AKTIVITI
TIDAK lama lagi umat Islam akan menjalani puasa Ramadan 1442H/2020M. Kadatangan bulan al Mubarak kali ini tentu tidak seperti sebelum ini berikutan negara dan dunia ditimpa musibah pandemik COVID-19.
Semua negara di dunia termasuk negara kita dalam keadaan sedikit kritikal dan tidak begitu kondusif. Pergerakan orang ramai termasuk untuk melakukan ibadat juga sedikit terhalang bilamana larangan berhimpun di masjid/surau dikuatkuasakan.
Namun begitu kehadiran Ramadan tetap disambut dan diraikan dalam suasana dan cara yang mungkin berbeza pada kali ini. Seperti kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin rakyat harus menyesuaikan diri dengan norma yang baru.
Sebahagian aanggota Persatuan Penduduk Wangsa Siaga, Wangsa Melawati. |
Semua negara di dunia termasuk negara kita dalam keadaan sedikit kritikal dan tidak begitu kondusif. Pergerakan orang ramai termasuk untuk melakukan ibadat juga sedikit terhalang bilamana larangan berhimpun di masjid/surau dikuatkuasakan.
Namun begitu kehadiran Ramadan tetap disambut dan diraikan dalam suasana dan cara yang mungkin berbeza pada kali ini. Seperti kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin rakyat harus menyesuaikan diri dengan norma yang baru.
Untuk meneruskan kemeriahan sambutan Ramadan tahun ini, Persatuan Penduduk Wangsa Siaga, (PPWS) Wangsa Melawati, Kuala Lumpur mempunyai idea tersendiri bagaimana untuk terus memberi erti dan makna kepada kehadiran Ramadan tahun ini.
Ketiadaan bazar Ramadan memberi kesulitan kepada penduduk setempat yang berbilang kaum untuk mendapatkan juadah atau makanan yang lazimnya dijual di gerai-gerai bazar Ramadan. Ekoran itu PPWS telah mencadangkan untuk diadakan satu aktiviti penyediaan juadah berbuka puasa di kalangan penduduk Islam yang akan dilaksanakan secara potluck atau barter trading.
Program itu dilaksana berkonsepkan takeaway potluck yang dinamakan Takeaway Ramadan Potluck. Ianya bakal dilaksanakan di sekitar kawasan Taman Permainan, Taman Wangsa Siaga, Wangsa Melawati khusus untuk penduduk setempat sahaja.
Penglibatan penduduk
Penduduk akan menyediakan pelbagai makanan, lauk pauk dan juadah berbuka puasa mengikut kumpulan masing-masing yang akan diselaraskan penganjur. Keanggotaan kumpulan akan bertukar pada setiap hari bagi membolehkan menikmati pelbagai jenis menu yang beranika jenis bila bertukar kumpulan.
Jumlah kumpulan tertakluk kepada jumlah peserta yang akan turut serta. Penyertaan non-muslim terhad kepada buah-buahan/minuman atau makanan halal yang boleh ditempah dari muslim caterer yang ditetapkan.
Selain memberi peluang penduduk setempat terus menikmati pelbagai jenis makanan juadah berbuka puasa, aktiviti ini bertujuan mengukuhkan ukhuwah dan perpaduan penduduk setempat.
Makanan/juadah akan disediakan sendiri atau pun ditempah melalui pembekal makanan halal dari kalangan penduduk setempat. Kaedah ini secara tidak langsung memberi peluang perniagaan kepada pembekal makanan di kalangan penduduk setempat untuk menjalankan menambah pendapatan dari rumah melalui tempahan oleh penduduk yang mengambil bahagian.
Aktiviti ini dicadangkan sekali sahaja dalam seminggu (5 kali sepanjang Ramadan). Pelaksanaan aktiviti mengambil kira tatacara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan garis panduan jarak sosial [social distancing] selaras dengan arahan oleh pihak berkuasa.
Keseluruhan aktiviti ini adalah dikawal oleh AJK Persatuan Penduduk setelah mendapat nasihat dari pihak berkuasa tempatan.
Sebagai persediaan sebelum aktiviti sebenar semasa bulan Ramadan nanti, raptai aktiviti ini telah pun dibuat pada 13 April 2020 bertujuan memberi penjelasan dan kaedah pelaksanaan aktiviti agar dilaksanakan dengan kemas dan lancar serta mematuhi garis panduan rasmi. Kaedah pelaksanaan aktiviti ini adalah seperti berikut;
a. 5.15 petang – Peserta yang telah dibahagikan mengikut kumpulan akan membawa makanan ke pondok gazebo (terhad kepada 4 gazebo sahaja yang terdapat di taman ini] yang ditetapkan melalui tempat pemeriksaan yang akan menyediakan hand sanitizer dan topeng muka sebelum menyusun bekas berisi makanan.
Jumlah bekas makanan adalah tertakluk jumlah setiap kumpulan. Seramai 6 peserta ditetapkan bagi setiap kumpulan/gazebo. Setiap peserta akan sediakan 5 set bekas berisi makanan untuk ditukarkan dengan 5 peserta lain dalam kumpulan masing-masing.
b. 5.30 petang - Setelah kesemua peserta kumpulan [ 6 orang ] mempamerkan makanan/juadah masing-masing di atas meja yang disediakan, seorang demi seorang peserta dari kumpulan akan mengambil setiap satu bekas makanan yang berbeza menu dan terus meninggalkan tempat tersebut.
Dengan hanya menyediakan satu jenis makanan, semua peserta akan membawa pulang pelbagai menu yang disediakan oleh ahli kumpulan tersebut.
Sesungguhnya idea kreatif oleh PPWS ini suatu inisiatif yang julung kali diadakan dan boleh dijadikan contoh perpaduan kaum. Ia juga menunjukkan keprihatinan pihak persatuan kepada penduduk, dalam masa sama juga ia boleh menjalankan ukhuwah dan ikatan sesama masyarakat setempat walaupun dalam kekangan COVID-19.
Aktiviti ini juga selain memberi kemudahan untuk mendapat juadah dan makanan di sepanjang Ramadan, ia juga dapat mengembalikan nostalgia zaman silam kehidupan di kampung dengan tradisi bertukar juadah semasa bulan Ramadan.
Apa yang dilakukan PPWS ini secara tidak langsung cuba menghidupkan tradisi tersebut dalam suasana kehidupan moden di bandar. Syabas kepada penduduk Wangsa Siaga. [wm.kl.12:45 pm 16/04/2020]
Ketiadaan bazar Ramadan memberi kesulitan kepada penduduk setempat yang berbilang kaum untuk mendapatkan juadah atau makanan yang lazimnya dijual di gerai-gerai bazar Ramadan. Ekoran itu PPWS telah mencadangkan untuk diadakan satu aktiviti penyediaan juadah berbuka puasa di kalangan penduduk Islam yang akan dilaksanakan secara potluck atau barter trading.
Program itu dilaksana berkonsepkan takeaway potluck yang dinamakan Takeaway Ramadan Potluck. Ianya bakal dilaksanakan di sekitar kawasan Taman Permainan, Taman Wangsa Siaga, Wangsa Melawati khusus untuk penduduk setempat sahaja.
Penglibatan penduduk
Penduduk akan menyediakan pelbagai makanan, lauk pauk dan juadah berbuka puasa mengikut kumpulan masing-masing yang akan diselaraskan penganjur. Keanggotaan kumpulan akan bertukar pada setiap hari bagi membolehkan menikmati pelbagai jenis menu yang beranika jenis bila bertukar kumpulan.
Persiapan tapak aktiviti oleh AJK PPWS, daftar dan sanitize. |
Selain memberi peluang penduduk setempat terus menikmati pelbagai jenis makanan juadah berbuka puasa, aktiviti ini bertujuan mengukuhkan ukhuwah dan perpaduan penduduk setempat.
Makanan/juadah akan disediakan sendiri atau pun ditempah melalui pembekal makanan halal dari kalangan penduduk setempat. Kaedah ini secara tidak langsung memberi peluang perniagaan kepada pembekal makanan di kalangan penduduk setempat untuk menjalankan menambah pendapatan dari rumah melalui tempahan oleh penduduk yang mengambil bahagian.
Aktiviti ini dicadangkan sekali sahaja dalam seminggu (5 kali sepanjang Ramadan). Pelaksanaan aktiviti mengambil kira tatacara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan garis panduan jarak sosial [social distancing] selaras dengan arahan oleh pihak berkuasa.
Keseluruhan aktiviti ini adalah dikawal oleh AJK Persatuan Penduduk setelah mendapat nasihat dari pihak berkuasa tempatan.
Sebagai persediaan sebelum aktiviti sebenar semasa bulan Ramadan nanti, raptai aktiviti ini telah pun dibuat pada 13 April 2020 bertujuan memberi penjelasan dan kaedah pelaksanaan aktiviti agar dilaksanakan dengan kemas dan lancar serta mematuhi garis panduan rasmi. Kaedah pelaksanaan aktiviti ini adalah seperti berikut;
a. 5.15 petang – Peserta yang telah dibahagikan mengikut kumpulan akan membawa makanan ke pondok gazebo (terhad kepada 4 gazebo sahaja yang terdapat di taman ini] yang ditetapkan melalui tempat pemeriksaan yang akan menyediakan hand sanitizer dan topeng muka sebelum menyusun bekas berisi makanan.
Jumlah bekas makanan adalah tertakluk jumlah setiap kumpulan. Seramai 6 peserta ditetapkan bagi setiap kumpulan/gazebo. Setiap peserta akan sediakan 5 set bekas berisi makanan untuk ditukarkan dengan 5 peserta lain dalam kumpulan masing-masing.
Peserta berdiri di balakang makanan atau juadah masing-masing. |
Dengan hanya menyediakan satu jenis makanan, semua peserta akan membawa pulang pelbagai menu yang disediakan oleh ahli kumpulan tersebut.
Pengerusi (kiri) Kol Fauzi Taib (B), beberapa peserta. |
Aktiviti ini juga selain memberi kemudahan untuk mendapat juadah dan makanan di sepanjang Ramadan, ia juga dapat mengembalikan nostalgia zaman silam kehidupan di kampung dengan tradisi bertukar juadah semasa bulan Ramadan.
Apa yang dilakukan PPWS ini secara tidak langsung cuba menghidupkan tradisi tersebut dalam suasana kehidupan moden di bandar. Syabas kepada penduduk Wangsa Siaga. [wm.kl.12:45 pm 16/04/2020]
No comments:
Post a Comment