Tuesday, May 28, 2019

Program MOA mendapat pengikhtirafan Perdana Menteri

ULASAN

Salahuddin merasmikan upacara menunai
padi beras wangi di Kelantan.
PROGRAM ke 12 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, - pengeluaran beras wangi dan beras istimewa (pulut) mendapat perhatian khas daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad apabila beliau telah mengistyharkan Langkawi sebagai jelapang pengeluar beras pulut utama negara.

Dr Mahathir membuat pengumuman itu semalam di Langkawi. Projek pengeluaran beras pulut itu merupakan satu lagi projek meningkatkan pendapatan petani disamping mengurangkan kebergantungan negara kepada beras pulut import.

Friday, May 24, 2019

Kerjasama Umno - Pas: Diambang Lailatul Qadar

ULASAN

Tuan Ibrahim dan Annuar  mengakui
kerjasama diumumkan tidak lama lagi. 
 
RAMADHAN sudah berada di ambang 10 malam terakhir, malam yang ditunggu-tunggu dan diimpikan dengan penuh ghairah oleh setiap mereka yang berpuasa, dan tahu pula fadhilat terbesar pada 10 malam terakhir itu - Lailatul Qadar.

Seiringan tibanya malam untuk merebut Lailatul Qadar itu terbetik berita yang kesekian lama saya tunggu-tunggu dan harapkan. Berita dimaksudkan itu ialah kerjasama atau penggabungan Umno dengan Pas.

Wednesday, May 22, 2019

Dengarlah luahan hati kawanku...

Orang politik boleh berubah warna (sikap),
seperti si Chameleon (Pok Ka) ini.
CATATAN 

SEMALAM saya bersembang lama dengan seorang rakan. Beliau merupakan seorang penulis buku politik. Seperti juga saya beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

Kami seronok kekal sebagai penulis bebas dan menjadi pemerhati politik daripada menjadi politis. Bagaimana kami menjadi penyokong Pakatan Harapan (PH).

Sunday, May 19, 2019

Ketua Pengarah Yapeim tunggu hari untuk terima hukuman

ULASAN

Fuziah Salleh
BUKAN mudah untuk orang menerima kerencaman politik dan segala macam tektik dan strateginya (Machiavellianism) untuk memenangkan sesebuah parti. Penyokong dan simpatisnya akan melakukan apa sahaja tindakan, hatta dilarang agama demi mengharap partinya menang. Apa lagi mereka yang mengira partinya memberi rezeki dan meletakkanya di tempat istimewa maka lagilah seseorang itu akan bermati-matian mempertahankannya.

Begitulah apa berlaku kepada seorang lelaki gantang, yang dikatakan sebagai Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim). Apabila ditularkan klik videonya yang memberi kata dua dan ugutan kepada kakitangan dibawahnya, ia sungguh memedihkan telinga. Saya sendiri tatkala mendengarnya sakit dan pedih anak telinga. Hentaman dan sindirannya sehingga menyebabkan terkeluar sisa-sisa tahi telinga. Teruk.

Saturday, May 18, 2019

Sambutan ulang tahun kerajaan PH peringkat Kelantan cacat

ULASAN 

Barisan kepimpinan utama PH Kelantan yang hadir. 
SEMASA di Kota Bharu semalam saya sempat ke kompleks Kebudayaan dan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKn) di Tanjung Chat. Pertama kali menjejak kaki ke kompleks itu dan pertama kali juga menyedari kewujudannya.
Kompleks itu boleh dikatakan serba serbi lengkap memenuhi keperluan untuk apa-apa aktiviti dibawah jabatan itu.

Wednesday, May 15, 2019

Tabik lagi untuk Syed Saddiq

SUSUPAN PAGI

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
SARANAN dan desakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda  agar
memberi bukti kononnya ada pegawai lantikan politik menganggu tugas pegawai kerajaan disegera.

Syed Saddiq meminta presiden Cuepacs itu mendedah kementerian dan itu dan menyebut nama menterinya sekali.

Sunday, May 12, 2019

Masjid Bengali Sunni mercutanda Islam di Yangon

CATATAN PERJALANAN
(Siri 3)

Masjid Bengali Sunni terletak di Jalan Sule
jadi merdutanda Islam di Yangon
.
MYANMAR merupakan negara penganut Buddha terbesar yang diwarisi dari kerajaan Pagan (1050). Ini tertonjol dengan wujudnya bukan ratusan, tetapi ribuan Pagoda, atau rumah ibadat dan pusat kegiatan agama diasaskan Gautama Buddha itu di negara itu.

Kewujudan Pagoda di sana dikira sangat hebat dan agung apabila Pagoda utamanya disalut dengan ratusan kilogram emas. Kewujudan Pagoda dan kehebatannya itu sekaligus menunjukkan betapa kuatnya pengaruh agama berkenaan di Myanmar serentak itu memberi gambaran kekayaan hasil buminya.

Saturday, May 11, 2019

Takiyuddin cacat akal politik

NOTA SABTU

KADANG KADANG ilmu dan pengetahuan seseorang dibiar begitu sahaja tidak diguna sebaik-baiknya menjadikan ia sia-sia. Paling menyedihkan ilmu dan pengetahuan itu tidak membantu mengangkatkan darjat dan harakat seseorang. Maka sia-sialah ilmu seseorang itu apabila ia gagal menggunakan ilmunya. 

Orang seperti itu tidak jauh bezanya dengan kaldai dan unta di Makkah yang menjadi tukang usung kitab tuan syeikh bertahun-tahun tetapi buta apa yang dipikulnya.

Friday, May 10, 2019

Dr Wan Azizah lambang kejayaan wanita Malaysia

CATATAN KHAS

Dr Wan Azizah: Apa dilalui dan digapainya
satu sejarah.
SEMALAM (9 Mei 2019) genap 365 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH). Berbagai ulasan dan sorotan dibuat oleh berbagai pihak terhadap kerajaan PH. Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya, di hadapan 1,000 hadirin termasuk jemaah menteri, ketua-ketua jabatan, pemimpin utama parti komponen PH dan kedutaan asing Dr Mahathir Mohamad sendiri menyampaikan perutusan khas, serentak melaporkan pencapaian kerajaan dalam tempoh tersebut.

Dalam catatan selepas Subuh ini saya tidak mahu menyorot dan mengulas perutusan khas Mahathir itu, dan memperkatakan serta mengulas pencapaiannya, kerana sudah banyak ulasan dibuat oleh berbagai pihak berkisar daripada perutusan diberikan Mahathir itu serta perjalanan kerajaan PH selama setahun.

Thursday, May 9, 2019

Jumpa mahaguru padi Myanmar.

CATATAN PERJALANAN
[Siri Kedua]

PEMBURUAN Sein Ta Lone tidak begitu memuaskan kerana ketika ini "mango berlian" itu masih belum benar-benar matang. Musim matang sepenuhnya masih belum tiba. Sein Ta Lone baru mula masak, membuang buruk kata orang. Jadi aroma dan keenakan sebenarnya belum dapat dirasai sepenuhnya.

Semasanya kami dihidangkan buah berkenaan semasa makan tengah hari di sebuah restoran Thailand di bandar Yangon, rasa manis sebenarnya belum dirasai, kerana isinya masih rasa "letal" dengan getahnya.

Tuesday, May 7, 2019

Tiada rombakan kabinet menteri jangan rasa selesa

ULASAN 

PENEGASAN Dr Mahathir Mohamad tidak ada rombakan kabinet memberi reaksi berbeza, di antara jemaah menteri dengan sebahagian rakyat dan pemerhati politik. Para jemaah menteri tentu gembira dan merasa lega dengan kenyataan itu kerana kedudukan mereka tidak akan berubah. 

Mereka boleh kekal dikerusi menteri masing-masing sehingga ke satu masa tertentu.

Bagaimana pun lain keadaannya di kalangan rakyat dan pemerhati yang mahu melihat berlaku rombakan kabinet setelah kerajaan mencapai setahun. Bagi rakyat dan pemerhati mereka melihat ada sesuatu kekurangan dan kelemahan dihadapi sesetengah menteri yang memerlukan Mahathir menyusun semula kabientnya. 

Monday, May 6, 2019

Molek Dr Mahathir berhenti layan budak yang disifatkan "bodoh".

SUSUPAN PETANG

SAYA rasa bukan sahaja saya yang serabut perut atau mual dengan perbalahan, kata mengatakan di antara Dr Mahathir Mohamad dengan seorang anak raja di bahagian Selatan sana. Orang lain juga mual dengan apa yang berlaku. Pertelingkahan dan kata mengatakan itu tidak memberi manfaat pun kepada pembangunan bangsa dan negara ini.

Si anak raja itu cuba hendak menunjukkan kekuasaan institusi diwarisinya serta mempamirkan kononnya raja juga berjasa kepada negara. Manakala Perdana Menteri pula cuba mempertahankan hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi daripada diganggui oleh kekuasaan seorang raja. Itu sahaja yang menjadi motif disebalik perbalahan mereka berdua itu.

Sunday, May 5, 2019

Memburu Sein Ta Lone Myanmar

CATATAN PERJALANAN
[Siri Pertama]
  
Pemandangan sebahagian bandaraya Yangon
dari jendela pesawat.
TANGGAL 1 Mei lalu saya ke Myanmar dalam misi apa yang saya namakan "kemanusiaan" dan “perdagangan”. Misi ini bukan misi tanggungan kerajaan atau pun diatur mana-mana agensi. Ia lebih kepada misi peribadi yang pernah dilalui saya sebelum ini; Misi Kemanusiaan.
  
Sebelum ini sudah beberapa misi seumpama itu diadakan atas inisiatif Senator Husam Musa yang ikut saya serta, seperti Aceh semasa dilanda tsunami 2004, dan juga ke Turki dalam membantu pelarian anak-anak yatim Syria dan lain-lain.