Tuesday, November 27, 2018

Terpadamnya mentari Gual Periok

BELASUNGKAWA (i)

Kenangan bersama Allahyarham di suatu petsa buku
(2015), beliau hadir mempromosikan novelnya, Guran.
JIKALAU P. Ramlee boleh dianggap sebagai mentari dalam bidang seni muzik dan perfilemen negara, yang mana kehilangannya sebagai terpadamnya bintang timur dalam industri itu, nah begitu pula dengan pemergian seorang lagi penulis dan sasterawan Kelantan Norhisham Mustafa.

Monday, November 19, 2018

Hari Falsafah Sedunia mengiringi kerajaan baharu Malaysia

LAPORAN

Barisan kepimpinan tertinggi WPF.
SETENGAH orang sinis dan skeptikal apabila disebut falsafah. Falsafah dianggap atau dikonotasikan sama dengan tasawuf, tetapi hakikatnya ia berbeza. Ilmu tasawuf diterjemahkan dari penghayatan seseorang kepada ajaran dan petunjuk agama (para Nabi) manakala falsafah berdasarkan pemikiran manusiawi.

Namun dari segi persepsi kepada kedua-dua perkara ini hampir sama. Dalam terminologi agama, ilmu tasawuf atau hakikat diterima penuh berwaspada dan menganggap ia dikhususkan kepada ahlinya sahaja. Orang awam dikatakan tidak layak untuk mempelajari atau mengamalkan tasawuf. Tanggapan itu tidak benar dan ia adalah kepercayaan konservatif yang perlu diperangi.

Sunday, November 18, 2018

Kependekaan akal politik bangsa Melayu

SUSUPAN PAGI
MALAM tadi telah berlangsung himpunan menentang ICERD di Kampung Gajah Perak. Himpunan itu membawa makna besar kepada bangsa Melayu dalam kerangka politiknya. Ia menjadi tapak kepada penyatuan Melayu dua parti terbesar Melayu; Pas dan Umno. ICERD yang dilontarkan untuk direaktifikasikan telah dijadikan modal dan penarik untuk berhimpun.

Tidak menjadi masalah apakah isu itu relevan atau tidak, tidak perlu dipersolkan. Politik itu sendiri digerakan dan bergerak oleh kekreatifan para pemainnya. Apa-apa isu dan umpan yang baik perlu digunakan yang penting adalah untuk memperdaya ikan kemudian menangkapnya.

Tapa prejudis penyatuan dan kerjasama Umno dan Pas seuatu yang cukup baik untuk survival orang Melayu dan menjaga segala kepentingannya. Sepatutnya penyatuan ini berlaku sejak lama dulu. Penyatuan itu bukan terdesak waktu ini, tetapi ia terdesak sejak lampau lagi. Tidakkah keberadaan kita hari ini kerana penyatuan dan uhkwah?

Thursday, November 15, 2018

Isu ICERD umpama menjolok sarang tebuan

SUSUPAN MALAM

KERAJAAN kena muktamadkan segera cadangan untuk meraktifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskiminasi Kaum (ICERD) yang kini sudah mulai menjadi isu politik yang sedang mematang.

Perkara ini tidak perlu ditangguh-tangguhkan. Kerajaan PH tidak perlu bermain dan terpaksa melayani isu ini kerana masih banyak kerja lain yang perlu ditangani. Beberapa tuntutan yang menjadi rintihan rakyat bawahan seperti saraan hidup mereka belum tuntas.

Dengan membiarkan isu ini tanpa ada pemuktamadan menyebabkan kerajaan sedikit terganggu.

Kata Dr M belum ada rombakan kabinet

SIULAN MALAM

Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak ada rombakan kabinet dalam tempoh terdekat. Begitu katanya dan kenyataan ini terbaharu. Kenyataan ini sebagai menegaskan kenyataan beliau sebelum ini. Dengan kenyataan terbaharu itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada menteri yang berasakan dirinya akan menjadi mangsa digugurkan sebagai menteri.

Kenyataan itu juga memberi peluang kepada menteri yang sebelum ini disuluh dan dinilai gagal menunjukkan prestasi sebagai menteri kabinet. Mereka perlu menggunakan masa atau peluang yang ada untuk melonjakkan pencapaian mereka.

Hendaknya para menteri tidak mengsia-siakan peluang yang diberikan Perdana Menteri itu. Bagaimana pun kenyataan itu bukan jaminan mereka akan selamat.

Friday, November 9, 2018

Notis saman tuntutan bernilai berbillion ringgit dihantar

BERITA JUMAAT

SEBUAH syarikat pembinaan bertaraf konglomerat dikatakan telah menghantar surat saman (letter of demand) kepada sebuah kerajaan negeri dibawah pimpinan Pakatan Harapan.

Notis saman itu dihantar seminggu lalu yang memberi tempoh 15 hari untuk dijawab. Difahamkan kerajaan itu mempunyai tiga hari sahaja lagi tempoh untuk menjawab notis saman berkenaan jika tidak syarikat kongmerat itu akan menfailkan saman di mahkamah.

Tuntutan saman itu difahamkan berpunca daripada penarikan balik lesen (perjanjian) yang diberikan kepada syarikat berkenaan.

Nilai tuntutan saman dianggarkan berbillion ringgit? Tunggu perkembangan selanjutnya. Trims. [wm.kl.11:05 am 09/11/18]

Thursday, November 8, 2018

Dua kerajaan negeri PH bakal bergolak?

EKSKLUSIF

DUA buah kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) bakal bergolak dengan sesuatu isu yang seharusnya tidak berlaku dan boleh diatasi dsecara profesional. Kedua negeri itu berdepan dengan isu pembangunan.

Walaupun saya sudah memiliki separuh daripada maklumat isu berkenaan tetapi saya rizebkan untuk tidak mendedahkan perkara itu di sini buat masa ini. Diharap isu itu dapat ditutup dengan baik.

Kedua-dua isu itu turut melibatkan CEO kerajaan kedua-dua negeri itu secara langsung.

Kita berharap dalam tempoh rezab ini ia dapat diselesaikan dengan baik dan isu berkaitan tidak didedahkan. Sebaik-baik penyelesaian ia ditangani sendiri oleh pucuk pimpinan parti terbabit. [wm.kl.2:21 pm 08/11/18]


Tuesday, November 6, 2018

Kenapa harus curigai MP Umno sertai Bersatu?

ULASAN 

PENGHIJRAHAN bekas pemimpin Umno khasnya yang berstatus sebagai wakil rakyat tidak disenangi dan dibuat berbagai andaian dan tohmahan. Terutamanya desas desus ada bekas-bekas menteri kanan akan menyertai Bersatu mereka dianalogi dengan berbagai cara. Penghijrahan dan desas desus itu diberi pandangan negatif oleh para pemimpin parti PH sendiri.

Klimeks timbul kebimbangan itu apabila A Kadir Jasin menulis mendedahkan ada 40 orang wakil rakyat akan menyertai Bersatu. Kenyataan Kadir itu agak ekstrem. Saya pula melihatnya lebih kepada gimik. Gempar politik semata-mata dimana ia adalah kepakaran orang seperti Kadir selaku seorang journalist.

Friday, November 2, 2018

Cara kerajaan Pakatan Harapan hendak tipu pengundi?

RENUNGAN PAGI

ANTARA orang yang berkobar-kobar memberi keyakinan dan harapan baharu kepada kira2 130,000 warga peneroka ialah sdr Mazlan Aliman. Beliau yang juga sebagai Presiden Anak, sebuah Ngo yang ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib dan masa depan para peneroka yang dikatakan sebagai ditekan dan ditindas oleh kerajaan UBN.

Ada beberapa janji yang diberikan oleh Mazlan dan pemimpin lain kepada peneroka. Dan ianya sangat menarik dan sungguh merujakan. Sesiapa yang mendengar janji dan harapan yang diberikan Mazlan, bayi atau janin dalam perut anak-anak atau cucu para peneroka pun mahu segera keluar menjenguk dunia walaupun tidak cukup bulan kerana mereka yakin kalau lahir awal pun tidak akan menghadapi kesusahan kerana kehidupan mereka terjamin dengan mendengar janji diluahkan oleh Mazlan.

Thursday, November 1, 2018

Kunjungan serampang dua mata terhadap Dr Mahathir?

ANALISA

Perjumpaan Ahmad dan Samsuri dengan Dr Mahathir
ditumpangi sama oleh Hadi, Mustapa dan Nordin.
DALAM media sosial telah tular gambar pertemuan (menghadap) dua Menteri Besar dari negeri pembangkang, Ahmad Yakob (Kelantan) dan Samsuri Mokhtar (Terengganu) dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pertemuan itu mungkin berlaku dua hari lepas berdasarkan gambar yang ditularkan. Apakah maksud dan hasil pertemuan itu tidak pula diberitakan.