Wednesday, September 28, 2022

27 kerusi kritikal jadikan Pas, Umno dan Bersatu meroyan

ULASAN

GARA-GARA 27 kerusi parlimen yang dikategorikan sebagai kritikal menyebabkan tiga buah parti bernuansa Melayu - agama; Umno, Pas dan Bersatu seperti sedang meroyan kini. Ketiga-tiga parti itu masih mencari formula terbaik untuk mengatasi dan menghuraikan masalah itu. 

Pas yang menggunakan slogan politik sejahtera cuba menyatukan dua kelompok Melayu itu dengan menggunakan landasan penuh retorika perpaduan ummah. Walaupun landasan diambil oleh Pas itu boleh meragukan kejilahannya dan bersifat "rasis" dalam konteks masyarakat Malaysia, tetapi itulah modal besar Pas, mengajak menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran daripada "aurad"  fahamannya.   

Pas sangat memahami jika kedua parti itu tidak didamaikan sehingga berlaku perebutan di 27 kerusi kritikal itu harapan kelompok bernuansa Melayu - agama itu menang tidak akan tercapai. 

Friday, September 23, 2022

Semua parti perlu sedia pelan khusus untuk hapus rasuah

ULASAN

MASALAH rasuah yang melanda negara dan sekaligus menyebabkan negara terkesan apabila dipandang buruk oleh dunia luar, antara kesannya, para pelabur berhati-hati untuk melabur terus mendapat perhatian Raja Nazrin Muizuddin Shah (foto) apabila baginda menekankan masalah rasuah tidak boleh dibiarkan dan mengibaratkannya sebagai barah.

Raja Nazrin Muizuddin Shah antara sultan yang kerap memperkatakan mengenai bahaya rasuah dan meminta ia diberi pehatian serius, jujur dan berani untuk menangani serta tidak berhelah.

Wednesday, September 21, 2022

Tiada pilihan raya umum tahun ini?

TERKINI

MESYUARAT kabinet hari ini dilaporkan telah membincang mengenai pilihan raya umum ke-15. Memetik sebuah laporan perkara itu disahkan oleh seorang anggota kabinet Shahidan Kassim tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Jurucakap kabinet juga tidak melaporkan apa-apa tentang perkara itu. Selalunya apabila selesai mesyuarat kabinet, adalah menteri yang menjadi jurucakap kabinet akan melaporkan apa-apa atau putusan yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. 

Baru-baru ini pemuda BN telah mendesak Ismail Sabri Yaakob agar membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan. Semasa menghadiri majlis peluncuran jentera pilihan raya BN, Ismail Sabri didesak secara bersemuka menyebabkan beliau memberi respon (jaminan) mengatakan "sedikit" (masa) sahaja lagi parlimen dibubarkan. 

Sunday, September 18, 2022

Dua veteran Umno tidak yakin BN akan menang

SESUDAH SUBUH

DALAM koboran semangat pemuda Barisan Nasional (BN) melaung dan menekan Ismail Sabri
Yaakob
membubarkan parlimen bagi membolehkan Piraum (pilihan raya umum) diadakan, dua pemimpin veteran Umno memberi pandangan negatif yang kontras dengan kehendak itu yang menunjukkan mereka tidak yakin dengan kekuatan yang ada kepada parti tunggal BN, yakitu Umno sekarang ini.

Bekas ahli parlimen Segamat yang juga bekas timbalan presiden Umno Musa Hitam dan bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah masing-masing memberi pandangan dan pendapat yang mereka tidak yakin Umno (BN) boleh menang dalam pilihan raya itu nanti.

Monday, September 12, 2022

Rapat Mega KEADILAN warm-up untuk berpilihan raya

CATATAN

Anwar Ibrahim yang tidak pernah giveup.
LAMA saya tidak menghadiri mana-mana himpunan atau rapat parti politik. Sejak negara diancam Covid akhir 2019 menyebabkan aktiviti politik terhad,  malahan sunyi sejak kira-kira dua tahun, kita semua tidak mengikut himpunan politik. Bagi peminat politik seperti kempunan. 

Selepas dua setengah tahun kemudian baru ada kegiatan politik itu pun bersifat kecil-kecilan terhad dalam ruang tertutup sahaja. Kehadiran juga terbatas dan perlu mematuhi sop yang ketat. 

Friday, September 9, 2022

Laporan polis oleh Dap terhadap Hadi tidak bijak

ULASAN 

KURANG bijak dan kurang untung. Itulah perkataan yang boleh diluahkan ekoran tindakan seorang
Adun Dap kerusi Seri Delima, Syerleena Rashid (foto) yang membuat laporan SPRM terhadap presiden Pas Abdul Hadil Awang kononnya presiden parti agama itu menerima wang hasil pengubahan wang haram RM90 juta.

Laporan Adun berkenaan dibuat berasaskan video Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown yang tular baru-baru ini, yang dikatakan “mengesahkan” dakwaannya bahawa Umno memberi rasuah RM90 juta kepada Pas untuk mendapatkan sokongan parti itu pada pilihan raya umum ke-14. 

Wednesday, September 7, 2022

Anwar tidak perlu peduli strategi Pas

REAKSI 

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyelar Pas yang mahu jadi "king maker" dengan menyasarkan menang 40 kerusi pada pilihan raya umum ke-15 nanti kerana cara itu menurutnya Pas boleh ugut kerajaan bagi mendapatkan jawatan.

Menurut Anwar cara Pas itu berbahaya kerana memberi ugutan ia seolah-olah menggunakan kerusi itu untuk scam bagi mendapat jawatan, sebaliknya tidak mengetegahkan agenda perjuangan parti tersebut. 

"Itu satu pendekatan merbahaya kerana akan memberi ugutan. Umpamanya (dengan menjadi) king maker, maknanya kami (Pas) nak scam (jawatan) menteri, kami nak scam kedudukan seperti berlaku sekarang," ujarnya mengulas tindakan Pas itu dipetik.

Monday, September 5, 2022

Kesan dan implikasi ekoran Najib terhukum

ULASAN

PEMENJARAAN bekas presiden Umno dan bekas perdana menteri Mohd Najib Razak, 69 kerana bersalah menyalahgunakan dana SRC Internationl RM42 juta memberi kesan dan implikasi politik yang besar. 

Najib Razak
Kesan dan implikasi itu automatik menimpa dan dirasai segera oleh parti Umno dan BN. Parti itulah yang menghadapi bahana (dampak) yang kurba ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan Najib dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Jadi tidak hairan, kalau ada pemimpin Umno termasuk dari kalangan pemimpinnya menjadi "gila" dan "naik angin" dengan
tindakan Mahkamah Persekutuan itu, sehinggakan terbit prejudis kononnya keadilan tidak diberikan kepada Najib Razak.