ULASAN KHAS
[Bhg Pertama]
TAHUN ini akan berlangsung pemilihan dalam Parti Amanah Negara (Amanah). Pemilihan ini adalah kali kedua sejak parti itu ditubuhkan empat tahun lepas, 16 September 2015.
Pemilihan pertama pada tahun 2015. Menurut perlembagaan tubuh parti itu, pemilihan itu akan dilakukan dalam Kongres Nasional yang akan diadakan setiap tiga tahun sekali.
Pemilihan kali ini meliputi semua peringkat termasuk kawasan dan negeri. Pemilihan peringkat cawangan sudah pun selesai yang kemudian akan diikuti pemilihan peringkat kawasan yang akan bermulai 1 Julai. Kemuncaknya pemilhan peringkat nasional September depan.
Proses pemilihan Amanah berbeza dengan proses pemilihan parti-parti Umno, Keadilan ataupun Parti Agama Malaysia (Pam). Ia ada persamaan sedikit dengan proses pemilihan pemimpin dalam DAP, dimana ahli tidak langsung memilih mana-mana ahli dicalon sebagai ketua, pengerusi negeri dan presiden, sebaliknya mereka memilih sejumlah pemimpin (calon) yang ditetapkan.
Selepas kumpulan yang dipilih itu barulah pemilihan (muafakat) persis syura akan dibuat untuk memilih presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.
Pemilihan untuk ketua kawasan akan dibuat dalam mesyuarat tahunan kawasan. Dalam mesyuarat ini ahli memilih 15 orang (Ahli jawatankuasa) yang kemudian di kalangan 15 itu akan memilih seorang ketua, timbalan ketua dan tiga naib ketua.
Manakala di peringkat negeri pula pemilihan dibuat menerusi Kongres Negeri. Dalam kongres ini dipilih seramai 17 orang dan kalangan mereka terdiri daripada pengerusi kawasan kemudian mereka memilih pengerusi negeri dan timbalan dan tiga naib.
Di peringkat nasional pula, Kongres Nasional akan memilih 23 orang pemimpin (calon), dimana mereka kemudian akan bermesyuarat untuk menentukan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.
Berlainan.
Cara atau sistem ini menarik dan menggambarkan parti ini mengamalkan pemilihan secara syura, muafakat. Ahli tidak dibenarkan untuk langsung memilih pemimpin mereka untuk jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden. Mungkin cara ini juga dibuat bagi mengelakkan berlaku manipulasi pemilihan serta mengurangkan aktiviti berkempen yang boleh menyebabkan berlaku politik wang, beli undi.
Bagaimana pun matlamat untuk mengelakkan pemanipulasian itu tetap juga ada. Kerana pemilihan itu juga tidak dapat mengelak ia membentuk kumpulan tertentu. Mana-mana kumpulan yang menguasai jawatankuasa tertinggi (CEC) itu mempunyai majoriti untuk memilih mana-mana individu yang mereka ingini.
Pemilihan kali kedua ini bolehlah disifatkan sebagai pemilihan sebenarnya untuk mencorakkan Amanah. Pemilihan kali ini dijangka hangat kerana kedudukan parti itu bukan seperti mula-mula dibentuk lalu. Jadi tidak hairan kalau ada penambahan keahlian mendedak serta berlaku kerenah sebotaj di sesuatu kawasan atau negeri.
Seperti mana dilaporkan semasa mesyuarat peringkat cawangan bulan lalu timbul berbagai masalah. Ada ahli yang dibatalkan pendaftarannya, atau permohonan penubuhan cawangan baru tidak diluluskan. Ada juga yang tidak dibenarkan mengundi. Lebih teruk dari itu ada tindakan sebotaj melambatkan kelulusan permohonan cawangan dan juga kawasan dimana tindakan telah melemahkan parti itu.
Pencapaian parti itu dalam pilihan raya lalu dengan memenangi 11 kerusi kerusi parlimen dan beberapa kerusi negeri, menjadikan ia sebuah parti yuang mula diberi perhatian umum. Kemenangan PH dan tumbangnya kerajaan BN menyebabkan ramai yang sebelum ini hanya memerhati parti Amanah dari jauh sudah mendekati dan menyertainya.
Apa lagi terdapat bahkan hampir kesemua ahli parlimennya diberikan peluang untuk menjadi anggota kabinet. Lima daripada mereka dilantik menjadi Menteri dan empat menjadi timbalan menteri termasuk seorang senator.
Dari segi pencapaian mengikut nisbah usia, parti ini merupakan parti bersejarah dan mendapat kepercayaan rakyat yang begitu cepat. Pencapaiannya sangat memberangsangkan. Bayangkan belum sampai tiga tahun ditubuh, parti itu terus menjadi parti memerintah dan ahli parlimennya menjadi anggota kabinet. Pencapaian ini jauh lebih baik dari parti induknya Pam.
Justeru pemilihan kedua ini meriah dan hangat. Kalau pemilihan pemimpin sesi dahulu dibuat lebih kepada kesediaan mereka menanggung (memegang) jawatan tertentu tetapi kali ini berbeza. Ahli akan membuat pilihan dengan mengambil kira wibawa, kebolehan serta track record. Pemimpin yang menjadi wakil rakyat, apa lagi menteri kabinet akan dinilai sebaik mungkin oleh ahli sejauh mana kemampuan mereka mengederai kementerian masing-masing.
Lantaran itu mana-mana pemimpin tidak boleh lagi berharap mereka akan dipilih berdasarkan kesediaan mereka untuk menjadi pemimpin. Kaedah demikian tidak akan terpakai lagi dalam pemilihan kali ini. Hendak tidak hendak elemen persaiangan akan berlaku di sepanjang pemilihan ini. Bersambung. [wm.kl.3:01 pm 28/06/19]

Mungkin kerana pendekatan ini serupa dengan proses pemilihan DAP di mana pengerusinya dan lain-lain jawatan penting DAP akan dilantik oleh di kalangan pemimpin ahli jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) yang dipilih dalam konvensyen. DAP tidak memilih berdasarkan jawatan, begitu juga dengan cara Amanah. Menyebabkan proses pemilihan pemimpin Amanah ada mirip pemilihan pemimpin DAP menyebabkan ia dianggap sebagai anak tiri DAP?
Berlainan.
Cara atau sistem ini menarik dan menggambarkan parti ini mengamalkan pemilihan secara syura, muafakat. Ahli tidak dibenarkan untuk langsung memilih pemimpin mereka untuk jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden. Mungkin cara ini juga dibuat bagi mengelakkan berlaku manipulasi pemilihan serta mengurangkan aktiviti berkempen yang boleh menyebabkan berlaku politik wang, beli undi.
Bagaimana pun matlamat untuk mengelakkan pemanipulasian itu tetap juga ada. Kerana pemilihan itu juga tidak dapat mengelak ia membentuk kumpulan tertentu. Mana-mana kumpulan yang menguasai jawatankuasa tertinggi (CEC) itu mempunyai majoriti untuk memilih mana-mana individu yang mereka ingini.
Pemilihan kali kedua ini bolehlah disifatkan sebagai pemilihan sebenarnya untuk mencorakkan Amanah. Pemilihan kali ini dijangka hangat kerana kedudukan parti itu bukan seperti mula-mula dibentuk lalu. Jadi tidak hairan kalau ada penambahan keahlian mendedak serta berlaku kerenah sebotaj di sesuatu kawasan atau negeri.
Seperti mana dilaporkan semasa mesyuarat peringkat cawangan bulan lalu timbul berbagai masalah. Ada ahli yang dibatalkan pendaftarannya, atau permohonan penubuhan cawangan baru tidak diluluskan. Ada juga yang tidak dibenarkan mengundi. Lebih teruk dari itu ada tindakan sebotaj melambatkan kelulusan permohonan cawangan dan juga kawasan dimana tindakan telah melemahkan parti itu.
Pencapaian parti itu dalam pilihan raya lalu dengan memenangi 11 kerusi kerusi parlimen dan beberapa kerusi negeri, menjadikan ia sebuah parti yuang mula diberi perhatian umum. Kemenangan PH dan tumbangnya kerajaan BN menyebabkan ramai yang sebelum ini hanya memerhati parti Amanah dari jauh sudah mendekati dan menyertainya.
Apa lagi terdapat bahkan hampir kesemua ahli parlimennya diberikan peluang untuk menjadi anggota kabinet. Lima daripada mereka dilantik menjadi Menteri dan empat menjadi timbalan menteri termasuk seorang senator.
Dari segi pencapaian mengikut nisbah usia, parti ini merupakan parti bersejarah dan mendapat kepercayaan rakyat yang begitu cepat. Pencapaiannya sangat memberangsangkan. Bayangkan belum sampai tiga tahun ditubuh, parti itu terus menjadi parti memerintah dan ahli parlimennya menjadi anggota kabinet. Pencapaian ini jauh lebih baik dari parti induknya Pam.
Justeru pemilihan kedua ini meriah dan hangat. Kalau pemilihan pemimpin sesi dahulu dibuat lebih kepada kesediaan mereka menanggung (memegang) jawatan tertentu tetapi kali ini berbeza. Ahli akan membuat pilihan dengan mengambil kira wibawa, kebolehan serta track record. Pemimpin yang menjadi wakil rakyat, apa lagi menteri kabinet akan dinilai sebaik mungkin oleh ahli sejauh mana kemampuan mereka mengederai kementerian masing-masing.
Lantaran itu mana-mana pemimpin tidak boleh lagi berharap mereka akan dipilih berdasarkan kesediaan mereka untuk menjadi pemimpin. Kaedah demikian tidak akan terpakai lagi dalam pemilihan kali ini. Hendak tidak hendak elemen persaiangan akan berlaku di sepanjang pemilihan ini. Bersambung. [wm.kl.3:01 pm 28/06/19]
No comments:
Post a Comment