Friday, June 28, 2019

Parti Amanah siap untuk memilih pemimpin.

ULASAN KHAS
[Bhg Pertama]

TAHUN ini akan berlangsung pemilihan dalam Parti Amanah Negara (Amanah). Pemilihan ini adalah kali kedua sejak parti itu ditubuhkan empat tahun lepas, 16 September 2015.

Pemilihan  pertama pada tahun 2015. Menurut perlembagaan tubuh parti itu, pemilihan itu akan dilakukan dalam Kongres Nasional yang akan diadakan setiap tiga tahun sekali.

Pemilihan kali ini meliputi semua peringkat termasuk kawasan dan negeri. Pemilihan peringkat cawangan sudah pun selesai yang kemudian akan diikuti pemilihan peringkat kawasan yang akan bermulai 1 Julai. Kemuncaknya pemilhan peringkat nasional September depan.

Tuesday, June 25, 2019

Penggabungan Pas - Umno masih kabur

ULAS MUKTAMAR 65

Muktamar Pas ke 65. Foto: Sinar.
PARTI Islam se Malaysia (Pas) (yang kini dikenali dengan Pam) telah mengadakan muktamar ke 65 bertempat di Gambang Pahang Darul Makmur. Pahang dipilih sebagai tuan rumah yang pertama kali sejak kewujudan parti agama itu sejak 68 tahun lampau.

Sebelum ini muktamar kerap diadakan di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Terengganu. Dan hampir semua negeri-negeri di Semenanjung sudah menjadi tuan rumah, kecuali Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, serta Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak tidak pelik kerana ia negeri terkemudian menerima kemasukan Pam.

Saturday, June 22, 2019

Anwar jadi PM: Jangan sangsikan Mahathir

ULASAN

Pertemuan Mahathir - Anwar yang berlaku
secara hakikat.
SETIAP kali Dr Mahathir Mohamad ke luar negara dan mengadakan sidang akhbar beliau tidak dapat mengelak daripada menjawab pertanyaan "bila beliau akan serahkan jawatan Perdana Menteri (PM) kepada Anwar Ibrahim."

Soalan itu seperti soalan wajib yang akan diajukan kepada Mahathir. Ia seperti soalan subjek bahasa Malaysia dalam kertas SPM.

Tuesday, June 18, 2019

Video lucah Haziq: Yang terjempit kini Mahathir?

ULASAN RINGKAS

Kenyataan kedua mengenai video Haziq daripada
Mahathir sedang ditunggu.
MACAM-MACAM spekulasi, analisa dan agakan diperkatakan umum berhubung dengan penyebaran video lucah Haziq Aziz. Berbagai-bagai teori pula dikemukakan dalam mencari tujuan dan kesan penyebaran video berkenaan.

Antaranya ada berpendapat ia adalah strategi untuk memecahkan Keadilan dan juga kerajaan Pakatan Harapan.

Friday, June 14, 2019

Beberapa kenyataan yang tidak membantu...

ULASAN BERITA

PETANG ini saya hendak ulas tiga berita yang disiarkan bersabit video lucah membabitkan menteri kanan negara Malaysia. Berita-berita itu ialah pendedahan dibuat oleh timbalan ketua Pemuda PKR Sabah Blisson Zainuddin, dua, berita usaha Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) dalam menyiasat isu tersebut dan ketiga, kenyataan Otai Refromasi Dr Idris Ahmad yang mecurahkan rasa kesal dengan sikap Dr Mahathir dan cadangannya agar Azmin Ali direhatkan.

Blassion dalam satu kenyataan akhbar di Sabah, telah mendedahkan perihal Haziq Aziz yang beberapa kali menghubunginya meminta jadual atau perjalanan Azmin Ali semasa kempen pilihan raya kecil Sandakan. Katanya dia berasa pelik dengan tindakan Haziq itu.

Thursday, June 13, 2019

Kes video lucah berbeza dengan kes kematian Orang Asli

TANPA PREJUDIS

KETIKA kita masih menunggu apakah hasil siasatan dan kajian untuk mengetahui punca sebenar menyebabkan 14 Orang Asli suku Bateq di Kuala Koh meninggal, kita rakyat Malaysia dihidang pula dengan satu lagi kemisterian, dengan munculnya klik video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan.

Wednesday, June 12, 2019

Cuba kaitkan dengan video lucah Azmin sifat komplot jahat


REAKSI

MENTERI Hal Ehawal Ekonomi Mohamed Azmin Ali telah mengeluarkan kenyataan khas berhubung pengaitan dirinya dengan satu kilik video lucah yang tersebar dalam media sosial sejak semalam.

Dalam kenyataan lima perenggan itu Azmin menafi sekaras-kerasnya dakwaan seorang lelaki yang membuat pengakuan menerusi media sosial mengaitkan ia sebagai dirinya.

Azmin menyifatkan dakwaan itu satu komplot jahat bertujuan untuk merosakkan reputasi dan juga membunuh kerier politiknya.

Penyebaran video lucah mengotorkan politik kita

REAKSI

BELUM habis kita semua bertasbih dan bertahmid memuji dan membesarkan nama Tuhan sempena Aidifitri tiba-tiba kita dikejutkan dengan penyebaran kilik video porno yang katanya membabitkan seorang pemimpin kanan negara.

Dalam media sosial apa-apa sahaja boleh diakses kerana manusia menjadi tidak malu dan hilang moral, sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk merakam aksi sendiri dan menyebarkan untuk tontonan ramai. Cara itu dibanggakan pula. Jadi saya tidak mempercayai apa yang dimasukkan itu, video berkenaan, apabila ia turut sama terselik dalam wall media sosial saya. Saya ignorekan begitu sahaja kerana itu sebaik-baik caranya untuk tidak sama berbolot dengan kerja syaitan.

Tuesday, June 11, 2019

Marilah kita buka mata seluas-luasnya

Suku Bateq di sebuah khemah sementara.
ULASAN KHAS

KEJADIAN yang menimpa Orang Asli suku Bateq di Kuala Koh Gua Musang boleh membuka mata kita semua dan kejadian itu perlu diambil sebagai iktibar berguna.

Walaupun punca kematian masih belum dipastikan, tetapi kematian dalam jumlah besar, 14 orang dalam tempoh singkat ia menggemparkan. Kematian itu bukan kematian biasa tetapi kematian luar biasa yang boleh dianggap suatu tragedi kepada suku itu.

Monday, June 10, 2019

Misteri kematian 14 Orang Asli menuju ke titik akhir

ULASAN

Zulpuri (tengah) ketika membuat lawatan
ke lombong berkenaan.
KEMATIAN misteri 14 masyarakat Orang Asli suku Batqe di Kuala Koh mungkin akan terjawab tidak lama lagi berikutan sudah ada perkembangan dan tanda-tanda akan menjawab persoalan yang menghantui pemikiran umum sehari dua ini.

Pengesahan oleh pakar kesihatan bahawa mereka yang meninggal, tidak ada sangkut paut dengan Tibi membuka persepsi baharu ke arah mencari jawabannya.

Sunday, June 9, 2019

Dedah segera punca kematian Orang Asli Kuala Koh

ULASAN KHAS

Sungai Aring yang diambil mengguna drone
seperti dilapirkan oleh NST 3 Mac 2019
KEJADIAN yang menimba masyarakat Orang Asli kaum Bateq di Kuala Koh, Gua Musang yang dilaporkan telah meragut 13 nyawa perlu dipandang serius. Tidak boleh peristiwa itu dianggap perkara biasa, apa lagi cuba mengelaskan masyarakat Orang Asli itu berbeza dengan status masyarakat atau kaum lain.

Friday, June 7, 2019

Pelantikan Latheefa sudah tepat, salahnya sikit sahaja

ULASAN

DALAM status FB pagi ini saya mempertikaikan sikap para menteri yang tidak bersuara langsung menegur tindakan Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Bibee Koya sebagai Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM), dan menganggap mereka bagaikan sang tikus yang jatuh ke genak beras ada asasnya.

Wednesday, June 5, 2019

Salam Aidifitri Pohon Kemaafan

SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI 1440/2019

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. 
Saya mengucapkan selamat hari raya Aidifitri kepada semua penjengok blog Merah Tinta.

Saya mengambil kesempatan memohon keampunan dan kemaafan kepada semua atas apa-apa kesalahan dan kesilapan yang mungkin saya lakukan baik sedar atau tidak.

Terima kasih tidak terhingga juga saya ucapkan kepada semua penjengok khasnya yang mengikuti blog ini sejak awal mula ia diwujudkan sehingga ke hari ini.

Pengekalan dan kepercayaan anda kepada blog ini sangat saya hargai, dan sokongan itulah menyebabkan saya terus berblog.

Mudah-mudahan yang kita semua lakukan selama ini mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah taala. Selamat hari raya. [wm.kl.9:24 am 05/06/19]

Saturday, June 1, 2019

Zaki seorang pejuang yang tegas dan telus

BELASUNGKAWA

Ketika ziarahi Allahyarham pada Nov 2018
dan ini kali terakhir berbicara dengannya.
KEPIMPINAN Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) dibawah naungan gandingan Husam Musa dan Takiyuddin Hassan sebagai Ketua Pemuda (era 1990an) melahirkan ramai pemimpin pelapis Pas khasnya dari kalangan pemuda di Kelantan.