Saturday, January 28, 2023

Pemecatan ahli, keberanian Zahid

 SESUDAH SUBUH

Khairy, Hishammudin dan Razlan
antara dipecat dan digantung. Foto: FMT
PARTI Umno telah mencatat sejarah hitam terbesar semalam sejak penubuhannya 77 tahun lampau apabila memecat ratusan ahlinya termasuk empat pemimpin tertingginya. 

Tindakan itu diambil untuk membersihkan parti berkenaan daripada anasir yang mengkhianti parti yang dianggap keramat selama ini, apabila cuba melakukan sabotaj dan pengkhianatan kepada parti.

Empat pemimpin tertinggi terbabit dengan tindakan itu dibuat dalam mesyuarat MT Umno malam tadi; mereka adalah bekas Ketua pemuda Khairy Jamnaluddin Abu Bakar yang dipecat  terus daripada parti.

Sunday, January 22, 2023

Buku Noktah. Sebuah Penantian akan beredar di Indonesia

MAKLUMAT

Perjanjian penerbitan buku
Noktah. Sebuah Penantian.
JIKA tidak ada aral merintang insya-Allah buku NOKTAH. SEBUAH PENANTIAN : Anwar PM10 akan diterbitkan di Indonesia dalam versi bahasa negara itu. 

Satu perjanjian persefahaman ke arah itu telah ditanda-tangani di antara saya dengan Bapak Velantino Dinsi yang bertindak selaku penerbit, tanggal 19 Januari 2023 lalu bertempat di Hotel Sofyan di Jalan Cut Mutia, Jakarta Pusat.

Sekiranya usaha ini berhasil ia merupakan anjakan baharu kepada buku tulisan saya kerana diterbit dan dipasarkan di negara jiran buat pertama kalinya. 

Wednesday, January 18, 2023

Penubuhan MUU tepat pada masanya

JELANG DHUA 

DALAM perhimpunan Agung Umno (Pau) yang baru berlalu presiden Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Umno (MUU). Majlis ini dilihat mempunyai bidang kuasa lebih besar daripada biro agama yang sedia ada. 

Tokoh agama Umno yang juga bekas ahli Parlimen Tumpat Dusuki Ahmad telah dipilih dan dilantik menjadi pengerusi  majlis berkenaan. Keanggotaan penuh majlis itu dan strukturnya belum diumumkan. 

Sunday, January 15, 2023

Intipati persidangan Umno 2022

SESUDAH SUBUH

PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) untuk tahun 2022 telah tamat semalam dengan merumus atau mencapai beberapa kesimpulan ada yang kurang menyenangkan. Perhimpunan (PAU) itu diadakan pertama kali selepas Umno berkejasama dengan penentangnya, (PH) setelah pembentukan kerajaan Perpaduan. Lantaran itu hawa dan nada dalam PAU memberi sedikit kelainan pesepsi para pemimpinnya berhubung senario semasa parti dan politik negara. 

Anaranya, Umno telah mula bersikap lunak dengan DAP yang selama ini menjadi musuh utama dan sasaran politiknya dalam usaha mengaut sokongan Melayu. Umno selama ini menjadi DAP sebagai khinzir yang hanyir tidak boleh didekati. Maaf DAP kerana saya guna istilah ini.  

Tuesday, January 10, 2023

Jejak Jakarta untuk saksi kehebatan Anwar

CATATAN PERJALANAN

Anwar dan Jokowi dua pemimpin
serumpun seNusantara.
SEBAIK dimkalumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Indonesia sebagai memenuhi jemputan presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi), terbuka di hati saya untuk berada sama di sana sewaktu beliau di negara itu. 

Mahu saya melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Anwar akan diberi sambutan dan penghormatan setelah beliau cukup mewah dengan sambutan dan penghormatan daripada rakyat di negara sendiri setelah beliau bergelar perdana menteri ke-10. 

Friday, January 6, 2023

KPPM akan diaktifkan semula

SESUDAH SUBUH 

Sebahagian ahli KPPM hadir pada majlis
peluncuran buku Pak Habib.
ERA 90-an adalah era kemeriahan penulis politik menerbitkan karya masing-masing. Ketika ini muncul ramai penulis yang concern dengan perkembangan politik tanah air. Kehadiran para penulis politik ketika itu seperti satu industri yang sama rancak dengan penulis genre lain seperti sukan, hiburan ataupun karya kreatif seperti novel, filem dan lain-lain.  

Peranan para penulis buku politik sebagai perakam sejarah politik dan pengkritik atau penegur kepada ahli-ahli politik sangat berkesan dalam membantu membangunkan politik negara. Sumbangan mereka dalam aspek ini tidak boleh dikesampingkan.