CATATAN KHAS
SEMALAM (9 Mei 2019) genap 365 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH). Berbagai ulasan dan sorotan dibuat oleh berbagai pihak terhadap kerajaan PH. Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya, di hadapan 1,000 hadirin termasuk jemaah menteri, ketua-ketua jabatan, pemimpin utama parti komponen PH dan kedutaan asing Dr Mahathir Mohamad sendiri menyampaikan perutusan khas, serentak melaporkan pencapaian kerajaan dalam tempoh tersebut.
Dalam catatan selepas Subuh ini saya tidak mahu menyorot dan mengulas perutusan khas Mahathir itu, dan memperkatakan serta mengulas pencapaiannya, kerana sudah banyak ulasan dibuat oleh berbagai pihak berkisar daripada perutusan diberikan Mahathir itu serta perjalanan kerajaan PH selama setahun.
Juga tidak bercadang untuk memperkatakan keburukan dan kegagalan kerajaan PH, kerana untuk melihat keburukan kerajaan PH, anda boleh jenguk silau di laman media sosial pihak sana, semua ada, termasuk hujah-hujah yang tidak masuk akal dan pandir.
Biarlah dalam catatan ini saya berbicara mauduk lain yang dikira ia tetap ada hubung kait dan relevansi dengan tempoh setahun kerajaan PH itu.
Saya mahu menarik perhatian dan memberi fokus khasnya kepada seorang insan dan sosok yang merupakan sebahagian tulang belakang atau menjadi tulang rusuk kepada pembentukan kerajaan PH itu. Beliau dimaksudkan itu Dr Wan Azizah Wan Ismail, 66 yang kini menjabat jawatan Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Kesempatan untuk berada di rumahnya berhari-hari di Bukit Damansara bersama ribuan simpatis lain semasa beliau dan keluarganya ditimpa musibah akhir September 1998 memberi peluang kepada saya mengenali tentang diri wanita ini. Sejak dari peristiwa itu beliau terus menjadi perhatian dan sorotan saya. Hampir sebahagian besar kembara juangnya saya turuti. Tidak ada minggu berdemonstrasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang saya “mipat” untuk bersama.
Hubungan menerusi pengamatan itu menjadikan saya mengenali sifat-sifatnya, hati budinya serta keulitannya sebagai serikandi bangsa ini.
Tidak terlampau jika dikatakan saya antara orang awal dibenarkan berintraksi dengan beliau semasa awal ditimpa musibah. Sebagai wartawan dan penulis kecil, saya adalah wartawan tempatan pertama diberikan peluang untuk mewawancaranya pada 27 Disember 1998. Kesempatan itulah saya mengopek perasaanya sebagai isteri dan ibu yang tiba-tiba terpaksa bangkit memikul beban yang tidak sepatutnya setelah suami digiring ke penjara.
Saya rasa bertuah dan dirai kerana tidak ada media tempatan lain diberi kesempatan. Keengganan beliau daripada diwawancara media tempatan pada masa itu bukan bermakna beliau sombong, tetapi hilang kepercayaan kepada media tempatan yang seolah-olah tidak ada sejuring simpati langsung terhadapnya dan suaminya, Anwar Ibrahim.
Atas sejarah itulah saya turut merasa bertuah kerana dapat mengenali dan mengikut liku dan lurah-lurah perjuangannya 20 tahun lepas.
Wanita bersejarah.
Apabila beliau mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, tanggal 21 Mei, 2018 rasmilah namanya dicatat sebagai wanita pertama menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan TPM yang ke 12. Untuk dirinya sendiri, Dr Wan Azizah sudah sampai ke klimek penglibatan dalam dunia politik yang berlaku tanpa diduga dan disengajakan.
Sejujurnya apa yang diterimanya satu anugerah Allah yang jarang difikir sesiapa. Siapa terfikir ketika itu perjuangan yang berlaku secara terpaksa itu, yang bingkas atas nawaitu membela suami berakhir dengan penobatan sebagai TPM jawatan kedua tertinggi negara.
Saya sendiri juga tidak terfikir sampai ke situ walaupun apabila mengenangkan kegigihan dan nasib diterimanya saya meletakkan Dr Wan Azizah senada dengan wanita-wanita lain yang terpalit dengan perjuangan politik disebabkan suami seperti, Sonia Ghandi di India, Corazon Aquino di Filipina. Ataupun seperti
Margaret Thatcher, Indra Ghani, Benazir Bhutto, Sonia Ghandi, Khalida Zia, Chandra Kumaratungal, Aung San Suu Kyi dan Megawati Sukarnoputeri.
Sementara keperitan dan kesungguhan yang beliau hadapi ketika itu menyebabkan saya melihat beliau sama keadaan dengan Aung San Suu Kyi di Myanmar yang berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan rakyat dinegeri itu. Bagaimana Suu Kyi berjuang untuk membebaskan rakyat negaranya dari dibelenggu kerajaan Junta, begitulah pula Azizah di Malaysia berjuang untuk memerdekakan rakyat Malaysia dibawah sistem regim Mahathir Mohamad.
Apa yang berlaku sekarang adalah ketentuan Allah. Sebenar ia suatu yang pantas bila diukur dengan kegigihannya meneruskan perjuangan. Hal ini diikhtiraf dan dirasai sendiri oleh Dr Mahathir apabila PM itu menyebut dan menjadikan penakhtaan Kak Wan disitu sebagai kekuatan, kebanggaan dan buah hati kerajaan PH.
Semasa berucap di PICC semalam, Mahathir menyebut bagi menggambarkan kebanggaan dan kehebatan kerajaan PH yang berjaya meletakkan seorang wanita menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan ia adalah buat pertama kali bagi Malaysia. Sebutan Mahathir itu tidak dapat menyembunyikan kebanggaan dan kepuasan jiwa PM ke 7 itu kerana mempunyai timbalan seorang wanita. Tepukan bergemuruh apabila Mahathir memberi pengikhtirafan itu.
Dan tentunya lebih istimewa lagi buat Mahathir kerana sebelum ini orang menjadi timbalannya adalah suami kepada timbalan sekarang. Dan bagi kaum wanita Malaysia pula pelantikan Kak Wan itu sebagai pengikhtirafan kepada kaum itu dan bolehlah dijadikan lambang kejayaan,
Ramai yang datang.
Hari ini apabila Kak Wan sudah berada di naungan teduh dan damai di JPM, ramai yang tumpang bergembira dan menumpang nyaman. Keseronokan itu mungkin ada terlupa kesengsaraan sebelum ini. Mereka yang baru khususnya yang kini tergesa-gesa mahu membuka kenderaan rasmi TPM, tentu tidak pernah tahu dan melihat keringat penat yang meleleh di wajah Kak Wan di setiap demostarsi disertainya.
Mungkin juga ramai yang sudah mengalpa keperitan di era Reformasi dahulu, setiap minggu dan masa diburu polis dengan belantan dan semburan gas pemedih mata dan terperap dalam lokap beberapa kali. Lumrah manusia, apabila sudah mencapai kebahagiaan lupa penderitaan lampau.
Namun saya yakin ia tetap sebati dalam diri pejuang atau mereka awal bersama Kak Wan. Mereka ini kini terpinggir dan tersudut kerana mereka berjuang bukan ingin sesuatu melainkan kebebasan untuk rakyat dan Anwar. Apabila maksud perjuangan itu sudah diperolehi, maka mereka perlu berihat?
Kitab suka Azizah.
Seperti mana dijanjikan tadi, dalam catatan ini saya akan menceritakan dan membuka semula lembaran kitab kesangsaraan dan dukalara Kak Wan 20 tahun lalu sebagai cenderamata ingatan kita bersama. Tujuannya agar kebahagiaan yang dinikmati kini senantiasa disulami kesan masa lampau. Menyatakan kesengsaraan dan kesedihannya menghayati hidup sebagai seorang wanita, ibu dan suami yang ditambat dengan tali keseksaan di balik tembok batu.
Umum tahu karier Dr Wan Azizah bukan politik. Beliau seorang doktor pakar mata. Sebelum ini beliau tidak ada apa-apa ambisi dalam politik. Kak Wan bukan bercita-cita untuk menjadi orang besar jauh sekali memiliki banyak beg tangan berjenama atau batu permata bernilaian ratusan juta.
Beliau hanya orang biasa sahaja, disamping sebagai pegawai perubatan (Doktor Mata), kalau yang agak istimewa baginya hanya sebagai isteri TPM dan bakal dinobatkan sebagai wanita pertama apabila suaminya, Anwar menjadi PM. Itu sahaja kehebatan dan kelebihan (glamour) yang ada kepadanya. Perjuangan dan azam penting hanya menjadi isteri seorang pembesar yang baik dan ibu yang menyayangi anak-anak.
Keperluannya di rumah lebih penting daripada diluar; mendidik enam orang anak; Nurul Izzah, Nurul Hana, Nurul Nuha, Nurul Iman, Ihsan dan Nurul Ilham menyedia dan melayan suami seorang ahli politik. Untuk bersama masyarakat hanya sebagai memaknakan tugas dan tanggungjawab suami sebagai orang nombor dua negara menerusi Badan Kebajikan Isteri-isteri Menteri (Bakti).
Apabila ditanya peranannya sebagai isteri perjuang seperti Anwar, yang sibuk dan famous beliau selalu meredah dengan berkata; biarlah kalau saya tidak dikenal tidak mengapa, dan saya senang begitu. Saya ingin membantu dan berkhidmat kepada abang Anwar.” Kata-kata ini bukan sekali diluahkan, kerap kali. Ini menunjukkan kerendahan dirinya. Ia dapat dipadankan dengan cara penampilan dan pergaulannya dengan orang ramai semasa menjadi isteri vip, mesra dan ramah.
20 tahun lalu zaman sedih dan airmata. Kak Wan melalui jalan kehidupan yang sangat pahit dan getir. Berdepan dengan cabaran dan penghinaan, apabila suaminya dipecat daripada jawatan yang cukup berprestasi, Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno. Paling menekan jiwanya bukan kerana pemecatan itu, tetapi pemenjaraan suaminya atas fitnah. Ini paling terkesan daripada Anwar kehilangan jawatan.
Penjara mungkin hanya menyepikan hidupnya bersama anak-anak. Tetapi penderitaan lebih parah daripada itu ialah menghadapi tohmahan, kejian buruk terhadap suaminya terpaksa dikongsi dengan sungguh memeritkan. Beliau dan seluruh keluarganya turut dilumuri kekejian itu. Di luar sana para pembenciannya menyanyi dan mendendangkan lagu ejekan yang berseni katakan nesta, jijik dan kotor terhadap suaminya. Ia cukup menyeksa dan memanaskan telinga dan hati.
Apa menimpa ke atas diri suaminya beliau perlu bertanggungjawab. Itulah kewajiban seorang isteri. Maka itu beliau turun ke medan juang, berjuang untuk membela suaminya, memberi keadilan dan kebebasan dari kurungan yang azab. Beliau tidak hanya menadah tangan di atas sejadah, berdoa, tetapi bergerak jauh dari itu memimpin sebuah perjuangan, Reformasi di bawah.
Paling membebankan lagi, bersama pembelaan itu, tugas berat juga terletak diatas bahu ialah menggerakkan perjuangan Reformasi demi rakyat. Penderitaan suami yang dibelit dengan kerakusan pengusaha perlu dileraikan. Rakyat yang telah menghidupkan api perjuangan yang dinyalakan suaminya selama ini perlu diteruskan.
Dalam tempoh dua dekad Kak Wan memegang tiga tangungjawab penting serentak. Sebagai seorang ibu, seorang isteri dan seorang pemimpin menjadi Presiden parti Keadilan. Bayangkan, manusia bertubuh kecil, yang beratnya tidak melebih 55kg, tidak pernah dilatih dalam perjuangan sedemikian rupa terpaksa menanggung tiga beban dan tanggungjawab serentak.
Di bahu kanan terpanggung beban penderitaan suami, di bahu kanan pula terletak tanggungjawab dan kewajiban menjaga anak-anak dan keluarga. Sementara di pundaknya pula terpacak panji perjuangan membela rakyat yang harus diharungi.
Menurut akal, sebagai seorang yang tidak terlatih dengan perjuangan seperti itu, mana mungkin Kak Wan dapat melaluinya. Tidak mungkin dia sukses. Tetapi inilah kekuatan dan keulitan yang ada kepada Kak Wan. Inilah bukti kehebatannya. Bahawa dalam api Azizah ada api. Dalam perjuangan Reformasi dan membela keadilan untuk Anwar, walaupun beliau kaum Hawa tetapi lebih gigih dan kental daripada seribu lelaki perkasa lain. Ketika seorang demi seorang lelaki perkasa memohon untuk undur ke belakang, kerana kecewa dan give-up dengan Reformasi dan tidak tahan menghadapi paluan lawan, tetapi Kak Wan terus tegak dihadapan dengan sebahagian yang lain yang setia dan rela menggerakkan obor Reformasi.
Tidak tahu berputus asa.
Apabila bercerita fasal penderitaan dilaluinya, hal mengakgumkan ialah Kak Wan tidak tahu putus asa. Doa adalah mengiringi perjalanan hidup dan pengharapannya. Tidak pernah kita melihat beliau menangis di khalayak ramai kerana merintihkan nasib diterimanya. Betulkah? Saya secara peribadi melihat hal ini dan bertanya sendiri kepadanya.
“Orang tidak tahu kita menangis, dan untuk apa kita tunjukkan tangisan kita kerana ia tidak boleh merubah apa-apa, kecuali kita tunjukkan kepada Allah,” demikian jawabnya jujur dan berfalsafah. Saya boleh meraba dan merasa kedukaan jiwanya apabila bercakap soal nasib dialami suaminya. Beliau tidak marah kepada sesiapa, banyak redha dengan keadaan.
Jiwanya tertekan dan hiba bila saat membicarakan nasib Anwar dan keluarganya tiba-tiba suaranya jadi perlahan dan lirih. “Saya redha dan Allah ada.” Begitulah lafaznya. Saat ini saya nampak beliau cuba menahan kolam airmanya agar tidak meledak.
Ah, banyak untuk menulis menceritakan keperitan dan mengukur kekuatan jiwa Kak Wan. Catatan ini tidak akan berhenti walaupun sampai ke waktu Asar nanti. Banyak citranya.Tetapi cukuplah kalau disimpulkan dengan apa yang diceritakan itu.
Mengamati pencapaian Kak Wan itu ia bukan senang. Ia tidak semudah dirasakan sebaliknya memerlukan beberapa sifat ulit tersendiri. Melihat ini bagi saya, Kak Wan seorang mempunyai sifat sabar dan redha yang tinggi. Belau tetap bersabar mendengar apa sahaja cerca terhadap suaminya dan tidak pernah give-up. Beliau tidak pernah berputus asa kerana meletakkan pertolongan Allah itu kejap dalam dirinya.
Selain itu Kak Wan juga mempunyai sifat sabar dan tabah menghadapi apa sahaja. Tidak pernah berputus asa dan mudah cair dengan segala fitnah. Sifat rendah diri dan tawaduknya yang tinggi pula menyebabkan rakyat berpihak dan bersimpati kepadanya. Beliau tidak mempunyai material untuk membayar perjuangan, tetapi aset utama dimiliki ialah yakin kepada kebenaran dan janji Allah yang tidak dapat dilihat.
Sementara teras dan kekuatan penting milik Kak Wan sebagai pejuang, ialah kerana yakin dengan apa yang diperjuangkan oleh suaminya, keadilan dan kebenaran. Baginya Anwar bukan retorik tetapi kebenaran. Walaupun apa orang tuduh dan cerca suaminya, beliau tidak berubah, kerana yang memiliki Anwar sepenuhnya hanya beliau. Yang tahu hati budi dan cinta Anwar ialah beliau. Orang lain hanya melihat tetapi yang merasa dan menerima adalah dia.
Kekukuhan cinta dan kasih sayang suami isteri ini saya sering lihat. Di mana-mana majlis (no official), baik dalam ceramah kecil atau forum besar, Anwar tidak pernah tidak menyebut dan mengingati isterinya. Beliau tetap akan menyebut nama Azizah, yang bermaksud “disayangi”, dan “mulia” itu baik dalam nada seloroh atau serious. Nama indah itu senantiasa terlekat di mindanya.
Begitu juga dengan Kak Wan tidak pernah terlupa nama Anwar walaupun dimana beliau berada. Nama Anwar bermaksud “cahaya” itu tidak pernah melindungi daripada menyinar jiwa dan hatinya. Saling sebut menyebut dan ingat mengingati ini membuktikan kedua insan ini mempunyai cinta Uda dan Dara yang kental, cinta Laila dan Qais yang padu, cinta Adam dan Hawa yang abadi.
Dan untuk para pejuang, ambil dan terimalah Dr Wan Azizah sebagai role of model sejati dalam perjuangan. Azizah bukan sahaja menjadi lagenda dan disebut dalam lagu P Ramlee yang disukai ramai, tetapi ia akan disebut dan dinayanyikan oleh 30 juta rakyat Malaysia. Azizah Anwar bukan seperti Azizah P Ramlee, yang mepunyai mata bulat, tetapi Azizah Anwar yang mempunyai hati suci dan ketabahan yang hebat.
Atas kelebihan yang dimiliki Kak Wan itulah Tuhan menganugerahkan kedudukan seperti hari ini, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tahniah. [wm.kl. 6:00 am 10/05/19]
Glossi: Mipat = tidak terlepas, tidak mis.
Dr Wan Azizah: Apa dilalui dan digapainya satu sejarah. |
Dalam catatan selepas Subuh ini saya tidak mahu menyorot dan mengulas perutusan khas Mahathir itu, dan memperkatakan serta mengulas pencapaiannya, kerana sudah banyak ulasan dibuat oleh berbagai pihak berkisar daripada perutusan diberikan Mahathir itu serta perjalanan kerajaan PH selama setahun.
Juga tidak bercadang untuk memperkatakan keburukan dan kegagalan kerajaan PH, kerana untuk melihat keburukan kerajaan PH, anda boleh jenguk silau di laman media sosial pihak sana, semua ada, termasuk hujah-hujah yang tidak masuk akal dan pandir.
Biarlah dalam catatan ini saya berbicara mauduk lain yang dikira ia tetap ada hubung kait dan relevansi dengan tempoh setahun kerajaan PH itu.
Saya mahu menarik perhatian dan memberi fokus khasnya kepada seorang insan dan sosok yang merupakan sebahagian tulang belakang atau menjadi tulang rusuk kepada pembentukan kerajaan PH itu. Beliau dimaksudkan itu Dr Wan Azizah Wan Ismail, 66 yang kini menjabat jawatan Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Sudah tentu tanggal 9 Mei memberi signifikan dan tawarikh bermakna buat insan ini khasnya dan seluruh rakyat yang merasakan kehadirannya dipersada politik negara ini sesuatu yang istimewa dan membantu. Dr Wan Azizah yang dimesrai dengan panggilan Kak Wan boleh disimbolkan sebagai sekuntum bunga yang mengaromakan bau yang mengasyikan. Kewujudannya dalam kancah perjuangan khasnya Reformasi menjadi daya tarikan magnetik yang unik.Dalam catatan ini juga, Insya-Allah saya akan membuat sedikit flash back awal mula saya mengenali dan mendekati wanita “nombor satu” negara ini, yang saya mulai mengenalnya sejak 20 tahun lepas. Walaupun saya tidak begitu rapat dengan beliau lebih awal, tetapi saya merupakan pemerhati kerdil kepada peristiwa dilaluinya menjadi semacam saya "makrifat" dengan seni dan mehnaj perjuangannya.
Kesempatan untuk berada di rumahnya berhari-hari di Bukit Damansara bersama ribuan simpatis lain semasa beliau dan keluarganya ditimpa musibah akhir September 1998 memberi peluang kepada saya mengenali tentang diri wanita ini. Sejak dari peristiwa itu beliau terus menjadi perhatian dan sorotan saya. Hampir sebahagian besar kembara juangnya saya turuti. Tidak ada minggu berdemonstrasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang saya “mipat” untuk bersama.
Hubungan menerusi pengamatan itu menjadikan saya mengenali sifat-sifatnya, hati budinya serta keulitannya sebagai serikandi bangsa ini.
Saya mewawancara Kak Wan 28 Disember 1998 di rumahnya di Damansara. |
Saya rasa bertuah dan dirai kerana tidak ada media tempatan lain diberi kesempatan. Keengganan beliau daripada diwawancara media tempatan pada masa itu bukan bermakna beliau sombong, tetapi hilang kepercayaan kepada media tempatan yang seolah-olah tidak ada sejuring simpati langsung terhadapnya dan suaminya, Anwar Ibrahim.
Atas sejarah itulah saya turut merasa bertuah kerana dapat mengenali dan mengikut liku dan lurah-lurah perjuangannya 20 tahun lepas.
Wanita bersejarah.
Apabila beliau mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, tanggal 21 Mei, 2018 rasmilah namanya dicatat sebagai wanita pertama menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan TPM yang ke 12. Untuk dirinya sendiri, Dr Wan Azizah sudah sampai ke klimek penglibatan dalam dunia politik yang berlaku tanpa diduga dan disengajakan.
Sejujurnya apa yang diterimanya satu anugerah Allah yang jarang difikir sesiapa. Siapa terfikir ketika itu perjuangan yang berlaku secara terpaksa itu, yang bingkas atas nawaitu membela suami berakhir dengan penobatan sebagai TPM jawatan kedua tertinggi negara.
Saya sendiri juga tidak terfikir sampai ke situ walaupun apabila mengenangkan kegigihan dan nasib diterimanya saya meletakkan Dr Wan Azizah senada dengan wanita-wanita lain yang terpalit dengan perjuangan politik disebabkan suami seperti, Sonia Ghandi di India, Corazon Aquino di Filipina. Ataupun seperti
Margaret Thatcher, Indra Ghani, Benazir Bhutto, Sonia Ghandi, Khalida Zia, Chandra Kumaratungal, Aung San Suu Kyi dan Megawati Sukarnoputeri.
Sementara keperitan dan kesungguhan yang beliau hadapi ketika itu menyebabkan saya melihat beliau sama keadaan dengan Aung San Suu Kyi di Myanmar yang berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan rakyat dinegeri itu. Bagaimana Suu Kyi berjuang untuk membebaskan rakyat negaranya dari dibelenggu kerajaan Junta, begitulah pula Azizah di Malaysia berjuang untuk memerdekakan rakyat Malaysia dibawah sistem regim Mahathir Mohamad.
Apa yang berlaku sekarang adalah ketentuan Allah. Sebenar ia suatu yang pantas bila diukur dengan kegigihannya meneruskan perjuangan. Hal ini diikhtiraf dan dirasai sendiri oleh Dr Mahathir apabila PM itu menyebut dan menjadikan penakhtaan Kak Wan disitu sebagai kekuatan, kebanggaan dan buah hati kerajaan PH.
Semasa berucap di PICC semalam, Mahathir menyebut bagi menggambarkan kebanggaan dan kehebatan kerajaan PH yang berjaya meletakkan seorang wanita menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan ia adalah buat pertama kali bagi Malaysia. Sebutan Mahathir itu tidak dapat menyembunyikan kebanggaan dan kepuasan jiwa PM ke 7 itu kerana mempunyai timbalan seorang wanita. Tepukan bergemuruh apabila Mahathir memberi pengikhtirafan itu.
Dan tentunya lebih istimewa lagi buat Mahathir kerana sebelum ini orang menjadi timbalannya adalah suami kepada timbalan sekarang. Dan bagi kaum wanita Malaysia pula pelantikan Kak Wan itu sebagai pengikhtirafan kepada kaum itu dan bolehlah dijadikan lambang kejayaan,
Ramai yang datang.
Cinta Kak Wan kemen dalam pelukan Anwar. |
Mungkin juga ramai yang sudah mengalpa keperitan di era Reformasi dahulu, setiap minggu dan masa diburu polis dengan belantan dan semburan gas pemedih mata dan terperap dalam lokap beberapa kali. Lumrah manusia, apabila sudah mencapai kebahagiaan lupa penderitaan lampau.
Namun saya yakin ia tetap sebati dalam diri pejuang atau mereka awal bersama Kak Wan. Mereka ini kini terpinggir dan tersudut kerana mereka berjuang bukan ingin sesuatu melainkan kebebasan untuk rakyat dan Anwar. Apabila maksud perjuangan itu sudah diperolehi, maka mereka perlu berihat?
Kitab suka Azizah.
Seperti mana dijanjikan tadi, dalam catatan ini saya akan menceritakan dan membuka semula lembaran kitab kesangsaraan dan dukalara Kak Wan 20 tahun lalu sebagai cenderamata ingatan kita bersama. Tujuannya agar kebahagiaan yang dinikmati kini senantiasa disulami kesan masa lampau. Menyatakan kesengsaraan dan kesedihannya menghayati hidup sebagai seorang wanita, ibu dan suami yang ditambat dengan tali keseksaan di balik tembok batu.
Umum tahu karier Dr Wan Azizah bukan politik. Beliau seorang doktor pakar mata. Sebelum ini beliau tidak ada apa-apa ambisi dalam politik. Kak Wan bukan bercita-cita untuk menjadi orang besar jauh sekali memiliki banyak beg tangan berjenama atau batu permata bernilaian ratusan juta.
Beliau hanya orang biasa sahaja, disamping sebagai pegawai perubatan (Doktor Mata), kalau yang agak istimewa baginya hanya sebagai isteri TPM dan bakal dinobatkan sebagai wanita pertama apabila suaminya, Anwar menjadi PM. Itu sahaja kehebatan dan kelebihan (glamour) yang ada kepadanya. Perjuangan dan azam penting hanya menjadi isteri seorang pembesar yang baik dan ibu yang menyayangi anak-anak.
Keperluannya di rumah lebih penting daripada diluar; mendidik enam orang anak; Nurul Izzah, Nurul Hana, Nurul Nuha, Nurul Iman, Ihsan dan Nurul Ilham menyedia dan melayan suami seorang ahli politik. Untuk bersama masyarakat hanya sebagai memaknakan tugas dan tanggungjawab suami sebagai orang nombor dua negara menerusi Badan Kebajikan Isteri-isteri Menteri (Bakti).
Apabila ditanya peranannya sebagai isteri perjuang seperti Anwar, yang sibuk dan famous beliau selalu meredah dengan berkata; biarlah kalau saya tidak dikenal tidak mengapa, dan saya senang begitu. Saya ingin membantu dan berkhidmat kepada abang Anwar.” Kata-kata ini bukan sekali diluahkan, kerap kali. Ini menunjukkan kerendahan dirinya. Ia dapat dipadankan dengan cara penampilan dan pergaulannya dengan orang ramai semasa menjadi isteri vip, mesra dan ramah.
20 tahun lalu zaman sedih dan airmata. Kak Wan melalui jalan kehidupan yang sangat pahit dan getir. Berdepan dengan cabaran dan penghinaan, apabila suaminya dipecat daripada jawatan yang cukup berprestasi, Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno. Paling menekan jiwanya bukan kerana pemecatan itu, tetapi pemenjaraan suaminya atas fitnah. Ini paling terkesan daripada Anwar kehilangan jawatan.
Penjara mungkin hanya menyepikan hidupnya bersama anak-anak. Tetapi penderitaan lebih parah daripada itu ialah menghadapi tohmahan, kejian buruk terhadap suaminya terpaksa dikongsi dengan sungguh memeritkan. Beliau dan seluruh keluarganya turut dilumuri kekejian itu. Di luar sana para pembenciannya menyanyi dan mendendangkan lagu ejekan yang berseni katakan nesta, jijik dan kotor terhadap suaminya. Ia cukup menyeksa dan memanaskan telinga dan hati.
Apa menimpa ke atas diri suaminya beliau perlu bertanggungjawab. Itulah kewajiban seorang isteri. Maka itu beliau turun ke medan juang, berjuang untuk membela suaminya, memberi keadilan dan kebebasan dari kurungan yang azab. Beliau tidak hanya menadah tangan di atas sejadah, berdoa, tetapi bergerak jauh dari itu memimpin sebuah perjuangan, Reformasi di bawah.
Paling membebankan lagi, bersama pembelaan itu, tugas berat juga terletak diatas bahu ialah menggerakkan perjuangan Reformasi demi rakyat. Penderitaan suami yang dibelit dengan kerakusan pengusaha perlu dileraikan. Rakyat yang telah menghidupkan api perjuangan yang dinyalakan suaminya selama ini perlu diteruskan.
Situasi inilah yang dilihat satu hambatan hebat yang dilalui olehnya. Bukan calang-calang orang dapat lulus daripada ujian maha getir ini. Bukan sedikit rumah tangga hancur apabila “arkitek”nya tiada, dan bukan sedikit wanita mampu menahan rasa dan rindu bila suami terlindung dibalik tembok batu. Namun ujian dan cabaran itu berjaya dilalui Kak Wan dengan selamat dan jaya.Boleh disifatkan ujian dan cabaran dilalunya itu adalah ujian keimanan oleh Allah buatnya. Ia sebagai ingin mengsahihkan Kak Wan sudah melalui peperiksaan daripada Tuhan seperti mana disebut maksud sebuah firman; tidaklah beriman seseorang itu selagi ia tidak diuji. – Al Ankabut: 2. Nasib Kak Wan terpaksa menerima bentuk ujian mengsahihkan keimanan begitu demikian rupa; suami disesksa rumah tangga hampir porak peranda.
Dalam tempoh dua dekad Kak Wan memegang tiga tangungjawab penting serentak. Sebagai seorang ibu, seorang isteri dan seorang pemimpin menjadi Presiden parti Keadilan. Bayangkan, manusia bertubuh kecil, yang beratnya tidak melebih 55kg, tidak pernah dilatih dalam perjuangan sedemikian rupa terpaksa menanggung tiga beban dan tanggungjawab serentak.
Di bahu kanan terpanggung beban penderitaan suami, di bahu kanan pula terletak tanggungjawab dan kewajiban menjaga anak-anak dan keluarga. Sementara di pundaknya pula terpacak panji perjuangan membela rakyat yang harus diharungi.
Menurut akal, sebagai seorang yang tidak terlatih dengan perjuangan seperti itu, mana mungkin Kak Wan dapat melaluinya. Tidak mungkin dia sukses. Tetapi inilah kekuatan dan keulitan yang ada kepada Kak Wan. Inilah bukti kehebatannya. Bahawa dalam api Azizah ada api. Dalam perjuangan Reformasi dan membela keadilan untuk Anwar, walaupun beliau kaum Hawa tetapi lebih gigih dan kental daripada seribu lelaki perkasa lain. Ketika seorang demi seorang lelaki perkasa memohon untuk undur ke belakang, kerana kecewa dan give-up dengan Reformasi dan tidak tahan menghadapi paluan lawan, tetapi Kak Wan terus tegak dihadapan dengan sebahagian yang lain yang setia dan rela menggerakkan obor Reformasi.
Tidak tahu berputus asa.
Apabila bercerita fasal penderitaan dilaluinya, hal mengakgumkan ialah Kak Wan tidak tahu putus asa. Doa adalah mengiringi perjalanan hidup dan pengharapannya. Tidak pernah kita melihat beliau menangis di khalayak ramai kerana merintihkan nasib diterimanya. Betulkah? Saya secara peribadi melihat hal ini dan bertanya sendiri kepadanya.
“Orang tidak tahu kita menangis, dan untuk apa kita tunjukkan tangisan kita kerana ia tidak boleh merubah apa-apa, kecuali kita tunjukkan kepada Allah,” demikian jawabnya jujur dan berfalsafah. Saya boleh meraba dan merasa kedukaan jiwanya apabila bercakap soal nasib dialami suaminya. Beliau tidak marah kepada sesiapa, banyak redha dengan keadaan.
Jiwanya tertekan dan hiba bila saat membicarakan nasib Anwar dan keluarganya tiba-tiba suaranya jadi perlahan dan lirih. “Saya redha dan Allah ada.” Begitulah lafaznya. Saat ini saya nampak beliau cuba menahan kolam airmanya agar tidak meledak.
Ah, banyak untuk menulis menceritakan keperitan dan mengukur kekuatan jiwa Kak Wan. Catatan ini tidak akan berhenti walaupun sampai ke waktu Asar nanti. Banyak citranya.Tetapi cukuplah kalau disimpulkan dengan apa yang diceritakan itu.
Mengamati pencapaian Kak Wan itu ia bukan senang. Ia tidak semudah dirasakan sebaliknya memerlukan beberapa sifat ulit tersendiri. Melihat ini bagi saya, Kak Wan seorang mempunyai sifat sabar dan redha yang tinggi. Belau tetap bersabar mendengar apa sahaja cerca terhadap suaminya dan tidak pernah give-up. Beliau tidak pernah berputus asa kerana meletakkan pertolongan Allah itu kejap dalam dirinya.
Selain itu Kak Wan juga mempunyai sifat sabar dan tabah menghadapi apa sahaja. Tidak pernah berputus asa dan mudah cair dengan segala fitnah. Sifat rendah diri dan tawaduknya yang tinggi pula menyebabkan rakyat berpihak dan bersimpati kepadanya. Beliau tidak mempunyai material untuk membayar perjuangan, tetapi aset utama dimiliki ialah yakin kepada kebenaran dan janji Allah yang tidak dapat dilihat.
Sementara teras dan kekuatan penting milik Kak Wan sebagai pejuang, ialah kerana yakin dengan apa yang diperjuangkan oleh suaminya, keadilan dan kebenaran. Baginya Anwar bukan retorik tetapi kebenaran. Walaupun apa orang tuduh dan cerca suaminya, beliau tidak berubah, kerana yang memiliki Anwar sepenuhnya hanya beliau. Yang tahu hati budi dan cinta Anwar ialah beliau. Orang lain hanya melihat tetapi yang merasa dan menerima adalah dia.
Kekukuhan cinta dan kasih sayang suami isteri ini saya sering lihat. Di mana-mana majlis (no official), baik dalam ceramah kecil atau forum besar, Anwar tidak pernah tidak menyebut dan mengingati isterinya. Beliau tetap akan menyebut nama Azizah, yang bermaksud “disayangi”, dan “mulia” itu baik dalam nada seloroh atau serious. Nama indah itu senantiasa terlekat di mindanya.
Begitu juga dengan Kak Wan tidak pernah terlupa nama Anwar walaupun dimana beliau berada. Nama Anwar bermaksud “cahaya” itu tidak pernah melindungi daripada menyinar jiwa dan hatinya. Saling sebut menyebut dan ingat mengingati ini membuktikan kedua insan ini mempunyai cinta Uda dan Dara yang kental, cinta Laila dan Qais yang padu, cinta Adam dan Hawa yang abadi.
Dan untuk para pejuang, ambil dan terimalah Dr Wan Azizah sebagai role of model sejati dalam perjuangan. Azizah bukan sahaja menjadi lagenda dan disebut dalam lagu P Ramlee yang disukai ramai, tetapi ia akan disebut dan dinayanyikan oleh 30 juta rakyat Malaysia. Azizah Anwar bukan seperti Azizah P Ramlee, yang mepunyai mata bulat, tetapi Azizah Anwar yang mempunyai hati suci dan ketabahan yang hebat.
Atas kelebihan yang dimiliki Kak Wan itulah Tuhan menganugerahkan kedudukan seperti hari ini, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tahniah. [wm.kl. 6:00 am 10/05/19]
Glossi: Mipat = tidak terlepas, tidak mis.
No comments:
Post a Comment