Saturday, May 31, 2014

DAP kalah di Teluk Intan

TERKINI                                                                                              

Perkiraan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh pihak DAP, parti itu yang menurunkan calon Melayu Dyana Sofya, 27 kalah ditangan presiden Gerakan Mah Siew Keong dengan kekurangan undi sekitar 300 undi. Dyana mengutik undi sebanyak 19,919 undi atau kira-kira 49.0% manakala Mah Siew Keong mengumpul sebanyak 20,157 atau kira-kira 49.6% undi.

Sebanyak 40,626 undi yang keluar sekitar 65.5%. Berbanding dengan peratus keluar mengundi pilihan raya lalu sebanyak 80. 60% kira-kira 16% pengundi tidak keluar mengundi.

Kekalahan DAP sesuatu yang upset kerana sebelum ini Dyana Sofya yang dilihat mendapat sokongan padu dari kalangan generasi muda. Apa yang saya sebut dalam analisa awal mungkin ada kebenaran apabila melihat kekalahan DAP ini.

Jengok pilihan raya Telun Intan

TUNGGU KEPUTUSAN                                                                       

7:58 pm - Keputusan tidak rasmi pilihan raya Teluk Intan DAP menang dengan majoriti tipis bawah 300 undi.

7:45 pm - Kedudukan terkini terkini DAP akan kalah tipis ditangan BN. 7:32 pm - DAP kutip 19,202 BN 18,379
7:05 pm - Setakat ini BN mendapat 13,781 manakala BN 12,734, DAP mengatasi sebanyak 1,038.

6:48 - DAP sehingga ini memperolehi 10,000 sementara BN 8,287. Sehingga ini sebanyak 18,491 undi sudah dikira. Sebanyak 204 undi ditolak.
6:40 - DAP meninggalkan BN agak jauh dengan mengutip 8,525 manakala BN 7,421. Sudah hampir separuh undi dikira.

6:30 pm - DAP 6,498 manakala BN 5,863. Sudah 12,503 undi dikira.
6:21 pm - DAP 5,078 manakala BN 4,738.
6:13 pm - Kedudukan terkini BN masih mengatasi DAP 1% dengan 3,211 undi manakala DAP 3,053 undi. Setakat ini Dyana Sofya banyak mendapat undi saluran 3 dan 4 manakala Mah saluran 1 dan 2.

6:05 pm - Keputusan pengundian sudah mula diperolehi. Di satu pusat pengundian calon BN mendapat 2,147 calon DAP 1,928.

Tempoh pengundian pilihan raya parlimen Teluk Intan sudah berakhir dan semua pusat pengundian telah pun ditutup. Dengan mengambil kira peratus keluar mengundi sehingga jam 4:00 petang tadi sekitar 63.4% (38,000) berkemungkinan peratus keluar mengundi tidak sampai 75%.

Peratus keluar mengundi rendah akan memberi implikasi kepada calon. Sekiranya peratus itu disebabkan kerana pengundi Melayu tidak keluar mengundi ia mungkin menjejaskan kedudukan Mah Siew Keong, manakala kalau ianya disebabkan pengundi luar ia memberi implikasi kepada calon DAP.

Sesiapa calon yang akan diistyharkan menang mojoritinya tidak akan cecah 5,000.

Sepanjang proses pengundian di semua pusat pengudian berjalan lancar tanpa ada kejadian buruk berlaku. Kejadian atau ketegangan di beberapa kawasan adalah perkara biasa. Yang penting tidak ada yang cedera dan maut sepanjang porses pengundian.

Keputusan pilihan raya dijangka diketahui menjelang 9:00 malam. Bagaimana pun selepas jam 6:30 apabila proses pengiraan setempat berlangsung keputusan sudah dapat diramalkan siapakah pemenang antara Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud. [wm.kl. 5:08 pm 31/05/14]

Majlis Fatwa Kebangsaan umpama orang gaduh nak kencing lupa tarik zip

SENYUMAN UNTA                                                                                 

Sambil melayani pilihan raya Teluk Intan saya hendak bercakap sikit fasal doklat Cadburry yang dicemari dengan DNA babi (procin) yang menjadi "viral" (kerihan) dalam Facebook dan belum reda sepenuhnya. Kita tahu babi ini sensitif bagi umat Islam. Isu babi dalam coklat ini juga tidak semena-mena menangkan sedikit isu hudud.

Dah menjadi kebiasaan di negara "tigatujuhkosong" ini isu berlarian dan silih berganti. Manusianya pula akan jadi panik tak tentu fasal apabila timbul sesuatu isu. Semuanya nak bercakap termasuk si bisu dan si gagap. Si bisu ialah yang jahil, si gagap ialah yang tahu sedikit sebanyak.

Mengenai dua produk keluaran Cadburry yang disangsikan kehalalannya ekoran penemuan DNA babi ke atas dua jenis produknya, saya nak singgung sikap Majlis Fatawa Kebangsaan (MFK) yang telah mengeluarkan fatwa mengatakan dua jenis produk berkenaan halal. Fatwa kebangsaan itu tentu sekali sangat menggembira syarikat berkenaan dan bagi mereka yang ketagih dengan coklat perasa kacang dan badam itu.

Friday, May 30, 2014

Apakah menara Teluk Intan akan terus condong atau tegak esok?

GAMAKAN HATI                                                                              

Atas kertas kerusi parlimen Teluk Intan akan menjadi milik Dyana Sofya Mohd Daud mulai esok dan sekaligus satu sejarah baru politik akan tercatat. Kalau populariti menjadi ukuran, Dyana sudah tentu akan dinobatkan sebagai ahli Parlimen Melayu termuda, (27 tahun) yang mewakili Teluk Intan. Gema dan laungan Dyana jauh meninggalkan talun lawannya Mah Siew Keong agak jauh.

Dikatakan sejarah, kerana sejak kerusi itu wujud ia tidak pernah diwakili orang Melayu, melainkan silih berganti antara Cina dengan India. Jadi kalau Dyana menang esok, Dyana akan menjadi Melayu pertama mewakili Telok Intan. Kemenangan Dyana itu adalah kemenangan yang dibayar mahal oleh pengundi, khasnya pengundi Melayu.

Thursday, May 29, 2014

Hasan Malek takut kepada wartawan, kenapa?

GEDIT KAKI                                                                                         

Sikap berhati-hati calon DAP dalam pilihan raua kecil Telok Intan Dyana Sofya untuk tidak menjawab soalan-soalan pelik dari wartawan bagi mengelakkan dirinya terperangkap atau jawabannya dieksploit sebagai bahan kempen, mungkin tidak menjadi isu besar dan perkara sangat ganjil lagi apabila orang bertaraf menteri sendiri juga berbuat demikian.

Mernteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hasan Malek (foto) juga dilaporkan meninggal majlis tergesa-gesa untuk mengelak dari ditanya wartawan berhubung skandal pinjaman Baank Rakyat kepada seorang ahli perniagaan karpet berbangsa India yang diberikan tanpa faedah.

Pegawai akhbar Hasan membantu menyalamatkan tindakan Hasan itu kononnya dia perlu segera kerana ada satu lagi acra yang hendak disertainya. Mengapa nampak culas Hasan kali ini kalau tidak dia sangat mesra dalam hal ehwal memberi tahu harga ayam tidak naik, ataupun kelebihan memakan gula bagi menjustifikasikan kenaikan mendadak harga gula.

Wednesday, May 28, 2014

Orang Melayu dan babi

RENUNGAN                                                                                        

Penemuan DNA babi (procine) dalam dua jenis coklat Cadbury yang diriuh randahkan oleh beberapa NGO bertopikan Melayu dan Islam sekali lagi menggambarkan kecetekan pengetahuan dan nilai agama dalam sesetengan kumpulan penganut Islam di negara ini.

Babi memang diharamkan dari dimakan kerana sebab-sebab yang Allah s.w.t. sahaja mengetahuinya lebih mendalam. Secara saintifiknya kita diberi tahu dalam daging babi ada verius yang sukar dimatikan dan berbahaya kepada manusia.

Sejauh mana ia berbahaya dan kecanggihan ilmu perubatan tidak dapat mematikannya, menjadi persoalan dan tanda tanya. Kerana kalau benar verius itu membawa maut dan merosakkan sistem saraf kehidupan manusia, mungkin ramai manusia yang terkorban dan rosak dengan virus berkenaan.

Tuesday, May 27, 2014

BN sangat terdesak di Teluk Intan

SUSUPAN PAGI                                                                                  

Abdul Hadi puji Dyana kerana berani menjadi calon.
Keadaan BN benar-benar terdesak untuk merampas balik kerusi parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini. Keterdesakan ini nampak jelas apabila tukang-tukang kempen BN memainkan apa saja isu asalkan boleh dijadikan daya tarikan untuk meraih undi.

BN akan melakukan apa saja untuk merampas kerusi berkenaan termasuk dengan cara samseng dan jahat. Kekalahan dalam pilihan raya ini memberi indiksi kepada BN parti itu masih gagal untuk memulihkan prestasinya selepas kalah teruk dalam pilihan raya lalu.

Monday, May 26, 2014

SPR jangan jadi "babi bajak"

REAKSI                                                                                              

Apabila Zahid Hamidi memberi ancaman kepada anggota Rela dalam kempen di Teluk Intan dengan berkata dia tahu siapa yang undi siapa, Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf menganggap kata-kata Zahid itu sebagai nasihat. Bagi SPR ia tidak pun bersalahan dengan akta pilihan raya yang melihat kata-kata Zahid itu sebagai satu kesalahan kerana menggunakan kuasa memaksa pengundi agar undi BN.

Aziz beralasan Zahid tidak pun tahu anggota Rela akan undi siapa dan tidak semua anggota Rela yang dapat mengundi. Alasan diberikan Aziz untuk membela Zahid itu sungguh menyedihkan. Ia tentu mengilankan ramai rakyat yang berharap agar SPR berada di mentera keadilan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengendalian pilihan raya.

Kita ingin tahu macam mana nada Aziz kalau kebetulan yang membuat ancaman (kesalahan) itu terdiri dari pihak Pakatan Rakyat. Sudah tentu Aziz akan cepat-cepat memberi kenyataan sebaliknya. Tentu dia akan mengatakan pihak SPR akan menyiasat dan akan mengambil tindakan.

Sunday, May 25, 2014

Kelemahan publisiti menyebabkan Kelantan dilihat tiada pembangunan

LAPORAN                                                                                            

[kemaskini] Disebabkan kelemahan sebaran awam (publisiti) beberapa projek atau langkah-langkah baru yang diambil oleh kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Ahmad Yaakub dan Mohd Amar Nik Abdullah tidak banyak diketahui oleh umum khasnya yang berada di luar Kelantan.

Zulkifli moderator dialog.
Ekoran kelemahan publisiti ini juga menyebab orang prejudis dan beranggapan tidak ada apa-apa pembaharuan yang dilakukan di Kelantan selepas berundurnya Tokguru Nik Abdul Aziz sebagai MB.

Ia makin dilihat kering lagi apabila Husam Musa yang dikenali dengan master mind dalam pembangunan sosial ekonomi di Kelantan tidak lagi berada dalam kerajaan.

Mungkin apa-apa perkembangan atau langkah-langkah baru yang dibuat ole kerajaan Kelantan, diketahui oleh penduduk negeri itu, kerana mereka hampir dengan pelbagai sumber dan agensi kerajaan. Tetapi bagi mereka yang berada di luar Kelantan, seperti Kuala Lumpur sumbernya terhad.

Saturday, May 24, 2014

Khairy perlu rajin ajak pemuda ke majlis salawat Nabi

ULASAN                                                                                               

Tindakan liar beberapa orang pemuda Umno yang berasingan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Pahang semalam dan kelmarin sedikit sebanyak boleh menjejaskan kredibiliti ketua mereka, Khairy Jamaluddin. Dalam era anak muda celit maklumat dan mahukan politik bersih dan gantleman, kejadian yang berlaku itu meletakkan politik Pemuda Umno seakan mahu kembali ke zaman "kerjar kerbau dengan golok" atau zaman beruk dan kera.

Dalam kejadian pertama sekumpulan pemuda Umno merempuh dewan undangan negeri Pulau Pinang selepas menunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan seorang Adun DAP, R.S.N. Rayer  yang mengatakan pemimpin "Umno" celaka.

Kejadian kedua pula, ekoran apa yang berlaku di Pulau Pinang itu, sekumpulan pemuda Umno Wilayah Persekutuan telah menunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat DAP memuasnahkan papan tanda dan mengancam untuk membakar ibu pejabat parti berkenaan.

Thursday, May 22, 2014

Diharap Shabery Chik lap mulut anda

MARAH TENGAHARI                                                                     

Ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Shabery Chik mempersoalkan kenapa Pas boleh menyokong Dyana Sofya Mohd Daud calon DAP sedang parti itu menolak hukum hudud.

Kata Shabery juga, Pas mengambil Islam sebagai topeng dan ia bukan sebuah parti Islam tulen. Katanya lagi Pas tidak mempunyai prinsip dan ideologi yang tetap selain senantiasa merarucni pemikiran dan memecah belahkan rakyat demi kepentingan politik mereka.

Aduh sedap berkata-kata tanpa menilik apa yang ada di kaki sendiri. Apakah Umno tidak merupakan agen memecahkan perpaduan rakyat? Bukankah Umno mengamalkan dasar dive and role yang diajarkan oleh penjajah?

Wednesday, May 21, 2014

Tindakan fizikal akan dilakukan ke atas Dyana Sofya?

PANDANGAN MALAM                                                                         

Gangguan kempen Dyana Sofya di sebuah perkampungan Melayu oleh sekumpulan lelaki yang memakai T shirt dan topi berlembangkan BN adalah permulaan tindakan fizikal ke atas calon DAP itu. Dyana Sofya petang ini ketika berkempen di sebuah perkampungan Melayu dilaporkan telah diganggu oleh sekumpulan lelaki bermotosikal.

Lelaki berkenaan telah menghalakan ekzos motosikal ke arah orang ramai yang ingin bersua dan bersalam dengan Dyana dan kumpulan kempennya sambil menjerit-jerit memberi peringatan; ini kampung Melayu. Walaupun kumpulan itu menghalang dan membuat kacau, tetapi Dyana dan kumpulan kempennya tetap meneruskan kempen apabila diberikan sokongan oleh orang ramai.

Hampi 100 peratus hudud tidak akan dapat dilaksanakan

WACANA HUDUD                                                                                

Malam tadi saya berwacana mengenai Hudud bersama Pensyarah Unisel, Dr Abdul Aziz Bari dan bekas pegawai Kias Ibrahim Mohamad di Dewan Himpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur. Tema wacana ialah Hudud: Ke manakah Kelantan? Wacana berkenaan dipengerusikan Wan Ji Wan Husin. Tajuk itu memberi gambaran akan "kesesatan" kerajaan Kelantan mengenai hudud.

Abdul Aziz mengulangi padangannya sebelum ini, bahawa untuk melaksakan hudud ia tidak memerlukan kepada pindaan Perlembagaan, hanya perlu meminda seksyen-seksyen kecil saja yang tidak pun memerlukan kuasa dua pertiga di parlimen. Ertinya Kelantan sudah boleh melaksanakan hudud kalau pun tidak dipinda Perlembagaan.

Bahkan katanya kerajaan Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri tidak memerlukan pindaan Perlembagaan untuk melaksanakan hudud kerana (hal ehawal agama) adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Hukum hudud termasuk dalam syariah Islam. Perkara ini sudah lama beliau maklum atau menasihatkan kerajaan Kelantan.

Monday, May 19, 2014

Mahathir jealous dengan pendekatan politik pro DAP

REAKSI                                                                                                

Strategi DAP untuk memperkuat dan menarik perhatian generasi muda termasuk orang Melayu agar menyokong parti berasaskan "demokrastik liberal" itu dengan meletakkan remaja Melayu Dyana Sofya Mohd Daud 27, dalam pilihan raya kecil Telok Intan menjadi kemarahan sesetengah pemimpin Umno.

Dyana diapit pimimpin DAP dan PR selepas nama calon.
Kalau setakat veteran bernama Mustapa Yaakub ia tidak menarik minat saya pun untuk mengulasnya. Siapalah Mustapa ini, tidak sampai 10 orang Pakatan Rakyat mengenalinya. Cadangannya agar ibu Dyana, Yammy Samad dipecat dari Umno tidak memberi bekas apa-apa kerana Yammy sendiri sudah lama tawar jiwa dengan Umno.

Tindakan Mustapa itu menggambarkan sejauh itulah tinggi dan rendahnya minda politik Melayu dalam Umno.

Ustaz Abdul Ghani Ab Rahman kembali ke rahmatulah

KENYATAAN                                                                                      

Bekas Pesuruhjaya Pas Melaka Abdul Ghani Abdul Rahaman telah kembali ke Rahmatullah pagi ini, demikian menurut SMS daripada salah seorang anak saudaranya. Jenazah akan dibawa ke negeri kelahirannya untuk dikebumikan.

Abdul Ghani telah lama keuzuran dan sering berulang alik ke hospital. Saya pernah melaporkan keadaan Allahyarham. http://msomelayu.blogspot.com/search?q=us+abdul+ghani+abdul+rahman

Catatan belasungka akan menyusul. [wm.kl.1:06 pm 19/05/14]

Saturday, May 17, 2014

Peguam muda Melayu calon DAP di Teluk Intan

TERKINI                                                                                               

Seperti yang telah diramalkan Dyana Sofya Mohd Daud, 27 (foto) telah diumumkan calon DAP dalam pilihan raya kecil parlimen P76 Teluk Intan yang hari penamaan calon 19 Mei dan hari mengundi 31 Mei. Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng lewat tengah hari ini di Teluk Intan.

Pengumuman Dyana Sofya seorang peguam muda itu menunjukkan keberanian dan kelainan DAP dalam politik. Parti itu senantiasa membuat peralihan dan perubahan yang dinamaik khasnya dalam pemilhan calonnya.

Disaat parti lain masih meletakan calon-calon lama yang sudah luruh gigi, atau sering berak-berak tetapi DAP mendahului dan pantas membaca selera rakyat khasnya generasi baru yang inginkan calon yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan berketrampilan dengan mengambil generasi muda.

Friday, May 16, 2014

Keunikan Melayu yang memusnahkan diri

RENCANA                                                                                            

Kalau diperhatikan banyak sifat, perwatakan, cara berfikir atau kemanusiaan orang Melayu yang anih-anih dan pelik. Setengah dari kevarsian itu membezakan atau mengenalkan orang Melayu dengan kaum bukan Melayu. Selalu kita dengar salah satu sifat unik orang Melayu yang tidak ada kepada kaum lain ialah suka "mengamuk" dan suka "latah".

Dua sifat ini menjadikan bangsa Melayu berbeza dengan kaum-kaum lain dan kononnya sifat unik yang negatif ini tidak ada kepada kaum lain. Saya bersetuju kalau latah tidak ada kepada kaum lain, tetapi tidak setuju kalau amuk atau mengamuk juga tidak ada.

Selalu kita dengar ada kejadian di negara luar ada orang yang nekad melakukan sesuatu yang trajis, misalnya membunuh kerana dirangsang sesuatu elemen, atau pun merempuh bangunan dengan memandu kereta dan sebagainya. Ada juga yang bertindak membunuh orang ramai di tempat-tempat awam. Itu adalah amukan yang berlaku apabila seseorang tidak berjaya mengawal emosi dan dilanda stress peringkat lima hingga 10 bintang.

Penyelesaian krisis Umno Terengganu kebijaksanaan Najib

KAMUS POLITIK                                                                              

Mengenai gerimis politik di Terengganu sehari dua lalu saya hendak puji tindakan bijak politik Najib Razak yang cepat menampung kain carit dalam Umno yang berkemungkinan boleh memalukan parti berkenaan kalau tiada tindakan pantas.

Tepat Najib mengambil tindakan memecat Ahmad Said dan menggantikan dengan Ahmad Razif Abdul Rahman. Orang politik harus belajar dari Najib.

Kenapa saya kata bijak, kerana kalau Najib lambat bertindak, kemungkinan Ahmad boleh meneruskan agendanya atas dendam kerana rasa malu dan kecil hati apabila ditamatkan menerusi perjanjian memegang jawatan setahun. Kononnya Najib mengatakan dia keliru bahawa kenduri kahwin anak Ahmad itu sudah pun selesai 10 Mei, adalah disengajakan sahaja. Kata-kata dan pengakuan Najib serta apolegetik itu hanya sandiwara Najib semata-mata.

Betulkah ada Yang diPertua Pas kawasan di Selangor letak jawatan?

BERITA PAGI                                                                                   

Pas Selangor dibawah pimpinan Iskandar Abd Samad sebagai Pesuruhjaya sedikit tercabar apabila salah seorang Yang Dipertua kawasan di negeri itu dikatakan telah meletakan jawatan beberapa minggu lalu kerana tidak berpuas hati dengan penggunaan wang yang diperuntukan untuk rakyat menerusi Pengarah Parlimen.

Yang Dipertua berkenaan katanya mengambil keputusan itu selepas pertikaian beliau berhubung penggunaan wang itu gagal dijelaskan oleh pucuk pimpinan parti. Katanya beliau mahu pucuk pimpinan parti memberi penjelasan atau menghentikan terus pemanipulasian wang rakyat yang disalurkan menerusi Pengarah Parlimen digunakan untuk kepentingan parti.

Thursday, May 15, 2014

PKR perlu tegas dengan pengacau dalam parti

SUSUPAN PETANG                                                                              

Tindakan PKR menggantungkan lapan orang anggotanya termasuk bekas ahli parlimen kerana melakukan berbagai kesalahan semasa pemilihan parti minggu lalu dikira sebagai langkah tepat dan perlu dihormati oleh semua pihak dalam parti berkenaan.

Penggantungan itu tentu untuk kebaikan parti.

Mereka digantungkan melakukan berbagai kesalahan, paling ramai ialah apabila menghebuhkan masalah dalam parti ke media massa dan juga laman sosial.

Penggantungan mereka dibuat apabila jawatankuasa disiplin yang bermesyuarat semalam dipengerusikan Mohamed Azmin Ali. Turut sama hadir dalam mesyuarat itu ialah Anwar Ibrahim dan Abdul Khalid Ibrahim.

Dyana Sofya kematangan politiknya mengatasi usia

MELIHAT DYANA                                                                                

Dyana: Jangan permainkan kelembutannya.
Politik tidak bermoral dan banjingan tidak mudah dihakiskan daripada diamalkan di negara ini walaupun negara ini berstatus Islam. Negara ini yang ditunggaki oleh orang Melayu beragama Islam tidak memberi jaminan politik negara ini terasing daripada politik di sesetengah negara Barat yang membenarkan politik "rakusime" dan "huduhisme."

Begitu juga pendekatan Islam wastaiyyah diperkenalkan Najib Razak tidak sedikit pun mengubah cara dan corak bangsa Melayu berpolitik. Tampaknya pemain politik negara ini tidak terkesan dengan seruan Najib agar bersikap sedarhana dan tidak melampau. Mungkin mereka menjadi galak kerana ada pembelaan asalkan mereka tidak memburuk dan menghuduhkan individu Umno?

Pas pujuk Mat Said ke Mat Said pujuk Pas?

ULASAN TENGAHARI                                                                        

Kata Ahmad Said atau Mat Said ketika dia "hilang akal" dua tiga hari lepas ada pemimpin Pas datang memujuk dia agar membuat keputusan cepat. Ketupusan apa? Dia juga kata kalau dia tak halang ramai lagi Adun Umno akan keluar parti menyebabkan Umno akan hilang kuasa memerintah.

Benarkah orang Pas yang pergi pujut Mat Said, atau sebaliknya. Kalau boleh Mat Said sebutlah seorang dua yang pergi pujuk dia itu. Atau pun dia sahaja yang berasan. Kita tidak yakin orang Pas jadi selemah dan sepelahap itu untuk pujuk Mat Said. Pas selamanya bermain politik cara baik dan politik munafik bukan cara Pas.

Apa yang didapati Mat Said ada hantar orang dia pergi berjumpa dengan orang Pas. Tetapi pihak Pas tidak berapa layan sebab tidak yakin kepada Mat Said. Mungkin kerana malu dengan keadaan itu dan untuk menghalalkan tindakan masuk balik Umno selepas tidak sampai 48 jam istyhar jadi bebas Mat Said kata Pas pujuk dia.

Wednesday, May 14, 2014

Kalau Pas yang pegang kerajaan Terengganu mungkin lain keadaan

KEMELUT DI TERENGGANU                                                             

Kalau kemelut di Terengganu itu berlaku dalam Pas barang kali kita sudah mengetahui apakah penamatnya. Dua peristiwa sebelum ini menunjukkan keadaan sama bila dihadapi parti pembangkan ia sangat rapuh dan Umno dapat mengambil kerajaan dengan mudah tanpa berpenat lelah.

Setengah abad lalu kerajaan Pas Terengganu yang menang dengan majoriti mudah, kelebihan tiga undi telah jatuh apabila undi tidak percaya dilakukan. Dua orang wakil rakyat Pas bertindak menyokong Umno semasa undi tidak percaya dikemukakan dalam Dewan.

Begitu juga di Perak apabila tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan mengistyharkan diri mereka bebas, menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat hilang majoriti. Ketiga calon bebas menyokong UBN. Undi tidak percaya tidak diperlukan, kerana Sultan Perak menggunakan budi bicaranya. Akhirnya Zamary Kadir dari Umno mengangkat sumpah menjadi MB.

Tuesday, May 13, 2014

Kerajaan Terengganu diambang keruntuhan

ULASAN SAKIT                                                                                   

Kelamrin Ahmad Said dibaham dengan tiga kosong menerusi sepakan penalti oleh Najib Razak. Tendangan itu pada saat-saat terakhir permaiann selepss genap 2,1900 minit atau 1 tahun. Ahmad Said yang meminta masa tambahan hingga 17 Mei sebelum beliau dikenakan penaliti tetapi tidak dihiraukan oleh Najib yang bertindak memegang dua fungsi pengurus pasukan dan pengadil.

Ahmad Razif siap angkat sumpah sebagai MB.
Alasan Ahmad Said ialah kerana pada tarikh itu beliau akan mengadakan kenduri perkahwinan anaknya.

Kenyataan kemenangan Najib itu diumumkan oleh Ketua Jurulatih, Teuku Adnan Mansor di Primula Hotel Kuala Terengganu. Sifat orang menang Teuku Adnan kelihatan senyum-senyum kambing semasa menjawab pertanyaan wartawan. Sesuatu sudah tidak kena dengan pengumuman itu apabila Ahmad Said tidak mendampingi Teuku Adnan.

Monday, May 12, 2014

Mat Said letak jawatan MB, mungkin turut kosongkan kerusi?

TERKINI                                                                                               

Silap Mat Said tertanda tangan perjanjian.
Ahmad Said benar-benar jadi macam David Monyet Pengurus Pasukan Manchester United apabila hari ini beliau disahkan telah melepaskan jawatan MB Terengganu. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agu
ng Umno Teuku Adnan Mansor di Terengganu lewat petang ini.

Adnan dilaporkan berjumpa dengan semua 16 Adun Terengganu bagi memaklumkan perkembangan yang sudah lama ditunggu-tunggu itu. Perletakan Ahmad bukan di atas kehendaknya melainkan kerana patuh perjanjian sebelum ini.

Ahmad yang mengganti Idris Jusoh sebagai MB selepas pilihan raya 2008, dikatakan membuat perjanjian akan memegang jawatan MB setahun sahaja. Bagaimana pun perjanjian itu tidak didedahkan.

Kekecohan dalam pemilih PKR: Gantung cabang terbabit

UALASAN PAGI                                                                                   

Kekalutan dan perbalahan di dalam proses pemilihan pemimpin PKR di beberapa cabang sehingga dibatalkan perlu diberi perhatian serius oleh parti berkenaan. Kejadian itu memalukan dan menggambarkan parti berkenaan kurang berdisiplin.

Kesan daripada kejadian itu juga ia boleh menjejaskan prestasi PKR sebagai sebuah parti yang diletakkan menjadi alternatif kepada Umno bersama DAP dan Pas. Apakah kekecohan itu kerana ada unsur luar? PKR kena menyiasat kemungkinan itu dan memberi penjelasan yang konkrit.

Bermacam-macam sebab kenapa proses pemilihan dibatalkan, ia termasuklah soal teknikal, nama calon yang tidak ada dalam kertas undi, kertas undi lebih, dakwaan politik wang dan sebagainya.

Sunday, May 11, 2014

Cadangan bawa hudud ke Parlimen ditangguhkan

SUSUPAN PETANG                                                                          

Golongan yang menentang hukum hudud juga yang bimbang akan terpindanya Jadual Ke-9 Perlembagaan Negara yang bakal memberi kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah di seluruh negara, boleh menarik nafas lega apabila Pas mengambil keputusan menangguhkan pembentangan Usul Persendirian (RUU) di parlimen yang dijangka Jun depan.

Penangguhan itu dinyata dalam satu kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang dibaca timbalannya Mohamad Sabu selepas parti itu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja di Kuala Lumpur hari ini.

Alasan penangguhan itu kerana Pas menyerahkan cadangan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud itu kepada Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dipengerusi bersama Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah dan Menteri di JPM Jamil Khir Bahrom.

Friday, May 9, 2014

Umno Perlis bergolak, MB minta tinggalkan kerusi?

DESAS DESUS                                                                                  

Azlan Man sedang diasak?
Walaupun Umno Perlis hanya ada beberapa orang sahaja Adun dan ahli Parlimen tetapi ia tidak terkecuali juga mempunyai nafsu dan naluri untuk bergolak seperti Umno di negeri-negeri lain. Umno Perlis hanya tiga bahagian sahaja; Arau, Padang Besar dan Kangar. Manakala terdapat 12 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Desas desus yang bertiup dari Utara mendesuskan kedudukan menteri besarnya Azlan Man kini sedang diasak agar meninggalkan kerusi MB. Perlantikannya sebagai MB menjadi isu dan kurang disenangi oleh veteran Umno negeri itu terutamanya bekas MB yang juga Pengerusi Badan Perhubungannya Shahidan Kassim.

Azlan dikatakan tidak memberi komitmen kepada parti disamping tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan walaupun sudah setahun menjadi MB. Beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama baik dengan pemimpin Umno bahagian.

Thursday, May 8, 2014

KPKK beri amaran kepada Ka Siong jangan ugut Najib

KENYATAAN                                                                                       

Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) Abdul Razak Abbas memberi ingatan dan amaran keras kepada Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong agar tidak menggugut Najib Razak dan Umno daripada memberi sokongan kepada kerajaan Kelantan untuk membawa undang-undang persendirian (private bill) di parlimen bagi membolehkan Kanun Syariah Jenayah II dapat dilaksanakan.

Abdul Razak presiden KPKK.
Ketika menghubungi blog Merah Tinta, sekjaap tadi, Abdul Razak yang dikenali dengan Abang Jak, kesal atas cara politik murahan Wee Kah Siong yang cuba mengagalkan hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud dengan menggugut Najib, kononnya MCA akan membuat pendirian semula kedudukannya dalam BN. Dalam bahasa lain, MCA akan keluar meninggalkan Umno kalau hudud dilaksanakan.

"MSO awak bagi tahu kepada timbalan prsiden MCA itu, jangan sesekali cuba mengugut Najib. Mungkin dia tidak tahu sejarah Najib dan latar belakangnya,"

"Najib adalah anak kepada Tun Razak, perdana menteri kedua Malaysia. Dia (Najib) memang nampak lembek tetapi dia seorang keras dan tegas? Katanya lagi sambil mendakwa dia kenal rapat dengan arwah Tun Razak semasa di dalam Umno dahulu.

Wednesday, May 7, 2014

Kekaburan mengenai hudud masih tebal

ULASAN WACANA                                                                               

Baru sekejap berakhirnya wacana mengenai hudud bertajuk: Hudud: Bersediakah Kita, anjuran akhbar Sinar Harian yang mengemukakan empat orang penalis, ilmuan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan presiden MCA, Wee Kah Siong dan Timbalan Pengarah Institusi Wasatiyyah Malaysia, Musaddad Hasbulah. Wacana itu dikendalikan oleh akademis, Dr Mazlee Malik.

Wacana hudud anjuran Sinar Harian.
Bila wacana itu meletakkan tajuk demikian, maka saya memfokuskan perhatian atau menanti jawaban apakah persediaan kerajaan Kelantan dan juga seluruh umat Islam serta penduduk negara ini dalam menanti perlaksanaan hukum hudud. Sejauh manakah persediaan kita terhadapnya. Kelantan akan bercadang untuk muncul sebagai negeri pelopor hukum hudud.

Tuesday, May 6, 2014

Reezel tidak perlu selar Gerakan, dan jadi "hitch hiking"

SUSUPAN PETANG                                                                              

Ahli Majlis Tertinggi Umno Reezel Marican Naina Marican (foto) tidak cukup hanya setakat menyelar Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe yang mengomen mengenai hukum hudud yang menurutnya (Reezedl) boleh dianggap sebagai menghina hudud dan Islam, dan juga tidak cukup setakat mengingatkan agar pemimpin komponen BN tidak melampau mengeluarkan komen terhadap hudud kerana ia boleh mencetuskan kemarahan umat Islam.

Sebagai seorang muslim dan ahli parlimen yang mempunyai satu kuasa di parlimen, apa yang Reezel patut lakukan menyatakan pendirian tegasnya sedia menyokong RUU persendirian yang bakal dibentangkan oleh Pas di Parlimen.

Juga tidak cukup Islam Reezel kalau setakat memberi peringatan dan teguran kepada Lian Hoe dan pimpinan BN yang lain. Islam bukan sahaja setakat mencegah kemungkaran tetapi membangunkan amal makruf.

Monday, May 5, 2014

6 Mei genap setahun Ahmad Yaakub jadi MB Kelantan

SUSUPAN TENGAHARI                                                                       

AHMAD genap setahun jadi MB.
Selasa ini 6 Mei, genaplah setahun Ahmad Yaakub menjadi menteri besar Kelantan. Tampaknya tidak banyak halangan dan dugaan yang ditempuhi selama 360 hari lalu. Beliau dapat bekerja sebagai seorang MB dengan baik. Walaupun ada beberapa polisi dan pendekatan pentadbirannya menjadi persoalan. Hal itu biasa kerana kata orang alah bisa tegal biasa.

Tidak ada cabaran besar buatnya sepanjang sedekad lalu. Cabarannya kecil saja umpama rumput melintasi jalan, dapat di langkahi dengan selesa dan selamat. Semua cabaran tidak sampai melelah dan menyebabkan beliau kena urut dada dengan minyak cap kapak, lantaran kesempukan.

Perubahan hubungan diplomatik kerajaan Kelantan dengan kerajaan Persekutuan dibawah kepimpinannya selepas mengambil alih daripada Tokguru Nik Aziz jelas. Ahmad memperkenalkan pendekatan berbaik-baik dengan pusat. Perubahan ini memberi kesan baik, bila mana media massa kroni Umno yang sering menyerang kerajaan Kelantan bertubi-tubi telah mula berkurangan.

Nik Amar kata tidak ada agenda tersembunyi di sebalik hudud

REAKSI                                                                                                

Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud, Nik Amar Abdullah menafikan bahawa kesediaan Umno untuk menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan mempunyai motif politik. Katanya spekulasi mengatakan ada agenda politik di sebalik kerjasama Umno berhubung perkara itu adalah mengarut.

Beliau membuat respon itu terhadap satu catatan saya dalam blog dua hari lepas yang mahu Pas menyiasat ada pimpinan Pas berjumpa dengan Umno dan ditawarkan jawatan bertaraf menteri sekiranya isu hudud selesai.

Baguslah kalau tidak ada motif yang tersirap. Di dalam politik setiap kata-kata dan kenyataan kena nilai. Satu masa dahulu Nik Amar mengatakan akhbar Utusan sebagai sampah yang tidak boleh dipercayai. Apabila hari ini kenyataannya disiarkan oleh akhbar berkenaan orang akan konfius, apakah ia bukan sampah lagi.

Malaysia keladai dadah dan Amerika

BLOGER JEMPUTAN                                                                       

[Catatan: Dipostkan tulisan SH Alattas]
Ramai yang melihat dengan mata hati betapa sedihnya keluarga penumpang MH370 yang hilang macam itu saja tanpa meninggal sebarang pesanan kepada keluarga. Tak pasal – pasal perempuan yang yang dulunya isteri menjadi janda, anak menjadi yatim, dimana tempat hendak mengadu? Dimanakahkan ku cari ganti? ‘Sesiapa saja yang mata kepala dan hatinya masih menyimpan sehiris perikemanusiaan akan menyalahkan yang salah dan menghentikan kesalahan itu daripada terus berlaku’ patutkah kita salahkan Tuhan? Tuhan tidak pernah zalim, ini kerja manusia durjana. Memang kita percaya hidup, mati, jodoh pertemuan, tanah kubur, adalah ketentuan dari Allah Subhana Wa Taala kepada mereka yang percaya pada rukun Iman. Berat mata memandang, tentu berat lagi bahu memikul begitu kata pepatah melayu.

Sunday, May 4, 2014

Kedudukan hukum hudud sama dengan MH370

CELOTEH SENJA                                                                             

Hari ini kita jadi pening kepala kerana banyak memikir soal hukum hudud. Macam-macam kenyataan dan ulasan mengenai hudud termasuk ada yang menceritakan sejarah bermula hukum hudud. Saking banyaknya perbualan menyebabkan hudud jadi macam pesawat MH370 yang hilang. Dunia aviation yang kita tidak tahu sebelum ini, menjadikan kita tahu sedikit sebanyak. Elok juga.

Hukuman sebat ke atas pesalah hudud di Aceh. 
Sejak MH370 ghaib kita tahu soal-soal teknikal mengenai pesawat. Tahu bagaimana sebuah pesawat itu dioperasi. Tahu macam mana pesawat itu dikawal menerusi radar. Tahu juga berapa banyak radar yang merakam perjalanan sesuatu pesawat atau ketika pesawat di udara. 

Ekoran kehilangan pesawat MH370 kita juga mendengar berbagai teori untuk mengesan dan meramalkan apakah terjadi kepada pesawat berkenaan. Begitu juga dengan orang bercakap mengenai dunia aviaiton dan mengenai kehilangan itu termasuklah mereka yang tidak memahami dan jahil mengenai tentangnya ikut sama bercakap.

Saturday, May 3, 2014

UKP sambut Jubli Perak

KENYATAAN                                                                                    

Sebahagian anggota muslmin UKP bergambar kenangan.
Malam tadi keluarga besar ahli Usrah Profesional Kebajikan Malaysia (UKP) Universiti Malaysia berhimpun dalam satu majlis makan malam sempena Jubli Perak kumpulan berkenaan. Lebih 600 ahli hadir yang mempertemukan kumpulan itu sejak ia ditubuhkan dalam tahun 1982.

UKP ditubuh oleh mahasiswa Universiti Malaysian sebagai sebuah badan kebajikan menghidupkan usrah dan jalinan solidariti di kalangan sesama mahasiswa. Difaham sejak ia ditubuhkan UKP aktif dan berterusan hingga ke hari ini.

Cetusan untuk menubuhkan kumpulan berkenaan difahamkan ia dibuat selepas bekas pemimpin dan aktivis mahasiswa Anwar Ibrahim menyertai Umno tahun 1982. Penubuhan UKP itu  adalah sebagai tindak balas ke atas penyertaan Anwar ke dalam Umno.

Difaham ahlinya berada diseluruh Malaysia sesetengahnya memegang jawatan penting dalam kerajaan, perniagaan dan berbagai bidang profesional termasuk juga politik.

Antara yang hadir malam tadi ialah bekas Exco Kelantan Husam Musa, bekas ahli parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Hussein, bekas Setiausaha Politik MB Perak, Misbah, Taib Ahmad dan lain-lain. [wm.kl.5:45 pm 03/05/14]

Dua jawatan bertaraf menteri kepada ahli parlimen Pas?

EKSKLUSIF                                                                                       

Mungkin pihak-pihak tertentu termasuk Pas sendiri boleh menyiasat atau menafikan maklumat ini bahawa dua orang ahli parlimen Pas dijanjikan jawatan setaraf menteri kabinet sekiranya projek hukum hudud yang kini dibantu oleh Umno berjaya dengan selamatnya.

Maklumat ini sesuatu yang agak ganjil bunyinya kerana kalau ini benar, bermakna kesediaan Umno untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud Pas di Kelantan itu dibuat bukan saja atas tanggungjawab bersama dari kontes Islam tetapi ia merupakan adalah kerjasama politik.

Ia juga dibuat bukan atas tanggungjawab agama tetapi kerana kepentingan diri dan mahukan kedudukan. Ia juga boleh dianggap sebagai hukum hudud digadai untuk mencapai kedudukan. Hal ini tidak mustahil kerana gagasan Unity Government (UG) yang diusahakan satu masa dahulu ia juga bertolak atas kepentingan diri dimana ia dilaksanakan kerana dijanjikan jawatan menteri.

Rahsia di sebalik kunjungan Muhyiddin ke atas Tokguru

MEMAHAMI PERISTIWA                                                                     

Najib Razak berhak untuk merasa curiga dengan kedatangan tidak diundang Muhyiddin Yassin ke Pulau Melaka untuk bertemu Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lepas. Sekiranya pemergian Muhyiddin itu diluar pengetahuan Najib, wajar sekali untuk Najib memanggil Muhyiddin dan bertanya apakah maksud dan tujuan pertemuan itu. Kerana pertemuan berserampang dua mata itu sedikit sebanyak seakan membelakangi Najib. Walaupun ia dalam terang tetapi maksudnya seakan terselindung kepada Najib.

Senyum termewek Muhyiddin bila dapat jumpa Tokguru.
Pencemaran kaki pertama kali Muhyiddin ke Pulau Melaka sejak timbalan perdana menteri itu dilahirkan di dunia agak memelikkan. Apa lagi sebelum ini Muhyiddin dilihat pemimpin Umno lebih sadis mengkritik Nik Aziz berbanding dengan Najib.

Najib tidak pernah sampai membuat tuduhan Nik Aziz sebagai orang yang menyesatkan Pas dengan fatwa-fatwa sonsangnya. Tetapi Muhyiddin di zaman marahnya ada mengeluarkan kata-kata demikian; Pas sesat kerana fatwa Nik Aziz.

Sewaktu Nik Aziz terlantar sakit di hospital, Najib sudi melawat Tokguru, sebaliknya bayangan Muhyiddin langsung tidak kelihatan. Apakah matlamat sebenar Muhyiddin di sebalik kunjungan secara tiba-tiba itu?

Friday, May 2, 2014

Selami amanat Anwar di Dataran Merdeka

ULASAN                                                                                               

Mohamad Sabu diharap terus memimpin demonstrasi.
Apakah ucapan Anwar Ibrahim di laman bangunan bersejarah Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka pada himpunan TURUN bantah GST petang semalam merupakan ucapan terakhir beliau di khayalak sebelum berkelana kali kedua di Sungai Buloh?

Sekiranya mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan hukum penjara lima tahun yang telah dijatuhkan oleh mahkamah Rayuan, Anwar tidak ada pilihan lain melainkan menjalani hukum penjara. Takdir menimpa Anwar itu akan memberi kesan besar kepada kelestarian Pakatan Rakyat kerana beliau dilihat satu-satu pemimpin yang boleh menyatukan tiga parti yang mempunyai idealogi berbeza atas satu garis sama untuk menumbangkang kerajaan UBN.

Thursday, May 1, 2014

Himpunan TURUN bantah GST berjalan lancar

CATATAN                                                                                         

Pemandangan himpunan di hadapan Dataran Merdeka.
Himpunan TURUN bantah GST yang berlangsung di Dataran Merdeka petang ini telah selesai dan berjalan dengan aman. Semua pihak berpuas hati. Himpunan kali ini tidak ada halangan langsung daripada pihak polis seperti sebelum ini.

Para peserta bebas untuk bergerak. Tidak ada semburan air beracun atau pun kedengaran hantukan cota si kepala merah dan jeritan mengejar para peserta himpunan. Mungkin tidak ada setitik darah juga yang jatuh ke bumi.

Walaupun jumlah yang hadirnya tidak begitu ramai, tetapi ia cukup untuk dijadikan simbol penentangan rakyat kepada pelaksanaan cukai baru yang akan diperkenalkan kerajaan yang dikira membebankan rakyat bawahan.

Himpunan itu digerakan oleh beberapa NGO dimana enjin himpunan itu pihak Pakatan Rakyat. Pimpinan tertinggi Pakatan termasuk Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Azmin Ali, Sallahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir membimbang desakan rakyat.