Monday, January 31, 2011

Dikir Politik

Kekalahan Di Tenang,
Abdul Hadi Kena Semak Diri Sendiri

KEKALAHAN Pas dalam pilihan raya kecil Dun di Tenang sekali lagi memberi ilham yang sama kepada Presidennya, Abdul Hadi Awang untuk berkomenter 'bernasab nasib' di samping membuang kahak lama yang berlendir di tengkuk. Katanya Pas akan merangka strategi berkesan dalam pilihan raya akan datang bagi menjamin ketelusan pilihan raya.

Dalam pada itu Hadi juga sekali lagi mendakwa kekalahan itu kerana berlakunya pilihan raya yang tidak adil dan berat sebelah.

Itulah sebaik ulasan dan untuk melindungi rasa kecewa dan kebodohan sendiri presiden Pas berkenaan. Alasan klise itu juga sebagai menjustifikasikan keadaan untuk tidak menampakkan Pas terus berladum dalam kebebablan pak pandir.

Saya rasa kenyataan dan azam begini sudah lama dilakukan Pas. Dan Hadi sendiri sudah bergantang gantang membuat kenyataan persis itu, tetapi hasilnya tidak ada apa-apa. Pas tetap menempuh pilihan raya tanpa berkesan. Pas tetap bermain atas padang tidak sama. Pas kena tipu hidup-hidup. Kenyataan Hadi setiap kali berlaku pilihan raya samalah dengan suara pahat sumbing yang akan berbunyi selepas rumah siap. Komenter 'nasab nasib' Hadi nilainya tidak lebih dari itu.

Ironisnya kalau Pas menang istilah berat sebelah, tanah tidak rata, tidak akan timbul. Tetapi apabila Pas kalah maka bergemalah istilah dan hukum berkenaan. Sebelum ini bukan Pas tidak menang, menang. Di Bukit Gantang, Kuala Terangganu, Manik Urai...Pas memang namun di sini tidak tidak pula ada alasan dan istilah itu dikeluarkan Hadi itu.

Selalu cakap Hadi stretoip tidak berubah irama dan lagunya. Tenguklah setiap kali dia menjawab pertanyaan wartawan satu word yang tidak pernah ditinggalkan ialah perkataan "kolektif". Misalnya kalau wartawan tanya apakah Pas sudah membuat keptusan bla... bla, Hadi akan jawab, kita akan putuskan secara kolektif. Perkataan ini sudah sinonim dengan Hadi.

Dalam perhatian dan ingatan saya sejak jadi Presiden, Hadi sudah sebut perkataan itu lebih 100 kali. Kolektif kolektif dan kolektif. Nampak sangat bila berdepan dengan wartawan Hadi tidak mampu membina ayat atau perkataan baru melainkan terpaksa menggunakan patah-patah yang lesu dan basi.

Apabila berdepan dengan wartawan menampakkan kekakuan Hadi sebagai seorang presiden yang resah, gelabah dan tidak tenang, jauh dari profesional. Dia cuba hendak bercakap dan mematahkan pertanyaan wartawan tetapi aksinya tidak mengena sebaliknya melambangkan kelemahan beliau. Ini dapat dilihat pada bahasa badannya.

Sebab itulah kalau perasaan, apabila ada Mustapa Ali disisinya dia akan berpaling ke arah Mustafa dan kadang-kadang Mustafa yang tolong menjawabnya atau memberi klu. Ini sudah lama berlaku dan jika berterusan saya bimbang Mustafa akan menjadi presiden de-facto kepada Pas. Sikap dan pembawaan ini juga menyebabkan wartawan tidak seronok apabila berdepan dengan Hadi.

Begitu juga dengan kenyataan terbaru Hadi berhubung kekalahan Pas di Tenang itu. Katanya Pas akan mengkaji pendekatan yang berkesan. Apakah pendekatan itu? Apakah perlu Pas kalah 1,000 kali baru nak kaji dan nak impliment ketegasan yang dikatakan itu. Hadi hanya mengeluarkan kenyataan saja tetapi tidak pernah ada tindakan ataupun fiilinya.

Ia tidak diikuti dengan tindakan dan strategi untuk menjadikan pilihan raya sebagai berkesan. Tindakannya juga tidak memberi bekas lantaran itu SPR boleh terus berbohong dan menipu rakyat khasnya Pas? SPR sedikitpun tidak peduli dan merasa bersalah atas keburukan dan kebusukan dilakukan.

Ini bermakna suara Hadi tidak memberi apa-apa impak. Suara Hadi tidak berwibawa dan tidak menakutkan. Hadi kena faham akan kelemahan dan ketawaran air liurnya ini. Beliau harus melakukan sesuatu. Paling penting Hadi kena sedarkan diri kalau dia sudah tidak berwibawa, tidak ada umpp... sebagai presiden maka beliau harus bersiap untuk berundur secara terhormat. Hidup dalam angan-angan samalah kita tidur dalam perahu yang sedang dihanyutkan air entah ke mana?

Kalau Hadi menyedari ini maka dia sudah tidak bercakap lagi hal-hal untuk mengesankan pilihan raya atau tidak usah meminta pilihan raya bersih lagi kerana ia tidak memberi apa-apa kesan. Sebaiknya beliau kena bertanggungjawab atas kegagalan itu. Beliau bukan saja tidak perlu bercakap tetapi berhenti menjadi presiden Pas. Bagi Pas tidak ada gunanya kalau ketuanya tidak dapat melakukan sesuatu kepada organisasinya, melainkan ia merugikan masa saja.

Apakah sebelum ini Hadi sudah mengarahkan parti membuat penilaian dan tindakan ke atas masalah ketidakadilan pilihan raya itu? Kalau sudah, apakah parti tidak melaksankan arahanya? Kalau iya ini bererti Hadi tidak ada wibawa. Beliau tidak dihormati. Maka wajarlah kalau Hadi memahasabah dirinya sendiri sebagai presiden Pas. Bercakap dalam gelap kepada batang pokok adalah kerja sia-sia dan menampakkan akan kelemahan kita.

Hadi tidak boleh melihat kepada sokongan lisan yang ada kepada dirinya. Sokongan atas kapasiti dirinya sebagai ulamak, pembaca sirah yang baik, ahli hadith yang baik tidak semestinya beliau seorang presiden yang hebat. Presiden yang hebat yang boleh memberi kesan kepada partinya? Dalam tempoh hampir 10 tahun menjadi presiden ini Hadi seharusnya membuat semakan ke atas dirinya sejauh manakah kemajuan dicapai oleh Pas?

Beliau juga perlu mengkaji apakah arahan, visi ataupun gagasan beliau selaku presiden dilaksanakan atau tidak. Dalam tempoh hampir 10 tahun bermakna Hadi telah membentangkan rangka ideanya dalam memperkasakan parti dan meletakkan Pas sebagai parti hebat sebanyak 10 kali. Nah... Hadi kena semak apakah semua idea beliau itu dilaksanakan atau digunapakai atau tiudak?

Jadi presiden bukan saja setakat syok sendiri. Ataupun rasa megah kerana kita disalami orang atau dihidangkan nasi pulut dalam talam kuning. Apa yang penting ialah menetaskan idea dan membawa pembaharuan (tajdid) ke dalam Pas. Bercakap masalah ini sepekara yang masih belum terjawab ialah mengenai kekalahan Pas di Terangganu dalam tahun 2004 dan kegagalan Pas mengambil semula Terangganu tahun 2008. Kenapa dalam saat Pas berkembang maju di negeri lain tetapi Pas merudum di Terangganu, negeri presidennya sendiri? Sesungguhnya jawaban tuntas dan rasional kepada kekalahan Pas di Terangganu belum dijelas sampai kini.

Sehingga ini saya tidak nampak Hadi bertanggungjawab atas kekalahan itu. Tanggungjawab atas kekalahan Pas di Terangganu saya kira sebahagian dari amanah yang perlu dilaksanakan oleh Abdul Hadi . Jadi kalau setakat hendak buat, hendak kaji dan hendak itu dan ini ia tidak akan sampai ke mana. Samalah ada hajat nak berhenti tetapi tidak berbuat begitu.

Bagi saya tidak ada warnning kedua lagi dalam hal ini kepada Presiden Pas itu. Dengan kelemahan yang ketara dari berbagai aspek termasuk ketidaktegasan dalam bicara dan keputusan, beliau harus melakukan sesuatu sebelum sesuatu menimpa ke atas dirinya. Apa guna hidup subuh kalau bernaung di bayangan pokok besar lain? [wm.kl.11:33 am 01/02/11]

Ulasan Peristiwa

Prolog Pasca Sebuah Pilihan Raya
Keputusan muktamad pilihan raya kecil tenang
BN 6699, Pas 2992. Majoriti 3707
PEJUANG yang kental dan sejati itu tidak akan mengaku kalah. Istilah kalah atau berundur tidak ada dalam kamus hidupnya. Pejuang tulen melatakkan syahid itu sebagai matlamatnya. Mujahidin tidak pernah membawa kain putih untuk dijadikan bendera. Lilitan perca merah sentiasa mengecapi kepalanya.

Saya selalu mengatakan kemenangan dalam perjuangan bukan mendapat kuasa atau menjadi ketua. Kemenangan sebenarnya ialah mati sewatu kita sedang menghayungkan pedang ke leher musuh.

Belum tentu kita seorang manusia (muslim) yang baik kalau kita mati dalam kuasa berada ditangan. Kuasa kadang kala menjadikan kita alpa, menjadi kita riak ataupun menjadikan kita munafik. Bayangkan kalau kita mati dalam keadaan itu maka hilang fitrah kerinduan kita untuk menjadi insan mutaqim lialamin.

Saya yakin dan percaya para pejuang agama di Tenang tidak akan kecewa dengan kekalahan semalam. Mereka pulang sambil mengibarkan bendera basah untuk dikeringkan di rumah kelak. Mereka akan turun semula untuk meneruskan perjuangan di Merlimau nanti. Hanya beberapa hari di rumah untuk menyembuhi letih, kemudian mengumpul kekuatan untuk datang (turun) kembali ke gelanggang perang baru di Melaka.

Kepada pejuang pertugas Pas dari segenap seantero negeri, pulang dan berihatlah mujahidin budiman. Mamah dan kunyahlah apa yang berlaku di Tenang setengang-tenangnya. Cari dan gali kesilapan anda di situ sehingga menyebabkan anda tidak marangkul piala kemenangan. Dalam menyalahi kezaliman musuh, cuba juga menyalahkan diri sendiri. Dalam konteks ini menyalah dan menginsafi diri sendiri rasanya lebih baik.

Berfikir sejenak mencari kesalahan diri sendiri lebih baik merenung sejam mencari keburukan musuh.

Kepada pejuang agama dan bangsa di Tenang juga tidak perlu bersedih dan bergunda gulana. Banjir itu bukan air mata kekalahan, tetapi dicelanya juga ada mata air rahmat. Dalam kekalahan itu Pas masih memiliki sejuring kemenangan. Begitu juga dengan BN dalam kebanjiran kemenangan itu ada juga sejuring kemarau kekalahan.

BN menyedari kenapa mereka menang. Mereka juga menyedari apakah kemenangan itu bermoral atau sebaliknya. Kekesalan, kesenduan dan keinsafan akan hadir pada saat detik nazak menghampiri kita. Waktu itu semuanya sudah tidak ada guna lagi melainkan satu simbolik dan pesan amanat untuk sebuah kehidupan yang lain.

Jadi peristiwa selama lebih seminggu di Tenang biarlah ia berlalu. Segala dendam, marah, kebencian dan kepiluan di antara satu sama lain biarlah ia hanyut bersam arus bajir yang kini sedang menirus. Buangkan semuanya di kuala dan tenggelamkan di tengah lautan.

Ikhwan muslimim dan muslimat di Tenang harus hidup seperti biasa rukun dan damai. Anggaplah pilihan raya sebuah permainan menyenggangi kehidupan yang sibuk, dalam pada itu memberi sedikit kegembiraan. Iya... bila kampung halaman kita dijadikan ruang pesta, keriuhan sebuah sistem, maka adalah kesukaan dan tuahnya.

Segala perselisihan faham kecil, perbalahan kecil, hapuskan, dan berjabat salamlah dengan penuh mesra di antara satu sama lain tetangga untuk berjumpa lagi dalam gelanggang sama selepas ini dalam pilihan raya umum. Penentuan sebenar dan lebih muktamad adalah di dalam pilihan raya umum.

Kepada cikgu Mala, mekarlah kamu dihati rakyat. Teruskan perjuangan dan kuatkan semangat. Kekal kembangkan senyuman sampai kapan. Pilihan raya itu telah meletakkan nama anda dalam arkib sejarah yang ada makna tersendiri. Pilihan raya itu membuka kertas Phd untuk anda menjadi seorang ahli politik hebat di masa depan.

Kepada Azahar Ibrahim pula jangan persia-siakan harapan dan impian rakyat. Anda hanya memiliki masa kuranag setahun untuk melalui ujian sebenar.

Kepada Sallahuddin Ayub selaku pengarah pilihan raya Pas masih ada beberapa hal yang anda harus mempelajari dan menceramtinya untuk muncul sebagai seorang komender perang yang berjaya. Ingat ada sudah melewati dua pengalaman sebagai pengarah.

Salam hormat dan mohon berundur dari bumi Tenang lautan terbentang biru dan bulan akan mengambang atas ubun-ubun bangsa! [wm.kl.10:00 am 31/01/11]

Sunday, January 30, 2011

Perkembangan Tenang

Pilihan Raya Banjir Di Tenang

6: 40 pm: Ternyata banjir telah mengubahkan sedikit senario pilihan raya terutamanya kepada pihak Pakatan Rakyat. Nampaknya sasaran awalnya untuk mengurangkan majoriti diperoelehi oleh UBN dalam pilihan raya lalu sebanyak 2,492 meleset. Begitu juga sasaran UBN untuk meraih lebih 5,000 majoriti juga gagal.

Beberapa keputusan awal memberi petunjuk UBN mungkin akan memperolehi majoriti lebih 3,500 undi, kemenangan selesa juga buat UBN. Tahniah!

[kemaskini]
6:02 pm - Menurut timbalan pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar peratus keluar mengundi sebanyak 71.8% Perubahan jumlah ini akan turut menganjakkan majoriti dimenangi UBN. Perubahan itu tidak banyak berubah rasanya. Semua peti undi kini sudah sampai dipusat penjumlah di Dewan Serbaguna Labis. Pukul 7:00 malam keputuan rasmi mungkin sudah diperolehi.

Kesemua 12 pusat pengundi di Tenang sudah pun ditutup. Pilihan raya Tenang yang mula dijangka akan mencatat pilihan raya terbaik dengan sasaran 80% pengundian oleh SPR sebaliknya bertukar menjadi sebaliknya. Inilah dikatakan ketentuan Tuhan mengatasi segala tadbir manusia.

Peratus keluar mengundi tidak sampai 70%. Kadar mengundi rendah memberi petanda buruk kepada pihak pembangkang. Beberapa kawasan terputus menyebabkan pengundi tidak boleh keluar.

Keadaan ini ditambah lagi dengan bantuan kepada pengundi yang disedikan oleh agensi tertentu tidak adil. Mudah difahami pengundi Pas tidak dibawa ke pusat pengundian sedangkan Pas pula tidak mempunyai kelengkapan yang banyak. Agensi penyelamat sudah semestinya akan memberi keutamaan kepada pengundi UBN.

Suasan alam di Tenang hari ini berpihak kepada UBN.

Ini bukan alasan untuk menghalalkan kekalahan Pas. Keadaan ini, banjir juga menyebabkan sasaran UBN hendak campai 3,000 hingga 5,000 majoriti mungkin tidak tercapai.

Dengan kadar hanya 67% keluar mengundi ini bermakna sebanyak 9,800 orang pengundi saja yang keluar. Dari angka ini dapat dikira UBN akan meraih sekitar 5,000 manakala Pas pula paling tinggi 3,500. Dijangkakan majoriti bakal diperolehi UBN sekitar 1,500.

Jika ini berlaku sasaran Pas untuk mengurangkan majoriti diraih UBN dalam pilihan raya kira-kira 2,400 berjaya.

Ini rumusan awal berdasarkan jumlah pengundian yang belum diumumkan secara rasmi SPR. Angka berkenaan akan berubah sekiranya peratus pengundian melebihi 70%.

Kemalangan yang menimpa pilihan raya berkenaan, dibajiri, maka bolehlah disifatkan pilihan raya kecil Tenang itu adalah pilihan raya banjir.[*** 5:10 pm 30/01/11]

Tenang Waktu Malam

Reja-Reja Semalam

MENJELANG pukul 12:00 malam tadi saya sempat tinjau dan singgah di beberapa kawasan dalam pilihan raya Tenang. Di beberapa tempat masih lagi berjalan kempen hingga ke saat akhir. Pakatan Rakyat nampaknya lebih aktif malam tadi berbanding dengan UBN. Jentera gempur UBN ala Pemuda Tahan lasak 1960-an pula hanya membuat kerja-kerja akhir pemasangan banner gergasi menjelang esok dan menganggangu kempen Pakatan.

Satu kejadian di depan mata di Felda Tenang menunjukkan gelagak gila pemuda Umno. Kejadian ini kontras dengan negeri Johor dikuasi Umno yang dianggap moden. [Saya akan catat kejadian ini di dalam Siasah]

Ceramah Pakatan anjuran DAP di Labis station malam tadi memberi petanda jelas bahawa orang Cina menyokong Pas. Berdasarkan hakikat yang berlaku di situ kemungkinan Pas akan dapat meraih undi cina sampai ke 68%. Kalau momentum ini kekal Parlimen Labis dalam pilihan raya umum akan datang membolehkan calon BN akan kelemasan.

Bayangkan di ceramah BN yang jaraknya tidak sampai 2 km, hanya dihadiri tidak sampai 40 orang. Ceramah ini juga ditutup awal. Berlainan ceramah Pakatan (DAP) penuh sesak. Orang ramai berdiri di kiri dan kanan jalan tanpa menghiraukan hujan. Ceramah Pakatan ini tutup sebaik menjelang 12:00 malam.

Di Kampung Air Panas BN mengadakan konsert dengan mengundang penyanyi M Nasir dan penceramahnya Ahmad Zahid Hamidi. Ia diadakan dalam dewan sekolah Cina. Kehadiranya juga mengecewakan. Konsert yang patut dihentikan jam 12:00 tengah malam dihentikan jam 10:30 malam.

Menyimpul ringkas apa yang berlaku menjelang tengah malam semalam, Pakatan tidak berputus asa dan menggerakkan kempen sampai ke saat akhir. Berlainan dengan UBN yang sudah memperlahankan rentak kerana sudah yakin memang. Demikian pun begitu keputusan seperti mana yang diramalkan tidak banyak berubah.

Bersama ini juga disertkan gambar reja-reja malam tadi untuk kenangan bersama. [wm.kl.6:00 am 30/01/11]

Saturday, January 29, 2011

Sebelum Round

Ulasan Tenang Sebelum Mengundi

TINGGAL tidak sampai 20 jam lagi pengundian akan berlangsung di pilihan raya kecil Dun Tenang, Johor. Seramai 14, 753 pengundi berdaftar berhak membuang undi. Undi pos seramai lebih 170 pengundi terdiri dari polis dan pegawai SPR telah membuang undi. Dari jumlah itu seramai 7,000 pengundi Melayu, 5,700 pengundi Cina dan 1,700 pengundi India.

Mungkin kedua-dua parti sudah pun dapat mengagak berapa banyak undi yang diperolehi dan berapa majoriti yang yang diraih parti yang menang. Parti politik ada makenismenya tersendiri dalam membuat perhitungan ini. Dalam sistem bancian dan penculaan undi diamalkan di Malaysia membolehkan parti-parti politik mengenali sebanyak mana pengundi mereka. Biasanya 70% dapat dikenal pasti dan sekitar 30% undi saja yang samar. Tumpuan tegar kerap dilakukan kepada golongan dinamakan atas pagar ini.

Dalam pilihan raya kecil seperti Tenang ini tidaklah sukar untuk membuat ramalan mengenai keputusannya kelak. Biasanya trend pengundian tidak jauh berbeza dengan apa yang berlaku sebelum ini. Selalunya kalau pilihan raya kecil ia memberi kelebihan kepada parti kerajaan. Inilah yang tidak disukai oleh pihak pembangkang. Tetapi saya percaya kalau pembangkang berkesempatan memiliki agensi seperti parti kerajaan, Kemas, Kada, Feleda, polis dan sebagainya mereka juga mengamalkan perkara yang sama. Nama lagi demokrasi, tindak tanduk manipulasi dan hipokrasinya tidak jauh berbeza!

Agaknya siapakah yang akan menang besok? Siapakah yang akan memasuki ke Dewan Undangan Negeri Johor di antara "Sophia Loren" (Normala Sudirman) dengan "Mat Bok", (Azahar Ibrahim). Mari kita bermain dengan angka dan teka teki yang sudah hampir terjawab atau boleh memberi jawaban ini. Senario semasa dan laporan dalam berbagai-bagai media, cakap-cakap dan laporan sulit membantu kita membuat andaian ini.

Umno awal-awal lagi telah mendabik dada membuat provokasi kira-kira 4,500 orang pengundi di kalangan peneroka adalah miliknya. Di Tenang ada tiga kawasan Felda, Cempelak, Cempelak Barat dan Tenang. Peneroka adalah masyarakat yang dipelihara oleh kerajaan menerusi agensi pembangunan tanah dan sosial Felda.

Mereka ini berterima kasih kepada agensi berkenaan, tanpa mengira penat lelah yang mereka sendiri lakukan untuk memajukan diri mereka. Walaupun pulangannya tidak seberapa, tetapi mereka bangga dengan Felda. Orang miskin.. begitulah sangat merasai budi berbanding dengan orang lega (kaya). Mereka akan berterima kasih kalau hanya kulit pisang diberikan oleh orang kaya. Dia terlupa yang menanam dan membajai pisang itu sampai berbuah adalah dia. Titik peluhnya yang membesarkan benih yang disediakan orang kaya itu.

Selagi Felda masih didiami oleh peneroka awal, keadaan termakan budi dan menerima budi akan berterusan. Kecualilah sesudah anak-anak peneroka sudah pandai mengira, menghitung serta menimbangkan keadilan dan kesaksamaan barulah perasaan menerima dan merasa budi itu akan berakhir. Nah ketika itulah baru peneroka Felda tidak boleh dijerat oleh Felda hanya dengan kulit pisang tadi.

Bermakna masyarakat dalam Felda akan bebas dan tidak terikat dengan mengaggap Umno memberi makan kepada mereka setelah peneroka itu melairkan generasi ke 10. Untuk sampai generasi ke 10 ini perlu tunggu tahun 5050.

Apakah pada waktu itu bumi ini masih ada lagi? Saya bimbang takut Semanjung Malaysia sudah ditenggelam air akibat bencana atau bumi pecah dari bawah pantak Semanjung. Makanya harapan untuk melihat peneroka Felda berubah dan tidak merasai budi Umno akan sia-sia saja, sudah terlewat ketika itu. Justeru kalau para peneroka mahu bangkit membela kehidupan mereka dan mengambil hak mereka bertindaklah sebelum tahun 5050!

Berdasarkan kepada dakwaan Umno tadi, bermakan secara tunai mereka sudah ada sekitar 4,000 undi. Katanya ada kesedaran dalam kalangan peneroka Felda kerana mereka sudah insaf dan mendapat maklumat mengenai penganiayaan ke atas mereka. Katanya sokongan masyarakat Felda sudah merosot sekitar 10 %? Kalau ini benar bermakna Umno masih ada lagi 3,600 undi lagi tunai.

Keadaan ini menunjukkan Umno masih menang di ketiga Felda berkenaan. Apa yang Umno perlukan untuk menang sekitar 3,000 undi saja lagi untuk menjadikan 6,600. Mana-mana parti yang berjaya meraih 6,000 undi mereka akan menang. Dam sekiranya peratus keluar mengundi sekitar 80% ini bererti Umno boleh menang dengan majoriti yang tipis sekitar 500 undi saja.

Ini tidak susah bagi Umno. Bagi mengenapkan angka itu Umno hanya memerlukan sekitar 30 hingga 35 peratus undi dari kalangan orang Cina dan 50% undi India saja. Sekiranya Umno memperolehi 30 peratus (1,300) undi Cina dan 60% (850) bermakna Umno akan menang dengan majoriti di bawah 2,000 undi.

Mojoriti di bawah 2,000 walaupun UBN menang tetapi dari segi moralnya parti itu kalah. Keputusan itu memberi kegembiraan dan harapan besar kepada Pas. Ia akan ditafsirkan bahawa pengaruh dan kekuataan UBN merosot, apa lagi ia berlaku di dalam negeri kubu Umno Johor.

Saya pecaya dalam pilihan raya ini Pas tidak menanti kemenangan. Kekalahan adalah kenyataan yang sudah diterima seawal hari penamaan calon. Tetapi sebagai parti politik Pas mencuba untuk menawarkan perubahan dan pembaharuan kepimpinan kepada rakyat. Kerana itu kalau Pas menang besok ia dibantu oleh kuasa magic dan pertolongan ikkhlas dari malaikat di langit dan di bumi! Apakah mengarap kepada kuasa itu sesuatu yang praktikal?

Untuk masa depannya kejayaan Pas mengurangkan majoriti BN di bawah 2,000 undi adalah petanda tidak baik bagi Umno. Umno harus bersiap sedia untuk menyerahkan kerusi itu kepada Pas dalam pilihan raya umum akan datang dan sedia merasai keruntuhan sebuah negeri yang menjadi kubu kuat Umno sejak tahun 1946.

Tetapi dalam syok melayani analisa ini jangan terkejut kalau tiba-tiba Umno boleh pukul maut Pas dengan majoriti lebih 4,000 undi. Berpandukan senario ini kalau ini berlaku sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Jangan lupa Umno akan mengemukakan strategi dan tektik baru pada setiap kali pilihan raya. Inilah kelebihan Umno dan UBN yang menjadi parti memerintah dan tidak pula diberi kepekaan oleh pembangkang. [wm.kl.10:00 am 29/01/11]

Friday, January 28, 2011

Respons Anwar

Respons Anwar Ibrahim Terhadap Laporan CNN

Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk “Saudis discover new unding channels for Taliban, al Qaeda” memperlihatkan ketakutan Dato’ Seri Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiyai saya untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.

Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato’ Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang
semakin membarah.

Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Dato’ Seri Najib. Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman
demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.

Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.

Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno-BN sebenarnya
fobia dengan kemaraan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

[wm.kl8:50 am 28/01/11]

Menyudahi Subuh

Ke Mana Husam Menghilang?

SAYA tidak tahu orang lain tetapi bagi saya sangat merasai hal ini, tentang ketiadaan, Husam Musa dalam pilihan raya kecil di Tenang. Mungkin mata saya kabur atau pemandangan tidak jelas tatkala menatap puluhan gambar yang diambil oleh anak buah tidak pula terpampang gambar Husam.

Begitu juga bila diselak dan dibuka beberapa blog orang yang menyokong kuat beliau sebelum ini, juga tiada kelihatan gambar beliau dalam suasana hiruk pikuk di pusat penamaan calon. Selalunya dalam blog-blog ini gambar Husamlah yang didominasikan. Mungkin juga mata saya tidak terpandang kerana kabur disebabkan kencing manis.

Ke mana Husam? Semasa pilihan raya kecil Galas dulu saya ternampak wajahnya, dia berarak sama gagah dengan calon berada di barisan depan. Kalau tidak silap beliau mengenakan baju berwarna hijau pucuk pisang. Walaupun tidak sempat merakam gambarnya tetapi saya nampak dalam blog lain, dia ada di barisan hadapan. Tetapi lain sekali di Tenang ini, seolah pilihan raya ini tidak terpanggil buatnya. Ke manakah?

Maaflah kepada penyokong Husam kalau saya tersilap dalam hal ini! Mungkin kalau Husam ada hadir boleh dimaklumkan kepada saya. Husam harus ada sama di barisan hadapan pada hari penamaan calon 22 Januari lalu. Selepas itu beliau harus bertungkus lumus sama di dalam pilihan raya berkenaan hingga ke malam mengundi. Kalau pun dia sudah membuat predection sukar untuk Pas memang tapi atas nama semangat bersama beliau harus ada sebagai menyatakan komitmen dalam perjuangan. Pejuang kena bertanggungjawab dalam keadaan apa sekalipun.

Apakah Pas Pusat tidak memberi apa-apa peranan kepada beliau? Atau pun pengarah pilihan raya takut untuk memanggil dan memberi peranan utama kepada Husam kerana beliau sendiri dibayangi kuasa berkuku lain? Sepatutnya keadaan tidak berlaku. Sallahuddin Ayub perlu menggunakan kuasanya selaku pengarah dan beliau tidak perlu mendapat restui dari mana-mana individu. Sikap untuk jaga hati hendaklah disingkir demi kebaikan. Jaga hati juga bagi saya adalah salah satu juzuk kepada amalan kronisme.

Kenapa saya katakan Husam perlu ada dan memainkan peranan penting, kerana ada beberapa kelebihan kepadanya. Walaupun kekurangan tetap ada, tetapi kelebihan masih banyak buatnya yang perlu digunakan Pas. Husam boleh mendekati pengundi dengan caranya tersendiri. Dia adalah pakar perunding, seorang konsultasi undi yang baik dan berjaya. Saya percaya kalau dia diberi peranan dia akan membuat sesuatu untuk memasuki ke tanah rancangan Felda. Kubu Umno di Chempelak itu akan disusuri juga walau dengan apa cara sekalipun. Saya yakin ini.

Bukan itu saja, beliau adalah idola golongan muda. Golongan muda memerlukan orang yang bersemangat dan berpandangan juah sepertinya. Dengan tampilnya Husam ia boleh menaikkan semangat anak-anak muda. Sudah pasti tanpa kelibatnya di sepanjang pilihan raya itu menyebabkan para idolanya akan kurang bersemangat. Apakah hakikat ini tidak disedari?

Mungkin apa yang berlaku ini ada usaha untuk menjauhkan Husam dari kekuasaan Pas. Atau mungkin Husam sendiri membawa diri disebabkan beliau tidak diberikan peranan yang jelas atau ke depan. Sebagai seorang yang mengerti diri untuk apa dia menjual diri. Di sini kedudukan dalam parti seolah menjadi prasyarat tidak wajib untuk seseorang itu menaburkan khidmat baktinya.

Kalau ini berlaku maka tidak bijaklah politik Pas. Tidak Islamilah Pas. Suka atau tidak, Husam harus diterima sebagai seorang pemimpin masa depan Pas. Dia mungkin ada beberapa kelemahan, tetapi kita juga kena letakkan harapan dan keyakinan, dia juga melakukan perubahan. Kelebihan yang ada kepadanya boleh dijadikan pelindung kepada kelemahannya yang kita tampak. Siapa yang tidak bersalah di atas muka bumi ini, semua orang bersalah. Bukankah kesalahan dan kelemahan itu kemudian menjadikan seseorang itu cemerlang?

Dalam hubungan berpilihan raya, saya melihat Husam memiliki ketrampilan yang ketara berbanding dengan beberapa tokoh lain. Dia seorang strategis. Stategis diperlukan dalam politik. Strategis akan merancang apakah tindakan dan langkah yang akan diambil. Stretegis akan memikirkan macam mana hendak membidas balas serangan musuh. Ini ada kepada Husam. Dan kemampuan ini sudah terbukti di Kelantan apabila beliau menunjukkan menerusi jawatan Exconya membawa beberapa perubahan dan pendekatan baru ekonomi sehinggakan merujakan Tok Guru Nik Aziz sendiri.

Selain itu dia juga seorang pemimpin yang kreatif dan rajin. Exco Kelantan ini boleh menghidupkan suasana dan mematikan suasana (musuh). Dia boleh mencipta isu untuk meriuhkan keadaan dan mengelabahkan musuh. Kebolehan seperti inilah yang perlu digunakan dan dimanfaatkan Pas. Tetapi sayangnya, Pas semacam lalai dalam hal ini.

Husam secara peribadi tidak rugi kalau dia tidak berperanan. Dia mungkin selama berlangsungnya pilihan raya kecil Tenang boleh mendiamkan diri dalam bilik bacaan, membaca buku-buku baru mengenai ekonomi dan menekuni bagaiman untuk melakukan perhubungan dengan alam yang baik. Menambah ilmu. Tetapi Pas kerugian kerana gagal memanfaatkan kebolehan itu.

Sudah lama saya ingin katakan, apabila Husam tidak lagi menjadi Naib Presiden Pas, ada tempat sesuai untuk diletakkan tokoh ini. Tempat itu ialah sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya (JPP) Pas. Itulah tempat paling sesuai buatnya dan digemarinya saya rasakan. Dan jawatan itu memerlukan orang yang genius, kretif dan cepat membaca alur politik semasa seperti beliau. Jawatan ini juga bagi mengelakkan beliau menganggur dalam parti.

Pengarah sekarang Abdul Halim Abdul Rahaman bukan tidak layak, tetapi tempohnya sudah melebihi masa. Era sekarang adalah era IT, adalah tidak pantas kalau seorang yang tidak mahir, cekap maklumat dan mampu menguasai aplikasinya IT diletatkan di situ. Dalam dunia IT seharusnya ia digunakan seoptimumnya. Manakala orang yang boleh menggunakannya, mestilah orang yang arif mengenainya. Husam adalah antara orangnya.

Tengoklah bila Abdul Halim diletakkan di situ maka orang yang sama pintar dan 'bodoh tempang' dengannya juga diletakan di JPP Kelantan. Sekali soal kroni ataupun perlantikan untuk saling kukuh mengukuhi di antara satu sama lain berlaku. Walhal perkara seperti ini perlu dijauhkan kalau Pas ingin menjadi sebuah organ yang dinamik.

Pengurusan di JPP ini penting kalau Pas mahu menang besar dalam pilihan raya akan datang. Pas hendaklah tidak mengutamakan bidang ini. Kalau perlantikan didasarkan kepada kroni kerena ingin saling kukuh mengukuh di antara satu sama lain cara itu bukan bijak. Cara itu adalah untuk melemahkan Pas dan merugikan Pas.

Mungkin semasa menyusun barisan kepimpinan baru selepas selesai muktamar dua tahun lalu Presdien Pas, Abdul Hadi Awang terlupa orang bernama Husam dengan kebolehannya ini. Atauapun presiden mungkin menerima nasihat yang salah. Atau presiden mungkin terikut dengan dendam-dendam kecil kepada Husam gara-gara kenyataannya semasa kempen merebut jawatan timbalan presiden. Dalam politik atau dalam apa juga pergerakan berpasukan, dendam hendaklah diketepikan. Kerana kalau dendam disuburkan ia boleh mengagalkan perjuangan.

Bila sebut fasal Husam ini seperkara lagi yang sering saya terdengar. Kononnya dalam pilihan raya umum akan datang beliau akan dipindah ke Parlimen semula. Kenapa wujud idea seperti ini. Bagi saya ia sekali lagi tidak bijak. Sejarah penurun Husam ke Dun dulu kena ingat ialah untuk membantu pentadbiran Tok Guru. Beliau sudah melaksanakan dengan baik. Apakah kini Kelantan sudah ada pembantu pentadbiran termasuk perancang ekonomi yang baik maka beliau perlu diketepikan?

Rasanya tidak timbul kalau Husam hendak jadi menteri besar. Angan-angan semua orang itu tidak perlu ditakuti. Beliau sendiri sudah mengakui jawatan itu bukan barang yang dikejarnya. Apa yang ingin beliau sumbangkan ialah jasa dan bakti. Seseorang yang ikhlas dan kreatif itu boleh terus membantu meskipun tidak memegang jawatan itu - MB.

Bukankah hari ini Husam telah membuktikannya. Siapa pun tidak menafikan sumbangan dan jasanya terhadap pentadbiran Kelantan hari ini. Jadi usaha untuk menukar Husam ke pusat samalah hendak mengganti Husam dengan 10 budak Pasti yang sedang diajar untuk menjadi pemimpin. Tindakan surut ke belakang adalah tidak bijak.

Biarlah selepas ini Husam terus berada di barisan hadapan dan segala dendam dan irihati kedua pihak dihapuskan kalau mahu melihat Pas sihat dan berjaya. [wm.kl.6:50 am 28/01/11]

Thursday, January 27, 2011

Susupan Malam

Mesej Mat Maslan Yang Berbau Angkuh

SEBELUM Maghrib tadi saya menerima mesej dari Ahmad Maslan orang kuat Felda. Selalu dia akan hantar mesej kepada saya terutamanya yang bersifat umum sebagai maklumat media massa. Semasa dia ke Galas dulu dia kirimkan gambar dia sedang belajar menoreh getah.

Mesej Mat Maslan kali ini agak keras bunyinya. Bertentangan dengan perwatakannya yang lemah lembu. Apakah mesej ini menggambarkan UBN dalam keadaan selesa atau sebaliknya? Kalau UBN sudah selesa, Mat Maslan tak sepatutnya menghantar mesej sebegini. Ia menggambarkan akan kerendahan akal budinya. Mesej ini juga menyebabkan darjah kemanusiaan beliau sebagai orang politik terjejas.

Mesej ini juga menunjukkan keangkuhan beliau sebagai seorang pemimpin. Lawannya hanya Mazlan Alimin, bukan lawannya. Mazlan hanya budak kecil dalam Felda yang membuat nakal ke sana ke mari, di mana kenakalan itu boleh ditepis dengan sekali senyum saja. Tetapi bila Mat Maslan menangkis sebegini, ia memberi iklan percuma kepada Mazlan Alimin.

Kenapa saya kata begitu, kerana Mat Maslan boleh memberi apa-apa jawatan kepada Mazlan Alimin di Felda dan biar dia uruskan. Beri sebulan cukup untuk dia membuktikan. Kalau dia berjaya membuktikan kehebatannya untuk membawa perubahan dalam Felda maka Mat Maslan harus letak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebaliknya kalau gagal maka Mazlan Alimin perlulah senyap.

Saya turunkan sepenuh mesej dari Mat Maslan orang kuat Felda ini;

"Kenyataan sms kepada pemikir maya atau bloger. Wahai Mazlan Alimin sdr cabar saya berdebat, debat cuma sejam, saya cabar berdialog dengan sdr dan Ajk Anak selama sehingga dua hari dua malam. Dialog tertutup tetapi boleh panggil pihak media apabila peristiwa itu terjadi sdr pilih sejam berdebat hanya untuk publisti murahan atau pilih sehingga dua hari dua malam untuk merungkaikan isu yang dibawa.

Kami pilih dua hari dua malam ini yang saya sebut dalam PC semalam. Kalau dia anak jantan terimalah. Kita ikhlas kita nak bantu orang macam Mazlan Alimin ini.

Saya bukan tak boleh berdebat, saya pernah jadi pembahas piala perdana menteri PPM antara sekolah-sekolah asrama penuh masa tingkat 3,4,5. Misalnya tahun 1983 saya adalah pembahas pertama mewakili SMS Johor Kluang masuk akhir PPM siaran langsung oleh RTM. Tak jadi hal untuk berdebat. Tetapi kami nak tolong Mazlan dan Anak rungkaikan kekusutan kepala dia yang menuduh Felda macam-macam sedangkan macam-macam Felda sudah, sedang dan akan bantu peneroka dan generasinya.

Hidup warga Felda, salam perjuangan, salam 1 Malaysia. Terima kasih.

Tidak perlu saya ulas mesej Mat Maslan fikir dan nilailah sendiri. Ho ho...kopi Rajawali [wm.kl.11:07 pm 27/01/11]

Dengan Hati Yang tenang

Catatan Menegang Tenang

DALAM sesuatu pilihan raya isu sangatlah penting. Isu merupakan modal untuk meraih sokongan pengundi. Pengundi akan melihat kepada isu yang dikemukakan untuk mereka membuat perhitungan memilih siapa yang mereka berkenaan. Semua isu yang dikemukakan akan dicerakin dan dikunyah sebaik mungkin sebelum ditelan pengundi.

Isu ini penting dalam pilihan raya. Kalau sesuatu pilihan raya itu tidak ada isu, sepi dan tidak rancaklah kempen pilihan raya itu. Lumah pun begitu politik itu bergerak atas isu.

Selain manifesto, isu adalah memainkan peranan penting. Biasanya dalam pilihan raya kecil tidak ada manifesto. Manifesto akan dikemukakan parti politik dalam pilihan raya umum. Manifesto merupakan janji dan komitmen parti kalau mereka menang kelak. Manifesto akan dijadikan analisa dan penilaian.

Dalam pilihan raya kecil yang ada hanya mifesto peribadi calon saja. Selain daripada membentangkan latar belakang dan syakish diri calon akan mengemukakan apakah gagasan atau komitmen mereka untuk dilaksanakan atau difikirkan jika memenangi pilihan raya nanti. Apakah perubahan drastik setempat yang bakal berlaku atau dilakukan kalau calon berkenaan memenangi pilihan raya berkenaan.

Gagasan dan idea ini biarlah logik, rasional dan diterima oleh pengundi. Ia tidak perlu menyenaraikan gagasan dan idea berjela-hela tetapi cukup beberapa perkara yang mudah dilaksanakan dan diterima rakyat dari pelbagai lapisan.

Dalam pilihan raya kecil Tenang ini dalam permerhatian saya tidak ada manifesto. Kedua parti yang bertanding Pas dan UBN tidak mengemukakan manifesto peribadi secara khusus. Pas tidak ada manifesto. Manakala UBN pula dengan cara lamanya menjanjikan projek segera sebagai manifesto.

Cuma bagi Pas kalau calonnya Normala Sudirman menang ia akan membawa suara dan hasrat parti itu ke dalam Dun Johor. Normala akan jadi jurucakap Pas bersama dua lagi wakil di Dun Johor yang sedia ada. Beliau akan menjadi pembangkang terbaik untuk membela rakyat Johor. Itu saja, dan tidak lebih daripada itu.

Begitu juga dengan calon BN, Azahar Ibrahim kalau menang ia akan membawa suara BN dalam Dun Johor. Kerana Johor diperintah BN Azahar akan meneruskan perjuangan Sulaiman Taha yang menjadi Adun di kerusi itu dulu.

Seperti dikatakan tadi kerana manifesto tidak ada, maka isu atau modal yang ditimbukan parti itu penting. Dari sinilah pengundi akan membuat semakan dan penilaian untuk memilih calon mana yang patut mereka pilih. Berdasarkan isu mereka akan menilai kelayakan, kesesuaian dan keperluan seseorang itu untuk dipilih. Kenapa dan sebab apa mereka patut dipilih selain daripada kerana hubungan personal.

Dalam pilihan raya Tenang ini nampaknya isu peribadi kedua-dua calon ke depan. Isu ini bukan dibawa sendiri oeh mereka tetapi oleh jentera pilihan raya masing-masing, khasnya gerak saraf. Paling jelas Pas telah membawa isu peribadi calonnya BN, Azahar. Pas membangkitkan soal integriti Azahar semasa menjadi Penolong Pegawai Daerah dulu yang dikatakan telah abai dan kurang cekap menyebabkan seorang pemilik tanah kehilangan tanahnya. Sikap cuai itu juga sehinggakan Azahar disaman di mahkamah.

Segala dokumen saman ini ada disiarkan dalam blog.

Pas cuba membawa kejadian ini sebagai kelamahan calon BN itu. Kelemahan atau kesilapan sama tidak ada kepada Normala. Jadi bertolak dari situ dalam perkiraan Pas pengundi tidak patut memilih seorang yang tidak cekap dan berlaku penganiayaan kepada orang lain sebagai calon. Ianya wajar kerana seorang wakil rakyat harus berperangai baik kerana ia adalah penjaga amanah. Kerana itu Pas menggesakan calon ini ditolak awal-awal lagi.

Bukan tidak boleh ungkitkan isu peribadi. Tetapi bagi saya cara Pas mainkan isu ini kurang bijak. Apa lagi bila Pas berlebih-lebihan menimbulkan perkara ini. Bila kita jengok blog atau pun website yang berpihak kepada Pas isu ini dimainkan secara berlebihan. Bila ia dimainkan secara berlebihan ia memberi kesan negatif kepada pihak yang menimbulkannya dan memberi simpati kepada orang kena tuduh.

Pada mulanya Pas sudah ke depan dan mendapat simpati pengundi bila mana Chus Soi Lek cuba mempersoalkan tatacara Islam dengan menuduh Normala tidak mahu bersalam dengan lelaki. Tetapi bila isu Azahar ini dimainkan secara berlebihan isu Soi Lek seakan dapat diredahkan dengan isu peribadi Azahar itu.

Apa yang diketengahkan Pas itu ia sudah lama berlaku. Kejahatan atau kesalahan Azahar itu diluar kontesk pilihan raya kecil Dun Tenang hari ini. Sepatutnya Pas mengambil kira hal ini dan bukan begitu seronok mendedahkannya.

Kepada saya Pas perlu ketepikan isu peribadi berkenaan. Ia boleh setakat diangkat tetapi bukan untuk diecerkan oleh jentera pilihan raya Pas ke dalam kempen. Biarlah isu-isu seperti itu dimainkan oleh pihak lain, termasuk bloger dan rakan Fb.

Apa yang patut Pas tumpu atau utamakan mengariskan apakah tindakan-tindakan yang akan berlaku sekiranya calon mereka menang kelak. Pas harus mengemukakan apakah perubahan drastik setempat jika Normala menang. Selain itu Pas harus ‘mengumba’ rakyat kemenangan Normala adalah penting untuk perubahan dan pembaharuan politik di Johor.

Pas kena ceritakan kemenangan Normala bukan saja merombak pegangan politik totok masyarakat Felda di Johor khasnya, tetapi ia juga akan membuka dimensi politik baru di Dun Johor. Pas kena menyakinkan rakyat sekiranya cikgu Mala menang dia akan membuka penyelak besi yang mengunci negeri Johor dari dimasuki parti lain selain Umno.

Rasanya dalam waktu tersisa ini Pas masih boleh perbetulkan bentuk dan gaya kempennya. Pas masih berpeluang untuk membisikkan kepada rakyat bahawa kemenangan Normala akan menerangkan lagi masa depan rakyat kerana ia akan merintiskan kepada perubahan kepimpinan di Johor apabila partinya dan Pakatan Rakyat memerintah negeri berkenaan.

Pas perlu katakan kepada pengundi Tenang segala-gala perubahan yang besar itu akan berlaku dengan bermula di Tenang menerusi kemenangan cikgu Normala si Sophia Loren! [wm.kl.7:20 pm 27/01/11]

Wednesday, January 26, 2011

Susupan Malam

Ruapanya Ada Kumpulan Belum Tamadun Di Tenang

MALAM tadi UBN telah menunjukkan lagak semula jadi mereka, merasa negara ini adalah hak mereka. Sekumpulan lelaki yang memakai t shirt BN telah menganggu ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh Lim Guan Eng.

Khabarnya macam-mnacam kata-kata nesta dan kesat dilaungkan kepada Guan Eng. Tujuannya supaya Ketua Menteri Pulau Pinang itu henti memberi ceramah. Antara kata-kata yang boleh mengguriskan hati dan melampau ialah melarang orang ramai mendengar ceramah kafir. Kejadian ini berlaku di Felda Cempelak.

Memang Guan Eng kafir. Tetapi apakah bezanya kalau si Islam juga bercakap bohong, menipu rakyat dan merogol undang-undang. Rsanya lebih baik kafir daripada Islam yang munafik sedemikian.

Guan Eng tidak mempedulikan cemuhan dan jeritan sekumpulan pemuda BN yang liar dan celika itu. Mungkin kalau di zaman dulu cemuhan itu boleh menghentikan ceramah pembangkang. Tetapi zaman ini zaman orang semua berani dan celik undang-undang. Perbuatan biadap dan liar begitu sudah tidak digeruni lagi. BN jangan merasakan pihaknya saja yang berani tetapi harus merezabkan keberanian itu juga ada dalam kalangan pemuda Pakatan Rakyat.

Nasib baik malam tadi pemuda Pakatan Rakyat dapat menahan diri. Apa kata kalau ada seorang dua pemuda Pakatan Rakyat yang gila dan naik angin tentu meletus kejadian buruk malam tadi. Kalau meletus pastilah Tenang tidak akan tenang lagi.

Hendaknya pemimpin BN mengajar pemudanya agar bersikap profesional dan tahu menghormati orang lain. Ajar juga bahawa negara ini bukan kepunyaan mereka seratus peratus dan selamanya. Tindakan pemuda BN semalam juga menunjukkan BN sudah merasakan tentangan terhadap semakin hebat dan sengit.

Kalau BN masih merasakan harapan untuk menang masih ada mungkin kerja-kerja gila yang selalu dibuat oleh manusia tidak tamadun begitu tidak akan berlaku. Percayalah tindakan dilakukan seperti semalam bukan lagi satu startegi yang baik sebaliknya menjadikan orang semakin benci kepada UBN khasnya Umno. [ttdi.kl 9:12 pm 26/01/11]

Ulasan Peristiwa

Kenangan Rosmah Di Istana Raja Oman

LAWATAN isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ke Oman baru-baru ini diktirik hebat oleh pembangkang. Ada pihak yang bertanya berapa banyak perbelanjaan untuk lawatan berkenaan. Lawatan itu bukan Rosmah seorang saja tetapi diikuti oleh isteri-isteri menteri. Isteri menteri yang dikatakan bermukah dengan amah juga ikut sama.

Rosmah sudah menjawab mengenai hal itu. Kalau baca surat khabar arus perdana hari ini ada jawaban Rosmah mengenai kritikan itu. Sedap dan ralik juga mendengar jawaban Rosmah. Simple saja. Ada humour sikit dan nampak sedikit akan kehebatannya.

Katanya semua perbelanjaan lawatan itu dibiayai oleh istana Oman. Katanya mulanya lawatan itu dijemput oleh menteri Sosial negara berkenaan, tetapi bila diketahui raja, maka raja menawarkan untuk tanggung semua kos dan mengurus semunya aktiviti lawatan itu. Perbelanjaan termasuk minyak kapal terbang dan penginapan di tanggung oleh Raja Oman. Hebat Rosmah.

Katanya suaminya Najib ada bertanya mengenai hal itu, jawabnya tak tahulah tetapi katanya dia dan rombongan diberikan status lawatan di Raja. Untuk apa Najib bertanya Rosmah begitu? Mungkin Najib bimbang kalau Rosmah diberi status lawatan negara dan dilayan oleh Raja Oman, ia boleh menimbulkan masalah dan dijadikan isu dalam negara.

Mungkin Najib berhajat untuk menghalang Rosmah menerima pelawaan Raja Oman itu? Mungkin begitu. Tetapi umum sudah tahu siapalah Rosmah kepada Najib maka Najib akan ikut saja. Sekadar bertanya saja dan keputusan di tangan Rosmah. Hitam kata Rosmah maka ia tidak boleh dilihat putih atau kelabu lagi oleh Najib.

Negara bernasib baik kerana tidak kena mengeluarkan perbelanjaan banyak untuk lawatan itu. Oman telah menyelamatkan negara ini. Tetapi molek juga kalau Rosmah dan anggota rombongannya membuat anggaran berapa banyak kos yang ditanggung oleh Raja Oman itu. Setidak-tidaknya rakyat semua tahu berapa nilai isteri perdana menteri di mata Raja Arab yang kaya raya berkenaan?

Ingat istana Raja Oman juga ada berbagai jenis. Semuanya dipanggil istana. Untuk musafir juga istana, untuk pembesar negara juga istana. Untuk gundi juga istana. Jadi Rosmah dan rombongan itu ditempatkan di istana kelas apa? Kalau hanya kelas kandang unta tidak ada apa yang hendak dibanggakan.

Seperkara lagi mungkin tidak mudah untuk orang mempercayai Raja Oman begitu bermurah hati mengajak Rosmah ke istananya. Apa hubungan mereka berdua sebelum ini. Malaysia pun tidak begitu banyak jasa dengan Oman. Tidakkah pelawaan itu atas kehendak Rosmah atau sudah ada broker mengaturnya. Tentu sebagai wanita pertama Rosmah mahu dia mendapat laynan di raja itu sebab boleh ditunjukkan kepada rakyat Malaysia? Kemungkinan ini ada.

Orang yang waras tiak mudah menerima penjelasan Rosmah bahawa tajaan atau tanggungan kos lawatan oleh raja Oman itu semudah itu saja. Tentu ia ada kontra-kontra lain lagi. Kita tahu orang Arab bukan mudah untuk berbudi. Agak-agaknya apakah yang telah Rosmah berikan kepada raja Arab berkenaan? Dan sampai bilakah Rosmah akan mengingati kenangan di israna Raja Oman itu? [wm.kl.11:10 am 26/01/11]

Tuesday, January 25, 2011

Kopi Panas Goreng Pisang

Soi Lek Makin Melalut

DETIK demi detik sebelum tibanya 30 Januari Chua Soi Lek makin melalut dan mengarut. Apakah lalutan ini menunjukkan parti pimpinanya semakin dijauhi oleh masyarakat Cina dan dia sendiri semakin terdesak? Ada kemumgkinan!

Chua Soi Lek percaya dengan melalut dan menimbulkan hal-hal yang sudah jelas dan basi diperkatakan beliau yakin MCA akan kembali disokong oleh masyarakat Cina. Kalau tidak, dia tidak terus melalu dan cuba 'membakar' dirinya dengan kertas surat khabar.

Permerhatian Soi Lek dalam hal ini tidak jelas. Mata politiknya tidak setajam mata musang atau kelawar di malam hari. Beliau kabur dan gagal membaca selera orang Cina. Mungkin atas kegagalan itu maka semakin hari sokongan Cina kepada MCA semakin mengecil, sebaliknya sokongan kepada DAP semakin mengembang. Buktinya walaupun digugat dari belakang dan depan DAP bertambah mantap.

Untuk menjaga kuasa dan kekuatan parti, tidak salah bagi Soi Lek memikirkan apa saja strategi dan perang saraf. Beliau kena buktikan bahawa kepimpinanya dapat membawa perubahan dan menyakinkan orang Cina. Kalau tidak dia akan hanyut dua tahun lagi. Tetapi soalnya apakah tindakannya kini menimbulkan isu-isu lama, termausk terus menyentuh sensitiviti orang Melayu, MCA akan bangkit menjadi parti sekutu UBN yang kuat?

Terbaru Soi Lek mengatakan dia akan terus membangkitkan isu negara Islam Pas. Biarlah timbalan perdana menteri, Muhyiddin telah menasihtinya agar berhenti dari membangkitkan isu Islam, tetapi dia tidak peduli. Kedegilan Soi Lek menunjukkan kesamsengan politik beliau dalam MCA. Apakah itu satu percubaan atau hakikatnya orang Cina suka kepada redikal Cina?

Ada sebab kalau Muhyiddin meminta menghentikan Soi Lek berbuat demikian. Tindakan itu walaupun menyeronokkan orang Cina tetapi ia boleh mengecil hati orang Melayu dalam Umno dan orang Islam lain. Muhyiddin melihat tidak wajar kalau Soi Lek menimbulkan isu-isu soal agama yang mana ia sangat sentimental dan tidak menguntungkan Umno sendiri.

Apakah bila Soi Lek degil bermakna dia mempunyai politik tersembunyi. Ada rahsia bawah bantal. Beliau sengaja mahukan orang Melayu menjauhi Umno yang didampingi oleh pemimpin Cina sepertinya. Matlamatnya nanti ialah Umno kalah dan Pakatan Rakyat akan menang? Apakah begitu. Soi Lek merasakan harapan orang Cina ada melalui DAP? Begitukah. Kalau benar ini bermakna Soi Lek telah bermain 'kong kalikong' dengan Umno yang kini juga bergantung hayat dengan MCA.

Kalau dia ikhlas mahukan Umno menang dia akan berhenti memainkan isu Islam. Soi Lek tidak akan membangkitkan isu negara Islam dalam suasana seperti diTenang di mana lebih 40 peratus ada pengundi Melayu. Orang Melayu akan seronok dan terhibur dengan Pas kerana Pas ingin melaksana Islam, bukankah Islam itu agama orang Melayu? Hanya Melayu yang murtad atau Melayu munafik saja tidak sukakah kepada Islam?

Saya katakan ini bila Soi Lek hendak membangkitkan agenda Islam Pas, dia tidak faham politik. Dia baru menemui politik. Kalau dia faham dia tidak akan mebangkitkan perkara itu. Soal isu negara Islam dalam Pas sudah khalas! Sudah banyak buku-buku mengenai Islam termasuk buku hudud dihapuskan atau pun disimpan oleh Pas sendiri.

Apakah perkembangan ini tidak diikuti dengan baik oleh Soi Lek atau beliau sengaja sebenarnya? Semua orang memerlukan teropong berkuasa tinggi untuk meningitai apa yang ada di hari Soi Lek. [ttdi.3:00 pm 25/01/11]

Monday, January 24, 2011

Menyimpang Ke Tenang

Muhyiddin Buat Teguran Yang Betul

Pengundi Islam di Tenang boleh menarif nafas lega apabila Muhyiddin Yassin meminta MCA khas presidenya, Chua Soi Lek menghentikan isu calon Pas Normala Sudirman tidak bersalam dengan lelaki bukan mahram sepanjang menjalankan kempen.

Tindakan Muhyiddinn itu bijak dan menunjukkan TPM itu memahami akan pantang larang atau hukum agama. Mungkin Muhyiddin membuat kenyataan menarik diri selepas Chua Soi Lek bertanya TPM berkenaan kenapa isteri TPM pakai tudung manakala isteri PM tidak pakai tudung, seperti mana yang saya sarangkan.

Mungkin selepas membaca posting saya mengenai perkara itu Soi Lek menelefon Muhyiddin dan bertanya keadaan itu. Soi Lek mungkin mendapat penjelasan dan tarbiah daripada Muhyiddin bahawa apa yang dilakukan oleh Normala itu adalah betul.

Semoga sikap dan pendirian seperti Muhyiddin itu akan dituruti oleh ahli politik lain termasuk juga dari Pas. Itulah sikap yang harus ada kepada pemimpin berani tegur kalau melihat sesuatu kemungkaran berlegar di depan mata tidak kira ianya dilakukan sesiapa.

Pas juga pada saya memimbulkan isu yang remeh. Ada laproan yang saya baca dalam portal Pas menimbulkan soala Najib tidak menziarahi jenazah ketua cawangan Umno. Kenapa hendak diperbesarkan kejadian itu.

Kalau Najib tidak sempat berbuat demikian kerana kesuntukan masa atau tidak diberi tahu untuk apa dibangkitkan. Isu seperti itu sebenarnya tidak sebesar isu Normala enggan bersalam dengan lelaki bukan mahram. Cara Soi Lek timbulkan isu ianya telah menghina Islam.

Sepatutnya orang Pas tahu menilai mana isu yang besar dan mana isu yang kecil. Jangan kerana ghairah sangat akhirnya menyebabkan isu yang kita timbul nanti dibenci oleh pengundi. Mungkin Najib tidak ziarah jenazah itu kerana dia dalam berhadas besar?

Dan kepada Soi Lek selepas ini jagalah mulut dan sebelum memberi komen mengenai apa-apa perbuatan atau perkataan yang ada sangkut paut dengan Islam agar berhati-hati. Jangan pula kita yang sudah jahil mengenai agama itu akan dianggap sebagai mengkhianati agama pulak. Woooo..la. [ttdi.kl 6:45 pm 24/01/11]

Berita Dari Dun Selangor

DUN Selangor Panas

[kemaskini] Pindaan perlembagaan tubuh kerajaan Selangor yang dibentangkan hari gagal mendapat kelulusan dua pertiga. Ini bermakna keinginan kerajaan untuk pinda perlembagaan Perkara 52(1) Unsdang-Undang Tubuh Selangor tidak tercapai.

Pindaan undang-undang tidak dapat dilakukan sekiranya tidak memperolehi undi 2/3. Kerajaan memerlukan 38 undi bagi mencapai sasaran berkenaan. Kegagalan itu disebabkan semua Adun Umno menolak pindaan berkenaan.

Dari segi moral politik pindaan itu memalukan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Apakah beliau akan mengambil risiko atas kegagalan itu dengan meletakkan jawatan? - MSO.

DEWAN Undangan Negeri (Dun) Selangor ketika ini masih hangat dengan perbahasan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kuasa kepada Sultan Selangor dalam urusan perlantikan pegawai eksekutif (SUK) negeri berkenaan.

Pindaan itu membabitkan Perkara 52(1) Undang-Undang Selangor 1959. Kata Menteri Besar pindaan itu untuk mengelakkan generasi akan datang tertanya-tanya mengenai perlantikan SUK siapa sebenarnya berkuasa.

Ucapan pembentangkan pindaan itu telah disampaikan oleh Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim. Selepas Khalid menyampaikan ucapan, ketua pembangkang yang baru, Satiman Diman mengambil bahagian. Pihak pembangkang telah menolak pindaan berkenaan dan menganggap kerajaan syok sendiri.

Perbahasan yang bermula di sebelah pagi disambung ke sebelah petang. Dijangka lewat malam ini Dewan membuat keputusan apakah pindaan itu diterima atau pun ditolak.

Sementara Ahli Dewan berbahas hangat di dalam dewan lain pula kejadian di luar Dewan. Dua puak datang membawa sepanduk berdemontrasi membantah pindaan berkenaan dan satu pihak menyokong pindaan berkenaan.

Bersambung malam nanti. [ttdi.kl 6:00 pm 24/01/11]

Sunday, January 23, 2011

Mahasabah Mingguan

Chua Soi Lek
Tanya Din Kenapa Isterinya Pakai Tudung,
Kenapa Isteri Jib
Tidak Pakai Tudung


SOAL kenapa 'Sohpia Loren' (Islam) tidak bersalam dengan lelaki bukan muhram rasanya sudah difahami sedalam-dalamnya oleh pengundi beragama Islam di Tenang, Johor. Sepatutnya perkara itu tidak menjadi masalah. Adalah menghairankan kenapa pemimpin Islam dalam UBN tidak menjelaskan perkara itu kepada Chua Soi Lek atau Ng Yen Yen atau mana-mana pemimpin kafir yang jahil murakab mengenai Islam.

Kafir ertinya makhluk yang enggan beriman kepada Allah s.w.t. Dalam konteks Islam mereka yang enggan beriman kepada-Nya tidak akan memasuki syurga sehinggalah ia mengakui akan keagungan Allah.

Normala Sudirman calon Pas di Tenang adalah orang Islam yang mengambil berat kepada perintah agamanya. Jadi sebagai orang Islam dia wajib patut kepada peraturan dan hukum hakamnya. Mereka yang tidak mematuhi kepada hukum hakamnya bermakna ia tidak memathui hukum yang diturunkan Allah. Munafik. Sebenarnya juga menjaga aruat diri lebih penting dari menjadi calon dalam pilihan raya.

Jadi kalau Normala tidak bersalam dengan lelaki bukan disengajakan tetapi ia adalah perintaha Allah dan larangan agamanya. Sepatutnya hakikat ini difahami dan tidak mudah untuk mengecerkan kejadian itu sebagai isu dan modal politik murahan.

Johor adalah negeri yang kuat agamanya! Ewah.... Semua rakyat di negeri itu diwajibkan bersekolah di sekolah agama pada peringkat pre sekolah lagi. Ini kehebatan negeri Johor. Saya tidak tahu kalau agama Islam di Johor berbeza dengan agama Islam di tempat lain termasuk di Arab Saudi, Iran, Iraq dan Kelantan.

Rasanya ia sama, sebab Quran dan Hadith yang sama digunapakai sebagai panduan. Tetapi bila Muhyiddin Yassin tidak menegur Chua Soi Lek yang tidak faham ('jahil zindik') mengenai hukum hakam Islam adalah satu kesilapan dan sesuatu yang tidak patut berlaku. Tindakan Muhyiddin itu boleh dianggap sebagai membiarkan agamanya diratah oleh kafir. Kafir ertinya mereka yang tidak beriman kepada Allah.

Sebelum ini Umno menuduh Pas memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Menjadikan agama sebagai topeng dan sebagainya. Nampaknya kali ini tuduhan itu terbalik kepada Umno. Ke mana perginya Ustaz Seri Ganding untuk memberi petunjuk dan menunjukkan kebenaran kepada Soi Lek. Apa yang Jamil Khir lakukan bila Soi Lek mempersoalkan hal itu? Apa sudah dihalal dengan duit ke?

Orang Cina Johor termasuk Chua Soi Lek tidak sepatunta mempersoalkan kenapa Normala tidak bersalam dengan jantan bukan muhram. Tetapi dia sepatutnya mempersoalkan kenapa Puan Sri Noraini isteri Muhyiddin memakai tudung. Beliau kena tanya Noraini atau Muhyiddin sendiri. Ada perbezaan di antara isteri Timbalan Perdana Menteri, Noraini dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Rosmah tidak pakai tudung. Noraini pakai tudung. Ini yang perlu Soi Lek tanya dulu baru dia boleh persoalkan kenapa Normala tidak bersalam. Belajarlah mengenali Islam dari hal Rosmah dan Noraini ini. Belajarlah menghormati agam Islam seperti mana orang Islam menghormati agama anda.

Untuk pengetahun Soi Lek atau Yen Yen itu bukan kebetulan. Bukan bermakna kepala isteri Muhyiddin botak dan dia mahu lindungi dengan bertudung dan kepala Rosmah tidak botak maka dia tidak perlu pakai tudung dan boleh lowos begitu saja. Pemakaian tudung itu juga bukan fesyen tetapi tuntutan agama yang diyakninya. Soi Lek dan Yen Yen kena tahu ini. Malanglah kalau hidup bersama orang Islam berabad-abad tetapi masih jadil mengenai adat Melayu dan adat agama.

Dalam agama Islam berzina, bermukah adala berdosa. Ia berbeza dengan agama Soi Lek yang boleh berzina dengan sesiapa saja. Hak asasi yang Soi Lek sebagai manusia tidak boleh disamankan dengan hak seorang muslim. Misalnya Soi Lek boleh melakukan seks di mana-mana dia suka dan rakam dengan video. Tetapi perbuatan begitu tidak boleh bagi orang Islam.

Begitu juga Soi Lek boleh minum arak, makan babi, masak atau mentah, tetapi orang Islam tidak boleh, haram.

Soi Lek atau mana-mana bukan Islam kena faham keadaan ini. Jangan kerana menerima slogan 1 Malaysia maka kita hendak samakan apa yang kita boleh lakukan atau apa yang kita makan kita juga beranggapan orang lain boleh berbuat begitu. Jangan.. kerana kita boleh makan babi kerana tidak loya, maka kita hendak ajak orang tidak boleh makan babi makan sama.

Kejahilan Soi Lek mengenai soal bersalam dengan bukan mahram ini sepatut diajar oleh orang Umno yang Islam. Jangan biarkan Soi Lek mempertikaikan apa yang Allah telah tetapkan. Dan jangan pula kerana isu itu boleh dijadikan modal untuk menang pilihan raya maka dibenarkan. Jangan pula kerana Pas menggunakan agama untuk memang, maka Umno yang mempertikaikan membenarkan juga kerana untuk menang. Mufti yang selalu bercakap itu juga patut buat fatwa khas untuk Soi Lek.

Saya cukup bimbang kerana inginkan kuasa dan mengekalkan kedudukan kita akan membiarkan apa saja tektik dan strategi dilakukan hatta ia bertentangan dan diharamkan Islam. Jangan! Jagalah kesucian agama Islam. Jangan sesekali membiarkan agama kita diperkotak katikkan oleh rakan bukan segama dengan kita. Benar boleh berkawan tetapi kalau kawan jelas mengkhianti kita maka ia perlu diperangi. [wm.kl.8:00 pm 23/01/11]

Ahad Mengahad

Apakah Najib Bapa Anak Haram?

SUDAH saya ramal dan katakan Anwar akhirnya menjawab dan terus mencabar Najib untuk berdebat. Anwar terpaksa berbuat demikian kerana sindiran dan penghinaan Najib kepada Anwar untuk menolak perdebatan agak keterlaluan. Najib semasa bercakap di hadapan ribuan orang peneroka yang diangkut dengan bas, lori dan van dan dibayar di Tenang, memperli Anwar dengan mengatakan ketua pembangkang itu akan demam kalau berdebat dengannya.

Kata Najib sebagai PM dia tahu segala maklumat peribadi mengenai Anwar. Katanya kalau Anwar berdebta dengannya Anwar akan demam kerana dia mengetahui banyak rahsia peribadi Anwar.

Semalam semasa berkempen di Tenang Anwar menjawab sindiran dan penghinaan Najib ke atasnya dengan mengatakan beliau masih mampu berdebat kalau pun dalam keadaan demam. Kata Anwar dia akan telan penadol asalkan dapat berdebat dengan Najib. Anwar tidak mudah untuk merasa gerum dan kecut perut dengan Najib.

Kata Anwar kini dia tidak kisah topik mana yang Najib setuju berdebat dengannya. Kalau dhaif sangat untuk berdebat mengenai ekonomi Anwar setuju untuk berdebat fasal isu peribadi.

Anwar membuat cabaran itu bila Najib menyimpang dari topik asal untuk ikut sama mengheret isu periabdi. "Pilih mana yang kamu hendak, ekonomi atau peribadi," kata Anwar.

Kalau Najib mempunyai maklumat peribadi mengenainya, kata Anwar dia juga ada maklumat peribadi tentang Najib. Dia mahu tanya dan ceritakan siapa yang merampas isteri orang, siapa yang membunuh Altantuya dan siapa yang ambil rasuah RM500 juta untuk pembelian untuk peralatan perang negara.

Mungkin juga Anwar tahu mengenai tragedi seorang pemimpin yang tertangkap basah dengan seorang artis di Port Dickson Negeri Sembilan. Kalau tidak silap MB Negeri Sembilan ketika itu ada menelefon Anwar mengenai kejadian itu.

Cabaran dan kesanggupan Anwar itu menyebabkan Najib akan terkucil kali ini. Bagi rakyat tidak kira sama ada isu peribadi relevan atau tidak, elok kalau mereka berdua duduk atas pentas dan berdebat dan mendedahkan segala yang ada dalam kain kalau itu yang mereka mahu. Tetapi ingat politik membawa kepada peribadi adalah politik kampungan.

Bila Anwar sebut siapa yang rampas isteri orang, ramai yang tertunggu-tunggu untuk mendengar cerita sebenar macam mana proses pernikahan Najib dengan Rosmah. Apakah ketika itu Rosmah sudah berstatus janda, sudah habis edah atau tidak. Kalaulah ketika itu Rosmah masih isteri orang, berkahwin sebelum bercerai dan belum lepas edah, macam mana status kedudukan anak Najib dengan Rosmah. Bukankah itu bermakna mereka melahirkan anak haram?

Elok Najib kena jawab dan kena jelas apa yang diutarakan oleh Anwar itu. Kalau Najib tidak menjawabnya menyebabkan persoalan itu bermain dalam kepala orang ramai. Sangatlah malang bagi Najib dan juga nasib rakyat negara ini kalau Perana Menterinya bapa haram! Kita dengar apa pula balasan Najib selepas ini!

Sebaiknya Najib menjawab dan menjelaskan perkara ini semasa proses kempen pilihan raya kecil Tenang ini. Kalau perlu Najib kena tunjukkan surat perkahwinan dengan Rosmah. Bila perkara itu sudah disebut maka hendak tak hendak, suka atau tidak suka ia perlu dijelaskan.

Sebenarnya bila Najib menyetuh soal peribadi Anwar ia telah melakukan kesilapan. Tindakan itu seperti menjolok sarang tebuan. Mengenang ini saya teringat kepada kata-kata seorang tua di kampun saya, namanya Munah. Katanya kalau tubuh kita penuh dengan kurap kerapu, jangan sesesekali kita nak menjual ubat kurap dan kerapu! Nampaknya itulah terjadi kepada Najib... baik-baik generasi mudah tidak tahu status perkahwinan beliau dengan Rosmah kini ia sudah 'terkobek'. Meow.... [wm.kl.11:30 am 23/01/11]

Saturday, January 22, 2011

Catatan Perihal Tenang

Catatan Dari Belakang Perarakan

SEPANJANG proses penamaan calon pilihan raya kecil Dun Tenang hari ini saya tidak berada di posisi depan seperti lazimnya. Saya hanya bergerak dari belakang mengikut perarakan para penyokong Pas. Perjalanan sejauh lebih 2 km memenatkan saya dan beberapa rakan lain. Saya datang agak lewat menyebabkan tidak dapat parking kereta lebih dekat dan memaksa kami berjalan agak jauh.

Apapun demi untuk penjenguk blog ini saya tidak menghiraukan kepenatan, tetap juga merakam berapa gambar untuk idaman mata. Kata orang untuk tidak begitu kecewa bila buka blog saya, langsung tak ada peristiwa di Tenang. Jadi jawabnya adalah juga dengan ada sedikit beberapa keping foto ini.

Terimalah beberapa gambar yang sempat disajikan.

Dan seperti mana telah sedia maklum perlawanan adalah dua penjuru di antara calon Pas, Sophia Loren (Normala) dengan Azahar Ibrahim dari UBN. [Mana-mana rakan yang berada di barisan hadapan dan dapat merakam gambar yang menarik bolehlah dikirimkan kepada saya untuk dipaparakn dalam blog ini].

Saya juga tidak dapat memberi angka himpunan penyokong kedua pihak kerana saya tidak kedepan dan tidak boleh membuat anggaran. Cuma apa yang saya nampak perarakan di sebelah Pas seperti selalulah.. keadaanya seperti mana yang dilihat di mana-mana perarakan calon pilihan raya kecil sebelum itu, maka begitulah juga apa yang berlaku di Tenang. Ia meriah dan penuh bersemangat. Kali ini saya namap ramai kanak-kanak yang dibawa dan ikut sama memawa bendera Pas.

Yang saya dapat catatkan sedikit di sini ialah rasa kagum saya kepada Pas yang berkembang pesat di Johor. Mungkin ramai yang tidak tahu macam mana sejarah Pas Johor berkembang. Saya bernasib baik dalam hal ini kerana pada tahun 1978 sewaktu Pas Johor mula digerakkan secara aktif saya berada di Batu Pahat Johor.

Betapa waktu itu keadaan Pas menyedihkan dan sungguh mencabar. Sambutan ke atas ceramah Pas langsung tidak mendapat sambutan. Di sesetengah ceramah ianya dihadiri beberapa puluh orang saja. Ini menyebabkan Pas terpaksa bergerak dari rumah ke rumah. Pernah berlaku semasa ceramah Pas bertembung dengan ceramah bekas MB, Tan Sri Othaman Saad, polis bertindak mematikan pembesar suara di sebelah Pas.

Walaupun Pas ditekan dan dizalimi, namun pejuang Pas tidak pernah kalah dan mengaku kalah. Mereka tetap berjuang untuk menghidupkan Pas. Kebanyakan yang menjadi pendorong atau pemimpin Pas di Johor waktu itu ialah anak-anak Kelantan yang ditukar ke negeri berkenaan kerana penglibatan mereka dalam politik Pas.

Umno mengambil tindakan menukarkan mereka ke Johor dengan harapan mereka meninggalkan Pas. Tetapi lain pula jadinya. Mereka yang dipindah dan ditukar ke Johor atau ke mana-mana negeri secara tidak langsung menjadi agen mengembangkan Pas. Saya yakin Pas yang berkembang di Johor hari ini adalah hasil kesungguhan perjuangan orang Pas terdahulu. Pohon Pas yang merimbun kini adalah hasil benih Pas yang ditanam oleh orang terdahulu sejak lebih 30 tahun lalu.

Saya sangat berharap ada mana-mana ahli Pas atau mereka yang pernah mengikuti perkembangan Pas di Johor dapat mencatat dan menulis sejarah Pas Johor agar ia menjadi renungan dan bacaan ilmiah bagi ahli dan penyokong terkemudian. [wm.kl.6:00 pm 22/01/11]


Friday, January 21, 2011

Berita Malas

Semua Negeri Hampir Terlibat Dengan Pilihan Raya Kecil

Ekoran kematian Adun Merlimau, Melaka Mohamad Hidhir Abu Hassan malam tadi kini hampir semua negeri terlibat dengan pilihan raya kecil. Terbaru negeri akan berdepan dengan pilihan raya kecil ialah Johor, di mana pilihan raya kecil Dun Tenang akan diadakan pada 30 Januari ini.

Daripada 13 negeri yang ada dalam persekutuan Malaysia hanya dua buah negeri saja yang tidak mengalami pilihan raya kecil untuk parlimen penggal ke 12 ini. Negeri itu ialah Perlis dan Pahang.

Negeri-negeri lain sudah terlibat dengan pilihan raya. Negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor, Kuala Terangganu,Negeri Sembilan dan Kelantan semuanya sudah melalui pilihan raya kecil apabila berlaku kematian Adun di negeri berkenaan ataupun perletakkan jawatan.

Dalam pada itu semua parti yang terlibat dengan pilihan raya itu masing-masing mencatat kemenangan. PKR menang di Permatang Pauh, Dun Penanti, Bukit Selambau, Pas menang di Kuala Terangganu, Bukit Gantang dan Manik Urai. Dap menang di Sibu. Manakala UBN pula menang di Bagan Pinang, Batu Sapi, Galas dan Hulu Selangor.

[berhenti setakat ini kerana nak ke Tenang]

Thursday, January 20, 2011

Anak Ikan Dalam Botol

Pandai Yang Tidak Cerdik!

Pandai juga Khir Toyo. Katanya dia tidak dapat menjawab pendedahan kerajaan Selangor mengenai pemberian projek bernilai RM173 juta tanpa tander yang dilaksanakan di zaman Khir Toyo jadi Menteri Besar. Alasan kenapa beliau tidak dapat jawab kerana tajuk timbul subjudis kerana beliau kini dalam pendakwan oleh SPRM kerana rasuah.

Beliau kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah menimbulkan perkara itu sebagai tidak adil dan bacul. Katanya Khir kenapa tidak ditimbulkan sebelum di didakwa?

Pandai saya katakan kerana Khir Toyo berlindung di balik pendakwaannya tidak mahu menjawab. Saya tidak fikir begitu kalau Khir ada bukti mengenai kenapa perlu takut subjudis. Kalau benar buakankah penjelasan itu akana membantu beliau di mahkamah nanti.

Rasanya Khir sengaja beralasan begitu kerana gemetar untuk menjawabnya.

Tidak mengapalah selepas selesai kes perbicaraan nanti Khir boleh menjelaskannya. Kalau tertakdir beliau disumbat ke dalam penjara selepas ini, Khir boleh menjawabnya dari penjara. Pemimpin yang geliga, berakal panjang tidak akan menyepi walaupun di mana saja berada.

Tenguk dan perhatikan Anwar Ibrahim walaupun disimpan di balik tembok di Sungai Buluh namun beliau masih boleh bersuara. Beliau menggunakan apa saja kebijaksanaanya bagi memberi mesej kepada penyokong di luar. Hendaknya nanti Khir juga begitu? [wm.kl.1:45 pm 20/01/11]

Saja Mengaja

Merasai Nadi Tenang Dari Jauh

JIKA lihat ke langit ada tanda-tanda bakal menggembirakan rakyat Johor khasnya yang tinggal di Dun Tenang. Seramai 14,511 pengundi di Dun Tenang kini menanti hari keramat 30 Januari untuk memilih wakil baru mereka ke Dewan Undangan Negeri Johor. Sehingga ini dua nama disahkan oleh parti masing-masing akan bertanding.

Normala Sudirman, alias "Sohpia Loren" akan menjadi harapan Pas untuk membawa pembaharuan dan citarasa kepimpinan baru bagi rakyat dalam Dun Tenang. Manakala UBN pula telah menamankan Mohd Azahar Ibrahim, bekas Penolong Pegawai Daerah Rengit.

Selepas kedua nama mereka diumumkan oleh parti masing-masing, sudah ada perlawanan. Cakap-cakap juga mengenai mereka juga sudah kedengaran. Perbandingan antara keduanya juga tidak dapat dielakkan lagi. Siapa lebih manis dan siapa lebih anggun sudah diperkirakan.

Kalau mengikut rating populariti, ternyata Shopia Loren mengatasi Azahar. Katanya sebaik saja diumumkan sebagai calon Shopia sudah pun mempersiapkan diri dengan penuh yakin. Sebenarnya sebelum namanya disebut sebagai calon Shopia sudah pun turun padang dan mendekati rakyat. Kalau tanpa jawatan rasmi beliau sudah membantu rakyat, mengapa tidak kalau dia sudah dipilih menjadi wakil rakyat. Kesungguhnya terletak kepada komitmennya. Beliau melepaskan jawatan guru semata-mata ingin berkhidmat dan berjuang menerusi parti.

Berbeza dengan Azahar. Pemilihannya sebagai calon sudah menjadi masalah. Sudah ada pertelingkahan dan cakap-cakap kurang enak di kalangan Umno. Rupanya Azahar bukan calon yang diharapkan oleh Umno Labis. Walaupun beliau anak tempatan tetapi bukan orang yang menjadi pilihan. Kedudukannya sebagai anak bekas wakil rakyat disitu menyebabkan ada anggapan jawatan itu hendak diperaidkan.

Dua fraksi dalam Umno, Pemuda dan Wanita katanya tidak setuju Azahar dipilih jadi calon. Protes kecil yang mungkin membawa kepada bantahan besar akan terjadi. Masa ada lagi untuk Umno merombak keputusan itu. Hari penamaan calon akan jelma dalam tempih kurang 72 jam. Apakah Umno akan membuat penilaian semula atau terus mengadaikan harapan kepada Azahar? Sekiranya Umno tetap dengan Azahar sebagai calon ada kemungkinan peristiwa di Kuala Terangganu akan berlaku!

Biarlah Umno masih berteka teki dan menjawab pelbagai persoalan. Pas nampaknya terus bergerak setenang Dun berkenaan bagi memastikan berlaku perubahan dan wujud citarasa kepimpinan baru di Dun Tenang. Sesungguhnya bagi rakyat Johor boleh membuat eksperiman dengan pilihan raya kecil Dun Tenang ini. Tidak rugi kalau kita berifkir untuk mencari kebaikan dan kebenaran.

Pilihalah calon yang tepat untuk mendapat berkat. [wm.kl.1:00 pm 20/01/11]

Tahimusang

Main Lancar-lancar Parti

SEMALAM bertempat di Sime Darby Convention Centre di Bukit Kiara, parti Kesejahteran Insan Tanah Air (Kita) telah diperkenalkan kepada umum. Majlis perlancaranlah... Ia dilakukan oleh ketuanya, Zaid Ibrahim. Saya mendapat undangan ke majlis berkenaan tetapi kerana sesuatu sebab tidak dapat dielakkan, saya hantar wakil saja untuk membuat liputan.

Meriah juga majlis itu. Dalam gambar nampak selepas ia dilancarkan maka bertaburanlah bunga kertas berona-rona. Macam artis diumumkan sebagai pemenang dalam acara nyanyian. Istimewa jugalah.

Melihat kepada logo parti berkenaan ia menggambarkan parti itu bersifat global. Perkataan Kita berada di tengah-tengah lautan Cina Selatan menghubungkan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Jangan selepas ini terus tenggelam dalam laut sudahlah. Ia bukan saja bermukim di sekitar Tropicana, tetapi hingga ke Sabah dan Sarawak. Apakah ada cita-cita yang Kita juga akan menjangkau ke Brunei atau Kalimantan?

Mengikut kata anak buah, kehadiran sekitar 500 orang. Antara wajah politician yang popular hadir ialah ahli Parlimen, Padang Serai, Gobalakrishnan. Lain-lain ahli Parlimen yang mengaku sebagai bebas tetapi sudah 'berkenak' dengan BN tidak ada hadir. Selain itu kata anak buah, adalah beberapa pemimpin dalam parti komponan BN, hadir... tapi kelas ikan bilis putus kepala saja. Yang jelas Najib, Chua Soi Lek ataupun G Palanivel atau Koh Tsu Koon tidak hadir.

Parti kita yang asalnya parti Akim yang ditubuh oleh cikgu Musa Salleh dari Pasir Puteh Kelantan. Saya sudah cerita serba ringkas detik dan sebab musabab penubuhannya. Cikgu Musa tubuh Akim kerana dia keluar dari Pas. Ertinya Akim adalah alat atau pun medan baru untuk Allahyarham terus bercakap mengenai politik atas badan yang sah.

Apabila Zaid Ibrahim yang keluar dari PKR sebelum itu dipecat dari Umno, membeli Akim dan tukar nama, mungkin ia juga bertolak dari perasaan dan sebab serta tujuan sama dengan cikgu Musa. Maka bolehlah dianggap Zaid macam cikgu Musa juga?

Kita belum disahkan oleh pendaftaran pertubuhan (Ros). Ini bermakna majlis semalam bergerak atas kebenaran sementara oleh Ros. Saya percaya Kita akan disahkan secara rasmi dan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, dengan syarat Zaid bijak dan pandai bodek BN sikit. Zaid boleh buat kenyataan Kita ditubuhkan kerana nak mengajar PKR atau pun bertujuan hendak hapuskan Anwar Ibrahim, insyaAllah Kita akan dibenarkan secara rasmi oleh Ros dan kempunan nak bertanding akan tercapai.

Menurut Zaid parti itu akan tetap menjadi nuteral. Ia tidak akan menyokong mana-mana pihak atau parti. Nampaknya tujuan itu semacam ikhlas untuk memberi ruang kepada peminat politik yang dahagakan demokrasi bebas. Kebanyakan yang serta Kita adalah ahli PKR yang ada masalah. Setengahnya kerana kecewa dengan pemimpin tertentu.

Ada juga yang kalah dalam pertandingan semasa pemilihan PKR yang baru lalu. Jadi kalau diperhatikan kepada jenis-jenis mereka menyertai Kita ini kebanyakan adalah orang yang tidak lasak dalam politik. Mereka yang lebih mengutamakan keselesaan diri daripada perjuangan. Orang yang suka duduk atas canggung ini sepatutnya tidak memilih politik untuk berjuang.

Sebenarnya orang seperti ini tidak layak berada dalam dunia politik yang ada peraturan dan undang-undang. Mereka yang bersikap mementingkan dirinya patut menubuhkan parti sendiri dan angkat diri sebagai ketua. Saya tidak yakin kalau pun mereka menyertai Kita mereka dapat mengeluarkan diri mereka dari guri garam masalah itu, masalah yang sama juga akan menghimpit dan menghantui diri mereka.

Apapun diucapkan selamat berjuang kepada Zaid dan seluruh ahli Kita. Mudah-mudahan Kita akan menjadi sebuah parti yang hebat, mantap dan membawa demokrasi tulen melebihi apa yang dipraktikan oleh Umno, PKR atau lain-lain parti. Orang Kita kena jaga parti itu jangan sampai majlis perlancaran semalam hanya jadi majlis main lancar-lancar parti saja.

Hendaknya genetik Umno yang ada dalam diri ahli parti Kita itu tidak membiak dan berkembang kemudian menguasai parti itu sepenuhnya. Nescaya kalau perangai Umno turut juga terbawa dalam Kita maka orang-orang parti itu akhirnya akan meninggalkan Kita dan mencari parti baru. [wm.kl.11:03 am 19/01/11]

Wednesday, January 19, 2011

Berita Malam

Polis Sudah Ambil Kenyataan Tengku Razaleigh

TENGKU Razaleigh Hamzah hari ini telah diambil keterangan oleh Polis berhubung kenyataan beliau dalam sebuah surat khabar Cina yang dikatakan menyentuh mengenai kedudukan Sultan Mohamad Ke V. Dua orang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kota Bharu, Kelantan memasuki ke rumah Tengku Razaleigh yang terletak di Langgak Golf, Ampang kira-kira jam 4:00 petang tadi.

Tengku Razaleigh dalam sidang akhbar selepas memberi kenyataan menjelaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyentuh mengenai kedudukan Sultan Kelantan dan mengatakan laporan berkenaan sengaja diputar belitkan oleh akhbar berkenaan.

Tengku Razaleigh bagaimana tidak bercadang untuk menyaman akhbar berkenaan.

Berita yang Ahli Parlimen Gua Musang itu akan disoal siasat polis menjadi laporan awal di blog ini dua hari lepas. [ttdi.kl 9:54 pm 19/01/11]

Jenguk Klang

Kerusi Pelabuhan Klang Tidak Kosong!

SAYA sudah baca versi kekosongan Dun Pelabuhan Kelang seperti mana diumumkan kosong oleh Speaker Dun Selangor, Teng Cheng Khim hari ini. Saya sangat percaya kerusi itu tidak akan diistyharkan kosong oleh SPR. Apa yang berlaku di Kota Siputih akan berlaku di Pelabuhan Klang.

Semua pihak mengharapkan keadilan, tetapi saya yakin SPR akan berlaku adil? Kalau kerusi Kota Siputih tidak kosong, begitu jugalah dengan Pelabuhan Klang. Spekaer hanya ada kuasa mengistyharkan kosong yang mengesahkan SPR. Sejauh mana SPR bertindak adil seluruh rakyat Malaysia yang baligh sudah maklum.

Semua orang kena faham keadaan ini dan berpandulah kepada sejarah untuk kita tidak kecewa dan menjadi terlebih marah. Jangan pula sudah ada yang terhegeh-hegeh tunjuk diri untuk dipilih jadi calon. [ttdi.kl 8:06 pm 19/01/11]