Friday, March 30, 2018

Isu tanah di Ijok Umno jadi macam "Prof Butir Nangka" yang terkucil

REAKSI 

Azmin kemukakan pelan untuk jelas isu tanah di Ijok.
ISU tanah peneroka di Ijok yang digambarkan isu kronik di Selangor bolehlah dianggap sudah tuntas. Kekaburan di sebalik isu itu yang sengaja direkayasa untuk memburukkan kerajaan Selangor dan Mohamed Azmin Ali, sudah jelas apabila ia diterangkan dijawab oleh MB Selangor itu di Dun Selangor penuh fakta dan kronologinya senang difahami.

Thursday, March 29, 2018

Peluncuran buku "Amanah Parti Negara" penghormatan untuk Lutfi

PERISTIWA

Menerima naskah ikhlas daripada Lutfi.
SEMALAM (27 Mac 2018) telah berlangsung peluncuran buku baru sdr Ahmad Lutfi Othman, "Parti Amanah Negara - Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti" yang disempurnakan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Walaupun tersekang dengan masa, tetapi saya hadir juga semata-mata untuk memberi sokongan dan menzahirkan kebanggaan atas kejayaan Lutfi menerbit buku tersebut.

Wednesday, March 28, 2018

BN tidak boleh rasa selesa dengan persempadanan baru

ULASAN RENGKAS

USUL pindaan persempadanan kawasan pilihan raya yang dibawa oleh Perdana Menteri Najib Razak di parlimen hari ini akhirnya diluluskan dengan undi belah bahagi, 80 menolak 129 undi menyokong. Usul itu dibahas hangat dalam parlimen sepanjang hari ini bermula lewat tengah hari.

Seramai 11 orang wakil rakyat enam (6) dari BN lima (5) dari oposisi  mengambil bahagian membahas usul berkenaan.

Semua wakil pembangkang membahas memberi alasan dan hujah kenapa usul berkenaan perlu ditolak. Antara alasan diberi kononnya usul itu melanggar perlembagaan. Pihak SPR yang bertanggungjawab mengemukakan cadangan pindaan itu banyak yang mendapat kritikan pihak pembangkang dan dituduh menjadi "lembu bodoh" kepada Najib Razak.

Sekiranya SPR khusus pengerusinya Hashim Abdullah bertanggungjawab terhadap setiap apa yang dilemparkan kepadanya, wajar beliau meletak jawatan. Peletakan jawatan boleh dilihat sebagai tanggungjawab beliau serta untuk menjaga integriti suruhanjaya berkenaan.

Nurul Izzah tidak perlu dibawa lari dari Lembah Pantai

PENDAPAT KECIL

Nurul Izzah tidak perlu pindah.
LAMA sebelum ini saya mendengar macam-macam mengenai Nurul Izzah Anwar berkaitan dengan kedudukannya di Lembah Pantai.

Pindahan semula persempadanan kawasan pilihan raya yang dikemukakan oleh SPR dan akan diluluskan oleh sidang parlimen yang berlangsung kini menjadi penyebab kenapa kedudukan Naib Presiden PKR itu menjadi tanda tanya.

Khabar yang didengar beliau akan beralih tempat kerana Lembah Pantai tidak selamat lagi baginya? Faktor utama, kerana berlaku perpindahan pengundi ke kawasan Lembah Pantai sekitar 7,000. Jelas pelan perpindahan itu strategi huduh (gerrymandering) oleh SPR untuk memenangkan calon BN.

Monday, March 26, 2018

Rang undang-undang Anti Berita Tidak Benar 2018 perlu ditolak

SUSUPAN PETANG

RANG Undang-undang (RUU), Anti Berita Tidak Benar 2018 dibentang di parlimen hari ini.  Rang undang-undang itu memperuntukkan denda sebanyak RM50,000 atau penjara 10 tahun kepada sesiapa didapati bersalah mengikut undang-undang itu kelak.

Di sini saya tidak mahu mempertikaikan jumlah denda dan hukuman diperuntukkan itu. Denda dan hukuman boleh dikurang atau ditambah mengikut keperluannya tetapi yang penting apakah signifikan dan relevensinya undang-undang itu diwujudkan.

Sesiapa bertanggungjawab melakukan atau menyebarkan berita tidak benar, atau membuat apa-apa aktiviti yang dilarang oleh undang-undang itu sewajarnya dihukum. Bukan sahaja jumlah peruntukan ditetapkan itu, kalau lebih besar dari itu pun tidak mengapa.

Sunday, March 25, 2018

Lebanon negeri tertua menyimpan sejuta sejarah

CATATAN MUSAFIR
LEBANON (I)

LEBANON sebuah negeri di Timur Tengah yang terhampar di permukaan lautan Mediterranean dengan keluasan 10,452 km. Bersempadan dengan Syria di sebelah Utara hingga ke Selatan sepanjang 375 km dan dengan Israel di Selatan sepanjang 73 km.

Populasi adalah sekitar 4.5 juta, sementara sebanyak 11 juta rakyat negeri ini berada di luar. Keadaan ini satu kepelikan bagi negeri ini.

Beirut adalah ibu negerinya dikenali dengan jolokan sebagai Perancis, manakala Lebanon itu sendiri dijuluki dengan sebagai Swiss di Timur Tengah. Tidak hairan kalau Beirut disenaraikan sebagai lokasi ke 10 di dunia yang menjadi pilihan pelancong. Betapa tidak berdiri di Beirut kita seolah-olah berada dalam pesta neon berwarna warni.

Saturday, March 24, 2018

Kalau sudah kenal orang jahat, tangkap sahaja..

KOMEN MALAM

Mohd Arshad Raji
APA dirasai oleh Presiden Persatuan Kebangsaan (Patriot) Mohd Arshad Raji mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Muhammad Fuzi Harun yang kemudian diperkuatkan oleh Menteri Pertahanan Hisamuddin Hussein kononnya pihak PDRM telah mengenal pasti 1,100 individu termasuk beberapa kumpulan akan membuat kacau menjelang pilihan raya umum ke-14 adalah sesuatu yang pelik, adalah benar,

Selalu polis mengumumkan sesuatu yang berbentuk rahsia kepada umum di mana dengan pengumuman itu menyebabkan rahsia itu terdedah menyebabkan kumpulan yang dipantau itu sempat menyelamatkan diri. Apakah itu satu bentuk psikologis atau reverse psikologis dalam pasukan itu?

InsyaAllah esok mula bloging

Setelah lebih dua minggu saya meninggalkan blog ini sepi kerana ke ke tanah suci kemudian melencungkan ke beberapa tempat di Lebanon, esok saya akan kembali mengisi blog ini seperti biasa. Sepanjang perjalanan ada cerita-cerita baik untuk dikongsikan sebagai pengetahuan dan iktibar kita semua.

Saya mohon kemaafaan sekiranya penjenguk kecewa apabila membuka blog ini tetapi tidak ada apa-apa intri baru dimasukan. Pun begitu jejak perjalanan dan aktiviti saya semasa dua minggu lalu ada saya kirimkan menerusi dalam kedua-duan akaun facebook saya. Wassalam Mso. [wm.kl.2:07 pm 24/03/18] 

Wednesday, March 7, 2018

Manfaatkan kunjungan Dr Mahathir ke Kelantan

ULASAN

SUDAH pasti kedatangan Dr Mahathir Mohamad bersama barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) ke Kelantan Sabtu ini -- 10 Mac ditunggu-tunggu oleh segenap rakyat Kelantan dan juga para pemerhati politik di negeri itu. Dr Mahathir dijangka menghadiri dua majlis semasa di Kelantan. Pertemuan dengan badan-badan bukan kerajaan (Ngo) di Tanah Merah dan berintraksi dengan rakyat di hadapan Pejabat Tanah dan Jajahan, Bachok dalam majlis penerangan perdana.

Kedatangan Dr Mahathir itu tidak terkecuali akan diberi perhatian dan penilaian oleh Umno dan juga Pas Kelantan. Mereka akan menilai sejauh mana sokongan dan semangat rakyat bersama PH. Kunjungan Dr Mahathir itu akan memberi petanda sejauh mana kekuatan dan kesediaan PH untuk menghadapi pilihan raya ke 14.

Himpunan itu akan menjawab dakwaan sebelum ini mengatakan rakyat Kelantan sedang bergerak untuk berubah bagi menubuhkan kerajaan baru.

Tuesday, March 6, 2018

Pakatan Harapan makin mantap

ULASAN POLITIK

Anwar, Dr Mahathir, Maria dan Sammy
boleh gugat BN.
MENJELANG pembubaran parlimen kedudukan Pakatan Harapan (PH) dari hari ke sehari kian mantap dan kukuh. Perkembangan ini sudah pasti mengusarkan parti pemerintah terutamanya pemimpin nombor satunya Mohd Najib Razak.

Taburan wang dan pelbagai insentif serta ribuan janji projek ratusan jutaan ringgit dilafazkan Najib tampak tidak banyak merubah suasana serta mempesonakan rakyat. Ia tidak berbekas.

Sikap pengundi yang dilihat rata-rata akan menggunakan kuasa mutlak yang mereka miliki; bertindak bijak dengan mengambil wang dan apa sahaja yang dihulur namun akan merahsiakan undi mereka mencemaskan Najib. Pengundi tidak memberi komitmen mereka ambil pemberian tetapi rela menggadaikan undi.

Thursday, March 1, 2018

Pengakuan Nik Abduh pedih, tetapi boleh mensucikan Pas?

ISU PANAS

Nik Abduh bersama lima orang cahaya matanya. 
PENULARAN audio atau rakaman suara yang dikatakan sebagai mirip suara Nik Muhammad Abdul Nik Abdul Aziz mendapat perhatian ramai. Waktu ini ratusan bahkan jutaan sudah ditonton dan mendengarnya. Khabarnya media luar negara juga berminat dengan audio berkenaan yang disiarkan secara bersiri.

Bagaimana pun Nik Abduh sudah menafikan audio itu bukan miliknya dan menganggap ia suatu fitnah yang bertaraf sampah yang hanya dilahapkan oleh puak-puak parti PAN - Parti Amanah Negara. Di sini saya tidak mahu membuat analisa apakah penafian beliau itu diterima atau pun tidak.