Tuesday, April 28, 2020

Kerajaan PN mulai retak, Muhyiddin dikejar ketakutan

MENGUKIR SIASAH

Muhyiddin dikejar
bayangan ketakutan.
SIAPA sebenarnya gembira dengan peralihan secara paksa kerajaan daripada PH kepada PN? Apakah yang benar-benar gembira dan seronok Muhyiddin Yassin secara peribadi kerana beliau dilantik menjadi PM yang memimpin kerajaan berkenaan?

Jika dilihat secara zahir begitulah. Muhyiddin perlu berasa seronok dan gembira kerana jawatan itu merupakan jawatan tertinggi yang menjadi idaman semua orang, khasnya yang menjadi ahli parlimen. 

Sunday, April 26, 2020

Muhyiddin tiru politik musang lebai kelarah

ULASAN

Wajah Muhyiddin malam tadi berseri
kerana di makeup tebal untuk
menunjukkan dia ceria. 
CANTIK dan lunak jawaban dan penjelasan Muhyiddin Yassin dalam interviewnya dengan RTM malam tadi mengenai politik. Katanya rakyat sudah muak untuk berbicara mengenai politik. Dan beliau sendiri apabila menduduki kerusi PM beliau tidak memikirkan mengenai politik dirinya atau pun mengulas mengenai keabsahan kerajaanya.

"Saya dalam kerajaan, sejak awal saya duduk di kerusi PM saya tak fikir soal politik. Rakyat tak nak dengar dah, dah muak cerita-cerita tu," demikian kenyataan beliau dikutip.

Friday, April 24, 2020

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa


SESUDAH SUBUH

SALAM dan doa saya semoga semua penjenguk blog ini sihat walafiat dan mendapat keredhaan Allah sepanjang masa.

Semua orang mungkin merasakan suasana Ramadhan tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini gara-gara Coronavirus yang melanda dunia ketika ini.

Thursday, April 23, 2020

Politik Malaysia pasca Coronavirus dan beberapa kemungkinan

PANDANGAN

PERBICARAAN dan spekulasi terhadap politik Malaysia seharusnya jadi lebih menarik dan rancak apabila jatuhnya kerajaan PH dan tertubuhnya kerajaan "Curitokrasi" hasil rompakan secara mufakat dilakukan secara bersama oleh Bersatu, serpihan PKR, UBN, GPS dan juga Pas. Peristiwa penggulingan kerajaan PH itu seharusnya jadi satu topik perbincangan menarik yang menghidupkan gelora siasah negara.

Ramai yang terkesima dengan apa yang berlaku dan tidak percaya kalau kerajaan PH yang sebelum ini didendangkan hanya mampu bertahan sepenggal sahaja, tetapi ternyata hanya berusia 22 bulan, tidak sampai separuh penggal. Kerajaan PH adalah kerajaan kemetot dari segi usianya. Apakah ia bakal menjadi satu sejarah?

Thursday, April 16, 2020

Potluck Ramadhan rai bulan mulia, pupuk perpaduan

AKTIVITI 

Sebahagian aanggota Persatuan Penduduk Wangsa Siaga,
Wangsa Melawati.
TIDAK lama lagi umat Islam akan menjalani puasa Ramadan 1442H/2020M. Kadatangan bulan al Mubarak kali ini tentu tidak seperti sebelum ini berikutan negara dan dunia ditimpa musibah pandemik COVID-19.

Semua negara di dunia termasuk negara kita dalam keadaan sedikit kritikal dan tidak begitu kondusif. Pergerakan orang ramai termasuk untuk melakukan ibadat juga sedikit terhalang bilamana larangan berhimpun di masjid/surau dikuatkuasakan.

Sunday, April 12, 2020

Apakah jaminan MP diberi jawatan kekal sokong Muhyiddin?

ULASAN

MENURUT Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Takiyuddin Hassan, semua ahli parlimen kerajaan PN yang tidak dilantik jadi menteri, timbalan menteri atau duta akan dilantik memegang jawatan sebagai pengerusi GLC. Pelantikan itu menurutnya, berasaskan kelayakan mereka sebagai ahli parlimen.

Beliau tidak menyebut apakah pelantikan tersebut berdasarkan pengalaman, kebolehan atau hanya kerana mereka adalah ahli parlimen kerajaan (PN) semata-mata?

Kalaulah pelantikan itu kerana mereka hanya ahli parlimen bukan berasaskan apa-apa kebolehan atau aset, atau track record dalam bidang professional masing-masing selaras dengan GLC dipegang, perlantikan itu meragukan apakah ia dapat memberi dampak dan membantu kerajaan khasnya dengan keberadaan mereka di GLC berkenaan.

Sunday, April 5, 2020

Dirgahayu Parti Keadilan Nasional

RENCANA KHAS 

SEMALAM genap 21 tahun Parti Keadilan Nasional (PKR). Jika diumpamakan kepada seorang gadis, usia 21 tahun sudah cukup matang, terlebih baligh. Sudah layak untuk berumah tangga dan membina kehidupan sendiri. Sudah bisa punya anak hampir setengah dozen.

Begitu juga dengan PKR dalam tempoh itu, ia sudah melalui pelbagai cabaran dan halangan. Sudah matang. Ia sudah cukup arif untuk mengolah rencah dan melintasi simpang siur politik. Banyak kejayaan dan pencapaian PKR yang diluar dugaan dan di luar pemikiran lazim kita dalam tempoh dua dekad itu.

Saturday, April 4, 2020

Perseteruan Hadi dan Anwar sesuatu yang mungkin tidak fikirkan

RENCANA KHAS

DI pagi yang cerah dan cuaca panas, 28 darjah celcius, dalam penantian dan doa bilakah wabak Covid-19 akan berakhir, ingin saya cungkil  "akal" dengan sesuatu yang sudah lama terpendam di lautan minda saya tetapi tidak pula dibentangkan.

Hari ini saya cungkil dan dibentangkan untuk direnung bersama sejauh mana ada logik dan munasabahnya. Mudah-mudahan ia boleh membuat kita ramai-ramai bermuhasabah diri serta mengambil ibrahnya.

Friday, April 3, 2020

Tuan Ibrahim: Apalah ada pada nama

KOMEN


Cuplikan Kamus Dewan untuk rujukan.
SEJAK malam tadi riuh mengenai penukaran nama baru untuk Kementerian Alam Sekitar dan Air, dengan singkatan yang agak jengkil dan melucukan. Singkatan itu disebut MEWA sebagai dhoman kepada Ministry of Environment and Water.

Perubahan nama itu diumumkan Menterinya Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu siaran akhbar yang diedar dan dipetik. Perubahan nama itu menurut siaran akhbar itu sudah mendapat kebenaran kabinet. Ertinya sudah muktamad.