Thursday, October 31, 2013

Zainuddin Maidin jadikan Azizan Razak sebagai bahan kempen

ULAS ISU                                                                                             

Wah.. arwah Azizan Razak benar-benar berharga dan bernilai. Harganya lebih mahal semasa beliau mati berbanding semasa hayatnya. Alangkah baiknya kalau semua orang mengikhtiraf bekas MB Kedah sepenggal itu semasa beliau hidup daripada semasa beliau telah tiada. Manusia ini selalu terlepas bas dan mulai merasai kehebatan seseoarng itu selepas ianya sudah tidak ada?

Zainuddin Maidin
Pas sudah pastilah menjadikan Azizan Razak sebagai ikon mereka kerana Azizan Razak adalah MB pertama kerajaan Pas di Kedah. Walaupun Fadzil Noor (Almarhum) lebih layak menjadi ikon dan pencucuh api perjuangan Pas di Kedah, tetapi Azizan lebih bernasib baik sebab beliau sempat menjadi MB.

Wajar bagi Pas menggunakan (bangkit) jasa dan bakti Azizan sebagai bahan kempen dalam pilihan raya kecil Sungai Limau yang sedang berlangsung kini. Selain dia MB Kedah, dia juga bekas Adun di kawasan yang kini diadakan pilihan raya kecil itu.

Tetapi apa yang aneh Umno juga turut menjadi Azizan sebagai modal kempen. Umno juga mahu 'syufaat' Azizan Razak untuk menang. Umno memuji-muji Azizan Razak sebagai pemimpin terbuka atau membawa stail berlainan dengan pemimpin Pas lain. Mereka (UBN) menghargai Azizan sebagai MB.

Tuesday, October 29, 2013

Berundur langkah bijak Nasarudin, Nik Abduh

MENAIK MENTARI                                                                          

Seperti sepakat pula ketua pemuda Pas Nasarudin Hassan dengan timbalannya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengambil keputusan meninggalkan kepimpinan pemuda. Semalam Nasarudin mengumumkan dia tidak akan mempertahankan jawatan itu atas alasan mahu memberi laluan kepada orang muda.

Nasaruddin Hassan
Beliau kini sudah berusia 43 tahun dan memimpin dewan itu sudah dua penggal selepas mengambilnya dari Salahuddin Ayub.

Beberapa hari sebelum ini Nik Abduh telah mengumumkan yang dia tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya. Nik Abduh baru sepenggal menjadi timbalan ketua pemuda. Dia tidak menjelaskan kenapa dia mengambil keputusan. Namun pemerhati politik dapat mengagak kenapa? Mungkin kerana soal prestasi... sebab untuk menduduki jawatan sepenting itu bukan gampang semudah membelek muka surat Quran dan baca atau sesemesik menulis catatan ilusi dalam facebook.

Monday, October 28, 2013

PKR bakal hilang tokoh berwibawa?

SEPAKULASI                                                                                   

PKR berkemungkinan besar mengalami satu kocakan mengejutkan dalam tempoh terdekat ini apabila salah seorang tokoh berwibawanya akan mengumumkan dia tidak akan aktif lagi dalam parti.

Mungkin maklumat ini hanya iseng-isengan sahaja dan tidak akan menjadi kenyataan. Orang-orang PKR termasuk Penasihat Umumnya Anwar Ibrahim sendiri tentu tidak senang dengan spekulasi ini. Tetapi sebagai seorang yang masak politik, tahu membaca gerak badan (body language) dan memahami perasaan Anwar tidak dapat menolak kemungkinan ini.

Tokoh yang dimaksudkan itu adalah menjadi salah seorang pegerak dan penyusunan organisasi di dalam PKR itu sendiri. Perkembangan ini mungin belum disedari banyak pihak tetapi ia sudah dapat dihidu oleh pemerhati politik yang cekap dan bermakrifat. Pihak tertentu dalam PKR sendiri dipercayai sudah dapat mengagaknya.

Sunday, October 27, 2013

Masalah ketiadaan pitis Najib patut berterus terangn

RENUNGAN                                                                                      

Najib minum air sebanyak lima kali masa bentang Bajet.
Tindakan kerajaan untuk mengenakan cukai baru, GST serta mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak RM0.35 sen semasa pembentangan Bajet Jumaat lalu kini menjadi isu dan pertuturan rakyat marhaen. Rakyat bercakap mengenai perkara ini dengan pelbagai perasaan dan keluhan.

Isu terbaru yang membabitkan rakyat secara langsung ini berpotensi menjadi isu besar di sepanjang tahun ini dan tahun depan. Tidak mustahil juga satu perarakan atau tunjuk perasaan mega akan dilakukan, apabila keadaan gula di dalam tubuh rakyat terlampau rendah apabila amalan mengurangkan gula dilakukan kerana menuruti arahan perdana menteri.

Pembangkang sudah tentu mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Sebagai pihak yang hanya mahu mencari salah kerajaan dan dijadikan modal politik untuk populis dengan rakyat, isu ekonomi ini akan mulai dikembangkan.

Saturday, October 26, 2013

Hassan Kaabah, bekas Exco meninggal dunia


PERKHABARAN                                                             

Bekas Eco Kelantan Hassan Mohamad, 69 (foto) atau lebih dikenali dengan Hassan Kaabah telah kembali ke Rahmatulah pagi ini. Beliau meninggal dipercayai kerana sakit tua dan angin ahmar. Allahyarham seorang guru dan tokoh Pas Machang merupakan Adun Kemuning (Temangan) selama tiga penggal 1995 - 1999, 1999 - 2004 dan 2004 - 2008.

Allahyarham juga merupakan bekas Yang Dipertua Pas kawasan Macang.

Ekoran kemenangan itu beliau dilantik menganggotai barisan Exco kerajaan Kelantan memegang portfolio, Pembangunan Masyarakat, Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Antara Kaum Negeri Kelantan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hasnah Hj Salleh dan lima orang anak. Dr Mohd Fadzli yang kini merupakan seorang anggota Exco Kelantan adalah anak sulung Allahyarham.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas Zohor tengah hari ini. Al fatihah. [wm.kl.8:11 am 10/26/13]

Thursday, October 24, 2013

Cadangan Ahmad untuk saman akhbar tidak elok

PANDANGAN                                                                                       

Ahmad jangan sengeketa dengan media.
Cadangan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub untuk mengambil tindakan ke atas akhbar PB (Berita Harian) ekoran penyalah-siaran (sengaja) melaporkan kerajaan Kelantan telah meluluskan hutan simpan Hulu Sat seluas 14,000 hektar rasanya kurang sesuai dan cadangan itu perlu difikirkan semasak-masaknya.

Cadangan itu juga seakan-akan mahu meletakkan Ahmad Yaakub dalam 'geluk' pergaduhan dengan media massa yang tujuannya hanya mereka yang mencadangkan sahaja mengetahuinya.

Memang sebagai MB Ahmad perlu mengambil tanggungjawab membersihkan laporan yang silap itu. Tetapi memandangkan isu hutan simpan Hulu Sat yang dibangkitkan sebelum ini termasuk di dalam Dun Kelantan sudah dianggap selesai maka ia tidak berbangkit lagi.

Wednesday, October 23, 2013

Foto sekitar penamaan calon PKR Sungai Limau


SERPIHAN RASA                                                                                  

Seperti sudah sedia maklum hari ini berlangsung pernamaan calon pilihan raya kecil Dun Sungai Limau Kedah. Hari mengundi ialah 4 November. Dua calon yang mengemukakan borang penamaan calon Mohd Azam Abdul Samat, 37 calon Pas dan Ahmad Sohaimi Lazim, 52 calon UBN.

Ribuan mengiringi calon Pas.
Seperti selalu penamaan calon meriah. Calon diarak oleh para penyokong masing-masing dengan julangan bendera parti dan sepanduk perang saraf.

Jumlah rombongan perarakan calon ini akan memberi suntikan semangat. Walaupun ia bukan indikator sebenar tetapi sering kali dilihat sebagai peluang awal kepada calon.

Perarakan hari ini nampaknya sama ramai. Ribuan penyokong mengiringi calon masing-masing dengan diiringi oleh pemimpin tertinggi. Perakan calon Pas diketuai sendiri oleh presiden Abdul Hadi Awang. Rakan Pas dalam Pakatan Rakyat juga turut sama hadir memberi sokongan.

Abdul Hadi kata tiada tindakan terhadap Husam

SELANG HARI                                                                                     

Presiden Pas Abdul Hadi Awang menjelaskan tiada tindakan terhadap Husam Musa selepas beliau mengadakan pertemuan tiga pihak, Husam Musa, Pas Kelantan dan Pas Pusat di Kota Bharu semalam dalam membincang dan berjumpa untuk menghuraikan gelora yang berlaku dalam Pas Kelantan sehari dua ini.

Pertemuan Pas Pusat dengan Husam, Pas Kelantantan.
Lautan Pas Kelantan sedikit berombak ekoran teguran Husam Musa di Dun Kelantan yang menyentuh soal kelemahan pentadbiran serta salah laku pegawai tertentu di pejabat Menteri Besar.

Terkejut sedikit apabila mendengar jawaban demikian dari Abdul Hadi. Apakah ada pihak yang mahu Pas mengenakan sebarang tindakan ke atas Husam ekoran kritikan beliau di dalam sidang Dun baru-baru ini? Mungkin ada, kalau tidak masakan Abdul Hadi memberi penjelasan begitu.

PRK Sg Limau bakal memaniskan siapa?

ULASAN PRU SG LIMAU                                                                             

Calon PRK Sg Limau, Sohami dan Azam angkat tangan. 
11 hari lagi penduduk di kawasan Dun Sungai Limau akan mendapat wakil rakyat baru bagi menggantikan Azizan Abdul Razak yang telah kembali ke Rahmatullah 26 September lepas. Pada hari itu (4 November) seramai 27,287 pengundi berdaftar di Dun Sungai Limau akan membuat pilihan di antara dua calon pengganti Azizan; Mohd Azam Abdul Samat, 37 dari Pas dan Ahmad Sohaimi Lazim 52 dari UBN.

Kedua nama itu telah diumumkan layak bertanding oleh SPR pagi ini. Hanya mereka berdua sahaja menyerahkan borang penamaan calon. Dua calon bebas yang pernah bertanding dalam pilihan raya lalu tidak berbuat demikian, mungkin kerana tidak cukup wang deposit.

Tuesday, October 22, 2013

Pas Pusat ke Kelantan selesai kemelut sesama sendiri

PANDANGAN SORE                                                                        

Seperti mana dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana, hari ini pimpinan tertinggi Pas diketuai presiden Abdul Hadi Awang telah mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan Pas Kelantan di Kota Bharu Kelantan bagi membincangkan teguran Husam Musa kepada kerajaan negeri yang menjadi isu dan perbualan umum di Kelantan ke belakangan ini.

Husam juga perlu tahu dia adalah aset Pas.
Dipercayai semua pimpinan Pas Kelantan termasuk Husam hadir kecuali Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hadir. Lain-lain pimpinan Pas ialah Ahmad Yaakub, Mohd Amar Nik Abdullah, Zulkefli Mamat, Hanifa Ahmad, Siti Zailah Yusuf, Abdul Latif Abdul Rahman dan lain-lain. Mereka ini adalah Dewan Harian dan anggota Lujnah Politik Pas.

Sementara pucuk pimpinan Pas pula selain Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Sallahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mustapa Ali dan lain-lain. Kalau ikutkan kebiasaan timbalan Mursyidul Am Haron Din dan Ketua Dewan Ulamak Harun Taib juga termasuk dalam kategori pucuk pimpinan tertinggi Pas.

Paksi menyalak kepada orang yang jadi 'bukit'

SEBUAH RASA, RASA                                                                         

Dinsman terus bertempik.
Malam semalam saya terpergi ke majlis dialog budaya dan seniman dengan pimpinan Pas yang diadakan di sebuah hotel di Shah Alam. Naib presiden Pas, Sallahudin Ayub yang menjemput saya. Saya tidak tahu kenapa beliau jadi ingat kepada saya agar hadir pada majlis itu. Maka saya hadir.

Sesampai di lokasi baru saya tahu siapa penganjur dan siapa yang terlibat dengan majlis itu. Rupa-rupanya rakan-rakan dalam Paksi - Seniman Paksi Rakyat, manakala pengelolanya ialah Lunjah Kesenian Pas yang dikepalai Muhaimi Sulam.

Mungkin kedatangan saya agak mengkagetkan juga, kerana saya barang kali tidak seharus berada sama di majlis berkenaan, sebab saya tidak menjadi anggota Paksi secara langsung. Kerana itu saya tidak dijemput bagi mengelakkan apa-apa yang tidak baik terdedah? Sifat majlis itu, dialog tertutup dengan kepimpinan Pas yang membicarakan permasalahan seni dan budaya serta peranan dan kepedulian kerajaan terhadapnya.

Monday, October 21, 2013

Menjawab sepucuk surat mengenai sekolah YIK

SURAT                                                                                                  

Ada seorang penjengok blog Merah Tinta atau Facebook saya yang menamakan dirinya sebagai Bananajunior Jr telah menulis surat rengkas kepada saya mempertikaikan sikap saya yang baginya seolah-olah menghalang Yayasan Islam Kelantan (Yik) daripada menyerahkan sekolah agama Yik kepada kementerian pendidikan Malaysia. 

Sepatutnya saya tidak melayan surat ini kerana penulisnya berselindung di sebalik nama pena. Tetapi bila saya fikir ada baiknya kemusykilan ini dijelaskan, kerana ia akan juga memberi penjelasan kepada orang lain yang mungkin juga mempunyai tanggapan sepertinya maka saya melayan surat orang yang menamakan dirinya sebagai Bananajunior Jr ini.

Cara dia menulis dan melepaskan perasaanya seperti dia seorang guru yang akan mendapat kebaikan dan keuntungan sekiranya Yik bersetuju menyerahkan sekolah-sekolahnya kepada pihak kementerian.

Sunday, October 20, 2013

Transformasi yang tidak berjaya dalam Umno

ULASAN PEMILIHAN UMNO                                                            

Keputusan pemilihan kepimpinan baru Umno untuk tahun 2013 - 2016 telah pun diketahui. Ketiga-tiga naib presiden dipilih semula untuk terus menyandangkan kerusi mereka. Ahmad Zahid Hamidi dan Shafei Apdal tidak sukar untuk mempertahankan kedudukannya. Zahid mendapat undi tertinggi untuk naib presiden dengan mengutip 185 undi. Beliau nampaknya begitu ghairah dengan kemenangan itu sampai mengumum sendiri kemenangannya mendahului pengumuman pengerusi jawatakuasan pemilihan.

Shafei Apdal pula mengutip 174 undi manakala Hishamuddin Hussein mengutip 100 undi yang mengatasi seorang lagi calon naib presiden yang sebelum ini didendangkan akan menang dengan sembilan undi saja. Calon berkenaan ialah Mukhriz Mahathir mengutip yang 91 undi, setakat jam 2:30 pagi tadi.

Sebagai rekod dua lagi calon naib presiden, Mohd Isa Samad dan Mohd Ali Rustam mendapat tujuh undi. Kedua-dua calon ini bolehlah menyiapkan paku keranda terakhir mereka. Petunjuk jelas kepada mereka berdua bahawa aura mereka telah pun lupus. Mereka sepatutnya sedar dan insaf dan jangan lagi mencari alasan-lasan klise untuk memperakui yang diri mereka masih relevan. Tidak semua perangai Mahathir Mohamad patut diceduk.

Wednesday, October 16, 2013

Bila Mahathir sokongan idea Zahid adalah muslihatnya

PADANGAN                                                                                      

Bila seseorang menghadapi suasana terdesak ia akan melakukan apa sahaja. Begitu juga dengan penjenayah yang sedang diburu polis, kalau boleh mereka mahu melepaskan diri dan tidak mahu mengambil risiko berdepan dengan polis. Namun kerana sudah tidak ada pilihan lain mereka akan melepaskan tembakan untuk menyelamatkan diri. Itulah yang terjadi.

Barang kali kaedah yang sama boleh dipakai kepada Mahathir Mohamad yang kini dalam keadaan 'terdesak' untuk memastikan anaknya Mukhriz menang dalam perebutan jawatan naib presiden Umno. Mahathir bagaikan penjenyah akan melakukan apa saja tindakan walaupun ia melanggar keangkuhan dan kebencian dirinya kepada seseorang sebelum ini.

Mahathir kini boleh dikatakan terdesak dalam suasana untuk menenangkan anaknya. Agaknya beliau sudah mengetahui hujung jatuh Mukhriz dalam perebutan jawatan itu. Apa lagi bila mana Khairy Jamaluddin mAbu Bakar enang besar dalam mempertahankan kedudukannya sebagai ketua pemuda Umno ia menjadikan Mahathir makin tidak senang duduk. Phobia Khairy mengalahkan anaknya empat tahun lepas menghantui dirinya.

Sepatutnya halangan guna kalimah Allah diperluas ke Sabah, Sarawak jua

SINGGUNGAN                                                                                  
Keputusan Mahkamah Rayuan yang menghalang pemakaian sebuatan (kalimah) 'Allah' oleh majalah Kristian Khotolik, The Herald dan tidak sama terpakai untuk penerbitan-penerbitan lain seperti Bible, atau Al Kitab yang digunakan di Sabah dan Sarawak menimbulkan sedikit tanda tanya sejauh mana relevansinya, serius dan ikhlasnya larangan itu dibuat atas kepentingan agama (Islam) dan kehendak perlembagaan sebenar negara ini.

Apabila larangan itu hanya terbatas dalam Herlad dan kalimah itu dibenarkan diguanakan di Sabah dan Sarawak semacam ada sedikit kesongsangan dalam hal ini. Kenapakah dalam soal-soal agama yang hukumnya rigid boleh dilonggarkan dan ada dua undang-undang untuk membatasinya. (Jika benar kalimah Allah itu hak mutlak umat Islam?)

Kalimah Allah yang ditakuti oleh sesetengah umat Islam di Semenanjung tetapi boleh digunapakai dengan bebas di Sabah dan Sarawak tanpa pertikaian sejak berdekad lalu. Sepertri mana ditegaskan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi Tunku Jaafar, katanya Kabinet membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam al-Kitab di Sarawak dan Sabah serta jaminan dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud pada tahun 2011.

Monday, October 14, 2013

Teguran terakhir Anwar kepada Khalid

ULASAN ISU                                                                                       

Khalid Ibrahim sekali lagi ditegur oleh Anwar Ibrahim. Teguran kali ini saya kira teguran terakhir dan penghabisan. Selepas ini Anwar tidak akan mengulangi perkara yang sama, sebab lama kelamaan kalau beliau bercakap perkara sama menyebabkan orang menganggap suaranya tidak laku.

Sebelum ini sudah beberapa kali Anwar membuat teguran dan sindiran kepada Khalid diberbagai tempat dan dalam majlis termasuk dalam mesyuarat parti. Tetapi teguran Anwar tidak membekas apa-apa ia jadi seperti mencurahkan air ke daun keladi saja. Anwar semacam menjadikan tunggul kayu mati untuk mengusik-usikkan Khalid dengan mengatakan ianya hantu. Ia sedikit pun tidak menakutkan Khalid.

Apa yang ditegur Anwar dan para pemimpin PKR lain supaya Khalid mengubah stail dan pendekatan dia sebagai ketua kerajaan Selangor. Beliau dikatakan mentadbir secara korporat dan mengabaikan kepentingan-kepentingan politik untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politik itu sendiri. Khalid seakan menerima jawatan MB itu sebagai satu penswastaan daripada pakatan Rakyat dan terserah kepadanya untuk melakukan apa saja tanpa perlu menerima pandangan dan maklumat semasa dari parti. Inilah masalahnya.

Sunday, October 13, 2013

Kelantan sebagai pusat hubungan industri kreatif

RENCANA KHAS                                                                        

Keizinan Allah s.w.t. kepada Pas Kelantan menerajui kerajaan negeri Kelantan Darulnaim selama 23 tahun ia bukan sahaja telah berjaya mengutuhkan kedudukan Kelantan sebagai negeri lembahan wahyu (ilmu), negeri berbudaya dan bersenian comel tetapi ia juga berjaya meletakkan Kelantan di atas peta dunia.

Hasil usaha dan kesungguhan itulah hari ini kalau di geoogle nama ‘Kelantan’ ia akan mencatat sebanyak 13 juta nama ‘Kelantan’ dipamirkan.

Penemuan ini membuktikan nama Kelantan tidak asing lagi ia sudah memenuhi setiap ruang alam siber dan media konservatif.

Saturday, October 12, 2013

Sharizat, Khairy dan Mas Ermieyanti menepati ramalan

STOP PRESS                                                                                        

Menepati seperti mana yang diramalkan Sharizat Abdul Jalil, Khairy Jamaluddin dan Mas Ermieyati Shamsudin telah mempertahankan jawatan masing-masing, Sharizat sebagai ketua wanita, Khairy ketua pemuda manakala Mas Ermieyanti sebagai ketua puteri yang baru.

Sehingga jam 11:40 malam Sharizat memperolehi 81 undi manakakala pencabarnya Maznah Mazlan mendapat tiga undi sementara Raihan Suleiman Palestin tidak mendapat sebarang undi.

Khairy Jamaluddin pula mendapat 90 undi manakala empat pencabarnya tidak mendapat sebarang undi.

Mas Ermieyanti mendapat 90 undi manakala seorang lagi Jamilah mendapat 26 undi.

Manakala naib ketua wanita pula Azizah mendapat 61 undi manakala Suraya 19 undi.

Naib ketua pemuda Khairul 37 undi, Jamawi 28, Irwan 11 manakala Lokman Noor Adam enam undi.

Manakala naib ketua Puteri Zahida 58 undi Norsabrian 33 dan Nazliah 20 undi.

Keputusan muktamad dijangka diumumkan jam 3:00 pagi nanti. [wm.kl.11:45 pm 12/10/13]

Suhaizan akan cabar Nasarudin untuk rebut Ketua Pemuda Pas

MAKLUMAT PETANG                                                                         

Exco Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat telah diumumkan sebagai calon Dewan Pemuda Pas Malaysia yang akan mencabar kedudukan Nasaruddin Hasan di muktamar dewan berkenaan bulan depan. Pengumuman itu dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Batu Pahat hari ini.

Suhaizan Kaiat
Dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada saya menyebut; "kami dari pemuda Pas kawasan Batu Pahat dengan sebulat suara telah bersetuju untuk mencalonkan Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Pemuda (KP) bagi Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) dalam pemilihan Pas yang akan berlangusng bulan November ini."
Sebelum ini saya telah mencatatkan menerusi blog ini seorang Exco Pas akan mencabar kedudukan Nasaruddin sebagai ketua dewan Pemuda Pas.

Surendran perlu sahut ajakan Ketua Polis

PANDANGAN                                                                                    

Adalah tepat tindakan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar yang mengundang naib presiden PKR, N Surendran untuk sama-sama mengikuti pasukan polis ketika sedang melakukan pembenterasan jenayah. Dengan cara itu Surendran dapat mengetahui akan kesukaran ataupun bagaimana kritikalnya polis dalam berdepan dengan penjenayah. Selepas sama-sama mengikuti operasi seperti itu Surendran boleh buat penilaian sendiri dan memberi tahu kepada rakyat kemudiannya.

Di sini kita bukan bermaksud hendak membela polis, tetapi memahami akan perasaan polis yang berada di barisan depan, berdepan dengan penjenayah yang juga memiliki senjata. Walaupun mereka dilengkapi senjata canggih dan merupakan penembak tepat, tetapi mereka juga manusia yang ada perasaan berani dan kecut. Mereka juga bukan sebatang kara tetapi ada anak, isteri dan ibubapa yang perlu dijagai. Tentu mereka juga ada perasaan bimbang dan takut dan rasa keselamatan diri perlu diutamakan dulu.

Adalah tidak adil kalau menuduh kesemua pasukan polis tidak cekap, tidak amanah ataupun main-main dengan penjenayah dan usaha membenteraskan jenayah. Bukan tidak boleh mempertikaikan tindakan polis tetapi kena juga memahami benar-benar keadaannya.

Friday, October 11, 2013

Khairy, Sharizat dijangka akan menang mudah

RAMALAN                                                                                            

Khairy Jamaluddin
Esok kira-kira 220,000 perwakilan wanita, pemuda dan puteri Umno 191 bahagian diseluruh negara akan membuat pengundi untuk memilih barisan kepimpinan mereka di peringkat bahagian dan juga kebangsaan. Jawatan yang akan menjadi tumpuan tentulah perebutan Ketua Pemuda Umno, Ketua Wanita dan Ketua Puteri. Inilah tiga jawatan yang hagat dan dinanti-nantikan keputusannya.

Pemilihan kali ini akan menguji sejauh mana keberkesanan sistem pemilihan baru diperkenalkan Umno yang menggantikan sistem kouta. Ia juga akan memberi arah tuju dan indikator sejauh mana politik wang atau rasuah semasa pemilihan dalam parti itu dapat diatasi atau tidak.

Jawatan ketua Pemuda menjadi rebutan lima orang calon. Khairy Jamaluddin sebagai penyandang dicabar oleh pemuda yang tidak pun berada dalam barisan exco pemuda. Mereka adalah pemuda-pemuda kecil yang dilihat tidak termasuk dalam cakro politik menteri belia dan sukan itu. Mereka boleh dianggap datang menyergah dari luar umbi kepemudaan Umno.

Ulasan sidang DUN Kelantan 7 - 10 September 2013

DARI GELERI AWAM                                                                      

Saya sudah lupa bilakah kali terakhir saya menghadiri sidang Dun Kelantan untuk melihat perjalanannya. Apa yang senantiasa ingat, saya mulai tidak memasuki ke sidang Dun itu apabila saya disinis oleh speaker pada masa itu. Beliau bertanya kepada sahabat yang saya minta tolong dapatkan pas (wartawan) dengan menyoal siapa Sayuti? walhal dia kenal sangat dengan saya.

Saya faham kenapa dia menyinis begitu, ada sebab-sebab yang telah lama terakam dalam sejarah. Jadi selepas itu saya berjanji tidak akan menjejaki Dun Kelantan sehinggalah speaker berkenaan ditukarkan. Walaupun speaker berkenaan telah bertukar, hati masih menjadi tawar 'lembar' untuk memasuki Dun berkenaan. Tidak ada minat. Puncanya sedikit sebanyak kerana kecewa dengan prestasi wakil-wakil rakyat yang tidak dapat memainkan peranan sewajarnya sebagai wakil rakyat. Sidang ada kalanya membosankan dan membuang masa.

Kenapa tidak, sesetengah ahli dewan tidak tahu membezakan dewan dengan pentas politik. Tidak tahu membezakan mana ceramah dan mana persidangan di dewan legislatif. Untuk apa datang ke dewan kalau hendak mendengar khutbah, ceramah atau pun sindiran-sindiran macam dilakukan Abu Nawas dalam hikayat 1001 malam. Tidak ada guna! Dewan ialah tempat berbahas, berbincang, bermuzakah dan menyelesaikan apa-apa masalah kemudian mencari rumusan bersama demi rakyat dan negeri.

Wednesday, October 9, 2013

Tiada kelulusan hutan simpang Chabang Tongkat manakala tanah Sg Tuang dah jadi milik orang

ULASAN SIDANG DUN KELANTAN                                                  

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakub bersikap 'tawaduk' dan jujur menerima apa-apa isu yang dibangkitkan berhubung pentadbirannya dan mengucap terima kasih atas segala maklumat kerana membantu beliau boleh segera membuat semakan dan tindakan demi memperbaiki dan mempertingkatkan darjat kerajaan Kelantan.

Ahmad berterima kasih kepada Adun Salor.
Ahmad menzahirkan demikian semasa menggulung perbahasan dalam memberi respon kepada isu yang dibangkitkan pada perbahasan Bajet 2014 yang dibentangnya.

Isu paling panas mengenai permohonan hutan simpan di Hulu Sat Machang sebanyak 3,500 ekar yang dibangkitkan oleh Adun Salor, Husam Musa.

Sebagai pemerhati kerdil politik Kelantan saya juga turut memberi singgungan kepada isu berkenaan secara lebih rakus sedikit beberapa hari lalu. Ia agak tersasar dari segi figure bila mana tersalah petik menyebabkan timbul kemarahan oleh pihak kerajaan Kelantan. Perlukah saya menyatakan kenapa dilakukan demikian kerana ia adalah untuk kebaikan. Saya tidak ada apa-apa rekod kepentingan diri saya di Kelantan walaupun Kelantan sudah diperintah Pas 23 tahun. Justeru saya tidak gentar untuk terus membuat teguran.

Projek lebuh raya rakyat masih belum muktamad

ULASAN SIDANG DUN KELANTAN                                                

Exco Infrastruktur, Utilitis dan IT, Hanifa Ahmad hari ini memberi pencerahan berhubung projek pembinaan lebuh rakyat rakyat Kelantan yang terus menjadi tanda tanya apabila ia terhenti seketika disebabkan beberapa faktor yang kabur kepada umum.

Hanifa Ahmad
Hanifa dalam penggulungan dan menjawab beberapa persoalan yang dibangkit terhadap porfolio beliau menjelaskan status projek berkenaan waktu kini.

Menurutnya kontrektor dari Korea yang diberikan tanggungjawab itu sebelum ini sudah tidak berminat dengan projek berkenaan menyebabkan ianya dilupakan. Pernyataan itu dijelaskan dalam dua pucuk surat kepada kontrektor berkenaan dan juga kepada badan menguruskan projek berkenaan. Beliau membaca kedua-dua surat berkenaan.

Tuesday, October 8, 2013

Husam memangkinkan ucapan Ahmad Yakub

ULSAN  SIDANG DUN KELANTAN                                                     

Kelmarin buat pertama kalinya Ahmad Yakub sebagai Menteri Besar Kelantan telah membentangkan Bajet untuk negeri Kelantan bagi tahun 2014 di DUN Kelantan. Saya sempat meneliti dan memperhalusi tesk ucapan beliau. Ucapan atau Bajet bertemakan "Kesejahtraan Rakyat Kemakmuran Negeri' itu merupakan legasi Bajet Tokguru Nik Aziz sebelum ini. Ia dikira menarik dengan mengemukakan empat paksi utama;

Ahmad Yakub
1. Merancakkan pembangunan ekonomi rakyat,

2. Memperkasakan pembangunan Insan berteraskan Islam,
3. Pembelaan golongan daif dan miskin, OKU, anak yatim dan warga emas,
4. Mengukuhkan keupayaan institusi dan badan pelaksana bagi tujuan mencapai maksud dan tujuan.

Keempat paksi ini mencakupi aspek penting yang sangat dibutuhkan rakyat Kelantan waktu ini. Untuk belanjawan tahun depan diperuntukan sebanyak RM559.64 juta meningkat sebanyak RM23.69 juta berbanding bajet tahun lepas. Di mana sebanyak RM28.08 juta untuk perbelanjaan tanggungan manakala sebanyak RM531.59 juta untuk perbekalan. Tahniah kepada Ahmad.

Hutan simpan yang diluluskan hanya 3,500 ekar

FOLLOW UP                                                                                        

Adun Salor, Husam Musa baru sekejap tadi menyebut perihal hutan simpan di Chabang Tongkat Hulu Set Machang yang diluluskan kepada seseorang di Dewan Undangan Negeri Kelantan ketika beliau membahas belanjawan Kelantan 2014.

Beliau menyebut kelulusan hutan simpan itu berdasarkan kepada surat permohonan kepada Menteri Besar bertarikh 6 Ogos 2013. Surat permohonan itu di atas dua keping kertas sahaja dan ia diluluskan kepada seorang pemohon.

Beliau menyesali atas apa yang berlaku dimana tidak sepatutnya ia diberi begitu sahaja kerana dalam mesyuarat MKK sebelum ini semua tanah hendaklah ditander.

Bagaimana pun jumlah yang disebut Husam Musa tanah itu seluas 3,500 ekar bukan seperti mana yang saya difahamkan seluas 35,000 ekar seperti mana dicatat sebelum ini.

Menurutnya juga Pejabat Perhutan Negeri telah diarah menyiapkan penandaan kawasan berkenaan dalam tempoh terdekat pastinya untuk tujuan penebangan balak.

Jadi jelas maklumat yang saya terima adalah benar cuba tersilap mengenai jumlah ekarnya sahaja. Atas kekhilafan yang tidak disengajakan itu dipohon kemaafan. [wm.kl.3:48 pm 08/10/13]

Jangan jual 'tongkat' nanti Kelantan jatuh

ISU HANGAT                                                                                       

Inilah hutan simpan berkenaan.
Sungguhkah? Khabarnya hutan simpan di Chabang Tongkat Hulu Sat, Machang Kelantan seluas 35,000 ekar atau 14,432 hektar telah diluluskan kepada seorang individu yang memiliki syarikat dua ringgit sahaja. Kalau maklumat ini sahih ia sungguh malang dan mendukacitakan sekali. Tindakan ini menjadi indiktor yang kerajaan Pas Kelantan selepas ketiadaan Nik Aziz Nik Mat mulai celaru.

Hutan simpan itu katanya sungguh strategi sekali. Ia merupakan sebuah kawasan cantik dan menjadi kawasan tadahan hujan bagi penduduk sekitar. Kedudukannya dari Machang memanjang ke sempadan Pasir Puteh sampai ke Selising dan Jeram Pasu.

Hutan simpan berkenaan katanya sudah lama dipertahankan tetapi nampaknya akhirnya terpaksa dikorbankan juga?

Kalau ia benar terpaksa diluluskan juga mungkin untuk membiayai kewangan negeri? Apakah kewangan negeri begitu nazab sekali waktu ini sehingga terpaksa menjual tanah berkenaan? Atau pun kelulusan itu katanya kepada seorang individu yang pernah mengundang salah seorang pemimpin Kelantan makan kenduri di rumahnya itu untuk membantu mewujudkan seorang lagi jutawan tanah di Kelantan?

Monday, October 7, 2013

Herdik wartawan: Bukan salah Zahid seratus peratus

ULASAN ISU                                                                                       

Zahid juga ada hambatan peribadi.
Sebagai seorang wartawan, penulis dan kini bergelar bloger kecil saya kesal dengan sikap Menteri KDN, Ahmad Zahidi Hamidi terhadap apa yang beliau lakukan kepada seorang wartawan portal berita berbangsa Cina. Atas kapasiti saya juga orang Melayu saya sepatutnya menyokong tindakan Zahid itu kerana portal berita berkenaan saya lihat ada unsur-unsur sepreti mana Zahid tampak dan rasakan. Tetapi sebagai seorang wartawan, penulis dan warga siber, saya tidak boleh terima apa yang Zahid tunjukkan itu. Ia tetap sesuatu yang tidak sepantasnya.

Kalaulah klik video mengenai kejadian itu benar, (berhubung aksi Zahid terhadap wartawan itu) bukan diedit, tidak sepatut Zahid bersikap demikian. Betapa dia benci dan berbulu dengan wartawan itu beliau boleh menegur secara berhemat sesuai dengan jawatannya sebagai seorang menteri kanan yang menjadi public figure.

Sunday, October 6, 2013

Politik wang dalam Umno tak terhapus

RENUNGAN AHAD                                                                               

Seramai kira-kira 150,000 ahli Umno akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka pada 19 dan 22 Oktober ini untuk memilih barisan kepimpinan baik di peringkat bahagian dan juga kebangsaan. Pemilihan kali ini seperti biasa berlangsung dalam suasana hangat dan sejuk. Pemilihan peringkat bahagian tidak menjadi perhatian umum sangat, sebaliknya pemilihan untuk jawatan Naib Presiden dan ahli MKT serta ketua pemuda dan wanita menjadi tumpuan.

Mulai kelmarin semua calon sudah dibenarkan berkempen. Umno menyediakan mekanisme tersendiri untuk calon-calon berkempen. Bagaimana pun ada juga yang merasakan kaedah atau mekanisme itu tidak begitu memuaskan dan adil. Ada beberapa calon menyuarakan rasa kurang puas hati dengan peraturan yang dibenarkan. Misalnya Mukhriz Mahathir merunggut meminta semua calon dibenarkan berkempen secara bersendirian bukan, beramai-ramai seperti kini.

Matlamat Umno dengan mengubah kaedah pemilihan antara bertujuan untuk mengurangkan politik wang (rasuah) di dalam parti berkenaan. Itulah antara tujuannya di samping untuk menunjukkan Umno sebuah parti yang demokratik dan bersih. Tindakan itu diambil sebab rasuah di dalam Umno sudah menjadi 'air minum nasi makan' ia sudah membudaya dan menyerap sampai ke akar umbi. Rasuah bukan sahaja di peringkat tertinggi merebut jawatan presiden, timbalan, naib atau ahli MKT tetapi peringkat ketua bahagian hatta ketua cawangan juga.

Friday, October 4, 2013

Ahmad Yakub perlu turun sendiri melihat masalah rakyat

PANDANGAN                                                                                   

Ahmad perlu lebih peka masalah rakyat.
Ekoran kejadian limpahan air dari tasik bijih di Bukit Kwong Rantau Panjang yang menjejaskan 50 hektar kebun penduduk tempatan, MB Ahmad Yakub memberi jaminan ia akan disiasat segera. Beliau telah mengarah Pejabat Tanah dan Galian untuk membuat siasatan.

Sebenarnya Ahmad bukan saja setakat akan membuat arahan untuk disiasat beliau patut mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan lihat sendiri apa yang berlaku. Sudah tentu laporan akan disediakan dari segi teknikal saja tetapi kalau beliau pergi sendiri beliau dapat berintraksi dengan alam dan para pekebun.

Selain itu beliau juga akan dapat bertemu dengan penduduk sekitar serta mendapat maklum balas mengenai beberapa masalah semasa rakyat di situ. Tidak salah kalau beliau mencuri masa lain untuk membuat tinjauan lisan. Rakyat juga akan merasa lega sekiranya MB sendiri yang mencemarkan duli.

Setiausaha Dewan Ulamak tidak perlu kasar sangat

TAZKIRAH JUMAAT                                                                        

Muhamad Sabu dihina.
Saya rasa sikap Setiausaha Dewan Ulamak, Khairuddin Azman Razali dalam memberi pandangan tidak menunjukkan sifat seorang ilmuan yang berhemat atau pun kurang diplomasi politik apabila beliau merujuk terus pandangannya dalam soal memilih timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Sebagai sama-sama duduk di dalam jemaah tidak seharusnya beliau jadi begitu out spoken sehingga butir bicaranya boleh melukai hati pihak lain. Rasulullah S.A.W. sangat melarang daripada umatnya menyakiti hati orang lain. Banyak hadith mengenai hal ini, carilah dan geoogle lah sendiri.

Memang menjadi hak beliau bercakap untuk mempertahankan resolusi multaqa ulamak se Malaysia, tetapi janganlah memberi nasihat sampai tuan badan dan penyokongnya boleh terasa hati. Kadang-kadang sesebuah negara besar itu boleh berperang kerana kesilapan sepatah ucapan dan kata-kata sahaja.

Thursday, October 3, 2013

Apakah New York mempertemukan Najib dengan Anwar?

SPEKULASI                                                                                          

Sepanjang mengikuti perbahasan rang undang-undang Pencegahan Jenayah (pindaan dan perluasan) PCA 2013 timbul pertanyaan di dalam kepala saya kenapa ketua pembangkang, Anwar Ibrahim tidak ada dalam dewan? Bukankah rang undang-undang berkenaan penting dan patut diberikan perhatian wajar untuk memastikan rang undang-undang berkenaan yang kini sudah menjadi akta dibahas secara serius dan memuaskan?

Najib dan Anwar, ini bukan di New York.
Sebagai ketua pembangkang pandangan dan kupasan Anwar Ibrahim berhubung perkara berkenaan sangat penting. Walaupun ahli dewan lain dapat memberi bahasan yang baik tetapi ia tidak sama dengan suara yang dilontar oleh Anwar. Tetapi kenapa Anwar tidak ada?

Apakah Anwar tidak dimaklum mengenai pembentangan rang undang-undang berkenaan? Sebagai ketua pembangkang adalah mutahil kalau Anwar tidak memaklumi atau dimaklumkan rang undang-undang berkenaan. Mengikut amalan biasa deraf rang undang-undang itu diberikan awal-awal lagi kepada semua ahli dewan untuk semakan dan penelitian.

Dewan Pemuds Pas ada strateginya tersendiri

ULASAN                                                                                               

Semalam telah berlangsung satu forum yang diberi tajuk Survival Pas Dalam Arena Politik Malaysia yang diadakan di dewan perhimpunan China Selangor di Kuala Lumpur. Forum itu menampilkan ahli panel terdiri dari dua naib presiden Pas, Husam Musa, Salahudin Ayub dan bekas ahli parlimen Kuala Selangor dan Adun Batu Buruk, Terengganu Syed Azman Syed Ahmad Nawai.
Nasarudin Hassan
Suasana forum berkenaan tidak begitu kondusif, ruangnya terlalu sempit boleh memuatkan kira-kira 120 orang tetapi yang hadir sekitar 180 orang. Kalau ia dimanipulasikan sebagai forum puak moden ia akan diketawakan kerana kehadirannya rendah.

Saya hanya jenguk seketika kemudian turun minum di gerai mamak sambil berbual-bual dengan pengarang edisi Bahasa Melayu Malaysiakini, sdr Fathi Aris Omar. Banyak yang kami bualkan termasuk perihal muktamar Pas dan juga perhimpunan agung Umno.

Apa butiran yang diforumkan saya tidak tahu cuma mengetahui setelah melihat laporan protal berita pagi ini. Yang dapat saya rumuskan, forum berkenaan banyak mengkritik gerak kerja dewan pemuda Pas yang dilihat tidak bergerak seiringi dengan pemuda PKR dan DAP. Bila dewan pemuda dikiritik maka dapatlah saya hidu hala tuju forum berkenaan.

Akhirnya ISA wujud kembali dalam rupa baru

PARLIMEN                                                                                           

Setelah berbahas dan kemuncaknya malam tadi, akhirnya Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 diluluskan dengan suara majoriti penyokong kerajaan jam 12:50 tengah malam tadi. 
Zahid Hamidi

Perbahasan rang undang-undang itu hangat dan memperlihatkan kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan saling mempertahankan pendirian dan pandangan masing-masing atas nawaitu untuk menjadikan rang undang-undang berkenaan murni dan benar-benar berimpkatif.  

Pihak kerajaan yakin dan percaya rang undang-undang berkenaan tidak bersifat penganiayaan dan adil serta sangat penting untuk membasmi penjenayah berat di negara ini.

Manakala pihak pembangkang mempersoalkan rang undang-undang berkenaan sebagai hendak mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan sebelum ini dalam bentuk baru. Pembangkang juga meragui rang undang berkenaan akan disalah-gunakan.

Wednesday, October 2, 2013

Bakar Chik juga berminat rebut jawatan naib presiden

MENYILAU RASA                                                                                

Gegak gempita mengenai pemilihan di dalam Umno tidak mudah meredakan cakap-cakap apa yang sedang berlaku di dalam Pas waktu ini. Pas yang juga akan mengadakan pemilihan pemimpinnya tahun ini turut sama diberi perhatian oleh orang ramai. Sepak terang kecil sudah berlaku dalam Pas sebagai kempen dan promosi calon-calon untuk merebut jawatan penting.

Abu Bakar Chik
Pas agak kurang bernasib baik sedikit kerana jawatan nombor dua akan berlaku perlawanan tidak seperti Umno di mana jawatan nombor dua dan nombor satu telah diumumkan menang tanpa bertanding. Masing-masing diperolehi Najib Razak dan Muhyiddin Yassin.

Dengan terelaknya berlaku pertandingan didua jawatan utama itu, gelora di dalam pemilihan Umno tidaklah besar sangat.

Berbeza dengan Pas. Kedudukan Abdul Hadi Awang sebagai presiden selamat. Tidak ada yang tergamak untuk melanggar Abdul Hadi. Di sinilah sedikit kelebihan Pas sebagai parti haraki di mana nilai wala'nya tinggi. Kalau ada pun yang ingin menentang Abdul Hadi ia adalah angin semilir yang kuasa tiupannya tidak bisa menggerakkan daun lalang pun.

Nasarudin Hasan akan ditentang oleh exconya?

SUSUPAN TENGAH MALAM                                        

Kedudukan Ketua Dewan Pemuda Pas Nasarudin Hassan (foto) dikatakan akan dicabar oleh salah seorang Exco Pas. Perkembangan terbaru ini menafikan desas desus sebelum ini menyebut seorang peguam muda dikatakan akan mencabar kedudukan ahli parlimen Termeloh itu.

Peguam berkenaan pernah mengeluarkan kenyataan akan mencabar Nasarudin di dalam beberapa media baru.

Pengumuman mengenai hal itu katakan akan dilakukan malam besok dalam satu majlis yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.