Monday, October 28, 2013

PKR bakal hilang tokoh berwibawa?

SEPAKULASI                                                                                   

PKR berkemungkinan besar mengalami satu kocakan mengejutkan dalam tempoh terdekat ini apabila salah seorang tokoh berwibawanya akan mengumumkan dia tidak akan aktif lagi dalam parti.

Mungkin maklumat ini hanya iseng-isengan sahaja dan tidak akan menjadi kenyataan. Orang-orang PKR termasuk Penasihat Umumnya Anwar Ibrahim sendiri tentu tidak senang dengan spekulasi ini. Tetapi sebagai seorang yang masak politik, tahu membaca gerak badan (body language) dan memahami perasaan Anwar tidak dapat menolak kemungkinan ini.

Tokoh yang dimaksudkan itu adalah menjadi salah seorang pegerak dan penyusunan organisasi di dalam PKR itu sendiri. Perkembangan ini mungin belum disedari banyak pihak tetapi ia sudah dapat dihidu oleh pemerhati politik yang cekap dan bermakrifat. Pihak tertentu dalam PKR sendiri dipercayai sudah dapat mengagaknya.


Antara sebab kenapa tokoh berkenaan akan bertindak demikian ialah kerana kecewa apabila usaha hendak dilakukan demi memperkuatkan parti tidak dihargai atau diberi layanan setimpal oleh individu tertentu yang kini dianggap berkuasa.

Sejauh mana spekulasi ini benar ia dapat dilihat seminggu dua lagi. Penanda kemungkinan itu sudah semakin jelas. Tokoh ini juga dikatakan tidak akan mengambil apa-apa bahagian, bertanding apa-apa jawatan dalam kongres nasional PKR yang akan diadakan awal tahun depan. Jawatan yang dipegangnya kini juga sudah dipangku oleh tokoh lain.

Beberapa pegawai dibawa tokoh ini juga telah menyatakan perasaan kecewa dengan sikap pimpinan parti yang dianggap tidak membela mereka untuk melaksanakan sesuatu yang baik kepada parti.

Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya dan saya akan mencatat isu ini di sini apabila ianya sudah matang. [wm.kl.11:48 am 28/10/13]

No comments: