REAKSI
TERDAPAT satu risalah disebarkan menerusi grup WhatsApp yang memberi kesan buruk khasnya kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai bekas PM dan Lim Guan Eng sebagai bekas Menteri Kewangan dan kerajaan PH amnya.
Risalah itu mempersoalkan kenapa kepimpinan kerajaan PH dahulu membuat pinjaman wang sedangkan ia tidak perlu.
Risalah itu cuba mendedahkan kejahatan Mahathir dan Guan Eng membuat sesuatu yang tidak pun diperlukan menerusi pinjaman berkenaan.
Pinjaman itu dibuat untuk mengabui mata rakyat atas motif politik.
Risalah itu mengaitkan nama Menteri Kewangan kini Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kononnya telah membuat pendedahan negara tidak memerlukan pinjaman kerana kewangan negara mencukupi. Beliau dilaporkan terkejut dengan apa dilakukan kedua orang itu.
Kononnya pendedahan dan keterkejutan Menteri Kewangan itu didedahkan dalam satu kenyataan dan risalah itu mengutik pendedahan berkenaan untuk digubal menjadi risalah.
Apa yang hendak dijelaskan dalam risalah itu bahawa Mahathir dan Guan Eng sepakat membuat penipuan itu bagi mengabui mata rakyat. Pinjaman luar seperti Bon Samurai itu dibuat untuk mengelirukan rakyat kononnya negara benar-benar kehabisan duit seperti mana didakwa oleh Mahathir dan Guan Eng kerana dicuri Najib Razak.
Risalah ini sekarang beredar dalam grup-grup WhatsApp dan saya dikirimkan oleh seseorang rakan seminggu yang lalu. Meneliti kepada risalah ini ada nilai tersendiri. Tetapi dari segi "psikologi politik" ianya sebagai satu rekayasa untuk mencipta suasana agar rakyat membenci Mahathir dan Guan Eng dan kerajaan PH dahulu. Itu motifnya.
Persoalan membuku minda saya, sekiranya apa dilapor dalam risalah berkenaan, bahawa Tengku Zafrul melahirkan keterkejutannya setelah menyemak perbendaharaan negara, benar, maka beliau perlu membuat kenyataan rasmi mendedahkan kedudukan kewangan negara kini.
Tengku ZAfrul perlu bercakap dalam kenyataan khas di televisyen atau ruang terbaik untuk beliau menzahirkan keterkejutan itu dan negara tidak "basat" seperti kata Mahathir ialah ketika menghadiri diri sebagai Menteri Kewangan pertama kali dalam sidang 18 Mei nanti.
Kalau setakat ia disebut "telah membuat kenyataan" kemudian dikutip oleh penulis risalah itu tanpa ada penghuraian lanjut dan mendalam, ia tidak boleh dipercayai dengan mudah dan kebenaran dakwaan risalah itu perlu disangsikan. Tengku Zafrul perlu bertanggungjawab untuk mengelakkan namanya dieksploitasikan untuk kepentingan politik atau dijadikan modal oleh peraih politik di luar sana.
Seperti mana disarankan dalam risalah itu untuk menunjukkan fakta yang disebut itu benar, dicadangkan agar SPRM menyiasat apa didakwa itu ataupun ditubuhkan RCI - Penyiasatan di Raja untuk menyiasat perkara berkenaan.
Iya wajar kalau SPRM menyiasat apakah Mahathir dan Guan Eng ada muslihat disebalik apa disebut "penipuan" itu untuk pengetahuan semua.
Siasatan dan penuntasan perkara ini penting agar penerima risalah berkenaan tidak menelan mentah-mentah seperti kucing belang menekan ikan tanpa cabut tulang dengan isi risalah berkenaan. Dan sekiranya ia didapati benar ada unsur penipuan oleh Mahathir dan Guan Eng mereka perlu dihukum kerana perbuatan mereka sesuatu yang keji kerana memperalat dan mempermainkan rakyat umum bagi mendapat sokongan.
Dalam pada itu, Dr Mahathir dan Guan Eng juga boleh menjelaskan berhubung tuduhan memburukkan mereka itu. Saya percaya kedua mereka sudah pun membaca atau mengambil maklum mengenai "keterkejutan" Zafrul itu. Bagaimana pun sampai kini belum ada apa-apa penjelasan daripada mereka. Apakah mereka menganggap ianya hanya sampah sahaja.
Risalah berkenaan mungkin bukan satu "maklumat" yang penting tetapi sedikit sebanyak bila ia disebarkan secara tersembunyi dalam grup-grup WhatsApp ia menyebabkan ada pihak yang mempercayainya. Mempercayainya sebelum ia diabsahkan, bermakna penerima risalah itu akan tertipu dua kali dalam satu masa.
Tertipu kononnya negara masih ada duit hanya Mahathir dan Guan Eng sengaja menipu mereka, dan satu lagi tertipu kerana kononnya negara ada duit sedangkan hakikatnya tidak dinyatakan kepada rakyat. [wm.kl.12:09 pm 09/05/2020]
Glossori:
Basat = sesak, miskin, melarat (dialek Kelantan).
Tengku Zafrul Tengku Aziz |

No comments:
Post a Comment