Wednesday, April 30, 2008

Catatan Malam

Shabery Cheek Menteri Wayang Pacak

SAYA setuju sangat dengan pandangan sdr Roslan SMS yang mengatakan Menteri Penerangan yang baru Ahmad Shabery Cheek berfikiran singkat dan cetek.

Tentu Roslan merujuk untuk berpandangan demikian ekoran kenyataan atau ulasan Shabery Cheek mengenai siaran langsung selama 30 minit semasa soal jawab sidang Dewan yang mula disiarkan oleh RTM hari ini.

Khabarnya Shabery sedih dan kesal apa yang berlaku dengan siaran langsung berkenaan. Apa yang beliau sedih kerana pembangkang telah mengambil kesempatan dengan siaran langsung berkenaan untuk political mileage. Memanglah perkara itu tidak dapat dielakkan. Orang politik akan berpolitik di mana saja tidak kira di dalam tempayan atau pun dalam kandang kambing.

Tidak salah! Tok Guru sendiri mengatakan masjid adalah tempat paling sesuai untuk berpolitik, berdakwah dan menyebarkan risalah Islam. Cuma Khir Toyo saja tutup dan kunci masjid dan surau daripada digunakan untuk berpolitik.

Apabila Shabery telah membuka RTM untuk orang politik (Ahli Parlimen) maka bodohlah mereka kalau tidak menangguk di air keruh, eksploitasikan siaran langsung berkenaan untuk faedah mereka kerana ianya diikuti oleh jutaan penonton. Khabarnya setakat Shabery jadi menteri petonton RTM berlipat ganda hampir menewaskan penonton TV3?

Seperti kata Roslan, apakah Shabery tidak terfikir sebelum memutuskan untuk membuka siaran langsung itu. Dengan komposisi pembangkang sebanyak 82 orang dan wakil Kerajaan 72 (tidak masuk menteri dan timbalan menteri), pasti ia hangat dan hebat. Kalau mereka bertumbuk pun tentu wakil kerajaan akan kalah.

Lain kali kalau nak buat sesuatu fikirlah banyak dan acap kali sikit. Jangan setelah buat baru tahu salah dan silap. Dalam hal ini saya sendiri nampak Shabery seperti mudah hilang arah. Tengok isu mengenai penarikan keluar Radio Selangor FM. Baru Khalid Ibrahim acah dia sudah mengelabah dan emosi lantas arah Radio FM Selangor keluar dari bangunan Sultan Sallehuddin Abdul Aziz (SSAA) di Shah Alam.

Mana profesionalisme Shabery? Sebelum ini orang fikir Shabery berbeza dengan Zainudin Maidin yang pongah, keras kepala dan emosi. Orang ingat Shabery tidaklah sesempit Zainuddin berfikir kerana beliau dilihat seorang yang cerdik dan berfiikir menggunakan kedua belah otaknya tidak seperti Zainuddin yang menggunakan separuh otak saja. Rupa-rupa mereka tidak jauh berbeza, dua kali lima sahaja.

Kalau beliau benar-benar nak reform RTM bukalah siaran langsung berkenaan seluas-luasnya. Biarkan samada ia hendak dieksploitasikan oleh pembangkang atau tidak. Kenapa perlu takut? Kalau pihak kerajaan merasa benar, kenapa perlu takut lawan dengan berhujah dan berfakta. Parti politik dalam sebuah negara demokrasi yang masak dan matang bersedia menerima pandangan dan kritikan pihak lawan.

Bagaimana nak reform RTM kalau pemikiran singkat dan cetek? Baru langkah gelanggang sudah hendak tarik diri! Nampaknya pi mai pi mai RTM tetap macam dulu juga. Tidak berubah dan tidak beralih. Kepada sdr Roslan sebenarnya jangan rasa pelik dan aneh dengan ahli Parlimen Kemaman ini. Orang sudah melewati sempadan dan tengelam dalam mega maya IT beliau masih lagi terkenangkan nostalgia lama untuk menghidupkan wang pacak.

Jelas pemikiran Shabery masih di era merdeka. Era budak-budak kampung yang masih lagi diserang cacing, perut buncit dan tidur malam tungging punggung. Jadi wawasan dan idea Menteri Penerangan Malaysia ini sama saja tarafnya dengan wayang pacak saja. Sekali lagi tidak pelik kerana Shabery adalah anggota Kabinet Abdullah Badawi bukannya Dr Mahathir Mohammad.[jln pahang. 11:30 pm 30/04/08].

Terima Kasih

Blog Merah Tinta Dijenguk Setengah Juta Orang

PETANG tadi hitungan mereka yang klik atau menjenguk blog Merah Tinta mencecah ke angka 500,000 atau setengah juta. Catatan terakhir jam 10:18 malam menunjukkan 501.851. Kiraan ini bermula pada 9 Oktober 2007.

Bilangan atau jumlah yang dijenguk menerusi blog atau laman lain tidak dikira. Beberapa laman web atau blog rakan-raskan terus menyedut dan mengambil posting dari blog ini secara permanent.

Alhamdulilah! Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penjenguk setia blog ini. Atas kerjasama dan rangsangan daripada anda sekali menyebabkan saya kadang-kadang kelewatan tidur atau pun terpaksa membuka laptop sebelum fajar menyingsing untuk mengisi blog.

Yang kadang-kadang memeningkan saya apabila terlewat posting adalah panggilan atau SMS yang bertanya kenapa lewat mengisi (update) blog. Itu semua cabaran dan rangsangan untuk saya.

InsyaAllah saya akan terus berblog bersama anda sekalian. Dalam pada itu saya sangat mengharapkan kejasama dan bersedia mengongsi apa-apa juga bahan yang dikira boleh memberi manfaat kepada agama, bangsa dan tanahair. Terima kasih diucapkan kepada penjenguk setia yang banyak mendorong dan memberi maklumat atau bahan dan juga menengur mengenai kesalahan ejaan yang sememangnya tidak dapat dihindarkan. Sekali lagi terima kasih diucapkan.

Tunggu posting mengenai ulasan sebuah buku yang membabitkan jenayah seorang menteri di mana di dalam buku itu turut menyebut nama saya. Saya akan ulas dan membuat penjelasan dalam sedikit masa nanti. MSO [wm.kl 10:15 30/04/08]

Sebelum Beradu

Arahan Abdullah Langgar Perlembagaan Umno - Ku Li

TENGKU RazaleigH Hamzah (Ku Li) menyifatkan tindakan Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi melarang semua bahagian Umno daripada mengadakan mesyuarat agung luar biasa (AGM), sebagai melanggar perlembagaan parti dan cuba menyekat kebebasan bersuara ahli peringkat akar umbi.
Katanya tindakan itu juga secara tidak langsung menggambarkan Presdiden Umno itu dalam ketakutan untuk berhadapan dengan realiti politik hari ini di mana beliau semakin tidak mendapat sambutan dan sokongan ahli.

“Kenapa hendak sekat ahli bersuara. AGM adalah dibenarkan oleh perlembagaan parti, kita patut biarkan ahli membuat pilihan mereka.
"Kalau kita melarang dan cuba menyekat ahli, bermakna tindakan itu melanggar perlembagaan parti,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan hari jadi isteri Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali, Rohaya Idrus di rumahnya di Taman Melawati, sekejap tadi.

Menurt Ku Li, sepatutnya Abdullah tidak menyekat ahli peringkat akar umbi menyuarakan pendapat dan pandangan mereka dan mereka sepatutnya diberikan kebebasan seluas-luasnya demi kebaikan parti.
Ditanya apakah larangan itu dipatuhi dan menyebabkan beberapa bahagian yang bercadang untuk mengadakan AGM akan akur dengan larangan itu, Ku Li menjelaskan mereka tidak perlu menghentikan cadangan mereka kerana tindakan itu tidak menyalahi perlembagaan parti.
Katanya apa yang perlu dipatuhi ialah peraturan yang ditetapkan oleh perlembagaan parti bukannya oleh mana-mana individu dalam parti termasuk presiden atau sesiapa.

“Di dalam perlembagana Umno jelas mengatakan, ahli boleh memanggil mesyuarat agung khas sekiranya ada keperluan mendesak dan boleh dibuat bila-bila masa sekiranya atas kehendak ahli,” katanya.
Abdullah semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuaat MT kelamrin meminta bahagian Umno agar tidak mengadakan mesyuarat agung khas sebaliknya menumpukan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat.
Sementara itu dalam hubungan itu menurut bekas Menteri Kewangan itu tindakan Abdullah itu akan menyebabkan akan banyak lagi ahli dan bahagian Umno marah kepadanya (Abdullah) dan kesal atas larangan itu.
“Tunggulah selepas ini tentu makin ramai ahli Umno yang akan marah dengan tindakannya itu,” kata Ku Li.

Ditanya mengenai perjumpaan beliau dengan Anwar Ibrahim di atas kapal terbang beberapa hari lalu, Ku Li menjelaskan memang beliau ada bertemu dan berbincang dengan Anwar. “Lama juga saya berbincang dan bercakap dengan beliau,” akui Ku Li.

Ditanya apakah butirannya, beliau enggan menjelaskan hanya berkata, “adalah berberapa perkara penting di mana saya tidak perlu sebutkan di sini buat masa ini,” katanya sambil ketawa.
Mengenai kenyataan Anwar kerajaan hari ini akan bertukar tangan ekoran terdapat 30 ahli Parlimen BN akan lompat parti tidak lama lagi, Ku Li tidak menolak dakwaan itu dan sekali lagi meminta Umno tidak memandang ringan mengenai perkara itu.

”Saya kira Anwar ada cara dan strateginya sendiri kenapa beliau yakin kerajaan akan berubah dalam tempoh terdekat,” jelasnya. "Saya bimbang kalau Umno dan berhati-hati dakwaan itu akan menjadi kenyataan!" tambahnya.

Kira-kira 300 orang hadir pada majlis sambutan hari jadi Rohaya di mana kebanyakan mereka rakan-rakan baik Ibrahim dalam politik.

Antara yang turut hadiri ialah bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzil, bekas Timbalan Meneri Pendidikan, Khalid Yunus, Datuk Kadar Shah, Tamrin Ghafar, Suhib Lazim, Ibrahim Azmin, Ali Parlimen, Indra Mahkota, Azan Ismail, Kamal Amir Kamal Hijaz dan lain-lain. [wm.kl 1:10 am 30/04/08].

Tuesday, April 29, 2008

Parlimen

Jangan Jadikan Parlimen Untuk Kepentingan Politik Peribadi

DUA perkara yang perlu diberikan perhatian oleh kesemua 222 Ahli Parlimen mengenai saranan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Sultan Zainal Abidin semasa bertitah merasmi pembukaan sidang Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-12 pagi ini.

Pertama ialah saranan baginda supaya ahli-ahli Parlimen menjadikan Dewan Rakyat sebagai persada untuk membahas dan membangkitkan isu-isu berhubung dengan rakyat.

Dalam kata lain baginda mengingatkan supaya amanah yang diserahkan oleh pengundi kepada ahli-ahli YB itu tidak akan disia-siakan dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Baginda memberi ingatan ini mungkin kerana sebelum ini terdapat sesetengah ahli Parlimen tidak begitu mengambil berat terhadap tugas dan tanggunjawab mereka seperti mana sewajarnya.

Ada yang hadir hanya setakat untuk mengisi buku rekod kehadiran sahaja. Tidak mengikut perbahasan atau mengambil bahagian dan membangkitkan isu-isu rakyat di kawasan mereka wakili. Setengah wakil rakyat lebih banyak berada di kantin daripada di Dewan.

Perkara kedua yang diingatkan oleh Tuanku Mizan ialah agar ahli Parlimen tidak menjadikan Parlimen sebagai tempat untuk kepentingan politik peribadi. Memahami apa yang baginda seru ini, supaya Parlimen tidak dijadikan medan mengenengah ideologi politik masing-masing.

Sebaliknya semua ahli Parlimen harus terarah kepada perbahasan dan komitmen kepada kepentingan rakyat dan negara. Parlimen sebenarnya bukan tempat untuk menonjolkan kehebatan diri, kelebihan ideologi masing-masing, sebalik perlu dijadikan wadah bagi membentuk nusa dan bangsa.

Baginda juga sebelum mengakhiri titah ucapan, berpesan kepada ahli-ahli YB supaya menjaga tingkah laku bauk semasa mengambil bahagian dalam perbahasan. Ingatan ini juga mungkin kerana baginda peka kepada apa yang berlaku di Parlimen yang kadang kala boleh disifatkan sebagai sarkas.
Sehubungan itu ahli Parlimen bukan saja harus menjaga kesopanan dan menjaga akhlak semasa di dalam Dewan tetapi semasa berada di luar Dewan juga mereka perlu mengawal diri dan menunjukkan suri teladan yang baik.
Kejadian seperti meraba punggung pelayan bar dan sebagainya seharusnya dielakkan oleh wakil rakyat kerana perbuatan seperti itu bukan saja memalukan wakil rakyat berkenaan tetapi turut menjatuhkan maruah Dewan.
Dua minggu hebuh berita seorang pelayan bar telah membuat laporan polis kerana dikatakan seorang bekas menteri yang juga ahli Parlimen didakwa cuba melakukan gangguan seksual ke atasnya.
Persidangan Dewan Rakyat akan bermula hari ini dan akan berakhir pada 27 Mei.
[kl 11:15 am 29/04/08]

Susupan Pagi

Ahli Parlimen Pembangkang Tidak Berpecah

KELEBIHAN sebanyak 17 undi yang diraih oleh ahli Parlimen Santubung, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Sarawak dalam pemilihan sebagai Timbalan Yang Diperetua Dewa Rakyat semalam disambut kegembiraan oleh parti memerintah BN dan dijadikan indikator kononnya pembangkang mulai retak.

Kelebihan undi Wan Junaidi itu berbanding dengan seorang lagi calon Roland Kiandee (Beluran) yang memperolehi 140 undi telah dieksplotasikan sebagai pembangkang sudah tidak sekata.

Apa lagi calon yang dicadangkan pembangkang Tan Seng Giaw gagal dipilih sebagai salah seorang Timbakan Yang Dipertua apabila mendapat 81 undi. Kesemua walil pembangkang telah mengundi Seng Giaw kecuali calon bebas.

Sebenarnya undi yang diperolehi Wan Junaidi tidak boleh dianggap pembangkang berpecah dan ia suatu perkembangan positif kepada kerajaan hari ini.

Jika diteliti kepada kaedah dan peraturan yang ditetapkan Dewan di mana Dewan memimta mengundi dua nama sekaligus ini menyebabkan pembangkang yang hanya mengemukakan calon tunggalnya terperangkap dalam ketetapan yang ditetapkan itu.

Tidak hairan kalau ada wakil pembangkang turut sama mengundi seorang lagi calon setelah mereka memilih Seng Giaw (Kepong).

Sekiranya pembangkang mengemukakan dua nama, sudah pasti kedua-dua calon pembangkang itu akan mendapat undi sama banyak 81 undi.

Mengenai 17 undi pembangkang yang mengundi Junaidi itu walaupun tidak dapat disahkan kerana undi diadakan secara sulit, ianya pasti datang daripada wakil rakyat Melayu samada daripada Pas atau PKR. Dalam konteks ini kemungkinan besar datang dari Pas.

Mengenai sikap dan pendirian seorang calon bebas ia tidak dihairankan kerana awal-awal lagi ahli Perlimen itu telah menunjukkan sikap bebasnya. Jadi kalau beliau tidak akan bersama pembangkang dalam isu-isu tertentu ia bukan perkara pelit, lagi pun asal wakil rakyat berkenaan asalnya daripada Umno. [wm.kl. 9:20 am 29/04/08].

Monday, April 28, 2008

Berita Lewat

Adun Tidak Jadi Untuk Kosong Kerusi

ANCAMAN bersifat kebudak-budakan oleh seorang Adun untuk mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tikit Pas dalam pilihan raya lalu sekiranya Adun Meranti, Nasaruddin Daud menjadi Speaker tidak menjadi kenyataan apabila Adun berkenaan ikut sama bersama 44 Adun lain mengangkat sumpah sebagai anggota Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dan menyatakan taat setia kepada Sultan Kelantan di DUN Kelantan pagi ini.

Sebelum ini Adun berkenaan yang bercita-cita untuk menjadi Exco telah mengwar-warkan beliau akan mengosongkan kerusi yang disandangnya sekiranya Pas tetap memilih Nasaruddin menjadi Speakar.

Walaupun kawan-kawan rapatnya telah memujuk Adun berkenaan, beliau dikatakan tetap berkeras dengan keputusannya akan mengosongkan kerusi berkenaan.

Ancaman untuk melepaskan jawatan itu juga sampai ke pengetahuan MB Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bagaimana pun Tok Guru dikatakan tidak mempedulikannya.

Bagaimana pun sesetengah orang yang kenal dengan sifat dan feel Adun berkenaan awal-awal lagi sudah tidak mempercayai ancaman berkenaan kerana sebelum ini Adun yang berkupiah itu pernah membuat ancaman serupa untuk mengosongkan kerusi sekiranya Tok Guru tidak akur atas kehendaknya agar mengambil tindakan ke atas seorang penulis.

Beliau dikatakan mahu Tok Guru bertindak ke atas penulis buku yang membabitkan namanya sehingga menyebabkan beliau dipecat dari jawatan penting parti.

Sementara itu menurut saksi mata, Adun berkenaan tiba di perkarangan Kota Darulnaim di mana Dewan Undangan Negeri ditempat sejak awal pagi lagi. Sebelum beberapa orang Adun lain tiba beliau dikatakan sudah pun keliahtan berada di Kota Darul Naim bersiap sedia untuk mengangkat sumpah.

Mulanya kedatangan Adun berkenaan menimbulkan kecurigaan kakitangan Kota Darulnaiam kerana bimbang takut beliau melakukan sesuatu tindakan tidak sewajar seperti menaikkan sepanduk memperotes majlis angkat sumpah berkenaan dan sebagainya.

Apa yang menyebabkan Adun berkenaan dikatakan marah dan mengugut untuk mengosongkan kerusi dan melepaskan semua jawatan dalam parti, kerana beliau dikatakan kecewa kerana bukan saja terlepas untuk menjadi Speaker tetapi kerusi Exco yang dijanjikan kepadanya juga terlepas.

Sementara itu seorang Adun yang dihubungi menyatakan syukur kerana Adun berkenaan tidak jadi merajuk! [wm.kl. 6:10 pm 28/04/08]

Berita Segera

Adun Meranti Speaker DUN Kelantan

Nasaruddin Daud, Adun Meranti telah dilantik menjadi Spekar Dewan Undangan Negeri Kelantan. Nasaruddin dicadangkan oleh Adun Chempaka, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan disokong oleh Adun Pasir Pekan, Ahmad Yaacob.

Nama Nasaruddin dimasyorkan jam 9:14 pagi.

Perlantikan Nasaruddin mengesahkan apa yang pernah dilaporkan dalam blog ini tidak lama dulu.

Perlantikan Nasaruddin itu secra tidak langsung menolak dan mengenepikan satu nama lain yang disebut-sebut tergila0gila untuk menjadi Spekaer.

Persoalan kini apakah salah seorang Adun yang sebelum ini membuat kenyataan untuk tidak bersedia mengangkat sumpah di hadapan Nasaruddin akan mengosongkan kerusi sekiranya Nasaruddin diangkat menjadi Speaker akan menjadi kenyataan.

Berita selanjut akan menyusul! [wm.kl. 9:20 am 28/04/08]

Susupan Pagi

Apakah Isi Percakapan Ku Li - Anwar Selanjutnya?

KEYAKINAN yang disuarakan oleh Anwar Ibrahim pembangkang akan mengambil alih teraju kerajaan hari ini apabila 30 ahli Parlimen BN akan melompat tidak dipandang ringan oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Pandangan dan ulasan Ku Li mengenai perkara ini berbeza dengan pemimpin-pemimpin BN yang lain, yangg rata-rata cuba menafikan dan meremehkan provokasi berkenaan.

Menurut Ku Li, beliau bertanya sendiri kepada Anwar semasa berjumpa atas kapal terbang. Kata Ku Li, Anwar serius dengan apa yang dikatakan itu. Bagi Ku Li dakwaan Anwar itu bukan omong kosong.

Sebagai ahli poliik berpengalaman dan pernah menyaksikan banyak perisitiwa bersejarah dalam politik negara bagi Ku Li apa didakwa itu tidak menghairankan.

Di sini tidak timbul Ku Li bersetuju degan pandangan itu kerana kepentingan politiknya. Mungkin tidak ada niat Ku Li menimbulkan atau membuat pandangan begitu kerana hendak menakut-nakutkan Umno. Ku Li bercakap dari rasa hatinya. Ku Li dikenali sebagai seorang yang tidak berliku politiknya dan jujur.

Apa yang orang tidak tahu apakah butiran yang menjadi bahan percakapan mereka berdua selma 55 minit penerbangan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur itu?

Tempoh itu terlalu lama dan cukup untuk kalau keduanya berbincang hal-hal personal dan untuk kepentingan negara dan mencapai mengagaskan agenda perjumpaan selanjutnya.

Setakat ini kita belum mendapat penjelasan daripada Anwar apakah butiran percakapan beliau dengan Ku Li itu. Apakah ianya skadar mengisi masa dalam penerbangan atau ada perkara yang serius sehingga Ku Li tidak merasa ganjil dengan apa yang didakwa Anwar itu.

Adalah dipercayai apabila dua pemimpin besaer bertemu mereka akan bercakap mengenai topik penting untuk kepentingan bersama. Dalam hal ini yang tidak dapat dielakkan tentunya mengenai kedudukan politik negara, mengenai Umno dan peluang keduanya untuk menjadi orang nombor satu negara.

Apakah mereka berdua sudah membuat sesuatu pakatan atau janji? Kalau ada apakah janji itu? Apakah mereka akan saling bantu membantu untuk berhadapan dengan lawan masing-masing?
Kita akan cuba korek dan membuat spekulasi apakah rahasia di sebalik poertemuan tidak terjangka antara kedua mereka itu.

Menurut seorang penumpang yang ikut sama dalam penerabangan itu, percakapan antara keduanya bukan saja mesra sebagai dua tokoh tetapi adakalanya serius. Mereka juga kata pemerhati itu berjalan seiringan keluar dari pesawat dan berpisah di balai ketibaan. Daripada lagak percakapan mereka seakan ada hal penting yang akan diputus bersama.

Gelak tawa mereka memberi gambaran bahawa ada sesuatu yang sangat menggembirakan mereka, ujar pemerhati itu yang tidak disedari kehadiran oleh kedua tokoh itu.

Sebagai rekod sebelum ini Anwar dan Ku Li telah bertemua kurang daripada satu kali. Hal ini diakui sendiri oleh Ku Li.

Ku Li pernah bercakap kepada penulis mengenai masa depan Anwar dalam politik. Menurutnya kalau Anwar ingin menjadi PM ada dua jalan saja, iaitu menyertai atau kembali semula kepada Umno atau pun meneyertasi Pas.

Maklumat selanjut akan cuba diperolehi? [wm.kl 8:00 am 28/04/08]

Sunday, April 27, 2008

Sebelum Tidur

Apabila pemilik Panca Warisan Sudah Lemah

SEBELUM ini acap kali juga saya dengar orang mengatakan Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Hussein pondan. Dia tidak layak dan sesuai jadi Ketua Pemuda? Azalina Othman Said yang ketika itu menjadi Ketua Puteri dikatakan lebih layak untuk menjadi Ketua Pemuda.

Sepatutnya Umno meminda perlembagaan menyediakan ruang membolehkan pertukaran antara ketua pemuda dengan ketua puteri apabila keadaanya memerlukan berbuat begitu.

Bila mana ketua pemuda didapati lemah dan lembut maka ia bertukar secara automatik dengan ketua puteri. Begitu juga bila didapati ketua puteri keras dan ganas ia boleh bertukar secara automatik ke jawatan ketua pemuda.

Kalau Azalina menjadi Ketua Pemuda tentu Pemuda akan jadi bersemangat, kuat dan tidak mudah dicabar oleh mana-mana pihak. Tidaklah pemuda kena memohon maaf ke atas sesuatu yang bukan haq dan mutlak.

Kini saya sudah mulai hendak percaya kalau Hishamuddin seorang yang pondan. Kesediaannya akur kepada tekanan untuk memohon maaf kerana mencium keris Panca Warisan yang dikatakan menjadi punca kekalahan BN, mengesahkan bahawa Hishamuddin pondan atau tidak ada telor.

Penderhaka

Semasa beliau menjulang dan mengucup keris Panca Warisan semasa Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda 2005 dan menghentam Anwar Ibrahim sebagai penderhaka dulu nampak sikit yang beliau sebagai jejak, walaupun tidak perkasa. Ketika itu beliau macam ketua pemuda yang mewarisi semangat Harun Idris dan Jaafar Albar.

Tetapi sifat dan tabii itu berubah. Ia hanya menjadi jantan ketika disuruh dan diasak menghentam Anwar. Tetapi bila bersendirian dan berhadapan dengan musuh sejati dia jadi pengecut dan tiba-tiba nalurinya bertukar menjadi pondan.

Tindakan anak Hussein Onn itu memalukan orang Melayu seluruhnya. Kerana semasa beliau mengjulang kersis dan mencium keris Panca Warisan dan menghentam Anwar beliau mewakili orang Melayu. Apabila beliau memohon maaf dan menarik balik apa yang dia buat bermakna orang Melayu seluruhnya juga bertanggungjawawab atas kebaculan Hishamuddin itu.

Diingatkan lain kali kalau Hishamuddin atau sesiapa saja nak bercakap atas nama Melayu perlulah berfikir banyak kali. Jangan berfikir sekali dan terus buat. Sebab apa yang dilakukan itu mewakili orang Melayu seluruhnya teermasuklah Melayu di negeri Pasir Berdengung dan juga di negeri Pasir Dua Butir!

Jangan cakap sewenang dan menggunakan nama Melayu mengikut sesedap rasa. Ataupun dijadikan umpan politik untuk meraih sokongan Melayu. Kalau orang seperti Hishamuddin hendak bercakap guna saja nama Umno. Umno walaupun asalnya Melayu namun ia sudah bukan Melayu tulen yang bersifat terpacak langkah keris pun sampai. Umno adalah warisan penjajah dan dibibitkan oleh Malay Union. Umno ditubuhkan untuk berhadapan dengan para hubaya-hubaya dari gunung!

Lemah gemalai

Anihnya yang penakut dan mengaku kalah bukan saja orang-orang yang lemah gemalai seperti Hishamuddin itu, tetapi pemimpin Umno lain juga turut kehilangan batu apabila bersetuju dan mengalu-alukan langkah Hishamuddin itu seperti mana Samy Vellu. Sikap Samy dalam hal ini tidak patut ditiru kerana beliau bertindak membubuh batu atas beban!

Ada yang kata langkah Hishamuddin itu sebagai berjiwa besar kerana memohon maaf. Jiwa besar kepala hotak apa, kalau meminta maaf ke atas perkara yang tidak haq? Orang yang macam itu bukan berjiwa besar, tetapi berjiwa kecil, menikus. Mungkin juga orang memberi sokongan demikian dia bukan dari keturunan Demang Lebar Daun dan Sang Sepurba yang berasal dari Bukit Siguntang di mana padinya berbuahkan emas.

Ada yang yang mengatakan sifat Hishamuddin itu harus dipuji! Terpuji apa kalau akur kepada tekanan dan desakan. Itu bukan terpuji tetapi sifat yang perlu dikeji dan dimaki.

Menariknya ulasan abang sepupu Hishamuddin, Mohd Najib Razak. Katanya permohonan maaf tidak jatuhkan maruah Melayu. Sebalik katanya maruah Melayu akan jatuh kalau Melayu tercicir dalam semua bidang. Ini pandangan orang yang ingin menjadikan Melayu sebagai glokal?
Apakah Najib sedar dan faham dengan apa yang beliau utarakan itu? Usaha untuk mengalihkan isu dan mengurangkan kemarahan dengan turut sama apologitik bukan sifat yang baik dan berani. Ia bukan bijaksana dan handalan terbilang.

Fahamkah Najib mengenai warisan, budaya dan syiar dan simbol? Apabila Melayu tidak boleh menggunakan simbolnya lagi, di manakah maruah dan kehebatan Melayu? Dengan apakah Melayu hendak menunjukkan jatidirinya kalau simbol dan warisannya dilarang di gunakan didalam rumahnya sendiri?

Dalam kamar

Sebenarnya orang telah mencampuri urusan kita terlalu jauh.Tetamu yang kita tanakkan pulut dan bentangkan tikar kini sudah mahu tidur dalam kamar kita.

Najib juga berkata-kata seperti burung kakak tua yang disuruh oleh gembalanya. Siapa gembalanya? Apakah Najib boleh membaca di sebalik tentangan kepada aksi mencium keris itu oleh pihak tertentu itu? Najib perlu belajar menyelami makrifat politik lebih jauh lagi.

Kenapa orang membenci kepada warisan dan syiar Melayu itu? Sebabnya mereka tidak mahu simbol-simbol itu terpamir dan kekal menjadi pembakar semangat. Mereka mahu buangkan simbol Melayu dan digantikan dengan simbol yang lebih liberal demi membunuh semangat Melayu. Usaha penghakisan simbol dan syiar Melayu ini bukan saja kepada keris tetapi kepada hal-hal lain juga. Ia akan dilakukan seperti mana berlaku ke atas simbol-simbol Islam seperti bulan bintang atau pun menara masjid!

Mereka menghitung apabila simbol atau syiar sudah tidak ada maka semangat juga akan hilang. Bila semangat hilang Melayu akan jadi lemah. Bila Melayu lemah maka senanglah Melayu untuk ditawan!

Tidak mustahil 10, atau 20 tahun lagi, perkataan Malay (Melayu) di dalam nama Umno itu juga akan diminta dihapuskan. Sesiapa yang menyebut Melayu dalam perhimpunan agung Umno akan ditentang dan dikecam. Akan diadakan demonstrasi agar jangan sebut nama Melayu lagi. Penggunaan nama Melayu hendaklah ditukar kepada nama Malaysia.

Tindakan dan nawaitu di sebalik tentangan dan meletakkan sebab kekalahan hanya kerana si pondan cium keris adalah alasan saja. Mereka juga tahu apalah yang si pondan dapat lalukan dengan keris melainkan untuk digunakan sebagai alat (prop) dalam drama dan bangasawan saja. Si pondan tidak akan bermandi darah sebab dia suka bermandikan sabun.

Seperti dikatakan tadi niat mereka ialah untuk tidak mahu melihat warisan Melayu. Hujung jatuhnya untuk tidak mahu mendengar perkataan Melayu dan akhirnya untuk tidak melihat Melayu berkuasa atau menjadi latar kepada sesebuah kekuasaan. Itu sebenarnya!

Layu sudah dayu keladi,
Tertikam duri terkena isi,
Melayu suka berbudi
Hatta diri sanggup dikasi. [wm.kl 9:15 am 27/04/08]

Susupan Pagi

Awas Politik Musang Tenggalung

TUAN MENAGER kempen Awang Adek Hussin sebagai bakal MB Kelantan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Annuar Musa menyatakan kesediaannya untuk berudur daripada memimpin Umno Kelantan. Katanya tindakan itu diambil sebagai rasa tanggungjawabnya atas kekalahan Umno Kelantan dalam pilihan raya lalu.

Beliau dilaporkan membuat pengumuman itu dalam mesyuarat Umno Kelantan semalam.

Sekali dengar pengakuan itu jujur dan ikhlas dan menggambarkan kemuliaan hati seorang Annuar Musa. Lantas itu beliau mencadangkan dua nama untuk mengambil tempat beliau, Ramzi Abdul Rahman atau Awang Adek Hussin. Betapalah mereka yang tidak kenal hati budi politiknya akan merasakan betapa Annuar Musa seorang yang gentlemen dan bertanggungjawab!

Bagi mereka yang kenal dengan Annuar Musa, luar dan dalam seperti Sabri Sahafei, Md Alwi Che Amat dan lain-lain akan tersenyum lebar mendengar pengumuman Annuar itu. Bak ikan di air terkilas sahaja sudah tahu jantan dan betina. Begitu jugalah bagi mereka terlucut saja kata-kata itu dari bibir Annuar mereka sudah dapat membaca baris dan sa'adunya, apakah maksud bekas menteri Pembangunan Luar Bandar itu.

Tetapi bagi yang tidak mengenalinya (Annuar) seperti Lee Kuan Yew bekas PM Singapura akan menghantar telegram mengucap tahniah kepada Annuar Musa kerana tindakan itu. Tindakan Annuar dianggap satu kemuliaan yang jarang dilakukan orang politik, sebab orang politik walaupun kaki sudah kebas dan mata berair namun masih mahu kekalkan jawatan!

Pengumuman Annuar itu akan dilihat dari sudut berbeza. Orang yang kenal hati budinya sama sekali tidak akan mempercayai apa yang Annuar lakukan itu. Apa yang beliau lakukan itu bukan atas dasar keikhlasan untuk menjaga Umno sebaliknya tidak lebih daripada satu bentuk rayuan agar beliau dipertahankan untuk menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Sekiranya beliau benar-benar ikhlas, beliau tidak akan mencadangkan Ramzi atau Awang Adek untuk mengambil tempatnya. Kecerdikan Annuar beliau amat kenal siapa yang layak dan tidak layak untuk jadi ketua. Dalam lautan Umno bergelora hari ini, Annuar patut mencadangkan Tengku Razaleigh Hamzah atau Mustapa Mohamad untuk menerajui semula Umno Kelantan.

Hanya dua nama ini saja setakat ini layak dan berkemampuan memulihkan Umno. Tidak ada tokoh lain yang dirasakan mampu mengetuai Umno Kelantan. Ku Li akan menggunakan pengalaman dan juga kedudukannya di Kelantan bagi menyatupadukan dan memberi semangat kepada Umno. Apa lagi dalam suasana beliau dialu-alukan untuk bertanding jawatan Presiden Umno wajar sekali kalau jawatan itu dicadangkan diserahkan kepada Ku Li.

Begitu juga Mustapa, rekod kemenangan cemerlang BN semasa pilihan 2004 di mana Mustapa adalah pengerusinya boleh dijadikan aset. Siapa boleh menafikan kejayaan yang diraihkan Mustapa. Sejak 19 tahun lalu hanya Mustapa sahaja boleh mencemaskan Pas dengan memberi menafikan majoriti dua pertiga Kerajaan Pas di Kelantan.

Adalah elok kalau Mustapa berganding bahu dengan Ku Li untuk mengemudikan Umno Kelantan.

Tetapi kerana ada orang tamak dalam Umno dan dengki dengan kehebatan dan kejayaan Mustapa itu maka diikhtirarkan untuk membuang Mustapa. Seribu helah dan seribu dalih digunakan. Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi juga mudah ditutupkan mata dengan kain jarang untuk tidak mengekalkan Mustapa sebagai pengerusi perhubungan.

Berbalik kepada pengakuan Annuar tadi ia tidak lebih dari pengakuan musang. Sesiapa yang mengetahui tabiat dan perangai musang mereka akan tergelak dengan pengakuan Annuar nak berundur itu. Musang, khasnya musang tegalung kalau dia hendak makan ayam dia akan menangis. Dia buat-buat sedih dan ketika inilah ayam akan mendatangnya untuk melihat apa yang berlaku.

Sebaik sahaja ayam menghampirinya dia akan meneramkan dan membaham ayam yang bodoh tadi.

Begitulah politik Annuar Musa, politik musang tenggalung. Politik musang tenggalung ini lebih kurang sahaja dengan politik kucing timbus tahi ataupun politik tenggeling mampus. Politik kucing timbus tahi ialah politik yang cuba hendak menyembunyikan sesuatu yang busuk tetapi tidak terlindung. Apa lagi kalau si kucing itu berak tahi cerah (cair).

Politik tenggling mampu pula ialah politik yang mendiamkan diri sediam-diamnya. Ia seolah-olah apa yang berlaku di luar sana tidak ada kena mengena dengan dirinya.

Bagi mereka yang tidak kenal politik musang tanggalung, atau kucing timbus tahi, atau tenggiling mampus ini akan mudah bersimpati dan mudah kesian. Akan mendokong dan mempertahankan orang-orang ini sampai ke akhir hayat. Hatta kalau orang ini mati mereka akan membawa turun ke liang lahad.

Berbalik kepada pengakuan Annuar tadi hendaknya dikaji dan ditilik sehalus-halusnya apakah maksud tersirat di sebaliknya. Jangan mudah terpesona dan melihat itu sebagai kejujuran dan keikhlasan. Maksud yang terkandung di sebalik kata-kata itu ialah Annuar mahu agar beliau terus dikekalkan sebagai pengerusi Umno Kelantan.

Sebenarnya (mungkin Annuar terlupa) dengan kekalahan teruk BN baru-baru ini termasuk taukehnya Awang Adek Hussin yang tersungkur makan debu di dua kerusi Parlimen dan DUN, Annuar bukan saja perlu mengosongkan kerusi Pengerusi Perhubungan Umno sebaliknya beliau juga harus mengambil tangungjawab melepaskan jawatan Pengerusi KADA, Presiden KAFA dan lain-lain jawatan yang dipegangnya termasuk juga pengerusi Surau Kampung Bukit Marak. (Terima kepada corrector!) [wm.kl 8:15 am 27/04/08]

Saturday, April 26, 2008

Susupan Senja

Majlis Ku Li Di Subang Villa Di Sabotaj?

HAMPIR 1,000 orang hadir pada majlis penerangan berhubung isu semasa dalam Umno yang dihadiri Tengku Razaleigh Hamzah yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya petang ini walaupun ianya dikatakan disebotaj.

Ketua Umno Cawangan dan Ketua Wanita Bahagian Subang dikatakan telah dibawa keluar dari Selangor untuk mengelakkan daripada menghadiri majlis berkenaan.

Ketua-Ketua cawangan Umno dibawa ke Sarawak manakala Ketua Wanita ke Melaka.

Ketua Penerangan Umno Malaysia, Muhammad Muhd Taib yang juga Ketua Bahagian berkenaan diudang bagaimana tidak hadir.

Ketidakhadiran Muhammad itu dianggap kurang bijak kerana beliau sepatutnya mengambil peluang menjelaskan perkembangan di dalam Umno dan berhadapan dengan ahli dan penyokong peringkat bawah.

"Inilah masa terbaik bagi Muhammad Taib menerangkan kedudukan dalam Umno dan juga berhubung desas desus Abdullah (PM) yang hendak ditukar dengan Najib," begitu komen salah seorang yang hadir.

Tetapi katanya apabila Muhmmad Taib tidak datang peluang itu terlepas begitu saja dan ia menyebabkan ahli merasakan bekas MB Selangor itu tidak berani berhadapan dengan ahli dan penyokong peringkat akar umbi.

Sementara itu Tengku Razaleigh Hamzah dalam ucapannya sekali mengulangi Umno kini di dalam keadaan tenat dan memerlukan rawatan segera dengan menukar pemimpinnya.

Katanya kalau ahli masih bersikap mendiamkan diri dan tidak bersedia melakukan sesuatu Umno akan hancur.

Mengenai dakwaan Anwar Ibrahim kononnya 30 ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang dalam tempoh sebulan dua ini bekas Menteri Kewangan itu mengingatkan Umno bahawa dakwaan itu tidak sepatutnya diambil ringan oleh Umno.

"Mungkin apa yang Anwar kata itu benar," ujarnya.

Katanya beliau yang berkebetulan satu penerangan dengan Anwar Ibrahim berkesempatan menanyai Anwar berhubung dakwaan bekas TPM itu. Menurut Ku Li, katanya Anwar memeang serius dan yakin dengan apa yang beliau dakwa itu.

Sehubungan itu Ku Li memandang berat dakwaan Anwar itu dan sebagai orang yang pernah mempunyai pengalaman kehilangan negeri di Kelantan, Ku Li menekan agar Umno bersungguh menyelamatkan kerajaan yang ada hari ini.

"Sekiranya kerajaan ini terlepas kepada pembangkang (Pakatan Rakyat) sukar untuk mengambilnya kembali," kata Ku Li. [wm.kl 6:40 pm 26/04/08]

Ulasan Peristiwa

Mencari justifikasi kenapa enam menteri dipecat?

(kemaskini) KETIKA menyusun Kabinet keduanya selepas pilihan raya baru-baru ini Abdullah Ahmad Badawi telah mengugurkan enam orang menteri Melayu dari Umno. Mereka ialah Jamaluddin Jarjis, (Menteri Sumber Sains Teknologi dan Inovasi), Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri), Azmi Khalid (Menteri Sumber Asli Alam Sekitar), Tengku Adnan Mansor (Pelancungan) Rafidah Aziz (Menteri Pedagangan Antarabangsa dan Industri) dan Abdullah Mohd Zain (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri).

Pengguuran itu tidak mengejutkan walaupun menimbulkan sedikit harubiru di kalangan mereka yang terlibat. Para penyokognnya merasakan tidak wajar kalau boss mereka digugurkan begitu saja tanpa diberikan jawatan yang setaraf dengannya untuk menjamin periuk nasi kehidupan mereka.

Mereka persoalkan kalau Shahrizat Abdul Jalil yang kalah dan tidak dilantik semula memegang jawatan Menteri Pembanguann dan Hal Ehwal Wnaita, tetapi diberikan jawatan bertaraf menteri sebagai penasihat Ehawal Wanita kepada Perdana Menteri. Pemerhati mempersoalkan kenapa tidak dengan yang lain? Apakah istimewanya Sharizat itu?

Mohd Radzi adalah Setiausaha Agung Umno. Beliau dilihat penting dalam konteks Umno dan kedudukan bangsa Melayu kerana sebagai Setiausaha Agung Umno. Kedudukan itu adalah penting kerana ia terlibat menyusun, memperkemas dan menjadi nada kepada parti.

Sebab itu Sanusi Junid amat terasa sedih dan pilu apabila Umno diharamkan ketika beliau menjadi Setiausaha Agung. Walaupun beliau tidak terlibat, namun beliau mengambil taanggungjawab untuk merasa malu dengan tragedi yang berlaku.

Siapa juga yang bertanggungjawab mencotengkan arang ke muka Umno Sanusi harus dipertanggungjawabkan sebab beliau adalah Setiausaha Agung ketika tragedi itu berlaku.

Tentang pengguguran Abdullah Mohd Zain, tidak menghairankan. Kerana menteri agama ini tidak menunjukkan performence yang cemerlang dan gemilang seperti mana diharapkan. Beliau bukan saja tidak dapat membawa kemajuan kepada perkembangan Islam, tetapi hubungan politiknya juga lembab dan luyup. Harapan kepada beliau untuk memprojekkan dan coomercialize Islam Hadhari mengecewakan Abdullah dan Umno.

Sudah menjangkakan

Jadi pemecatannya adalah wajar dan tepat. Cuma kesilapan Abdullah ialah kenapa beliau terus memilih Abdullah bertanding dalam pilihan raya. Kalau beliau sudah menjangkakan tidak akan melantik Abdullah, beliau sepatutnya tidak memilih Abdullah bertanding di kerusi itu. Masih banyak tokoh lain yang mampu memberi sumbangan idea dan kemajuan kepada agama menunurut acuan Abdullah.

Begitu juga dengan pemecatan Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz. Ia dikira sesuai dan layak kerana Rafidah sepatutnya tidak berada dalam kabinet sejak 10 tahun dulu lagi. Beberapa isu yang membabitkan menteri berkenaan termasuk tuduhan ada hubungkait dengan prilaku rasuah menjadi riputasinya buruk dan membusukkan kerajaan dan Umno.

Kerana itu apabila beliau digugurkan ia tidak mengejutkan malah disambut dengan sorak kegembiraan. Cuma yang merasa sedih ialah wanita-wanita Umno yang ada kepentingan dengan Rafidah saja.

Begitu juga pengguguran Tengku Adnan Mansor sebagai Menteri Pelancungan akhirnya terjawab apabila beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Agung Umno menggantikan Radzi Sheikh Ahmad. Abdullah mahukan Umno digerakkan dengan bersungguh oleh seorang yang mempunyai azam dan komitmen yang tinggi kepada parti.

Abdullah sanggup menarik balik jawatan menteri disandang Tengku Adnan dan diserahkan Umno kepadanya. Tengku Adnan juga nampak selesa dan gembira dengan jawatannya sekarang. Pengalamannya menjadi Setiausaha Kerja Umno membolehkan beliau memulihkan organisasi Umno yang kini dalam keadaan agak tenat.

Bagaimana pun pengguguran Radzi Sheikh Ahamd, Azmi Khalid dan Jamaluddin Jarjis tetap menjadi tanda soal besar. Orang tidak dapat mengagak apakah alasan dan relevannya pemecatan mereka bertiga! Terutamanya Jamalauddin Jarjis yang baru sepenggal menjadi menteri. Tidak ada pula laporan awam megenai menteri berkenaan berhubung dengan apa-apa skandal ataupun perbuatan rendah moral sebelum ini.

Pengguguran Radzi mungkin disebabkan masalah kelambakan pendatang haram tanpa izin yang tidak boleh diselesaikan. Sebagai menteri dalam negeri beliau harus bertanggungjawab. Begitu juga dengan Azmi Khalid, pemecatannya barang kali ada sangkut paut dengan kemelut Umno di Perlis, pergaduhan beliau dengan Shahidan Kassim.

Sebagai jalan tengah bagi meredakan kemelut Umno Perlis, PM mengambil keputusan tidak melantik Azmi dan juga Radzi yang turut sama berkonspirasi untuk menjatuhkan Shahidan Kassim.

Dalam pada itu pemecatan Jamaluddin Jarjis sungguh membingung orang ramai dan pemerhati politik. Orang tahu Ahli Parlimen Romping itu adalah orang kuat dan rapat dengan Mohd Najib Razak. Masakan semudah itu beliau ditanggalkan dari jemaah Kabinet. Dan apakah pemecatan itu hanya dilihat begitu saja oleh Najib tanpa membelanya?

Apakah masalah Jamaluddin?

Satu maklumat terbaru diperolehi, menjelang beberap hari Abdullah hendak bentuk Kabinetnya, seorang penting telah datang menemui Abdullah. Orang itu dikatakan membawa satu fail mengandungi kegiatan rasuah dilakukan seseorang.

Abdullah dikatakan teruja dengan fail berkenaan. Apakah fail berkenaan ada sangkut paut dengan mana-mana menteri yang dipecat itu? Fail itu dikatakan melibatkan rasuah bernilai ratusan juta ringgit mengenai satu kontrek kerajaan? Mohd Najib juga khabarnya diberi tahu mengenai fail rahsia ini!

Sekiranya fail berkenaan membabitkan menteri Kabinet yang dipecatkan itu apakah ia ada hubungkait dengan salah seorang enam menteri itu? Dan apakah ianya Jamaluddin Jarjis? Sukar untuk disahkan. Tetapi yang jelasnya pemecatan Jamaluddin tentulah ada sebab musababnya tersendiri yang logik pula bagi Perdana Menteri. [wm.kl. 5:20 pm 26/04/08].

Lukisan Rasa

Menjejak wira reformasi (Bhg Akhir)
Bila Ezam tidak lagi memahami perjuangan dan cita-cita Anwar

SEMALAM dia tidak mengenakan baju berwarna kesukaannya, warna biru Keadilan. Warna biru adalah warna kesukaan kaum Bahirah. Warna damai dan warna yang romantika. Warna yang dibaurkan dengan buakan emosi cemburu.

Benarkah orang yang menyukai warna biru dia seorang pencemburu? Seorang yang menyimpan rasa keperibadian dan kasih sayang tinggi kepada seseorang sehingga sukar untuk dikongsikan dengan orang lain hatta rakan di kanan sendiri!

Wajahnya juga tetap seperti biasa, tenang dan optimistik! Seolah tidak ada gelora dalam jiwanya. Kedatangan saya tidak sedikitpun merujakannya – bimbang persoalan yang peribadi akan diungkitkan. Tidak! Dia bijak metafsirkan keadaan dan sering kali melepazkan sesuatu yang rahsia itu bersama gumpulan senyuman mesra. Itulah Ezam Mohd Noor.

“Apa khabar Ji (haji)?” Dia menerpa kepada Haji Bakar Ninggal yang datang bersama saya selepas berjabat dengan saya. Kawan ini sengaja saya bawa dan tidak memberi tahu niat untuk berjumpa Ezam itu. Dia marah-marah suka apabila tiba-tiba berjumpa dengan Ezam. Kawan inilah yang sering bercakap mengenai Ezam, yang mengeluh mengenai nasib yang dialami Ezam. Dia juga rindu kepada Ezam. Baginya kehilangan Ezam mengurangkan digit-digit penting dalam Keadilan (PKR).

Kesemapatan berbicara sekejap saja. Kurang 30 minit. Barusan beliau melayan dua wartawan muda Siasah yang datang menemuramahnya. Seperti biasa pegawai perhubungan awamnya menghidangkan minum dan sedikit kueh. Penyediaan kueh menandakan kerendahan dan kesopanan hubungan Ezam dengan orang lain bukan untuk berlumayan!

Justeru saya tidak banya menyoalnya. Seperti saya jelaskan dalam tulisan terdahulu saya menghampirinya untuk membaca dengan makrifat, apakah kitab politik yang sedang dibaca oleh Ezam pada masa ini.

“Tidak... biarlah saya begini. Banyak kerja di sini pun...,” begitulah jawab Ezam terus terang apabila Bakal Ninggal mempelawa dan menyebut Keadilan memerlukannya. Penolakan Ezam bagaikan gadis sunti yang lari meninggalkan rumah dan kini terjebat dalam sarang kemaksiatan. Apa yang yang dilakukan itu sebagai satu escape – perlarian dari suatu dunia yang menyedukan hatinya.

Beliau cuba tidak mahu bercakap panjang mengenai mauduk itu untuk mengelak timbul kontroversi dan persepsi tidak baik. Ezam seorang yang berhati-hati dan tidak suka kepada provokasi. Tetapi dari balik tirai dapat dibaca, dia masih menyayangi Keadilan. Wajahnya menceritakan demikian. Keadilan dianggap sebagai anaknya sendiri. Kalau pun dia tidak suka Keadilan bukan kerana benci kepada si anak itu, tetapi kerana berbulu dengan sikap sang ibunya. Itu saja.

Siapakah ibu Keadilan? Beliau berterus terang dan sudah menjadi pengetahuan umum, mulanya dia tidak senang dengan sikap dan perwatakan politik Mohd Azmi Ali. Orang itulah yang tidak menyenangkan jiwanya. Kini ia sudah berjangkit kepada Anwar. Sikap Anwar yang tidak membelanya dan terus menunjukkan sikap panas barannya bila Ezam melakukan sikit kesalahan, menjadikan Ezam merasakan dia tidak berguna.

Menurut Ezam pernah sekali mereka bertemu di hospital semasa melawati seseorang namun Anwar buat tidak endah dan menghormatinya langsung. Lantaran itu dia merasaka wajar beliau terus kekal dalam perlariannya itu.

Aduh Salehah...!

Bila bercakap mengenai Anwar, Ezam tidak segan silu lagi. Beliau beterus terang mendakwa bahawa Anwar kini sudah berubah. Ezam lantas membalun Anwar yang tidak lagi memperjuangkan Melayu. Anwar menurut pemerhatiannya sudah tidak meletakkan Melayu sebagai tonggak perjuangan PKR. Itu alasan dan justifikasi kenapa beliau dingin kepada Anwar dan PKR.

Dalam masa sama katanya Anwar turut menolak DEB, yang menjadi kebanggaan dan harapan orang Melayu selama ini. Bagi Ezam penolakan DEB oleh Anwar ini sangat buruk dan huduh. Buruk dan huduh sehingga beliau melarikan diri dari kemelut perjuangan PKR.

Saya bersama Ezam dalam hal Melayu ini. Saya juga dalam delima bila melihat beberapa tali ikatan kekuatan Melayu dirombak dan cuba direlaikan kerana tujuan politik bersifat kontemporari. Namun saya juga tertanya soal realiti dan sosial politik kita. Kita tidak boleh bersendirian dan merasakan tindakan Anwar ada logiknya.

Soalnya apakah sejujur yang dibayangkan itu Anwar berbuat begitu, menolak DEB? Bukankah Anwar ada menjelaskan yang beliau tidak sesekali menolak DEB itu yang mana konsep dan dasarnya jelas dan baik untuk orang Melayu?

Kata Anwar dalam beberapa majlis dan menjawab tanggapan itu, apa yang beliau tolak ialah perlaksanaanya. Bukan konsep dan matlamatnya. Alasan Anwar DEB tidak memberi kebaikan dan menyelamatkan orang Melayu, kerana perlaksanaanya bobrok. DEB hanya mengkayakan kroni sahaja dan bukan memberi kesenangan kepada Melayu. Dalam erti kata lain telah berlaku ketirisan dan ketidakjujuran dalam pelaksanaan DEB.

Dalam kata lain DEB menjadi mekanisme dan kesempatan untuk para kroni membuat kekayaan untuk diri sendiri. Itu yang ditolak. Dan kemungkinan yang menyebabkan timbul kekeliruan ini, kenyataan dan pandangan Anwar itu dieksploitasikan oleh media mengatakan Anwar menolak DEB.

Kita, Ezam dan sesiapa kena faham kalau tanggapan itu hadir dari media. Media arus perdana sangat membenci Anwar. Sebab itu bila Ezam menunjukkan sikap dingin dan berjauhan dengan Anwar, media arus perdana mula memberi hati dan mendekati Ezam.

Saya hormat Ezam kalau keputusan itu tepat dan alasan itu juga benar. Ezam bukan harus lari daripada pengkhianat bangsa bahkan kena melawannya. Sesiapa pun yang mahu mengkhianati bangsa tidak wajar diberi peluang dan disokong dan didoakan. Kita tidak mahu bersubabat dan dipersoalkan dalam buku sejarah kelak?

Tetapi kalau perlarian Ezam kini kerana sakit hati kepada seseorang, ia tidak benar. Walaupun Ezam mencari dan menghimpun alasan dan hujah-hujah yang logik diterima namun ia ternyata satu sikap tidak gentlemen dan bukan keputusan yang fatah.

Ezam menjadi terlalu inferioriti komplesk dalam hal ini kerana mengaku kalah bukan kepada musuh tetapi kepada keadaan dan rasa rendah dirinya sendiri.

Bagaimana pun sekiranya Ezam sudah menemui padang perjuangan baru hasil pembacaan kitab politiknya hari ini, selamat juga diucapkan kepadanya. Yang penting Ezam tidak akan menidurkan diri dan tidak membisukan telinga dalam situasi ini di mana Melayu riuh randah berusaha untuk membaiki darjat dan martabat diri yang sudah banyak terhakis ke muasir ini. Horass. [wm.kl 11:45 pm 25/04/08]

Ulasan Berita

Polis, Peguam Negara Tentukan Kes Ke Atas Bekas Menteri

DUA kenyataan yang dibuat oleh dua pihak berlainan cukup menyakinkan dan memberi kelegaan kepada rakyat. Bagi rakyat yang hauskan keadilan dan mahu melihat intergriti kedua pihak itu terus dihormati tindakan itu sangat dialu-alukan. Kedua kenyataan dan jaminan itu juga melegakan rakyat.

Kenyataan dari dua pihak itu ialah, satu dari pohak polis dan kedua dari Jabatan Peguam Negara. Kedua pihak ini saling berkaitan dan bantu membantu dalam proses menegakkan undang-undang dan kebenaran dalam negara bernama Malaysia ini.

Polis bertanggungjawab menjalankan siasatan manakala pihak Jabatan Peguam (DPP) pula bertanggungjawab menentukan apakah ianya ada kes atau sebaliknya. Kalau siasatan polis tidak lengkap dan lemah maka sudah pastilah tindakaan pendakwaan tidak boleh dibuat. Peguam Negara bergantung seratus peratus kepada hasil siasatan polis.

Kedua kenyataan yang dimaksudkan itu berkaitan dengan laporan pelayan Havana Club yang mendakwa dirinya cuba diceroboh atau melakukan gangguan seksual ke atasnya oleh bekas seorang menteri pada 14 April lalu.

Mewakili pihak polis, ketua Polis Kuala Lumpur, Muhammad Sabtu Osman menjelaskan pihaknya sudah memanggil bekas menteri berkenaan untuk menjalankan siasatan. Kata Muhammad Osman tindakan itu adalah proses biasa bagi melengkapkan kertas siasatan.

Manakala kenyataan pihak kedua, dari pihak Peguam Negara yang memberi jaminan kes itu akan diputuskan saeadil mungkin. Kata Peguam Negara Abdul Ghani Petail, setakat ini beliau memberi ruang kepada polis untuk meneruskan siasatan.

Walaupun Peguam Negara boleh mengarahkan siasatan itu, nampaknya Abdul Ghani tidak bertindak tergesa-gesa dan terus membuka ruang. Penarikan balik laporan yang dibuat oleh pelayan itu serta bersama surat akuan tidak mudah untuh menyihirkan Abdul Ghani berbuat demikian.

Adalah diharapkan pihak polis dan Peguam Negara dapat melakukan sesuatu yang terbaik berhubung kes itu kerana ia membabitakn vvip. Sedikit kecacatan dalam menangani kes ini menyebabkan rakyat akan mempertikaikan kewibawaan polis dan peguam negara! [wm. kl. 9:10 am 26/04/08]

Friday, April 25, 2008

Salam Pagi

Malaysia Terus Boleh

SEMANGAT Malaysia boleh yang diperkenalkan Yang Dipertua Perkim yang juga bekas PM Malaysia ke-5, Mahathir Mohamad masih hidup dan diamalkan. Malaysia semuanya boleh! Boleh belaka. Apa yang orang lain tidak boleh buat di Malaysia boleh dilakukan. Apa yang mustahil di negara lain di Malaysia boleh lakukan.

Boleh... boleh dan boleh.

Apa yang berlaku ke atas laporan polis juga boleh berlaku apa saja. Polis boleh siasat dan boleh hentikan siasatan. Polis boleh terima dan boleh menolaknya. Polis boleh teruskan dan boleh dipercepatkan. Boleh dihentikan terus atau dipadamkan. Boleh dan boleh.

Ada dua laporan polis yang membabitkan orang besar negara bertaraf menteri dan bekas menteri yang dibuat oleh rakyat marhaen. Apa yang berlaku dan terjadi kepada laporan polis ini menimbulkan persoalan mengenai intergriti polis.

Memanglah polis berhak menggunakan akal budinya dalam melayan sesuatu laporan dibuat.

Kalau polis merasa ianya membuang masa dan tidak ada asas-asas kukuh berhubung laporan itu ia boleh dibuangkan begitu saja. Boleh dimasukkan ke dalam bangkul sampah dan ditutup kejap-kejap.

Misalnya apa sudah jadi dengan laporan polis yang dibuat oleh orang bernama Amir Bazli Abdullah berhubung satu kejadian menimpanya yang didakwa diculik kemudian dibelasah secara bepasukan hingga kepet dan reyok mukanya.

Dalam laporan itu Bazli menyebut seorang menteri yang ketika itu menjadi timbalan menteri turut terlibat sama. Sudah lama laporan itu dibuat, namun hasilnya entah macam mana.

Dengan khabarnya berkali Amir menanyakan mengenai status laporannya itu. Sampai lengguh lutut naik turun ke Bukit Aman. Akhir sekali jawab pihak polis, ianya sudah ditutup. Amir dinasihti agar mengabaikan saja laporan berkenaan dan menumpukan kepada tindakan sivil kepada menteri berkenaan.

Kenapa?

Polis dan Ketua Polis Negara boleh memberi jawabannya. Polis boleh berbuat apa-apa saja. Boleh cakap apa-apa saja. Boleh guna peraturan dan akta apa-apa saja untuk menjustifikasikan tindakan mereka.

Ini yang terbaru laporan polis yang dibuat oleh seorang pelayan bar yang mendakwa seorang bekas menteri cuba melakukan gangguan seks ke atasnya di Havana Club di hotel Meridian di Brickfields.

Mulanya bukan main dan beriya lagi polis dalam kenyataanya mengulas laporan polis itu. Akan membuat siasatan tidak kira siapa yang terlibat. Sekarang alih-alih laporan polis berkenaan sudah pun ditarik oleh pelayan bar berkenaan. Kononnya berlaku salah faham dan apa yang difahamkan (raba punggung) itu tidak berlaku atau ianya perkara biasa.

Untuk menarik laporan polis itu pelayan berkenan sampai diadvicekan oleh seorang peguam? Kenapa begitu sekali? Orang ramai tentu tertanya-tanya kenapa tiba-tiba ia ditarik balik? Siapa yang ajar pelayan berkenaan dan apakan ianya dibayar? Atau laporan itu sebagai ugutan kepada bekas menteri berkenaan.

Polis sepatutnya siasat hal ini, tidak lengsaikan begitu saja. Kalau bekas menteri berkenaan benar tidak mencabuli pelayan berkenaan seharusnya kes itu diclearkan. Bekas menteri berkenaan patut membuat aduan balas terhadap pelayan itu dengan menuduh pelayan cuba membuat peras ugut kepadanya. Pelayan itu harus dihadapkan ke mahkamah.

Begitukah?

Kalau dilihat kepada rentetan mengenai laporan polis itu serta berpandukan kepada makluman dalam, memang mulanya laporan polis itu benar dan ada asasnya. Tetapi mungkin setalah ada settlement maka ia ditarik balik. Jangan tanya apakah dan berapa ganjaran dan upahnya! Pastinya tentu lumayan.

Atau kalau tidak ada apa-apa bayaran, mungkin ada orang yang lebar besar daripada bekas menteri berkenaan dan lebih besar dari ketau polis tempat laporan itu dibuat ikut campur tangan. Kalau tidak ada campur tangan mungkin ia berjalan seperti biasa, tidak pincang dan mengikut lunas-luas dan amalan biasa.

Inilah Malaysia yang serba boleh. Boleh buka dan boleh pula tutup walaupun ia perbuatan atau tindakan itu mengaibkan. Selama mana semangat Malaysia boleh ini dibolehkan, walahualam! [wm.kl 12:00 noon 25/04/08]

Sebelum Beradu

Menjejaki sang wira reformasi
Kitab Apa Yang Ezam Baca Sekarang?

BILA merujuk kepadanya dan perjuangan reformasi, saya menggelarkannya sebagai Kembar Siam dengan sdr Mohd Azmin Ali yang kini Adun Bukit Antarabangsa dan ahli Parlimen Gombak. Mengapa saya mengidolakan beliau begitu kerana pada saya pemain utama yang bermati-matian membela Anwar Ibrahim dan menggerakkan reformasi antara orang utamanya mereka berdua.

Kebetulan mereka berdua orang kanan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu, seorang sebagai Setiausaha Politik dan seorang lagi sebagai Setiausaha Sulit. Hal-hal politik, merancang dan merangka masa depan – termasuk untuk memerintah negara dilakar oleh si pemegang jawatan itu.

Manakala hal-hal yang sulit dan personal berhubung Anwar dipegang diselindung sekemasnya oleh pemegang jawatan berkenaan!

Orang yang ingin saya tampilkan dalam tulisan tengah malam ini tidak lain dan tidak bukan Sdr Muhammad Ezam Mohd Noor, putera reformasi yang berwajah tenang dan romantik. Yang bermata lembut namun memiliki sekeping hati yang keras mewaja.

“Dia orang Bugis,” begitu beritahu seorang kawan.

Si kawan itu mengetahuinya semasa ibunya menaiki pentas bersama isterinya Bahirah dalam rangka membela Ezam yang ketika itu sedang meringkuk di dalam penjara gara-gara mempertahankan Anwar. Kata kawan itu, ibunya kata, Ezam Bugis.

Tidak lekang dek undang-undang

Bugis satu suku kaum berasal dari Indonesia dan terkenal sebagai pedagang dan juga puak yang menguasai perairan, lautan. Kalau tidak silap saya keturunan Sultan Johor dan Selangor juga dari Bugis. Raja Petra Kamarudin 'raja blogger' juga berketurunan Bugis sebab itu beliau berani dan tidak lekang dek undang-undang!

Sudah lama saya tidak ketemui si Bugis romantik ini. Hanya berhubung menerusi telefon sekali sekala. Menjelang pilihan raya lalu saya menghubungi beliau bertanya mengenai penglibatannya dalam pilihan raya dan cuba mencungkil apakah beliau ingin sertai atau tidak.

“Biarlah Sheikh, tunggu dulu. Kita berikan laluan kepada kawan-kawan. Saya kemudian.... kalau saya bertanding pun atas parti lain atau bebas, biarlah,” begitulah elaknya apabila dicadangkan beliau bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Kelantan. Tujuan saya bukan apa kerana ingin melihat Ezam berada di Parlimen berpidato dan menyerang kedurjanaan melampau kerajaan BN.

Beliau tidak bertanding. Keputusan itu menghairankan bukan saja saya tetapi kawan-kawan lain juga. Apa lagi selepas keputusan pilihan raya 8 Mac 2008 yang menunjukkan pembangkang menang besar, rasa terkilan dan kesal membedal jantung hati. Seharusnya Ezam ikut sama menjadi orang-orang yang menang kerusi.

Adalah tidak adil saya rasa, kalau kita hanya mengingatkan Ezam waktu kita susah. Tetapi kita melupainya apabila kita sudah menang. Harus diingat denai-denai perjuangan yang memungkinkan kemenangan ini terjelma adalah hasil bajakan dan tebas tebang olehnya.

Saat kita memotong kek kemenangan tiba-tiba bayangan Ezam pun tidak kelihatan. Sesuatu yang sungguh mengilan dan memilukan.

Atas kesedaran itu saya mengagahi diri menghubungi Ezam dan ingin berbicara mengenai politik dengannya. Dalam hati sebenarnya ingin membuka rahsia jiwanya dan melihat apakah kitab perjuangan yang sedang terdampar dalam jiwanya dan ditelaahnya saat ini.

Petanda ingatan kepadanya, semasa di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, sempena majlis Black 14 dan majlis kesyukuran meraikan kemenangan, saya tertekun beberapa jurus apabila ternampak semacam wajah Ezam di pentas. Ia berdiri sama gagah dan seiring dengan Anwar dan Azmi. Seolah sedang mengapit Anwar seperti selalunya di pentas-pentas reformasi sebelum Anwar ditangkap.

Seorang Rejuna

Bukan main perasaan saya dilambung keseronokan dan kebahgiaan. Namun ia sekejap saja apabila sosok itu bukan Ezam tetapi manusia lain yang menyerupainya. Saya jadi sayu dan teringatkan Ezam. “Ah Ezam... mengapa kau?” soal saya ketika itu sendiri bagaikan seorang Rajuna yang baru kehilangan Sita Dewinya.

Iya sebenarnya saya menyayangi Ezam kerana semangat dan keberanian yang ada pada dirinya. Saya menyayangi Ezam kerana pemikiran dan lontaran pandangannya yang kemas dan mantap. Bagi saya orang-orang seperti Ezam itu adalah idola dan aset kepada perjuangan yang tidak harus dibiarkan dan dibazirkan begitu saja. Orang seperti Ezam adalah watak-watak subur nan hijau dalam persada politik bangsa!

Persis Ezam jugaklah saya menyayangi orang itu. Kalau tidak masakan saya mendokong dan memberikan pakaian indah dan molek kepadanya selama bertahun-tahun. Menjauhkan kulitnya dari eceran pena saya. Meletakkan harapan besar untuknya menjadi khalifah di hari muka. Cuma silap dan salahnya mungkin dari saya juga yang meletakkan (expectation - berperasaan) harapan tinggi terhadapnya. Menganggap apa yang ada dalam jiwa saya, itulah juga yang bermukim di dalam hatinya.

Bagaimana dengan Ezam hari ini dan masa depannya? Pernah saya menyatakan Ezam tidak betah dengan Gerak. Gerak bukan gelanggang sebenar bagi Ezam. Sang Matado sepertinya memerlukan gelanggang yang lebih luas dari itu untuk menanduk dan menggulingkan mangsa demi menegakkan keadilan. Apa lagi beliau pernah berada dalam lapangan yang mega, ruang sesempit Gerak itu tentulah sangat sempit.

Bila-bila pun saya tidak akan percaya kalau Ezam memutuskan untuk melambakkan hayatnya hanya bersama Gerak. Bila sampai masa dan ketika Ezam akan bergerak lebih jauh dan besar juga. Beliau, dengan bakat, keterampilan dan daya intelektualnya harus berada di arus perdana siasah negara. Beliau tidak boleh terperap dalam guni NGO kerana itu merugikan dan suatu pembaziran sumber manusia kalau beliau terus berselimut seperti hari ini.

Bangsa dan nusa memerlukan sentuhan Ezam. Apa lagi dalam suasana politik Melayu hari ini yang rencam dan kompasnya tidak menentu, penampilan orang-orang seperti Ezam perlu dipercepatkan!

Tentunya juga Ezam dalam kesendiriannya kini sedang memikir dan obses kepada masalah-masalah berkenaan.

Hari Rabu lepas selepas menziarahi jenazah pemikir, pengamat dan intelektual politik dan bahasa, Rustam A Sani saya ke pejabat Ezam, di Kelana Jaya. Mulanya atas tujuan ingin menemuramahnya untuk Siasah, sebaliknya apa yang menjadi maksud sebenar ialah untuk membuka jiwa dan melihat kitab politik apakah yang sedang terdampar di hatinya kini.

Insyallah akan bersambung di bahagian kedua. Mengapa Ezam berjauhan dengan Anwar? [jln pahang 0:15 t malam 25/04/08]

Thursday, April 24, 2008

Kemanusiaan

Kerbau: Kejahilan dan Kerakusan Manusia

APAKAH perasaan anda apabila membaca berita mengenai seekor kerbau jantan yang mengamuk kemudian ditembak 17 das? Apakah kejadian di Pasir Puteh itu sesuatu yang biasa dan mungkin anda hanya melihat kejadian itu dengan perasaan anih? Atau keanihan anda itu disusuli dengan berbagai pertanyaan lain yang sinikal, bukan serius?

Apakah selepas membaca berita itu anda tidak cuba mengupas di sebalik kejadian tersebut mencari sebab musabab kenapa kerbau itu mengamuk demikian rupa, yang akhirnya membawa kepada kehilangan nyawanya secara kejam!

Semua kita kenal kerbau. Ia adalah binatang peliharaan yang mesra dengan kehidupan manusia. Satu masa dulu kerbau adalah alat ataupun tenaga boroh utama kepada manusia.
Datuk nenak kita dulu membajak sawah dengan menggunakan kerbau.

Di kampung kerbau atau binatang ternakan lain, ayam, itik, lembu, kucing dan sebagainya juga menjadi simbol kekayaan seseorang. Misalnya sesiapa yang memilik banyak kerbau ia akan dianggap sebagai orang kaya.

Sebagai binatang yang menjadi teman dan sebahagian anggota keluarga manusia (Melayu) ia seharusnya terselamat dan kehidupannya tidak teracam. Sebagai binatang yang memberi sumber kewangan haiwan itu juga sepatutnya dihormati dan dikawal sebaik mungkin. Manusia harus sedar kepada kebergantungan mereka untuk survive.

Sepekara lagi, walaupun haiwan itu telah hidup bersama manusia sejak beratus tahun lalu, namun kita perlu mengenal dan ingat yang ia adalah binatang. Binatang tetap binatang! Berkaki empat yang mempunyai otak tetapi tidak memiliki akal. Sebab itulah binatang macam kerbau di Pasir Puteh itu tidak digolong dalam mahkluk yang mulia.

Justeru manusia harus belajar mengenai haiwan berkenaan, memahami sifat dan tabiat serta bahasa semulajadinya dan bukan memaksa haiwan itu mengenali nafsu dan naluri kita dan terus menjadikannya hamba sebagai buroh dan bahan makanan lazat.

Bagi orang yang mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi tentu sedih atas apa yang berlaku itu. Tetapi mereka yang tidak ada perasaan itu seperti dikatakan tadi melihat kejadian itu sebagai hanya suatu laporan mengejutkan, anih dan sebuah berita menggemparkan.

Cuba fikir apakah sebab kerbau bertindak demikian? Dari laporan berita menyatakan kerbau itu baru lepas kalah berlaga di bendang padi dengan seekor kerbau jantan lain. Mungkin ia mengamak kerana marah dengan kekekalahan itu ataupun ia sakit. Soalnya kenapa sampai ia masuk ke dalam bandar Pasir Puteh? Kota adalah asing bagi haiwan itu.

Ada beberapa kemungkinan di sini. Mungkin ia tersesat setelah melarikan diri dari lawannya tadi. Kerana terlalu sakit, kecewa atau apa-apa menyebabkan ia berlari membawa diri hingga masuk ke bandar berkenaan. Bila sampai di bandar berkenaan, ia bingung kerana asing dengan pemandangan pembangunan pesat di Pasir Puteh.

Adapun ia ke balai polis bukan untuk membuat laporan seperti mana pelayan sebuah hotel buat laporan ke atas bekas menteri Kabinet yang didakwa cuba mencabulinya, tidak tetapi mungkin kerana ianya tersasar ke situ ekoran truama kejadian sebelumnya.

Begitu juga ia masuk ke perkarangan masjid bukan untuk mendirikan solat atau berihat, tetapi kerana tersasau dan membawa diri yang luka dan kecewa. Binatang juga macam orang kalau ia rungsing, sakit atau kecewa ia akan membawa diri ke mana-mana saja. Setelah segalanya tenang dan lega baru ia kembali ke habitat asalnya.

Laporan mengatakan ia merempuh basikal dna mengejar budak mungkin berlaku kemudian pada itu. Dalam keadaan asing (kerbau masuk bandar) tentu ia bingung dan saat inilah pergerakan dan tindak tanduknya dibaca dengan penuh kecurigaan.

Saya rasa kalau di sini manusia cuba memahami keadaanya dan tidak prejudis dengan sifat ganasnya, kejadian buruk tidak akan berlaku. Ia boleh ditangkap dengan baik dan kerbau itu tidk mati dihujung senjata, manusia pula tidak dianggap sebagai pemburu alias penjenayah biantang.

Kerajaan menubuhkan berbagai agensi penyelamat dan pasukan mempertahankan diri. Misalnya polis yang tentu nampak awal-awal kerbau berkenaan perlu memanggil pasukan Bomba dan Penyelamat atau Jabatan Veterinar yang lebih arif dan memahami tabii haiwan itu untuk mengatasinya.

Memanggil Rela bukan tindakan bijak kerana kita faham mengenai sifat dan sikap anggota Rela. Ilmu menjinakan bintang dan memahami bintang tidak ada kepada mereka. Apa yang mereka fikir hanya tembak sahaja, selepas itu dagingnya boleh dilapah bersama.

Kejadian di Pasir Puteh perlu diambil iktibar dan tidak dilihat ia sebagai sebuah berita bernilai saja. Ada beberapa faktor kenapa ia sampai berlaku demikian rupa. Antaranya;

a) Hubungan manusia sesama mahkluk (haiwan) masih jauh.

b) Manusia masih jahil mengenai tangungjawab dan peranananya sebagai khalifah di bumi yang perlu menjaga isi alam dan alam sekitar.

c) Manusia suka menunjuk sikap yang rakus, sombong dan berani menghadapi mahkluk yang lemah tetapi menikus pada makhluk berkuasa.

d) Manusia suka mencari jalan penyelesaian ringkas tidak mahu berunding secara bijaksana.

Sikap dan sifat demikian sedikit pun tidak mewakili lisan dan menggambarkan akhlak yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam kehidupannya Rasulullah s.a.w. sangat menyanyangi dan mengasihi haiwan.

Sifat dan akhlak Rasulullah ini banyak dinukilkan dalam hadith-hadith yang diriwayat oleh para sahabat dan juga pencatat hadith.

Misalnya dalam sebuah hadith dari Abdullah r.a menyebut; katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang wanita diseksa Allah di hari kiamat dengan dimasukkan ke dalam Neraka lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati."

Dalam hadith lain Abu Hurairah r.a mengatakan, Rasulullah s.a.w pernah bercerita atau mengisahkan bagaimana seorang lelaki tua yang memberi minum kepada anjing kehausan kemudia ia dibalas dengan pahala.
Dari dua petikan hadith itu menjelaskan betapa Rasulullah s.a.w. menyayangi haiwan sangat tinggi nilai peri kemanuisaannya. Filsafah di sebalik hadith itu mahu mengajar manusia agar menghormati mahkluk lain dan jangan sesekali menggunakan kuasa untuk menindas makhluk yang lemah.

Kesimpulannya walaupun kejadian kerbau mengamuk di Pasir Puteh suatu kejadian ringkas namun kesan dan pengertiannya boleh diluaskan untuk kesejahteraan dan kedamaian seluruh alam jagat! [wm.kl. 8:10 am 24/04/08]

Wednesday, April 23, 2008

Lukisan Jiwa

Ingatan Kepada Karpal
Pas sendiri sudah tidak berminat dengan Negara Islam?

PENENTANGAN yang bersifat kebencian melampau Kapal Singh kepada Negara Islam tajaan Pas nampaknya konsisten. Ahli Parlimen Bukit Gelugur itu langsung tidak bertolak ansur atau pun bersikap diplomasi dalam agenda ini. Mungkin sikap inilah menjadikan beliau berjaya sebagai seorang peguam pembela yang hebat dan terkenal.

Mungkin juga kerana sikap dan sifat degil berbatu kerikil inilah menyebabkan beliau pernah ditumbuk oleh Kiai Arshad kira-kira 25 tahun lalu.

Dari dulu lagi Karpal Singh menentang perjuangan (Pas) untuk mewujudkan negara Islam. Islam bagi Karpal Singh macamlah babi bagi orang Islam berfahaman konservatif. Berbagai alasan yang beliau berikan, termasuk bahawa perjuangan itu tidak akan tercapai kerana negara ini negara sekular dan perlembagaan negara ini tetap menghalangnya.

Saya tidak tahu macam mana kalau Karpal Singh sudah menjadi timbalan TPM kedua atau ketiga kelak. Apakah semua aktiviti menjurus kepada Islam akan disekat dan dihalang? Beliau nampaknya tidak ada pengertian langsung dan kadang-kadang buta kepada reality politik dan perkembangan semasa atau sengaja memicingkan matanya daripada melihat kebenaran dan kepentingan orang lain!

Akan bingkas

Asaal sahaja bunyi hukum hudud atau Negara Islam beliau akan bingkas dan menentang dan melawannya. Belum tahu ke mana hujung jatuhnya beliau sudah mengaum macam harimau tua yang lapar. Akan dibuat berbagai provokasi agar isu itu melarat dan kelihatan mencemaskan.

Beliau seakan lupa kepada orang yang memperjuangkan agenda itu yang juga duduk bersama dengannya kini. Yang menyokong dan memberi kemenangan kepada partinya sehingga mendapat sebuah negeri dan menjadi anggota Exco di Perak dan Selangor.

Dalam benak Karpal Singh tidak ada ruang langsung untuk umat Islam memikirkan pendaulatan Islam. Tidak tahu kenapa beliau jadi sepongoh itu mengenai Islam. Beliau sendiri tidak mempamirkan beliau seorang pejuang keagamanya (Interfaith) yang tulen dan ekstrim. Karpal nampak biasa sahaja mengenai agamanya.

Juteru saya nampak Karpal Singh ada motif lain di sebalik beliau terus beramin api dengan isu negara Islam. Semacam beliau mahu pintu masuk ke dalam rumah perlembagaan negara tidak akan dikunci dan terus terbiar seperti hari ini. Sebagai pengamal undang-undang Karpal faham bahawa perlembagaan negara hari ini cukup liberal kepada perjuangan partinya. Begitukah?

Dengan membuat asakan begitu rakyat Islam negara ini terus menjaga pintu-pintunya yang ada dalam perlembagaan negara hari ini. Mereka tidak akan cuba menambahkan mangga kunci sehinggakan Karpal dan kuncu-kuncu tidak akan dapat masuk lagi. Bagi mereka tidak payah untuk menguncikan pintu mereka kerana menyangka dengan gertakan Karpal itu pintu mereka sudah kukuh dan kemas. Walhal Karpal dan kuncu-kuncunya sebenarnya sudah pun berada sebelah kaki dalam rumah umat Islam.

Inilah taktik dan strategi Karpal memainkan isu negara Islam berterusan.

Tidak perlu bimbang

Sebenarnya Karpal Singh tidak perlu bimbang kepada negara Islam ala Pas. Karpal Singh perlu sedari apa yang berlaku sekarang ini. Yang berlaku dewasa ini tidak membimbangkan Karpal. Siapa yang menguasai Pas kini? Kini Pas bukan lagi dikuasai oleh golongan serban dan berjubah yang ortodoks dan fanatik! Pemakaian serban hanya menjadi lambang kepada identiti asal Pas sahaja. Karpal harus pandai menilai ini.

Idealisme dan minda Pas kini sudah mula ditawan oleh golongan berbaju kot dan bertali leher dan yang berkepala bolong – tidak berkupiah alias bersyariat Islam.

Golongan ini amat apologik kepada Islam dan negara Islam. Dan dalam Pas kini agenda mengenai negara Islam ia dilihat berbagai-bagai dan pro-kontra. Cuba selidik siapa kalangan pemimpin Pas yang bercakap soal murtad, soal masjid, soal mazhab, atau soal-soal jihad? Sudah berkurang sekali suara dan slogan itu. Semua itu sudah diasosiasikan dengan berkebajikan!

Memang ada yang menjadikan negara Islam sebagai matlamat, tetapi ada juga yang langsung tidak menyentuh soal negara Islam. Dalam setengahnya menolak Islam Hadhari tetapi bersikap lebih daripada itu. Bahkan soal air sembahyang, puasa dan zakat pun ada yang takut-takut untuk menyentuhkan kerana bimbang Karpal dan rakan-rakannya akan menyinga. Wajah-wajah Pas juga ditukar misalnya tarbiah kepada kursus, markaz kepada balai atau pun hall dan sebagainya. Anjakan paradigma sendang berlaku!

Pemisahan agama dan politik yang suaatu masa dulu diratib Pas juga sedang berlaku secara senyap dan penuh taktikal didalam Pas kini.

Dengan senerio dan realiti itu Karpal Singh tidak perlu takut kepada Negara Islam. Tidak payah buang masa dan menyibuk menggesa Pas membuang agenda itu. Gabungan Pakatan Rakyat di mana Pas diikatkan dengan DAP oleh PKR menerusi tangan Anwar Ibrahim menyebabkan negara Islam tidak akan dapat berkiuk – bergerak lagi. Dan saya yakin Karpal dapat membaca ini semua.

Adapun kenapa beliau terus bernyanyi dengan negara Islam kerana untuk mengekalkan status quo hari ini di mana ia telah memberi ruang dan oksijen perjuangan yang banyak kepada kelestarian perjuangan Karpal dan juak-juaknya. [wm.kl 10:30 22/04/08]

Berita Susulan

Bekas Menteri Raba Punggung Pulang Esok

BEKAS Menteri yang dikaitkan dengan satu laporan polis di balai Polis Brickfields pada 14 April lalu dikatakan akan pulang dari luar negeri esok. Orang ramai yang mengikuti laporan bekas menteri berkenaan tertanya-tanya apakah beliau akan terus dipanggil polis untuk menjalankan siasatan atau pun tidak sebaik menjejaki kaki di lapangan terbang KLIA.

Bekas menteri berkenaan didakwa telah melakukan gangguan seks ke atas seorang pelayan Havana Club di Meridian hotel.

Pelayan berkenaan bersama teman lelakinya telah membuat laporan polis. Pihak polis semalam membuat kenyataan akhbar mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara itu. Pihak polis seperti mana ditegaskan dalam kenyataan akhbar akan membuat siasatan tidak kira ke atas orang kecil atau orang besar.

Bekas menteri berkenaan juga kena menghadiri majlis angkat sumpah sebagai ahli Parlimen yang di bangunan Parlimen pada 28 April, Isnin. Sudah pasti sekiranya bekas menteri berkenaan hadir pada hari angkat sumpah beliau akan menjadi tumpuan rakan-rakan ahli Yang Berhormat.

Sudah pasti juga bekas menteri berkenaan tidak dapat lari daripada kepungan para wartawan dan jurugambar.

Bagaimana pun orang ramai masih lagi menjadi tanda tanya dan teka teki siapakah menteri berkenaan dan apakah beliau juga akan dilayan seperti orang biasa oleh polis? [wm.kl. 6:50 pm 23/04/08]

Lapor Segera

Anwar Ibrahim Ziarahi Jenazah Rustam

(kemaskini) PENASIHAT PKR, Anwar Ibrahim bersama isteri Dr Wan Azizah Ismail antara rakan kenamaan yang terawal menziarahi Allahyarham Rustam A Sani di rumahnya di Bukit Lela Gombak.

Anwar diberitakan datang kira-kira jam 9:10pagi dan berada di rumah Rustam lebih setengah jam.

Lain-lain tokoh politik yang terserempak turut menziarahi jenazah, Ketua Dewan Pemuda Pas Sallahuddin Ayub, Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar dan Stiuausaha Dewan Ulama Pas, Ustaz Idris Ahmad.

Turut sama kelihatan ialah Setiausaha Agung Pas, Kamaruddin Jaaffar bersama Adun Batu Buruk Syed Azman Syed Ahmad NawaWI, Pengerusi Pengelola DBP, Johan Jaafar, penyair Ahmad Razali dan rakn-rakan Allahyarham dalam dunia politik dan penulisan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nuru Izzah Anwar juga berpapasan ketika saya sudah meninggalkan rumah Allahyarham. Turut terserempak Prof Abdul Abu Bakar Hamid, Kadir Jasin dan lain-lain.

Jenzah Allahyarham disembahyangkan di masjid Greenwood dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Ibu Kota, kira-kira jam 2.30 petang. [the mall 2:10 pm 24/04/04]

Al Fatihah

Rustam Sani Kembali Ke Rahmatullah 2:30 Pagi Tadi

PENULIS, pengamat dan aktivis politik terkenal Rustam A Sani atau nama penuhnya Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 2:30 pagi tadi dalam usia 63 tahun di rumahnya No 7519 Bukit Lela Gombak, Selangor.

Menurut anaknya Ariani yang dihubungi menerusi telefon sekejap tadi bapaknya dikatakan menghidap serangan jantung.

Menurtu Ariani doktor juga mengesahkan Allahyaraham mengalami paru-paru berair.

Pemergian Allahyarham mengejut kerana beliau berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda beliau menghadapi masalah serius dengan kesihatannya sehari dua ini.

Menurut anak perempuan sulungnya itu, Allahyaraham dikatakan sangat ghairah dalam sehari dua ini membuat persiapan untuk pelancaran dua buku barunya; Faile Nation? Concerns of Malaysian Nastionalist dan Social Roots of The Malay Left, oleh Anwar Ibrahim dijangka pada 26 April, Sabtu jam 3:00 petang di Di Dewan Seminar Perpustakaan Raja Tun Uda, di Shah Alam.

Penulis yang bercakap dengan beliau beberapa hari lepas ternyata Allahyarham begitu gembira dengan majlis itu dan berharap sangat agar menghadirinya serta membuat hebahan menerusi akhbar Siasah.

Ketika ditanya kesihatannya ketika itu beliau menjelaskan beliau ok dan berada dalam semangat tinggi terutamanya selepas pilihan raya.

Allahyarham juga merupakan seorang kolomnis dalam akhbar Siasah yang muncul setiap minggu di muka surat 19 di bawah kolom "Pandangan Rustam". Untuk beberapa keluaran lalu beliau tidak mengisi kolomnya kerana kesihatan kurang mengizinkan dan sibuk dengan persiapan buku barunya.

Allahyarham dilahirkan di Tanjung Malim Perak, 1944. Beliau merupakan anak kepada bapa pejuang kemerdekaan dan Melayu, Ahmad Boestman. Dalam politik jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Hasil penggabungan PRM dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Beberapa tahun ke belakang beliau kurang aktif dalam parti kerana kesihatan dan menumpukan kepada penulis buku serta mengisi ruangan beberapa blognya. Pemikiran dan tulisan beliau boleh diikuti dalam blog, rustam.blogspot.com.

Menurut Ariani jenazah ayahnya akan dikebumikan selepas Zohor di tanah Perkuburan Taman Ibu Kota Kuala Lumpur. Al Fatihah. Berita selanjut akan menyusul, Insyallah. [wm.kl 7:10 am 22/04/08]

Tuesday, April 22, 2008

Berita Panas

Berita Bekas Menteri Raba Punggung Dah Keluar TV

BARU sekejap tadi TV3 melaporkan kenyataan polis yang akan menyiasat seorang ahli politik yang dikatakan cuba mencabuli seorang pelayan berusia 30-an. Berita itu tidak menyebut tokoh politik itu sebagai bekas menteri dan hanya menyebut ahli politik itu menang dalam pilihan raya lalu tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri.

Laporan itu juga menyebut tokoh politik itu kini berada di luar negeri. Orang ramai tentu tertanya-tanya siapakah bekas menteri berkenaan. Disebabkan kita berpegang kepada kod etik profession maka ianya tidak boleh disebut selagi tidak disebut di mahkamah.

Begitulah kalau mereka yang terlibat itu bekas orang besar. Tetapi kalau ianya nelayan, penoreh getah atau pengayuh beca pasti nama dan gambarnya sudah disiarkan dalam media massa.

Dan oleh kerana saya juga menghormati kod etika penulisa/kewartawan saya juga tidak boleh menyebut nama bekas menteri berkenaan.

Apa yang boleh diberikan gambaran bekas menteri yang gatal itu adalah sahabat baik kepada timbalan perdana menteri Mohd Najib Razak.

Mereka berkawan sejak kecil lagi dan bekas menteri berkenaan adalah orang istimewa kepada Mohd Najib.

Bekas menteri tersebut dikatakan boleh datang ke rumah Najib bila-bila masa berbeza dengan kawan Najib yang lain terpaksa membuat temu janji terlebih dahulu.

Menurut laporan berita TV tadi laporan terhadap bekas menteri berkenaan dibuat 14 April lalu setelah empat hari kejadian.

Apapun sama-sama kita tunggu kenyataan dan jaminan polis yang ingin menyiasat tokoh politik berkenaan. Sekarang ini beliau masih di luar negera. Sebaik-baiknya setiba bekas menteri berkenaan di airport polis terus mencekupnya dan di bawa ke balai polis. [wm.kl 8:30 pm 22/04/08]

Berita Panas

Bekas Menteri Yang Raba Punggung Kini Di Luar Negeri

BEKAS menteri yang didakwa melakukan gangguan seks ke atas seorang pelayan seperti mana dilaporkan semalam menafikan beliau melakukan perbuatan tidak senonoh dengan pelayan berkenaan dan menganggap apa yang berlaku di kelab Cigar Havana Meredian Hotel itu sebagai miss understanding saja.

Bekas menteri berkenaan yang kini berada di luar negara memberi tahu seorang rakan blogger dakwaan pelayan berkenaan terhadapnya tidak betul.

Apa yang berlaku katanya kepada rakan blogger, bekas menteri berkenaan hanya memegang bahu dan kelakuan yang tidak syarie itu biasa bagi bekas menteri berkenaan. "Kelakuan begitu biasa bagi bekas menteri berkenaan, suka berpeleser dengan perempyan," ujar rakan blogger yang turut mendengar perbualan rakan bloger dengan bekas menteri berkenaan menerusi telefion yang di on air.

Menurut rakan blogger berkenaan laporan berhubung kejadian itu menerusi blog ini semalam adalah benar. Laporan polis dibuat oleh pelayan berkenaan bersama teman lelakinya di balai polis Brickfields.

Kejadian itu menurut rakan blogger itu berlaku ketika pelayan berkenaan menghulurkan cigar kepada bekas menteri itu.

Sementara itu dari satu maklumat yang masuk ke dalam email blog Tinta Merah, nama dan identiti serta tempat tinggal pelayan berkenana sudah dikenal pasti. Pelayan itu berusia 31 dan namanya bermla dengan huruf H".

Blogger menerusi 'skuad risiknya' cuba untuk menjejaki pelayan berkenaan bagi mengetahui cerita sebenar dari mulut pelayan berkenaan. Maklumat dan perkembangan selanjutkan akan menyusul. [wm.kl 4:45 pm 21/04/08]

Analisa

Syok Juga Jenguk Blog Dua Bekas MB

SESEKALI syok juga apabila menjenguk ke blog orang politik (pure) seperti dua bekas MB Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dan Muhmmad Mohd Taib. Kedua mereka mendahului ahli politik lain khususnya bekas MB dalam menyahut cabaran agar berblog.

Syabas diucapkan kepada mereka kerana berani membuka 'taman maya' (blog) sendiri. Bukan calang-calang orang juga berani berblog. Ada seorang bekas MB turut sama membuka blog tetapi tidak berani untuk mepamirkan gambarnya. Selepas beliau dibelasah teruk, khabarnya blog berkenaan teus ditutup!

Sebenarnya dalam riuh randah dunia blog ini, kesemua MB termasuk MB Kelantan juga patut ada blognya sendiri. Walaupun sudah banyak blog pronya, namun tidak puas hati kalau tidak dibukan blog sendiri. Kalau Nik Aziz ada blog sendiri barulah ada umppphhhh... orang boleh berintraksi langsung dengannya bukan saja berhubung dengan politik tetapi agama juga.

Begitu juga dengan bekas MB Terengganu Abdul Hadi Awang, patut ada blog sendiri yang aktif. Banyak yang hendak dicerita dan dikongsikan idea dengan Abdul Hadi. Kalau beliau buka blog sendiri tentulah berlambak soalan dan persoalan yang diajukan mengapa Terenganu boleh kalah dalam pilihan raya lalu.

Kenyataan beralasan

Sehingga kini belum ada bedah siasat atau kenyataan beralasan daripada pemimpin Pas Terengganu termasuk Abdul Hadi sendiri menjelaskan perkara itu. Nampaknya semua pemimpin Terengganu menikus dan tidak berani menjelaskan kenapa Terengganu gagal dirampas Pas?

Sikap ini sedikit sebanyak memberi tohmohan buruk kepada bekas MB itu kerana orang akan beranggapan kekalahan itu kerana kelemahan kepimpinannya. Walahal khabarnya kelahan Terengganu itu kerana rakyat sudah muak dengan pemimpin yang lebih tua daripada Abdul Hadi yang suka mengkontrol segala machinery di Terengganu.

Blog boleh ditafsirkan sebagai wadah baru untuk berkata-kata langsung dengan tuan blog dan penjenguknya. Blog boleh digunakan untuk memberi pandangan, menghentam orang dan juga meluahkan perasaan yang tersumbat dalam diri.

Orang yang degil patut dikritik menerusi blog! Apa lagi kalau orang politik wajar dikritik dalam blog. Kalau dicerita dengan baik jarang untuk diendahkan. Mungkin sebab sikap orang politik yang suka menghentam orang di pentas maka beliau juga perlu ditegur secara terbuka atas pentas dan ia cara itu lebih berkesan.

Kalau kita menghentam orang menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), hanya pemilik telefon saja tahu apa kandungan. Tetapi kalau ditulis dalam blog, berjuta orang dapat mengetahuinya.
Manusia akan merasa puas apabila isi hatinya dapat dibaca dan diketahui oleh orang lain.

Sama ada baik atau buruk blog bergantung kepada manusia itu sendiri dan bagaimana ianya dimanfaatkan. Kalau dia boleh menggunakan ke arah baik, mengawal akal dan jiwanya, maka ia menjadi bahan maklumat yang berfaedah akan dapat pahla berganda pula.

Khir Toyo dan Muhamadm Taib menerima hakikat dan keistimewa blog ini. Merek buka blog untuk berintraksi dengan umum bagi mendapat maklum balas. Muhmad yang kini menjadi pengerusi badan perhubungan Umno Selangor kali kedua tentu mengharapkan sesuatu yang baik dari blognya. Akan digunakan blog itu untuk mengawal dan menjaga prestasinya agar tidak tumbang sekali lagi.

Maklum balas

Khir pula yang melepaskan jawatan itu kepada Muhammad Taib membuka blog untuk mendapat maklum balas berhubung dengan masa depan dirinya dan masa yang ditinggalkan. Sayang sedikit Khir membuka blog selepas tidak menjadi MB. Sepatutnya beliau membuat blog semasa menjadi MB, dapatlah dicari penawar atau pandangan orang lain mengenai pentadbiran dan cara beliau berpolitik. Dikala itu kesilapan dan kelemahannya boleh diperbaiki.

Kita percaya teguran-teguran dalam blog lebih berkualiti dan berterus terang daripada pujian orang yang berada di keliling yang semuanya tukang nggek atau anggup untuk menyedapkan hati. Kerja menyedapkan hati ini selalunya berakhir dengan tragedi menyayatkan hati pula.

Seronok saya kata apabila menjenguk blog kedua mereka ini, (Khir dan Muhammad Taib) kerana nampaknya mereka menjadikan blog untuk bergasak sama sendiri. Khir nampaknya banyak melepaskan perasaan geramnya yang memberi kesan buruk kepada Umno menerusi blog.

Manakala Muhammad Taib pula cuba mempertahankannya. Sebagai gundik baru kepada presiden, Muhammad Taib perlu menunjukkan kerja kuat dan seorang yang setia yang akan bersedia bertunduk sujud sehingga muka rapat ke bumi.

Bagaimnana pun dalam menilai blog kedua mereka, yang ada sedikit polemik itu, Khir nampak ikhlas dan lebih berani berbanding Muhammad Taib dalam usaha memulihkan Umno. Khir tanpa berselindung mejelaskan apa yang buruk dalam Umno menyebabkan parti itu kalah. Kerana keberanian dan keikhlasan itu maka beliau kini dikecam oleh Umno termasuk Muhammad Taib. Khir mengeluarkan pandangan yang tidak popular bagi Umno.

Misalnya, (tanpa mengakui kesilapannya sendiri) Khir melemparkan masalah itu kepada Abdulah Ahmad Badawi. Pandangan dan huraian beliau mengenai kelemahan Abdullah menjelaskan Khir kurang senang dengan Abdullah. Apakah kurang senang itu selepas beliau kalah ataupun selepas beliau terpaksa melepaskan jawatan pengerusi perhubungan? Atau pun kerana terpengaruh dengan pandangan dan krtikan Dr Mahathir Mohamad ke atas Abdullah. Khir diketahui seorang yang telah termakan air ludah Dr Mahathir.

Serangan balas

Kesimpulannya kewujudan blog kedua bekas MB itu untuk masa kini adalah untuk melepas peluru masing-masing. Khir nampak berhati-hati untuk membuat serangan balas. Apa yang dapat dirasakan perbalahan kecil ini ialah kerana satu pihak ingin mempertahankan kedudukannya. Muhammad Taib walaupun kini selesa sebagai pengerusi perhubungan Umno tetapi beliau juga tetap merasakan terganggu.

Selagi Khir Toyo tidak dicampak jauh-jauh selama itulah Muhammad Taib tidak boleh lena tidur. Muhammad Taib sedari dia mengambil jawatan dari Khir Toyo menerusi pelan tersusun dan strategi yang licit. Kerana peralihan itu tidak ikhlas, maka Muhammad dikejar bayangan kesalahannya. Justeru beliau kena kodem dan sekat Khir secukupnya.

Dalam mengadapi realiti hidup Khir tidak perlu menangisi masa lalu. Beliau kena bangkit dan menyusun strategi bagaimana untuk kembali semua ke takhtanya hari ini selaku pengerusi Umno Sealngor. Beliau kena berbuat sesutau. Apa yang beliau perlu insaf bahawa fail hitam beliau di Selangor sedikit berbanding dengan fail hitam Muhammad Taib.

Walaupun keduanya ada kenangan dan nostalgia tersendiri di Australia namun kenangan yang dilalui Muhammad Taib tetap akan diingat dan disebut oleh rakyat Selangor!

Apa yang patut Khir perlu mendedahkan bagaimana peranan Muhammad Taib selama ini di Selangor. Ceritakan sejauh manakah bekas MB itu turut sama membangun dan memperkuatkan Umno Selangor dalam membantunya! Selama ini Khir lena dan asyik dengan kuasa sehingga tidak sempat memantau pergerakan Muhammad Taib.

Sejak lama dulu saya sudah mengira suatu hari Muhammad akan membuat membuat comeback. Beliau akan menguasai semua Umno Selangor. Kerana orang politik yang tulen cita-citanya tidak pernah padam. Dalam diam inilah Khir kena main kepada Muhammad seperti seekor belalang yang kini dibotolkan oleh Muhammad.

Namun masa masih ada.Perlu kalau Khir ketika duduk bersendirian bermain dengan laptop memikir semula bagaimana peralihan kuasa itu berlaku antara beliau dengan Muhammad Taib yang dalam izin dalam paksa itu. Cuba-cubalah menyusun strategi untuk merampasnya balik. Kalau Muhammad Taib boleh bangkit kembali apa kurangnya dengan Khir, mungkin anak Jawa lebih hebat daripada anak Banjar! Dan kebangkitan kedua lebih bererti bagi orang politik. [wm.kl. 8:00 am 22/04/08]