Friday, October 11, 2013

Khairy, Sharizat dijangka akan menang mudah

RAMALAN                                                                                            

Khairy Jamaluddin
Esok kira-kira 220,000 perwakilan wanita, pemuda dan puteri Umno 191 bahagian diseluruh negara akan membuat pengundi untuk memilih barisan kepimpinan mereka di peringkat bahagian dan juga kebangsaan. Jawatan yang akan menjadi tumpuan tentulah perebutan Ketua Pemuda Umno, Ketua Wanita dan Ketua Puteri. Inilah tiga jawatan yang hagat dan dinanti-nantikan keputusannya.

Pemilihan kali ini akan menguji sejauh mana keberkesanan sistem pemilihan baru diperkenalkan Umno yang menggantikan sistem kouta. Ia juga akan memberi arah tuju dan indikator sejauh mana politik wang atau rasuah semasa pemilihan dalam parti itu dapat diatasi atau tidak.

Jawatan ketua Pemuda menjadi rebutan lima orang calon. Khairy Jamaluddin sebagai penyandang dicabar oleh pemuda yang tidak pun berada dalam barisan exco pemuda. Mereka adalah pemuda-pemuda kecil yang dilihat tidak termasuk dalam cakro politik menteri belia dan sukan itu. Mereka boleh dianggap datang menyergah dari luar umbi kepemudaan Umno.

Pemuda yang turun mencabar Khairy ialah, Akhmarsyah Muamar Ubaidah Sanusi, Syed Rusli Syed Harman, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abdul Karim Ali. Nama-nama ini selain Akhmarsyah tidak pernah dikenali pun. Akhmarsyah pun dikenali kerana dia kebetulan anak bekas menteri, Sanusi Junid.

Meneliti kepada nama-nama itu yang masing-masing belium ada jasa dan track rekod di dalam Pemdua Umno, Khairy dilihat akan menang dengan mudah, kecuali ada konsprirasi peringkat tertinggi? Walaupun empat yang menentang beliau, tetapi perwakilan pemuda sudah dapat menilai sejauh mana keupayaan dan iltizam ketua mereka sebelum ini, Khairy.

Khairy mempunyai beberapa kelebihan yang tidak dapat ditanding oleh para pencabarnya. Aura kepemudaa dibawahnya dirasai walaupun ia tidak memuncak, tetapi ada suntikan 'keberanian intelektual' yang dibuatnya. Kesetiaan Khairy kepada Umno dan bekerja penuh rela dalam keadaan tiada jawatan selama lima tahun menjadikan modal penting buatnya. Ahli pemuda akan menilai ini dan tidak muda menolak retorik atau manifesto dari pencabarnya.

Perlantikan beliau sebagai menteri oleh Najib Razak menunjukkan menantu bekas PM itu sudah mendapat kepercayaan Najib. Kalau Najib tidak percaya dan dapat mengesani aset kehebatannya pasti Najib tidak akan membawa masuk Khairy ke dalam kabinet.

Saya meramalkan Khairy akan menang besar esok, (kecuali ada konspirasi peringkat tertinggi) manakala tiga dari empat pencabarnya akan hilang wang pertaruhan.

Ketua wanita Umno pula, walaupun Sharizat Abdul Jalil yang sebelum ini diheretkan dengan kancah skandal 'lembu gemuk' (NFC) membabitkan suaminya tetapi isu itu tidak menjejaskan kedudukan dan reputasi Sharizat sebagai ketua wanita Umno. Sharizat diramalkan dapat mengatasi dua pencabarnya Maznah Mazlan Exco Pergerakan Wanita dan Raihan Sulaeiman Palastin (foto) seorang ahli biasa Umno dan aktivis berjiwa Islam.

Dengan merasakan soal akhlak, moral atau pun rekod lalu tidak begitu diambil peduli oleh ahli Umno, kes yang menimpa Sharizat itu tidak menjadi kudis gatal bagi pergerakan wanita Umno.

Banyak pemimpin Umno yang dikaitkan dengan kesalahan moral dan pelbagai skandal sebelum ini tetapi masih mendapat kepercayaan ahli Umno. Rahim Tamby Chik pernah dikaitkan dengan skandal budak sekolah, tetapi beliau masih dipilih sebagai ketua pemuda Umno.

Malahan Najib sendiri pernah dihebuhkan dengan skandal berkhalwat dengan artis tetapi masih diberi kepercayaan dan sanjungan hinggakan akhirnya menjadi perdana menteri. Ini menunjukkan Umno tidak mementingkan soal moral dan akhlak, intergriti nombor tujuh dalam Umno. Justeru saya berpendapat Sharizat akan menang besar esok.

Berlainan sedikit dengan ketua puteri Umno. Kedua calon Jamilah Hanin Othman dan Ermieyanti Shamsuddin kedua mereka adalah pencabar baru kepada jawatan itu. Mereka merebut tanpa mencabar kedudukan ketua sebelum ini. Perlawanan mereka adalah perlawanan yang sebenarnya.

Siapa bakal dipilih sebagai ketua bergantung kepada penampilan kedua calon itu di sepanjang kempen beberapa minggu lalu. Dalam hal ini puteri Umno mempunyai cara dan kriteria tersendiri untuk memilih pemimpin mereka. Kerana ketua sebelum ini dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri mungkin mereka akan melihat perkara itu sebagai asas utama.

Lagi pun minda puteri Umno tidak dapat untuk membawa sifat-sifat politik lebih jauh dari soal glomour dan perwatakan cantik. Puteri Umno masih lagi membuat perhitungan kepada alatan solek (kosmetik) siapa yang lebih mahal atau pun perfume siapa lebih harum.

Dalam hal ini kelebihan ada kepada Ermieyanti kerana beliau merupakan seorang wakil rakyat. Dan sekiranya Najib masih meneruskan amalan melantik ketua puteri sebagai timbalan, Najib terus boleh berbuat begitu sekiranya Ermieyanti menang kerana dia sudah menjadi ahli parlimen. Status itu memberi gambaran beliau sudah ada wibawa tersendiri.

Selamat bersidang kepada perwakilan Umno dan selamat membuat pemilihan semoga pilihan yang dibuat nanti akan memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara kalau tidak banyak pun sedikit. [wm.kl.9:00 pm 11/10/13]

No comments: