Tuesday, January 10, 2023

Jejak Jakarta untuk saksi kehebatan Anwar

CATATAN PERJALANAN

Anwar dan Jokowi dua pemimpin
serumpun seNusantara.
SEBAIK dimkalumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Indonesia sebagai memenuhi jemputan presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi), terbuka di hati saya untuk berada sama di sana sewaktu beliau di negara itu. 

Mahu saya melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Anwar akan diberi sambutan dan penghormatan setelah beliau cukup mewah dengan sambutan dan penghormatan daripada rakyat di negara sendiri setelah beliau bergelar perdana menteri ke-10. 


Anwar meraikan sahabatnya
yang menanti untuk bersalam dengannya.
Ternyata panggangan kepada cita-citanya untuk jadi PM selama 24 tahun terbalas baik dengan sambutan dan penghormatan rakyat kepadanya. Berbaloi biarpun terpaksa menunggu dua dasawarsa. 

Rakyat semacam "gila" dengannya. Ke mana sahaja beliau turun, di lapangan, beliau akan disambut dan dikerumuni semacam semut mengurungi gula bersalut madu. 

Di masjid sewaktu ingin solat Jumaat, ke warung sewaktu singgah untuk menghilang haus ditekak, di persimpangan sewaktu kenderaan rasmi berhenti menanti lampu hijau, beliau dikerumuni dan dilambai orang ramai yang ingin bersalaman bagi mengucap tahniah atas perlantikannya. 

Rimas dan risau pula melihat keadaan yang "semarut" itu. Seri Perdana yang dibukakan sebagai medan ilmuan juga didatangi rakyat berbondong-bodong pada setiap kali acara diadakan. Kediaman perdana menteri itu bertukar daripada premis eksklusif menjadi tempat "persinggahsanaan" rakyat. 

Sanjungan dan penghormatan kepadannya itu persis melepaskan rindu lama yang terdendam dihati setelah beliau dipanggang selama 24 tahun daripada menjadi perdana menteri. Kerumuni kepadanya itu sebagai melepas hajat sekaligus geram. Hajat diri sendiri dan geram kepada mereka yang mempersenda-sendakannya sebagai perdana menteri tepi dan insan yang berilusi dengan mimpi. 

Apakah sambutan hebat dan meriah seperti di tanah airnya itu juga akan berlaku di Indonesia? Kita tahu warga Indonesia juga sama dengan warga Malaysia yang telah lama menunggu beliau menjad PM. Hubungan Anwar dengan Indonesia juga sangat intim. Citarasa rakyat Indonesia tidak jauh bedanya dengan citarasa rakyat Malaysia terhadap kepimpinan dan idealismenya bernuansa Melayu dan Islami.  

Saya hanya membuntuti
PM.
Sebenrnya itulah tujuan saya ke Jakarta sempena dengan lawatan beliau ke negara berkenaan. Indonesia menjadi pilihannya sebagai negeri pertama dilawati selepas bergelar Perdana Menteri. Itu satu penghormatan buat Indonesia dan seluruh rakyat yang merinduinya serta percaya kepada wibawa dan karasmatiknya sebagai pemimpin nasional seNusantara. 

Seperti mana dinyatakan Anwar sewaktu sidang press, beliau sengaja memilih Indonesia sebagai negeri pertama kerana mengenangkan budi baik rakyat negara itu terhadapnya. Katanya beliau sesekali tidak akan melupakan budibaik dan penerimaan negara ini terhadapnya semasa beliau disisih dan dibuang dari jawatan. Rakyat Indonesia tidak membezakan penerimaan terhadapnya baik semasa berjawatan (TPM dan Menteri Kewangan) atau sewaktu terbuang.

Rakyat negara ini terutamanya mereka yang dekat dengannya, kawan-kawan seperjuangan dan sealiran pemikiran dan naluri kemanusiaan sama, menerima beliau dengan baik akan kehadirannya. Sesungguhnya budi rakyat Indoneisa kepada perjuangan reformasi yang diungguli Anwar sangat besar sekali. 

Mengapa tidak? Para sahabat dan kenalannya di sana turut bersimpati dengan nasib dialaminya selama ini. Apa dirasai Anwar sewaktu dalam penjara lebih sembilan tahun, dan dipermainkan Dr Mahathir Mohamad turut ikut pedih di sukma mereka. Semasa para aktivis reformasi dikejar aparat Dr Mahathir diugut akan dipenjarakan, mereka berceludar melarikan diri dan berlindung di Jakarta. Rakan dan sahabat Anwarlah memberi perlindungan makan minum.  

Bukan sekadar itu, mereka yang dekat dengannya tidak sahaja ikut sedih dan menangis, tetapi memberi ruang untuk Anwar bercerita mengenai nasib menimpa dirinya serta perilaku kejam regim Mahathir Mohamad terhadapnya. Pada saat pintu media dalam negara ditutup kepadanya, rakanya di Indonesia memberi pentas buat Anwar terus menghemburkan angin dan api perjuangan.

Demokrasi Indonesia terus membuka pintu dan ruang buatnya. Secara tidak sedar perjuangan refromasi yang dibendung di Kuala Lumpur dihangatkan Anwar dan rakan-rakannya dari Jakarta yang kemudian menyebabkan Mahathir akhir terpaksa mundur secara helah demokrasi menyerahkan Putrajaya kepada Abdullah Ahmad Badawi. 

Lantaran itu tentu rakyat Indonesia khususnya para rakan dan sahabatnya terdiri dari berbagai golongan dan status; politik, teknokrat, budayawan, agamawan, sejarahwan, aktivis dan refromis serta sebagainya bergembira dan syukur di atas pelantikanya sebagai PM10. Apabila Anwar memutuskan untuk mengadakan lawatan ke Indonesia, mereka tentu menanti dengan penuh kebanggaan menyambut Anwar sebagai wira "mengepong" piala kemenangan. Kerana itu, saya mengira Anwar akan disambut meriah oleh rakannya apabila beliau ke negara itu atas status sebagai perdana menteri.

Itulah antara tujuan saya ke sana mahu melihat dengan mata kepala sendiri. Lagipun berkebetulan selepas berakhinrya Covid, saya belum ke negeri serumpun sebangsa senusantara itu yang kaya dengan pelbagai budaya, warisan, sajian dan aksesori (permainan) kehidupan yang lain. Kali terakhir saya ke Jakarta ialah pada Disember tahun 2019 bersama Husam Musa.  

Selebihnya pemergian saya adalah untuk mengikuti apakah hasil dan manfaatnya kepada kedua-dua buah negera setelah Malaysia dibawah pimpinan Anwar yang prihatin kepada kepentingan rayat, mengutamakan kemanusiaan bersendikan prinsip keadilan, bersama Jokowi presiden Indonesia yang dikenali berjiwa rakyat dan berjaya membawa perubahan sosial serta mengisi agenda reform di negeri itu sehingga berjaya merubah persepsi Indonesia dari negara rasuah kepada negara murni dari rasuah.

Pertemuan mereka berdua boleh sifatkan sebagai pertemuan dua aliran sungai yang bercantum di suatu kuala yang kemudian membentuk gelombang lautan. 

Alhamdulilah dalam lawatan selama dua hari itu, saya dapat saksi sendiri apa yang berlaku di sana dari dekat dan dengan hati nurani. Saya juga bertuah kerana ikut berada sama dalam beberapa majlis diaturkan dalam lawatan itu ini memberikan peluang saya mentafsirkan setiap gerak dan suara terbetik. Betapa di semua majlis beliau mendapat sambutan hangat dan kelihatan para hadirin sangat teruja dengan penampilan PM ke-10 itu. 

Paling dirasai dan majlis terhebat, ialah forum Leadership anjuran CT Corp yang berlangsung di Auditorium Menara Bank Mega Jakarta Selatan. Forum ini dihadiri para cendekiawan dari berbagai-bagai jalur.

Setiap majlis orang ramai hadir awal-awal lagi, sanggup menanti untuk menemui Anwar bimbang tidak berkesempatan. Sejam sebelum ketibaan Anwar mereka sudah berdiri penuh sabar mahu melihat wajah Anwar dari dekat dan mendengar tutur bicaranya mengenai perjuangan dan harpaannya. Memang Anwar mereka sudah lama kenal, tetapi baru mengenalinya sebagai perdana menteri. 

Mereka tidak kisah kepada keadaan yang tidak selesa, asalkan mereka dapat menatap wajah tokoh kesayangan mereka. Ketibaan di lapangan terbang Bung Hatta Anwar disambut oleh Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Basuki Hedimoeljono dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono. Seluruh saluran televisyen baik kepunyaan pemerintah dan swasta membuat liputan langsung pada setiap dihadiri Anwar. 

Semasa beliau dan isteri tiba di hotel penginapan, puluhan orang kenamaan terdiri daripada rakannya dan pegawai Kedutaan Malaysia menunggu sejak awal. Keadaan menjadi penuh sesak, setiap wajah yang disaksi tergambar kebahagiaan dan ceria seakan sedang menikmati suatu kemenangan. 

Puluhan wartawan juga awal-awal sudah bersiap sedia. Satu barisan panjang bermula di pintu masuk hingga ke tangga menunju ke tingkat atas dewan majlis pertama berlangsung petang itu, yakni penanda tangan MoU di antara beberapa buah syarikat atau GLC negara Malaysia - Indonesia. Tetamu berbaris panjang ingin bersalaman dengannya. Yang datang bukan sahaja sekitar Jakarta, tetapi nun jauh dari Bandung, bahkan ada dari Kalimantan dan juga Aceh. 

Pemandangan itu bukan sahaja disitu tetapi saat beliau hadir ke majlis diaspora di kedutaan juga. Rakyat Malaysia mengambil kesempatan berjumpa dan berselfie dengan beliau. Bagi mereka yang sudah lama menunggu untuk melihat beliau menjadi pemimpin nombor satu negara itu tidak melepas peluang untuk hadir. Sayangnya ruang dan jemputan di kedutaan itu tidak begitu luas dan ramai dapat hadir bagi. Jika ia dibuka lebih luas tentu bilangan tetamu lebih ramai.

Lawatan dua hari Anwar ke Indonesia itu disertai sama isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dua menteri ikut jadi delegasi, menteri luar Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari dan Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mokhtar turut kelihatan sama.  

Sebagai menyimpul catatan ini sesuatu hal jelas dan berbeza dengan lawatan perdana menteri Malaysia sebelum ini ke Indonesia. Walaupun jaraknya antara Kuala Lumpur dengan Jakarta dekat dan tidak memakan belanja besar, namun delegasi khususnya para pegawai Anwar tidak ramai mengikutinya. Hanya Setiausaha Sulitnya Shukri Saad yang ternampak.

Mengutip sepatah ulasan seorang penganalis politik dari Koalisi Aksi Menyelamatkan Indonesia (Kami) Dr Syahganda Nainggolan, beliau berharap dengan kehadiran Anwar itu memberi suntikan kepada rakyat Indoenesia yang akan berhadapan dengan proses pemilihan presiden negara itu tahun hadapan. Beliau berharap rakyat Indonesia akan dapat mempelajari dan menjadikan prinsip dan asas kebertanggungjawab demokrasi seperti mana dipancarkan oleh Anwar dalam pemilihan presiden nanti. 

Harapan itu menjelaskan betapa Dr Syahganda yang boleh disifatkan mewakili rakyat Indonesia teruja dengan pemikiran dan buat fikiran pemimpin utama kita, Anwar Ibrahim. [wm.kl. 1:33 pm 10/01/2023]

No comments: