Thursday, November 29, 2012

Najib Harus Jadi Kelip-Kelip Bukan Siput

ULASAN UCAPAN NAJIB                                                                                              

Ha Najib Razak tampil di hadapan kira-kira 2,500 perwakilan dan pemerhati Umno di PWTC dengan membuat kejutan awal membangkit semangat perwakilan agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Awal-awal lagi beliau melaungkan bahawa Umno sudah pulih dari segala kecederaan dan sedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa. Biasanya pembangkitan semangat sebegitu akan dibuat di penghujung ucapan, tetapi berlainan kali ini.

Najib: mengulangi perkara lama.
Mungkin Najib ingin membuat semakan sejauh mana perwakilan sedar atau terbangkit dengan laungan dan jaminan itu. Malangnya sikap para perwakilan tidak seghairah Najib. Perwakilan tidak memberi 'respon' sewajarnya. Ini boleh disimpulkan pengakuan Najib bahawa Umno suah pulih dan bersedia menghadapi pilihan raya itu kurang disetujui para perwakilan dan pemerhati.

Orang bawahanlah yang dapat menentukan apakah semangat Umno sudah pulih atau sedang menggeleter dan takut kehilangan kuasa dan kedudukan. Atau yang ada terlibat dengan jenayah sedang menghitung hari dan apakah bnetuk tuduhan ke atas mereka dan bila masa mereka akan ditangkap. Sebab itu ungkitan Najib itu tidak disambut meriah.

Mereka lebih arif dan mengerti sebab mereka berdepan dengan serangan dan kebangkitan semangat pembangkang. Mereka yang menyaksikan berbagai-bagai majlis dan himpunan Pakatan Rakyat yang penuh dengan manusia di semua peringkat. Jadi mereka tidak mahu berbohong kepada diri sendiri untuk bersetuju dengan Najb mengatakan Umno sudah pulih sedangkan apa yang disaksikan tidak menggambarkan keadaan itu bahkan Umno semakin parah dan pengarunya menirus macam ekor tikus di kalangan Melayu.

Jadi penegasan dan jeritan histeria Najib itu sia-sia saja. Tampak sekali perwakilan Umno dalam kebingungan dan semangat mereka tidak sedikit pun terbangkit.  Ini dapat disaksikan sepanjang ucapan Najib perwakilan hanya dingin dan sesekali saja kedengaran tepukan tangan persis tahi lembu jatuh dari punggung. Reaksi perwakilan dapat dilihat jelas sejauh mana mereka terkesan dengan upacan Najib.

Penyediaan stiker I love PM, jelas menunjukan kedinginan sambutan kepada amanat itu. Bahawa perwakilan kena dibekalkan dengan stiker khas untuk menzahirkan sokongan kepada Najib. Kalaulah tidak ada stiker itu yang diangkat dan didendingkan ke muka Najib bermakna Najib tidak mendapat apa-apa sanjungan hari ini. Secara psikologisnya bila ada stiker, perwkailan kena angkat untuk menandakan mereka sporting. Dalam hal ini perwakilan menipu diri sendiri dan Najib juga tertipu dengan sikap ahli sendiri.

Kejutan, henjutan semangat dari Najib untuk perwakilan khasnya dan ahli Umno amnya bagi menghadapi pilihan raya yang dinanti-natikan tidak ada apa-apa disepanjang ucapan Najib itu. Beliau hanya mengulang-ulangi perkara yang sama. Apa yang disebut oleh ketua-ketua sayap dan Udin anak Yassin semasa merasmikan persidangan serentak sayap parti, juga diulangi oleh Najib. Ucapan itu boleh diumpamakan empat dalam satu!

Tampak sangat ucapan Najib tidak mengambil idea menyeluruh daripada pakar-pakar politik Umno. Apakah tidak ada perkongsian idea dalam menyediakan teks ucapan itu. Najib hanya merujuk kepada Rosmah yang ikut sama membaiki titik dan koma. Dan beliau berpuas hati dengan pujian isterinya dan orang di sekeliling mengenai teks ucapan itu? Kerana itu jadilah teks ucapan itu seperti pembuat kueh dia sendiri yang menguji dan dimakannya.

Dari konteks orang luar dan rakyat biasa banyak hal yang terlupa oleh Najib. Dalam usaha untuk menarik perhatian orang ramai menyokong Umno Najib terlupa membuat ajakan yang rasional dan bebas dari bersifat 'keUmnoan'. Mengenai orang Cina dan India langsung tidak disentuh. Tidak ada jaminan atau harapan baru khusus oleh Najib kepada mereka sekiranya menyokong Umno.

Keterlupaan ini boleh dianggap Najib juga rasis, tidak lagi mengharapkan kepada sokongan orang bukan Melayu. Kerterlupaan atau pengabaian ini tidak menguntungkan Umno. Orang bukan Melayu tidak melihat Umno mengambil kira peranan mereka. Najib sepatutnya mengikhtiraf undi bukan Melayu untuk perubahan ke atas negara ini dan juga memberi kesedaran kepada Umno sendiri. Sikap dan pendirian demikian baru ia sejajar dengan kata-kata Najib bahawa Umno berjuang untuk semua bangsa dan tidak 'temooh' kepada Melayu saja.

Isu-isu pembangunan atau jasa bakti yang dibuat Umno disebut Najib sudah tidak penting lagi sebab orang sudah tahu. Ia bukan pembaharuan yang mempesonakan. Kerana perkara itu setiap hari disebut ia memualkan seperti mana mualnya terhadap iklan sabun dalam televisyen. Kerana orang tahu Najib baru empat tahun menjadi PM, apalah sangat jasa-jasa yang dibuatnya. Orang faham antara Umno - pemimpin terdahulu dengan apa yang dibuat dan dicapai Najib untuk negara. Najib tidak boleh membualkan bahawa pembangunan hari ini adalah atas usaha beliau.

Seperkara lagi rakyat akan melihat juga sejauh mana kemampuan, wawasan dan idealisme Najib. Sedang ini tidak cuba diterapkan dalam ucapan itu. Ucapan dasar tidak melambangkan atau Najib tidak cuba menunjukkan dia hebat sebagai seorang negarawan dan pemimpin berpotensi besar. Dia patut berlawan dan cuba menandingi kehebatan Anwar Ibrahim yang dipamirkan dalam masa perdebatan di parlimen atau pun di pentas-pentas politik.

Misalnya kalau pun Najib tidak berani berdebat dengan Anwar tetapi beliau harus menjawab segala persoalan dibangkitkan Anwar dalam apa jua majlis dan prgoramnya. Misalnya orang akan kaji dan membuat ukuran sejauh mana ketelusan dan keberanian Najib dalam berhadapan dengan Anwar Ibrahim, tidak payah pergi jauh, apa yang berlaku dalam parlimen sudah cukup. Macam mana Najib absen dari hadir sidang parlimen tatkala Anwar hendak membahas bajetnya baru-baru ini. Sikap Najib melarikan diri dan tidak sedia mendengar ucapan Anwar membuktikan beliau pengecut dan hanya berani berkokok di luar gelanggang.

Beberapa hujah politik yang diberikan Anwar tidak cuba dijawab oleh Najib. Kelemahan dalam sistem pilihan raya, skandal-skandal yang berlaku yang masih membelit kepala orang ramai tidak dihurai dengan tuntas. Masalah sosial dialami anak-anak muda, masalah pengganguran, keruntuhan moral, ataupun isu dihadapi pegawai kerajaan yang tertekan dengan beban kerja kerana pertukaran sistem dan polisi tidak dibangkit. Najib lebih bernafsu menghentam dan mengkritik Anwar dengan mempersoalkan Islam liberal atau pluralisme di dalam agama yang beliau sendiri tidak begitu mengarifinya.

Sebagai pemimpin Najib jangan hanya tahu menyebut dan membaca teks ucapan penuh retorik atau istilah-istilah yang terkandung dalam teks, tetapi juga perlu memahami apa yang hendak disampai dan diluar teks itu sendiri.

Ucapan Najib juga tadi tidak menyentuh perasaan dan menggetarkan jiwa. Saya sebagai orang Melayu tidak pun berdiri bulu roma apabila beliau menjerit histeria membangkitkan soal kepentingan Melayu, soal ancaman ke atas Melayu kalau Umno tidak lagi menjadi kerajaan. Mengenai hal ini beliau harus menghurai secara fakta dan persejarahan (historika) menegnai nasib malang negara dan Melayu sekiranya ia telah terlepas dari tanbgan Umno.

Najib sepatutnya menjawab persoalan, bahwa negara ini hak dan tanggungjawab rakyat semua kaum bukan hak sebuah parti bernama Umno. Apabila Najib meletakkan atau menegaskan hanya Umno yang mampu, ia menjelaskan betapa rasis dan asobiyahnya Najib dan kecuriagan kepada bangsa lain begitu tebal sekali. Sikap eksklusif Umno itu menjadikan bangsa lain akan menjauhinya.

Ringkasnnya bukan saja Melayu tidak terpanggil dengan ucapan Najib itu tetapi orang bukan Melayu juga semakin meragui Najib bertapa keikhlasan apa yang dinyatakan dalam ucapannya boleh dipertikaikan. Apa lagi dengan tawaran keadilan dan sikap liberal Pekatan Rakyat menjadikan orang bukan Melayu merasakan mereka sudah ada alternatif untuk pembentukan kerajaan akan datang.

Demikian juga huraian-huraian dan penjajaan Najib mengenai dapatan dan ujuran ekonomi negara di masa akan datang tidak lebih dari sihir dan gula-gula saja. Najib boleh bercakap di hadapan mereka yang cetek ilmu ekonomi dan jahil dengan situasi semasa, tetapi tidak di depan anak muda yang kritis dan berilmu. Manakala orang kampung yang mudah akur dengan orang bernama pemimpin bercakap pula tidak pun memahami mengenai apa itu pendapatan kasar (KDNK) negara itu dan juga percambahan ekonomi yang mampan. Mereka akan mengukur dengan apa yang ada di dapur mereka saja, misalnya kalau gula naik, bawang naik, sabun naik harganya bagi mereka itu menandakan negara makin parah.

Ucapan Najib bukan saja tidak membawa gagasan dan idea serta kejutan baru tetap gagal menjawab beberapa persoalan penting di dalam kepala rakyat umum ini yang sudah bersiap sedia melakukan perubahan. Yang terpenting bagi Najib dan ahli Umno semua sedar bahawa semangat untuk menumbangkan kerajaan UBN kini tinggi, melebihi dari ketinggian penghormat kepada Najib sebagai anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri.

Najib tidak boleh berpuas hati dengan kemilau masa lampau bapaknya tetapi dia perlu mengeluarkan sinar dari liang roma perjuangannya sendiri. Najib harus menjadi kelip-kelip yang mengeluarkan neonnya sendiri bukan seperti siput membalikkan cahaya bulan yang tertimpa di atas cengkerangnya ke dalam gelap malam. 

Orang juga sudah sedar bahawa kata-kata dan dakwaan hanya Umno saja yang layak dan mampu memimpin negara sementara kalau parti lain memerintah negara akan porak peranda adalah mitos bersifat kurafah dan bidaah semata-mata. Doktrin agama seperti itu tidak  mampu lagi menjamin kelangsungan sokongan membuta tuli orang Melayu kepada Umno. [wm.kl 1:02 t/hari 29/11/12]

Utusan Malaysia Bakal Berkubur?

SESUDAH SUBUH                                                                                                          

Surat khbar Utusan Malaysia kemungkinan akan hilang lenyap dari atas muka bumi ini sekiranya lembaga pengarah dan editorial akhbar berkenaan tidak mengambil langkah awal meletakkan ahbar berkenaan di atas paksi kewujudannya yang sebenar. Sekiranya akhbar itu tidak dilakukan perubahan drastik Utusan Malaysia hanya akan meninggalkan nama saja didunia ini tanpa jasadnya lagi.

Kemungkinan ini dirasakan terjadi apabila jualan akhbar berkenaan merosot teruk setiap hari. Dari sumber dalaman memberi tahu jumlah edaran akhbar itu kini 70,000 perhari. Kedudukan syarikat Utusan Malelayu (M) Berhad juga senafas dengan parti yang didokongnya Umno yang kini nyawanya berada di hujung pedang.   

Dalam kenyataan urusniaga terbarunya menunjukkan Utusan Melayu (M) Berhad mencatat kerugian sebelum cukai berjumlah  RM1.09 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.82 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Keuntungan tahun lepas bukan kerana hasil jualan dan uruniaga lain termasuk iklan tetapi kerana penjualan anak syarikatnya Utusan Print Corp Sdn. Bhd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Utusan berkata pendapatannya susut kepada RM90.05 juta daripada RM92.14 juta.

Kesusutan pendapatan itu disebabkan jualan akhbar berkenaan merudum teruk. Utusan bukan lagi menjadi bacaan wajib bagi orang Melayu. Semua ini ialah kerana kredibiliti akhbar berkenaan haprak bila mana banyak kes-kes saman ke atasnya akhbar berkenaan kalah dan terpaksa membayar jutaan ringgit.

Pembaca yang sebelum ini menjadikan akhbar itu sebagai cake untuk dihirup bersam kopi waktu pagi juga sudah mengubah tabiat dengan memilih akbar lain yang lebih berwibawa. Ini semua berlaku kerana sikap akhbar berkenaan bukan lagi menjadi media yang membangun minda sosial secara profesional sebaliknya menjadi lidah penyambung lidah-lidah pemimpin Umno yang bercakap syok sendiri di samping kaporan tidak adil.

Ekoran kemerosotan julan dan pendapatan syarikat itu juga telah menjual anaknya syarikatnya Utusan Print Corp Sdn Bhd, dalam segmen percetakan pada September tahun lepas. Penjualan anak syarikat itu dirasakan sebahagian persediaan untuk penggulungan syarikat akhbar berkenaan sebaik saja Umno tewas.

Perkembangan 'masam' mengenai akhbar milik Umno itu ia berpotensi untuk tutup sebaik saja partinya kalah terus dan tidak memegang teraju selepas pilihan raya akan datang. Sesungguhnya penutupan Utusan Melayu akan membawa ketenangan buat orang Melayu di negara ini yang digumbal dengan fitnah, provokasi dan penyiaran berita-berita yang tidak boleh dipertanggungjawab.

Kesan daripada sikap melampau dan tidak bijak pengurusan menyebabkan lebih 600 pekerjanya berada di dalam dilema. [wm.kl.7:34 am 29/11/12]

Wednesday, November 28, 2012

Desak Tangkap Hishamuddin Hussein

SUSUPAN PETANG                                                                                                          

Pendedahan bekas IGP Musa Hassan kononnya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein mencampuri urusan polis sesutau yang serius dan patut mendapat perhatian persidangan agung Umno yang bersidang waktu ini.

Terkejut dengan pendedahan Musa.
Pendedahan itu tidak boleh dianggap satu pengkhiantan tetapi maklumat yang wajar didedahkan kerana persidangan Umno yang dalam rangka memperkuatkan partinya untuk menang patut menanganinya bagi menjaga maruah dai air muka kerana dakwaan itu melibatkan pemimpin kanan mereka.

Sekiranya dakwaan Musa itu benar, perbuatan Hihamuddin itu sesuatu yang mencemarkan integriti kerajaan UBN dan menjatuhkan maruah kerajaan itu dimuka dunia. Hishamuddin ialah salah seoran naib presidedn Umno dan sepupu kepada Najib Razak.

Musa Hassan hari ini dalam satu sidang akhbar di Petalin Jaya ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.

Menurutnya campur tangan berberntuk arahan dibuat oleh Hihsmuddin kepada pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Tindakan Hishamuddin itu menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Katanya dia sudah memberi tahu kesalahan dan percanggahan kepada Hishamuddin tetapi tidak dihirau dan kurang bersetuju dengannya. Menurut Musa salah satu sebab kenapa beliau tidak disambung kontreks sebagai Ketua Polis Negara untuk kali kedua adalah disebabkan keberaniannya menegur menteri dalam negeri itu.

Sangat elok kalau para perwakilan Umno membangkitkan soal tindakan Hishmuddin itu kerana ia jelas melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan Akta Polis. Sepatutnya Ngo seperti Perkasa(m), Jaringan Melayu dan sebagainya membuat laporan polis dan kepada SPRM apa yang berlaku itu.

Perwakilan Umno yang mengakui partinya sebagai sebuah parti yang telus, berjuang untuk bangsa dan negara tidak boleh mendiamkan perkara ini. Ahli Umno jangan berani dan tahu menunding jari kepada pihak lain saja tetapi hendaklah berani mengambil tindakan sama kepada pemimpin dan ahlinya sendiri.

Kalaupun tidak ada yang berani untuk mendesak Hishmuddin ditangkap tetapi kenalah ada seorang dua yang mendesak ditubuhkan jawatankuasa siasatan khas mengenai dakwaan Musa Hassan itu. Adalah malang lagi kalau campur tangan dimaksukan Musa itu melibatkan soal keselamatan negara misalnya seperti melindung penjenayah negara,

Dalam pada itu Musa Hassan hendaknya tidak setakat memberi maklumat itu, sebaliknya perlu mendedahkan seberapa banyak kesalahan, kes-kes kacau ganggu polis di raja semasa beliau menjadi ketuanya. Hanya mendedahkan itu untuk menjustifikasikan kenapa beliau tidak disambung kontres kurang menyengat.

Pendedahan Musa itu juga sesuatu yang mengejutkan dan membuka isu baru dalam pasukan polis di raja Malayisa yang sering dilemparkan sebagai komponen BN yang ke, 17 selepas SPR (15) dan Pejabat Pendaftaran Negara (JPN 16).  [wm.kl.5:59 pm 28/11/12]

Tuesday, November 27, 2012

Ucapan Muhyiddin Tiada Apa-Apa Pembaharuan

UALASAN                                                                                                                          

Ternanti-nanti juga sore tadi untuk mendengar apakah isi ucapan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin sewaktu merasmikan serentak persidangan pemuda, wanita dan puteri parti itu. Memandangkan inilah persidangan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 sudah tentu Muhyiddin alis Udin anak Yassin serius didalam ucapannya menyuntik semangat dan memberi pesan dan amanat kepada lebih 3,000 ahli sayap-sayap Umno itu.

Muhyiddin: Hanya hero Pak Pandir.
Dirasakan tidak ada masa untuk Udin bersenda ataupun memukul dan memburuk pembangkang tetapi lebih melihat ke dalam menguatkan jentera dan persiapan parti sendiri. Udin juga akan memberi sesuatu buah fikiran, formula untuk menang atau idea baru untuk difikirkan oleh ahli parti itu. Juga dibayangkan ucapannya itu akan membangunkan pemikiran orang diluar ataupun akan membuat semakan terhadap keputusan-keputusan yang mereka sudah buatkan hari ini.

Udin anak Yassin atau Umno tahu bahawa lebih 50% rakyat sudah membuat keputusan untuk mereka persembahkan didalam pilihan raya umum kelak. Masing-masing sudah membuat ketetapan parti mana yang hendak dipangkah. Apa lagi anak-anak muda yang dilihat mendahului membuat kesimpulan berbanding orang dewasa sekarang ini kerana mereka mendapat maklumat lebih awal dan meluas denhgan adanya internet, tentu Muhyiddin obses kepada situasi itu.

Justeru saya mengira beliau akan menjawab satu persatu mengenai tuduhan pembangkang dan apa juga persoalan terhadap kerajaan yang diecerkan di dalam ceramah dan juga alam siber. Banyak isu-isu yang membelit rakyat yang perlu dijelaskan atau pun membuang kusut masai pemikiran rakyat terhadap apa yang dilemparkan oleh pembangkang itu. Antaranya ialah isu penyelewengan dan rasuah, mengenai pembelian kapal selam, NFC, pemberian wang RM40 juta kepada Umno Sabah, penglibatan anak seorang menteri dengan jenayah, dan macam-macam lagi.

Begitu juga tuduhan bahawa kerajaan UBN tidak adil atau pun mengkhianti bangsa dan negara. Pendedahan ribuan ekar tanah rezab Melayu yang diambil untuk pembangunan tidak diganti sampai kini, begitu juga dengan pengambil tanah-tanah kerajaan yang bernilai komersial di ibu kota diberikan kepada syarikat kronis dengan harga murah untuk dimajukan; ia memerlukan penjelasan dan ketegasan dari kerajaan. Mungkin ahli Umno terdiri dari pemuda dan puteri apa lagi wanita yang hanya tahu menganggup, tidak mempertikaikan itu tetapi macam mana dengan orang atas pagar?

Isu-isu itulah yang perlu diungkit atau dicuit oleh Udin untuk mendapat perhatian dan diberikan reaksi kemudian dibahaskan didalam sidang masing-masing nanti. Tetapi sayang isu-isu atau perkara pokok yang menyentuh pemikiran umum itu tidak tersebut langsung oleh Udin. Apabila Udin mendiamkan isu-isu tiu ia seolah-olah mahu menyembunyikan isu-isu yang sedang menjadi suluhan rakyat itu dari dibahas. Ternyata tindakan itu tidak bijak dan merupakan kelemah dunia akhirat Udin kerana semua isu itu telah tersumbat kesekian lama dalam kepada orang ramai termasuk juga yang mendengar ucapannya di PWTC dan mereka memerlukan penghuraian secara langsung mengenainya. Apabila ia tidak disentuh orang juga menganggap Udin juga sebahagian orang Umno yang 'berpolot' dengan isu-isu berkenaan.

Begitu juga masalah perubahan besar sokongan orang bukan Melayu khasnya Cina sepatutnya menjadi fokus kepada Udin anak Yassin didalam ucapannya. Beliau tidak saja setakat mendakwa sokongan Cina dan India sudah pulih tetapi perlu mengemukakan bukti dan faktanya. Tanpa fakta orang hanya boleh mengangguk kepada Udin tetapi tidak mempercayainya.

Lantara itu beliau perlu mengajak perwakilan Umno bagaimana untuk menyakinkan kepada konsep pembahagian kuasa yang cuba hendak ditonjolkan itu. Setakat menyebut Umno melaksanakan konsep pembahagian kuasa ia tidak mencukupi tanpa dihurai dengan bukti-bukti ataupun bukti dan dalil pengikhtirafan dari orang Cina, India dan kaum ethnik lain.

Orang Cina sudah lama memerhati dan merasai sejauh mana kebermaknaan konsep berkenaan. Konsep berkongsi kuasa yang dijulang Umno itu diperiksa oleh mereka. Kenapa mereka lari dengan menyokong PR dalam pilihan raya lalu ialah kerana kepincangan dan kosnep itu yang tidak dapat memenuhui kehendak mereka. Umno hanya pandai menyebut dan mengarapkan konsep yang itu tetapi tidak jujur dalam melaksanakan. Orang Cina juga sedar kalau semasa Melayu Umno tindas dan tipu apa lagi mereka.

Apa yang berlaku ke atas rakyat Kelantan adalah satu dalil besar kepada orang Cina untuk melihat sejauh mana validnya konsep kongsi kuasa berkenaan dan keadilan kerajaan ditulangi Umno. Penganiayaan dilakukan ke atas Kelantan senantiasa dipantau oleh orang Cina. Selamanya mereka melihat itu sebagai bukti kesadisan dan kesombongan politik Umno.

Lantaran itu apabila Pakatan Rakyat membentang ekonomi yang adil, pemilikan harta dan khazanah negara yang sama rata, bermaufakat untuk masa depan negara tanpa meninggalkan asas-asas utama perjuangan Melayu; membela agama, mempertahankan bangsa dan menjaga negara, orang Cina berduyung-duyung untuk menyokong Pakatan Rakyat. Mereka sudah tentu merasa sangsi kepada Pakatan Rakyat tetapi atas dasar tidak salah kalau mencuba sesuatu yang baru, nampaknya mereka sudah nekad.

Peraliohan dan kepercayaan orang Cina kepada Pakatan Rakyat juga dijana oleh kekuatan dan politik Pas yang mengambil Islam sebagai dasar. Kesuksesan kerajaan Pas di Kelantan dibawah pimpinan Nik Aziz mengubah persepsi mereka terhadap Pas dan Islam itu sendiri. Di sini mereka mengukur mana yang sahih di antara Islam Pas dengan Islam disebut Udin anak Yassin. Konsep Islam tidak menganiyaan, tidak menipu, tidak rasuah sudah mulai difahami oleh orang Cina.

Permasalahan dan fenomena itulah yang sepatutnya dilontarkan Muhyiddin didalam ucapannya selama lebih satu jam itu. Tetapi malang ucapan beliau tidak membawa apa-apa pembaharuan dan tidak beresipi baru. Walaupun sesekali beliau cuba selitkan dengan jenaka, pantun dan penegasan tetapi ia tidak sedikit pun menyengat dan menggugah minda umum dan sangat longgar.

Bagi mereka yang menanti sesuatu dan ada kejutan amat kecewa dengan ucapan itu. Apa yang dilontar oleh Udin itu adalah isu-isu yang sudah digental dan digumpal oleh media massa PB sejak berbulan-bulan lalu. Udin hanya mengulangi dan membaca perkara yang sama dan sudah pun dijeluaki oleh orang ramai.

Mendengar ucapan Udin membelasah, meremeh dan menyinis Pas dan PKR tadi, khasnya Anwar Ibrahim tak ubah seperti membaca keratan-keratan akhabr lama Utusan Malaysia dan Berita Harian yang ditampal di papan kenyataan di ibu pejabat Umno.  Semua benda, iaini serangan ke atas Pas dan Anwar itu sudah pun ditulis beribu kali oleh media massa PB. Teks ucapan itu bolehlah dianggap sebagai kompilasi berita-berita fitnah dan liar dari Utusan dan Berita Harian semata-mata.

Menyimpul ucapan Udin anak Yassin itu ia memberikan rasa selesa untuk Pas dan Pakatan Rakyat. Pas dan Pakatan Rakyat boleh tidur lena kerana mereka tidak perlu berhadapan dengan bentuk idea, fromula serangan baru diberikan Udin. Bagi saya tidak sampai 5% orang yang berdiri di luar dewan PWTC itu tertarik dan merenung apa yang dilontarkan oleh Udin anak Yassin, apa lagi untuk diwacanakan esok harinya. Sebaliknya apabila beliau membelasah Pas, membelasah Anwar, mungkin itulah menyebabkan ada perwakilan menguap dan menggeleng-gelengkan kepala meghalau katuk menyebabkan orang akan menyifatkan politik Udin membenih dari politik bapa Mahafirau yang dijadikan idolanya... iaitu berdendam dan mengamalkan politik syaitan.

Pengkahiran ucapannya dengan berdoa dan laungan takbir tiga kali tidak juga menyentuh jiwa dan perasaan dan membuatkan orang merasakan Udin jauh Islamik dari Najib. Bahkan apa dibuat itu nampak janggal dan sumbang kerana ia dilafazkan dengan rasa penuh kemunafikan. Kandati malam ini Udin boleh tarik selimut kerana dia sudah melaksanakan tanggungjsawsab sebagai timbalan presiden yang ditradisikan itu iaini kena merasmikan perhimpunan tiga sayap parti. Dan malam ini dia telah melakukan tanpa ada apa-apa getaran dan keterjuaan kehebatan ideanya sebagai seorang ahli politik harapan masa depan.

Udin hanya sebagai Muhyiddin yang menjadi hero pandir kepada Mahathir kerana sanggup patuh kepada suruhan Mahathir agar membuat kenyataan supaya Abdullah BAdawi berhenti. Itu saja. Lusa kita dengar pula apakah kejutan dan idea baru dari Najib RAzak, atau ianya lebih kurang sama saja nada dan subjek yang akan dilontar. [wm.kl11:00 pm 26/11/12]

Monday, November 26, 2012

Khairy Kalah Teruk Ditangan Nasaruddin Tantawi

 ANALISA                                                                                                                          

Ketua pemuda Umno yang tidak diberikan apa-apa jawatan penting dalam Kabinet Najib Razak, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kalah teruk ditangan Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Hasan dalam satu pengundian bebas yang dibuat dikalangan ahli kelab fan page Merah Tinta MSO. Pengundian itu menilai siapa lebih tokoh dan berwibawa di antara keduanya.

Dari jumlah 530 rakan Fb Merah Tinta MSO  yang mengambil bahagian (mengundi), sebanyak 375 atau kira-kira 83.9% telah mengundi menyokong Nasruddin Hassan sementara sebanyak 35 orang mengundi Khairy kira-kira 7.8% saja.

Keseluruhan yang mengambil bahagian sebanyak 777 undi termasuk yang hanya like sebanyak 241. Bagaimana pun hanya 530 undi saja dikira. Dari jumlah itu 447 undi yang sah dan selebihnya, 83 undi ditolak kerana rosak.

Yang berkecuali pula sebanyak 38 orang.

Pengundian itu dilakukan semalam dalam tempoh enam jam. Sambutan pengundian sungguh memberangsangkan dan ia menjadi satu makenisme untuk mengetahui mood anak-anak muda khasnya yang mesra IT.

Kemenangan Nasaruddin itu menunjukkan anak muda khasnya yang menyertai  Fb Merah Tinta MSO jauh mempercayai dan menyakini Nasruddin sebagai pemimpin anak muda. Ikrar dan tindakan Nasaruddin mengistyarkan hartanya semasa muktamar Pas baru lalu serta syaksyiah Islamnya menarik perhatian ahli kelab.

Dikala ini fan page Merah Tinta MSO juga sedang berlangsung pengundian di antara dua tokoh Ngo Mazlan Aliman (Anak) dengan Badrulhisham Shahrin (SAMM). Pengundian dibuka jam 7:00 petang tadi dan akan ditutup jam 1:00 pagi nanti.

Selepas ini pengudian akan membabitkan beberapa tokoh ternama Ngo, agamawan dan politik selain dari Pas dan Umno ia juga termasuk PKR dan DAP. [wm.kl. 11:32 am 26/11/12]

Shit Mahathir Tidak Pernah Berubah!

SUSUPAN MALAM                                                                                                         

Kejahatan itu adalah modal paling utama politik Mahathir Mohamad. Benarlah kata Shahnon Ahmad kebusukan seorang Mahathir sampai ke dalam perut. Shit. Shahnon telah menggambarkan akan kejahatan Mahathir Mohamad yang tidak ada kepada orang lain. Shit... adalah anologi atau gambaran Shahnon. Sasterawan Negara itu melukis kebusukan Mahathir sama dengan tahi.

Sesekali gian juga.
Benda paling busuk dan kotor dalam diri seseorang ialah tahi.

Tidak ada anologi atau gambar seterusk tahi tetapi itulah yang diberikan perumpamaan oleh Shahnon terhadap Mahathir. Ternyata kejahatan dan kebusukan Mahathir tidak pernah berubah. Mahathir istiqamah dengan kejahatan dan kekejian itu. Baginya tidak ada niat atau perasaan untuk membuat baik.

Sampai ke hari ini amalan jahat diteruskan oleh Mahathir. Kedewasaan dan perjalanan usianya semakin lanjut tidak pernah mengubah pendirian dan persepsi dan prinsip politiknya, di mana politik itu harus dicapai dengan berbuat jahat. Kejahatan menjadi sebahagian ideologi kerpercayaan dan kejataan hidupnya. Ia sudah tentu bertentangan dengan nilai mana-mana agama sekali pun.

Terbaru beliau terus menganyang pemikiran rakyat Melayu khasnya, kononnya kalau pembangkang menang akan berlaku huruhara. Katanya tujuan Anwar Ibrahim atau pembangkang panggil pemantau asing untuk memerhati pilihan raya di negtara ialah untuk menimbulkan huruhara.
 
“Mereka nak bawa Amerika, Australia, semua orang dalam negara ini supaya mereka dapat menguasai negara ini.Tujuan pihak pembangkang memanggil pihak asing kerana sekiranya mereka tewas, mereka akan mendakwa kerajaan menipu dalam keputusan pilihan raya.

MasyaAllah teruknya pemikiran dan politiking Mahathir.

Katanya lagi;   “Mereka mahu jatuhkan kerajaan seperti yang berlaku pada negara-negara Arab, tumbangkan kerajaan bukan melalui pilihan raya.

“Dan jika mereka kalah, mereka akan membuat huru-hara untuk menjatuhkan negara yang dipilih secara demokratik,”

Demikianlah kata Mahathir dipetik seperti mana dilapor media. Beliau berkata selepas merasmikan seminar Third World Conference on Riba, di Golden Palace Horses Resorts, The Mines hari ini.

Demikian jahat dan kotornya pemikiran Mahathir. Apa yang beliau cuba gambar dan provokasi itu adalah apa yang tercremin di dalam pemikirannya. Selalunya manusia begitulah, gambaran di luar biasanya ada hubungan dengan gambaran di dalam hati.

Sejarah kebejatan telah pun dilakukan oleh Mahathir. Nyawa adalah pemainan baginya. Lihat itu tragedi Memali siapa punya angkaran. Mahathir tidak selamanya boleh menyembunyikan tangan berdarah dari kejadian itu. Iya selama ini beliau telah menyembunyikan tanganya yang berlumuran darah atas kejadian itu tetapi tidak lagi hari ini,

Mahathir sebagai wazir negara tidak pernah apologi dengan kejadian itu. Siapa yang boleh mengatakan dia tidak bertanggungjawab atau terlibat sedang dia adalah ketua negara ketika itu.

Apabila dia membuat ganyangan dengan melontarkan tuduhan khianat itu kepada pembangkang dan Anwar, jelas dan nyata pemikiran Mahathir sendak dengan kejahatan. Beliau juga menggunakan tektik mengulang-ulangi kata-kata keji sama agar tertanam didalam kepala orang ramai.

Niat atau pun tujuan asal kenapa pemantau perlu memerhati pilihan raya negara ini dipusing sampai 360 darjah dengan menegaskan pilihan raya di negara ini sudah adil dan bersih. Beliau menggunakan hujah sama, sekiranya tidak bersih masakan pembangkang memenang lima buha negeri.

Adakalanya untuk menjatuhkan seseorang lain orang sanggup menggunakan hujah yang bodoh yang sama berkali-kali walaupun tidak pernah akan dilakukan oleh orang seperti itu. Inilah berlaku kepada Mahathir. Dia tahu betul dan salah apa yang dia lakukan. Namun dia lakukan juga demi menang. Apa lagi kita hendak namakan orang seperti ini kalau bukan Mahafiraun? [wm.kl.7:38 pm 26/11/12]

Kejutan Dalam Perhimpunan Agung Umno, Bekas Pemimpin Pas Umum Keluar Parti?

BERITA PETANG                                                                                                          

Khabar Angin - iya atau tidak bergantung kepada keadaan. Satu maklumat yang baru saya terima perhimpunan agung Umno yang akan bermula esok bakal mencatat sejarah dan berlaku sedikit kejutan. Kejutan bakal berlaku ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh Umno. Umno tentu akan gembira dengan perkembangan ini.

Diberitakan beberapa orang politik yang sebelum ini bersama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Umno pada perhimpunan tersebut. Antara orang yang bakal menyertai Umno ialah bekas dua pemimpin tertinggi Pas. Sebelum ini mereka berdua menafikan bahawa tidak sesekali akan menyertai Umno tetapi akan kekal berjuang atas Ngo kononnya untuk membela Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.

Mereka yang sebelum ini cuba mempengaruhi para perwakilan muktamar Pas supaya mengkritik kepimpinan Pas kerana kononnya Pas sudah menyeleweng kecewa bila mana tidak ada perwakilan sedia mengikut telunjuk mereka.

Akibat itu mereka dikatakan mengambil keputusan nekad bukan menyokong Umno dari jauh lagi tetapi akan berkhidmat kepada Umno dengan menjadi ahlinya.

Dipercayai kalau berita ini benar tindakan itu untuk memberi pukulan kepada Pas. Kononnya mereka mahu mengajar Pas. Kemasukan bekas pimpinan Pas itu diharap memberi suntikan kepada parti Melayu yang kini nyawanya sudah berada di hujung pedang. Antara yang diberita akan ikut serta pemimpin pemuda peringkat kawasan. Kebanyakan mereka sudah serong dengan Pas dan sering mengkritik Pas atas alasan Pas sudah lari dari perjuangan asal.

Menurut maklumat bekas ahli dan pemimpin itu juga akan akan memberi taklimat khas ala-ala ceramah kepada para perwakilan Umno.

Sama-sama kita tunggu sejauh mana kebenaran maklumat ini ataupun Umno akan membatalkan upacara penyerahan borang oleh ahli atau bekas pemimpin Pas selepas maklumat ini terdedah? Dalam pada itu sekurang-kurangnya lima orang dari kalangan mereka akan dipilih untuk menjadi calon Umno atas kategori sebagai winnabale cadidate. Mereka akan diletak bertanding di Selangor dan juga sebuah negeri di Utara. Belum pasti apakah mereka menggunakan simbol dacing ataupun atas simbol bebas tetapi akan disokong termasuk kewangan oleh Umno.

Mengenai cadangan ini bagaiaman pun ada di kalangan ahli Umno memprotes dan sudah ada yang menasihat Najib Razak agar tidak mudah menerima mereka apa lagi diangkat sebagai calon. Alasan digunakan, pengaruh orang politik bekas pemimpin Pas itu tidak sehebat mana dan ia merupakan guruh dilangit saja? Kita tunggu perkembangan selanjutnya? [wm.kl.2:18 pm 26/11/12]

Memahami Motif Dua Himpunan

RENUNGAN PAGI                                                                                                        

Tanpa iklan dan publisiti besar-besaran menerusi akhbar arus perdanan dan media eletronik No: 1, 2, dan 3 semalam telah berlangsung dua himpunan agak besar juga di ibu negara Kuala Lumpur yang mencecahkan penyertaan lebih 40,000.

Himpunan itu ialah Himpunan Hijau menentang projek nadir bumi (Lynas) di Pahang dan himpunan membantah dasar pendidikan nasional oleh golongan pendidikan Cina Dong Zong bertempat di Petaling Jaya. Ramai yang tidak sedar mengenai kedua-dua himpunan itu sebenarnya. Sebelum ini tidak ada apa-apa publisti dan penguar-uran di mana-mana media massa seperti mana himpunan Bersih atau pun himpunan-himpunan lain seperti anjuran Anak dan lain-lain.

Himpunan Hijau di Dataran Merdeka.
Kempen atau panggilan ke himpunan itu seakan berlaku dalam senyap, atau pun sudah ada pengertian dari kalangan mereka yang menyertainya. Mereka tidak perlu dikerah secara fizikal tetapi cukup setakat memberi isyarat dengan satu bunyian ganjil saja.

Yang paling mengejutkan ialah himpunan Dong Zong di Petaling Jaya itu. Tidak kedengaran bahawa kumpulan pendidikan Cina itu menguar-uarkan himpunan berkenaan. Tidak ada pun riak risik mengenainya. Inilah cara orang-orang Cina bekerja dan bertindak, mereka tidak hebuh tetapi bertindak dalam senyap. Apa yang mereka lakukan tak ubah seperti api di dalam sekam. Mereka bukanlah ayam yang bertelor sebiji riuh sekampung.

Mustahil kalau pihak pengajur tidak mengetahui akan himpunan Hijau di Dataran Merdeka itu, mungkin mereka sudah sepakat untuk 'menyerang' negara secara serentak dari dua versi berbeza, tanpa disedari 'musuh' - kerajaan UBN.

Kedua himpunan itu membawa maksud dan tujuan berbeza. Ia nampak semacam berlainan tujuan dan matlamatnya. Tetapi jika diamat-amati ia membawa motif dan sasaran yang sama. Himpunan di dataran merdeka menentang Lynas, manakala himpunan di Petaling Jaya mengenai bantahan kepada dasar pendidikan nasional. Kedua-duanya membawa konotasi menentang dan membantah.

Satu mengenai alam sekitar satu mengenai pendidikan. Namun kesan ialah kepada kerajaan yang memerintah hari ini. Lynas adalah projek yang dibangunkan oleh kerajaan di Pahang, manakala pendidikan adalah dasar yang digubal oleh kerajaan. Ertinya kedua himpunan itu menyerang kerajaan. Dong Zong membantah dasar pendidikan nasional dan mahu mengekalkan pendidikan vernakular tujuannya mereka mahu diberikan kebebasan mutlak dalam penggunaan bahasa ibunda di sekolah-sekolah Cina.

Orang Cina memang mempunyai iltizam yang tinggi untuk apa-apa juga perkara berhubung hidup mereka. Mereka boleh bergaduh dan mereka akan menjadi kiambang yang bercantum antara satu sama lain apabila ada biduk yang menerpa menganggu mereka.

Paling ketara ialah kedua-dua penyertaan himpunan itu didominasikan oleh orang-orang Cina. Yang menjadi kepala penentangan terhadap Lynas ialah orang Cina manakala yang menjadi ketua kepada himpunan di Petaling Jaya ialah persatuan pendidikan Cina, Dong Zong. Dalam erti kata lain kedua-dua himpunan itu ada kepentingan dengan orang Cina. Bagaimana pun sedikit menjadi persoalannya ia turut sama dihadiri oleh orang pimpinan politik Melayu dan India. Apakah kehadiran orang Melayu di himpunan Dong Zong itu menandakan mereka menyokong tuntutan itu, mahu memperkasakan bahasa ibunda (Cina)?

Kalau jawabannya tidak ternyata mereka sudah terjerat. Termasuk jerat dengan tanpa digunakan umpan adalah sebodoh-bodoh manusia.

Naluri sebenar kedua-dua himpunan itu adalah untuk menjatuhkan kerajaan UBN. Cuma didalam hal ini orang-orang Cina cerdik dan bijak kerana mereka melakukan kerja sambil menyelam minum air. Mereka terus mengganyang kerajaan yang semakin lemah hari ini atau pun yang sukar untuk akur kepada kehendak mereka. Mereka tahu menghitung dan mentafsir bahasa alam, apabila kerajaan UBN jatuh dan naik kerajaan baru mereka akan menuntut segala apa yang mereka kehendak itu. Ketika itu kerajaan baru akan memenuhinya kerana sebagai membalas budi mereka yang tidak seberapa itu.

Himpunan Dong Zong di Petaling Jaya,
Inilah perlu disedari dan disinilah menimbulkan sedikit serba salah. Kita bersetuju kerajaan UBN hari ini ditumbangkan kerana sudah banyak sejarah-sejarah kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan. Tetapi dalam pada itu apakah boleh dipastikan dengan kejatuhannya nanti tidak akan bangkit sesuatu yang boleh menyedihkan hati? Akan timbul pula satu perubahan menakutkan?

Seandaian tuntutan itu sekadar seperti mana dituntutkan hari ini tidak mengapa; untuk memastikan bahasa ibunda mereka kekal dalam sistem pendidikan negara, ataupun alam sekitar dijaga sebaik mungkin agar tidak membahayakan kehidupan rakyat negara ini. Orang Melayu dan kaum lain juga tidak terlepas dari terganggu dengan bahaya alam sekitar.

Tetapi apa kata kalau tuntutan itu lebih besar dan jauh dari itu? Ini kena difikirkan dan tanda soal ini harus senantiasa ada di kepala. Dan orang Cina sendiri yang ghairah untuk menumbang kerajaan yang ada dengan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat, perlu juga tidak berlebih-lebihan dalam membuka cita-cita mereka. Apa yang mereka harus sedar dan fahami naluri dan perasaan rakyat Melayu negara ini dan hendaklah senantiasa mengenangkan kepada realiti. Sesiapa pun ada apa saja kalau melencung dari realti ia akan musnah.

Terjemah daripada kedua-dua himpunan semalam adalah penolakan kepada kerajaan UBN secara total. Bahawa berilah apa-apa bantuan dan janjilah bulan dan bintang atau dacing versi baru kepada mereka, mereka tidakakan peduli lagi. Orang Cina tidak akan berpaling lagi ke belakang dan apa yang mereka nampak adalah jong besar di hadapan. Mereka telah mengambil mata lebam untuk melihat harapan mereka di dalam bulan.

Kepada orang Melayu hendaknya jangan terikut-ikut sangat dengan politik chauvenisme orang Cina. Dan dalam konteks perjuangan Pakatan Rakyat terutamanya Pas, apa yang ditempa ialah bukan soal kepentingan perkauman dan materialistik tetapi perpaduan dan ukhwah yang hendak dibina atas perasaan keagamaan dan keTuhanan. Orang Melayu jangan lari dari paksi ini dan ia perlu diberikan warning sepanjang masa kepada kaum-kaum lain, bahawa persamaan tindakan politik kita berdasarkan kepada keadilan menurut ajaran agama bukannya bangsa atau kaum jauh sekali duniawi. [wm.kl.9:14 am 26/11/12]

Sunday, November 25, 2012

Sistem Jaringan Hubungan Perakan Very Poor?

BIDASAN PAGI                                                                                                           

Peranan pengundi luar amat penting dalam menentukan kekalahan dan kemenangan dua parti terbesar di Kelantan iaitu Pas dan Umno. Realitinya kekuatan kedua parti ini di Kelantan hampir sama rata, iaitu sekitar 30 peratus. Manakala peratus kemenangan pula tidak pernah lebih daripada 50% undi. Mereka selalu 'berambat' di antara 51 hingga 55% undi saja.

Salah satu majlis dengan kerjasama Perakan.
Hakikat itu kedua-dua parti itu tidak boleh sedap dengan dengan penyokong tegar masing-masing. Selalunya yang jadi penentu ialah pengundi luar. Penyokong tegar adalah sokongan feudalmental untuk kedua-dua parti berkenaan.

Mana-mana parti yang dapat mengaut undi luar terbanyak mereka akan menang. Sokongan dan pilihan bagi pengundi luar pula tertakluk kepada isu semasa atau persekitaran politik ketika pilihan raya umum itu diadakan. Dalam kata lain keputusan pilihan raya di Kelantan senantiasa munasabah dan realistik.

Hari ini jumlah pengundi luar Kelantan ialah sebanyak 150,000 iaini mewakili 15% pengundi Kelantan keseluruhanya yang melebihi 600,000 pengundi. Lembah Klang merupakan tempat paling banyak menempatkan pengundi luar. Perpindahan kerana mencari rezeki menjadikan faktor kenapa lembah Klang ramai pengundi luar dari Kelantan.

Bagi Pas dan Umno mereka mengambil perhatian berat kepada pengundi luar kerana tahap kesedaran pengundi luar Kelantan adalah tinggi. Mereka bertanggungjawab melaksanakan tugasan peribadi mereka bagi menentukan warna politik di Kelantan. Walaupun mereka berada ribuan batu termasuk di Sabah dan Sarawak mereka tetap akan pulang untuk menunaikan hak. Ada setengahnya sanggup mengambil cuti tanpa gaji hanya untuk mengundi.

Tahap kesedaran tinggilah menyebabkan pengundi luar menjadi faktor kalah menang. Menyebabkan parti politik memandang berat dan melayan pengundi luar sebagai istimewa. Baik Umno maupun Pas akan menyediakan wang tambang kepada pengundi luar mengikut kemampuan masing-masing.

Sejak beberapa bulan lalu kedua-dua parti itu sedang memberi tumpuan berat kepada pengundi luar. Untuk memastikan pengundi luar pulang dan mengundi mereka berbagai program diadakan dan pendekatan menjinak pengundi luar dilakukan. Salah satu cara atau instrument untuk mendapatkan pengundi luar digunakan Ngo dan juga badan-badan yang ada kaitan dengan sosio budaya Kelantan yang ada di Kuala Lumpur atau kawasan luar lain.

Badan atau Ngo yang merit kepada Umno atau kebetulan pemimpunnya ahli atau penyokong tegar Umno akan mengaturkan program untuk menambat hati pengundi luar agar menyokong mereka. Begitu juga dengan yang menyokong Pas akan berbuat untuk membantu Pas.

Secara asasnya ada dua badan yang menguruskan pengundi luar. Pertama, persatuan Pakatan Darulnaim, sebuah persatuan menghimpunan anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur. Kedua Perakan, Persatauan Anak-Anak Kelantan di Perantauan. Pakatan secara terang-terang dan tegar menjadi alat kepada Umno, manakala Perakan pula menjadi alat atau suruhan kepada Pas.

Semua program dilaklukan oleh kedua-dua persatuan ini terarah dan terfokus kepada pengundi luar, dalam erti kata lain Perakan untuk memastikan kerajaan Pas Kelantan kekal manakala Pakatan pula mahu memastikan BN menang di Kelantan.

Dari segi usia Pakatan Darul Naim lebih lama ditubuh berbanding dengan Perakan. Ia wujud sejak tahun 80-an manakala Perakan diwujud selepas Pas memerintah Kelantan kali kedua sekitar tahun 90-an. Dari gaya dan keahlian, anggota Pakatan Darulnaim lebih gah dan elitis kerana kebanyakan pegawai tinggi kerajaan menyertai persatuan tersebut.

Bila bercakap soal dua persatuan yang menjadi mediator di antara rakyat Kelantan dengan kedua-dua parti itu dan juga sebagai pengurus pengundi luar, sukaciata saya hendak mengisahkan sedikit dengan membandingkan di antara keduanya. Semoga perbandingan ini dapat diambilterima oleh pemimpin persatuan kedua-dua persatuan itu.

Dalam mata saya ada kelemahan ketara kepada Perakan yang mana ianya tidak berlaku kepada Pakatan Darunaim. Tidak tahulah apakah kes yang saya alami ini kes terpencil. Apa yang dimaksudkan mengenai penyebaran maklumat ataupun penyeliaan jaringan maklumat. Perakan nampak ke terbelakang dalam hal ini. Saya tidak mahu menyebut lebih jauh tetapi cukup sekadar mengambil kira apa yang saya alami sendiri.

Saya sering dihubungi oleh pihak Pakatan Darulnaim apabila mereka mengadakan sesuatu program dan majlis. Walhal saya tidak pernah mengisi borang persatuan itu sejak mula hingga kini. Namun ternyata orang-orang dalam Pakatan bersikap mesra alam dengan saya. Juga saya tidak pernah menghadiri apa-apa program anjuran persatuan itu, seperti mana saya kerap menghadiri program Perakan. Namun mereka tetap menghubungi dan memaklumkan saya apa-apa acara mereka.

Tidak ada kerajinan dalam Perakan seperti mana Pakatan Darulnaim dalam mengerah orang. Kemudahan IT terutamanya Fb dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak diguna seoptiumnya. Hampir setiap kali Pakatan Darunaim mengadakan majlis, baik kenduri, ramah mesra hari raya, kematian dan sebagainya dimaklumkan kepada saya. Saya pasti nombor saya sudah ada dalam lis sistem maklumat Perakan.

Dengan berpandu ini maka jelas Pakatan Darulniam jauh ke depan dan peka kepada kepentingan maklumat disebarkan. Walaupun orang dihubungi tidak hadir, tetapi ia sudah cukup untuk menyampaikan maklumat memberi tahu ada majlis atau sesuatu yang dilakukan. Setidak-tidaknya penerima padahan itu tahu yang persatuan itu masih bernyanwa.

Seperti saya nyatakan tadi, tidak berlaku situasi ini kepada Perakan. Saya sendiri hanya dihubungi apabila ada kepentingan langsung dengan saya. Misalnya baru-baru ini semasa saya melancarkan kutipan derma untuk pembinaan lebuh raya rakyat (LRRK), saya dihubungi oleh berbagai orang dalam Perakan yang memberi tahu mereka mengadakan majlis penyerahan derma tabung pembinaan LRRK kepada Tok Guru Nik Aziz. Saya dihubungi agar ikut sama menyerahkan sumbangan.

Sikap ingat waktu berkehendak dan ada kerja itu, menampakkan akan kemunafikan orang-orang dalam Perakan. Mereka hanya menjadi mesra alam, ingatkan kawan apabila mereka memerlukan sesuatu daripada kita. Padahal apa salah kalau sikap mesra alam itu diamalkan berterusan.

Perkembangan ini membimbangkan dan menyebabkan timbul persoalan sejauh mana Perakan berjaya memainkan peranannya menjinakkan pengundi luar. Kalau sikap ingat waktu perlu, lupa bila tidak perlu, ia akan membawa keburukan kepada persatuan itu sendiri dan natijahnya kepada Pas Kelantan. Ingatlah orang boleh memaafi kalau berlaku kesilapan sekali atau dua, tetapi tidak mungkin kalau ianya berulang berkali-kali.

Saya timbulkan ini bukan untuk saya tetapi untuk... nun orang lain yang ramai. Orang yang faham tugas dan tanggungjawab, tahu bahawa Perakan hanya sebuah badan hamba, mungkin tidak akan mengambil hati, tetapi bagaimana yang tidak memahami hakikat ini, yang melihat Perakan adalah mata telinga khas kerajaan yang diberikan bantuan dan wang ringgit?

Terlanjur menyebut Perakan, ingin juga disebut megenai kelembaban dan streotaip program-program anjurannya. Majlis bewah temu mata dan makan gulai kawah serta dihiasi dengan dikir barat rasanya sudah tidak berapa relevan lagi. Sesuai dengan kebanyakan ahli yang sudah canggih, berilmu dan profesional elok kalau kepimpinan Perakan memikirkan perubahan dalam pengisian program persatuan itu. Selain mengekalkan program tradisi tetapi harus ada program yang lebih dinamik dan bermakna untuk membantu kerajaan Kelantan.

Mungkin kita tidak mahu nanti orang akan kenal Perakan sebagai makan gulai kawah, berdikir barat dan cabut nombor bertuah bagi hamper. Itu saja. [wm.kl.9:57 am 25/11/12]

Saturday, November 24, 2012

Pejalan Kaki Anti Lynas Sudah Memasuki Ibu Kota

SENGGANG PETANG                                                                                                       

Mungkin kepentingan kita tidak sama dengan sekumpulan pejalan kaki yang sanggup berjalan kaki beratus batu kerana memprotes projek Nadir Bumi (Lynas) di Kuantan Pahang, namun ia bukan sesuatu yang elok diketawakan. Mereka ada keperluan dan terdesak berbuat demikian kerana memikirkan masalah masa depan mereka jika projek itu diteruskan. Mungkin ada dikalangan kita juga tertawa dan anggap kerja mereka itu memenatkan badan saja.

Sebahagian peserta sedang berihat di Taman Melewar.
Itu pendapat kita yang belum sampai ke tahap standard pemikiran politik mereka. Namun pun begitu usaha kira-kira 2,000 orang anti Lynas dan beberapa Ngo lain tersebut perlu dihormati. Setidak-tidaknya kegigihan mereka berjalan kaki bagi menyatakan bantahan seluas-luasnya penerusan projek itu perlu dihormati dan boleh diambil iktibar dari sudut-sudut tertentu.

Tidak timbul soal apakah projek Lynas yang kontroversi itu mendatangkan bahaya atau tidak. Yang penting usaha dan kesungguhan mereka dalam menyuarakan hak dan kepentingan mereka adalah sesuatu yang munasabah dan serius.

Walaupun kedua-dua pakar baik di sebelah pembangkang dan kerajaan memberi jaminan ianya selamat ia tidak bermakna protes seperti itu untuk sejagat tidak diperlukan. Mereka sebenarnya sedang mencatat sejarah dan rekod baru di negara ini.

Esok kalau berlaku apa-apa musibah pakar yang memberi jaminan itu perlu bertanggugjawab kerana memberi perakuaun projek nadir bumi itu selamat. Jika projek itu meragut nyawa ataupun mendatang malapetaka kepada manusia sehingga membawa maut dan sebagainya mereka juga harus dihukum setimpal dengan musibah itu. Dunia akan menyaksi dan menjadi saksi.

Rombongan pejalan kaki yang bermula dari Kuantan Pahang menuju ke Dataran Meredeka sejauh lebih 300 kilo mter kini sudah pun sampai di Kuala Lumpur sebelum Asar tadi. Mereka memulakan membuka langkah menuju ke Kuala Lumpur 13 November lalu berjalan selama 12 hari siang dan malam.

Baru sekejap tadi saya menjenguk mereka, yang kini sedang berihat di Koleh Universiti Zulkefli Muhammad (KUIM) di Taman Melawar Gombak. Kebanyakan masih keletihan tetapi gembira dan ceria kerana kembara mereka akhirnya hampai sampai ke destinasi. Esok mereka akan memasuki memulakan cabaran klimeks memasuki Dataran Mereka dan membuat aksi demonstrasi di sana.

Seorang peserta dikenali dengan nama Chen 50, dari Kuantan Pahang memberi tahu perjalanan itu sungguh memenatkan tetapi seronok. Seluruh kedua telapak kakinya pecah dan betis merasa pegal-pegal. Namun katanya bila sampai sini semua hilang.

"Sakit, rasa tidak mahu meneruskan lagi, kaki dua-dua sakit ... tetapi anih bila sampai sini semua baik," katanya sambil menunjukkan kedua belah kakinya yang melecur dan kemerah-merahan.

Chen: Akan terus berjalan...
Ditanya apakah sepanjang perjalanan ada masalah, halangan ataupun ada peserta yang pengsan, menurutnya tidak ada apa-apa berlaku, semua sihat... kalau sakit pun kaki dengan betis macam dia saja.

Ditanya lagi apakah sekiranya ada lagi progam seperti itu dia akan ikut, katanya dia akan ikut sambil menegaskan; "untuk rakyat kita akan buat apa saja. Bukan kita saja-saja suka berjalan kaki tetapi kita minta itu Lynas di hentikan. Siapa mahu jalan begitu jauh ho?" katanya.

Sebahagian besar peserta kini sedang berihat dan ada yang nyenyak ketiduran di dewan besar Fadzil Noor di KUIM itu. Mereka akan bermalam di sana dan esok akan berarak memasuki Dataran Merdeka.

Beberapa orang kanak-kanak kecil juga kelihatan berada di situ. Seorang perta bila ditanya mengenai kanak-kanak itu memberi tahu mereka juga ikut berjalan kaki sama.

"Saya nampak mereka berjalan kaki, tetapi mungkin lebih banyak mereka menaiki kereta, kerana ada beberapa buah kereta mengiringi perjalanan kami," ujarnya sambil mengemaksan Facebooknya.

Malam ini satu cermah ringkas akan diadakan di Melawat di mana ia melibatkan Timbalan Presiden Pas, Muhammad Sabu, Yang Dipertua Pas kawasan Batu, Ishak Surin dan ketua rombongan pejalan kaki itu, Wong Tack.  [wm.kl.7:22 pm 24/11/12]

Friday, November 23, 2012

Saman Ke Atas Utusan Perlu Menyeluruh

SUSUPAN TENGAHARI                                                                                              

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran berita berunsur fitnah terhadapnya berhubung pandangan ahli parlimen Lembah Pantai itu mengenai kebebasan beragama di bawah tajuk "Melayu bebas pilih agama: Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu., pada 5 November lalu.

Saman itu turut sama menamakan Ketua Pengarang akhbar berkenaan Aziz Isak yang dibuat menerusi firman guaman Tetuan Mohamed Hanifa Associates.

Sebelum ini sudah berberapa tokoh politik oposisi telah menyaman akhbar berkenaan kerana berbagai bentuk fitnah dan kejelekan. Kebanyakan saman itu menyebabkan syarikat akhbar berkenaan diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit.

Bagaimana pun akhabr berkenaan tidak serik dan terus melakukan fitnah demi fitnah. Seolah-olah Utusan kebal dan sengaja membiarkan dirinya dan dikenakan tindakan undang-undang.

Mengenai hal ini sukaciata dicadangkan supaya sesiapa yang bermasalah dengan akhbar ini dan difitnah agar mengambil tindakan lebih luas dari itu. Saman jangan hanya dikemukakan kepada syarikat akhbar berkenaan dan individu bertanggungjawab mengelolakannya; menerbit, mencetak dan mengedar, tetapi ia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vandor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan.

Hanya tindakan menyeluruh begini saja boleh memberi kesan ke atas akhbar berkenaan. Sudah pasti kalau agen-agesn kecil (vendor) dan penjual terdiri dari kedai-kedai besar dimasukkan sama dalam tuntutan ia akan memberi kesan kepada akhbar berkenaan.

Vendor dan kedai-kedai besar tidak akan berani lagi untuk menjual akhbar berkenaan kerana tidak mahu mengambil risiko. Dengan cara itu saja Utusan akan lingkup dengan cepatnya apabila vendor dan kedai-kedai enggan menjualnya kerana takut berdepan dengan risiko. [wm.kl.2:05 pm 23/11/12]

Kenapa UBN Takut Pemerhati Bebas

PENDAGAN PAGI                                                                                                             

Bantahan beberapa pemimpin Umno terhadap permintaan Anwar Ibrahim agar pihak luar memantau perjalanan pilihan raya di negara ini adalah satu tindakan mundur ke belakang dan secara tidak langsung menyerlahkan bahawa demokrasi negara ini tidak telus dan masih dibayangi noda-noda kekotoran. Kenapa harus takut dengan pemerhati dari luar?

Sekurang-kurangnya dua orang pemimpinan Umno setakat ini yang melenting dengan tindakan Anwar itu, Ketua Pemuda yang tidak diberi kuasa Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Setiausaha Agung Teuku Adnan Teuku Mansor. Mereka telah mengkritik langkah Anwar meminta Menteri Luar Australia Senator Bob Carr agar bertindak sebagai pemerhati kepada proses pilihan raya di negara ini.

Anwar mendakwa mempunyai beberapa bukti jelas menunjukkan proses pilihan raya di negara ini tidak berjalan dengan adil dan saksama. Kalau bukti itu diberikan oleh pemimpin Pas atau DAP mungkin ia boleh ditolak dengan mudah tetapi, apabila Anwar bekas pemimpin tertinggi Umno yang sering dikaitkan dengan politik busuk dan hanyir mempertikaikannya tidak siapa dapat menafikan lagi.

Anwar menyuara apa yang beliau tahu dan mungkin apa yang beliau sendiri merestuinya selama lebih 20 tahun berada di dalam Umno.

Bob Caar dilaporkan telah mendedah bahawa Penasihat Umum PKR itu ada menulis surat kepadanya agar menjadi pemerhati kepada perjalanan pilihan umum negara ini yang bakal menjelang awal tahun depan. Bagaimana pun kata menteri luar berkenaan, beliau menolak kerana urusan pilihan raya adalah urusan Malaysia sendiri.

Apabila menteri luar itu tidak bersedia untuk menjadi pemerhati sepatutnya tidak perlu sesiapa membangkitkannya. Sebaiknya pemimpin Umno atau kerajaan tidak perlu memberi komen negatif terhadap perkara itu sehingga menampakkan yang mereka terdesak dan takut dengan pilihan raya umum ke-13 ini, bukannya Anwar sebaliknya pihak Umno. Apakah Umno sudah sangat cemas akan kedudukannya pada masa kini?

Khairy telah menempelak tindakan Anwar itu sebagai terdesak dan meminta agar Anwar menghentikan tindakan berkenaan. Alasan diberikan Khairy seperti alasan biasa digunakan kerajaan UBN, kononnya pemantau luar tidak diperlukan kerana peranana SPR sudah mencukupi dan badan bebas itu sudah mempunyai wibawa yang tidak boleh dipertikaikan.

Manakala Teaku Adnan pula menyifatkan usaha Anwar itu sebagai kesenimbungan kepada ikhtiarnya mendapat sokongan asing untuk membantu perjuangannya bagi menumbangkan kerajaan UBN. Adnan lalu menyebut sebelum ini Anwar pernah ke Tukri berjumpa pemimpin negara itu dan memberi tahu bahawa Malaysia bukan negara Islam.

Baik Khairy maupun Teuku Adnan seharusnya tidak menghalang mana-mana pemantau luar datang ke negara ini. Dengan bersedia memberi ruang kepada pemamtau luar ia menunjukkan pihak kerajaan sendiri yakin dengan proses pilihan raya negeri ini. Tetapi apabila pihak kerajaan sendiri melenting dan menuduh itu sebagai satu pengkhinatan maka jelas mereka juga cuba menyembunyikan sesuatu yang busuk dalam proses pilihan raya. Kalau tidak begitu, masakan mereka berdolak dalih untuk membiarkan pemerhati menyaksikan proses demokrasi negara ini.

Jika hendak dikira apa yang kerajaan UBN hendak takut sekiranya proses pilihan raya berjalan dengan betul dan telus? Bukankah dengan adanya pemerhati asing ia akan menyakinkan lagi rakyat mengenai integriti dan kredibiliti kerajaan UBN. Sekiranya dalam pilihan raya akan datang UBN menang besar, tidak akan timbul lagi pilihan raya kotor dan tidak adil kerana pemantau luar sudah ada. Adalah silap kalau kerajaan cuba menghalang pemerhati luar datang menyaksikan pilihan raya kita.

Dengannya pemantauan luar, baik pembangkang atau pihak Anwar sendiri juga tidak dapat menafikan lagi kemenangan UBN nanti adalah kemenangan mutlak kerana pilihan raya yang diadakan itu di hadapan pemerhati luar. Selepas ini tidak ada lagi alasan-alasan yang selalu kedengaran sebelum ini, seperti pilihan barat seblah, bermian atas padang tidak sama rata dan sebagai tidak akan kedengaran lagi.

Sebaliknya tanpa ada pemerhati sebagai saksi, kalaupun pilihan raya itu telus dan adil ia akan tetap akan dikatakan tidak adil, kerana pemantau sebagai saksi kepada "keadilan"  itu tidak ada.

Kesimpulannya adalah lebih baik kerajaan membenarkan seberapa banyak pemantau pilihan raya dari luar datang ke negera ini. Tidak berbangkit soal Malaysia sudah ada SPR sebagai sebuah suruhanjaya bebas mengendalikan pilihan raya negara ini. Bukan itu akan menjadi lebih baik? Selamanya umum sudah mengetahui mengenai ketelusan dan integriti SPR. Yang nyatanya kerajaan UBN tidak perlu takut kepada pemerhati bebas sekiranya mereka benar-benar telus dan adil.

Sebaliknya dengan mempertikaikan permintaan Anwar untuk membawa pemerhati luar itu dengan berbagai alasan ia sudah menampakkan kepada rakyat jelata bahawa pilihan raya akan datang akan tempang dan ada sesutau yang hendak disembunyikan oleh parti memerintah. Sesungguhnya tanpa pemerhati akan memudahkan lagi penipuan dan pengkhianatan dijalankan.  [wm.kl. 9:33 am 22/11/12]

Thursday, November 22, 2012

Sidek Jangan Lacurkan Cendekiawan Sdr

ULASAN ISU                                                                                                                        

Malam tadi saluran televisyen propaganda Umno No 3 telah menyiarkan rakaman slog SoalJawab yang menampilkan cendekiawan Melayu yang juga seorang da'i dan murabbi negara bernama Sidek Baba. Isu yang dibahaskan - disoal dan dijawab dari satu pihak, ialah mengenai kontroversi doa yang dibaca selepas solat hajat di di stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu, yang antara lain meminta agar kerajaan BN KO atau hancur.

Sidek Baba
Tampaknya ahli dan penyokong Umno begitu takut dengan doakan berkenaan. Kenapa?
 
Alasan doa itu dipohonkan kepada Allah s.w.t. kerana kerajaan BN telah berlaku zalim dan penganiayaan kepada rakyat. Saluran tv propagnda No 3 itu seperti juga ahli Umno kepanasan dan tidak boleh duduk diam ikut bangkit sama mempertahankan kerajaannya dan dalam masa sama menghentam Pas yang menganjurkan doa berkenaan.

Tv No 3 berkenaan cuba menggambarkan kepada umum, Pas sebuah parti yang unIslamic dan berperangai buruk dan salah akidah. Salah satu ikhtiar untuk memburuk Pas sebenarnya, bukan menjernihkan keadaan maka Sidek Baba dipanggil untuk bersekongkol dengan Umno. Maaflah taraf Sidek Baba dalam mempertahankan isu doa ini lebih kurang taraf anak dara tua yang sanggup memjadikan ibunya sebagai alat kerana mahu melepas dendamnya kepada Anwar Ibrahim.

Kenapa dikatakan begitu kerana kalau tv 'cepuah' berkenaan bersikap adil, soaljawab itu tidak hanya menampilkan satu pihak sebaliknya menampilkan sama seorang yang bertindak sebagai menjawab dan membela Pas berhubung doa berkenaan. Tetapi apakah daya setakat itu sajalah tahap profesionalisme kebebasan media di negara ini, selalu bersikap memasukkan seseorang yang dibencinya dalam guni kemudian dilanyak dan dipukul beramai-ramai.

Mengikut rancangan itu semalam barang kali bukan saja saya, tetapi orang lain juga yang sebelum ini mengkagumi Sidek sebagai seorang ahli akademik atau menurutnya sendiri sebagai da'i dan murabbi terkejut dan terbeliak mata mendengar hujah dan juga alasan yang diberikannya. Mungkin ada yang tidak sangka sudah sejauh itu Sidek Baba sekarang terhayut dan lara didalam arus Umno. Iya, kalau kita tidak tahan dengan asakan dan paluan Umno tetapi janganlah sehingga chasisnya lari begitu jauh.

Orang berstatus seperti Sidek bukan bukan menjadi penghasut menyesatkan Umno tetapi memberi pencerahan. Itu sepatutnya.

Saya berkata ini bukan apa, Sidek yang hari pertama saya mengenali dan berjumpa dengannya seorang yang berani, nampak istiqamah dengan perjuangan. Jarang seorang akademik dan profesionalisme yang setegasnya waktu itu. Itulah menyebabkan saya meletakkan rasa hormat tinggi kepadanya. Tetapi hanya sedikit saja ujian Allah campakkan ke atasnya, ditangkap kemudian ditelanjakan, Sidek sudah jadi hilang akal sudah memusnahkan mahkota dirinya selama ini.

Tentang doa itu tampaknya Sidek sepakat dengan pandangan orang Umno lain yang merasakan doa itu tidak kena ataupun tidak sesuai dibaca kerana doa seperti itu tidak pernah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagi Sidek doa KO BN itu sebagai melampau dan menyesalkan. Katanya tidak ada berlaku sebelum ini orang Islam mendoakan kehancuran orang Islam lain.

Di dalam 'perkuk' akademiknya, Sidek berpendapat doa itu tidak wajar dihalakan kepada kerajaan BN kerana kerajaan BN tidak zalim dan tidak boleh dipohonkan Allah binasakannya. Apa  yang dipatutnya didoakan minta agar kerajaan sejahtra.

Sidek lantas memberi bukti menunjukkan kerajaan BN adil dan berlaku saksama dengan mengatakan di universiti tempatnya mencari makan, (Universiti Islam Antarabangsa) telah membuka atau turut memberi peluang kepada anak-anak penyokong pembangkang memasuki universiti berkenaan. Kerajaan juga telah banyak menyediakan segala macam kemudahan untuk rakyat. Beliau juga turut menyebut peranannya (angkat bakul sendiri) mengatakan telah menganjurkan beberapa program untuk kebaikan anak bangsa.

Dari itu nampak semacam benar kata-kata pandita ini. Tetapi soalnya apakah hanya dari sudut itu saja untuk diterima bahawa kerajaan BN telah berlaku adil. Itulah yang Sidek nampak dan ianya sangat naif sekali.  Kenapa Sidek mempersempitkan minda sendiri semata-mata untuk membela Umno. Umno boleh dibela dalam kerangka yang lebih luas dan rasional. Sebagai seorang ilmuan dia anggap cendekiawan dia sepatutnya menyuluh dengan lebih luas lagi untuk melihat sejauh mana keadilan BN yang dipujinya itu.

Beliau patut melihat doa yang dibaca itu dalam konteks politik dan lokasi di mana ianya dibaca. Mungkin dari segi politik apa pun alasan doa seperti itu tidak wajar. Tetapi apa yang mustahak dilihat ialah lokasi doa itu dibaca, iaitu di Kelantan. Kita selalu mengatakan keadilan itu kerana meletakkan sesuatu di tempatnya? Dalam konteks Kelantan doa itu adalah sesuai kerana kezaliman dimaksudkan itu berlaku di Kelantan. Sidek tidak akan merasakan kerajaan BN zalim dan kalau beliau tidak menyuluh dari sudut itu. Dan beliau tidak mengatakan kerajaan BN adil dan tidak kejam kerana memberi peluang untuk hidup senang lenang kepadanya. Pendapat begitu telah tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.

Untuk lebih adil sebelum bercakap, Sidek perlu duduk di Kelantan, menyelam hati dan perasaan orang Kelantan dan melihat dengan mata murabbi dan cendekiawannya apa berlaku di sana. Sidek kena tanggakan spek brand Umno yang dipakai itu, barulah ia dapat melihat dan menilai dengan adil kemudian membuat justifikasi terhadap doa demikian. Beliau kena interviu rakyat Kelantan bukan saja yang sewarna dengannya tetapi warna-warna lain juga.

Untuk itu Sidek kena faham apa itu federalisme dan juga memahami apa yang digaris dalam persetujuan semasa membentuk kerajaan bersekutu dulu. Keadilan itu boleh diiktiraf apabila ia memberi kesamaan hak kepada semua tanpa dipisah oleh fahaman dan ideologi politik.

Adalah tidak adil dan sesuatu kekejaman juga kalau Sidek membuat ulasan itu dengan mengambil kira apa yang beliau lihat dari luar Kelantan. Mengenai kezaliman BN di Kelantan semua orang sudah mengetahuinya. Apakah bagi Sidek itu bukan zalim dan ia hanya satu penderaan politik kerana tidak semua orang Kelantan menyokong BN?

Doa yang meminta BN dihancurkan itu bertolak dari kezaliman dan pengkhianatan kerajaan BN ke atas Kelantan itu. Doa itu tidak akan lahir kalau bukan kerana kezaliman yang dirasai. Doa itu adalah berbentuk umum kepada parti BN dan bukan individu di dalam Umno. Saya juga akan menentang kalau ada pihak yang mendoakan secara khusus kepada mana-mana individu di dalam BN atau mana parti politik. Tetapi doa di stadium malam itu bersifat general ke atas BN sebagai sebuah kerajaan bukan sebagai individu insan beragama Islam.

Doa-doan sebegitu bukan tidak pernah dibaca oleh para ulamak dan aulia. Kezaliman kerajaan Firauan, Haman, Namrud dan sebagainya dibaca, malahan ianya diperpanjangkan sampai ke hari ini. Malaysia sendiri membaca doa itu untuk melaksanakan Israel dan zionis. Apakah tidak terlatas di telinga Sidek. Nah... status atau pun kedudukan doa terhadap kejahanaman Isrel itu samalah dengan status doa di stadium itu dalam konteks kezaliman kerajaan BN ke atas rakyat Kelantan. Sebagai murabbi Sidek tentu membaca dan menelaah al Quran. Cuam Sidek cari apa yang saya katakan ini dan faham dengan betul. Saya mintalah Sidek duduk mencakung atas tunggul mati dan kentut... cuba hidu!

Sebagai ahli akademik dan cendekiawan Sidek patut menggunakan ilmu atau kedudukannya itu di tempat yang seadil-adilnya. Beliau patut sedar orang atau golongan sepertinyalah diharapkan oleh rakyat untuk menyatakan sesuatu dengan benar. Orang berilmu selalunya bercakap benar, tidak mudah terpengaruh ataupun menjadi pelesit kepada mana-mana pihak.

Malangnya dengan apa yang dilontarkan Sidek menerusi slog soaljawab sehala itu, dengan menggunakan bahasa yang tertib dan wajah yang tawaduk beliau ikut sama mencemarkan dirinya dengan pandangan ilmiah yang beliau berikan. Cara Sidek mempertahankan kerajaan BN tidak zalim sama seorang perempuan yang bertutup aurad, nampak warak, sopan santuh tetapi sedia melacurkan diri untuk mendapat rezeki.

Biarlah saya katakan kepada cikgu Sidek ini bukan tidak boleh menyokong Umno kerana kita ada pegangan dan pandangan masing-masing, tetapi kalau sampai melacurkan cendekiawan yang ada kerana tidak mahu susah payah dan takut diuji ia sesuatu yang sangat keji. Ingatlah masud sepotong firman; tidak dikatakan kamu sudah beriman kalau kamu tidak diuji.  [wm.kl.10:28 am 21/11/12]

Tuesday, November 20, 2012

Ariffin Atira Layak Lawan Awang Adek

RENUNG MERENUNG                                                                                                    

Kegagalan usaha pihak tertentu untuk meletakkan bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zaiyadi Awang Noh bertanding di kerusi parlimen Bachok bagi berhadapan dengan Ketua Umno Bachok, Awang Adek Hussein memberi kelegaan sementara buat bekas calon bakal MB Kelantan tahun 2008 itu.

Ariffin Atira: Layak lawan Awang Adek.
Sebelum ini Awang Adek dikatakan cukup bimbang sekiranya pihak Pakatan Rakyat mengirimkan Zaiyadi ke situ untuk berdepan dengannya. Pengaruh bekas ketua pemuda Umno itu dikatakan masih bertunggul lagi di Bachok dan boleh mengugat kedudukan Awang Adek. Kebetulan juga dia mempunyai keluarga besar di Bachok.

Bagaimana pun kegagalan atau salah perkiraan (teori songsang) pihak tertentu menyebabkan hasrat itu berkecai di tengah jalan dan ini melegakan Awang Adek. Satu program untuk menjaja Zaiyadi sebagai calon Bachok yang diadakan baru-baru ini gagal kerana kurang mendapat sambutan seperti mana diharapkan.

Majlis itu yang pada mulanya akan turut dihadiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Husam Musa tidak berjalan seperti mana diharapkan apabila kedua tokoh itu 'pulau' majlis tersebut. Khabarnya sepanduk menguar-uarkan kedatangan mereka berdua sudah pun dipasang dimerata tempat termasuk disebar dalam Fb. Menurut program asalnya Tengku Razaleigh dikhabarkan akan diarak menaiki kereta kuda di samping pertunjukkan tarik tali di antara gajah dengan bloger dan facebooker yang mendokong Ziyadi. Digumba sebanyak empat ekor gajah akan dibawa ke Bachok.

Bagaimana pun majlis itu bermasalah apabila ia tidak mendapat persetujuan seratus peratus dari pihak Pas Bachok. Katanya Pas Bachok tidak dibawa berbincang sama, sebalik hanya mahukan penyokongnya saja memenuhi majlis itu. Pertelingkahan itu memberi gambaran bahawa usaha atau plan hendak membawa Zaiyadi itu telah ditolak awal-awal lagi oleh Pas Bachok. Nasib baiklah Zaiyadi tidak begitu terdesak dan 'gelenyer' sangat untuk bertanding di Bachok kalau tidak bekas ketua pemuda Umno itu boleh jadi kempunan dan frust menungging.

Bagaimana pun kelegaan Awang Adek itu hanya bersifat sementara saja. Beliau mungkin terlepas untuk berdepan dengan Zaiyadi, tetapi beliau tidak akan bebas menghembuskan asap cerok di pantai Irama. Selain Zaiyadi katanya ada muka-muka yang disua untuk berhadapan dengannya di mana orang ini juga tidak kurang hebatnya bahkan lebih relevan berbanding dengan Zaiyadi.

Awang Adek tidak boleh memandang rendah dan merasakan dia selamat tanpa Zaiyadi. Sebenarnya dari konteks Pas, orang Pas sendiri jauh lebih baik dari Zayadi. Setidak-tidaknya kalau Pas meletakkan orangnya, semua orang Pas akan memberi sokongan padu. Sebaliknya kalau Zayadi diletak baik bertanding atas tikit Pas atau PKR belum tentu lagi Ziyadi disokong. Apa lagi Zaiyadi sampai kini masih menggengam kad keahlian Umno di dalam tangannya.

Tokoh-tokoh Pas Bachok seperti Hassan Mahmood, Omar Mohamad, Wan Nik Wan Yusuf atau pun ketua pemuda Pas, Marzub Shaari antara nama-nama yang boleh dipadankan dengan Awang Adek. Mereka ini jauh lebih menyenangkan pengundi khasnya dari kalangan Pas berbanding Zayadi. Hasan Mahmood adalah Adun Tawang sudah tiga peggal dan pernah menjadi Exco semua orang Bachok termasuk ikan kembung, selayang dan seluan mengenali Hasan.

Jadi tidak ada masalah kalau Pas meletakkan Hassan untuk berlaga dengan Awang Adek. Tetapi katanya Hasan tidak berminat untuk ke parlimen, beliau lebih suka dan selesa menjadi wakil rakyat biasa saja di Tawang.

Begitu juga dengan Omar, Adun Perupok ini sudah empat penggal dan juga bekas Speaker Dun Kelantan dan bekas Exco. Omar merupakan tokoh Pas paling lama dan berprestaj di Bachok. Tetapi Omar juga tidak bersedia untuk bertanding di parlimen. Beliau sendiri merasakan elok kalau beliau bersara saja dalam politik. Tetapi kalau Pas "kasik" calon, Omar boleh dijadikan pertaruhan. Rasanya kalau setakat untuk mengalahkan Awang Adek, Omar masih mampu. Paling afdal bagi Omar ialah melepaskan kerusinya kepada orang muda seperti Marzub dan lain-lain.

Wan Nik juga boleh diletakkan sekali lagi berdepan dengan Awang Adek. Tanpa digumba-gumbakan Wan Nik sebelum dikalah Awang Adek tahun 2004, tetapi Wan Nik terlebih dahulu mengalahkan Awang Adek tahun 1999. Realiti ini menjadikan Wan Nik tidak perlu takut dan bimbang kalau diletakkan bertembung dengan Awang Adek. Secara adilnya Wan Nik belum kalah kepada Awang Adek.

Tetapi Wan Nik sendiri katanya tidak berapa minat untuk bertanding. Dia yang kini Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan (JPP) lebih menumpukan kepada tugas itu bagi menjamin Pas menang dan dapat mengekalkan Kelantan. Tanggungjawab sebagai pengarah adalah besar dan sangat berat. Dibahunya nantilah tertanggungnya segala bebanan pilihan raya.

Ekoran 'penolakan' ketiga-tiga tokoh itu menyebabkan Ketua Pemuda, Marzub dicagarkan oleh Pas Bachok untuk berdepan dengan Awang Adek. Marzub juga katanya sudah membuat persiapan dan mengelisik bulu untuk berhapdan dengan Awang Adek. Bagaimana pun, kemungkinan ini menjadi persoalan beberapa pihak apakah Marzub layak dan sesuai untuk berdepan dengan Awang Adek seorang timbalan menteri dan dikatakan mempunyai banyak wang?

Memang benar, kedudukan Awang Adek di dalam Umno Bachok hari ini bak duduk dalam perahu besar yang sudah bocor. Bila-bila masa saja Awang Adek akan tenggelam dan karam. Usah lontar batu besar, campak batu kecil pun Awang Adek boleh karam. Ini kerana sokongan dari kalangan Umno sendiri kepada Awang Adek tidak sepadu. Isu 23 cawangan Umno yang berbulu dengan Awang Adek belum selesai lagi.

Awang Adek pula hendak 'gala' dan menapung perahu besar bernama Umno itu tidak ada kudrat. Gara-gara tidak mendapat sokongan padu menjadikan kerja Awang Adek menebar jala tembus saja. Jalan tertebar ikan tidak dapat. Perahu pula bocornya terus membesar.

Kandati pun begitu, bukan bermakna senang untuk menenggelamkan Awang Adek di Bachok. Kalau lawan itu Marzub dikira tidak setanding. Beliau masih muda belia lagi. Dalam kata lain Marzub belum ada pengaruh dan kekuatan sendiri. Benar, ayahnya Shaari Awang bekas wakil rakyat Dun Jelawat dan tok imam di di situ tetapi pengaruh itu tidak memadai untuk menghalang Awang Adek.

Justeru pemerhati melihat Marzub perlu memikir dua kali untuk menerima tawaran Pas berhadapan dengan Awang Adek. Sekiranya ketua pemuda itu 'tergehen' sangat untuk bertanding mungkin dia boleh diberi mana-mana kerusi state sebebagai percubaan. Untuk berhadapan dengan Awang Adek, Marzub belum ada kekuatan. Lagipun Marzub masih belum terlewat kerana beliau masih di takah pemuda.

Dalam keadaan serba salah dan fikir tidak kena inilah katanya Pas Pusat sudah membuat formula baru untuk memastikan Bachok akan tetap kekal ditangan Pas, caranya meletakkan calon sepadan dengan Awang Adek. Khabarnya seorang usahawan yang meningkat naik di Kelantan dewasa ini, Ariffin Mahmood dipertimbangkan oleh Pas untuk diletakkan bagi berhadapan dengan Awang Adek.

Usahawan hartatanah dikenali ramai dengan Ariffin Atira itu juga khabarnya bersedia untuk berhadapan dengan Awang Adek. Cuma masalah Ariffin ini beliau tidak ada apa-apa kedudukan di dalam parti di Bachok.  Di Bachok beliau tidak ada apa-apa connection melain pengkalan perniagaanya. Beberapa projek pembangunan perumahan ada di situ. Projek itu boleh dijadikan pengkalannya.


Masalah itu bukan menjadi hambatan buatnya. Sebenarnya Ariffin cukup terkenal di peringkat pusat dan sudah tidak asing bagi kalangan pimpinan tertinggi Pas. Beliau pernah menjadi Presiden Anak-Anak Kelantan Di Perantauan Malaysia (Perakan). Hanya memerlukan sedikit kiwi dari kalangan pimpinan Pas Kelantan untuk menyinarkan dirinya.

Bila bercakap jasa besar Perakan dan peranan Ariffin, ialah kejayaan mengadakan himpunan anak-anak Kelantan di sebuah hotel ternama di Jalan Ampang menjelang pilihan raya 1999. Lebih 5,000 anak-anak Kelantan berhimpun dan menyatakan sokongan kepada Pas Kelantan. Ramai orang membuat rumusan kejayaan majlis itu memberi faktor besar kejayaan Pas pada pilihan raya 1999. Dan sudah tentulah kejayaan dan jasa itu ada kena mengena dengan Ariffin.

Apabila Setiausaha Agung Mustapa Ali menjelaskan berhubung makenisme Pas memilih calon dalam pilihan raya akan datang pada muktamar yang baru berakhir, di mana beliau turut menyebut ada tokoh-tokoh tertentu yang tidak dicalon oleh peringkat kawasan negeri tetapi mungkin akan diturunkan kerana keistimewaan atas maslahat parti, mungkin nama Ariffin Mahmood juga termasuk dalam senerai itu.

Kewajaran kalau Pas memilih Ariffin untuk diletak menentang Awang Adek juga mengambil kira kelulusan dan latar belakang profesional yang ada kepada Ariffin. Beliau berkelulusan perancang  bandar dan juga berpengalaman luas dalam bidang pembangunan hartanah mempunyai potensi baik untuk menjadi seorang ahli parlimen di era ini.
 
Sekiranya Ariffin Atira diletakkan di Bachok diharap ianya disambut dengan baik oleh semua pihak. Mungkin perletakkan Ariffin itu menyebabkan ada orang yang kecewa, tetapi apa yang perlu dipentingkan kehadirannya dapat membantu Pas. Semua pihak harus memikir kemenangan parti daripada kepentingan peribadi.

Terdengar juga desas desus katanya orang Bachok sudah perit untuk mengangkat orang luar sebagai wakil rakyat kerana ulah yang dibuat oleh ahli parlimennya kini. Tetapi itu sebenarnya bukan alasan untuk menolak Ariffin kalau ia diangkat oleh parti. Ada perbezaan jelas di antara Ariffin dengan wakil rakyat kini.

Walaupun Ariffin bukan asal Bachok, tetapi beliau masih orang Kelantan yang makan budu dan makan ikan singgang. Berbeza dengan wakil rakyat sebelum ini yang tidak makan budu dan mabuk bila terhidu kuah ikan singgang. Dia selalu makan steak pakai pisau dan garpu. Aktiviti kebajikan yang dilakukan Ariffin juga menjadikan orang tidak berapa asing dengan ahli korpor ini.

Kalau Pas meletakkan beliau untuk berdepan dengan Awang Adek ia umpama bertemu buku dengan ruas kalau dilihat dari sisi ketokohan dan kewangan. Dalam kata mudah, bolehlah lawan.  [wm.kl.11:03 pm 20/11/12]