Wednesday, September 30, 2015

Najib sudah atasi rekod Mahathir sebagai PM

SIMPANG MALAM

Hebat Mohd Najib Razak. Walaupun hanya baru sembilan (9) tahun beliau menjadi perdana menteri tetapi rekod dan sejarah perkhidmatannya sudah mengatasi Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Ertinya Najib mengatasi Mahathir belum sampai separuh perkhidmatan yang dilalui Dr Mahathir.

Stail politik mereka sama. Tapi Najib sudah ke depan.
Apa yang dilakukan dan berlaku diera Mahathir telah berlaku diera Najib. Ia seakan satu kejayaan besar Najib yang boleh dibangga oleh rakyat negara ini khasnya ahli Umno yang menjadi ayam ternakan parti kebangsaan itu.

Disepanjang tempoh menjadi perdana menteri, Dr Mahathir menghadapi pelbagai cabaran, ancaman dan bantahan dilakukan oleh rakyat. Dia juga dikecam dengan dasar-dasar yang dikira tidak menguntungkan Melayu. Tindakan menyelamatkan diri dan kedudukan dalam parti juga dilakukan Dr Mahathir sehingga menyebabkan tindakan itu berlaku bantrakan kepada parti.

Tuesday, September 29, 2015

Dr Mohd Zain Yang Dipertua Waris yang pertama

KENYATAAN

Yang Dipertua penaja Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera (Waris), Dr Mohd Zain Yusoff telah sah dilantik menjadi Ydp Waris yang pertama. Pemilihan Mohd Zain seorang ahli korporat dan doktor pergigian dibuat dalam mesyuarat agung pertama Waris yang diadakan tanggal 26 September lalu di Kota Bharu, Kelantan.

Barisan pimpinan Waris yang terpilih.
Manakala pegawai tinggi Kementerian Pendidikan Dr Suhami Kadir pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua.

Naib Yang dipertua pula disandang oleh Kamaruddin Daud (Dino), ahli perniagaan. Mesyuarat itu juga turut memilih Setiausaha dan penolong Setiausaha. Abdul Patah Ghazali dipilih sebagai Setiausaha manakala penolong Che Yahya Che Soh, seorang Pengetua Sekolah Menengah di Kuala Lumpur.

Khir Toyo berpindah tempat tidur mulai hari ini

TERKINI

Bekas Menteri Besar Selangor dari tahun 2000 hingga 2008, Khir Toyo yang meminta belasa insan mahkamah untuk melakukan khidmat masyarkat dengan menjadi doktor gigi selama setahun bagi mengelakkan dibawa ke penjara, gagal terhadap rayuannya hari ini menyebabkan beliau mulai berpindah tempat tidur di rumahnya ke penjara Kajang.

Khir Toyo semasa muda.
Khir Toyo hari ini dihantar ke penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjata selama 12 bulan.

Mungkin Khir sudah pun mengetahui nasibnya itu apabila dia telah menyiapkan sebuah coretan agak panjang yang diposkan dalam blognya (www.drkhir.com) kemudian dipetiksiarkan oleh portal berita. Sayu dan sedih juga saya membaca coretan Khir itu yang bersifat apologikal.

Khir memohon maaf kepada rakyat Selangor, rakan-rakan dan juga sanak saudaranya yang ikut tercemar dengan takdir yang berlaku. Khir juga dalam coretan itu cuba menjelaskan bahawa hukuman yang dikenakan ke atasnya sebagai tidak adil?

Kertas Putih perlu untuk dedahkan skandal Bandar Baru Dabong dan KPK

SUSUPAN PAGI

Kilang papan kepunyaan KPK yang bermasalah?
Beberapa pendedahan dan pembongkaran yang berlaku dalam pengurusan syarikat Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) nampaknya makin parah meletakkan syarikat milik Kerajaan itu dalam keadaan kritikal dan hilang kepercayaan umum.

Kesan daripada itu ia membawa kepada timbul persepsi kepada ketelusan dan kebersihan dalam kepimpinan kerajaan Pas Kelantan hari ini yang "diselawatkan" dengan kepimpinan Islam. Sudah pasti masalah itu juga akan mudah dikaitkan dengan ketiadaan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sekaligus menjejaskan wibawa penggantinya, kerana ia dibangkitkan selepas ketiadaan murabbi ummah itu.

Monday, September 28, 2015

Ekonomi negara: Zeti juga sudah bimbang

SUARA SORE

Gobenur Bank Negara, Zeti Aziz.
Kalau sebelum ini Gebenur Bank Negara Zeti Aziz selalu tampil dengan penuh keyakinan mengumumkan pertumbuhan Keluran Dalan Negeri Kasar (KDNK) dengan setiap tiga bulan sekali, atau pun diulang bila-bila masa diperlukan dengan penuh bangga, tetapi kini tidak lagi.

KDNK negara masih lagi berlegar di sekitar 4.5% hingga 5.5%.

Zeti yang sangat berhati-hati membuat kenyataan berhubung perkembangan ekonomi negara kerana suaranya sangat penting bimbang mempengaruh sentimen pelaburan, tampaknya tidak dapat terus mempertahankan "keselamatan" negara dalam aspek data ekonomi dan kewangan yang kian meruncing ketika ini.

Friday, September 25, 2015

Anwar simbol solidariti politik Malaysia

RENUNGAN

Anwar menjadi lambang solidariti pembangkang.
Nafas maufakat diambil oleh Pakatan Harapan (PH) untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (kalau pakatan pembangkang itu menang) tidak disenangi oleh sesetengah pihak.

Ada yang mempertikaikan tindakan itu dari segi relevannya dari beberapa perkara. Mereka menyoal apakah PH sudah tidak ada tokoh lain untuk diangkat menjadi PM selain Anwar?

Ada juga komen-komen bersifat individual meluahkan rasa muak dengan pembangkang yang tidak habis-habis untuk mengangkat Anwar sebagai pemimpin.

Tuesday, September 22, 2015

Berbincang dengan Umno, Pas tidak tolak kemungkinan itu

REAKSI

"Terlalu awal untuk berbuat begitu (berbincang dengan Umno) tetapi ia tidak mustahil," demikian ulas seorang pemimpin kanan Pas bila ditanya kewujudan pakatan baru, Pakatan Harapan yang diputuskan lewat tengah hari tadi.

Pemimpin kanan Pas itu berkata dalam politik tidak ada sebarang kemustahilan. "Iya memang ada..." katanya apabila disoal apakah benar Pas sudah merancang untuk berbincang secara serius dengan Umno bagi bekerjasama dalam pilihan raya akan datang.

"Enta pun dah tulis dan semacam besetuju kalau Umno berkerjasama dengan Pas, baiklah tu..." ujarnya lagi cuba mengelak. 

"Saya tidak boleh bagi tahu kerana ini rahsia, kalau enta nak tembak silakan," kata pemimpin itu lagi. Tegasnya beliau tidak menolak kerjasama dengan Umno tetapi tidak mahu mengesahkan. "Tidak boleh sahkan, tidak boleh.." begitulah kata pemimpin itu apabila dijolok apakah benar sudah ada perbincangan sulit dilakukan pemimpin tertentu dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Adalah dipercayai sehari dua lagi akan ada perkembangan yang bakal mengejutkan pemerhati politik dengan tindakan Pas ini serta membolehkan orang membaca peta politik Pas. Keadaan hari ini dalam Pas sudah tidak ada orang yang bercanggah pendapat atau pun yang menentang kalau rancangan kerjasama Pas - Umno itu diadakan.

Sebelum ini Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan kuasa penentang kerjasama itu. Kemudian dengan terkeluarnya golongan profesional yang menentang kerjasama Umno - Pas, apabila kalah dalam pemilihan pada muktamar lalu, kini tinggal dalam Pas semua mereka yang suka kalau parti agama itu bekerjasama dengan Umno. 

Kerjasama penting dan diperlukan bagi sesetengah pihak dalam Pas bagi mengekalkan status quo yang ada serta mendapat manfaat peribadi dengan kuasa yang dipegang Umno sebagai tunggak kerajaan. Dalam pada itu difahamkan Pas sedang mencari hujah dan dalil kukuh kenapa mereka perlu berkerjsama dengan Umno. [wm.kl.3:27 pm 22/09/15]

Apakah mesyuarat meja bulat buka ruang kepada Pas untuk bersama Umno?

MENANTI PUTUSAN

Sudah hampir pasti Pas tidak akan bersama duduk di meja bulat dalam merangka pakatan baru pembangkang. Alasan Pas mudah sahaja kerana dalam perundingan itu ia disertai sama oleh DAP dan Amanah. Pas kata dia tidak boleh bersama pengkhianat. Bagi Pas, Amanah dan DAP adalah pengkhianat.

Persidangan meja bulat sedang berlangsung tanoa Pas.
Susah juga kalau orang baik tidak mahu menjadi pemandu kepada orang jahat. Bagaimana pun tindakan Pas itu betul pada sudut politik tirusnya.

Apabila Pas tidak bersama apakah pembentukan pakatan pembangkang itu akan terjadi. Kalau terjadi ia akan disertai oleh DAP dan PKR. Amanah yang yang sedang dalam proses penubuhan itu juga akan menyertainya. Bahkan kewujudan Amanah itu pada prinsipnya untuk menjadi pengganti Pas yang sudah dibaca kecenderongannya untuk bersama Umno.

Bandar baru Dabong dimakan Baboon?

MISTERI BANDAR BARU (2)

Inilah tapak projek, ada tiga tompok pasir dan batu sahaja.
Sebelum sampai ke kawasan projek bandar baru Dabong saya membayangkan bermacam-macam keindahan yang bakal disaksikan. Saya kira projek itu sudah separuh dibangunkan. Dabong juga sudah mula berubah wajahnya. Kalaupun tidak seperti Dublin tetapi cukuplah seperti Jeli.

Sudah pasti juga kenderaan berat keluar masuk ke kawasan projek berkenaan, ia menjadikan pekan Dabong sibuk. Semuanya memunggah dan membawa berbagai-bagai peralatan untuk projek berkenaan.

Monday, September 21, 2015

Pas kian mendekati Umno di Kelantan

PENGAMATAN 

Mustapa: Perlu bersuara.
Semakin hari semakin dekat dan rapat Pas dengan Umno. Parti itu dilihat sedang mengadakan persiapan rapi untuk bergabung menjelang pilihan raya ke-14. Apa yang dilakukan Pas sekarang ini memberi kefahaman kepada ahli dan umum kenapa kedua-dua parti Melayu itu perlu bersatu. Mereka sedang membentuk keadaan mendesak untuk ke arah itu.

Walaupun Pas menafi akan hakikat itu dan lebih rela bersendirian konon, tetapi gerak kerja yang dilakukan mengajak ke arah itu. Kenyataan-kenyataan politik dan body language mencerminkan mereka akan "bersanggama". Ada beberapa petunjuk menjelaskan akan penggabungan itu akan berlaku dalam waktu terdekat ini atau giat dipersiapkan.

Sunday, September 20, 2015

Amanah tidak perlu penasaran untuk berbaik dengan Pas?

BUAH FIKIR

Dua puak yang berbalah dalam Pas sehingga menyebabkan parti itu kini terbelah dua perlu bersiap sedia yang mereka tidak akan menghadapi pilihan raya umum ke-14 kelak secara bersama. Hakikat itu mereka harus fahami awal-awal lagi agar tidak terkilan dan menyesal dikemudian hari. Dua puak itu ialah yang kekal bersama Pas dan puak satu lagi yang keluar meninggalkan parti itu dan menubuhkan parti baru bernama Parti Amanah Negara (Amanah).

Walaupun pada asasnya mereka mempunyai nawaitu yang sama untuk menumbangkan BN, tetapi nawaitu itu kini tinggal angan-angan sahaja. Niat bersama yang dipasak dalam parti itu sejak berdekad lampau kini sudah relai dan terburai. Pas seakan sudah berpatah arang berkerat rotan dengan golongan bekas ahlinya itu jauh sekali sedia memenuhi pakatan atas tujuan untuk menumbangkan BN.  

Ahmad Yaakub diam bukan merupakan jawaban

BIDAS MB

Bagi seorang yang mempunyai rasa tanggungjawab dan pemikul amanah rakyat menerusi kuasa yang diberikan menerusi pilihan raya, mungkin termenung panjang apabila membaca surat Adun Salor Husam Musa kepada Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub berkenaan dengan skandal yang berlaku dalam Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).

Ahmad: Dimam bukan selesai masalah.
Begitu juga bagi mereka yang menerima dan memikul amanah kepimpinan dari Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berharap rekod kepimpinannya dikekalkan, akan terkejut beruk dengan apa yang dipersoalkan Husam berkenaan.

Sekiranya persoalan itu tidak dijawab, orang akan beranggapan Ahmad Yaakub sebagai MB bertanggungjawab dan terlibat dengan kecurangan itu.

Ahmad Yaakub dan seluruh Exco khasnya dan pegawai kerajaan negeri yang terlibat dalam membuat keputusan, tidak boleh membiarkan begitu sahaja persoalan-persoalan besar itu. Ia perlu dijawab dengan jelas,  dan dalam menjawab hal ini kepentingan dan hak rakyat perlu dipertahankan melebihi dari segala kepentingan atau malu aib lainnya.

Saturday, September 19, 2015

Bandar baru Dabong dimakan Baboon?

MSITERI BANDAR BARU (1)

Allahyarham Tokguru menanda tangani plak perlancaran.
Dalam satu majlis pertemuan di antara beberapa orang Exco dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) dengan pemain media baru (facebook dan bloger) yang berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur pada 25 Mei 2014, kira-kita setahun kepimpinan Kelantan bertukar MB, Nik Amar memberi tahu kerajaan pimpinan Ahmad Yaakub sedang melaksanakan beberapa projek yang bakal merubah imej negeri Kelantan.


Menyelesaikan urusan korban di Aceh

KENYATAAN

Dr Azman dan pembantunya Syamsuddin.
Dalam kunjungan singkat saya ke Aceh Darussalam kelmarin untuk menyempurnakan urusan korban di sana, saya sempat singgah di masjid raya Baiturrahman Banda Aceh. Masjid ini tidak akan ketinggalan akan saya kunjunginya setiap kali menjejaki kaki ke bumi tanah runcing itu.

Kepada saya kalau ke Aceh tidak memasuki ke masjid ini semacam tidak sah. Bagaimana lorak dan sibuk sekali pun saya akan singgahinya, tidak lama cuku sekejap.

Friday, September 18, 2015

AMANAH lahir untuk pikul harapan ummah

KESIMPULAN

Tanggal 16 September gigi saya sudah tidak "berona" lagi. Saya boleh makan dan menghayati kehidupan seperti biasa. Justeru pada tanggal itu sepatutnya saya hadir pada mana-mana program politik. Dan pada tanggal itu ada dua event politik berlangsung di negara kita.

Ahmad bersama Ghani Shamsuddin dan Lim Kit Siang.
Pertama, majlis himpunan baju merah. Kedua, majlis perlancaran perdana parti Amanah Negara (Amanah).

Walaupun gigi saya tidak berona, saya tidak menghadiri kedua-dua majlis itu kerana pada tarikh itu saya tidak berada dalam negara. Kalau saya ada dalam negara, meskipun tidak ada jemputan khas, saya pasti hadir.

Monday, September 14, 2015

Misteri papan iklan rebah dan kosong

 APA DAH JADI?

Dulu papam iklan ini tegak dan gah, kini jatuh ke bumi...
Apakah cerita dan misterius di sebalik dua papan iklan atau signboard ini? Satu jatuh tersembah ke bumi dibelai dedaun dan rerumput. Satu lagi tegak berdiri tanpa membawa apa-apa erti dan makna. Ia putih bagaikan kelir wang kulit?

Apakah signboard ini akan memacarkan objek dan membawa cerita tatkala tiba waktu malam. Dengan bersuluhkan "candeni" ia akan memaparkan bayang-bayang atau cerita laksana hikayat 1001 malam. Candeni itu gak bulan lah.

 Yang ini masih tegak tetapi tanpa apa apa erti.
Saya akan bercerita dan mengisahkan kemisterian dua papan iklan gergasi yang terletak di persimpangan Jalan Dabong Gua Musang - Jeli ini.

Yang jatuh dan rebah tegak berdiri dengan penuh kekosongan. Apakah ia melambangkan rebah dan musnahnya sebuah gunung harapan yang digrap begitu indah, ataupun ia hanya sebuah dongengan semata-mata kepada sebuah angan-angan yang besar.

Atau ia dibangunkan hanya untuk mempersonakan ribuan mata yang lalu lang di situ kemudian orang-orang yang teruja dengannya akan hidup dengan ilusi yang indah? Atau ia sebuah umpan untuk menjerat sesuatu atau lebih dikenali dengan penipuan?

Tunggu cerita dan kisahnya tatkala saya kembali dari merantau dua tiga hari akan datang. Esok saya berpergian lagi bukan membawa hati lantaran benci, tetapi menunaikan janji yang belum dilunasi. Kepada rakan-rakan yang ikut bersama berkebajikan dengan saya diucap terima kasih hanya Allah jua yang bisa membalasnya. Wassalam Mso. [wm.kl.12:20 t/hari 14/09/15] 

Pimpinan Ahmad Yaakub sudah tidak diyakini?

SEBUKA MATA

Pekeliling yang jadi viral dalam Fb.
Beberapa jam lalu tersebar sekeping surat perkeliling yang dikeluarkan oleh pejabat MB Kelantan yang mengarahkan ketua-ketua jabatan di negeri itu agar membuat semakan dan pemeriksaan terhadap kaki tangan masing-masing yang terlibat dengan sebarang kegiatan yang bercanggah dengan dasar kerajaan dan terlibat dengan parti baru - Parti Amanah Negara (PAN).

Antara jabatan yang terlibat dengan pekeliling itu ialah, Pusat Ka
jian Strategi yang merupakan badan kajian politik untuk Pas, Tabung Amanah Tok Kenali, merupakan tabung pendidikan, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusan Belia dan Sukan dan Urusan Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Kebajikan, Urusetia Penghulu dan Institiut Pemikiran Tokguru.

Surat arahan itu bertarikh 9 September 2015 dan arahan itu perlu diselesaikan pada 23 September 2015. Yang menanda tangan surat pekeliling itu ialah Setiausaha Politik MB, bernama Wan Mohd Roslan Wan Mamat.

Friday, September 11, 2015

Kamaruddin dan Muhammad Taib sertai PKR

KENYATAAN

Seperti mana yang telah dibayangkan semalam, dua orang penting Pas akan meninggalkan parti agama itu, pagi ini ia telah menjadi kenyataan. Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar dan Muhammad Mohd Taib telah diumumkan kemasukan mereka ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kamarudin Jaafar.
Muhammad Mohd Taib.
Pengumuman itu dibuat oleh presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat parti berkenaan di Damansara yang dihadiri pimpinan tertinggi PKR.

Penyertaan kedua mereka ini walaupun sudah dijangka oleh Pas tetapi memberi kesan psikolgis yang tinggi kerana mereka tidak memilih PAN, parti baru yang diasaskan tetapi memilihi PKR.

Kamaruddin sebelum ini adalah Setiausaha Agung Pas dan pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Urusan Harakah, akhbar rasmi Pas. Dalam muktamar lepas beliau tidak mempertahankan jawatannya sebagai ahli jawatankuasa kerja Pas.

Bukan sahaja Umno, PKR juga hendak tukar Setiausaha Agung?


LENTANG ANGIN
Rafizi - mungkin gugur?

Dalam desas desus Umno akan menukar Setiausaha Agungnya, PKR juga turut terbawa dengan rancangan itu. Umno dikatakan akan menggugurkan Teuku Adnan Mansor sebagai Setiausaha Agung dan diganti dengan muka baru yang lebih bertenaga.

Nama disebut-sebut akan ditempatkan di ibu pejabat Umno dan menjadi nadi kepada parti kebangsaan itu ialah Ketua Umno Bahagian Mentakab Pahang Sharkar Shamsuddin. Beliau juga merupakan Exco kerajaan Pahang dan juga merupakan seorang ahli Majlis Tertinggi.

Sharkar dikatakan menjadi pilihan presiden. Katanya Najib pernah menghantarkan namanya kepada Sultan Pahang untuk dilantik menjadi MB menggantikan Adnan Yaacob selepas pilihan raya umum ke-13 lalu tetapi ditolak. Berdasarkan alasan itu nama Shakar katanya dipilihan untuk menerajui ibu pejabat Umno bagi menyuntik semangat muda. Teuku Adnan dah tua.

Thursday, September 10, 2015

Dua tokoh Pas akan keluar parti?

KHABAR

Dua orang tokoh Pas termasuk seorang wakil rakyat dikatakan akan keluar meninggalkan parti itu dan menyertai parti lain. Parti yang disebut-sebut menjadi pilihan dua tokoh veteran itu bukan Parti Amanah Negara (PAN) yang sedang dalam proses pendaftaran kini.

Tindakan kedua tokoh itu memberi pukulan kepada Pas yang ketika ini sedang mengalami kepupusan pemimpin apabila hampir semua golongan profesional telah meninggalkan parti agama itu untuk menyertai PAN.

Keputusan mereka meninggalkan Pas itu juga dikatakan ekoran muktamar Pas lalu yang menyaksikan semua calon dari golongan profesional tewas.

Tidak dapat dipastikan bila dan dimana kedua orang tokoh itu akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam parti baru itu, tetapi difahamkan dalam masa terdekat.

Salah seorang tokoh Pas itu akan diberi tempat istimewa dalam parti baru yang disertainya itu. Berita lanjut akan menyusul. [wm.kl.9:02 pm 10/09/15]

Kalau gigi saya tak berona..

PENDAPAT

Kalau gigi saya tak berona (sakit) teringin juga untuk saya hadir sama dalam dua program besar yang akan diadakan minggu depan. Pertama ialah Kongres Rakyat, anjuran Pas yang akan diadakan di Shah Alam Selangor tanggal 12 September. Program kedua ialah, himpunan rakyat Baju Merah, yang bakal diadakan di Bukit Bintang Kuala Lumpur tanggal 16 September.

Masalahnya juga waktu ini saya belum ada baju berwarna merah? Dahulu ada dua helai tetapi kedua-duanya sudah lusuh warna. Dah nak jadi macam oren sikit-sikit.

Tidak pasti siapa yang menganjurkan himpunan baju merah itu, tetapi dipercayai ia adalah mereka yang pro Umno, tepatnya yang bersimpati dan mengharapkan garam dan gula daripada Najib. Himpunan itu dinamakan untuk membela maruah Melayu, tetapi hakikatnya untuk membela maruah Najib yang terzahir oleh perbuatannya sendiri kemudian ia diecerkan oleh himpunan Bersih 4 minggu lepas.

Wednesday, September 9, 2015

Mesyuarat MT Umno hari ini tetap penting, mengejutkan

SESUDAH SUBUH

Hari ini Majlis Tertinggi (MT) Umno akan mengadakan mesyuarat yang diramalkan akan memutuskan sesuatu yang mengejutkan. Mesyuarat hari ini diadakan selepas selama tiga bulan majlis itu tidak bermesyuarat. MT Umno mengadakan mesyuarat rutin sebulan sekali bagi membincang perkembangan dalam parti dan juga kerajaan.

Mesyuarat hari ini ditunggu-tunggu oleh segenap pemerhati politik dan sudah tentu media massa akan menjadi lebih minat. Desas desus kononnya Najib Razak akan mengumumkan pemecatan Muhyiddin Yassin, Shafei Afdal, Mukhriz Mahathir serta beberapa ahli lain menjadi daya tarikan.

Spekulasi mengenai hal ini tersebar beberapa hari lalu. Bagaimana pun ia dinafikan oleh beberapa pemimpin tertinggi Umno, termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan juga Naib Presiden Zahid Hamidi. Hampir semua mereka mengatakan tidak ada apa-apa yang pelik dan mengejutkan berlaku dalam mesyuarat hari ini.

Tuesday, September 8, 2015

Sudah sampai Hisbah ditubuhkan di Kelantan

PANDANGAN

Ekoran berlaku beberapa kejadian yang menjejaskan kewibawaan kerajaan PAS Kelantan yang dikenali dan beriya-iya menunjukkan ia sebagai satu-satunya sebuah kerajaan Islam di negara ini, elok kalau kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Ahmad Yaakub menubukan badan ombudsman yang dikenali sebagai Hisbah.
Ahmad perlu berjiwa besar.

Janji untuk menubuhkan Hisbah ini dibuat dalam manifesto pilihan raya PAS tahun 1990 lagi, tetapi sayangnya ia tidak dilaksanakan sampai kini. Satu masa bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan Kelantan tidak mampu untuk menubuhkan Hisbah kerana tidak mempunyai kepakaran.

Apakah selepas 25 tahun kerajaan Kelantan dibentuk, soal kepakaran itu masih belum diatasi? Kalau begitu ini bermakna cadangan untuk mewujudkan Hisbah itu adalah retorik semata-mata. Juga apakah kegagalan menubuhkan Hisbah itu bukan satu pemungkiran janji kepada rakyat?

Najib terlupa yang malukan negara dia, bukan Bersih

DALAM KABUS

Najib Razak mengecam himpunan Bersih 4 yang berlangsung baru-baru ini sebagai gila. Katanya himpunan itu, - Bersih bukan demokrasi, tetapi democrazy. (Gila).

Perdana Menteri itu berkata himpunan itu bertentangan dengan perlembagaan negara kerana ia cuba mengguling kerajaan. Najib menggunakan perlembagaan untuk mengecam Bersih dan menyelamatkan dirinya.

Sebenarnya tidak ada siapa beranggapan himpunan Bersih itu sebagai hendak mengguling kerajaan. Himpunan Bersih bukan baru, malahan sudah berlaku beberapa kali sebelum ini. Himpunan Bersih adalah untuk menuntut demokrasi dan pilihan yang bebas, telus dan adil.

Monday, September 7, 2015

Kerajaan Kelantan berhabis duit kerana bayar saman

MEMERHATI

Sejak Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat tiada berbagai masalah atau perkara berlaku di Kelantan. Ia menimpa bukan pihak-pihak tertentu sahaja di negeri itu tetapi melibatkanh seluruh rakyat. Parti itu dan kerajaan Kelantan yang dipimpinnya selama 25 tahun juga berhadapan dengan berbagai masalah dan kerenah.

Apakah ia satu kebetulan, selepas ketiadaan Nik Aziz?  Kalau kebetulan, kenapa?


Friday, September 4, 2015

Buku ini akan menemani penerbangan saya esok

ULASAN BUKU

Lain orang lain perangainya, lain sifat dan lain juga kegemarannya. Saya juga tidak terkecuali tertakluk dalam kenisbian itu. Setengah orang apabila mendapat buku baru mereka akan menghabiskan masa untuk mengkhatami secepat mungkin sampai tidak makan dan tidak tidur atau mengabaikan kerja-kerja lain.

Saya juga mengalami situasi yang sama, terutama di masa-masa muda dahulu. Ketika itu sangat rajin mendampingi buku. Selalunya saya akan membaca buku dua buah serentak yang berlainan tema atau jenis. Bukan apa untuk menghilangkan rasa boring.

Pun begitu bukan semua buku akan dilayan begitu, sampai tidak makan minum dan tidak tidur; sebuah buku yang tebal 200 hingga 400 muka surat boleh dihabiskan dalam masa tiga hari sahaja. Wow... Ibu lenguh berlebel ajak makan atau minta membantunya, saya ralik dengan buku.

Thursday, September 3, 2015

Cukuplah mengkhianati Hatta, biarlah dia berlalu...

BISIKAN RASA

Dr Mohd Hatta, tahniah atas keberanian.
Lewat petang semalam saya menghubungi seorang Exco Kelantan yang juga pimpinan tertinggi Pas negeri itu. Saya memohon kepada exco berkenaan supaya meminta Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) tidak menimbul atau memainkan isu bai'ah yang membabitkan ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli. Saya sungguh sedih apabila isu bai'ah Dr Hatta itu dijadikan isu politik murahan.

Saya meminta agar Nik Amar dapat dinasihati supaya tidak menjadi terlalu buruk dan huduh dengan menimbulkan perkara itu. Biarlah kalau hendak menjadikan sesuatu isu sebagai bahan polemik dan mempopularkan diri, carilah isu yang waras dan tidak menunjukkan kecetekan telaga politik kita.

Isu bai'ah itu bagi saya ia bukan isu yang waras. Ia isu terperibadi dan rahsia Pas. Dan isu itu bukan persoalan sebenar dalam perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara. Ia adalah isu terpencil dan bersifat individual yang mana bila diketengahkan menjadi bahan gelak orang lain.

Wednesday, September 2, 2015

Peluang untuk berkorban di Aceh masih dibuka

Insya-Allah mereka akan kita raikan.
[kemaskini]  Untuk pengetahuan bahagian-bahagian korban "emas" telah pun habis dan ditutup. Alhamdulilah. Kini masih dibuka korban "perak" masih ada beberapa bahagian lagi. Wassalam. Mso.

Perhatian kepada penjengok blog Merah Tinta budiman semua. Atas permintaan beberapa rakan-rakan supaya pintu untuk melakukan korban di Aceh sambil menjamu dan meraikan anak-anak di sebuah pasentran di negara yang dilanda tsunami itu dilanjut, maka dengan ini saya lanjutkan untuk beberapa hari lagi.

Penyertaan terakhir ialah pada 10 September 2015. Keutamaan diberikan kepada yang awal dan komited.

Minggu depan saya akan berangakat ke Aceh menguruskan pembelian lembu dan urusan korban. Kepada mana-mana penjenguk setia blog Merah Tinta yang ingin ikut serta berkebajikan dan melakukan korban, silakan... kemurahan anda dialu-alukan.

Terima kasih kepada penjengok yang bermurah hati untuk sama-sama berkorban di sana. Mudahan kita mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya. Untuk mendapat keterangan lanjut sila hubungi saya di nombor telefon 019 2336996 atau email ke msomalaysia@gmail.com.

Terima kasih dan wassalam. [wm.kl.12:10 t/hari 02/09/15]

Tuesday, September 1, 2015

PAS perlu sambut baik kemunculan PAN

ULASAN KHAS

Barisan kepimpinan GHB pada sidang umum parti.
Selepas 15 jam selesai himpunan Bersih 4 dengan jayanya, kumpulan PAS yang ditolak dalam muktamar lalu telah mengumumkan penubuhan parti baharu sebagai wadah penerus perjuangan mereka.

Ia diumumkan oleh Mohamad Sabu selaku pengerusi GHB dan beliau juga pengerusi jawatankuasa protem parti baru itu dalam satu sidang akhbar khas di Kuala Lumpur petang semalam.

Ulasan penubuhan parti baru oleh GHB

Semalam Mohamad Sabu telah mengumumkan penubuhan parti baru yang akan menjadi wadah politik kepada GHB. Apakah penubuhan parti baru satu langkah bijak dan perlu?  Memandangkan hampir 100% yang menyertai parti itu adalah ahli dan penyokong Pas,, apakah ia bakal mencabar Pas? Tunggu ulasan akan dipostkan segera hari ini. Wassalam Mso.