Monday, April 29, 2019

Sedih dengan gelagat pemimpin Keadilan Kelantan

ULASAN LEWAT

Anwar tiba untuk mengadakan pertemuan dan
perbincangan dengan PH Kelantan.
APABILA saya mendapat tahu Anwar Ibrahim akan turun (pergi) ke Kelantan, saya telah "mematikan" kerja dan tugasan saya yang lain. Saya rezebkan waktu pada tarikh itu untuk turun ke negeri Kelantan yang saya anggap negeri Thaif itu. Saya tidak tahu macam mana dengan orang lain.

Bagi saya kehadiran Anwar ke Kelantan itu, penting dan sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Kelantan amnya dan para penyokong PH khususnya. Kedatangannya diharap dapat menyuntik semangat juga dan pengukuhan kerajaan PH.

Tuesday, April 23, 2019

Ladang Salahuddin sudah menunjukkan hasil

RENCANA KHAS

Setelah melalui tempoh setahun, 
Salahuddin boleh senyum.
PERINGKAT awal ramai yang kurang yakin dengan pelantikan Salahuddin Ayub sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Ketidak yakinan itu ditunjukkan kepada ejekan terhadap beberapa pandangan dan idea beliau yang dikemukakan peringkat awal untuk memajukan komuniti dibawah tanggungjawab kementerian itu.

Pandangan dan ideanya digelak serta dijadikan isu untuk memperlekeh dan merendah-rendahkan kemampuannya.

Tanpa mengambil kira keberadaan beliau dalam jemaah menteri pertama kali, tanpa berbekalkan apa-apa pengalaman berkerja, beliau terus diserang tanpa ampun maaf. Satu tindakan tidak wajar yang menunjukkan kejamnya dunia politik.

Sunday, April 21, 2019

Sang bangsawan dan lelalat

Orang ramai mengelilingi Najib di satu tempat.
SUSUPAN PAGI
MUNGKIN ada yang berasa pelik dan teruja dengan apa yang berlaku kepada Najib Razak kini. Ke mana dia pergi dia akan dihurung, dikerumui. Najib dah jadi macam seketul najis dikloni lelalat. Hebat.

Laungan "bossku, malu apa", juga akan bergema ke setiap jerung yang ditujuinya. Walhal Najib kini sudah tidak siapa siapa lagi. Najib hanya sang jalak yang kalah sabung kerebehan sayap saja, tidak lebih dari itu.

Tuesday, April 16, 2019

Ahmad Yakob dan Husam boleh buka dimensi baru politik Kelantan

ULASAN

Ahmad dan Husam berpakat untuk majukan
Kelantan.
PERJUMPAAN secara tidak sengaja antara Husam Musa dengan Ahmad Yakob di satu majlis di Kota Bharu pagi semalam mungkin bukan satu peristiwa besar.

Pertemuan mereka berdua bukan pertama kali dan baharu. Bahkan sebelum ini mereka pernah duduk sebumbung, bermesyuarat bersama merancang untuk kemajuan Kelantan.

Ketika itu Husam sebagai Exco kanan kerajaan Kelantan manakala Ahmad sebagai Timbalan Menteri Besar. Mereka adalah pembantu Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi pemikir kepada kerajaan "Membangun Bersama Islam" di Kelantan.

Monday, April 15, 2019

Tolak pindaan perlembaaan silap: Abd Aziz.

DARI WAKOP

Biacara di wakop dengan Aziz Bari.
KEGAGALAN pindaan perlembagaan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan yang bakal menjadi titik tolak kepada langkah untuk merealisasikan keinginan rakyat Sabah dan Sarawak selaras dengan perjanjian MA63, tidak memberi apa-apa implikasi politik kepada kerajaan melainkan ia merugikan rakyat di kedua buah negeri itu.

Sunday, April 14, 2019

PH terus mengutik kekalahan demi kekalahan

ANALISA RANTAU

Mat Hassan adakan sidang media selepas diumum menang.
SUSUDAH tiga kali kalah berturut-turut, di Parlimen Cameron Highlands, Dun Semenyih dan terbaharu di Dun Rantau parti-parti komponen PH dan kerajaannya harus bangkit segera untuk mencari dimana silap dan salahnya. Atau kenapa kerusi-kerusi itu terus menjadi milik BN. Perlu untuk PH bukan sahaja post mortem perlu dibuat, tetapi mengambil tindakan segera.

Friday, April 12, 2019

Mat Hassan yang tertekan di Rantau

ANALISA

Mohamad Hassan.
BESOK akan berlangsung Pirake - pilihan raya kecil (Dun) Rantau Negeri Sembilan. Seramai kira-kira 20,400 orang pengundi di Dun berkenaan akan menentukan siapakah wakil rakyat mereka. Pada Piraum lalu pengundi di Dun berkenaan tidak berkesempatan untuk memangkah, memilih wakil rakyat mereka apabila calon BN Mohamad Hassan diistyharkan sebagai menang tidak bertanding apabila calon PH Dr Streram dinafikan hak untuk bertanding.

Dr Streram
Streram dihalang daripada menyerahkan borang pencalonannya, dimana perbuatan itu biarpun beralasan, tetapi ia lebih kepada taktik untuk memberi kemenangan percuma kepada Mohamad Hassan. Hanya Streram seorang sahaja untuk berhajat untuk menjadi calon sementara parti lain termasuk parti agama (Pam) tidak tampil untuk menyerahkan borang pencalonan pada hari tersebut.

Monday, April 8, 2019

Mat Hassan dibelit isu RM10 juta dan banglo mewah RM6 juta

REAKSI

Banglo ini dikaitkan dengan Mat Hassan?
TAMPAKNYA calon BN untuk pilihan raya kecil (Pirake) Rantau Mohamad Hassan seakan makin tertekan dan terkepung dengan pelbagai isu mengenai dirinya yang dibangkitkan sebagai modal meraih undi di pilihan raya itu.

Lepas satu-satu isu berkaitan Mat Hassan yang memerlukan penjelasan tuntas daripadanya didedahkan dan terdedah menjelang hari mengundi beberapa hari lagi.

Thursday, April 4, 2019

Catatan Dua Husam selepas dilantik jadi pengerusi Kada

SUSUPAN PAGI


Husam mendirikan solat Hajat sebaik mula
memasuki pejabat.
SENATOR Husam Musa telah membuat catatan kedua selepas beliau dilantik menjadi pengerusi Kada. 

Daripada catatan ini dapat diselami jiwa dan kesungguhan beliau untuk melakukan sesuatu ke atas lembaga berkenaan. Beliau dikenali dengan "politis ilmuan", terus membongkar rahsia serta meneroka penemuan baru demi membawa perubahan kepada Kada. 

Wednesday, April 3, 2019

Harap Husam bawa dimensi baru dalam Kada

CATATAN 

Salahuddin menyerahkan watikah pelantikan
kepada Husam diperhatikan Mohd Sallehhuddin.
DI Ibu Pejabat Lembaga Pertanian Kemubu (Kada) di Lundang Kota Bharu pagi semalam berlangsung peristiwa yang mungkin tidak memberi apa-apa erti kepada mereka yang melihat peristiwa itu dengan mata tikus atau ikan kering apa lagi dengan perasaan skeptikal.

Namun ia sesuatu amat bermakna dan bersejarah bagi mereka yang memahami keadaannya serta mereka yang kesekian lama menanti untuk melihat ianya menjadi kenyataan.

Monday, April 1, 2019

Kepelikan dua pucuk surat yang ditular?

ULASAN MALAM

HARI ini dua surat satu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Kelantan (Pengurusan) dan satu lagi oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah ditularkan dalam media sosial. Kedua-dua surat itu walaupun ia memberi maklumat dan penghebahan mengenai sesuatu perkara, tetapi ia dilihat cacat dan sesuatu yang agak pelik.

Surat daripada SUK
Kelantan.
Konon surat daripada
Salahuddin?
Surat yang dikeluarkan oleh pejabat SUK Kelantan memaklumkan berhubung gambar-gambar pembesar yang boleh digantungkan di pejabat-pejabat kerajaan negeri dan persekutuan di negeri Kelantan.

Surat bertarikh 1 April 2019 itu ditanda tangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Adnan Husin.