Tok Guru Sudah Jelaskan, Tutuplah Facebook
TOK GURU Nik Aziz telah membuat penjelasan mengenai pertemuan beliau dengan Najib di rumah Agong. Katanya dia pergi kerana Sultan Mizan suruh pergi. Dia tidak akan tergamak untuk menolak permintaan itu.
Bukan dia seorang yang diajak, pemimpin lain juga termausk Abdul Hadi. Tidak dijelaskan apakah malam itu Hadi ada sama. Tetapi yang diketahui Najib dan Muhyiddin ada.
Kata Nik Aziz dia tidak akan dedahkan butir percakapan. Itu rahsia di antara mereka yang berjumpa saja. Molek benarlah kalau tak jelas, biarlah para peramal 'sinting' membuat macam-macam telahan.
Kata Nik Aziz dengan penjelasan itu diharap semua orang yang 'tersolor-solor' nak ambil kesempatan dan nak mengenakan orang lain dengan pertemuan itu akan berhenti buat kerja jahat. Niat jahat yang dipasangkan nak buruk dan kenakan tahi kepada orang lain akan dibatalkan. Bungkuslah tahi dan kilas dalam pelikat sendiri.
Begitu juga dengan media dan para bloger tidak payahlah cuba mainkan lagi berita yang tidak betul. Cubalah buat cerita yang boleh menimbulkan kebaikan dan keisnfan kepada semua. Kalau tidak malukan kepada Tuhan sebab Tuhan nak nampak tengok, malulah kepada lembu.
Tetapi saya tidak fikir Adun yang iseng di Rantau Panjang sana akan kendur dan akan terus membuka pekong dan kilasnya sendiri. Dia akan cari helah lain pula. Orang jahat macam anjing, kalau tidak makan tahi hidu pun jadilah.
Apa yang saya bimbang kerana lagak terlebih itu nanti boleh rosak taukeh sendiri. Tidak fasal-fasal kerana excited nak burukkan orang lain nanti terburuk pula pihak lain. Al maklumlah Adun berkenaan dikenal pasti rapat dengan seseorang yang diingini untuk dinaikan dan tumpang mengakarkan umbi dalam politiknya. Kerana tak hati-hati niat nak memabntu terjadi sebaliknya. [ttdi.kl 4:20 pm 04/01/11]
No comments:
Post a Comment