Wednesday, October 31, 2012

Nik Aziz Makin Kukuh Bila Diasak

LENGGENG SORE                                                                                                                    

Rahmat dan hikmat Tuhan itu kadang-kadang kita tidak dapat menyelaminya langsung. Adakalanya kita berfikir begini tetapi yang jadi sebaliknya. Selalu berlaku perkadasan di antara hamba dengan Rabbnya. Misalnya musuh Pas dan mereka membenci Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan beliau berundur dari politik mengira apabila dilakukan asakan dan tekanan ke atas MB itu beliau akan menjadi lemah jiwa dan tertekan akhirnya segera meninggalkan jawatan, tetapi yang jadi sebaliknya.

Nik Aziz: Makin ditekan makin naik.
Tokguru itu semakin diasak bukan jadi makin tertekan dan mudah mengaku kalah untuk melepaskan jawatan, sebaliknya ia menjadi semakin bersemangat dan terus degil untuk mempertahankan jawatannya. Seolah-olah desakan dan tekanan itu menjadi penawar atau beteri tambahan pula kepadanya. Beliau jadi macam tepong yang dibubur serbut penaik, makin menggelembung.

Tenguk apa yang beliau jawab dan ulas apabila ada pihak tertentu meminta beliau berundur sambil memperkecil-kecil keupayaan serta mempertikaikan kesiahatannya. Apa jawabnya, katanya dia masih sihat dan masih ada kederat untuk berkhdimat. Cakap-cakap pun berasap-asap.

"Kalau sekat nak lawan Umno bila-bila sajalah. Dan orang berkhidmat bukan menggunakan fizikal tetapi akal," begitulah katanya. Jawaban itu menunjukkan desakan dan perlecehan itu tidak memberi bekas sikitpun dan mengugahkan semangatnya untuk terus berada di tempatnya kini.

Lagipun menurutnya desakan dari luar sama sekali tidak akan dipedulikan, lainkan kalau dari dalam Pas sendiri, beliau akan mempertimbangkannya. Beliau tidak perlu rungsing kerana dari dalam Pas bukan akan mendesak beliau berhenti tetapi di'agah' supaya terus kekal sampai ke akhir hayat.

Inilah dikatakan apa yang difikirkan itu tidak tepat seperti dikehendaki dan strategi mereka yang mahu melihat beliau berudur dan tidak lagi aktif di dalam Pas sudah silap. Mereka mahu menekan dan melemahkan Tokguru, yang terjadi sebaliknya.

Justeru Pas harus bersyukur dan tidak perlu kesal dengan orang-orang yang anti dengan Mursyidul Am Pas itu. Biarkan sesiapa saja mendesak dia berundur jangan peduli kerana desakan itu akan menjadikan Tokguru sihat, gagah dan bersemangat.

Sebenarnya pihak musuh telah silap dalam membaca 'DNA' Menteri Besar Kelantan ini. Beliau bukan seperti mana dianggapkan dan inilah juga kelebihan yang ada kepadanya. Memang kalau beliau seorang yang tidak kuat dan utuh jiwanya sudah lama beliau cabut dan berundur. Rasanya selepas Mahathir Mohamad, Nik Azizlah orang yang kedua terbanyak diasak dan diserang agar meninggalkan jawatan.

Dan ternyata jika dibanding beliau dengan Mahathir dalam hal ini beliau mengatasi Mahathir kerana tidak mudah untuk menangis kemudian berundur.

Makanya kepada musuh Pas dan mereka yang mahu melihat Nik Aziz cepat berundur perlu menggunakan tektik dan strategi lain. Tektik tekan dan desak sudah tidak menjadi, strategi ini sudah kalih (imu) dengan tokguru seorang ini.  [wm.kl.5:56 pm 31/10/12]

Beberapa Orang Termasuk Pegawai di Pejabat MB Terengganu Direman?

SUSUPAN MALAM                                                                                                                     

[kemaskini] Berita ini belum dapat disahkan. Semasa makan malam sekejap tadi saya diberitahu oleh seorang tokoh Umno asal Terengganu beberapa orang pegawai kerajaan termasuk seorang yang berkhidmat di pejabat MB Terengganu dan seorang kontrektor dikatakan ditahan reman oleh SPRM beberapa hari sebelum hari Aidiadha yang lalu.

Menurut tokoh Umno itu penahanan tersebut ada kena mengenai dengan laporan kemungkinan berlaku rasuah kerana beberapa fail di pejabat mereka dirampas.

Kejadian ini bagaimana pun masih belum tersebar tetapi mereka yang rapat dengan pejabat MB sudah mengetahuinya. Tokoh Umno berkenaan berjanji akan memberi maklumat lengkap esok berhubung perkhabaran yang boleh menjejaskan Ahmad Said sebagai MB Terengganu itu. Tunggulah... [wm.kl.1:23 am 31/10/12]

Tuesday, October 30, 2012

Letak Bekas KP JPA Tanding Di Putrajaya

KEMILAU RASA                                                                                                                      
                                      
Kadang-kadang nasib malang dan penganiayaan berlaku ke atas seseorang atau kumpulan di negara ini berlalu begitu saja. Kalau tidak ada yang membela kejadian itu akan tertutup dari pengetahuan awam. Sedihnya ia akan jadi seperti mana katak atau ular yang mati dilanggar kereta, bangkainya akan dibiarkan berulat di tengah jalan, dan lama ke lamaan hancur begitu saja diselam tanah.

Abu Bakar Abdullah: Teraniayaan.
Begitu juga dengan nasib sesetengah pegawai kerajaan yang tidak ada kekuatan untuk melawan atau pun ada jiwa membela diri terhadap tindakan politik oleh parti pemerintah. Nasib malang yang yang diterimanya dibiarkan saja dengan meletakkan semua itu atas kehendak takdir untuk tidak mendamaikan jiwa. Sesetengah dari mereka mati beragam begitu saja kerana tidak ada keupayaan untuk membela diri disebabkan berjauhan dengan penguasa-penguasa politik.

Mereka yang dekat dengan penguasa politik apa lagi yang sedia menjadi perkakas akan mendapat manfaat lumayan seperti kenaikan pangkat dan segala macam kemudahan termasuk memakan gaji buta. Walaupun grednya jauh lebih rendah dan perkhidmatannya baru setahun jagung tetapi kerana dekat dengan penguasa, kenaikan pangkatnya secepat kilat di senja hari.

Yang tidak kenal penguasa dan tidak sedia jadi perkakas terus bersembahyang hajat mendoakan  kenaikan pangkat. Setengah sampai berlumut di ruang pejabat tetapi pangkat tetap tidak naik. Lalu mereka pun senyap-senyap mendengangkan lagu, "dimanakah keadilan" seorang diri?

Misalnya nasib malang diterima oleh bekas Ketua Pengarah JPA, Abu Bakar Abdullah yang ditamatkan perkhidmatnya sesuka hati oleh kerajaan, hampir terbiar begitu saja, tidak ada mana-mana pihak mempedulikannya. Kesatuan pegawai-pegawai kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa untuk membela atau memberi simpati kepada Abu Ab Bakar kerana beliau pegawai tinggi. Lagipun kesatuan hanya membela orang-orang rendah daripada Abu Bakar. Jadi orang tinggi teraniaya siapa membela?

Mungkin tindakan kerajaan memecat beliau ada alasan, tetapi sejauh mana alasan itu memenuhi ehsan pertimbangan manusia boleh dipertikaikan. Mungkin Abu Bakar dan kita semua dapat menerimanya. Namun keadilan terhadapnya masih boleh dipertikaikan.

Apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar membangkitkan di parlimen isu pemecatan Abu Bakar dianggap zalim itu, ia merupakan satu pembelaan oleh Pas. Tindakan Mahfuz membawa isu ke parlimen sebagai kepedulian terhadap nasib malang diterima Abu Bakar. Saya nak tanya di mana peranan ahli parlimen BN terutamanya ketua pemuda Umno yang tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin? Syabas kepada Mahfuz kerana prihatin mengenai perkara ini.

Saya bersetuju dengan persoalan oleh Mahfuz sebagai menjawab penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berhubung pemecatan itu; bahawa pemecatan Abdu Bakar atas alasan kesalahan berhubung penglibatan Abu Bakar dalam menggubal dan melaksanakan SPBA yang dibuat tanpa mengambil perhatian semua golongan perkhidmatan.

Soal Mahfuz dalam sidang akhbar, adalah tidak adil kalau tindakan itu dipersalahkan kepada Abu Bakar saja sebab yang terlibat dalam menggubal dan melaksanakan SPBA itu bukan Abu Bakar bersendirian. SPBA dibincang dalam mesyuarat gaji kabinet dan dipengerusikan sendiri oleh Najib Razak.

Anihnya pada peringkat awal Najib sendiri bersetuju dan memuji SPBA. Apaklah semasa membuat kelulusan itu Najib tidak menyemak dan bersetuju buta begitu saja? Kalau begitulah caranya macam mana Najib boleh muncul menjadi seorang perdana menteri cemerlang. Seorang perdana menteri seharusnya lebih prihatin, peka daripada mana-mana kumpulan.

Justeru yang perlu bertanggungjawab bukan saja Abu Bakar tetapi Najib juga perlu memikul tanggungjawab sama dengan meletak jawatan? Atau sekaruang-kurangnya Najib perlu memohon maaf dan dia sendiri harus ambil tanggungjawab membela Abu Bakar atau pertahankan dari menamantkan perkhidmatan Abu Bakar begitu saja.

Apakah tindakan itu bukan penganiyaan dan kezaliman ke atas Abu Bakar?

Saya perhati Abu bakar mendiamkan diri berhubung kesnya itu menyebankan orang akan menuduh yang bersalah 100% adalah dia. Beliau seakan tidak ada naluri langsung untuk bangkit membela diri. Di sini apa kata kalau sayang cadangkan Abu Bakar mula bangkit untuk membela penganiyaan itu dengan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Pas mungkin boleh berikan kerusi parlimen Putrajaya kepadanya.

Kalau Abu Bakar sedia terjun ke dalam politik dan bertanding, tujuannya bukan hendak membela dirinya semata-mata tetapi tetapi untuk mengajar kerajaan yang berlaku zalim ke atas orang sepertinya dan para pegawai lain. Saya yakin kalau Abu Bakar sedia menawar dan mengorbankan diri ramai yang menyokongnya.

Abu Bakar boleh cuba merisik perkara ini. Saya rasa kalau kerusi Putrajaya diberikan kepada Abu bakar banyak undi simpati dari kalangan pegawai kerajaan akan masuk ke peti undinya. Kalau kena strategi dan tektik ia boleh menyebabkan Teuku Adnan Teuku Mansor akan mati terkangkang di Putrajaya? Apa kata?

Lagi pun katanya Pas ketiadaan calon yang sesuai untuk diletakkan di Putrajaya. Ada ura-ura untuk meletakkan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Nik Mohd Zain Yusuf untuk bertanding di situ tetapi calon itu agak tua bimbang tidak mendapat sokongan golongan muda.  [wm.kl.4:21 pm 30/10/12]

Wan Azizah Tidak Payahlah Bertanding

SUSUPAN TENGAHARI                                                                                                      

Tampaknya Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Dr Wan Azizah Wan Ismail berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Kali ini dia akan bertanding di kerusi Dun. Dipetik dari satu laporan menurutnya beliau masih belum tentukan Dun mana, sama ada Selangor atau pun Pulau Pinang yang akan ditandingi. Katanya juga, parti akan menentukan kawasan mana untuk dia bertanding.


Wan Azizah: Boleh jadi penasihat.
Sekali tenguk kenyataan itu serius, tetapi saya tidak mengira Wan Azizah sendiri serius untuk bertanding. Bagi saya tidak perlu beliau berbuat begitu. Cukuplah suaminya Anwar dan anaknya Nurul Izzah saja mengambil bahagian sementara beliau lebih afdal menjadi penasihat dari rumah.

Walaupun kronisme dalam politik perkara biasa, tetapi dalam konteks hari ini dan suasana kini tidak elok kalau suami isteri dan anak bertanding. Apakah Anwar atau keluarganya ingin mencatat rekod di mana tiga beranak berada dalam dewan dan paerlimen serentak? Mahu mengatasi keluarga Lim Kit Siang di mana dia, anak dan menantu berada dalam dewan? 


Atau Karpal Singh di mana dia dan anaknya Deo berada dalam parlimen? Hanya kalau itu tujuan Wan Azizah bertanding tidak wajar untuk bekas MP Permatang Pauh itu ikut sama bertanding. Saya jamin kalau 'Nonaku Azizah' bertanding dia boleh menang. Namun atas kapasitinya dan melihat kepada pencapaiannya tidak sesuai kalau beliau bertanding.

Saya harap ura-ura Azizah akan turun gelanggang sekali lagi tidak akan menjadi kenyataan. Anwar diminta waras di dalam hal ini. Jika Azizah diharap meneruskan perjuangan atas andaian Anwar terpaksa berundur atas sebab-sebab tertentu, bukankah Nurul Izzah sudah ada sebagai galang gantinya.

Dunia tidak mahu melihat akan berlaku perebutan jawatan dalam sebuah parti di antara anak dengan ibu. Dalam politik serba boleh berlaku kerana setiap individu atau tokoh itu akan ditentukan oleh penyokong dan bukan pertimbangan peribadi. Sekiranya Wan Azizah digembur untuk menjadi pemimpin masa akan datang pasti dia akan bertembung dengan Nurul Izzah yang nampak sedang mempersiapkan diri.

Lagipun penyertaan Wan Azizah akan menjadi ejekkan dan persendaan oleh pihak lawan kelak. Lebih merumitkan lagi ia akan dijadikan precedent oleh mana-mana pihak untuk berbuat demikian. Kalau ini berlaku dan orang lain juga ingin meletakkan isteri, anak, dan menantu serentak tidak boleh dibantah sebab presiden dan penasihat umum Keadilan juga berbuat demikian.

Politik memang tidak waras tetapi orang yang waras boleh mewaraskan politik. [wm.kl.12:55 t/hari 30/01/12]

Mencari Calon Parlimen Kelantan (2)

ANALISA POLITIK KELANTAN                                                                                                 

Sebelum dikemukakan bakal-bakal calon kerusi parlimen dari Pas, saya terlebih dahulu akan menarik perhatian umum terhadap harapan dan impian Umno Kelantan untuk menakluki beberapa kerusi parlimen. Kita kaji dan analisa apakah harapan Umno ini bakal menjadi kenyataan atau ianya sebuah mimpi saja. Selepas ini nama-nama bakal calon kerusi Parlimen akan dibentangkan untuk sama-sama difikirkan kemunasabahannya.

Mustapa Mohamed
Daripada 14 kerusi parlimen di Kelantan Umno dipercayai mensasarkan sekurang-kurang lapan kerusi dengan harapan akan menang sekurang-kurangnya enam kerusi. Umno menyedari akan kesukaran mereka untuk menang 2/3 kerusi parlimen di Kelantan. Sejarah tahun 1978 di mana Pas hanya memenangi satu saja kerusi parlimen iaitu Pengkalan Chepa menerusi Allahyarham Nik Abdullah Arshad tidak mungkin akan berlaku.

Bagi Umno kalau mereka memperolehi enam kerusi sudah mencukupi dan kalau mencecah lapan ini ia bermakna kejayaan agung yang membawa makna kerajaan Pas Kelantan akan tertumus.

Di dalam satu-satu kawasan parlimen terdapat tiga kerusi Dun kecuali di Tumpat, Kuala Krai dan Pasir Puteh ada empat kerusi. Kalau Umno memperolehi lapan kerusi parlimen ini bermakna parti itu merangkul sekurang-kurang 24 kerusi. Dengan jumlah itu Umno berjaya menubuh kerajaan Kelantan dengan simple majoriti.

Dalam pilihan raya ke-11 tahun 2004 lalu Umno memperolehi lapan kerusi parlimen, yang mana kemenangan itu menyumbangkan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kerusi-kerusi parlimen itu ialah, Kota Bharu, Bachok, Ketereh, Machang, Kuala Krai, Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh.

Di dalam pilhan raya ke-13 yang bakal menjelma nanti pencapaian itu yang Umno inginkan. Baginya tidak mustahil kerana mereka sudah mencapai rekod berkenaan. Apa yang menyebabkan Umno merasa konfiden, kalau ketika pilihan raya ke-11 itu mereka tidak bersiap sedia untuk memerintah, tetapi pencapaian sudah ke tahap itu, apa lagi kali ini... dalam keadaan siap siaga ia tidak mustahil akan mendatangkan natijah sama. Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti kerajaan Pas berusia 22 tahun akan ranap.

Mungkin berdasar perkiraan inilah menyebabkan Mustapa sedang bergedik kaki untuk menakluki Kelantan.

Mohd Alwi Che Amat
Mustapa Mohamed yang menjadi komandan bagi kali kedua sudah boleh berpuas hati kalau enam kerusi parlimen saja yang jatuh. Secara mudah kalau enam parlimen dirangkul bermakna 18 kerusi Dun yang diperolehi. Walaupun Umno tidak dapat memerintah tetapi Mustapa sudah berpuas hati kerana dapat mengekalkan pengaruh dan kekuatan Umno di Kelantan di zaman Umno terdesak dan hampir kehilangan sokongan di banyak negeri. Saya percaya kalau Umno terus mengekalkan Mustapa sebagai pengerusi perhubungan selepas pilihan raya ke-11 mungkin dalam pilihan raya ke-12 lalu Umno sudah memerintah Kelantan.

Lapan kerusi parlimen yang menjadi sasaran atau idaman Umno dalam pilihan akan datang ialah tiga kerusi diwakili PKR, iaitu Ketereh, Tanah Merah dan Machang. Kerusi-kerusi lain ialah Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Manakala dua kerusi lagi yang dikira sudah pasti menjadi miliknya ialah Jeli diwakili Mustapa Mohamed dan Gua Musang oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Mengikut penculaan Umno kesemua kerusi itu ditandai dengan warna "kelabu" bukan hitam, manakala kerusi Gua Musang dan Jeli ditanda dengan putih. Kerusi-kerusi lain ditandai dengan "hitam", ini termasuk Rantau Panjang, Tumpat, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian. Umno sudah melupai kerusi-kerusi berkenaan untuk dirangkulnya.

Dari lapan kerusi disasarkan Umno enam kerusi dikira munsabah dan mempunyai potensi besar untuk menang. Mari kita suluh satu persatu sejauh mana akan relevansinya. Kita mulai dengan kerusi Ketereh yang kini disandang oleh Abdul Aziz Kadir Pengerusi PKR Kelantan. Dalam pilihan raya lalu Aziz menang hanya 400 undi saja mengalahkan Annuar Musa. Kejayaan Aziz menewaskan Annuar Musa mengejutkan dan dianggap kejayaan peribadi buat Aziz kerana berjaya mengalah bekas bosnya. Sekiranya tidak ada pengkhianatan di kalangan rakan-rakan Annuar sudah pasti kerusi itu menjadi milik Umno. Dalam kata lain Aziz menang kerana adanya sabotaj sesama Umno.

Annuar Musa: Perlu bersara.
Kemenangan Aziz juga dikira diluar dugaan umum kerana jika dibandingkan dari segi ketokohan sebagai ahli politik antara Aziz dengan Annuar kata orang panggil tidak dengar. Aziz tidak mempunyai apa-apa kelebihan melainkan berkeperibadian baik berbanding dengan Annuar bekas seorang menteri. Dari segi pengaruh dan jentera pilihan raya, Aziz didokong oleh rakan-rakan dan bergantung kepada jentera Pas. Pengaruh partinya (PKR) tidak begitu besar di Ketereh. Tidak sampai 1,000 ahli PKR di Ketereh?

Atas hakikat itu Umno meletakkan Ketereh sebagai sasaran utamanya. Kerusi Ketereh menjadi appetizer bakal membuka lorong luas buat Umno. Bagi memastikan itu katanya kali ini Umno tidak akan menurunkan Annuar Musa yang sudah dua kali tewas di parlimen Ketereh. Tokoh yang disebut-sebut akan diletakkan di situ ialah Haji Mohd Alwi bin Che Ahmat, Adun Kok Lanas kini dan bekas ahli parlimen Ketereh. Alwi menang kerusi parlimen pada tahun 2004, dengan majoriti 2,888 menewaskan Muhammad Mustafa dari Keadilan.

Walaupun ada pendapat mengatakan sekiranya Annuar atau Alwi tidak diletakkan di situ akan berlaku tindakan 'kerat mengerat' tetapi Umno menyakini Ketereh akan bertukar tangan kali ini. Alwi dikatakan akan dikerat oleh Annuar dan begitu juga sebaliknya. Namun kali ini tindakan sebegitu rasanya tidak berlaku lagi memandangkan Umno Kelantan seakan bersedia untuk mengambil alih Kelantan. Sudah pasti kalau Umno Ketereh bersatu, ditambah pula dengan tidak ada campur tangan individu "si golok dua mata" yang selama ini mendatangkan "kabus sutra unggu" (mengucar dalam Ketereh) Alwi akan menang di Ketereh.

Bagaimana pula dengan kerusi Machang dan lain? 
Bersambung di bahagian ke-3. [wm.kl.10:39 am 30/10/12]

Monday, October 29, 2012

Asri Tidak Payah Layan Setiausaha Dewan Ulamak Pas

SUSUPAN SENJA                                                                                                                     

Alah sensitif sangat sesetengah orang Pas terutamanya para ustaz muda yang baru pandai membelit serban atau baru pandai menambat tali pinggang keledar atas kapal terbang dalam memberi reaksi apa-apa teguran dan kritikan umum ke atas mereka. Sikit-sikit hendak berdebat sikit-sikit hendak berdebat mentang-mentanglah insturment debat itu dibenarkan oleh Islam.

Bukan semua debat membawa kebaikan. Apakah dimaksudkan 'memperlagakan' kepala itu membawa kebaikan dan diperlukan dalam serba serbi?

Asri: Jangan layan ulamak muda Pas.
Kalau sebelum ini ketua dewan pemuda Pas Nasarudin Hasan, selalu berkokok hendak berdebat dengan orang itu dan orang ini, kini ada watak baru pula yang menambah angkah dan bilangan ingin berdebat. Kali ini setiausaha dewan ulamak Pas, Dr Mohd Khairuddin A Razali pula mencandangkan untuk berdebat dengan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Isunya ialah ekoran teguran dan peringatan Asri secara umum agar pemimpin Pas bila menang mentadbir kerajaan kelak tidak jadi seperti Ayutullah. Saya tidak pun mendalami apakah maksud Asri itu dan menganggap ia sebagai peringatan biasa yang tidak perlu diberi reaksi. Sebagai seorang pendakwa dan aktif menulis pandangan itu terbit dari celah mindanya saja.

Suara yang dinyatakan itu adalah kelumit-kelumit kebimbangan mungkin yang ada beliau tersilau ada unsur-unsur berkenaan bakal berlaku di dalam Pas kelak.

Saya rasa teguran atau peringat (lebih tepat) Asri itu tidak salah. Ia untuk kebaikan Pas juga. Lagipun peringatan itu sekiranya Pas menang dan memerintah negara ini. Saya tidak tampak Asri sudah membuat dakwaan yang pemimpin Pas waktu ini termasuk Azizan Razak, Nik Aziz Nik Mat sudah bersikap seperti Ayatullah, iaini dalam bahasa mudah diktator yang menggunakan pendekatan agama. Maaflah kalau istilah saya ini salah.

Jadi kenapa Pas perlu memberi reaksi berlebihan sampai hendak berdebat. Apa hendak tunjuk handal atau hendak pamer ilmu lebih? Teguran Asri itu wajar dilayan dengan cara membalas dalam satu artikel saja, tidak payah di pentas siap dengna prop, pembesar suara kemudian dirakam yang mana rakaman akan diecerkan dalam Fb. Cukup jawab dengan sehelai kertas saja kalau hendak jawab.

Islam memang mengajar berdebat demi mencari kebenaran bukan hendak menunjuk hebat dan ketinggian ilmu. Dari konteks politik saya bimbang kalau berlaku perdebatan unsur itu akan menjunjung diri kerana perangai politik itu sendiri begitu, tidak mudah mengaku kalah.

Teguran Asri itu tidak memberi apa-apa implikasi pun. Rakyat negara ini tidak akan menggeruni dan menjauhi Pas dengan teguran itu. Apa lagi realitinya tidak begitu.

Bila ada orang melenting dan merasakan teguran itu serius apakah ianya terkena ke atas batang tengkoknya sendiri? Di sinilah kefatanahan siasah diperlukan. Bukan semua isu atau kritikan harus dilayan dengan cuba menempelak orang yang membuat teguran. Asri tidak mempunyai apa-apa kepentingan didalam hal ini, beliau hanya menjalankan tugasnya sebagai da'i saja.

Saya bukan hendak bela Asri, tetapi ulamak didalam Pas harus mengerti dan sedar bahawa ada perbezaan naiwatu di antara mereka dengan Asri. Asri tidak menggunakan politik sebagai acuan atau medan dakwah berbeza dengan ulamak muda dalam Pas yang terpaksa menggunakan acuan dan rukun-rukun politik 4C dalam berjuang dan berdakwah. Jadi mereka tidak akan terlepas dari 'tersesek' dengan elemen kotor politik.

Kepada Asri selamatkan Pas dengan isu ini, iaitu jangan layan permintaan ustaz muda Pas itu. Biarlah sdr dikatakan kalah tidak mengapakah asalkan hakikat kemenangannya untuk Pas. Bukan apa saya bimbang kerana ghairah untuk berdebat, bertukar-tukar fikiran takut perdebatan itu merendahkan martabat dan kualiti keulamakan mereka pula. Kalau itu berlaku bukankah itu namanya kes nyanya? [wm.kl. 6:50 pm 29/10/12]

Cerita Kesesakan Aidiadha: Beringat Sebelum Kena

KORBAN AIDIADHA                                                                                                                   

Raya Aidiada tahun ini tidak ada berita pelik kendengaran seperti lembu yang hendak dikorbankan terlucut atau putus tali, orang yang hendak rebahkan lembu kena tanduk sampai sampai terburai tali perut dan sebagainya, tidak kedengaran dan dilaporkan. Di Kelantan semua cerita berkisar kepada masalah jam dan terperangkap dalam 'hutan cerang' di Pahang. Bukalah Fb atau blog peribadi cerita itu akan menghiasi wall-wall Fb.

Nada yang diluahkan nada kesal dan marah, geram dan hairan. Hanya mereka yang membenci Kelantan dan suka melihat rakyat Kelantan terus bergelut dengan ketidakadilan saja, melihat segala itu dengan senyum sinis dan di dalam hati berkata, padan muka, padan muka.


Sebahagian kereta yang berpatah balik dari Padang Tengku ke Lipis.
Iya saya juga tidak terkecuali akan membuat sedikit catatan berhubung masalah sama. Semalam lagi saya nak bercerita tetapi kerana keletihan yang pelik, campur dengan selesema saya tangguhkan hingga pagi ini. Kesian blog saya tidak ada pengeposan baru sejak 25 Oktober lepas! Maaflah kepada para penjengok semua kerana mengecewakan anda.

Cerita kesesakan jalan raya dan masa diambil berbelas-belas jam untuk sampai ke kampung halaman di musim perayaan sudah menjadi cerita tradisi. Setiap kali raya kejadian ini sudah tidak dapat dielakkan. Bezanya sama ada jam itu 'gila' atau jam 'tolol' saja, jam tetap jam. Jam gila bermakna jam luar biasa, jam tolol adalah jam biasa. Rasanya semua sudah tahu kenapa sebab musababnya berlaku demikian.

Sebenarnya kesesakan semasa raya bukan saja berlaku di Kelantan, tetapi ia berlaku juga di negeri-negeri lain. Bila banyak kereta masuk - pulang ke kampung, maka berlakulah kesesakan jalan raya. Dua faktor utama, kenapa berlaku demikian, pertama jalan-jalan di kampung sempit, kedua kerana tiada pengawal lalu lintas. Tambah pula dengan adanya seeekor dua pemandu yang mabuk todi dan telan pil kuda belang. Selalu kemalangan dalam suasana begini berlaku disebabkan ada dua jenis pemandu ini.

Faktor pertama, jalan sempit bagaimana pun merupakan masalah utama. Apabila dirujuk kepada masalah berlaku di Kelantan, dan memang Kelantan mengalami masalah ini sudah sampai ke tahap kritikal, ialah kerana tidak ada lebuh raya, ataupun rata-rata jalan di Kelantan masih bersaiz lama, baik sedikit semasa zaman Jepun. Jarang jalan ada empat lorong, kebanyakan hanya dua lorong sahaja.

Sebelum saya menyebut Kelantan, apa juga yang perlu difahamkan kesesakan yang dialami rakyat Kelantan untuk pulang ke ngeri mereka bukan seratus peratus disebabkan jalan raya di negeri itu. Tetapi ia bermula di negeri Pahang lagi. Jalan menghubungkan Kelantan melalui Pahang, Raub, Kuala Lipis dan Merampuh sebenarnya menyumbangkan kesesakan kepada pengguna di Kelantan. Adalah tidak benar kalau bersoal jawab mengenai kesesakan jalan raya di musim raya, disalahkan kepada jalan sempit di Kelantan. Rasanya tanggapan begitu lebih kepada elemen politik?

Jalan dari Raub hingga ke Kuala Lipis elok dan lebar tetapi mulai di Padang Tengku ke Merapuh untuk masuk ke Gua Musang jalan sempit dan kurang sempurna. Jalan inilah yang menyumbangkan kesesakan apabila pergerakan yang lancar dari Raub hingga Lipis tiba-tiba 'bersumbat' di Padang Tengku. Aliran trafik akan menjadi perlahan lagi apabila sampai di Kecau hinggalah ke Bukit Tujuh.

Di sinilah kalau berlaku sedikit saja kemalangan dan sebelah jalan ditutup, maka akan berlaku kesumbatan dan jam gila. Ertinya kalau mahu melancarkan pergerakan ke Kelantan jalan-jalan ini dulu, bermula dari Padang Tengku sampai ke Merapuh hendak diperbesarkan. Jalan di sepanjang naik turun Bukit Tujuh sudah pasti kena disempurnakan lengkap dengan jaminan keselamatan. Statistik maut yang berlaku di sini sudah sampai masanya untuk diambil tindakan bukan dijadikan maklumat semata-mata.

Kini sebahagian jalan-jalan itu iaini di sebelah depan Bukit Tujuh (dari Kuala Lumpur) sedang dalam pembinaan. Apabila jalan itu siap kesesakan akan berkurangan, bagaimana pun kesesakan tetap juga akan berlaku selagi jalan dari Padang Tungku ke Bukit Tujuh tidak dibina.

Sementara di Kelantan, jalan dari Gua Musang ke Kuala Krai tidak ada masalah. Walaupun jalan itu bukan bertaraf lebuh raya tetapi keadaan jalannya yang lurus boleh mengalirkan trafik dengan baik. Kesumbatan hanya bermula di Kuala Krai untuk menuju ke Kota Bharu. Kesesakan juga boleh dielak sekiranya ada arahan kepada pengguna supaya mengambil jalan alternatif misalnya dari Gua Musang menerusi Jeribung untuk ke Jeli bagi mereka yang ingin pulang ke Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

Begitu pun permasalahan ini sudah pun dikenali pasti oleh JKR dan pihak berkuasa kerajaan baik tempatan dan negeri. Mereka lebih arif dan pakar. Jadi saya tidak perlu menghuraikan berhubung perkara itu. Tidak ada guna mengajak itik yang sudah pandai berenang.

Apa yang hendak disebut ialah mengenai keperluan Lebuh Raya Kuala Krai ke Kota Bharu. Sepatutnya sudah lama lebuh raya menghubungkan dua bandar ini wujud. Bukan hari ini tetapi sejak tahun 70-an lagi. Tetapi malang kerana sikap dan sifat orang politik di Kelantan yang kurang bijak dan terlebih emosi menyebabkan lebuh raya berkenaan tidak wujud sampai ke hari ini. Kalau ada lebuh raya di sini kesesakan teruk di sepajang jalan Kuala Krai - Kota Bharu tidak akan berlaku.

Bila menyebut ini saya hairan, mungkin orang lain juga hairan kenapa tidak bina lebuh raya berkenaan. Sekali lagi saya tidak mahu bercakap soal ini. Bagi saya ketiadaan lebuh raya ini bukan kerana apa melainkan kerana 'dedel'nya orang politik Kelantan baik Umno maupun Pas. Menghairankan saya mereka tidak boleh bersatu demi untuk kebaikan rakyat Kelantan. Mereka sanggup 'bercekah belah' untuk mendapat kuasa masing-masing. Keadaan ini ditambah juga oleh anak-anak Kelantan yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Mereka semua bijak, pandai dan hebat tetapi sayang mereka - pegawai kerajaan asal Kelantan yang ada disemua jabatan, kementerian dan agensi kerajaan tidak mampu mempengaruhi keputusan kerajaan (politik). Mereka, pegawai tinggi kerajaan Kelantan tidak ada sifat penakluk. Seharusnya dengan kedudukan mereka, mereka boleh mempengaruhi keputusan kerajaan untuk membawa sesuatu kepada negeri mereka, membantu adik kakak mereka, seperti lebih raya berkenaan.

Maksud mempengaruhi kerajaan ini bukan saja kerajaan Federal, kerajaan Kelantan juga. Mereka boleh memainkan peranan untuk memujuk atau memberi pandangan agar kerajaan Kelantan berbaik dengan kerajaan Federal demi rakyat.

Kalau selama ini kita bangga anak Kelantan ramai yang memegang jawatan tinggi di Federal, tetapi dengan apa yang berlaku kita tidak perlu merasa apa-apa keuntungan dengan kehadiran mereka. Mereka hanyalah enau dalam belukar saja.  Mereka hanya menyenangkan diri mereka sendiri tetapi lupa untuk berbakti kepada negeri sendiri. Sikap pegawai tinggi seperti ini bolehlah dianggap sebagai si Tengang yang tidak membawa apa-apa kelabaan kepada negeri sendiri.

Ada yang baru menerjunkan diri dalam politik dan berjanji untuk membela rakyat selepas pencen. Selepas tidak memegang apa-apa kuasa. Sebenarnya orang pencen yang ingin memberi sumbangan kepada rakyat menerusi jawatan politik adalah orang pondan.

Saya tidak mahu memanjang soal lebuh raya dan sikap orang Kelantan yang cerdik tetapi tidak boleh ditumpangi atau pondan itu. Soal lebuh raya Kuala Krai - Kota Bharu sudah muak untuk diperkatakan. Umno sendiri sudah pun merancang untuk membinanya, tetapi ditarik balik. Siapa menarik balik, sekali lagi orang politik Kelantan tidak bersifat penakluk dan bijak merubah keputusan pimpinan pusat. Kalau saya jadi mereka saya telah meletakkan jawatan secara terhormat.

Hari ini kerajaan Kelantan mencang untuk membina lebuh raya berkenaan. Apa yang hendak dilakukan kerajaan Kelantan, hanya boleh didengar dan menyeronokkan diri saja, ia tidak mungkin menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Saya berani memberi jaminan kalau pembinaan itu mengharapkan kepada wang kerajaan atau pulangan royalti petroleum ia tidak akan menjadi kenyataan. LRRK itu hanya bagaikan mimpi di siang hari saja. Selagi kerajaan Federal tidak tumbang wang minyak tidak akan mengalir ke Kelantan. Tambah rewel lagi khabarnya bukan semua orang dalam Pas menyokong projek lebuh raya rakyat itu? Exco Kelantan juga berbelah bagi dengan projek raksasa berkenaan?

Atas apa yang berlaku baik di kalangan Umno dan juga Pas termasuk juga penjawat awam asal Kelantan dalam soal lebih raya itu, marilah kita katakan CIS.

Keperitan dalam kesesakan

Apa yang sebenar saya ingin berkongsi cerita disini ialah mengenai kesesakan jalan raya yang memerangkapkan ribuan orang di Jalan Sungai Koyan, Bukit Bentung dan Cegal Perah. Saya kebetulan ikut sama terperangkap dalam kejadian yang tidak patut berlaku ini. Kejadian ini sesuatu yang menyeksakan dan patut diambil iktibar oleh semua pihak khasnya pasukan keselamatan dan penyelamat terutamanya polis demi mengelakkan kecelakaan di masa akan datang.

Mungkin kejadian itu tidak meninggalkan apa-apa kesan memilukan. Dan ia akan dilupakan begitu saja. Kerana betapa lima jam berada di tengah hutan cerang itu di tengah malam buta tetapi yang nyata semuanya sampai ke rumah dengan selamat walaupun lewat berberapa jam. Sudah menjadi kebiasaan manusia apabila mereka lepas dari keadaan susah, dapat berjumpa sanak saudara duduk makan sehidangan mereka tidak ingat lagi akan keperitan masa lalu. Kecelakaan dan kesusahan dalam hidup kita umpama jerat dengan pelanduk.

Bagaimana pun pihak polis tidak seharus memandang enteng perkara ini. Polis kena ambil perhatian dan dijadikan iktibar penting buat mereka dalam mencemerlangkan perkhidmatan mereka. Bayangkan apa akan terjadi sekiranya keadaan itu mendatangkan kecelakaan? Saya membayangkan ini bukan saja-saja untuk menyalahkan polis. Sebagai orang yang berada sendiri di kawasan itu dapat merasakan atau membayangkan kemungkinan itu.

Apa yang orang di luar tidak tahu bagaimana susana dalam kesesakan itu dan kenapa kesesakan di hutan cerang itu berlaku. Kesesakan berlaku apabila kenderaan sukar melalui jalan berliku-liku sebaik meninggalkan Bukit Bentung. Jalan sempit hanya memuatkan sebuah kenderaan sahaja. Nasib baik tidak berlalu perselisihan, cuma dua kali saja. Kiri kanan jalan curam dengan gaung. Jalan walaupun ditar tetapi lebih 60% sudah terkopek dan berlubang. Kereta rendah akan tersangkut dan terdorong.

Sampai di pertengah jalan, berlaku kesesakan menyebabkan kereta berbaris panjang. Dianggarkan lebih 500 buah kereta tersangkut. Ini berlaku kerana ratusan kereta dihadapan terpaksa berinsut-insut perlahan untuk menaiki bukit yang tinggi berselut disebabkan hujan pada petang tadi. Mana-mana kereta yang rendah ada yang terperosok ke dalam selut dan terpaksa ditolak beramai-ramai.

Kereta besar yang tidak berdaya mendaki bukit pula akan dibantu dengan jentera penarik  ditarik satu-satu. Bunyi deruman enjin jentera penarik menakutkan saya, membayangkan bagaimana kereta saya akan ditarik macam menarik bangkai gajah. Saya membayangkan macam mana kalau ada yang 'terbolah' dalam mengenderaikan kenderaan tentu akan terbolong ke dalam gaung.

Mungkin jauh daripada perasaan orang lain saya membayangkan macam mana akan berlaku kalau tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Saya membayangkan pasti akan berlaku banjir kilat. Sebatang anak sungai yang dilalui di atas jambatan kayu kira-kira 2 km dari belakang tadi, airnya sudah hampir melimpah ke tebing. Gayat hati semasa melintas jambatan kayu yang sudah uzur 'muzur' itu. Mungkin kalau hujan lebat turun tak henti-henti selama dua jam akan berlaku banjir.

Inilah yang menggeritkan menyebabkan jiwa saya panas dan marah. Kalau berlaku bencana itu saya tidak dapat hendak bayangkan bagaimana nasib ribuan nyawa atas kereta yang terperangkap itu. Bukan sayangkan kereta akan tenggealm tetapi manusia, penumpang. Rata-rata dalam ribuan kereta terperangkap itu terdiri dari kanak-kanak dan orang tua. Salah seorang yang berada dalam kereta yang teperangkap kesesakan gila itu ialah cucunda saya, Muhamamd Khalid Ummar 10 bulan.

Kalau berlaku banjir ke mana hendak menyelamatkan diri. Bongok mana nak rukas. Kiri kanan saya nampak ada parit atau paya besar. Tentu keadaan menjadi kelam kabut dalam suasana gelap pekat begitu. Bayangan inilah menyebabkan saya naik angin dan merasakan polis cuai dan malas dalam menjalankan tugasnya.

Di awal sebelum hendak melencong ke Sungai Koyan lagi sebaik melihat kereta berjujutan menghala ke Padang Tengku saya sudah menghubungi polis untuk mengetahui apa yang berlaku dan menentukan apakah jalan Sungai Koyan untuk keluar ke Cegal Perah selamat. Malangnya anggota polis yang menjawab pihaknya tidak menerima apa-apa maklumat mengenai kesesakan jalan dan tidak pasti apa yang berlaku. Jawaban itu sungguh mengharainkan saya.

Kerana mempercayai maklumat tidak sahih dari orang ramai menyebabkan saya ikut melencong ke Sungai Koyan, Bukit Bentung dan keluar di Cegal Perah. Semasa kira-kira lima jam terperangkap dalam hutan cerang Felda Cegal Perah itu, saya menghubungi balai polis Kuala Lipis sekali lagi, jam 9:50 malam. Jawaban diterima sama dengan panggilan jam 6:00 petang tadi. Saya bertanya kepada anggota itu apakah pihak polis tahu apa yang berlaku di hutan Cegal Perah sekarang ini, dimana ribuan kereta terperangkap dalam kesesakan? Jawabannya belum terima apa-apa aduan.

Saya mencadangkan kepada anggota itu supaya membuat kawalan di jalan masuk simpang Sungai Koyan. Minta diarahkan kereta berpaling balik ke Raub atau Kuala Lumpur. Cadangan itu dibuat atas kepercayaan bahawa Bukit Tujuh tidak dapat dilalui. Saya juga meminta agar polis menghantar anggota trafik untuk meninjau keadaan keselamatan jalan di Cegal Perah yang melalui bukit tinggi berselut dan licin. Saya minta sangat-sangat kerana bimbang dengan situasi pada masa itu. Ketika itu sudah kedengaran anak-anak kecil menangis kerimasan di depan dan di belakang.

Sampai akhir saya tidak nampak kelibat wajah polis mengawal kesesakan itu atau meninjau keadaan. Inilah mengecewakan saya. Cuma semasa menghampir bukit licin baru saya nampak ada anggota berpakian baju celoreng merah, saya tidak pasti dari jabatan mana sedang mengawal lalu lintas membuat lampaian tangan mengarahkan pemandu masing-masing memandau dengan cermat dan hati-hati agak tidak tercongik ke dalam gaung.

Kira-kira jam 12:40 tengah malam apabila saya bersama isteri serta anak-anak dan cucu dan seorang sahabat dan ribuan yang lain keluar dari hutan cerang itu untuk menaiki ke jalan asal menuju ke Gua Musang baru hati tertasa lega dan nyawa dapat ditarik dengan tenang. Namun... tatakala melihat jujutan kereta yang baru turun dari Bukit Tujuh dan bertembung dengan kampi di simpang jalan, hati yang panas kepada polis membara semula.

Rupa-rupa jalan di Bukit Tujuh yang diremuors dengan berbagai dongengan, jambatan runtuh, tanah runtuh dan sebagainya....kemudian ditutup tidak benar belaka. Saya merasalkan diri macam Pak Pandir saja kerana berjalan tanpa ada maklumat lengkap.

Yang bagharal di dalam hal ini adalah polis, polis Kuala Lipis kerana tidak membekalkan maklumat yang sempurna untuk pengguna jalan raya. Saya mohonkan agar Balai Polis Lipis khasnya unit trafik dapat membuat penjelasan bagi menyejutkan perasaan marah. Bertanggungjawablah! [wm.kl.12:15 t/hari 29/10/12]

Wednesday, October 24, 2012

Penentang Anwar Alami Krisis Peribadi

ANALISA ISU                                                                                                                          

Apakah erti semua ini dan bagaimana anda mentafsirkannya? Semua orang bekas orang-orang besar di dalam Umno bangkit bersatu untuk menantang Anwar bagi menghalang Anwar terus mara ke Putrajaya. Nampaknya kebangkitan ini begitu serius tanpa ada sedikit ruang kemaafan dan harapan diberikan kepada Anwar. Dalam mata mereka, mereka melihat Anwar begitu comot dan lebih jahat dari Yahudi.

Apakah pandangan mereka itu benar dan tindakan mereka itu suci dan sahih? Ini perlu ditilik dan direnungi sebaik mungkin agar semua orang tidak terkeliruan dan berada dalam kepungan zalim mereka.

Mahathir, Ibrahim dan Sanusi: Tidak pernah diam kutuk Anwar.
Apa yang menjadi konfius mereka yang bangkit bersatu menentang Anwar adalah mereka yang ada masalah atau mengalami krisis peribadi dengan Anwar. Justeru apa yang mereka perjuangkan menjadi tandatanya apakah fakta atau hujah penolakan mereka kepada Anwar benar-benar ikhlas ataupun kerana mereka kecewa disebabkan tidak dapat sesuatu dari Anwar.

Orang-orang besar Umno itu boleh dikatakan mereka yang menjadi penggerak utama parti suatu masa dulu dan juga bersekongkol dengan Anwar dalam parti sekular redikal Melayu - Umno. Mereka setengahnya bersama Anwar, bahkan menerima Anwar sebagai dewa dan hero ketika itu, tetapi menjadi renggang disebabkan perbezaan fahaman, pegangan dan keyakinan kepada agama dan bangsa. Perbezaan political will atau nawaitu perjuangan mengenai bangsa juga menjadi penyebab berlaku krisis peribadi. Dan ada juga yang meninggalkan Anwar kerana melihat Anwar tidak berpelung mempunyai tangan panjang bagi menyuap nasi ke mulut mereka.

Mereka dimaksudkan itu terdiri daripada bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad, bekas ketua Pemuda Umno, Abdul Rahim Tamby Chik, bekas ahli MT Umno yang dilantik Inchek Ibrahim Ali; mereka ini diikuti oleh anak-anak buah mereka yang ikut sama membenci Anwar walaupun mereka tidak pasti kenapa mereka merasai perasaan demikian. Mereka benci kerana membeli keburukan dan kejelekan Anwar yang dijual oleh para pedagang tadi. Adakanya yang mengambil upah atau pun mendapat rezeki dari kontrak memburuk-burukkan Anwar.

Dan terbaru bekas orang kuat Umno yang juga mengaktifkan diri bangkit bersatu memburukkan Anwar ialah Sanusi Junid, Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno dikenali kaya dan kreatif dengan berbagai andaian dan kesimpulan politik bangkit mengemukakan dakwaan kononnya Anwar adalah orang yang mengkhianati dan mengagalkan agenda ekonomi Melayu yang digagaskan Mahathir Mohamad.

Kata Sanusi Mahathir telah melaksanakan dasar seperti mana dilakukan Germany untuk tidak memberi lesen kepada orang Yahudi; dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada bukan Melayu bagi mengawal ekonomi negara.

Wah, terlalu mudah dan simple hipotesis Sanusi terhadap Anwar. Apakah beliau mengira orang akan mempercayainya semata-mata kerana beliau bekas pemimpin Umno dan seorang yang kuat membaca.

Sebaliknya tuduhan dan kecaman Sanusi terhadap Anwar itu mengesahkan bahawa dasar kerajaan yang ditunjungi Umno adalah perkauman (rasis) dan pilih kasih. Sedang dalam masa sama Umno memperakui mereka bersifat adil dan saksama. Sekali lagi Sanusi menelanjangkan kemunafikannya sendiri. Beginilah kalau kita ghairah untuk menuduh orang lain salah, maka kesalahan kita akan terdedah dengan sendiri.

Orang Umno yang otak kemetot dan sudah berasap dengan Anwar akan menelan begitu saja tuduhan Sanusi itu tanpa usul periksa. Mereka akan jadi macam ikan lapam menelan tahi dari bawah jamban. Tetapi bagi mereka yang ada otak dan sudah dapat menghidu bau hasad dengki Sanusi akan menelaahnya terlebih dahulu.

Misalnya orang akan memeriksa rekod-rekod perkhidmatan Anwar semasa menjadi menteri kewangan dan juga TPM. Rekod itu masih ada disimpan kerajaan sampai sekarang dan kalau ianya benar Najib Razak dapat mengeluarkan rekod berkenaan. Sanusi boleh bercakap lebih dahsyat dan menarik daripada itu, tetapi orang memerlukan bukti atas apa-apa jua dakwaannya. Cerita Sanusi mengenai kehebatan ideanya mengenai Melayu samalah si tuan terkukur yang leka mengagah-ngahkan terkukurnya sehingga 'burung'nya sendiri terlondeh keluar.

Cuma satu pertanyaan saya untuk Sanusi Junid, kalau benar Anwar berbuat demikian apakah tidak ada kawalan? Apakah yang Umno dan beliau sendiri lakukan ketika itu. Pada masa Anwar menjadi menteri kabinet Sanusi juga berada dalam kabinet, apakah beliau tidak membuat teguran dan pembaikian ketika itu dan kenapa sesudah berada diluar baru tersedar. Kalau tidak berbuat apa-apa, tanpa menegur Anwar dengan ikhlas ini bermakna Sanusi tidak amanah kepada jawatan dan tanggungjawabnya.

Bukankah setiap apa yang dilakukan menteri kabinet, ianya akan dikawal bukan sahaja oleh jemaah menteri tetapi Umno sendiri menjadi pengawalnya. Ada dua instrument menerusi Umno untuk mengawal perjalanan dasar dan polisi kerajaan yang dilakukan oleh menteri;  iaitu Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat setiap bulan, dan kedua Perhimpunan Agung Umno yang bersidang setahun sekali.

Kerana saya tidak ahli Umno, saya tidak tahu apakah ada mana-mana perwakilan membangkitkan apa yang dilakukan Anwar itu mengikut 'sunnah' Sanusi Junid itu. Adakah... atau memang perhimpunan agung Umno tidak bangkit kerana yang menjadi perwakilan itu semua jahil mengenai masalah kewangan dan ekonomi, atau pun semua mereka tidak cerdik. Kerana kalau mengikut kata Mahathir orang yang menyertai Umno adalah orang bodoh kerana orang cerdik dihalang.

Sekali lagi bukankah sindiran Mahathir itu mengenai batang hidungnya sendiri kerana 22 tahun beliau memimpin Umno beliau gagal melahirkan orang cerdik dalam Umno ataupun sememangnya beliau sendiri menternak ahli Umno menjadi seperti lembu laki Sharizat untuk mudah diuruskan ke mana saja hendak disimpan dan dikandangkan mereka.

Jelas tuduhan Sanusi itu hanya untuk menambahkan keburukan kepada Anwar saja. Dunia politik mengetahui bagaimana kelicitan dan 'keYahudian' Sanusi di dalam politik. Sanusi seorang sangat cerdik termasuk dalam mereka-reka cerita memberi reputasi buruk kepada seseorang yang lain. Dia seorang yang kuat membaca dan memahami berbagai teori politik baik Yahudi, Barat, China, Jepun dan Islam. Lantaran kerana kelebihan cerdik itulah meyebabkan beliau ada kalanya menjadi sangat lemah dan bodoh.

Mengapa saya mengatakan begitu, untuk berdepan dengan Abu Bakar bagi merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Langkawi pun beliau kalah. Rasanya tidak ada mana-mana Menteri Besar dan ketua menteri di negara ini yang berkhidmnat tidak sampai sepenggal. Sanusi menjadi MB Kedah tidak sampai sepenggal sebelum digugurkan diganti dengan Syed Razak Syed Zain. Jadi rekod sebagai MB yang terpendek masih dipegang oleh Sanusi Junid.

Yang menarik mereka menjadi hero menyerang Anwar dan mahu memastikan Anwar tidak naik, mereka yang ada masalah dengan Anwar; mengalami krisis peribadi - dengki, cemburu dan meluat dengan Anwar. Mereka kecewa dengan ketegasan dan prinsip Anwar Ibrahim dalam menjaga negara dan kepentingan rakyat. Mahathir marah kepada Anwar apabila Anwar sebagai menteri kewangan tidak bersetuju untuk digunakan wang Petronas bagi menyelamatkan perniagaan anaknya, Mirzan Mahathir. Tindakan ini adalah menjadi kudis dalam hubungan mereka sebagai anak dengan bapak dan kemudian menular menjadi barah yang bernanah sampai kini.

Mahathir mula mengenali siapa dia Anwar sebenarnya, seorang budak suruhan persis Nabi Musa yang selamanya tidak akan sedia menjadi hamba kepadanya. Jadi demi menyelamatkan banyak lagi kepentingan maka beliau terpaksa menghapuskan Anwar walaupun tindakan itu sangat berat dan melukakan ahli Umno lain.

Demikian juga dengan Rahim Tamby Chik. Kebenciannya kepada Anwar bukan sangat kerana Anwar difitnahkan bergelumang dengan dosa dan maksiat. Bagi Rahim itu tidak menjadi kudis gatal buatnya kerana dia juga suka berenang dalam lautan maksiat. Tetapi apa yang menyakitkan hati Rahim ialah apabila Anwar mengarahkan Ahmad Zahid Hamidi menentangnya di kerusi Ketua Pemuda Umno.

Inilah bermulanya api kemarahan Rahim kepada Anwar. Rahim merasakan Anwar adalah penghalang cita-cita politiknya. Tindakan itu disusuli pula degan arahan Anwar agar Rahim dibersihkan dari maksiat dalam isu penyelewengan dan skandal dengan budak sekolah. Dua tindakan Anwar ini menyebabkan Rahim berdendam dengan Anwar sampai ke hari ini dan sehingga sanggup menjadi producer filem biru.

Jelas penentangan Rahim kepada Anwar bukan kerana soal prinsip perjuangan atau pendekatan dan stail Anwar yang mahu menerapkan nilai-nilai dan falsafah Islam dalam Umno tetapi kerana Anwar dianggap mengusik kepentingan dan cuba menghalang hobinya.

Demikian juga dengan Ibrahim Ali. Dia menantang Anwar bukan ada sebab yang jelas dan bukan perkara hakikat misalnya soal prinsip. Dia menentang Anwar disebabkan Anwar tidak mahu melantiknya sebagai Pengerusi Perhubungan Keadilan di Kelantan, itu saja. Semasa terjemnpit dan perahu politiknya hanyut tatkala dibuang dan terpecah dari Umno Ibrahim mencari pulau untuk beradu... dengan harpaan Anwar mengambilnya menjadi pengerusi Keadilan Kelantan. Ibrahim yang selalu berfikiran 'hanuman kera putih' tidak sedia untuk menjadi ahli biasa sebagai ekor. Dia mahu menjadi kepala walaupun, berkapala bercabang tiga?

Tetapi malang Keadilan Kelantan tidak sedia berketuakan Ibrahim kerana mereka sudah kenal bau dan bentuk mukanya. Bagi saya penolakan Keadilan Kelantan kepada Ibrahim sesuatu yang kurang bijak dan bukan bersifat politik serba mungkin.

Atas kekcewaan itu maka beliau bangkit menentang Anwar dan dalam masa sama mengharap ada simpati dan pujian dari Najib. Malangnya usaha itu tidak memberi kejayaan dan segala tingkah lakunya.. Najib juga kenal tidak menarik perhatian Najib. Walaupun Ibrahim telah menggunakan Rosmah binti Mansor untuk mendapat blessing Najib, tetapi Najib juga berhati-hati dengan makhluk ini bimbang akan ditinggalkan bendalir beracun didalam pinggan nasinya.

Bagaimana pula dengan Sanusi Junid, apakah yang menyebabkan beliau marah kepada Anwar? Sanusi selalu menggunakan alasan Anwar pengkhianat Melayu. Anwar sebagai muanfik untuk memperjuangkan Islam. Itulah kata-kata yang akan luruh dari mulut Sanusi Junid di mana saja dia bercakap mengenai topik mengenai Anwar.

Sanusi ada bukti dan pandangannya sendiri sehingga dia merasakan dia lebih Islami daripada Anwar. Tetapi dalam kajian saya dari sudut psikologi kenapa Sanusi marah Anwar bukan kerana tuduan-tuhdan itu tadi. Kenapa saya mengata begitu kerana mereka berdua pernah duduk dalam sebuha rumah bernama, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Merka berdua adalah orang besar Abim. Kalau benar Sanusi sudah mengetahui Anwar munafik, kenapa beliau sanggup bersama Anwar Ibrahim di dalam Abim? Seorang lelaki yang sedia mengambil lelaki yang ada Aids adalah lelaki bengong.

Dalam suluhan saya tindakan Sanusi memusuhi Anwar samalah dengan apa dilakukan Mahathir, Rahim Tamby Chik dan Ibrahim Ali. Puncanya kerana kecewa dan cemburu dengan Anwar. Bukan sama sekali kerana Anwar terlibat dengan skandal, itu adalah rekaan dan alasan dicari untuk membalas dendam mereka disebabkan berlakunya krisis peribadi. Kalau bertolak dari soal peribadi kenapa Mahathir membisu terhadap orang Umno lain yang juga berbelit dengan skandal.

Seperti dikatakan tadi Mahathir kecewa kerana Anwar tidak sedia mengikut telunjuknya demi kepentingan kroninya. Begitu juga dengan Rahim Tamby Chik, baginya Anwar adalah pemusanah istana politiknya. Ibrahim Ali kecewa kerana Anwar tidak membantunya memulih peta politiknya. Dan Sanusi Junid kecewa kerana dia merasakan dia lebih berhak berada di hadapan dalam politik Umno kerana beliau lebih awal menyertai Umno tetapi Anwar yang dimanja-manjakan oleh Mahathir.

Itu sahaja sebabnya. Jadi apa juga hentaman, hujah dan tuduhan mereka ke atas Anwar tidak berasas sama sekali dan semua penentangan itu tidak ada sangkut paut dengan soal-soal agama, bangsa dan negara, semuanya adalah disebabkan soal dan kepentingan mereka yang menentang itu. Mereka menentang kerana cemburu, benci dan dengki atas kehebatan Anwar jauh sama sekali kerana berlaku penyelewengan agama oleh Anwar. [wm.kl.10:42 am 25/10/12]

Tuesday, October 23, 2012

Perpaduan Melayu Satu Momokkan?

SENGGANG MASA                                                                                                                

Tengahari hari minggu kelmarin telah berlangsung satu perbincangan santai berhubung isu perpaduan Melayu. Perbincangan itu berlangsung sambil makan tengah hari di samping mengejatkan persaudaran sebangsa. Ia berlangsung di rumah tokoh politik veteran di ibu kota Kuala Lumpur. Saya percaya ia dianjurkan atas inisiatif tuan rumah itu.

Yang hadir adalah sekitar 35 orang yang terdiri dari cendekiawan dari berbagai disiplin ilmu. Ada pensyarah universiti, ahli politik, perniaga, akademik, perundangan, bekas editor akhbar dan sebagainya. Dua orang bekas Ketua Polis Negara juga turut sama hadir.

Satu kertas kerja mengenai perpaduan Melayu dibentangkan oleh seorang pensyarah kanan sebuah universiti. Tidak tahu pula apakah bahan dan isian kertas kerja berkenaan. Salinan pun tidak diedarkan. Ia dibentangkan secara santai sebagai bahan mengisi majlis perbincangan itu. Mungkin ia hanya sebagai intipati kepada perjumpaan itu atau sebagai bahan renungan bersama di kalangan yang hadir.

Menurut teman yang hadir, tidak ada apa-apa resolusi atau rumusan mengenai kertas kerja itu. Selepas pembentang mengemukakan pandangan mungkin hipotesis mengenai perpaduan Melayu, mereka yang hadir bertanya balas apa yang dibentangkan. Mungkin juga pertemuan itu mencari idea untuk mengadakan pertemuan lebih besar untuk membincang permasalahan perpaduan Melayu yang mereka merasakan makin terdesak.

Apapun terima kasih kita lafazkan atas usaha itu. Setidak-tidaknya masih ada lagi di kalangan bangsa Melayu yang cerdik - di luar batas politik memikirkan nasib dan masa depan bangsa.

Menurut teman saya, seorang ahli politik yang hadir tidak begitu ghairah dengan perjumpaan itu. Beliau mengaggap perbincangan mengenai perpaduan Melayu satu yang idealistik dan tidak mudah dizahirkan. Satu perbincangan yang tidak menjejak ke akar umbi sebenar mengenai permaslaahn itu. Beliau tidak yakin soal perpaduan Melayu dari konteks politik dapat diselesaikan.
Saya agak bersetuju dengan pandangan ahli politik berkenaan. Saya sudah lama merasakan perbincangan mengenai perpaduan Melayu tidak lebih satu latihan mental (mental exercise) saja yang tidak mungkin mencapai matlamatnya. Jauh dari itu ia sebagai momokkan untuk menakut atau memeranjatkan orang Melayu (bawahan dan tidak faham politik) agar kembali kepada asal. Itu yang saya nampak.

Kalau benar begitu, masalah perpaduan Melayu ia dijadikan modal politik semata-mata dan usaha untuk mengtasinya ia tidak membawa apa-apa kesan. Malahan pihak yang sudah faham dan mengerti isu itu dijadikan modal politik dan juga yang menerima asas agama adalah tunggak perpaduan sejati akan  mengalpakan begitu saja.

Saya juga mengira selagi ada dua buah parti politik bernama Umno dan Pas perpaduan Melayu bukan senang untuk diwujudkan. Kedua-duanya berangkaian dengan bukan Melayu di mana rangkaian ini menjadi penghalang untuk mereka mengemenkan diri di satu tiang. Di celah-celah ini juga menyebabkan saya merasakan kepayahan untuk bangsa Melayu bersatu ialah kerana ia sengaja dipisahkan oleh pihak-pihak tertentu.

Pihak tertentu dimasudkan rakan-rakan bangsa bukan Melayu dalam kelompok mereka ada kemungkinan memain jarum menyucuk agar bangsa Melayu senantiasa tegang kerana dengan cara itu mereka dapat terus membina kedudukan mereka agar terus kukuh.

Justeru jalan penyelesaian atau usaha untuk mencapai perpaduan ini saya yakin kedua parti ini perlu ditiadakan? Atau pun tegasnya orang-orang politik partian jangan berada dalam mana-mana wadah yang berusaha ke arah untuk memadukan perpaduan Melayu itu. Kerana kalau mereka ada mereka tetap akan mengutamakan agenda parti politik masing-masing daripada keutamaan-keutmaan lain termasuk soal perpaduan bangsa itu. Bila ini dominan maka hasrat itu akan memberai di pertengahan jalan.

Kedua, perpaduan Melayu boleh sahaja wujud apabila sudah ada kesedaran mendalam di kalangan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam. Mereka harus kena diberi faham bahawa perpaduan hakiki ialah atas dasar agama bukan bangsa. Selagi soal agama, kulit kepada kehidupan itu diambil kira, maka selama itulah perpaduan tidak akan wujud. Dalam erti kata lain, kita kena berusaha membuang warna hijau dan biru dan cari satu formula bagaimana memutihkan antara dua warna yang senantiasa kontras itu.

Menutup catatan ini buat saya isu atau mauduk perpaduan Melayu tidak lebih dari dijadikan modal politik semata-mata bukan ia benar-benar untuk membina kekuatan Melayu. Perpaduan Melayu akan kuat dengan sendirinya apabila bangsa Melayu sudah ditimpa khiamat dunia. Tidak ada guna kesedaran mengenai Melayu ini wujud dikalangan beberapa kerat sahaja sedangkan yang lain sedikitpun tidak merasa apa-apa bahanan akan bahaya. 

Justeru bangsa Melayu harus ditimpa dengan musibah, kedahsyatan hidup ataupun diancam keaniayaan baru mereka (kita) akan teringat untuk bersatu dan saat itulah kita semua bangkit. Soalnya apakah kita masih mampu untuk bangun membela dan memperkuatkan diri sedangkan anggota kita sudah lemah? Pertanyaan ini akan terjawab selepas kita semua ditimpa musibah di atas kedegilan kita. [wm.kl.6:11 pm 23/10/12]

Kerajaan Kelantan Takut Kepada Bolasepak

MENELAN RASA                                                                                                                 

Kerajaan Kelantan telah mengumumkan akan memberi habuan kepada para pemain pasukan Gedebe Merah atas kejayaannya menjulang piala Malaysia selepas menewaskan ATM 3 - 2 dan juga mencatat sejarah apabila pasukan itu mendapat kejuaraan tribel. Menurut Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat bentuk atau nilai habuan akan ditentukan dalam mesyuarat Exco esok. Exco Belia dan Sukan Abdul Fatah Mahmud akan mengumumkan bentuk habuan berkenaan.


Bolasepak menjadi modal politik di Kelantan.
Sebelum ini saya pernah mempertikaikan pemberian habuan kepada para pemain bola itu atas alasan pasukan Read Warriors itu bukan pasukan negeri Kelantan. Ertinya pasukan yang diuruskana oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu bukan dibawah tanggungjawab kerajaan Kelantan. Ia tidak ada kena mengena langsung dengan kerajaan.

Harus diingat Red Warriors adalah pasukan profesional dimana mereka bukan bermian untuk negeri kepentingan negeri tetapi untuk klelab. Pasukan itu seratus peratus diuruskan oleh sebuah syarikat bernama Al Hamra milik presiden
Kafa Annuar Musa.

Apakah logiknya untuk kerajaan memberi habuan kepada para pemain setiap kali pasukan itu mencapai kejayaan? Saya hendak tanya dari konteks kerajaan Pas Kelantan apakah kelabaan diperolehi dari game bola sepak itu? Apakah ia sebahagian daripada apa yang dijanjikan dalam manifesto Pas semasa pilihan raya atau pun sesuatu yang dirancang oleh kerajaan negeri menerusi pembangunan sukan?

Apabila perkara ini ditimbulkan bukan bermakna saya menyarankan kerajaan Pas agar anti kepada bola sepak, tidak... tetapi untuk mendapat penjelasan apakah tindakan kerajaan memberi apa-apa habuan itu menepati konsep kerajaan dan ia satu tindakan tepat. Seandainya pemberian itu kerana kerajaan negeri mempunyai dana untuk dibelanjakan kepada sesuatu perkara yang tidak termasuk dalam perancangannya ia adalah satu pembaziran.

Lagi pun pemberian habuan kepada pasukan kelab profesional itu bukan belum pernah. Sebelum ini kerajaan negeri pernah memberi tikit dan peruntukan kepada pemain kelab itu menunaikan fardu haji. Manakala penjaga gol pasukan itu Khairul Fahmi atau Apek pernah diberi rumah bernilai lebih RM200,000.

Pemberian rumah kepada Apek itu sesuatu yang betul kalau pada waktu itu tetapi kini setelah berjaya dan terkenal rasanya ia tidak perlu diberi apa-apa habuan lagi. Dengan pendapatan beliau mencecah jutaan ringgit, sepatutnya Apek pula membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Tetapi apakah itu terjadi? Bagaimana pun kebajikan itu bukan suatu paksaan terserah kepada tuan badan.

Bagi saya kalau kerajaan ingin membantu perkembangan bola sepak di negeri Kelantan ia perlu berbuat lebih jauh dan praktikal dari itu. Bukan habuan demi habuan diberikan kepada pemain tetapi buatlah perancangan pembangunan sukan bola sepak. Sesuatu yang lebih bermakna harus diusahakan. Misalnya yang penting dan perlu diutamakan pastikan semua pemain skuad itu terdiri dari anak-anak Kelantan. Kalau pun habuan itu diberi kelak yang dapatnya anak-anak Kelantan sendiri. Tetapi hakikat hari ini berapa orang saja anak negeri Kelantan terlibat?

Status itulah menyebabkan saya rasa kerajaan negeri tidak perlu bersimpati lebih kepada Red Warriors kerana tidak memberi manfaat atau bantuan langsung kepada rakyat negeri itu. Begitu juga kalau ditilik dari sudut pembangunan Islam apa yang diperolehi dari bola sepak? Setelah mendapat berbagai gelaran nilai-nilai Islam dalam permainan itu masih belum menyerlah. Ini sudah bertentangan dengan konsep dan matlamat kerajaan membangun bersama Islam.

Tidak dinafikan sudah ada nilai Islam dan terjahan dakwah di stadium setiap kali berlangsung perlawanan apabila ada penonton mendirikan solat berjemaah beramai-ramai. Tetapi ciri-ciri Islam yang diingini masih belum mencukupi. Dalam tilikan saya masih banyak ciri-ciri kekufuran daripada kebenaran dalam stadium bila setiap kali berlangsung perlawanan besar. Contohnya paling mudah penonton lelaki dan perempuan masih bercampur. Apakah pihak pengurus stadium tidak dapat mengadakan syarat agar penonton lelaki dan perempuan dipisahkan?

Kalau perkara ini rumit untuk dilaksanakan tetapi mesti ada usaha dan cadangan untuk berbuat demikian. Sayangnya setakat ini tidak kedengaran. Exco Belia dan Sukan atau pun pengerusi Perbadanan Stadium Sultan Muhammad Ke IV wajar bersuara dan memikirkan bagaimana untuk implimen perkara ini.

Berhubung habuan itu keperluan itu tidak begitu terdesak kerana pihak Kafa sendiri telah berjanji untuk memberi hadiah kepada setiap pemainnya berupa lot tanah. Apakah tidak cukup dengan janji itu? Ataupun kerajaan negeri bermurah hati kerana ingin menunjukkan mereka komited dengan bola sepak. Pemberian itu kerana bimbang kalau tidak dihulur apa-apa habuan menyebabkan rakyat akan tidak mengundi parti kerajaan, Pas. Begitukah?

Kalau itu maka jelas kerajaan negeri berbuat itu atas dasar politik semata-mata takut tidak disokong oleh kaki bola bukannya atas dasar untuk menerapkan nilai-nilai Islam dan mendidik komuniti bola sepak termasuk pemain, pengurus dan Kafa sendiri menghayati nilai-nilai Islam seperti mana dihasratkan oleh kerajaan Pas. Jika telahan ini betul bermakna kerajaan Kelantan takut kepada bola? [wm.kl.8:05 am 23/10/12]

Monday, October 22, 2012

Mengenali dan Mencari Calon Parlimen Kelantan

ANALISA POLITIK                                                                                                             

Sekiranya Pas dan PKR Kelantan kekal dengan status quo dalam pembahagian kerusi pada pilihan raya akan datang, ini bermakna Pas akan memperolehi 41 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 11 daripada 14 kerusi parlimen. Selebih dari kerusi itu adalah diperuntukan kepada PKR.

Dalam catatan ini saya tidak mahu mengulas mengenai kedudukan kerusi Dun, tetapi akan cuba memberi fokus kepada kerusi parlimen terlebih dahulu. Status quo hari ini adalah berdasarkan pencapaian pada pilihan raya umum ke-12 lalu.
Dr Hatta: Kekal di Kuala Krai?

Dalam pilihan raya lalu dari 11 kerusi parlimen ditandingi Pas, sembilan kerusi menang. Kerusi-kerusi yang dimenangi Pas ialah, Tumpat, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Bachok, Pasir Puteh, Kubang Kerian dan Kuala Krai.

PKR diperuntukan tiga kerusi parlimen menang disemua kerusi. Kerusi-kerusi itu ialah Ketereh, Machang dan Tanah Merah. Menerusi catatan atau analisa kecil ini saya tidak akan mengheret sama PKR kerana saya mengira PKR sudah pun membuat keputusan dan keputusan itu tepat untuk menyelamatkan kerusi-kerusi tersebut? Tampaknya PKR konfident benar parti itu akan menang dengan majoriti besar dalam pilihan raya akan datang.

Untuk rekod ketiga-tiga kerusi parlimen dimenangi PKR itu dengan majoriti di bawah 2,000 undi. Kerusi Tanah Merah menang dengan 1,548 undi, Machang 1,450 dan Ketereh dengan majoriti 400 undi, majoriti paling kecil.

Dua kerusi lagi iaitu Gua Musang dan Jeli adalah milik Umno di mana kedudukan dan pencapaian kedua-dua wakil rakyat itu menjadikan kedua kerusi itu sebagai benih buat UBN di Kelantan.

Jeli diwakili "hougun siou" Mustapa Mohamed manakala Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah. Saya juga yakin mereka akan dikekalkan di kerusi berkenaan pada pilhan raya akan datang, dengan tambahan kerusi state untuk Mustapa sekiranya disaat-saat akhir Umno Kelantan membuat perhitungan mereka akan mampu menumbangkan kerajaan Pas, Mustapa akan diminta bertanding di state di samping kerusi parlimen Jeli.

Perletakkan Mustapa di state pastinya di kerusi Air Lanas membolehkan Mustapa dilantik menjadi Menteri Besar bagi mengganti Tokguru Nik Aziz. Mustapa pernah menang dikerusi itu tahun 2004. Mengenai Mustapa dan Umno kita tinggal dulu, akan diulas dalam siri akan datang.

Berbalik kepada mauduk asal tadi iaitu, mencari siapakan calon-calon sesuai untuk diletakkan di kerusi parlimen di pihak Pas, saya ingin mengatakan kepada Pas, kali ini parti itu perlu berhati-hati dan bijak memilih calonnya. Bagi saya calon kali ini bukan saja seseorang yang boleh membawa kemenangan demi memastikan Pakatan Rakyat cukup korum untuk memerintah Malaysia, tetapi yang boleh diharap atau dilantik menjadi pemimpin nasional. Ertinya yang mempunyai kualiti 'boleh menang' dan 'boleh menjadi pemimpin'.

Calon parlimen kali ini mestilah berkualiti, bukan saja fizikal tetapi dari segi minda. Seorang yang beketrampilan dan profesional. Seorang yang mempunyai syakisah dan latar belakang pendidikan yang mampan. Calon yang hendak diletakkan nanti bukan lagi bertaraf cikgu pencen, askar pencen, atau pegawai kerajaan pencen secara opsyen, atau pun ustaz berserban bersar dan berjanggut lebat, tetapi yang berciri-ciri yang disebutkan di atas tadi.

Justeru kali ini Pas tidak boleh hanya mengira atau mengambil ciri-ciri calon atau watak yang boleh menang saja seperti diamalkan sebelum ini, tetapi biarlah yang ada wawasan dan kaliber. Ciri-ciri dan watak calon parlimen hendaklah berbeza dengan calon di peringkat Adun kecuali yang dikenal pasti untuk menjadi anggota mesyuarat kerajaan (Exco), mereka sewajarnya mempunyai kualiti setanding dengan calon parlimen.

Mereka yang berperwatakan kampung, berperangai macam pegawai kerajaan pencen, berfikiran jumud, tidak memiliki sebarang ketrampilan (kelulusan iktisad) dan hanya tahu membaca Qur'an dan Hadith saja, atau tukang-tukang lawak dengan kisah Abu Nawas dan hikayat 1,001 malam, yang tidak tahu bagaimana menterjemah falsafah dan ajarannya dieksploit didalam kehidupan juga tidak penting.

Keutamaan yang perlu ditekankan kepada latar belakang pendidikan, profesinolisme, konteks dan hubungannya serta jalinan (net working) kepimpinannya luas. Saya menerima pandangan bekas MP Rantau Panjang Abdul Fatah Haron yang pernah mencadangkan agar calon parlimen dipilih dari mereka yang ada ijazah. Apa dimaksudkan Abdul Fatah itu ialah seseorang yang luas pengetahuan dan memiliki beberapa kebolehan profesional, penuh dengan ilmu untuk berdebat dan berhujah di parlimen.

Beliau pernah menjadi anggota Parlimen mungkin beliau tahu susah senang ataupun kekoknya menjadi ahli parlimen yang tidak mempunyai kelulusan apabala sesekali ingin mengambil bahagian atau disuruh oleh whip parti untuk membentang apa-apa usul di parlimen. Fatah adalah antara wakil rakyat yang tidak memiliki ijazah.

Saya ingin perluas dan memantapkan lagi apa yang disarankan Fatah, bukan saja setakat ada ijazah pertama, tetapi kalau boleh biarlah calon-calon yang hendak dikemukakan memiliki ijazah di peringkat master dan Phd. Sejajar itu ada track record dalam pengurusan kewangan, pentadbiran dan oraganisasi massa peringkat nasional. Atau sekurang-kurangnya calon perlu seorang yang rajin dan faham dunia politik dan tanggungjawabnya. Di samping itu yang memiliki ilmu agama yang mantap.

Khabarnya ada beberapa kerusi yang bakal menerima calon baru. Jadi eloklah kalau calon-calon baru itu diambil berdasarkan kriteria yang disebut di atas tadi. Kerusi-kerusi yang akan mengalami pertukaran ialah Pengkalan Chepa, Bachok, Pasir Puteh, Kubang Kerian, Kota Bharu dan Pasir Mas. Seakan sudah pasti kerusi-kerusi ini tidak lagi diwakilkan oleh wakil yang ada sekarang.

Abdul Halim Abdul Rahman yang mewakili Pengkalan Chepa tidak lagi akan dikekalkan dan muka baru akan diletakkan di situ. Begitu juga dengan Bachok yang diwakili Nasharudin Mat Isa akan diganti dengan calon baru.

Kerusi Pasir Puteh yang diwakili Muhamamd Hussein juga akan turut sama diganti dengan muka baru. Kubang Kerian yang ditinggalkan Sallahuddin Ayub yang tugas untuk menggempur Johor bagi mengubah lanskap politik negeri itu akan diganti dengan muka baru.

Begitu juga dengan kerusi Kota Bharu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah tidak lagi akan diturunkan semula. Sebenarnya alasan atau sebab untuk Wan Rahim digugurkan tidak berapa tepat. Alasan beliau sendiri yang beliau sudah tua tidak merupakan alasan konkrit. Sebab dalam dunia politik tidak ada istilah tua bahkan dalam politik tradisional makin tua makin berminyak. Manakala kerusi Pasir Mas yang sebelum ini Pas pinjamkan kepada seorang manusia jalang juga akan mendapat calon baru.

Manakala kedudukan atau perkembangan di kerusi-kerusi Tumpat diwakil Kamaruddin Jaaffar, Kuala Krai di wakil Dr Mohd Hatta Ramli dan kerusi Rantau Panjang diwakil Siti Zailah Yusuf tidak ada kedengaran ianya akan mengalami perubahan. Kecuali kerusi Rantau Panjang ada perhitungan dan perkiraan untuk mengubah Zailah ke kerusi Dun Gual Periok. Kalau ini berlaku pertukaran itu maka kekosongan ditinggalkan Zailah perlu difikirkan, bererti Rantau Panjang juga akan mempunyai bakal wakil rakyat baru.

Untuk kerusi Jeli dan Gua Musang sehingga ini Pas tidak belum memutuskan sama ada calon lama, Mohd Apandi Mohmad (Jeli) dan Dr Zulkefli Mohamed (Gua Musang) dikekalkan atau tidak. Atau pun ada plan kontingensi di kedua-dua kerusi berkenaan? [wm.kl.11:08 am 20/10/12] Bersambung di bahagian ke dua.

Pendirian Pemimpin Perkasa(m) Tidak Sekata

ULASAN ISU                                                                                                                            


Ding dingggg... apa sudah jadi dengan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) – saya panggil Perkasa(m), nampaknya Ngo ‘bercongik ekor’ dalam mempertahanakan bangsa Melayu kini berada dalam keadaan tidak selari dan sukar untuk difahami. Kononnya pertubuhan ini diwujudkan untuk menjaga kepentingan Melayu, Islam dan raja-raja Melayu tetapi ada ketikanya ia melencong jauh dari apa yang dimatlamatkan.

Tindakan tanduk dan akhlak sesetengah ahlinya tidak mempamirkan sifatnya yang sebenar apabila sesetengah tindakannya tidak mencerminkan ianya dari sebuah kumpulan Melayu. Bahkan sesetengah tindakan dan kata bual pemimpinnya busuk dan cabuk. Ada juga ahli yang bertindak 'menyerang' orang sedang berceramah dalam masjid?

Begitulah kalau sesuatu itu digerakkan dengan niat dan nawaitu yang tidak betul ia tidak boleh bertahan lama. Kebusukan itu boleh ditusuk beberapa hari tetapi bukan untuk seminggu apa lagi sebulan! Apa lagi kalau sesuatu perjuangan itu cuba digerakan oleh kehendak naluri seorang manusia saja ia akan hancur dan musnah akhirnya. Tidak ada mana-mana gagasan besar dan hebat di dunia ini dapat dibangunkan oleh seorang manusia. Kerja paling baik untuk dilakukan secara bersendirian ialah berkhayal.

Akhir-akhir ini pula nampak semacam wujud ketidakselarian di antara orang-orang besarnya. Paling jelas ialah bagaiman Presidennya, Inche Ibrahim Ali tidak sekata dengan Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali dalam isu-isu tertentu.

Perkara paling jelas ialah mengenai isu penghinaan hudud oleh Presiden MCA Chua Soi Lek. Dalam memberi reaksi kepada kenyataan Soi Lek, Syed Hassan membayangkan pertubuhan itu tidak bersedia untuk mengundi calon MCA walaupun konsesus telah diambil Ngo itu akan menyokong BN.

Dalam kenyataanya kepada sebuah portal internet Syed Hassan menegaskan:  Pertubuhan itu tidak akan berkompromi dengan sesiapa dalam masalah Islam. Beliau lantas membayangkan haram bagi ahli Perkasa(m) mengundi calon MCA.

Pendirian Syed Hasan dalam soal ini jelas dan ia mencerminkan aspirasi sebenar pertubuhan itu sebagai pembela Melayu. Katanya seperti mana dipetik;

"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan.

"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA)  Dr Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.

Mengenai cara Soi Lek yang bermain politik itu tidak disenang pertubuhan itu dan jika mengikut nada kenyataan Syed Hassan itu sekiranya Soi Lek tidak memohon maaf menyebabkan pertubuhan itu akan memulau MCA di dalam pilihan raya akan datang.

Bagaiamanapun pendirian dan ketegasan Syed Hassan itu seperti ditolak oleh presidennya, Inchek Ibrahim Ali yang mempunyai pandangan apologetik kepada permainan politik kotor dan bahaya Soi Lek. Ibrahim seperti mana dipetik mengatakan pertubuhan itu tetap akan menyokong MCA.
"Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA." Demikian ketetasan Ibrahim dipetik.

Apakah erti dan makna dua kenyataan dari dua orang kuat Perkasa(m)? Kenyataan siapakah yang harus diikuti oleh ahli? Sikap tidak jelas dan kabur dari dua kenyataan itu menyebabkan ahli pertubuhan itu juga menjadi kabur. Satu masa mereka diminta menolak MCA dan di masa lain diminta menyokong MCA. Apakah Perkasa(m) mahu meletakkan ahli dan pengikutnya dalam kebingungan dan masing-masing akhirnya membuat keputusan sendiri?

Sikap tidak jelas inilah juga menjadikan MCA akan jadi lebih besar kepala. Sudah tentu Soi Lek dan mana-mana pemimpin MCA akan mengguna pakai kenyataan dan pendirian Ibrahim itu bagi mempertahankan cacian dan penghinaan mereka terhadap Islam. Dengan jaminan Ibrahim itu selepas ini pemimpin MCA tidak gentar lagi untuk membuat kenyataan jauh lebih teruk dari sebelum ini kerana mereka sudah ada pembela dari Perkasa(m).

Persoalannya apakah kekaburan dan ketidakselarian dalam membuat kenyataan dalam memberi respons bagi menterbiah pemimpin MCA ini menggambarkan pertubuhan itu kini juga dalam keadaan kabur dan sedang menghadapi perbalahan sesama sendiri? 

Hanya masa dan keadaan akan menentukannya. Yang jelas dan nyatanya sudah ramai pemimpin Perkasa(m) yang diawal penubuhan dulu sudah meninggalkan Ngo berkenaan. Masing-masing merasa tidak selesa dan tertipu dengan tindak tanduk presidennya yang suka memandu kenderaan itu mengikut kesukaannya tanpa mematuhi peraturan lalu lintas dan menuju ke destinasi yang sah. Jadi mana-mana ahli yang tidak buta huruf dan makrifah dengan perjuangan mengambil sikap mufarakah dan 'cau' dari Perkasa(m). [wm.kl.10:11 am 22/10/12]