Sunday, May 31, 2020

Keterujaan kepada Muhyiddin macam pelangi

ULASAN

Muhyiddin: Rasa hormat orang ramai mengecil.
TANGGAPAN Muhyiddin Yassin sebagai seorang pemimpin tegas, bersih dan berkualiti yang dilihat sebelum ini adalah kepada apa yang beliau telah lakukan sebelum ini.

Selain itu kebetulan beliau juga dilahirkan dari keluarga kuat beragama. Ayahnya dikategorikan sebagai seorang tuan guru. Wasilah itu menjadikan beliau seorang Melayu yang mempunyai ciri-ciri seorang mukmin.

Saturday, May 30, 2020

PH perlu bangkit atas kifarah diterimanya

SESUDAH ZOHOR

Gambar dikatakan dua MP menemui Mahathir.
SEJAJAR menurunya angka-angka kematian dan mereka diwabaki Coronavirus (Covid-19), kini  jelumu politik negara bergemercing pula dengan isu "cukup angka", seolah-olah gelora dan kemelut politik akan bersambung balik dan hanya menunggu Covid-19 reda sahaja bagi menyambung perang yang belum selesai.

Hakikatnya begitu, pihak yang kehilangan kerajaan pada 25 Februari lalu, marah, kecewa dan menyimpan geram dan dendam tidak sudah untuk membalas dan merampas balik kerajaan mereka.

Friday, May 29, 2020

Kemuncak perang Muhyiddin dengan Mahathir

SESUDAH SUBUH

SEMALAM Dr Mahathir Mohamad bersama empat yang lain termasuk anaknya Mukhriz, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah telah dipecat dari Bersatu serta merta.

Pemecatan mereka tidak melalui lembaga disiplin tetapi mengikut perlembagaan parti itu di bawah Fasal 10: 2.2 dan 10: 2.3. Ertinya mereka tidak diberikan apa-apa surat tunjuk sebab dan dipanggil membela diri.

Tuesday, May 26, 2020

Suara Teresa dan Najib bagaikan suara gagak...

SESUDAH SUBUH

PENGUNGKITAN oleh Teresa Kok berhubung pengumuman Pengerusi Lembaga Getah (LGM) yang baru Ahmad Nazlan Idris yang juga ahli Parlimen Jerantut mengenai projek pusat teknologi getah (RTC) bernilai RM100 juta di Jerantut hanya sia-sia sahaja tidak lebih daripada suara gagak yang sering kita kedengaran. Arkkk....arkkkk... 

Sunday, May 24, 2020

Selamat hari raya semoga bahagia


SAYA mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri 1441/2020 kepada semua penjenguk blog Merah Tinta dengan iringan doa semoga semuanya dalam bahagia dan semoga amal ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya akan diperkirakan Allah sebagai saham akhirat yang tinggi nilainya.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua penjenguk yang terus setia mengikut catatan saya dalam blog ini. Atas sebarang kekhilafan dipohonkan kemaafan jua. Sokongan anda memberi semanmgat untuk saya terus blogging. Sekali lagi Selamat Hari Raya. [wm.kl.6:47 am 24/05/2020]

Tuesday, May 19, 2020

Katakunci kenapa kerajaan PH jatuh ditemui

ANALISA

Sidang akhbar Majlis Presiden PH
selepas mesyuarat yang panas.
ANDA mungkin sudah pun mendengar rakaman mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PH) yang berlangsung dua bulan lalu yang ditularkan sejak beberapa hari lepas. Saya baru mendengarnya hari ini, setelah baru menerimanya, salinan rakaman itu dikirimkan oleh seorang rakan.

Mesyuarat itu seperti dirakam sepenuhnya itu, diadakan pada 21 Februari, 2020 dua hari sebelum kerajaan PH jatuh kerana digulingkan. Kerajaan PH tumbang 25 Februari. Rakaman yang sampai kepada saya itu berdurasi 2:25:11.

Sunday, May 17, 2020

Harap Sanusi tidak jadi seperti Sanusi

SESUDAH SUBUH

Muhammad Sanusi Md Noor
PETANG ini dijangka akan berlangsung upacara angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baru, yang juga merupakan MB yang ke-14. Dalam Wikipedia sudah dimasukkan nama MB Kedah yang ke-14 itu adalah Adun Jeneri Muhammad Sanusi Md Noor.

Apa yang berlaku di Kedah hari ini satu lagi sejarah penting yang sudah tentu akan tercatat dalam kitab politik negara dengan pelbagai rasa, suka, gembira sedih dan marah.

Sejak meletusnya krisis kepercayaan terhadap bekas MB Mukhriz Mahathir ekoran tumbangnya kerajaan PH di peringkat Persekutuan, nama Sanusi adalah antara yang dijaja dan disebut-sebut akan mengambil alih tempat itu.

Thursday, May 14, 2020

Muafakat Umno - Pas peluang terbaik untuk Kelantan maju

RENCANA KHAS

TERKEDU juga hati saya setelah melihat carta FDI dalam sektor pembuatan bagi negeri-negeri di Malaysia untuk tahun 2019. Carta yang ternampak secara tidak sengaja itu menunjukkan negeri Kelantan berada di tempat tercorot sekali, hatta di bawah negeri Perlis, negeri jauh lebih kecil daif berbanding Kelantan baik dari segi keluasan geografi maupun pemilikan aset semula jadi.

Nilai FDI untuk Kelantan ialah RM18.5 juta, jauh berbanding dengan negeri-negeri Selangor (RM17.0 billion, Pulau Pinang RM16.9 billion, Kedah (RM11.5 billion), Johor (RM11.5 billion) dan lain-lain. Perlis berada di atas Kelantan mencatat RM53.3 juta hampir tiga kali ganda.

Wednesday, May 13, 2020

Sudah sampai akta lompat parti digubal

SESUDAH SUBUH

Tengku Razaleigh Hamzah
HASRAT Tengku Razaleigh Hamzah untuk membenteras politik wang dalam parti Umno dengan mencadangkan perlembagaan parti itu dipinda, satu pandangan jauh demi kebaikan politik masa depan bukan sahaja bagi Umno tetapi parti-parti lain juga, ia patut disokong dan dialu-alukan.

Tentu dari kaca matanya sebagai politis veteran politik wang yang berlaku dalam parti itu sangat bahaya, kalau tidak masakan beliau bercakap perkara itu. Bagi mereka mementingkan prinsip dan integriti, akan membenci politik wang dan melihatnya sebagai najis kerana ia boleh memburukkan keadaan.

Tuesday, May 12, 2020

Kejayaan Pam kuasai Kedah melampiaskan dendam

ULASAN

Dua Adun yang runtuhkan kerajaan PH Kedah?
KERAJAAN PH di Kedah sudah dianggap tiada lagi apabila dua orang Anggota Dewan Undangan (Adun) yang mendukungnya telah mengistyharkan menarik diri daripada menyokong kerajaan itu. Dua Adun itu kedua-duanya daripada PKR, Adun Sidam (Robert Ling Kui Eee) dan Adun Lunas (Azam Nasrudin). Mereka dikaitkan sebagai penyokong bekas timbalan presiden PKR.

Tidak ada yang pelik dan perlu dikesali dengan apa yang dilakukan oleh kedua-dua Adun itu. Sebagai orang kuat Azmin dan dipercayai akan dilantik jadi PM selepas ini, sudah tentu tidak betah untuk beliau bersama dengan kawan-kawan lain yang terus menyokong kerajaan PH Kedah. Apa lagi, tindakan mereka itu membolehkan kerajaan baru dibentuk, tindakan mereka itu pantas dari prinsip demokrasi Barat.

Monday, May 11, 2020

Doakan Anwar istiqamah penuhi dambaan rakyat


BACAAN

Saya bimbang beliau feedup dengan
politik jahat lalu pasrah.
SUATU kebimbangan yang telah lama bersarang dihati saya, mengenai Anwar Ibrahim seakan mungkin menjadi kenyataan apabila membaca laporan interview beliau dengan media Australia The Age dan Sydney Morning Herald yang dipetik, beliau sebagai berkata sedia menerima hakikat kalau beliau tidak akan jadi perdana menteri.

Saya bimbang dan hati jadi terbata-bata dengan kenyataan itu. Selama ini terfikir dalam hati saya, akhirnya Anwar suatu hari akan pasrah juga dengan cita-citanya itu untuk jadi perdana menteri kerana tidak tahan dengan segala macam pancaroba dan ranjau yang ditahan kepadanya dan beliau terpaksa dilalui dengan begitu getir.

Saturday, May 9, 2020

Mengenang hari kemenangan & hari kekalahan PH

NOSTALGIA

HAMPIR terlupa hari ini 9 Mei 2018 atau tepat dua tahun lalu, hari tumbangnya kerajaan UBN yang dianggap kerajaan keramat dan dilumuri dengan pelbagai mitos karut dan bi'daah. Ia dianggap keramat lantaran usianya mencecah 61 tahun, lebih setengah abad masih kekal dan mencatat sebagai satu-satu kerajaan demokrasi di Asia yang bertahan selama itu.

Kerajaan yang diungguli oleh Parti United Malay Organisation (Umno) dianggap keramat. Sesiapa pun tidak pernah terfikir ia akan jatuh seburuk itu. Saya pernah menggambarkan nasib parti itu tidak akan dapat menongkat lagi sampai kapan pun. Raja-Raja Firaun yang memiliki kerajaan terkuat di zaman silam pun akhirnya jatuh dan tersembah juga. Itu hujah saya dalam buku "Nyawa BN dihujung pedang."

Dr Mahathir, Guan Eng dianggap tipu, Tengku Zafrul perlu jelas

REAKSI  

Tengku Zafrul Tengku Aziz
TERDAPAT satu risalah disebarkan menerusi grup WhatsApp yang memberi kesan buruk khasnya kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai bekas PM dan Lim Guan Eng sebagai bekas Menteri Kewangan dan kerajaan PH amnya.

Risalah itu mempersoalkan kenapa kepimpinan kerajaan PH dahulu membuat pinjaman wang sedangkan ia tidak perlu.

Risalah itu cuba mendedahkan kejahatan Mahathir dan Guan Eng membuat sesuatu yang tidak pun diperlukan menerusi pinjaman berkenaan.

Friday, May 8, 2020

Pisau untuk "pancung" Perdana Menteri PN sudah ditangan

REAKSI

Tiga sosok ini; Mahathir, Mohamad Arif dan
Muhyiddin jadi perhatian jelang sidang parlimen.
WAP panas menjelang sidang parlimen 10 hari lagi, pada 18 Mei ini kian meruap dan merembas dada orang-orang politik dan juga pemeriksa politik. Kehangatan wap ini seakan dapat menolak rasa bimbang dan gerun kepada Covid-19 yang menyerang negara lebih sebulan lalu.

Tentunya bagi pihak kerajaan, mereka lebih takut kepada sidang itu daripada berhadapan dengan wabak yang sudah mulai mengendur itu. Jika boleh dielakkan, mahu sidang itu ditiadakan sampai habis penggal parlimen ke-14 bagi memastikan kedudukan kerajaan PN selamat?

Thursday, May 7, 2020

Antara politis dan abid merebut "lailatul qadar" berbeza

LAYANG RASA

RAMADHAN sudah masuk ke separuh penggal. Alhamdulilah walaupun dalam suasana kurang kondusif kerana Coronavirus dan berlakunya PKP, kita dapat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain dengan baik. Sebenarnya kesempurnaan ibadah itu tidak bergantung kepada suasana dan tempat. Untuk mendapat solat yang khusyuk atau melakukan ibadah yang sempurna tidak semestinya dalam masjid yang lapang atau tempat berhawa dingin.

Dalam surau kecil ataupun ditempat terpencil lain yang tidak ada kemudahan dan prasarana pun boleh menghadirkan kita keadaan untuk beribadah yang tenang dan sempurna. Di rumah juga boleh. Pokok pangkalnya ia terletak kepada diri kita sendiri sepanjang menghayati ibadah berkenaan dan bagaimana kita mengolahkan diri dengan suasana setempat sesuai dengan keberadaan Tuhan itu dimana-mana sahaja.

Sunday, May 3, 2020

Muhyiddn perlu ralat pelonggaran PKP

LEPAS SAHUR

Dr Noor Hisham hanya
akur?
PELBAGAI pihak memberi pandangan dan menyuarakan kebimbangan mereka terhadap langkah kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang patut bermula esok 4 Mei. Masing-masing memberi alasan bahawa tindakan itu sebagai tidak sepatutnya dilakukan dalam keadaan wabak itu masih belum menunjukkan ke arah berakhir secara konkrit.

Ia juga agak pelik dan sumbang sedikit sebab KPK fasa ketiga baru berakhir pada 12 Mei, setidak-tidaknya jika hendak buat kelonggaran tunggu tempoh itu habis.

Friday, May 1, 2020

Apakah keruntuhan kerajaan PN bermula di Johor?

ULASAN

Tajuddin Ab Rahman
KEMELUT kerajaan PN Johor nampaknya tidak boleh ditusuk selindungkan lagi. Johor kini dalam radar pemeriksaan para pemerhati politik negara. Cakap dan cakar politik dalam kerajaan PN Johor sudah kian merebak dan makin menular.

Penularannya lebih kencang daripada Covid-19 waktu ini. Ironisnya pendemik Covid-19 sudah tampak hendak mengurang, tetapi kemelut politik di Johor semakin membelang pula. Apakah isu terbaru selepas Covid-19 ianya hal politik Johor?