Friday, November 29, 2013

Pas akan bermesyuarat bentuk eksekutif parti 1 Disember

PANDANGAN LUAR                                                                        

Jawatankuasa kerja Pas Pusat dijangka mengadakan mesyuarat pertama pada 1 Dismber nanti. Mesyuarat ini akan membentuk portfolio dan melantik eksekutif parti Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penenerangan, Pengarah Pilihan Raya dan beberapa AJK tambahan.  Juga Presiden parti akan mengumumkan perlantikan Pesuruhjaya Negeri.

Mustapa, tidak akan dilantik?
Perhatian kini tertumpu kepada jawatan Setiausaha Agung apabila khabarnya penyandang sekarang Mustapa Ali tidak akan dilantik lagi. Ada pun faktor kenapa Mustapa Ali tidak akan dilantik kurang jelas, tetapi itulah yang kedengaran sejak sebelum muktamar lagi. Boleh jadi juga kerana pencapaiannya selama memegang jawatan berkenaan kurang memuaskan atau ada masalah terlalu peribadi.

Elok juga kalau Pas ingin merihatkan 'arkitek' Pas Terengganu itu kerana usianya juga sudah lanjut. Mustapa adalah satu-satunya tokoh Pas yang berkhidmat di beberapa era yang masih ada. Hampir semua jawatan disandangnya kecuali timbalan presiden dan presiden. Rakan-rakan sebaya dengannya sudah pun mengundur diri seorang demi seorang.

Thursday, November 28, 2013

Khalid mungkin ada motif naikan gaji Adun Selangor?

TAFSIRAN MALAM                                                                             

Tindakan Khalid Ibrahim menaikan gaji 56 Adun Selangor menimbulkan berbagai persepsi pro dan kontra. Ada yang menganggap kenaikan itu tinggi dan ada yang menyifatkan Khalid lebih mementingkan sendiri daripada kebajikan rakyat.

Khalid dikirik.
Yang mengkritik Khalid bukan saja dari pihak UBN tetapi dari PKR sendiri.

Semalam Khalid mengumumkan kenaikan elaun Adun di Dewan Undangan Negeri Selangor. Ekoran kenaikan itu Adun Selangor akan menerima kadar gaji baru berjumlah RM11,250 Timbalan Speaker RM15,750, Speaker RM22,500, Exco RM20,250 dan MB RM29,250.

Kenaikan paling tinggi ialah untuk Speaker sebanyak 373%. Bahkan gaji Khalid dikatakan mengatasi gaji perdana menteri RM22,826.65.

Naib Presiden Umno Hishamuddin Hussein mempertikaikan kenaikan itu menyifatkan Khalid lebih mementingkan kebajikan sendiri dari menjaga kepentingan rakyat. Katanya rakyat Selangor masih belum terbela sepenuhnya di mana masalah pembangunan di luar bandar, kebajikan rakyat tidak lagi sempurna.

Akhirnya Ahmad Yaakub menemui Najib di Putrajaya

BERITA TERKINI                                                                                

Setengah jam lalu saya menerima kiriman dua keping gambar Menteri Besar Ahmad Yaakub dengan diiringi Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa yang baru turun dari pejabat Perdana Menteri di tingkat empat bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Ahmad diiringi Ali H Hamsa selepas jumpa Najib.
Tidak ada apa-apa keterangan berhubung gambar berkenaan, kecuali ditulis "Alhamdulilah pertemuan MB Kelantan dengan PM selesai".

Gambar kedua menunjukkan tidak kurang lima orang mengiringi Ahmad dan Ali Hasma yang berada di barisan hadapan. Apakah selain Ahmad Yaakub ada pimpinan kerajaan Pas dan pegawai lain Kelantan lain ikut sama dalam pertemuan bersejarah itu?

Pertemuan dijangka berlangsung jam 9:00 pagi tadi dan selesai tidak sampai dua jam. Hendaknya ada manfaat untuk rakyat dalam pertemuan yang boleh dianggap bersejarah itu.

Sebelum ini Ahmad Yaakub sebaik saja mengambil alih kepimpinan Kelantan dari Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil pendekatan berbaik dan berlunak dengan kerajaan Pusat berdasarkan keperluan semantat federalimse. Istilah yang digunakan ialah pendekatan G to G.

Perjuangan Nurul Izzah tangguh kenaikan cukai pintu berjaya

SUSUPAN PAGI                                                                                   

Nurul Izzah Anwar
Warga Kuala Lumpur yang terlibat dengan penotisan taksiran cukai pintu oleh DBKL boleh menarik nafas lega seketika apabila cadangan kenaikan taksiran sepatut bermula 1 Januari 2014 ditangguhkan.

Perkara ini diumumkan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Loga Bala Mohan di perlimen semalam semama menggulung perbahasan perbekalan untuk kementerian berkenaan.

Penangguhan yang dibuat itu menunjukkan kerajaan peka kepada sunggutan dan desakan rakyat berhubung perkara itu yang dirasakan membebankan. DBKL telah menghantarkan notis bertarikh 18 November lalu untuk mengenakan kasar cukai baru.

Wednesday, November 27, 2013

Kerajaan Kelantan tolak proposal Ecobound untuk bina lebuh raya

SUSUPAN MALAM                                                                              

Kerajaan Kelantan akhirnya menyedari akan sejauh mana kemampuan konsortium Ecobound Sdn Bhd untuk melaksanakan projek lebuh raya Kelantan sepanjang 30km dari Kota Bharu ke Kuala Krai bila mana akhirnya cadangan konsortium berkenaan ditolak.

Hanifa Ahmad
Jurucakap kerajaan negeri menjelaskan, pihak kerajaan menolak kerana tidak bersetuju dengan syarat-syarat (terms and references) dikemukakan oleh konsortium berkenaan untuk membina lebuh raya berkenaan ikut kaedah wakaf yang dipersetujukan.

Bagaimana pun projek yang sangat diperlukan rakyat Kelantan itu diteruskan juga dengan membuka tander terbuka kepada mana-mana syarikat berwibawa untuk membinanya.

Muzakarah Umno - Pas: Biarlah jadi kenyataan

PERSEPSI                                                                                              

Kesediaan Umno dan Pas untuk mengadakan perbincangan dan muzakarah sudah pasti disambut baik oleh mereka yang rindukan kepada kedamaian dan keharmonian. Apa lagi mereka yang mual dengan aksi politik keterlaluan sangat mengalu-alukannya.

Perbicangan itu sudah pasti ia akan membuatkan hasil yang baik. Kalau ia tidak menyelesaikan semua masalah, tetapi setidak-tidaknya ia memberi peluang kedua-dua pihak mengenai hati budi masing-masing. Kata pepatah Arab kalau kamu tidak dapat semua kamu jangan buang semua.

Walaupun skop perbincangan itu nanti luas tetapi seperti mana kata Perdana Menteri, Najib Razak peringkat permulaan ia akan terarah kepada Kelantan terlebih dahulu. Perbicangan ketua kerajaan federal dengan ketua kerajaan negeri.

Tuesday, November 26, 2013

Inchek Ibrahim dilantik sebagai ahli lembaga pengarah UITM?

MAKLUMAT                                                                                     

Seorang penjengok blog Merah Tinta memaklumkan Ibrahim Ali dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah UITM yang baru dan perkara itu disifatkan sebagai sesuatu mengejutkan. Perkara ini disedari apabila ketika konvokesyen baru-baru ini di mana ada nama Ibrahim tercatat didalam buku cendera mata.

"Beberapa ibubapa yang hadir ke majlis konvokesyen terkejut melihat nama Ibrahim itu," jelasnya penjengok berkenaan.

Menurutnya ada juga ibu bapa kehairanan dan bertanya apakah tidak ada nama lain untuk dilantik menjadi ahli lembaga pengarah.

Zahid dan Anwar sama-sama pembohong?

SULUH PAGI                                                                                      

Naib presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Anwar Ibrahim cuba mengalih tumpuan daripada membicarakan soal kemasukan 40,000 orang Bangladesh ke negara ini untuk memberi undi kepada UBN dalam pilihan raya dulu. Zahid menyifat Anwar berdolak dalih mengenai perkara itu kerana menyembunyikan pembohongannya tentang kemasukan Bangladesh itu.

Rasanya bukan saja saya yang menyampah dengan isu kemasukan 40,000 Bangladesh ini, tetapi mereka yang bijak dan sedar politik juga bosan. Budak kecil pun tahu sejauh manah logik dan bohongnya. Isu itu adalah psywar politik saja. Kita percaya Zahid dan Najib Razak yang kononnya sanggup ke Bangladesh untuk mencari bukti kemasukan itu juga tahu mengenai 40,000 Bangladesh ini.

Najib juga ikut sama mandi dalam lumpur dengan isu ini.

Monday, November 25, 2013

Kedudukan golongan ulamak dan profesional sama gagah dalam PAS

ULASAN MUKTAMAR                                                                         
[Bhg Kedua]

Seramai 1,086 orang perwakilan yang mengambil bahagian dalam memilih pucuk pimpinan Pas untuk sessi 2013 - 2015 menampkan keresionalan mereka. Kalau kita menerima ada dua aliran pemikiran atau kumpulan di dalam Pas, dua golongan ulamak dan bukan ulamak (profesional) menjelaskan kedudukan mereka sama gagah.

Jika diambil kepada jumlah undi diperolehi calon Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) yang disifatkan digolongkan profesional manakala Nik Amar golongan ulamak sebagai perbandingnya (contoh) menjelaskan kedudukan itu.

Mohamad Sabu mendapat 588 undi atau kira-kira 54.5% undi manakala Nik Amar mendapat 490 undi atau kira-kira 45.5%. Ini menunjukkan kedudukan mereka atau golongan di dalam Pas sama gagah.

Muktamar berakhir dengan air mata

SULUHAN MUKTAMAR                                                                     
[Bhg Pertama]

Muktamar Pas ke-59 sudah selesai dalam keadaan sedikit emosi. Muktamar tahun ini berlangsung dalam suasana suspen dan penuh dramatik ekoran berlaku pertandingan sengit. Perlawanan untuk jawatan timbalan presiden dan naib presiden bolehlah dikatakan perjuangan hidup mati untuk calon-calon tertentu.

Mohamad bersalama dengan Nik Amar selepas mengundi.
Alhamdulilah, mereka telah disiapkan liang lahad politik untuk dikambuskan dalam muktamar ini ternyata masih dapat menyelamatkan diri. Mereka masih disayangi. Ini menyebabkan muktamar ke-59 yang berlangsung selama tiga hari bertempat di Stadium Melawati Shah Alam, bermula 22 dan berakhir 24 November itu bukan merupakan paku keranda terakhir buat individu tertentu itu manakala bagi yang lain ia adalah permulaan yang baik.

Misalnya sekiranya penyandang timbalan presiden Pas, Mohamad Sabu tewas ini bermakna masa depan politiknya sudah 'khalas'. Kedudukan atau harapan untuk duduk dibarisan hadapan sekurang-kurang ditempat hari ini sudah berakhir. Kerana itu bagi Mohamad Sabu perlawanan ini sungguh sengit dan mencabarkan buatnya.

Saturday, November 23, 2013

Mohamad Sabu tewaskan Nik Amar

TERKINI MALAM                                                                                 

Mohamad Sabu telah diumumkan sebagai timbalan presiden Pas untuk periode 2013-2015 apabila berjaya menewaskan pencabarnya Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti tipis 98 undi.

Mat Sabu mengutip 558 undi manakala Nik Amar 490.

Untuk pemenang tiga naib presiden tidak dapat diumumkan kerana berlaku pengiraan semula undi apabila empat calon dikatakan dibezakan dengan beberapa undi sahaja untuk menduduki kerusi berkenaan.

Manakala bagi jawatan AJK pula 18 orang yang dipilih ialah,Idris Ahmad, Ahmad Mazlan Aliman, Mohd Nizar Jamaluddin, Amiruddin Hamzah, Mohd Hatta Ramli, Nasrudin Hassan, Mujahid Yusuf Rawa, Nik Abdul Nik Abdul Aziz.

Dzulkifly Ahmad, Mohamed Hanifa Maidin, Kamarudin Jaffar, Khalid Samad, Nik Zawawi Salleh, Syed Azman, Ridhuan Mat Nor, Mahfodz Mohamad, Siti Mariah Mahmud dan Nuridah Salleh. [shah alam 7:20 am 23/11/13]

Pengundian selesai, pengiraan sedang berlangsung

TERKINI                                                                                               

Para pemerhati politik dan peminat Pas kini sedang menanti-nanti keputusan pemilihan dalam Pas yang dijangka diumumkan menjelang tengah hari ini sebelum muktamar berhenti rehat. Proses pengundian semula untuk jawatan AJK Pas pusat baru selesai dijalankan.

Asmuni Alwi
Pengumuman rasmi masa untuk mengundi tamat telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Asmuni Awi jam 10:43 minit pagi.

Pengiraan undi dijangka akan bermula sejurus semua peti-peti undi dibawa ke dewan pengiraan.

Persoalan yang sedang menggaru-garu kepala orang ramai ialah apakah keputusan itu nanti. Apakah berlaku kejutan atau sebaliknya.

Kesilapan 'teknik' kedua dalam PAS

SUSUPAN PAGI                                                                                 

Kesilapan teknikal dalam kertas undi untuk jawatan Ajk PAS yang menyebabkan pengundian untuk jawatan berkenaan yang berlangsung selama sejam dihentikan semalam dan disambung pagi ini sesuatu yang memalukan dan
membuang masa. Ia juga satu sejarah baru kepada Pas.

Takiyuddin: perlu jelaskan.
Kejadian itu juga mencacatkan muktamar kali ini yang kononnya hendak melakukan perubahan teknikal di dalam muktamar yang melibatkan proses pemilihan parti. Penolong Setiausaha Agung yang juga merangkap Pengarah Muktamar, Takiyuddin Hassan sebelum ini membuat kenyataan bahawa muktamar kali ini ada sedikit kelainan.

Apakah kelainan yang disebut itu ianya bersangkutan dengan penangguhan pengundian jawatan AJK semalam disebabkan kesilapan teknikal di kertas undi?

Friday, November 22, 2013

Proses pengundian di muktamar PAS disambung esok

MAKLUMAT KECIL                                                                          

Tokguru Mursyidul Am turut sama membuang undi.
Proses pengundian untuk memilih saf kepimpinan baru di dalam PAS yang sedang berlangsung di Shah Alam hari ini akan disambung esok. Pengudian untuk jawatan AJK tidak dapat diteruskan kerana berlaku kesilapan teknikal.

Terdapat kertas undi untuk jawatan AJK tidak dicatat nama beberapa calon. Hal ini disedari oleh perwakilan menyebabkan ia diadukan kepada pihak urusetia pemilihan.

Setelah kira-kira setengah jam berlangsung pengundian, pihak Jabatan Pilihan Raya (PAS) yang mengendalikan proses pemilihan itu mengumumkan penangguhan pengundian untuk jawatan AJK. Bagaimana pengundian untuk jawatan timbalan dan naib presiden diteruskan.

Pengarah muktamar kali ini ialah Takiyuddin Hassan.

Sehingga jam 5:30 tadi sudah hampir separuh perwakilan membuang undi masing-masing. Kesilapan teknikal ini menyebabkan pengumuman keputusan mungkin tertangguh.

Penangguhan ini juga menyebabkan mood perwakilan terjejas manakala ia boleh menimbulkan keadaan kurang menyenangkan. Sudah pasti masa yang terluang malam ini akan digunakan untuk terus berkempen. Hendaknya jangan ada yang mengambil kesempatan atas kesilapan ini untuk menimbulkan rasa tidak puas hati. [shah alam 6:15 pm 22/11/13]

Muktamar PAS ke-59 sejahtra dirasmikan

TERKINI                                                                                             

Perasmian muktamar Pas ke-59 yang sedang berlangsung di stadium Melawati Shah Alam kini hingga 24 November telah selamat disempurnakan oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang baru sekejap tadi. Perasmian itu disaksikan sama oleh wail-wakil parti serakan Pas dalam Pakatan Rakyat, para tetamu jemputan dan pemerhatian. Muktamar itu juga dipancar langsung menerusi internet.

Abdul Hadi menyampaikan ucapan perasmian muktamar ke-59.
Seperti biasa Abdul Hadi mengiringi pembukaan rasmi muktamar itu dengan membentangkan ucapan dasar. Ucapan dasar ini sering dinanti-nantikan kerana merupakan landasan disediakan oleh presiden untuk dibahaskan apa-apa isu dalam muktamar nanti. Ucapan dasar itu juga merupakan hala tuju dan fokus parti.

Secara umumnya tidak ada apa-apa yang baru dan mengejutkan dalam ucapan dasar itu, tidak ada apa-apa pembaharuan atau fokus mendalam yang diutarakan. Jika dibandingkan dengan ucapan dasar tahun lepas, ucapan dasar kali ini bolehlah diberi taraf bintang 2 bintang berbanding dengan tahun lepas mencecah 4 bintang.

Thursday, November 21, 2013

Isu Rosmah naik jet: Azalina bakal berdepan masalah

DARI LUAR PINTU                                                                             

Rosmah Mnsor
Akhirnya persoalan atau 'ogehan' yang dibuat oleh ahli parlimen pembangkang mengenai penggunaan jet peribadi milik kerajaan oleh isteri perdana menteri, Rosmah Mansor terjawab. Berbaloilah ahli parlimen pembangkang membangkitkanya bertalu-talu di dewan rakyat.

Pada sidang Selasa lalu ahli parlimen pembangkang ingin mendapat penjelasan pihak kerajaan atas kapasiti apakah Rosmah Mansor diberikan keistemewaan menggunakan jet peribadi untuk lawatannya ke Qatar.

Antara yang bersabung mulut dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim mengenai perkara ini ialah ahli parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Pokok Sena, Mahfuz Omar dan lain-lain. Ahli parlimen Pasir Mas bagaimana pun tidak pula kedengaran menyampuk.

Bagi ahli pembangkang keistimewaan itu tidak sepatutnya diterima Rosmah kerana ia menyalahi peraturan (SOP kerajaan) kerana isteri perdana menteri tidak mendapat hak berkenaan. Jadi pembangkang menyifatkan ianya sebagai satu penyalah-gunaan kuasa maka penjelasan konkrit diperlukan.

Wednesday, November 20, 2013

Isu-isu dijangka hangat dalam muktamar Pas ke-59

SUSUPAN PAGI                                                                                   

Hari ini muktamar Pas ke-59 bermula dengan sidang Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Manakala sidang penuh bermula pada Jumaat 22 Nov. Pemilihan untuk barisan kepimpinan baru Pas akan bermula selepas perasmian yang akan dilakukan Presiden Abdul Hadi Awang.

Selain soal pemilihan khasnya untuk jawatan timbalan presiden dan naib presiden, muktamar ini juga akan menjadi tumpuan dan dijangka hangat dengan beberapa isu yang diawal-awal lagi sudah dirancang agar ianya meletus dalam muktamar ini.

Antara isu-isu atau perkara yang akan menjadi perhatian ialah isu kerjasama politik Pas dengan PKR dan DAP. Soal 'tahaluf syiasi' ini dijangka akan didebat hebat. Akan ada pro kontra mengenai hal ini.

Tuesday, November 19, 2013

Ibrahim Ali dipenjara dan denda RM20,000

TERKINI                                                                                            

Ibrahim dipenjara sehari.
Seperti mana dilaporkan oleh sebuah portal berita hari ini Inchek Ibrahim Ali bersama seorang penulis blog didapati bersalah menghina mahkamah dan jatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Berita boleh rujuk sini http://www.malaysiakini.com/news/246984

Inchek Ibrahim dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda sebanyak RM20,000, manakala penulis blog bernama Zainuddin Salleh dijatuhi empat minggu penjara. Hukuman penjara ke atas mereka berdua berkuatkuasa hari ini.

Tahniah Pas Kelantan kerana tubuh jawatan kuasa khas Hudud

SUSUPAN TENGAH MALAM                                                               

Tanggal 1 November lepas saya mencadangkan kepada kerajaan Kelantan agar menubuh sebuah jawatankuasa khas teknikal pelaksanaan hukum hudud bagi mencari makenisme untuk proses perlaksanaan hukum hudud.

Ahmad Yaakub perlu memohon kepada Najib.
Menerusi jawatankuasa itu ia boleh mencari pendekatan dan penyelesaian terhadap teknikal yang boleh membantu perlaksanan Jenayah Syariah II (hukum hudud) yang dilulus DUN Kelantan sejak tahun 1993. Baca di sini http://msomelayu.blogspot.com/2013/11/hudud-perlu-tubuh-jawatankuasa-teknikal.html

Tampaknya cadangan saya itu selari dengan kehendak Pas Kelantan. Hari ini Pas Kelantan mengumumkan penubuhan jawatan kuasa khas bagi melincinkan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri tersebut yang berkuat kuasa hari ini.

Monday, November 18, 2013

Kumpulan bloger dibentuk untuk bela Khalid Ibrahim?

SUSUPAN MALAM                                                                              

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang kini akan berhadapan dengan protes dalaman secara bersungguh kerana sikap dan stail pentadbirannya yang tidak mesra politik dikatakan telah membuat persediaan untuk menangkis segala bentuk serangan ke atas beliau menerusi alam siber.

Khalid bermasalah?
Satu kumpulan bloger khabarnya telah ditubuh khas untuk mempertahankan MB berkenaan. Kumpulan bloger itu khabarnya didalangi oleh orang penting di pejabat MB berkenaan dan biayanya dari peruntukan pejabat MB.

Perjumpaan pertama kumpulan bloger berkapasiti kira-kira 20 orang itu telah pun diadakan 16 Novermber lalu bertempat di sebuah hotel di Shah Alam. Ia turut sama disertai beberapa orang bloger ternama.

Saturday, November 16, 2013

Dr Basit: Waspada jangan melampau terhadap Rasulullah

SERUAN MALAM                                                                               

Dalam khutbah Jumaat minggu lalu Musyrif Pondok Haji Abdul Rahman Sungai Durian, Kuala Krai Dr Abdul Basit Abdul Rahman telah menarik perhatian umum terhadap fenomena yang wujud akhir-akhir ini berhubung pemujaan dan penyanjungan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. yang lakukan dengan pelbagai cara yang dianggap melampau atau bidaah.

Dr Abdul Basit jangan melampau...
Beliau menyebut fenomena itu sepertilah membaca qasidah, syair dan puisi yang bertujuan untuk memuji dan memuja Nabi sehinggakan lupa soal ibadat. Beliau memberi peringatan itu berpandukan kepada penjelasan dalam hadith dan juga pandangan para ulamak muktabar berhubung kaedah-kaedah untuk memuja dan menghormati Nabi dengan cara sepatutnya.

Tajuk khutbah beliau itu menarik dan boleh menimbulkan kontroversi kerana ada elemen-elemen yang dimaksudkan oleh Dr Basit tersebut merebak di negara ini. Sudah tentu mereka yang kurang senang dengan singgungan itu akan melenting. Khutbah penuhnya boleh diikuti menerusi laman webnya http://www.abuanasmadani.com/.

Thursday, November 14, 2013

Perang besar di parlimen hari ini

RIUH PERLIMEN                                                                                  

Hari ini 10 Muharram 1435, di dalam kalender Islam pada tanggal ini dicatat banyak berlaku berbagai peristiwa besar bersejarah. Antara peristiwa yang berlaku ada yang realistik dan juga yang berbau bidaah yang perlu hanya dibaca tetapi tidak diyakini.

Azmin koyak dan gotel kertas usul tanda protes.
Di Malaysia tarikh ini dikongsikan oleh parlimen Malaysia hari ini. Parlimen hari ini telah mencatat satu sejarah apabila berlaku pergaduhan besar di antara pembangkang dengan pihak kerajaan. Perbalahan ini juga dalam perkiraan saya paling panjang memakan masa lebih satu jam.

Keadaan parlimen hampir-hampir tidak terkawal dan situasinya lebih dahsyat dari keadaan di stesen kereatapi di Bombay.

Wacana Pra Muktamar: Tampil keberanian calon

SUSUPAN TGH MALAM                                                                      

Raja Ahmad Iskandar
Baru sekejap tadi telah berlangsung wacana pra muktamar Pas di Mergong, Alor Star Kedah yang mengemukakan calon-calon yang akan bertanding merebut jawatan ketua pemuda dan timbalan ketua pemuda Pas. Ianya dianjurkan Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah bersama Profesional Muda Islam Kedah (Promis). Majlis itu sesuatu yang perlu dipuji kerana ia menggambarkan sikap terbuka dan anjakan politik pemuda Pas.

Wacana itu juga menunjukkan sikap terbuka dan keberanian dewan pemuda berkenaan. Secara tidak langsung wacana sedemikian juga meletakkan dewan Pemuda Pas lebih terkedepan berbanding dengan parti Umno yang mengakui sebagai sebuah parti berpengalaman tetapi tidak berani untuk meletakkan celon-calon yang bertanding merebut jawatan ketua Pemuda Umno di atas satu pentas untuk mengemukakan wawasan masing-masing.

Wednesday, November 13, 2013

Naib Presiden Pas: Semua calon ada peluang

RAMALAN PAGI                                                                                    

Dua minggu lepas pemerhati politik amnya dan ahli serta penyokong Pas khasnya tertanya-tanya siapa yang akan menerima pencalonan untuk merebut jawatan-jawatan tertentu didalam Pas. Minggu ini pertanyaan itu masih wujud, tetapi apa yang ingin diketahui, siapakah yang akan menang. Semua penama untuk merebut jawatan-jawatan tertentu telah maklumi.

(Dalam catatan ini saya akan beri pandangan terhadap jawatan naib presiden Pas saja).

Jawatan naib presiden Pas tidak kurang hebatnya kerana kedudukannya di layer ketiga dalam hirearki Pas. Selalunya mereka yang menduduki jawatan ini dia berpotensi untuk menjadi timbalan presiden seterusnya akan menjadi presiden di masa akan datang. Boleh dikatakan hampir kesemua mereka yang memegang jawatan timbalan presiden Pas dilatih dan diasuh dijawatan nombor tiga ini. Jawatan nombor tiga ini bolehlah dianggap sebagai 'pengkalan latihan' dan ujian keimanan dan keunggulan pra ke jawatan timbalan presiden.

Tuesday, November 12, 2013

Abdul Hadi nafi laporan akhbar al Watan, Mesir

KENYATAAN                                                                                   

Abdul Hadi: Laporan itu tidak benar.
Presiden Pas Abdul Hadi Awang menafikan laporan akhbar harian Mesir, Al Watan yang menyebut beliau dilantik menjadi Setiuasaha Agung Ikhwan Muslimim peringkat anarabangsa. Katanya berita itu tidak benar sama sekali dan ia tidak menolak kemungkinan pemalsuan berita itu untuk menimbulkan Islamphobia di sebelah sini.

"Tidak logik melantik saya sebagai setiausaha agung Ikhawan Muslimim antarabangsa, saya jauh di Timur jauh," katanya.

Hadi membuat kenyataan demikian di loby parlimen hari ini. Pihaknya juga jelas beliau sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan. [wm.kl. 1:27 pm 12/11/13] 

Monday, November 11, 2013

Penarikan Husam tanding timbalan presiden satu rahmat untuk Kelantan

PANDANGAN                                                                                    

Pengelakan Husam Musa untuk tidak bertembung dengan 'saing' senegerinya Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) bagi merebut jawatan timbalan presiden Pas yang akan dilangsungkan minggu depan hendaklah disambut dengan penuh kesyukuran oleh segenap ahli dan penyokong Pas Kelantan.

Nik Amar mendapat laluan.
Keputusan Husam itu tidak boleh dilihat ia sebagai sebuah takdir, tetapi perlu diamatinya dengan penuh kejernihan dan menggali akan akar hikmahnya. Bagi pemerhati tindakan Husam itu satu pengorbanan kecil yang perlu dinilai dan diucapkan terima kasih kepadanya, terutama oleh Nik Amar.

Dalam hal ini walaupun agak kekok untuk Husam berbuat demikian tetapi beliau telah meletakkan sesuatu yang sangat bernilai untuk Pas Kelantan dan negerinya.

Mereka (orang Pas) yang sayang kepada kerajaan Pas Kelantan dan ingin melihat kerajaan itu berusia panjang kena mengalu-alukan langkah Husam itu tanpa menempelkan dengan berbagai konotasi huduh dan jahat bertujuan mengejeknya.

Kandati pun cara Husam itu ada elemen-elemen politik tetapi ia boleh disaringkan untuk kebaikan Pas Kelantan. Bak kata orang sebusuk mana daging selagi tak haram ia boleh dimakan. Nik Amar perlu mengambil kesempatan ini. Adalah malang kalau ada yang melemparkan kata-kata Husam telah takut dan bimbang dengan kekalahan maka beliau menarik diri.

Sunday, November 10, 2013

Najib perlu jawab dakwaan Mahathir mengenai Ghani Petail

SUSUPAN PETANG                                                                             

Anwar: gantung tugas Ghani.
Sehingga jam 3:45 minit petang ini Najib Razak masih belum berbuat apa-apa kenyataan berhubungan dakwaan Mahathir Mohamad yang memberi gambaran pejabat Peguam Negara telah disusupi perisik CIA. Singgungan Mahathir mengenai perkara itu tidak boleh dipandang remeh. Mahathir mungkin ada pengalaman mengenai kegiatan atau penyusupan masuk perisik luar ini ke dalam pejabat pentadbiran kerajaan.

Sebaik Mahathir menjadi PM kira-kira 21 tahun lalu beberapa orang pegawai di pejabatnmya telah ditangkap kerana disyaki menjadi pengintip dari KGB (Russia).

Lantaran itu apabila Mahathir mendapat maklumat mengenai perkara itu beliau terus bersuara walaupun ia tidak menyenangkan Peguam Negara Ghani Petail dan menimbulkan masalah kepada negara di mana integriti negara boileh dipertikaikan dunia luar.

Saturday, November 9, 2013

Ramzi lantik profesional untuk mantapkan Umno Kuala Krai

BERITA                                                                                               

Umno bahagian Kualai Krai nampaknya serius menyusun dan memperkemaskan oragnisasainya dalam rangka persiapan untuk menawan Kelantan pada pilihan raya ke-14. Walaupun pilihan raya masih jauh namun Umno bahagian ini sudah memberi perhatian serius. Ini terbukti apabila ketuanya Ramzi Ab Rahman khabarnya sudah mula membentuk Umno bahagian itu tanpa melengahkan masa.

Ramzi Ab Rahman
Untuk tujuan itu khabarnya Ramzi mengenal pasti untuk melantik individu dari berbagai golongan profesional bagi membantu memantapkan Umno bahagian itu. Antara golongan profesional yang dikenal pasti ialah golongan pendidikan.

Dua nama pegawai tinggi pendidikan bertaraf Phd kelahiran anak Kuala Krai sudah dikenali pasti untuk tujuan itu. Langkah itu difahamkan untuk menjamin kependidikan yang merupakan agenda penting Umno bahagian itu berjalan lancar dan mantap lagi.

Tian Chua sifatkan Jelani sebagai 'katak'

KENYATAAN                                                                                    

Naib Presiden Keadilan (PKR) Chua Tian Cheng atau Tian Chua yang kini dikatakan memangku tugas dan tanggujawab sebagai Setiausaha Agung parti itu menyifatkan wakil PKR Sabah, Jelani Hamzah (Adun Matunggong) yang bertindak mengeluarkan parti itu sebagai oportunis yang sengaja mahu menggunakan isu dalaman parti sebagai kepentingan diri.

Katanya, Jelani tidak puas hati berhubung perlantikan wakil pelbagai ethnik dalam majlis pimpinan parti.

Tian Chua juga menyifatkan tindakan Jelani itu sebagai katak politik yang akan hilang ditelan zaman. "Jelani hanya satu lagi kata politik yang akan hilang ditelan zaman," katanya.

Perebutan jawatan dalam Pas di muktamar ke-59

JELANG MUKTAMAR                                                                      

Muktamar Pas ke-59 menyaksikan semua jawatan tertinggi parti dipertandingkan kecuali jawatan Presiden yang merupakan satu-satu jawatan tunggal yang tidak dipertandingkan. Jawatan dalam Dewan Ulamak terkecuali dari laporan ini.

Pengecualian untuk memberi laluan kepada Ustaz Abdul Hadi Awang menang tidak bertanding itu menunjukkan tidak ada sesiapa yang barani menanggung risiko akan dikecam oleh orang-orang Pas yang merasakan kedudukan presiden sebagai orang suci dalam parti itu. Dalam keadaan Pas cuba dibahagikan atau pun dilebel dengan berbagai golongan, sesiapa melawan presiden akan dianggap derhaka dan tidak tahu wala'.

Bukan bermakna apabila Ustaz Abdul Hadi tidak dicabar beliau berada dalam keadaan terbaik selaku presiden Pas.

Friday, November 8, 2013

Mungkin Mohamad Sabu menang tidak bertanding?

SUSUPAN PETANG                                                                          

Penolakan tawaran untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden Pas oleh Husam Musa kemungkinan menyebabkan penyandangnya Mohamad Sabu akan menang tidak bertanding.

Penolakan Husam itu atas alasan beliau mementingkan perpaduan parti dan jawatan itu merupakan pencalonan terbanyak untuknya berbanding timbalan presiden, menjadikan Mohd Amar serba salah.

Kedua-dua tokoh yang dicalonkan untuk merebut jawatan itu yang mendapat undi terbanyak telah menolak pencalonan masing-masing. Sebelum ini Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat pencalonan melebihi 100 pencalonan menolak untuk mencabar Mohamad Sabu.

Husam akan tanding timbalan, Idris tolak pencalonan

MAKLUMAT PAGI                                                                              

Husam Musa dijangka akan menyerahkan surat pengesahan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden Pas selewat-lewatnya esok. Menurut seorang yang rapat dengan bekas Exco itu Husam yang beberapa hari lalu berada di luar negara kini sudah pun berada dalam negara.

Setakat ini jawatan nombor dua Pas itu ada dua perebut antara Mohamad Sabu dan Husam Musa. Semalam Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat pencalonan untuk merebut jawatan itu telah menyatakan pendiriannya untuk tidak bertanding merebut jawatan itu sebalik sedia merebut jawatan naib presiden.

Kini apa yang menjadi tanda tanya pendirian Mohd Amar Nik Abdullah yang juga mendapat pencalonan untuk jawatan timbalan presiden. Sekiranya Mohd Amar berhajat elok beliau menayatakan pendirian lebih awal dari Husam.

Dalam pada itu seorang calon naib presiden, Idris Ahmad (foto) telah menarik diri dari merebut jawatan itu. Dalam satu sms kepada saya, Idris menyatakan dia hanya bertanding ahli jawatankuasa Pas pusat.

Thursday, November 7, 2013

Tuan Ibrahim tidak tanding jawatan Timbalan Presiden

BERITA MALAM                                                                              

Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengesahkan beliau tidak akan turut merebut jawatan timbalan presiden buat kali kedua sebaliknya akan menumpukan ke jawatan naib presiden. Beliau yang khabarnya mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan timbalan presiden menjelaskan 'penarikan' itu di atas kehendaknya sendiri dan kerana lebih mentingkan soal parti.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Jadi kini ada dua pencabar jawatan timbalan presiden yang kini dipegang Mohamad Sabu; Husam Musa dan Mohd Amar Nik Abdullah. Mohamad Sabu telah menyatakan kesediaan untuk mempertahankan kedudukannya sebagai timbalan presiden.

Meneliti kata-kata atau ayat-ayat yang disusun Tuan Ibrahim dalam kenyataa penarikan dirinya agak menarik dan ia dibuat dengan penuh keinsafan. Beliau sendiri memperakui ianya tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ertinya tidak ada 'perestuan' langsung darinya untuk mana-mana calon yang bakal berdepan dengan Mohamad Sabu.

Wednesday, November 6, 2013

Ada isu besar negara bakal meletup?

TERKINI                                                                                              

Mengejutkan! Perkembangan terbaru mengenai satu isu membabitkan negara ini agak menarik dan mungkin boleh mengejutkan banyak pihak. Seperti mana dilaporkan oleh sebuah protal berita, kononnya Dr Mahathir Mohamad kini sedang memberi tekanan ke atas salah laku Pegaum Negara Abdul Ghani Petail yang disyaki terlibat dengan dua orang pegawai perisik risikan pusat (CIA) yang berkerja di pejabat Peguam Negara.

Isu ini adalah serius. Lapor portal berita itu juga, keraguan Mahathir terhadap tingkah laku Ghani Petail itu telah sampai ke pengetahuan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi. Dakwa portal itu Mahathir ada memanggil Zahid dan bertanya hal itu.

Zahid pula dilaporkan memberi jaminan akan menyiasat perkara itu. Apabila Mahathir sedia untuk memanggil Zahid ini bermakna tindakan Mahathir itu bukan bersifat peribadi tetapi demi negara.

Siapa akan cabar Mohamad Sabu belum jelas

RENUNG-RENUNGAN                                                                          

Semua mereka yang dicalonkan untuk merebut jawatan timbalan presiden Pas yang akan diadakan dua minggu lagi masih belum membuat keputusan, kecuali penyandangnya Mohamad Sabu. Mohamad Sabu awal-awal telah menyatakan kesediaanya untuk mempertahankan jawatan itu.

Mohamad pertahan jawatan.
Mohamad seakan telah mengunci kedudukan dan hasratnya itu apabila beliau dipetik sebagai berkata dia sanggup 'kalah' dalam gelanggang apabila diajukan cadangan agar beliau berkompromi dan tidak bertanding. Pernyatan Mohamad itu menjelaskan pendiriannya. Ia tidak mungkin lagi di'ogeh' untuk merubah kedudukan itu seterus merubah senario perebutan jawatan nombor dua itu.

Walaupun ada suara dan pandangan mengenai Mohamad Sabu, mengenai kemunasabahannya menjadi orang nombor dua dalam Pas bergandingan dengan Abdul Hadi Awang, tetapi selama lebih dua tahun beliau menjawat jawatan itu beliau telah menunjukkan keupayaanya.

Gandingan beliau dengan Abdul Hadi yang dilihat tidak begitu agresif dalam menggerakkan politik Pas sebagai sebuah 'gerakan politik-sosial', memjawab persoalan negatif terhadap timbalan presiden parti Islam itu.

Tuesday, November 5, 2013

Suhaimi Said kembali ke Rahmatullah

BELASUNGKAWA                                                                            

Allahyarham ketika menyertai himpunan Bersih 2.
Pakatan Rakyat khasnya dan rakyat yang cintakan perjuangan kebenaran dan keadilan amnya hari kehilangan seorang pejuang dan tokoh rakyat yang rajin serta tidak pernah mengenal erti kekalahan dan putus asa apabila Suhaimi Said telah dipanggil Ilahi pulang ke pangkuannya hari ini.

Allayarham yang telah lama berada di hospital meninggal di Hospital Temerloh kira-kira jam 6:00 petang ini dalam usia 69 tahun.

Mulanya beliau mendapat rawatan di hospital Temerloh akibat dipercayai mengamai barah otak kemudian dipindah kepada Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) di Cheras untuk beberapa ketika sebelum dibawa semua ke hospital Temerloh.

TAH untuk Mahfuz dan NIAH untuk Mukhriz

ULASAN PASCA PRK SG LIMAU                                                  

Aliran air Sungai Limau, Yan Kedah yang agak kencang dan tidak menentu selama seminggu lalu sudah pun reda dan kembali kepada keadaan sedia kala semalam. Sebaik sahaja Pengurus pilihan raya kecil N20 Sungai Limau mengumumkan calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat, 37 menang dengan majoriti 1,084 undi semua debaran di dada dan dijiwa berhenti.

Azam diusung selepas diumum sebagai pemenang.
Sebelum pengumuman itu berbagai sepekulasi dan ramalan dibuat, ada kalanya yang menjadikan denyutan jantung menjadi kencang. Kedua-dua pihak yang bertanding, Pas dan Umno sendiri juga tidak dapat membuat predction konkrit hanya bermain dengan ramalan dan andaian. Berbagai-bagai analisa, dapatan juga dilakukan yang kadang kala boleh mengugahkan keyakinan yang sudah dirasai.

Untuk menjamin kemenangan masing-masing, berbagai cara, tektik dan strategi halal dan haram dilakukan. Situasi inilah menyebabkan hati menjadi bolak balik. Biarlah... saya tetap ingin menegaskan bahawa pilihan raya kecil kedua untuk penggal parlimen ke-13 ini, berlangsung dalam suasana elok dan harmonis. Kalaupun ada serba sedikit ketidak-kenaan, insiden itu, adalah pelengkap kepada pilihan raya itu. Pepatah Melayu ada mengatakan; "kenduri kendara itu tidak akan sah kalau tidak ada pinggan mangkuk, gelas atau cawan yang pecah atau sumbing."

Monday, November 4, 2013

Pas berjaya pertahankan kerusi N20 Sg Limau

Azam diistyhar sebagai pemenang.
Pengumuman rasmi telah dilakukan oleh pihak SPR jam 8:59 tadi mengesahkan calon Pas Mohd Azam Samat, 37 berjaya memenangi pilihan raya kecil N20 Sungai Limau menewaskan calon BN Ahmad Sohaimi Samat dengan majoriti 1,084.

Azam mendapat 12,609 manakala Sohami mendapat 10,985.

Sebanyak  22,642 pengundi yang keluar mengundi atau 85.5% daripada 27,222 pengundi di Dun berkenaan.

Majoriti diperolehi Azam merosot sebanyak 1,690 berbanding yang diperolehi Allahyarham Azizan Razak sebanyak 2,774.

Kemerosotan majoriti Pas itu telah diduga awal-awal lagi memadang pilihan raya itu adalah pilihan raya kecil di mana akan memberi kelebihan kepada UBN yang menjadi kerajaan.

Kemenangan Azam itu menjadi hadiah sempena tahun baru Hijrah 1435 yang akan mulai disambut besok. Ulasan pilihan raya itu inysa-Allah akan dibuat besok. [wm.kl.9:07 pm 04/11/13]

Penjumlahan undi PRK Sungai Limau bermula

PENCERAPAN                                                                                    

8:30 pm: Laporan beberapa portal dan individu yang mendapat maklumat langsung dari bilik gerakan kedua-dua pihak, Pas dan BN di Sungai Limau menyebut Pas memenangi pilihan raya kecil itu. Majoritinya seperti mana dilaporan sebelum ini sekitar 1,000 lebih. Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dari SPR yang dijangka diumumkan jam 9:30 malam. Atau pun mungkin juga akan diadakan pengiraan semula untuk melewat-lewatkan keputusan. Wassalam Mso.


8:16 pm: Pengiraan undi sedang rancak dilakukan. Maklumat tidak rasmi masih menunjukkan Pas mengatasi BN dengan majoriti lebih 1,000 . Perkiraan untuk lebih 10 peti undi.

8:00 pm: Maklumat tidak rasmi dari pemimpin tertinggi Pas, Pas menang dengan majoriti lebih 1,000.

7: 57 pm: Mengikut culaan tidak rasmi dari sebuah pusat pemantauan menunjukkan BN menang dengan majoriti 951 undi? 

Jam 7:40 pm. Pingiraan undi pilihan raya kecil N20 Sungai Limau sudah pun bermula. Sebanyak 85.5% pengundi atau seramai lebih 23,249 pengundi telah menunaikan kewajiban mereka masing-masing. Sekarang ini sudah ada beberapa keputusan tidak rasmi perkiraan di pusat-pusat mengundi yang berjumlah sebanyak 17 pusat mengundi.

Dari sembilan pusat mengundian yang sedang membuat pengiraan mendapati calon Pas, Mohd Azam Samat mendahuli calon BN Ahmad Sohami Lazim dengan kelebihan beberapa puloh undi sahaja. Sekiranya maklumat tidak rasmi ini konsisten ini menunjukkan ada tanda-tanda calon Pas dicabar hebat oleh calon BN dan kemungkinan juga akan berlaku up-set. [*** 7:40 pm 04/11/13]

Jangan mudah percaya keputusan awal PRK Sg Limau

PERINGATAN                                                                                   

Adalah dijangka keputusan pilihan raya N20 Sungai Limau sudah dapat diketahui sejam sebelum pusat mengundi ditutup jam 6:00 petang. Kebiasaanya keputusan sudah boleh diagak selepas kira-kira 80% pengundi keluar mengundi di kesemua 17 pusat pengundian.

Para petugas dan pencerap parti masing-masing akan membuat kiraan berdasarkan kepada jumlah mereka yang memasuki bangsal panas (barung) untuk mendapat nombor giliran mengundi atau transit sementara masuk ke kawasan mengundi. Dari sini kedatangan pengundi akan direkod dan dianaliskan. 

Mereka yang mendekati bangsal panas Pas akan dianggap sebagai pengundi Pas manakala yang memasuki ke barung UBN akan direkod sebagai pengundi BN. Begitu juga pengundi yang turun dari kenderaan berlambang parti tertentu akan direkod sebagai pengundi parti berkenaan. Selalunya tidak banyak berlaku perselisihan mengenai situasi ini kerana sikap pengundi suka menjelaskan ke arah mana sokongan mereka.

Sunday, November 3, 2013

Keadaan di Sungai Limau tidak sehangat stadium Shah Alam

TINJAU SG LIMAU                                                                               

Memasuki ke Sungai Limau dari simpang Gurun menerusi Guar Chempedak kita akan dihadangi dek satu pemandangan indah gunung Jerai (yang setinggi 968 meter daripada paras laut) yang terlentang tenang dikelilingi lautan sawah menghijau di sekitirannya. Setiap sudut pemandangannya akan menarik perhatian kita dan mengembalikan nostalgia di zaman kanak-kanak bagi kita anak kampung. Mungkin anak orang bandar atau bangsawan keindahan itu tidak memberi apa-apa nilai dan erti buat mereka.

Kelihatan banjaran gunung Jerai dari kejauhan.
Ketibaan saya menjelang senja ke Sungai Limau itu menambahkan lagi keindahan di persekitarannya. Saat senja ingin memberi ruang kepada malam menjadikan bajaran itu kesayuan. Keadaan ini membawa satu pentafsiran yang mengesankan jiwa saya.

Hijauan anak-anak padi memberi satu kedamaian semula jadi. Pemandangan bak dalam sebuah lukisan kanvas besar itu seakan meletakkan saya menjadi salah satu objek dalam lukisan. Indah, cantik dan damai. Terasanya ingin saya kekal bersama kedamaian itu tanpa diganggu apa-apa elemen kemanusiaan lain.

Saturday, November 2, 2013

Laporan dari Sungai Limau esok

CATATAN                                                                                          

Insya-Allah esok saya akan menyiapkan laporan hasil tinjauan selama 48 jam pilihan raya kecil Sungai Limau dari kaca mata saya sendiri. Ada beberapa perkara yang menarik atau menjadikan pilihan raya berkenaan agak unik atau istimewa sedikit berbanding dengan pilihan raya-pilihan raya kecil sebelum ini khasnya di era 'pemberotakan' pembangkang dalam usaha untuk menafikan kerajaan UBN.

Analisa hasil tinjauan saya mungkin agak berbeza dengan analisa dan ulasan-ulasan lain sebelum ini. Saya membuat perkiraan sendiri berdasarkan pemerhatian yang ditunjangi oleh pengalaman. Semoga penjengok bersabar dan ikutilah laporan esok di blog ini. Apa yang akan saya tekankan bukan soal siapa menang dan kalah tetapi senario dan wajah pilihan raya berkenaan. Wassalam Mso. [wm.kl.10:12 pm 02/11/13]

Friday, November 1, 2013

Hudud perlu tubuh jawatankuasa teknikal dan pelaksana

TAZKIRAH                                                                                       

Minggu lepas satu forum 'amal maaruf nahi munkar' yang memfokuskan khusus mengenai hukum hudud diadakan di Kota Bharu Kelantan. Ia dikelolakan sebuah NGO dan diberi kerjasama sepenuhnya oleh kerajaan Kelantan. Forum itu diadakan sempena hari mengingati hudud yang merupakan salah satu program yang terabadi dalam kalender kerajaan Pas Kelantan.

Demo penyebatan (Hiasan).
Matlmat program itu ialah untuk meningati dan menanam semangat serta keazaman bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Hudud adalah cita-cita kerajaan Pas Kelantan yang berterusan dan sudah melewati fasa pertama.

Pada tahun 1993 DUN Kelantan telah meluluskan Kanun Jenayah Syariah (II) yang di dalam terkandung hukum hudud. Kerajaan Kelantan dipercayai merupakan kerajaan negeri pertama di Malaysia yang mempunyai kanun jenayah - Hukum Hudud sepertinya. Malangnya ia tidak dapat dilaksanakan kerana beberapa sebab.