Thursday, April 21, 2022

PH terus jadi Pakatan Hancing walaupun sudah hilang kerajaan

JOLOK MENTARI

PAKATAN Harapan alias PH kehilangan kerajaan sudah dua tahun. Perdana Menteri kerajaan PH, Dr Mahathir Mohamad juga telah diganti dengan dua perdana menteri, Mahiaddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob. Mahiaddin menjadi PM hanya 17 bulan sahaja sebelum beliau diganti oleh Ismail Sabri Yaakob pada 21 Ogos 2021 menerusi suatu mini komplot. 

Pengunduran Mahiaddin sebagai PM, disambut penuh keseronokan oleh PH, kerana mereka mengharapkan jawatan itu akan diisi oleh orang mereka, Anwar Ibrahim.  Pengunduran Mahiaddin itu juga dianggap sebagai hukum karma terhadap ahli Parlimen Pagoh itu atas permainan politik khianat. Orang PH melepas geram kepada Mahiaddin dengan menjuah "padan muka."  

Friday, April 15, 2022

Jika ikhlas berikan jawatan presiden bukan jaminan jadi PM kepada Ismail Sabri

SESUDAH SUBUH

Ismail Sabri perlu berhati-hati.
MESYUARAT MKT Umno semalam telah membuat empat ketetapan seperti mana diumumkan oleh
Setiausaha Agung Ahmad Maslan. Empat perkara itu; bersetuju untuk melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri selepas Piraum ke-15 jika parti itu menang, kedua tidak akan melanjutkan MoU di antara kerajaan dengan PH, ketiga menggesa agar akta anti lompat diteruskan dan keempat mengadakan perhimpunan khas Umno untuk meminda pelembagaan bagi menentukan tempoh pemilihan. 

Daripada empat keputusan itu yang paling penting dan menarik, persetujuan MKT Umno untuk melantik Ismail Sabri jadi perdana menteri. Keputusan ini dilihat perubahan dan perkembangan positif yang berlaku dalam parti itu. Ia juga sebagai gencatan senjata di antara golongan yang bersetuju dengan yang tidak bersetuju Ismail Sabri terus menjadi PM. 

Wednesday, April 13, 2022

Norzah satu-satunya penulis wanita menulis buku politik

 BELASUNGKAWA

SAYA berasakan tidak lengkap selagi tidak merakam kenangan dan keistimewaan yang dimiliki Norzah Kepol. Allahyarham telah dijemput Allah tanggal 10 April, 2022 kira-kira jam 8:30 malam di rumahnya di Selayang Baru dalam usia 57. Pemergiannya mengejutkan dan dirasai oleh setiap orang mengenalinya selaku wartawan politik. Allahyarham telah mengalami sakit sejak tiga tahun lalu lagi tetapi didiamkan. 

Seperti saya katakan dalam catatan di FB, Norzah adalah orang kecil yang ramai tidak mengetahui akan kelebihan dimilikinya. Ini kerana beliau bukan wartawan berstatus tokoh apa lagi bertaraf negara dan datang dari akhbar arus perdana. Tetapi apa dimilikinya terutama semangat kewartawanan ia sangat bererti kepada saya khasnya, dan warga dunia penulisan buku-buku politik serta penerbitan akhbar tabloid.

Tuesday, April 12, 2022

Kemeriahan perebutan jawatan dalam Keadilan tanda kehebatan parti

 SESUDAH SUBUH

Gambar hiasan.
DENGAN mengenepikan perasaan mual dan benci kepada politik gara-gara aksi "katak, kera, monyet dan kakah (sejenis kera berkening putih)" yang mungkin ada penyelesaian apabila parlimen telah mengadakan sidang khas meminda perlembagaan Perkara 10 semalam bagi membolehkan satu undang-undang (RUU) lompat parti digubal, kita perhatikan kepada kemeriahan pemilihan dalam parti Keadilan yang bermula sekarang ini dengan proses penamaan calon.

Penamaan calon menerusi talian dibuka sejak 8 April lalu dan tamat semalam 11 April. 

Mengenai akta anti lompat yang dijangka menjadi realiti pada Mei depan apabila satu lagi sidang khas parlimen diadakan, kita doakan semoga ia berjaya. Seperti dikutip daripada kata-kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim semasa membahas rang undang-undang pindaan itu, akta itu nanti boleh mengurangkan rasa benci dan ketidak-percayaan setengah rakyat kepada politik (pilihan raya). Mudah-mudahan peratus keluar mengundi dalam Piraum ke-15 akan capai tahap sebelum ini.

Friday, April 8, 2022

Kita tidak ada semangat patriotisme

CATATAN

PENJELASAN Ketua Arkid Negara (ANM), Jaafar Sidek Abdul Rahaman tentang betapa pentingnya negara memiliki bahan sejarah (arkid) negara seperti tidak dipedulikan oleh pihak-pihak tertentu khususnya dari kalangan orang politik. 

Saya tidak dengar ada orang politik, baik secara individu ataupun parti mengambil perhatian atas penjelasan itu. Keadaan lesu ini menyebabkan penjelasan Jaafar Sidek itu berlalu begitu sahaja. 

Baru-baru ini, BH Online,  [https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/942237/berjuta-bahan-arkib-malaysia-di-luar-negara] telah menyiarkan rencana temuramah dengan Jaafar Sidek yang disiarkan tanggal 4 April, berhubung kepentingan bahan arkid dan permasalahannya. 

Saturday, April 2, 2022

Bangkitlah bersama Husam demi Kelantan

PEMEGANG PUASA

Husam hanya sebatang dian.
SETELAH menyepikan diri kira-kira selama dua tahun, Husam Musa bangkit kembali dengan neratif membela rakyat dan negeri Kelantan. Selepas kalah dalam pilihan raya umum ke-14 di dua kerusi, Dun Salor dan parlimen Kota Bharu, bekas Exco Kanan zaman Tokguru Nik Aziz itu seperti mahu berundur daripada dunia politik. 

Kekalahan itu menjadikan beliau tidak ada jawatan rasmi untuk digunakan sebagai saluran bagi meneruskan perjuangannya untuk Kelantan, seperti mana semasa beliau berada dalam Pas sebelum ini. Bekas Naib Presiden Pas itu dipecat dari parti tersebut.