Friday, January 31, 2020

PPSMI Dr Mahathir walasal balik asal...

SUSUPAN SORE

Dr Mahathir Mohamad yang memangku jawatan Menteri Pendidikan selepas Dr Maszlee Malik diminta berundur mengumumkan bahasa pengantar pembelajaran Sains dan Matematik dikembalikan dalam bahasa Inggeris semula.

Pengumuman ini secara tidak langsung mendedahkan sebab musabab sebenar kenapa beliau meminta Maszlee berundur awal bulan lalu, rupa-rupanya beliau ingin meneruskan dasar pendidikan yang diyakininya.

Program pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPMSI) apabila ia dilaksanakan telah dibantah oleh "para pejuang bahasa Melayu" sebelum ini dengan alasan ia sebagai tidak bersemangat Melayu dan mengagungkan bahasa asing di samping pelaksanaan dasar itu tidak menghormati apa yang telah dilakukan. 

Tuesday, January 28, 2020

Budaya takfiri benar atau tanggapan benci Mad Sabu kepada Pas sahaja?

ULAS PANDANG

Kebimbangan Mad Sabu terhadap budaya
takfiri perlu diberi perhatian.
SUDAH kerap kali Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menyuarakan kebimbangan terhadap perbuatan "takfiri" yang kini sudah menjadi budaya dan modal segelintir orang politik dan dihalalkan oleh sebuah parti politik bernuasankan agama.

Mad menyatakan kebimbangan kalau budaya itu tidak dihapuskan ia boleh menjejaskan bukan sahaja ukhuwah Islamiah, tetapi ikut menjejaskan sama keselamatan negara kerana budaya itu berpotensi menimbulkan perbalahan sampai pulau memulau hatta berbunuhan.

Program Strategik Petronas - Agrobank satu lagi sejarah

ULASAN PETANG

Salahuddin: Kerjasama program strategik Agrobank -
Petronas buka dimensi baru.
HARI ini termertai perjanjian program usahasama strategik di antara Petronas dengan Agrobank untuk memperkasakan golongan B40. Program bersama antara agensi MOA itu dengan konglomerat petroleum ini dikira julung-julung kali dan suatu lagi sejarah buat kedua-dua entiti berkenaan.

Program itu dimeterai hari ini dengan disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Saturday, January 25, 2020

Peralihan kuasa bukan untuk kepentingan Anwar?

PANDANGAN

PERALIHAN kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim bukan sahaja untuk kepentingan kedua individu itu tetapi membawa "maslahah" atau faedah dan memberi signifikan besar daripada itu.

Jangan salah anggap ia semata-mata untuk kepentingan Anwar yang dilihat sudah lama menanti untuk menjabat jawatan itu dan beliau didambakannya oleh banyak rakyat.

Memang lama Anwar dan rakyat khasnya penggerak reformasi menanti kerusi itu. Sudah lebih 20 tahun, rakyat menunggu beliau akan berada di kerusi nombor satu negara itu.

Tuesday, January 21, 2020

Gambar selfie dan sebuah mimpi sebelum tidur

SESUDAH SUBUH

Selfie di jerung dapur.
SEMALAM telah tersebar sekeping gambar di meja makan di sebuah rumah. Gambar itu biasa sahaja, selfie sedang makan yang sudah jadi kemestian orang zaman muasir ini.

Kemudahan dan kecanggihan smart phone (IT) diguna sepenuhnya untuk merakam apa-apa sahaja peristiwa, aksi, inilah trend zaman ini.

Tidak hairanlah kalau kemudahan dan kecanggihan itu ada orang menggunakannya untuk merakam gambar dia sedang berak atau pun sedang "bermain", sekali pun.

Saturday, January 18, 2020

Latheffa Koya berdepan realiti cabaran

ULASAN

Latheffa baru merasai cabaran.
TINDAKAN  Najib Razak akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk memaksa SPRM mengemukakan rakaman audio yang didedahkan oleh Latheffa Koya sebagai bukti pembelaan dakwaan terhadapnya mungkin ada yang melihat sebagai tindakan terdesak Najib dan sia-sia.

Pro kontra dalam melihat hal itu pasti ada.

Thursday, January 16, 2020

Kalau tak berani desak Mahathir, elok Guan Eng diam sahaja

ULASAN

PANDANGAN dilontar oleh Lim Guan Eng tidak perlu diadakan mesyuarat khas dalam Majlis Presiden PH bagi menentukan pengunduran Dr Mahathir sebagai perdana menteri untuk diserahkan kepada Anwar Ibrahim sekali dilihat ia satu pandangan baik menunjukkan sikap terbuka dan reda Menteri Kewangan itu.

Kata Guan Eng tindakan itu tidak perlu kerana Dr Mahathir sudah pun menyatakan mengenai tempoh pengundurannya, yang dilakukan selepas sidang APEC bulan November nanti. Dalam masa sama beliau yakin Anwar akan jadi perdana menteri pada bulan tersebut. Mungkin Guan Eng ada petunjuk menurut kalendar tahun Cina?

Tuesday, January 14, 2020

Cabaran politik 2020 untuk PH, Umno dan Pas

PENDAPAT

Masalah PH teratasi bila Anwar  jadi perdana menteri. 
TAHUN 2020 sudah berlalu separuh bulan Januari. Kita khususnya mereka yang "bernuansa" politik akan terus melalui hari-hari di sepanjang tahun mendatang dengan berbagai rasa dan melalui pelbagai liku.

Kerajaan PH sudah pasti akan menjadikan tahun 2020, tahun memperhitungkan segala perancangan dilaksanakan dengan jaya serta memperbetulkan kepincangan 20 bulan yang lalu.

Monday, January 13, 2020

Tangkapan 17 individu menggemparkan negara

REAKSI

HARI ini negara dihebohkan dengan penangkapan 17 individu yang dikatakan terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan perjudian haram di sebuah kondiminum. Penangkapan dalam kes sebegitu sebenarnya perkara biasa dalam negara ini. Hampir setiap hari kita dengar laporan penangkapan dan dakwaan terhadap aktiviti penyalahgunaan dadah dan pengedar bernilaian jutaan ringgit.

Dadah sudah jadi masalah dan musuh negara yang sukar untuk dihapuskan yang menghinggapi sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan. Fenomena dadah di negara ini sama hebat dengan fenomena politik kotor dan tidak beradab negara ini.

Tetapi kes yang dihebohkan hari ini, apa mengejutkan ia melibatkan invidivu yang dianggap sebagai ada nama dan ada kelas tersendiri. Salah seorangnya dikatakan Adun atau wakil rakyat. Yang lain-lainya adalah pegawai atau setiausaha kepada menteri.

Friday, January 10, 2020

Yang langgar manifesto bukan sahaja Mahathir tetapi menteri kabinet juga

ULASAN MALAM

TINDAKAN Dr Mahathir Mohamad memangku jawatan menteri pendidikan walaupun tindakan itu bertentangan dengan manifesto dan prinsip kerajaan PH, ia juga memberi petunjuk lain yang sungguh memualkan.

Dr Mahathir kata kabinet bersetuju dengan tindakannya itu ertinya tidak ada anggota kabinet yang membantah beliau memangku jawatan itu. 

Maka, kesalahan Dr Mahathir kerana memangku jawatan itu sedang manifesto PH melarangnya  tidak boleh diletakkan atas bahu PM itu secara bersendirian tetapi seluruh anggota kabinet yang akur dan bersikap pandir dengan Dr Mahathir yang memangku jawatan itu perlu dipersalahkan sama.

Thursday, January 9, 2020

Kes video lucah Haziq boleh dibuka semula bila kerajaan PH tumbang

SEBELUM ini saya telah mengatakan isu video lucah Haziq tidak akan membawa sesiapa ke mahkamah walaupun ia telah memburukkan individu tertentu dengan pengakuan Haziq dan penyebaran video berkenaan.

Bila orang tanya saya, "apa jadi dengan kes video berkenaan?" saya kata, "polis akan membuat kenyataan berbunyi begini; "video berkenaan asli tetapi watak di dalamnya palsu."

Apa yang saya kata dan bayangkan itu hampir tepat apabila hari ini Peguam Negara Tommy Thomas telah mengatakan, "pakar forensik AS "gagal" mengenali pasti individu dalam video berkenaan kerana solusi rendah.

Tuesday, January 7, 2020

Kita tunggu Salahuddin 2020 apakah ada beza

ULASAN

Salahuddin: menanamkan azam 2020.
SEMALAM Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub telah memberi dan menyampaikan amanat tahun baru 2020 kepada para pegawai dan pengerusi semua agensi di bawah kementeriannya.

Kejayaan majlis semalam dan menjadi kementerian pertama berbuat demikian,  menjelaskan kesungguhan dan iltizam besar Salahuddin yang menerajui kementerian berkenaan.

Sunday, January 5, 2020

Debaran menanti pengumuman Dr Mahathir

SUSUPAN MALAM

SAAT saya menukil catatan ini mungkin Dr Mahathir Mohamad sudah pun ada nama yang hendak diumumkan esok sebagai pengganti Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan. Maszlee telah meletak jawatan pada 2 Januari lepas.

Dr Mahathir menerima peletakan jawatan Maszlee itu yang dibuat atas kehendak perdana menteri itu juga. Serentak itu kata Dr Mahathir beliau akan mengumumkan pengganti Maszlee sedikit masa lagi.

Masa yang dimaksudkan itu esok, Isnin. Jadi esok ramai orang menunggu-nunggu pengumuman daripada Dr Mahathir.

Memburu Rhizosfer dan Endofit di Jawa Barat

CATATAN PERJALANAN

Disalah satu gerai jualan ubi Cilembu mentah di Sumedang.
"HENDAK seribu daya tak nak seribu dalih." Itulah peribahasa biasa yang kita dengar. Saya nak tambah dan memperkemaskan peribahasa itu dengan serangkai kata begini; "kalau mencari kita akan bertemu, kalau mahu tetapi ia hanya diangan-agankan tidak akan berjumpa sampai ke bila."

 Bagi seorang pemimpin yang bertanggung jawab sanggup meletakkan kebajikan rakyat di atas pundaknya, ia tidak akan pernah lelah daripada berjalan dan mencari sesuatu untuk nilai tambah atau pun membawa hasil baharu kepada masyarakat.

Saturday, January 4, 2020

Pengunduran Maszlee tidak selesai masalah PH

CATATAN PAGI

SETELAH lebih 48 jam Dr Maszlee Malik meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia (KPM), saya baru dengar kenyataan akhbar medianya untuk menyatakan atau memaklumkan apa yang berlaku ke atas dirinya, meletak jawatan.

Beliau mengambil masa 20 minit untuk melafazkan hanya beberapa patah perkataan yang boleh merubah status kehidupan dan tanggungjawabnya selama 20 bulan lalu.

Beberapa patah perkataan itu berbunyi; “dengan ini saya menyerah balik jawatan KPM kepada Perdana Menteri.” Perkataan itu hanya boleh diambil dalam masa tidak sampai 3 minit pun, dan sebenarnya beliau tidak pun perlu membuat sidang media khas, cukup mengeluarkan kenyataan di sekeping kertas sahaja.