua orang yang bertopeng dari jarak dekat secara kejam dan tidak berhati perut.

Siapa bertanggungjawab dengan kejadian kabur. Jika dilihat kepada pembantaian itu ia seolah-olah sengaja dilakukan bagi membangkit kemarahan umat Islam. Semacam ada perancangan untuk melihat berlaku konflit antara umat Islam (Melayu) dengan Siam Buddha.

Dalam kunjungan sehari itu jelas sekali Pattani kini tidak aman seperti dulu. Memijak bumi Pattani seperti berada dalam medan peang. Banyak keindahan dan keistmewaan Pattani sudah terhakis. Paling nyata dalam pemerhatian saya ialah mengenai anak-anak muda Pattani yang tidak kelihatan langsung. Seolah-olah generasi muda Pattani kini sudah tidak ada lagi. Di kampung-kampung yang tinggal ialah orang tua dan kanak-kanak.

Ini berlaku kerana pemuda menjadi sasaran pihak kerajan Siam. Khabarnya golongan muda menjadi buruan dan sasaran utama. Disebabkan itu mereka berlindung atau pun lari meninggal kampung. Anak-anak muda sengaja dituduh melakukan keganasan atau dikaitkan dengan sesutau tuduhan jenayah untuk diburu dan ditangkap.

Kemelut di Selatan Thaid perlu diselesai segera. Semua pihak perlu mengambil inisiatif bagi menamatkan pergolakan itu. Walaupun bumi itu menjadi wilayah Bangkok sejak tahun 1906 tetapi hakikatnya tidak dapat dinafikan wailayah itu adalah milik orang Islam. Sejarah yang mewujudkan Pattani Raya tidak dapat dinafikan oleh dunia.

Dalam melihat apa yang berlaku di Pattani ialah orang Melayu tidak melakukan lebih daripada apa yang mereka tuntutan dan perjuangkan, melainkan hak mereka... iya hak mereka. [wm.kl. 6:00 am 20/07/09]

Sunday, July 19, 2009

Rasa-Rasa Ahad

Selepas Tokoh MCA, Tokoh MIC Juga Disebut Akan Menyertai PKR?

NAMPAKNYA lepas seorang-seorang ahli politik yang tidak mendapat tempat dalam parti asal ataupun kerana perjuangan dalam parti asal sudah melencung dari prinsipnya telah mengambil tindakan keluar parti. Menariknya mereka tidak bersara tetapi memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai wadah baru.

Terbaru ialah bekas Naib Presiden MCA, Chua Jui Meng mengumumkan keluar daripada MCA dan menyertai PKR semalam. Pengumuman Chua yang memilih PKR itu ialah kerana perjuangan PKR sesuai dengannya dan menyamai manifesto sewaktu merebuat jawatan presiden dulu.

Sepanjang kempen merebut jawatan dulu Jui Meng melaung-laungkan yang beliau ingin melakukan reformasi dalam parti terbesar kaum Cina itu. Bagaimana pun hasrat beliau ditolak apabila beliau beliau gagal memenangi jawatan presiden. Dua kali Jui Meng kalah dalam perebutan jawatan itu.

Jui Meang tidak keseorangan menyertai PKR. Ikut sama bersamanya, bekas ahli Partlimen Lumut, Dr Yap Yit Thong dan bekas ahli Dewan Negara, David Yeoh.

Walaupun ketiga-tiga tokoh itu tidak mengumumkan jumlah pengikut masing-masing yang ikut bersama mereka, tetapi sudah tentu kemasukan itu tidak keseorangan. Memandangkan mereka merupakan pemimpin kanan dalam MCA tentu pengikutnya ramai. Plaing-paling komeng pun isteri dan anak-anak mereka akan ikut sama menyertai PKR. Sesungguhnya penyertaan tokoh berpengalaman MCA ini memberi pukulan kepada parti berkenaan.

Hakikat ini terserlah sekali apabila beberapa pemimpin MCA terkejut dan sedih atas keputusan yang diambil oleh Jui Meng itu.

Manakala kemasukan itu juga memberi suntikan dan semangat baru kepada PKR. Apa lagi Jui Meng ialah bekas Menteri Kesihatan seorang tokoh MCA yang tidak boleh dipandang ringan. Anwar Ibrahim telah mengumumkan Jui Meng akan dilantik menjadi ahli kepimpinan parti berkenaan. Apakah PKR akan memberi tanggungjawab baru kepada Jui Meng untuk mengepalai PKR Johor terlalu awal untuk diramalkan.

Sekiranya telahan ini benar ini bermakna Jui Meng akan menjadi bukan Melayu pertama yang mengetahui badan perhubungan PKR negeri.

Kemungkinan itu ada memandangkan kepimpiann PKR Johor waktu ini tidak menyerlah dan mampu untuk menyaingi Umno Johor yang terkenal sebagai negeri kubu kuat Umno. Adalah diharap kalau Jui Meng diberi tanggungjawab itu beliau akan membuka ruang popilit baru kepada masyarakat Cina menerusi PKR.

Sebulan lalu PKR juga menerima kemasukan Zaid Ibrahim yang juga bekas menteri Kabinet. Walaupun kemasukan Zaid itu tidak diulas dan diperkecilkan oleh Umno namun hakikatnya kemasukan Zaid itu memberi suntikan semangat kepada PKR khasnya untuk PKR Kelantan. Zaid juga terus dilantik menjadi salah seorang ahli pimpinan PKR.

Penyertaan mereka yang gagal mendapat tempat dalam parti asal mereka ataupun tidak sesuai dengan prinsip parti masing-masing masih ramai. Ada beberapa tokoh parti komponen yang dikatakan sedang menunggu masa dan ketika saja untuk berbuat demikian.

Salah seorang yang dikatakan sudah membuat perhitungan terakhir akan ikut sama menggabung diri dalam PKR ialah tokoh politik India dari MIC. Tokoh ini dikatakan akan membuat keputusan mengenai masa depan politiknya selepas parti itu selesai mengadakan perhimpunan tidak lama lagi. Kita tunggu! [wm.kl. 1:00 t/hari 19/07/09]

Saturday, July 18, 2009

Ulasan Peristiwa

Kematian Teo Beng Hock
Wajar Ditubuh Suruhanjaya Diraja


SEPERTI diduga kematian misteri, pegawai politik Exco Selangor, Teo Beng Hock, 30 yang dalam proses soal siasat pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menimbulkan pelbagai tafsiran. Paling membimbangkan ada unsur-unsur insiden itu boleh mencetuskan malapetaka besar di negara ini. Semua pihak tidak berpuas hati terhadap SPRM yang dilihat perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian malang itu.

Mayat Beng Hock ditemui di terlungkup atas bumbung dipercayai ‘jatuh atau dijatuhkan’ dari tingkat lima Wisma Masalam di mana pejabat SPRM Selangor ditempatkan.

Walaupun belum ada bukti-bukti jelas menunjukkan SPRM terlibat dengan insiden itu tetapi kerana insiden malang itu berlaku di premisnya maka SPRM menjadi tumpuan umum.

Sesetengah pihak yang emosi sudah terang-terangan menuduh SPRM bertanggungjawab atas kemalangan itu walaupun semuanya berladasakan andaian dan agakan liar.

Makanya SPRM tidak boleh mengelak lagi selain menerima andaian itu. Apa-apa tindakan mengelak tidak akan diterima malahan menjadi prejudis kepada badan itu semakin menebal. Seelokknya pihak SPRM dalam hal ini tidak banyak cakap dan serahkan saja kepada pihak yang bertanggungjawab menyiasatnya.

Memandangkan kes ini berpotensi untuk menukar dan akan dijadikan modal politik berasaskan sentimen masing-masing dan motif politik, eloklah kalau kerajaan menerima pandangan agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kejadian itu. Insiden itu perlu diselesaikan segera. Kes itu tidak boleh dibiarkan tergantung begitu lama kerana kelewatan menyelesaikannya mengundangkan banyak andaian-andaian atau spkekulasi politik mengenainya.

Pelbagai pihak baik badan NGO dan Pakatan Rakyat mencadangkan agar ditubuhkan suruhanjaya berkenaan. Semua pihak seolah bersedia untuk menerima hasil siasat suruhanjaya di raja bukannya dari mana-mana agensi termasuk polis.

Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yaasin untuk membincangkan penubuhan itu dalam mesyuarat Kabient dialu-alukan. Menurut Muhyiddin beliau memandang serius mengenai kejadian itu dan akan membawa kepada Kabinet bagi menentukan apakah suruhajaya itu perlu atau tidak ditubuhkan.

Sebenarnya bagi mengelak kebimbangan tadi, Muhyiddin atau kerajaan tidak perlu befikir panjang untuk akur dengan cadangan pihak yang mahukan kes itu dikendali/siasat oleh susurhjaya di raja. Sekiranya cadangan itu tidak dipenuhi menyebabkan berbagai persepsi akan dilemparkan kepada kerajaan. Tanggapan ini akan menambahburukkan lagi kerajaan yang kini sudah begitu buruk dan hanyir di mata sesetengah rakyat.

Makanya baik kalau beliau ada kuasa, beliau mengarahkan penubuhan sebelum Najib Razak pula ke tanah air. Waktu ini Najib berada di luar negara.

Jelas hari ini pihak Pakatan Rakyat tidak lagi percaya kepada pihak polis atau lain-lain agensi yang mempunyai tanggungjawab langsung kepada kerajaan. Sikap ini timbul ialah kerana berpandukan kepada peristiwa dan pengalaman lepas yang dilalui. Seperti mana kata penasihat umum Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, siasatan itu juga nanti mestilah mencakupi soal teknik dan kaedah siasatan dijalan SPRM.

Mudah-mudahan dengan adanya suruhanjaya itu ia akan memberi kepuasan kepada semua pihak. Selepas ini hendaknya isu kematian itu tidak akan dipertikiaikan lagi. Apa juga keputusan dan hasil siasatan dilakukan suruhanjaya bebas itu semua pihak kerana menerima dan redha atas apa yang berlaku.

Jangan pula hasil siasatan itu tidak memihak dan memberi kelabaan politik kepada kita akan dituduh pula suruhanjaya itu tidak bebas, tidak telus ataupun diperalat oleh mana-mana pihak.
Selagi ada sikap demikian, tubuhlah suruhajaya apa sekali pun ia tidak akan menyelesaikan masalah yang timbul.

Kerjsama dan keikhlasan semua pihak dituntut bagi menyelesaikan isu ini.

Kepada mereka yang beriman (orang Islam), hendaklah redha dan rela atas apa yang berlaku itu. Selepas berpuas hati dengan segala sebab musabab kejadian itu semua pihak kena redha menerimaya sebagai takdir Allah s.w.t. Kematian Beng Hock itu bukan saja ditangisi oleh orang Cina tetapi orang Melayu juga ada yang mengalirkan air mata!

Dan Beng Hock juga istimewa kerana majlis pengembumiannya di Melaka dijangka Isnin ini akan turut sama dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat beragama Islam, barang kali termasuklah para ulama dari Pas turut sama menghadirinya bagi menunjukkan simpati dan kesungguhan untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman menerusi Pakatan Rakyat. Mungkin! [wm.kl. 2:40 pm 18/07/09]