ARTIKEL KHAS
AMANAT Haji Hadi tidak dapat dinafikan satu pesanan yang dijadikan pegangan politik yang jijik dan kotor jadi budaya Pas yang dipelopori oleh Abdul Hadi Awang. Amanat bermaksud "pesanan yang wajib ditunaikan," itu merupakan satu fatwa khas Pas menjadi pegangan ahlinya dan juga senjata ampuh Pas untuk memastikan penyokongnya kekal dengan Pas.Saturday, June 26, 2021
Tawarikh Amanat Haji Hadi
Friday, June 25, 2021
Tengku Razaleigh harus sefaham dengan Anwar
PANDANGAN
SEMALAM menerusi satu status di Facebook saya berjanji akan memberi ulasan sedikit mengenai apa dikatakan "dapatan" yang diperolehi sdr Kamal Amir Kamal Hijaz, yang kononnya akan berlaku perubahan kerajaan dalam masa sehari dua ini.Serentak dengan perkembangan itu beliau menyebut ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) akan dilantik menjadi perdana menteri.
Wednesday, June 23, 2021
8 Menteri patut letak jawatan serentak bersama Mahiaddin
DARIPADA 32 orang menteri dalam kerajaan
Khairy Jamaluddin Abu Bakar. |
Menteri-menteri itu ialah,
1. KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR, (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) yang bertanggung-jawab menguruskan pembelian vaksin dan pelaksanaan program imunisasi Covid-19.
Beberapa kenyataan dikeluar Khairy sangat meragukan dan boleh dipertikaikan. Ada unsur berdolak dalih seperti mahu menyembunyikan sesuatu di sebalik kenyataanya. Terbaru mengenai dakwaannya yang negara EU telah membolot vaksin menyebabkan program mega PPV tidak dapat dilaksanakan dalam kadar cepat.
Friday, June 18, 2021
Memahami permasalahan waktu ini
TAZKIRAH JUMAAT
Thursday, June 17, 2021
Isyarat dari dua kenyataan diRaja: Mahiaddin kena berundur segera
ULASAN
Tidak perlu bertangguh-tangguh lagi undurlah... |
Tidak ada perkataan "berundur" atau "letak jawatan" secara spesifik dalam dua kenyataan Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja itu, tetapi apa dizahirkan baginda itulah maksudnya begitu yang dimengertikan umum.
Para bijak pandai dan ahli makrifat istana sangat memahami maksud dan tujuan kenyataan di Raja berkenaan.
Tuesday, June 15, 2021
Pelan pengukuhan diri bukan negara?
ULASAN
Mahidaddin bentang pelan kukuhkan kedudukan diri bukan negara. |
Perjumpaan esok ramai yang salah anggap sebagai persidangan Majlis Raja-Raja (MMR). Bukan, ia perjumpaan luar biasa antara Raja-Raja Melayu dengan Agong.
Saturday, June 12, 2021
Debar 16 Jun menguli-uli jiwa
ULASAN
Anwar beri kenyataan ringkas sebaik keluar dari Istana Negara. |
Pertemuan itu adalah merupakan interaksi eksklusif ketua-ketua parti dengan Yang diPertuan Agong yang dilihat sebagai satu stail pemerintahan Yang diPertuan Agong ke 16 ini.
Wednesday, June 9, 2021
Kemana dan bagaimana Azmin selepas Piraum ke-15? (Bhg Kedua).
FOKUS
SEBELUM Azmin Ali melakukan "harakiri" meninggalkan Keadilan dan mengkhianati rakan-rakan dan bosnya Anwar Ibrahim, tentu beliau sudah membuat perhitungan rapi.Atas perbuatannya itu, berkomplot dengan Mahiaddin Md. Yassin, hari ini Azmin dicemuhi dan disumpah. Perbuatannya itu melukakan hati banyak pihak. Beliau sudah menjangka hal itu dan berusaha untuk membendungnya. Mustahil kalau Azmin tidak istikharah tentang politiknya sebelum bertindak.
Tuesday, June 8, 2021
Abd Rahman seorang rakan setia Anwar
BELASUNGKAWA
Menjelang Maghrib semalam (26 Syawal 1442), kita dikejutkan dengan pemergian ke alam baqa Abd Rahman Yusof. Beliau adalah seorang ahli politik dan pejuang Reformasi yang ampuh. Abd Rahman pergi dalam usia 64 tahun kerana menghidapi kanser paru-paru.Saya sedikit terkilan kerana mengetahui beliau terlantar di PPHUKM agak lewat, menyedarinya setelah anaknya Muhammad Muhsin mengangkat status mengenai ayahnya itu dalam Facebook Allahyarham. Beliau rupanya sudah keuzuran sejak enam bulan lalu.
Saturday, June 5, 2021
Kemana dan bagaimana Azmin selepas Piraum ke-15?
FOKUS
Azmin graf politiknya menaik? |
Peluangnya untuk mengekalkan pencapaian kini tampaknya tidak mudah dan pasti. Berbalam-balam. Seperti kebijakan politiknya akan tergugat.
Walaupun graf politiknya meninggi, sehingga beliau berjaya mengangkat dirinya lebih tinggi daripada keadaan sebelum ini, serta dapat mengekalkan prestasinya, tetapi itu bukan satu indikator beliau akan selamat kemudian terus mencapai kemuncaknya.