Saturday, December 31, 2011
Susupan Petang
SEBELUM ini ramai meragui dan mempersoal apakah aset ataupun cagaran Pas Kelantan untuk meletakkan Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum akan datang. Persoalan timbul kerana Nik Abduh bukan anak tempatan Pasir Mas. Walaupun Pas tidak begitu mementingkan apakah calonnya anak tempat atau tidak, tetapi kelebihan sebagai anak tempatan di sesuatu kawasan itu tetap menjadi satu kriteria.
Aset yang ada kepada Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas itu hanya kebetulan bapak mertuanya Adun Bukit Tuku Abdul Fatah Haron (foto) berasal dari Pasir Mas. Rumah Fatah terletak di Mankasar, Pasir Mas Kelantan yang terletak dalam parlimen Pasir Mas.
Kononnya Abduh diperdagangkan di situ oleh Pas kerana mengharapkan bantuan dan pengaruh bapak mertuanya itu yang juga Yang Dipertua Pas Rantau Panjang.
Mulanya cagaran Pas itu meragukan banyak pihak kerana Abdul Fatah dikatakan berhasrat untuk mempertahankan kerusi Dun Bukit Tuku dalam Parlimen Rantau Panjang. Sekiranya Fatah ikut bertanding sudah tentu beliau tidak dapat memberi tumpuan untuk membantu menantunya di Pasir Mas.
Bagaimana menurut beberapa maklumat terkini di Rantau Panjang ia melegakan banyak pihak bila mana Fatah dikatakan tidak akan mempertahankan lagi kerusi Dun Bukit Tuku. Beliau dikatakan sedia berkorban untuk membantu menantu sulungnya itu di Pasir Mas. Justeru dua nama telah disenaraikan oleh Pas Kawasan untuk menggantikan Fatah. Mereka ialah bekas Naib Yang Dipertua, Sabri Abdullah dan Setiausaha kawasan kini Rosul.
Menurut maklumat dalaman, Fatah dikatakan bersetuju memberi laluan kepada muka baru di Bukit Tuku sekira menantunya Abduh benar-benar diletakkan bertanding di Pasir Mas. Walaupun pilihan itu terpaksa tetapi itulah cara terbaik untuk memastikan menantunya berangkat ke Parlimen.
"Fatah tidak lagi boleh bertanding kalau Abduh bertanding, kerana ia akan menjadi isu. Kalau Fatah bertanding, Abduh bertanding, Tok Guru bertanding, nanti Umno akan kata Pas parti anak beranak sama seperti zaman Asri dulu yang mengelarkan PAS sebagai Parti Asri Sekeluarga," demikian kata seorang pemimpin veteran Pas Rantau Panjang.
Selain dari itu kata pemimpin itu lagi tindakan Fatah untuk memberi bantuan dan menumpukan demi memastikan menantunya satu tindakan baik yang perlu dipuji. "Semua orang kena hormat tindakan Fatah itu kerana ia menggambarkan tindakan tepat bagai seorang ahli politik yang veteran sepertinya," katanya lagi.
Begitu juga dengan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Abdul Halim Abdul Rahman tidak perlu bertanding lagi sekiranya menantunya akan diletakan bertanding di salah satu kerusi di Dun dalam Parlimen Pasir Mas. "Adalah tidak manis kalau menantu dan mertua serta besan ikut bertanding dalam satu pilihan raya," ujar pemimpin itu lagi yang menyatakan kelegaan dengan tindakan Fatah Haron, kerana tungkasnya cara sebebegitu satu malan kronisme yang sudah menjadi budaya Umno selama ini.
Sementara itu dalam perkembangan lain Pas Kelantan patut melantik segera seorang penyelia Dun di kerusi Tendong ekoran kematian wakil rakyatnya Ustaz Mohamad Mat Daud minggu lepas. Perlantikan seorang penyelia penting untuk memastikan gerak kerja pilihan raya dan bantuan kepada rakyat berjalan terus.
Pas tidak menghadapi kesulitan untuk melantikan kalangan pemimpin Pas kawasan mengisi jawatan berkenaan. Ketua Pemuda Pasir Mas, Rozi Muhamad (foto) adalah antara calon yang paling layak berbanding dengan beberapa nama lain termasuk individu yang pernah berkhidmat sebagai penyelia beberapa tahun.
Kebetulan Rozi pemimpin Pemuda yang tidak ada masalah dan dikaitkan dengan apa-apa skandal. Rozi juga bukan jenis ego dan enggan bersalaman dengan orang yang mengkritik dirinya.
Lagipun selama ini Rozi adalah antara pimpinan Pemuda kebetulan lahir di kawasan Tendong dan sudah lama membantu Allahyarham Ustaz Muhammad Mat Daud di Tendong. [wk.kl.8:33 pm 31/12/11]
Sesudah Subuh
SAH baju T berwarna kuning (Bersih) yang sebelum ini ditakuti dan menjadi satu fobia kini sudah merebak dan diganti dengan "Kempen Bebas Anwar 901". Ada pihak-pihak yang begitu takut dan bimbang dengan kempen ini. Fobia ini boleh dinamakana Fobia 901.
Semalam menurut laporan akhbar penjilat buntut nombor wahid, sebanyak 77 laporan polis dibuat oleh Umno di seluruh negara yang menggunakan berbagai-bagai nama.
Laporan itu meminta polis mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang mengjadi penganjur kempen berkenaan. Alasan yang digunakan ialah himpunan 901 itu menganggu proses undang-undang.
Dari sudut mana ia boleh menganggu proses undang-undang tidak dinyatakan dengan jelas. Apakah himpunan itu menyebabkan hakim Mohamed Zabidin Mohd Diah akan mengubah keputusan? Bukankah keputusan hakim terhadap perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar itu dibuat berdasarkan fakta dan keterangan kedua-dua pihak, pendakwa dan pembela? Tidak mungkin hakim akan membuat keputusan dengan mengambil kira senario yang dibuat orang awam di luar mahkamah. Kalau hakim mengambil suasana di luar sebagai asas penghakimannnya, jahil sangatlah hakim berkenaan.
Mustahil kalau hakim akan mengambil kira dengan gema-gema diluar untuk membuat keputusan itu. Hakim Zaidin Mohd Diah tidak akan mengambil kira apa yang dilakukan oleh penyokong Anwar. Beliau juga tidak akan mengambil kira kebimbangan yang dilantunkan oleh Umno terhadap himpunan berkenaan. Itu bukan asas atau pun sokongan keputusan.
Jadi orang yang waras dan otak yang sihat kerana cukup vitamin C atau H hingga L tidak akan mudah terpengaruh dengan dendangan kebimbangan mana-mana pihak terhadap himpunan atau kempen 901 itu.
Seperti dinyatakan sebelum ini pengikut Anwar Ibrahim dan ahli PKR serta penyokong Pakatan Rakyat seluruhnya berhak untuk melakukan apa saja untuk membebaskan hero mereka. Anwar adalah hero mereka. Tindakan mereka itu samalah nilainya dengan Umno yang menyokong Ha Najib Razak akan tetap membela Najib dengan apa cara sekali pun.
Tindakan itu, baik membela Anwar atau Najib merupakan perlaksanaan sistem demokrasi di negara ini. Kebebasan membela itu juga dijamin oleh perlembagaan negara. Apakah mereka yang menentang kempen berkenaan jahil mengenai perlembagaan dan hak-hak berpersatuan?
Sementara kebimbangan himpunan itu boleh menimbulkan ketegangan dan masalah kepada orang awam hanyalah alasan semata-mata. Ia adalah dongengan si bodoh yang suka mengambil kesempatan atas apa juga isu untuk kepentingan politik. Golongan ini usahkan hal-hal himpunan yang masih dalam jagaan polis tahi pun mereka sedia mengambilnya kalau ia boleh mewangikan siasah mereka.
Kita rasa kumpulan orang awam yang hendak diselamatkan oleh golongan itu sendiri sudah tahu apakah himpunan seperti itu menganggu mereka atau tidak. Masalah hari ini kepada Umno rakyat lebih bijak dan bermaklumat dari mereka.
Selalunya himpunan sebegitu akan menjadi masalah kepada orang ramai apabila ada pihak-pihak lain termasuk keselamatan mengambil bahagian sama menjadi tukang halak (provok). Begitu juga ia akan menjadi masalah kalau puak-puak Umno yang menjelma atas berbagai-bagai nama itu ikut sama turun bertempik dan melemparkan objek.
Tegasnya halangan kepada himpunan itu secara tidak langsung menunjukkan UBN kini semakin terdesak dan mereka sudah merasakan sokongan rakyat semakin menipis. Laporan mengatakan kedudukan Pakatan Rakyat terdesak, hilang sokongan ada dakyah dan propaganda semata-mata yang hakikat sebenarnya UBN yang bermasalah.
Peristiwa lewbih 500 anggota MCA keluar parti dan menyebabkan beberapa cawangannya parti kerabat Umno itu dibubarkan satu pukulan maut buat UBN. Dalam masa media penjilat buntut cuba memberi reputasi buruk kepada UBN menerusi laporan bohong, tiba-tiba ahli UBN yang bertindak keluar parti.
Berbalik kepada Fobia 901 tadi yang diuar-uarkan sebagai himpunan haram dan menganggu proses perundangan negara ini, rasanya semua rakyat sudah faham. Sekiranya himpunan itu dihalang dan gagal terus diadakan, kesan dan natijah dari tindakan itu tetap menguntungkan Pakatan Rakyat. Jadi bagi UBN kalau mereka mahu dihormati berpolitiklah secara gentlemen kerana zaman sekarang zaman orang berani menunjukkan keberanian tidak dikira hadapan siapa. [wm.kl.7:50 am 31/12/11]
Friday, December 30, 2011
Berita Terkini
[kemaskini] Satu lagi rombongan konvoi ditahan melibatkan empat orang. Mereka ditahan dalam sekatan jalan raya di Kuala Krai. Kesemua mereka dibawa ke IPD Kuala Krai. Sementara itu antara pemimpin PKR yang bergegas ke IPD Tanah Merah ialah ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani bersama peguam, Zam Shahrany.
Apakah fobia baju kuning (Bersih) kini sudah bertukar kepada fobia risalah haram mengajak orang ramai berhimpun di mahkamah pulak?
Rombongan berkereta (konvoi) Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan dan disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Tanah Merah atas kesalahan mengedar risalah yang tidak dibenarkan. Demikian menurut satu SMS kepada saya kira-kira jam 4:00 petang tadi.
Tidak diberitahu risalah mengenai apa tetapi dipercayai risalah yang meminta orang ramai turut beramai-ramai ke perkarangan mahkamah pada 9 Januari hari dimana Hakim akan memutuskan perbicaraan liwat ke atas Anwar.
Antara yang kena tahan Ketua Penerangan PKR Kelantan Roslan Puteh bersama enam yang lain. Berita dan ulasan lanjut akan mengusul. [wm.kl.4:50 pm 30/12/11]
Catatan Perjalanan
KEBERSIHAN terus menjadi isu yang tidak pernah selesai. Walaupun kebersihan itu dikatakan sebahagian daripada tanda-tanda orang beriman, namun kewajiban menjaga kebersihan masih jauh dari sepatutnya. Jika kebersihan menjadi ukuran utama keimanan sesuatu bangsa dan negara, jelas Malaysia bukan sebuah negara Islam tulen?
Dari segi saintifik untuk kesejahteraan manusia kebersihan perkara sangat penting. Semua orang tidak kira apa bangsa dan agamanya dituntut mengambil berat soal kebersihan. Malangnya kepentingan itu tidak diletakkan di tempat utama menyebabkan kebersihan terus menjadi isu dan 'penyakit' kepada negara ini.
Negara Jepun, Korea dan negara-negara Barat sering dijadikan contoh bagaimana rakyat negara itu menjaga kebersihan. Selain itu mereka juga menjaga alam sekitar dan tidak bersikap rakus kepada dunia. Mereka tidak merosakan dunia ini untuk modenisasi. Kerap kali kita mengambil contoh kepedulian bangsa lain terhadap kebersihan. Tetapi ia masih belum mujarab juga. Selalunya kita hanya pandai menyebut tetapi berat untuk mengamalkannya.
Di negara kita masalah kebersihan yang boleh menjejaskan kesihatan berlaku di mana-mana saja. Tidak payah untuk kita melihat kekotoran ataupun pencabulan ke atas alam semula jadi. Cukup kalau kita keluar beberapa ela sahaja dari kawasan penginapan kita kita akan dapat melihat kekotoran dan kerakusan disebabkan makhluk bernama manusia.
Kita akan berjumpa dengan sampah sarap tidak dipungut, sampah dibuang merata tempat atau pun tong dan bekas sampah yang berselerakan dikucar binatang, ataupun pencabulan ke atas lanskap yang dulunya indah dengan binaan gerai-gerai jualan haram dan sebagainya. Kita boleh bertahan setakat dua tiga tahun saja keindahan seperti mana dilakarkan dalam plan pembangunan selepas itu kita kembali cabuk semula.
Dua hari lepas sewaktu saya turun dari Cameron Highlands bersama anak dan isteri menerusi Tapah, saya terkedu hati melihat kekotoran di sebuah kawasan rekreasi yang indah dan boleh mengamankan jiwa, iaitu di Lata Iskandar.
Air terjun yang turun dari gunung bertingkat-tingkat sungguh indah dan aman mata memandangnya. Jiwa yang serabut boleh ditenang dengan pemandangan itu. Desir dan kocakan air yang menerjah turun ke bawah dengan lenggang lengguknya tersendiri dan unik memberi kesegaran kepada jiwa dan sukma. Airnya yang sejuk dan jernih mampu mengembalikan diri kepada fitrah alam.
Tetapi sayang suasananya amat kontras sekali. Di luar medan air terjun sampah dilempar di serta tempat. Di sebuah sudut di tebing sungai dijadikan tempat pembuangan sampah yang sungguh menjijikkan. Sampah itu pula jatuh ke dalam sungai dan dialirkan oleh air. Saya kira di hilir sana di sepanjang sungai itu ada pula orang yang mengambil air itu untuk kegunaan seharian, minum dan mandi manda.
Sebuah bekas sampah yang diuruskan PBT juga sudah penuh sarat tidak diangkat. Baunya yang kohong hanya Tuhan dan diri orang yang deria rasanya sihat yang mendekatinya saja dapat menceritakannya.
Kekotoran yang wujud di Lata Iskandar itu adalah ciptaan manusia. Kerana kurangnya sikap prihatin manusia. Mustahil kalau ia disebabkan oleh gajah, babi atau pun 'lembu gemuk'. Di dataran lata itu tersedia beberapa bekas sampah sangkut tetapi pengunjung nampaknya tidak mesra tong sampah, seolah tidak ternampak tong itu dan mencampak sampah di merata.
Bekas minum (air tin) dicampak merata termasuk ke atas pokok-pokok hiasan yang ada di lata berkenaan. Sikap inilah menyebabkan berlakunya kekotoran yang menjejaskan kesihatan. Melihat kepada pengunjung lata berkenaan terdiri dari pelancong asing, orang putih dan Cina Singapura saya terasa malu bagi pihak kerajaan Perak.
Sepatutnya PBT (Tapah) mengawal kebersihan untuk kesejahteraan lokasi visata itu. Dalam masa sama orang ramai, pengunjung juga tidak boleh melemparkan bekas makanan di merata tempat. Adalah salah kalau kita beranggapan sampah yang kita campak di sungai ia akan dihanyutkan. Mungkin ia hilang dari pandangan kita tetapi ia akan tersangkut di mana-mana menganggui kehidupan sungai yang juga dipulang untuk kesejahteraan manusia.
Lata Iskandar terletak dalam negeri Perak Darul Ridwan. Jaraknya dari Ipoh kira-kira 85 km dan dari Tapah sekitar 15 km. Untuk naik atau turun dari puncak Cameron Highlands kita harus melalui jalan sempit berliku-liku dan curam. Kalau tersilap langkah atau tersalah pusing kereta menyebabkan kita boleh terhumban ke lurah sedalam lebih 100 meter.
Untuk melalui jalan ini elok kalau digunakan kereta pancuan empat roda, kereta kecil seperti Kancil atau Kelisa tidak digalakkan. [wm.kl.2:33 pm 30/12/11]
Thursday, December 29, 2011
Menjelang Maghrib
Harakah Jangan Pedulikan Hasan
Dr Hasan Ali nampaknya belum mengunci mulut sepenuhnya apabila apabila masih bersuara menyatakan rasa tidak puas hati terhadap laporan protal Pas, Harakahdialy yang melaporkan beliau ke Kota Bharu berjumpa dengan Nik Aziz untuk memohon maaf.
Hasan Ali menyifatkan protal berita itu memutar belitkan fakta. Fakta yang dimaksudkan Hasan ialah mengenai beliau memohon maaf seperti mana dipetik wartawannya terhadap penjelasan Nik Aziz ketik membuat lawatan di Bachok.
Hasan tidak bersetuju perkataan 'dia pergi memohon maaf' dan ayat itu sebagai salah fakta oleh protal berita berkenaan. Apabila Hasan terus membuka mulut, maka bunyi pertelagahan itu berterusan. Jiwa yang tenang selepas berlangsung pertemuan itu berkocak semula apabila Hasan membuka mulut, menafikan laporan Harakahdialy.
Sepatutnya Hasan tidak perlu memberi reaksi kepada laporan protal berkenaan. Dia sendiri sudah tahu sikap protal berkenaan yang tidak berpihak kepadanya. Hasan tidak perlu menjelaskan apa yang sudah jelas dan menjadi buah mulut umum. Buah apa merayu kepada yang tidak ada kesian belas?
Apabila Hasan bersuara cuba menafikan laporan protal itu, hari ini protal berkenaan mempertahankan laporannya yang memetik penjelasan Nik Aziz. Protal itu telah menyertakan transkrip dan video klik Nik Aziz. Saya juga tidak faham kenapa begitu sekali Harakahdialy hendak mempertahankan laporannya. Lagak Harakahdialy itu Hasan seperti pemimpin Umno.
Protal berita itu juga seperti Hasan Ali tidak dapat diam dari terus melaporkan berita mengenai kunjungan Hasan itu. Pada saya dalam hal ini portal berita itu yang silap atau tidak berhati-hati apabila menulis perkataan yang menyinggung Hasan Ali. Wartawan atau penyunting boleh menyunting berita itu agar menjadi positif kepada semua pihak.
Sepatutnya portal itu lapor pertemuan itu saja tidak payah mendalami dengan butir percakapan dan isi kandunganya. Kerana sikap terlalu profesional itu mungkin di sini orang beranggapan portal berita itu ada masalah dengan Hasan.
Mungkin perlu juga diadakan majlis mahabbah di antara Hasan dengan portal berita itu dan Harakah cetak sekali. Selagi tidak ada majlis mahabbah itu maka persepsi tidak baik itu akan berterusan. Molek juga selepas diadakan majlis mahhabbah adakan majlis kenduri. Rasanya saya juga sedia untuk mengoder dua tiga ekor kambing panggang untuk majlis mahabbah itu.
Saya telah membaca transkrip seperti mana disiarkan oleh Harakahdialy. Walaupun Nik Aziz ada menyatakan yang Hasan memohon maaf dan menarik balik kenyataanya - berhubung Negara Berkebajikan, tetapi ia tidak perlu ditimbulkan sangat.
Lain kali bila berhadapan dengan isu-isu dan kemelut sebegitu protal itu hendaklah berhati-hati. Jangan pula berita yang dilaporkan dengan mudah dipetik oleh pihak lain untuk terus mengecerkan masalah dalam Pas. Ikhlaslah dalam tugas dan tanggungjawab dan buatlah sesutau yang baik untuk semua.
Selepas ini sebaiknya Harakahdialy dan Harakah cetak jangan sentuh langsung Hasan kalau berita itu tidak bersifat memuji dan mengagungkannya. Baik sunyikan terus berita mengenai Hasan kerana bimbang akan berlaku salah anggap kemudian polimek yang memalukan parti itu sendiri.
Begitu juga dengan Hasan selepas berlangsung majlis mahbban itu, janganlah membuat apa-apa kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi baru. Kalau pun ada buat-buat tulikan telinga. Selagi berita atau laporan itu tidak menjejaskan maruah terus maafkan sahaja. Itulah bijaksana. [wm.kl.7:19 pm 29/12/11]
Susupan Petang
HARI ini Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia [Perkasa(m)] teah membuat laporan polis berhubung penyebaran risalah yang meminta orang ramai berhimpun di perkarangan mahkamah pada 9 Januari nanti hari di mana hukuman ke atas Anwar berhubung kes liwat dijangka akan diputuskan.
Perkasa(m) meminta polis menyiasat pihak yang mengerah orang ramai berhimpun. Dakwa NGO itu juga himpunan itu menganggu ketenteraman awam dan menganggu proses perundangan di negara ini.
Kenapa begitu busuk dan prejudis sekali hati pimpinan pertubuhan berkenaan. Kalaupun diadakan perhimpunan oleh penyokong Anwar Ibrahim ia tidak sampai akan menganggui orang lain. Himpunan itu kalau berlaku nanti adalah perkara biasa. Penyokong PKR rasanya jauh lebih berakhlak berbanding dengan ahli NGO berkenaan.
Apakah Perkasa(m) mengharap hari penentuan Anwar itu sama dengan hari penentuan Khir Toyo Edokromo yang hanya dihadiri 48 orang? Anwar dan Khir Toyo jauh bezanya. Kena faham ini. Bukan bererti Khir tidak mahu orang ramai datang ke mahkamah tetapi tidak ada siapa yang mahu memberi sokongan moral kepadanya. Jenis kebanyakan orang Umno kesetiaan mereka hanya ketika pemimpin yang mereka sanjung ada kuasa dan ringgit saja.
Perkasa(m) juga perlu tahu Anwar orang yang diidolakan untuk menjadi perdana menteri manakala Khir Toyo usahkan PM, untuk kembali MB Selangor semula pun tidak lagi. Saya fikir kalau presiden NGO itu kena tangkap dan kena dakwa di mahkamah yang akan hadir memberi semangat dan sokongan moral hanya ibu dan adik beradiknya saja.
Sebagai tokoh yang diidola sebegitu rupa tentu Anwar mempunyai ramai penyokongnya. Tidak salah kalau penyokong datang untuk memberi sokongan moral. Mungkin mereka datang untuk memberi penghormatan terakhir atau lambaian tangan terakhir kepada Anwar. Tidak mustahil selepas ini Anwar akan terjeruk di penjara menyebabkan mereka tidak akan dapat menatap wajah pemimpin yang mereka kasihi lagi.
Anggapan perhimpunan itu menganggu ketenteraman awam juga tidak masuk akal. Himpunan itu diadakan di perkarangan kompleks mahkamah yang dikawal ketat bukan oleh lapan orang polis tetapi ratusan. Sebelum ini sudah berapa kali penyokong berhimpun di situ semasa mengikuti perbicaraan Anwar. Tidak ada pun setitik darah yang tumpah disebabkan penyokong Anwar dan tiada apa-apa pun kerosakan harta awam berlaku hatta tong sampah.
Lainlah kalau pihak keselamatan sendiri mengambil bahagian untuk bertempur dengan penyokong Anwar. Atau mereka bertindak kasar menempeleng orang ramai, pukul dengan cota atau pun sembur dengan water cannon untuk menimbulkan keributan. Kalau itu berlaku mungkin himpunan itu akan jadi kelam kabut sedikit.
Himpunan itu akan jadi lebih buruk kalau Perkasa(m) menghantar para samseng tahi minyaknya ke perkarangan mahkamah untuk tujuan menganggu. Sebenarnya apabila NGO itu buat tohmahan jahat dan laporan polis, dari awal lagi pasukan keselamatan sudah dapat mengawal keadaan. Yang perlu ditangkap bukan orang yang menyebarkan risalah minta berhimpun tetapi NGO itu yang ada niat jahat untuk melihat perhimpunan itu menjadi tegang.
Apapun polis hendaklah tidak begitu mengikut kehendak NGO yang berniat jahat dan cuba mencetuskan huru-hara itu. Polis harus bijak di dalam hal ini dan hendaknya polis tidak menjadi tali barut NGO itu dalam menimbulkan kekacauan dan keributan.
Saya tidak fikir kalau pun Anwar dipenjara para penyokongnya akan mengamuk dan membakar mahkamah. Para penyokong PKR dan Pakatan Rakyat masih lagi waras dan tahu menilai mana yang baik dan buruk. Mereka juga tahu menghormati undang-undang kerana mereka bukan dari keturunan lembu gemuk.
Kalau mahkamah sudah memutuskan Anwar dipenjara, apa yang mereka boleh lakukan. Mereka tidak boleh menyekat polis dari membawa Anwar ke penjara. Mereka tidak boleh bakar land rover untuk membawa Anwar. Dan mereka tidak boleh merobohkan tembok penjara Sungai Buloh. Apa yang mereka boleh lakukan paling-paling menjerit menyumpah dan menyesalkan kepada keputusan atau bergelepar sampai pengsan di tangga mahkamah.
Dalam pada itu kalau penyokong Anwar datang pada 9 Januari ini, mereka bukan datang untuk memberontak dan melawan polis dan menentang proses undang-undang. Mereka yang akan datang bukan dengan satu kemungkinan, tetapi dengan dua harapan. Salah satu ialah mengharapkan hakim akan membuat keputusan Anwar dibebaskan. Itu yang mereka harapkan.
Jadi kalau itu berlaku mereka datang untuk merai kemenangan. Mereka datang untuk menyatakan syukur kepada Allah s.w.t. atas keputusan mahkamah yang mereka merasakan adil dan berpihak kepada mereka. Tidak ada salahnya kalau mereka datang mengendung niat itu.
Oleh kerana itu Perkasa(m) jangan prejudis dan busuk hati untuk memburukan himpunan itu nanti. Jangan buat macam-macam andaian. Sebenarnya orang yang suka menuduh orang lain jahat, khianat, babuk, gila dan sebagainya... sebenarnya merekalah yang jahat, babuk dan gila.
Kepada Perkasa(m) kalau pun anda telah bersedia untuk menjadi keldai kepada Umno jadilah, tetapi janganlah sampai anda menjadi keldai perut labuh di mana perut meleret ke bumi kerana terlalu banyak beban atas belakang. Kesetiaan sehingga memudaratkan kita sesungguh adalah satu kebodohan. [wm.kl.6:18 pm 29/12/11]
Wednesday, December 28, 2011
Menganyam Malam
EKORAN Abdul Aziz Bari, 53 sudah 'mentalaqkan' UIAM, (entah talaq berapa) ramai orang cuba merisik pensyarah itu supaya menyertai parti politik. Barangkali bagi ahli politik adalah jalan terbaik bagi Aziz Bari mendapat ruang baru setelah jodohnya tiada lagi dengan UIAM bagi beliau meneruskan perjuangannya.
Dua orang Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub dan Mahfuz Omar mengalu-alukan sekiranya Aziz berniat untuk menyertai parti politik. Sallahuddin dan Mahfuz memberi reaksi pelawaan langsung Naib Ketua Pemuda Pas Raja Ahmad al-Hiis yang mengundangkan Aziz menyertai Pas.
Sallahuddin dan Mahfuz mengira kalau Aziz menyertai Pas ia akan menjadi nilai tambah kepada Pas. Dengan populariti yang ada kepada Aziz sebagai seorang akademis yang kritis tentu ia boleh menambahkan sokongan kepada Pas khasnya dan Pakatan Rakyat amanya.
Dalam pada itu dengan memasuki gelanggang politik Aziz akan mempunyai ruang lebih luas untuk perjuangan menegakkan keadilan atau pun memberi penjelasan dan kefahaman tentang perlembagaan negara ini yang sering menjadi persoalan dan dikelirukan. Aziz adalah pakar perlembagaan yang mampu bercakap secara jujur dan praktikal.
Sebelum Mahfuz dan Sallahuddin bersuara, khabarnya ada seorang pemimpin Pas dari Kelantan yang sudah merisik lebih awal. Malahan pemimpin berkenaan telah mencadangkan agar Aziz Bari bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu. Begitu sekali nampaknya tergila-gila dan yakin pemimpin itu kepada aura Aziz sehinggakan Aziz mahu diletak di Kota Bharu. Apakah pemimpin itu sudah bertanya kepada batang tubuh penakhta kerusi Kota Bharu, Wan Rahim Wan Abdullah?
Atau pun cadangan untuk meletakkan Aziz Bari di Kota Bharu sebagai tindakan atau strategi mahu membunuh dua ekor burung dengan sebutir batu? Cadangan itu juga saya lihat sebagai berani dan menentang arus diketika orang Pas Kelantan hendak menghalau orang luar bertanding di Kelantan pemimpin berkenaan mengemukakan cadangan untuk membawa Aziz ke Kota Bharu.
Tetapi biarlah kita terima cadangan itu sebagai pembelaan terhadap Aziz Bari setelah beliau mengambil pendirian untuk bercerai dengan UIAM. Dari sisi lain tawaran itu wajar menandakan nasib Aziz dipedulikan setelah beliau dianiayakan oleh institusi menara gading itu. Kenapa saya berkata begitu kerana sudah 22 tahun Aziz bersamanya, tidak sepatutnya berlaku anti klimek kepada seorang tokoh pendidikan sehebat Aziz.
Anwar lebih dulu ajak Aziz
Mengenai risik merisik atau pelawaan untuk Aziz ini ia bukan baru dan Pas bukan parti terawal cuba meminang Aziz. PKR sendiri khasnya Anwar sudah mengorat lebih dulu. Sebelum Aziz berdepan dengan isu 'surat tunjuk sebab dan penggantungan', Anwar sudah pun merisik Aziz dan bercakap dari hati ke hati. Saya yakin kalau Aziz berminat dengan politik beliau tidak akan menyertai Pas tetapi menyertai PKR. Pemikiran Aziz juga dalam tilikan saya lebih sesuai dengan PKR berbanding dengan Pas. Begitu juga dengan perasaan simpati Aziz lebih tinggi kepada Anwar Ibrahim berbanding dengan partinya.
Semasa Anwar dan Aziz berceramah di stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu mengenai isu hudud, Anwar dan Aziz berkereta bersama dari Kota Bharu menerusi Terengganu ke Kuala Lumpur. Mulanya Aziz bercadang untuk menaiki kereta bersama saya. Tetapi Anwar meminta Aziz menaiki bersamanya. Mereka berada dalam kereta selama lebih dari lapan jam. Dalam tempoh itu berbagai perkara dibincangkan, dan salah satu ialah mengenai tawaran Anwar supaya Aziz menyertai politik dan bertanding atas tikit PKR.
Permintaan Anwar itu tidak dijawab. Aziz tidak memberi jawaban ya atau tidak kepada Anwar. Tetapi di masa lain Aziz ada menceritakan dia masih ada dua tahun lagi perkhidmatannya dengan UIAM. Dia harus menghabiskan tempoh itu untuk memboleh dia menerima beberapa fasalitis selepas pencen. Sekiranya dia berhenti dia kena membayar apa-apa bayaran diperlukan dan dia akan kehilangan beberapa fasalitis lain. Aziz juga ada bertanya apakah jaminan mengenai masa depannya kalau dia tidak di UIAM lagi?
Tidak pula diketahui apakah Anwar sedia untuk mengarahkan partinya memberi jaminan bagi membela dan membantu Aziz. Apa hendak diceritakan di sini, bahawa sebelum Pas merisik, Anwar sudah pun 'berkhalwat' dengan Aziz.
Hari ini Aziz sudah muktamad meninggalkkan UIAM. Apakah jaminan yang beliau kehendaki itu sudah diperolehi atau tidak? Aziz mengambil keputusan untuk tidak terus berkhidmnat dengan UIAM dengan alasan setelah dia diberi tunjuk sebab sebanyak tiga kali yang dianggap sebagai perlanggaran ke atas hak asasinya menjadikan dia sudah sukar untuk bersama UIAM lagi. Ertinya kalau benar Aziz berhenti ia bukan kerana pinangan Anwar tadi atas kesedarannya sendiri.
Iya keputusan sama ada Aziz akan berhenti dan menyertai parti politik adalah hak beliau. Pelawaan Pas dan PKR itu juga sesuatu yang baik dan peluang terbuka untuk Aziz mencipta nama kalau beliau ingin mencipta nama dalam dunia siasah. Dengan populariti yang ada Aziz boleh menang kalau dia bertanding atas parti mana sekali pun.
Namun di sini saya ada sedikit pandangan buat Aziz sekiranya dia berhajat untuk menyertai parti politik. Saya tidak fikir kalau Aziz masuk politik dia bukan seperti kebanyakan pemimpin lain yang ingin memburu kerusi dan mengejar gelaran Yang Berhormat. Saya rasa tidak begitu dengan Aziz. Kerusi atau title bukan sebabnya. Kalau Aziz masuk politik dia ingin menerokai ruang baru dan menjadikan politik sebagai medium dia melepaskan suara kritis dan kebenarannya.
Terus terang kalau tanya saya, elok Aziz tidak sertai mana-mana parti politik. Aziz perlu kekal dengan posisinya hari ini menjadi juara dalam bidang akademik. Aziz sendiri tahu beza padang politik dengan padang akademik. Bezanya seperti bumi dengan langit. Dunia politik memerlukan orang cerdik, orang berani tetapi dunia politik tidak memerlukan seorang yang praktikal, berprinsip, berwibawa dan menjadi benar sepanjang masa. Dunia politik adalah dunia orang-orang bertikam lidah, menukar prinsip dan meleburkan maruah serta sanggup menjadi chameleon. Apakah Aziz sedia untuk menjadi persis Salentia?
Aziz yang sudah diajar sekian lama dengan 'prinsipalis', 'praktikalis', 'faktalis' berkata benar walaupun pahit tidak mudah untuk mengubah diri menjadi orang politik yang penuh kerencaman itu. Maka kalau Aziz menyertai politik ia menyusah dan menyakitkan diri dan jiwanya sendiri. Saya percaya orang seperti Aziz akan menderita dalam deram politik.
Contoh sudah ada yang perlu Aziz kaji dan teliti mendalam. Apa yang berlaku ke atas Chandra Muzzafar boleh dijadikan iktibar. Sejak awal penyertaaan secara aktif Chandra dalam parti Keadilan dengan menjadi Timbalan Presiden saya sudah meragui dan bertanya apakah dia betah dan dapat menuruti lenggang lengguk politik? Saya mengagak sejujur mana dunia politik Chandra tidak dapat menemui kejujuran akademik didalamnya. Nah ternyata benar apa yang saya telahkan, akhirnya Chandra bukan saja terseksa fizikal sepanjang berjuang dalam Keadilan (politik) tetapi batinnya juga luka dan cedera. Akhirnya apa jadi, Chandra terpaksa meralat dengan membaham dan mengkritik Anwar semula.
Selain dari Chandra, Aziz juga boleh lihat kepada beberapa orang akademis lain yang dipinjamkan untuk menjadi ahli politik hingga ke peringkat menteri dan timbalan menteri. Musa Mohammad, Dr Shafei Salleh, Mahadzir Khir keduanya menjadi menteri dan timbalan menteri pendidikan, tidak dapat menuruti aluran politik. Mereka tidak dapat bermunafik berpanjang akhirnya mereka mengalu kalah.
Tegasnya adalah elok kalau Aziz berdiri seperti mana hari ini, tidak menyertai mana-mana parti politik. Kekal menjadi pengkritik dan penganalisa politik dengan kepakaran yang beliau ada. Aziz boleh ambil sikap dan berperanan seperti bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang cenderong menyokong pembangkang tetapi sokong berdasarkan fakta dan figure.
Dan sekiranya PKR atau Pas ingin memanfaat tenaganya (baik Aziz maupun Asri) selepas berjaya menumbang kerajaan nanti fikirlah jalan terbaik bagaimana caranya, tetapi bukan dengan meletakkan mereka (Aziz dan orang seperti Asri) di pentas politik. Rasa hormat dan kagum kepada Aziz akan kekal seperti hari ini kalau dia tidak menyertai parti. [wm.kl. 11:55 pm 28/12/11]
Susupan Petang
SEMALAM saya ada melaporkan berita kecil tetapi penting mengenai kunjungan Dr Hasan Ali bersama Nasharudin Mat Isa terhadap Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya juga turut menyebut dalam kunjungan ia disertai oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang. Semalam tidak ada maklumat lanjut berhubung pertemuan itu. Rupanya pertemuan semalam turut sama dihadiri oleh timbalan Mursyidul Am Haron Din.
Apa saya difahamkan menjelang Maghrib, pertemuan itu berlangsung dalam keadaan mahabbah. "Semua yang keluar dari bilik Tok Guru nampaknya ceria dan muka berseri-seri," begitulah lapor sumber saya.
Hari ini baru ada ualasan tentang pertemuan itu. Nik Aziz memberi tahu pemberita dalam kunjungan itu Hasan Ali memohon maaf kepadanya atas keterlanjuran yang mempertikaikan kosnep negara berkebajikan yang menjadi dasar atau pun tema Pas hari ini.
Kata Nik Aziz dia terharu atas kunjungan itu dan permohonan maaf oleh Hasan Ali itu. "Susah untuk orang memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan," kata Nik Aziz sambil menyatakan orang yang bersalah wajar meniru perbuatan Hasan Ali itu. Apakah masih ada orang yang berslaah dengan Pas atau Tok Guru itu yang masih belum meminta maaf?
Tidak dinyatakan apakah bekas timbalan presiden Pas (yang kini sukar untuk angkat telefon sejak kalah dalam perlawnan) berbuat perkara yang sama. Tetapi kita yakin pemergian secara pakej itu rombongan itu menjelaskan kepada Tok Guru mengenai apa-apa yang mungkin disalah anggap ataupun tidak jelas selama ini.
Sebagai menyambut rasa gembria itu Tok Guru bercadang untuk mengadakan kenduri (hari ini) di JKR 10. Katanya Pas pusat juga perlu mengadakan kenduri kesyukuran atas selesainya pertikaian itu. Menjadi amalan Tok Guru bila selesai dari sesuatu masalah besar beliau akan mengadakan kenduri kesyukuran. Masa isu Hudud selesai dan tidak berpanjang beliau menyarankan agar diadakan kenduri dan beri makan kepada ahli Pas dan rakyat Kelantan.
Saran beliau ahli Pas boleh mengeluarkan belanja untuk mengadakan kenduri berkenaan. Molek benarlah kalau Pas atau mana-mana pihak menyahut seruan dan cadangan Tok Guru itu. Buatlah kenduri besar (bewaoh) dan panggil semua yang bertelagah duduk semeja - meja vip. Panggil Mustapa Ali, Saari Sungip, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Hasan Ali, Nasharudin Mat Isa, Nasrudin Hassan dan juga Nik Abduh. Biar mereka duduk semeja. Biar mereka bertentangan mata dan bersalaman. Sambil makan boleh berbual mesra dan sesekali mengilai dan ketawa.
Kalau ini boleh dilakukan saya rasa orang paling gembira ialah Tok Guru Nik Aziz. Ahli dan penyokong Pas juga tentu gembira dan bahagia. Kenduri itu nanti dengan 'occasion' yang saya maksudkan tadi boleh menghapuskan prejudis dan tanggapan buruk terhadap Pas ekoran pertelagan dua tiga hari lampau. Seperti mana kata Nik Aziz selepas Umno tidak boleh memperolok-olokkan Pas dan mengambil kesempatan atas pertelagahan.
Molek benarlah saat pilihan raya hampir tiba semua ahli Pas yang bermasam muka dan bebuku hati selama ini membuang yang keruh dan ambil yang jernih. Semua patut senada dan seirama, sederap dan selengkap dan jangan hidup secara terpisah, bahaya.
Dari sisi lain saya senak jiwa melihat apabila setiap kali ada pertelagahan di dalam Pas, kesudahannya akan dibawa kepada Nik Aziz. Nampak Nik Aziz yang mujarab untuk merawatkan Pas. Kesian juga saya kepada Tok Guru kerana masih lagi kena melayan masalah-masalah yang tidak sewajarnya berlaku dan boleh diatasi dengan kematangan pemimpin.
Lain kali diharap ahli Pas khasnya pemimpin akan berfikir banyak kali untuk bergaduh kerana pergaduhan mereka itu boleh menyusah dan membebankan Tokguruku itu. Kalau kita benar-benar sayang kepada beliau sebagai pemimpin kita janganlah membuat onar lagi. Tok Guru seperti Nik Aziz tidak layak untuk dipersembahankan dengan masalah sebaliknya apa yang perlu kita bawa kepadanya kegembiraan dan kebahagiaan kerana itu yang beliau dambakan. Titik. [cm 5:16 28/12/11]
Tuesday, December 27, 2011
Susupan Petang
Perutusan itu diduga menjadi kata dua dan nasihat keras Nik Aziz kepada pihak bertelagah. [cm.7:30Pm 27/12/11]
Monday, December 26, 2011
Masalah Felda
9 Januri ini adalah tarikh keramat buat Anwar Ibrahim kerana pada tarikh itu akan menentukan dia akan ke Sungai Buloh atau tidak. Khir Toyo Edokromo yang dijatuhi penjara 12 bulan kerana rasuah juga memilih tarikh itu untuk mengumumkan masa depan politiknya.
Berbeza dengan Mohd Isa Samad pengerusi Felda yang penuh kontroversi nasibnya akan ditentukan pada 5 Januri ini apabila Koperasi Felda akan mengadakan mesyuarat agung khasnya. Mesyuarat itu katanya penting dan akan menentukan apakah Isa Samad akan menjadi sabut ataupun batu.
Kalau nasib Isa Samad baik dia akan menjadi sabut, timbul... kalau menjadi batu dia akan tenggelam dan hanyut tersadar di muara. Pada mesyuarat koperasi itu akan menentukan sama ada cadangan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding (FGVH) diterima atau ditolak. Ahli-ahli koperasi yang mempunyai hak ke atas harta dan aset Felda dengan memegang saham 51 peratus akan menentukan cadangan itu.
Sekiranya ahli menolak penyenaraian itu, secara automatik Isa yang menjadi agen yang menggerak kempen dan usaha mempengaruhi peneroka supaya bersetuju dengan penyenaraian itu perlu letak jawatan. Dalam pada itu pada mesyuarat itu juga ahli koperasi akan turut mempertikaikan kedudukan Isa Samad sebagai pengerusi Felda dan juga pengerusi koperasi.
Perlantikan Isa sebagai pengerusi Felda dikatakan tidak sah kerana dia bukan saja tidak anak peneroka tetapi melanggar Akta Koperasi. Sementara itu kedudukannya sebagai pengerusi Felda itu juga tidak ditantangani oleh menteri yang bertanggungjawab terhadap koperasi, Ismail Sabri Yaacob. Isa memasuki ibu pejabat Felda hanya membawa sekeping surat perdana menteri. Perdana Menteri pula dari mana dapat kuasa untuk melantik Isa walaupun ia ditolak sebahagian besar peneroka.
Awal-awal lagi kemasukan Isa ke Felda menggunakan pintu belakang dan bukannya masuk secara beradab memberi salam.
Ismail pula dikatakan enggan menandatangani bagi mengesahkan jawatan Isa Samad itu kerana bimbang dia akan ditolak oleh peneroka. Khabarnya ada desas desus kalau Ismail mengesahkan kedudukan itu dengan dia sekali akan ditolak peneroka. Persoalannya apakah Isa boleh berfungsi tanpa pengesahan menteri bersangkutan dengan koperasi? Ini satu lagi perogolan terhadap undang-undang dan akta.
Ada pendapat mengatakan Najib Razak sengaja mencari masalah dengan perlantikan Isa Samad itu. Reputasinya terhadap Felda sebelum ini yang dianggap sebagai pesaka bapaknya (walaupun tidak sebenarnya) sudah mula dipersoal oleh peneroka. Tindakan Najib melantik Isa Samad itu sebagai melanggari tradisi pengurusan dalam Felda. Najib telah menggunakan kuasa vetonya tanpa mengambil kira pandangan dan perasaan para peneroka.
Langkah memberi berbagai insentif kepada peneroka tidak menjutkan hati peneroka kepada tindakan Najib dan juga Isa Samad. Apa lagi peneroka tahu apa yang mereka terima itu adalah hak mereka, wang mereka Najib dan Isa hanya tukang hulur saja.
Kemelut dalam Felda sekarang ini bukan kecil lagi tetapi ia menjadi bom jangka akan meletup bila-bila masa saja. Tindakan rakus Isa Samad membekukan tugas Pengurus Besar Dzulkifli Abdul Wahab untuk membolehkan beliau berkuasa penuh menyusun agenda politiknya di Felda dikatakan mendapat tentangan kaki tangan Felda di Ibu Pejabat dan sebahagian besar para peneroka.
"Tuan tenguklah nanti apa yang berlaku. Kalau tidak ada penyelesaian berhubung perlantikan Isa dan penganiayaan terhadap Pengurus Besar Felda, satu perubahan akan berlaku dalam tanah rancangan. Kali ini peneroka akan mengajar Umno... perasaan marah kini tidak boleh diubati lagi," begitu ujar seorang pengurus Felda di Ibu Pejabat sewaktu berjumpa dan makan tengah hari dengan saya beberapa hari lalu.
Pegawai bertaraf pengarah itu yakin pergolakan yang berlaku dalam Felda sekarang ini akan membawa momentum baru di kalangan para peneroka. "Kalau kaki tangan dan pegawai Felda sudah hampir habis hilang kepercayaan dan mereka menanti masa saja untuk mengajar Umno," katanya tanpa menjelaskan apakah maksudnya tetapi difahamkan mereka akan memboikot BN dalam pilihan raya.
Pada masa lain pegawai yang bertaraf pengarah itu meramalkan mungkin penguasaan UBN ke atas 52 kerusi Parlimen yang terletak dalam kawasan Felda sukar untuk dipertahankan dan meramalkan lebih 20 kerusi akan berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat. "Ini bukan ugutan tetapi satu realiti," tegasnya yang begitu marah dengan tindakan Najib dan Isa Samad.
Disoal tidakkan peneroka akan sejut apabila diberikan durian runtuh atau isu mengenai kakitangan selesai, jelas pengarah itu, sama ada ia seledai atau tidak tetapi mood peneroka untuk mengajar orang atasan (politik) kini semakin membuak-buak dan ia tidak mudah dihentikan lagi.
Ditanya apakah masalah menimpa Felda kini sejak Isa dilantik menjadi pengerusi, kata pegawai yang mengakui pernah menjadi ahli jawatankuasa bahagian Umno selama 25 tahun di sebuah negeri di Selatan itu, bukan kerana Isa tetapi masalahnya berpunca dari Najib sendiri yang obses mahukan kekayaan Felda untuk kepentingan politik peribadinya.
Jadi kita tunggu 5 Januari ini apakah nasib Isa Samad akan lebih buruk daripada nasib bakal diterima Anwar dan juga nasib Khir Toyo sendiri yang akan mengumumkan pendiriannya dalam politik. Apakah ketiga mereka akan selamat atau terus dihimpit masalah? Mat Maslan jarang-jarang berkokok fasal Felda lagi, kenapa? [wm.kl.8:55 am 27/12/11]
Sunday, December 25, 2011
Perikemanusiaan
Mangsa Tsunami Hidup Kembali
ESOK (26 Disember) genaplah tujuh tahun tragedi tsunami di Aceh yang telah meragut lebih 200,00 nyawa. Meskipun sudah hampir satu dekad peristiwa itu berlalu masih terasa panas dan hangat dalam ingatan. Berita mengenai pengembalian mangsa Aceh bernama Wati kini berstatus gadis sunti ke keluarganya di Meulaboh Aceh mengembali ingatan saya kepada panorama tsunami di Aceh.
Semuanya apa yang terpanah ke dalam mata semasa menziarahi kejadian itu berbalam-balam dengan tiba-tiba dalam mata dan kepala tatkala terdengar kisah si gadis malang itu. Terlihat dan ternampak mayat yang bergelimpangan tersangkut di mana-mana pada hari keempat kejadian. Saya sempat merakam lebih 200 keping gambar. Peristiwa itulah menjadikan saya akrab dengan Aceh sampai kini dan punyai perasaan dukacita mendalam kepada negeri Aceh Darulsalam.
Apa yang hendak saya katakan di sini ialah kuasa Allah s.w.t. Benar dan sahihlah jodoh perkahwinan, ajal maut dan tanah kubur tergenggam erat di tangan Tuhan. Misalnya jodoh kalau pun isteri melarang dari berkahwin satu lagi kalau ada jodoh apa boleh buat, (gurau). Saya tidak fikir setelah tujuh tahun orang tua Wati masih mengira anaknya masih hidup dan kembali ke pangkuannya. Bayangkan tiba-tiba anak yang dirindui dan sudah dihantar ke alam barzakh itu tiba-tiba tercokol di depan mata.
Siapa tidak terperagah, hiba, sayu dan sebak dengan kejadian itu. Tidak kecukupan tempat rasanya untuk ibu Wati dan keluarganya menjatuhkan kepala untuk mensyukuri apa yang berlaku. Wati dikatakan terlepas dari dakapan ibunya dan hanyut dalam arus tsunami menggila.
Saya terlihat dalam kaca tv tadi, macam mana sebak dan sayu perasaan si ibunya mencerita kisah anaknya. Seakan tidak cukup bahasa dan suara untuk menggambarkan kegembiraan dan kesyukuranya.
InsyaAllah selepas DNA Wati disahkan, saya akan mengunjungi keluarga yang bernasib baik dan disayangi Allah kerana menemui semula anaknya itu bila ke Aceh nanti. Doakan semoga hajat saya ini kesampaian dan saya akan pergi dalam masa terdekat. Mana-mana kawan yang ingin ikut serta boleh kita rombongan khas.
Saya akan membeli baju baru dan keperluan lain untuk gadis sunti itu dan membantu keluarganya. Dan kalau diberikan rezeki akan saya adakan kenduri kesyukuran untuk keluarga berkenaan. Doalah hajat yang murni dan kudus ini direstui Allah s.w.t. [wm.kl.8:33 pm 25/12/11]
Lapor Peristiwa
USAHA untuk memperkenalkan Kelantan di arena antarabangsa tidak pernah terhenti. Para pemimpin politik Kelantan tidak lenguh memerah idea dan buah fikiran untuk meletakkan Kelantan di peta dunia setanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini. Usaha itu juga menunjukkan bagaimana kreatifnya pemimpin Kelantan berfikir untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.
Usaha ini perlu dilipat gandakan memandangkan Kelantan negeri pemerintahan Pas yang dianak tirikan oleh kerajaan Persekutuan. Dari satu sisi keberadaan Kelantan dalam Persekutuan Malaysia hanya setakat ada sahaja sedang hak-haknya dan jaminan keistimewaannya tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan Pusat.
Mungkin agak kejam ayat itu dan tidak seronok pihak tertentu mendengarnya. Tetapi itulah hakikat yang berlaku hari ini. Semangat Federalisme yang seharusnya dinikmati oleh kerajaan Kelantan seperti negeri-negeri diperintah UBN lain tidak pernah berlaku.
Lantaran itu pemimpin politik Kelantan harus bangkit dengan lebih kreatif berfikir dan berusaha macam mana hendak memajukan Kelantan menjadi negeri berinovatif dan berdaya maju. Apa lagi kepimpinan berteraskan Ulamak yang dibawah teraju Tok Guru Nik Aziz Nik Mat hari ini menjadi sesuatu yang perlu ditonjolkan.
Selama 20 tahun kerajaan Kelantan dibawah kepimpinan ulamak Pas, perubahan yang berlaku telah terbukti jelas bahawa pendekatan sedarhana dalam pentadbiran mengesahkan Islam adalah pilihan tepat. Kelansungan kerajaan Kelantan yang mendapat pujian dalam sesuatu sudut juga membuktikan akan pemain atau pemimpin yang ada hari ini mempunyai iltizam yang cukup baik.
Misalnya kewujudan International Muslim Business Network (IMBNet) sebuah badan jaringan perniagaan Islam di peringkat dunia sesuatu yang boleh dibanggakan. IMBNet yang berfungsi bukan saja menjual nama Kelantan tetapi merapatkan ukhwah dan kebermaknaan persaudaraan Islam boleh dianggap satu idea kelas dari pemimpin Pas Kelantan.
Peranan badan ini juga ialah memberi kesedaran kepada umat Islam di seluruh dunia bagaimana menerusi jaringan perniagaan ia boleh memaju dan menguatkan kedudukan ekonomi orang Islam. Apa yang menariknya perniagaan yang cuba disepadukan oleh IMBNet ini dari sekecil perniagaan, seperti kraf tangan, makanan, kesenian dan lain-lain sampailah kepada industri berteknologi tinggi (high tech).
Kelantan bertuah memiliki para pemikir yang mewujudkan badan ini dan badan-badan pembangunan lain yang bersifat global. Kerana dengan adanya badan seperti inilah menjadikan Kelantan negeri terulung memiliki badan penjaring seperti itu. Bagi kita kewujudan IMBNet juga sebagai satu kebajikan untuk kepentingan pedagangan Islam.
Misalnya malam tadi telah berlansung satu majlis Makan Malam dan Bicara Niaga (Dinner & Business Talk) anjuran IMBNet bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Program itu cukup memberi makna dan erti. Ianya dihadiri oleh beberapa rakan dan agen niaga dari beberapa buah negeri asing yang bergabung dalam badan berkenaan.
Turut meraikan para pedagang ialah beberapa Exco dan wakil rakyat Kelantan, antara, Che Abdullah Nawi, Abdul Fatah Mahmod, Abdullah Yaacob, Drs Zainuddin Awang Hamat, (Limbongan) Wan Hassan Wan Ismail, (Semerak) Us Abdul Halim Abdul Rahman (Chetok), dan lain-lain pengurusan besar syarikat dibawah kerajaan Kelantan.
Mungkin majlis itu tidak sehebat yang dianjurkan oleh MITI ataupun mana-mana organisasi perdagangan antara bangsa, tetapi program malam tadi cukup memberi signifiken kepada Kelantan sebagai sebuah negeri yang diperintah oleh umat Islam yang meletakkan Islam sebagai teras utamanya. Sewajarnya anak-anak Kelantan yang meminati dunia perniagaan memasuki jaringan ini untuk mendapat maklumat dan akses mengenai 'niaga'.
Pembicara niaga malam tadi ialah Pengerusi Kumpulan Perangsangan Selangor Berhad, Raja Idris Raja Kamarudin seorang tokoh perniagaan yang berorientasikan Islam dan pencapaiannya dalam dunia perniagaan tidak perlu disebut lagi. Sebagai pengerusi Perangsang, beliau bolehlah dianggap salah satu nadi penggerak ekonomi di Selangor.
Bicara malam tadi sesungguhnya memberi suntikan semangat dagang kepada anak-anak muda Islam yang minat dalam perniagaan. Dengan adanya wacana itu anak-anak muda atau ahli perniagaan boleh berkenalan kemudian berhubung untuk saling membantu demi kepentingan bersama serta bertukar maklumat perniagaan di antara satu sama lain.
Syabas dan tahniah kepada IMBnet yang menganjurkan majlis atau program berkenaan. Tahniah juga kepada Zulkifli Mamat sebagai Pengerusi IMBNet yang juga Adun Pulai Chondong Kelantan bersama dengan karyawannya.
Bagaimana bak kata orang gading mana yang tidak retak begitu juga dengan badan jaringan ini nampaknya kurang mendapat perhatian jika diperhatikan kepada jumlah pengunjung websitenya http://www.imbnet.org. Sehingga hari ini hanya baru 2,267 pelawat yang membuka website berkenaan. Website itu juga tidak mencerminkan sebagai sebuah website jaring yang bertaraf dunia.
Website ini perlu dimenarikkan lagi. Masih banyak slot di dalam website itu tidak diisi sepenuhnya dan masih kosong. Mungkin pihak IMBnet sedang berusaha untuk membangunkan website mereka atau pun kekurangan kakitangan. Cadangan saya website ini boleh memaparkan tokoh-tokoh perniagaan anak Kelantan yang berjaya sebagai aspirasi penjenguknya.
Mungkin ia boleh diperkemaskan lagi dengan senantiasa memasukan post atau maklumat baru. Anihnya majlis Bicara Niaga Malam tadi juga tidak dimasukkan ke dalam website berkenaan sebagai maklumat terkini. Cadangan saya pihak IMBNet boleh menguar-uarkan kewujudan website ini di blog atau Facebook dan seeloknya dia perlu dilink dengan website-website perniagaan muslim lain di seluruh dunia. [wm.kl.6:58 pm 25/12/11].
Catatan Ahad
AKHIRNYA SPRM telah pun panggil pengerusi NFC Dr Mohamad Salah Ismail yang juga laki Shariat Abdul Jalil untuk diambil keterangan mengenai kontroversi projek lembu gemuk yang didedahkan kononnya salah guna wang dengan membeli kondo di Bangsar.
Kata pihak SPRM Sallah dipanggil untuk memberi kerjasama berhubung isu itu. Selepas ini hendaknya kontroversi mengenai projek lembu gemuk (NFC) itu akan selesai. Sekiranya SPRM mendapati atau unsur-unsur rasuah, mereka bertanggungjawab akan segera didakwakan.
Kesegeraan pendakwaan perlu bagi mensucikan Sharizat Jalil yang dikaitan secara tidak langsung sebab projek itu dikendali lakinya dan anak beranaknya.
Sekiranya SPRM mendakawa Salleh apakah Sharizat sedia untuk melepas jawatan? Setakat ini menteri wanita itu tidak ada tanda-tanda untuk sedia melepas jawatan walaupun banyak pihak suruh dia letak jawatan. Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad juga turut sama meminta Sharizat secara diplomasi agar melepas jawatan. Manakala bekas PM Abdullah Badawi pula bermati-matian membela Sharizat Jalil. Kenapa, apakah projek itu ada kena mengena dengan menantunya yang tidak ada kuasa itu?
Kalau hendak ikut logiknya bukan sahaja Sharizat perlu melepas jawatan berhubung dengan penyelewengan dalam projek itu, tetapi bekas menteri pertanian dan industri asas tani yang memperkenalkan slogan Pertanian Sebagai Perniagaan, Udin anak Yassin juga perlu melepas jawatan sama.
Tidak adil kalau hanya desak Sharizat tetapi tidak sama desak Udin anak Yassin yang tahu sangat di sebalik projek berkenaan kerana 'kelulusan peruntukan khas sebanyak RM250 juta semasa Udin anak Yassin menjadi menteri.
Rewel dan naif sangatlah kalau Udin anak Yassin mengatakan dia tidak tahu menahu. Udin anak Yassin tidak akan dapat melepas tangan dari menerima tanggungjawab apabila isu itu dihumbankan ke atas batu jemala Sharizat Jalil.
Sementara orang ramai sedang menanti apakah hasil siasatan SPRM berhubung penyelewengan dana projek lebu gemuk itu, orang ramai juga sedang menaruh minat besar untuk tenguk apa jadi ke atas timbalan menteri kewangan Awang Adek Hussein yang mengakui menerima sumbangan wang ke dalam akaun peribadinya. Jumlah yang disebut RM100,000 tetapi ramai yang tidak percaya kalau angka itu setakat itu saja. RM100,000 kecil jika dibandingkan dengan kedudukan dan pangkat Awang Adek Hussein.
Bekal bakal MB Kelantan itu juga seharusnya dipanggil untuk mengetahui untuk apakah wang derma yang dimasukkan khas ke dalam akaun peribadinya yang dikendalikan oleh pegawainya itu. Ketiga pegawai Awang Adek Hussein, Rosli, Ramli dan Nik Yahaya perlu tampil untuk memberi penjelasan siapa yang memasukkan wang ke dalam akaun peribadi Awang Adek itu dan atas alasan apa.
Rasa sayalah perlu juga ada laporan dibuat berhubung pengakuan Awang Adek itu. SPRM boleh membuat siasatan berpandukan pengakuan Awang Adek itu kalaupun tidak ada apa-apa laporan dari mana-mana pihak dibuat. Ini kerana apa yang berlaku itu boleh menimbulkan keraguan dan ada sangkut paut dengan kepentingan awam.
Bagaiman pun kalau SPRM atau polis tidak mahu mengambil inesiatif untuk menyiasat berdasarkan pengakuan ikhlas Awang Adek Hussein itu perlu ada mana-mana pihak membuat laporan polis dan SPRM. Dalam hal ini orang atau puak paling afdal membuat laporan kepada SPRM ialah Umno Bahagian Bachok kerana Awang Adek adalah ketua Umno Bahagian itu.
Laporan polis dan siasatan SPRM perlu untuk mengesahkan kedudukan Awang Adek Hussein. SPRM kena bersihkan nama Awang Adek Hussein sebelum pilihan raya tiba. Kalau nama Awang Adek tidak dibersihkan sebelum pilihan raya ini 'merohokkan' (menyukarkan) untuk Awang Adek memasuki pilihan raya.
Sudah tentu masa kempen pilihan raya nanti akan keluar sepanduk atau banting mengenai pengakuan Awang Adek Hussein itu di samping gambar ceruk sebesar kepala lutut dan juga tindakan Awang Adek yang satu masa lulus meluluskan lesen judi bola sepak. Musuh Awang Adek pastikan menjadikan tema kempen memburukan Awang Adek kali ini berbunyi; Judi, Ceruk dan Rasuah.
Jadi laporan polis dan siasatan SPRM ke atas Awang Adek Hussein penting. [wm.kl.12:49 t/hari 25/12/11]
Saturday, December 24, 2011
Sementara Maghrib
ALHAMDULILAH pertelagahan dan tembak menembak menerusi media massa di antara Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali dengan Exco Selangor Hasan Ali sudah agak mengendur. Sudah ada tanda-tanda keduanya sedar bahawa 'keterlanjuran' mereka sehari dua ini yang memberi makanan lemak kepada media penjilat buntut merugikan parti.
Nampaknya awan hitam yang menebal yang menyelimuti bulan sudah pun berarak dan bulan akan kembali cerah bersinar esok lusa.
Inilah yang kita harapkan dari mereka berstatus pemimpin dapat menyelesaikan dengan baik apa juga perselisihan faham dan salah tafsir. Apa yang berlaku sehari dua ini anggaplah sebagai exercise mental untuk menghadapi pilihan raya umum. Secara peribadi saya bangga dengan kenyataan kedua pihak hari ini. Mustapa berkata game is over, manakala Hasan Ali pula kata, stop-short. Tetapi saya percaya kalau ada salah seorang 'tercepelak' mulut tidak mustahil mereka akan 'berembah' kembali.
Makanya lebih baik lagi kalau mereka cepat-cepat berjumpa di mana-mana restoran Korea atau Jepun, bersalaman dan berpelukan ala-ala Arab, cium pipi jamah janggut. Malangnya kedua tidak ada janggut!
Paling merujakan bila mana Hasan menarik balik kritikan beliau terhadap Negara Berkebajikan. Kita kena faham mengapa Hasan terlajak begitu. Bila duduk dalam studio atau di hadapan kamera kalau lemah minda kita akan terkata apa-apa yang tidak terfikir oleh kita.
Saya kira begitu apa yang berlaku terhadap Hasan. Dia memberi komen itu bukan dia sengaja mahu mengkritik dasar Negara Berkebajikan tetapi dia meluahkan pandangannya. Mungkin Hasan jujur kerana terlalu lebih menyayangi Pas. Salahnya dia terluah kepada media, kalau dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas masih kira okey lagi.
Selepas ini hendaknya tidak ada usik mengusik membawa porak peranda lagi. Baik Mustapa, Hasan Ali dan mana-mana pemimpin Pas hendaklah berhati-hati. Anggaplah khutbah nasihat Presiden panjang lebar itu dan juga teguran Nik Aziz agar tidak menggunakan media musuh itu sebagai sempadan dan dipatuhi oleh semua.
Kalau semua mendengar kata, prihatin dan sayang kepada perjuangan dan mengeratkan ukhwah Pas tidak ada masalah. Saya tenguk barisan kepimpinan yang ada dalam Pas kini baik yang memegang jawatan atau tidak memang layak, berkualiti dan mempunyai keterampilan tersendiri dan padan untuk berdepan dengan Umno.
Mengenang pergaduhan ini saya teringat kepada permohonoan seorang bekas eksekutif yang kini menjadi perunding kepada institusi kerajaan. Katanya; tuan tolonglah bagi tahu kepada pemimpin Pas jangan kuat sangat bergaduh. Saat ini rakyat termasuk saya yang menyokong Umno selama 35 tahun sudah meletak perhatian kepada Pas.
"Saya yakin Pas lebih baik daripada Umno terutamanya dalam menjaga khazanah negara. Saya bimbang kalau Pas dalam keadaan bergaduh sesama sendiri menyebabkan harapan ramai itu akan terjejas. Tolonglah!" begitulah rayu bekas eksekutif berumur 60 tahun itu bersungguh dan penuh mengharap.
Jangan risau kebimbangan eksekutif itu tidak akan berpanjangan. Perkembangan - kenyataan Mustapa dan Hasan Ali yang dilihat menjadi anchor kepada pergaduhan dan mengegerkan Pas kini sudah pun reda.
Sehubungan itu cadangan agar ketiga mereka ini dipanggil secara rasmi seperti mana disebut Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak perlu diteruskan. Kalau dipanggil nampak sangat ia serius. Dan pertemuan itu nanti akan menjadi kerumuni media massa. Masalahnya bila sesuatu itu diulas berbagai oleh media massa yang memang suka kepada perpecahan Pas.
Tunggulah mesyuarat jawatankuasa agung mereka boleh berjumpalah di situ. Bila berjumpa nanti jernihkan keadaan pulihkan semangat dan penuhkan keyakinan untuk bertempur dengan Umno.
Ingatlah harapan rakyat diluar bukan saja seorang seperti eksekutif tadi tetapi ramai. Rasanya sejak mereka bergaduh dan bergasak, ramai ahli dan penyokong Pas bermunajat dan bersolat hajat agar Tuhan satukan semula hati-hati mereka yang retak dan terguris itu. Dan saya rasa doa dan harapan yang kudus dan suci itu didengari telah dimakbulkan Allah kerana itu Mustapa dan Hasan Ali sudah sejuk.
Apakah Mustapa dan Hasan Ali masing-masing bertanya kepada isteri mengenai telatah mereka sehari dua ini? Mungkin... kerana kalau mereka merujuk kepada isteri yang solehah... isteri akan memberi pandangan, "bang kenapa sampai begitu sekali, tak bolehkah abang berbaik di antara satu sama lain? Kata-kata dan harapan isteri itu pasti akan lebih terasa lagi kalau mereka berbicara atas ranjang dengan kesejukan aircon bawah 18 celcius. Lalau jiwa Mat Maslan pun kembali serabut kembali. [wm.kl.6:46 pm 24/12/11]
Susupan Petang
Selepas Kontrektor Rembak RM22 Juta
Penyalahan gunaan wang rakyat untuk kepentingan para kroni Umno bukan saja berlaku dalam projek seperti lembu gemuk, (NFC) projek Pulau Wawasan dan Monsoon Cup di Terengganu tetapi dalam projek-projek lain juga. Sesetengah projek yang dianugerahkan kepada kontrektor dilihat sebagai satu muslihat untuk memberi wang rakyat secara percuma saja kepada kroni parti Melayu yang parah kini itu.
Di Tanah Merah Kelantan kalau kita melalui jalan dari Bukit Panau ke Tanah Merah di sebelah landasan keretapi tepatnya di Kampung Cat Rimau akan ternampak sebuah kawasan pembinaan yang dilingkungi dengan dinding zink berwarna biru dacing.
Papan tanda projek berkenaan sudah pun runtuh dan hancur. Mungkin ia sengaja dihancurkan untuk tidak mendedahkan siapa gerangan pemilik projek berkenaan - kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan yang selalunya tertulis perkataan "Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional."
Projek dimaksudkan ialah pembinaan Institiut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah yang terletak di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Kontraktor yang mendapat projek berkenaan ialah kroni Umno, bekas pemimpin Umno kawasan Rantau Panjang. Nilai projek itu RM79 juta.
Projek itu kini terbengkalai apabila kontrektor berkenaan gagal menyiapkan. Khabarnya bayaran mengikut progres sudah mencecah RM22 juta. Kerana kegagalan itu kontrektor berkenaan di tendang dan kini ia sudah pun ditender semula.
Projek berkenaan mulai dibina pada tahun 2007, ketika itu menteri belia dan suka ialah bekas Ketua Puteri Umno yang tidak kahwin-kahwin sampai kini, Azalina Othman Said.
Sewaktu saya melewati di tapak projek berkenaan seluas kira-kira tujuh ekar ada beberap ekor lembu yang tidak berapa gemuk dan dipercayai species kampung bukan species Australia sedang meragut rumput. Sebahagian dinding atau pagar zink berwarna biru juga sudah roboh.
Timpul persoalan apakah kontrektor itu hanya diterminate begitu saja tanpa dikenakan tindakan lebih keras. Kalau setakat didenda dan disenarai hitamkan lesen kontrektornya ia tidak memberi bekas apa-apa kerana yang penting kontrektor itu sudah pun merembak RM22 juta.
Dalam kes-kes sebegini elok kalau SPRM cuba jenguk-jenguk dan tenguk kenapa tander diberikan kepada kontrektor yang tidak mempunyai wang yang cukup. Apakah ada elemen rasuah di sebalik pemberian tander berkenaan?
Kebanyakan kontrektor yang memperolehi tander bernilai puluhan juta ialah kontrektor yang merupakan kenalan menteri, timbalan perdana menteri atau perdana menteri sendiri. Selain dari projek IKBN terdapat beberapa projek lain yang tertangguh dan kontrektor asalnya sudah ghaib wilbu ghuyup ke mana.
Ada juga projek di Kelantan bertukar konrektor beberapa kali kerana kegiatan menjual dan mendapat untung mudah. Bila berlaku kegiatan penyangap siang hari begini wang rakyatlah jadi mangsa kerana kerajaan akan memberi peruntukan baru kepada mana-mana projek bermasalah. Projek paling klasik ialah pembinaan telinga Jambatan Sultan Yahaya Petra yang dikatakan kontrektornya sudah bertukar tangan lebih dari dua kali.
Lantaran projek ini diberikan kepada kontrekotr orang Umno eloklah kalau Umno Kelantan turut mencampuri atas kelewatan projek berkenaan kerana ia merugikan wang rakyat dan negara. Mustapa Mohamned selaku Ketua Umno Kelantan wajar juga memberi perhatian. [wm.kl.2:45 pm 24/12/11]
Sebelum Dhuha
SEMALAM Ha Najib Razak mengumumkan Felda akan membayar bonus insentif produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM102,584,000 pada akhir bulan ini.
Kadar bayaran bonus itu adalah antara RM400 dan RM1,200 yang sama seperti tahun lepas bergantung kepada penghantaran hasil.
Pembayaran bonus itu melibatkan seramai 95,949 atau 85.19 peratus daripada 112,635 peneroka sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui Felda.
Pembayaran itu dianggap sebagai satu lagi durian runtuh untuk para peneroka. Sebelum ini pihak lain juga menerima durian runtuh menerusi pelbagai insentif yang diumumkan perdana menteri. Budak sekolah, orang tua, orang catat, petani, nelayan, polis, askar, guru Kemas, semuanya menerima durian runtuh mengikut kadar dan jenis durian masing-masing.
Ada meneirma durian musang king, D24, klon dan durian anak butir pun ada, durian daun atau durian aur yang berbau tengit pun juga ada.
Perlu diingatkan baik kepada penerima durian runtuh dan juga Najib sendiri, kalau banyak sangat durian boleh memabukkan nanti. Rasanya sudah terlalu banyak durian yang diruntuhkan untuk rakyat. Sejak awal tahun lagi hingga membawa ke Januari dan rapat kepada pilihan raya umum entah apa-apa jenis durian lagi akan diruntuhkan oleh Najib.
Kerja meruntuhkan durian ini senang dan mudah berbanding dengan kerja menanam pokok durian.
Berbalik kepada bonos kepada peneroka yang berjumlah RM103 juta itu, harus diingat ia bukan duit kerajaan. Ia adalah duit hasil titik peluh peneroka juga. Najib dan pihak pengurusan Felda termasuk juga nanti ketua bahagian Umno hanya tukang bahagi sahaja.
Peneroka jangan mudah tertipu dan ‘terpesil’ mata menerima duit itu dan menganggap bonos adalah dari sumber lain. Bonos itu tidak akan hadir kalau bukan para peneroka berpeluh pelai menghasilkan tanaman mereka. Seperti dikatakan tadi Najib hanya meruntuhkan buah yang sudah ada pokok.
Begitu juga bonos-bonos lain yang dinamakan durian runtuh itu. Semuanya adalah hasil titik peluh golongan yang menerima itu. Misalnya petani, nelayan yang mendapat bonos hasil produktiviti kerja atau penghasilan mereka ialah kerena mereka. Mereka banyak berkejra banyaklah bonosnya.
Adapun pihak pegnurus hanya tolong simpan sahaja yang manfaat, fee dan cukai yang dikenakan adalah keuntungan buat mereka. Ingatkan bahawa tidak ada benda percuma dinamakan bonos atau durian runtuh. Jangan mudah terpesil mata.
Kalau betul Najib dan kerajaan hendak bantu rakyat turunkan harga barang, harga petrol dan hapuskan beberapa cukai yang membebankan rakyat. Naikkan gaji perkerjaan disektor awam atau perbetulkan sistem perkhidmatan agar terhindar elemen rasuah. Begitu juga kecualikan pembayaran kepada mahasiwa pinjaman PTPTN, itulah baru dinamakan durian runtuh yang asli.
Kalau setakat meruntuhkan durian yang orang sudah tanam dan bajakan, tak bersohor.Itu namanya lembu punya susu sapi punya nama saja.
Rasanya hakikat ini rakyat sudah tahu. Kewajiban demikian bukan sahaja dilakukan Umno selaku kerajaan tetapi parti-parti lain juga. Kerajaan Pakatan Rakyat, baik di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan juga melakukan perkara yang sama. Kerajaan-kerajaan itu juga melakukan durian runtuh untuk rakyat dari masa ke semasa tanpa dihebuh-hebhkan macam langit hendak runtuh dalam cerita Kancil jatuh lubang yang hendak tipu gajah.
Tahu cerita Kancil jatuh lubang ini? Tak tahu baca kisah penglipurlara.
Seperti saya kata tadi, bila banyaknya durian runtuh boleh menyebabkan orang kemabukan. Najib yang tukang sampai bonos (durian) juga akan kemabukan kerana bau yang berbagai. Di sini apa yang penting semoga rakyat tidak mudah mabuk dan ‘semabul’ dengan pemberian durian runtuh itu yang mana durian-durian itu adalah hak mereka. Bila Najib hulur ambillah... itu hak anda dan tidak perlu anda membalas dengan berterima kasih dan memberi sokongan kepadanya.
Pandai terima, pandai makan dan pandai simpan. Najib hanya menjaja gahnya. Felda di bawah penguasaan kini sedang menanti masa untuk meletup. Apa yang berlaku hari ini ada bom jangka dalam Felda. Manakala perangkap samar yang dipasang di Felda sudah hampir hendak tersepak oleh Mohd Isa Samad. Kata orang tinggi Felda kedamaian dan kemakmuran Felda hari ini bukan disebabkan sesiapa tetapi kerana Najib Razak sendiri yang sangat pantang melibat timbunan wang rakyat akan terus dipergunakan untuk berjoli. Berjoli? [wm.kl. 8:23 am 24/12/11]