Tuesday, June 26, 2018

Politik dangkal berlandaskan kebencian


ULASAN MARAH
Tuan Ibrahim berpolitik
dangkal.

KEBENCIAN dan dendam selalunya menjadikan manusia tidak berfikir rasional sekaligus meletakkan daya politiknya rendah dan cetak. Inilah silap dan tidak baiknya kalau berpolitik berlandaskan kepada kebencian dan dendam ia menjadi tidak waras dan merugikan banyak orang.

Kenyataan dibuat oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak perlu ada menteri dari Kelantan menyerlahkan akan lemahnya akal politiknya.

Mulanya saya mengira hanya Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (Kapak), Abdul Razak Abbas sahaja berpendapat demikian, tetapi rupa-rupanya pendapat huduh itu disokong juga oleh orang lain yang lebih kompeten daripada Razak.

Monday, June 25, 2018

Siapa yang bakal jadi presiden Umno?

PENDAPAT 

Calon presiden Umno dari tiga jenegari,
Tengku Razaleigh, Zahid dan Khairy.
PARTI  Umno kini sedang sibuk melangsungkan mesyuarat diperingkat kawasan dalam persiapan untuk mengadakan perhimpunan agung dan membuat pilihan kepimpinannya.

Suasana pemilihan kali ini berbeza dengan perhimpunan sebelum ini kerana Umno kini terpaksa menghadapi pelbagai kesukaran ekoran hilang kerajaan. Kehilangan kerajaan memberi kesan jiwa yang besar kepada parti nasionalis itu.

Wednesday, June 20, 2018

Kenapa Anwar perlu berada dalam kabinet?

SESUDAH SUBUH

Jika Anwar berada dalam kabinet banyak
perkara yang boleh dilakukan.
MUNGKIN sebelum ini agak songsang kalau Anwar Ibrahim ikut sama berada dalam kabinet apabila isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah berada di sebelah kanan Dr Mahathir Mohamad sebagai timbalan perdana menteri.

Dengan adanya Anwar sama nanti, boleh memberi peluru kapor kepada pembangkang untuk mengkritik kabinet Dr Mahathir sebagai kabinet laki bini.

Tuesday, June 19, 2018

Pelantikan MB Selangor baharu dimana silapnya?

ULASAN

Amiruddin Shari
HARI ini Adun Sungai Tua Amiruddin Shari, 38 telah mengangkat sumpah sebagai MB Selangor menggantikan Mohamed Azim Ali yang meletakkan jawatan apabila dilantik menganggotai kabinet Dr Mahathir Mohamad, sebagai Menteri Pembangunan Ekonomi. Peralihan jawatan itu sepatutnya lancar dan tidak mengguriskan hati mana-mana pihak.

Tampaknya ia tidak berlaku demikinan, kerana kurang cermat berpolitik menyebabkan pelantikan Amiruddin dilihat ada sedikit "mengudis" yang boleh membawa kepada kudis buta.

Thursday, June 14, 2018

Harap Tengku Razaleigh tidak termakan hasut

PENDAPAT

HENDAKLAH saya memberi sedikit komen dan ulasan berkaitan jawatan presiden Umno. Jawatan itu kini kosong selepas ia ditinggal paksa oleh Najib Razak sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan “kubra” BN dalam Piraum 14 lalu.

Ekoran peninggalan Najib itu maka Zahid Hamidi yang sebelum ini, menjalankan tugas-tugas timbalan presiden mengambil alih tanggung jawab ke atas Umno. Beliau sekali lagi mengambil alih untuk menjalankan tugas-tugas sebagai presiden Umno. Tanggungjawabnya sebagai timbalan presiden bersifat sementara kerana ia tidak pernah diendorse dalam perhimpunan agung Umno.

Tampaknya Zahid terus naik pangkat secara mudah dalam Umno. Ini mungkin berkat Ramadhan tahun ini.

Monday, June 11, 2018

Perlu bijak membaca dan layan masej Dr Mahathir

ULASAN

Dr Mahathir mengaku sudah tua tetapi tetap menunjukkan
kegagahannya.
KENYATAAN Dr Mahathir Mohamad semasa berucap pada persidangan Nikkei di Tokyo yang menghantar masej beliau akan menjadi PM selagi rakyat memerlukan diharap ia bukan serius.

Walaupun itulah hakikat yang kedengaran kini, tetapi adalah baik kalau PM itu tidak mengotakan apa yang dikatakan itu. Maksudnya menuruti sangat kehendak rakyat yang kini setengah mahu mengambil kesempatan atas keberadaanya di kerusi nombor satu itu.

Thursday, June 7, 2018

A Kadir akan siasat

TERKINI

PDRM membuka kertas siasatan terhadap A Kadir Jasin berhubung sebuah tulisannya yang dianggap sebagai menyentuh Yang Di-Pertuan Agong, demikian laporan sebuah portal dipetik.

Siasatan itu ekoran tiga laporan polis dibuat ke atas Kadir, satu dari Selangor satu dari Kelantan sementara satu lagi tidak dinyatakan identiti. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun.

Siasatan dijalankan atas dakwaan ugutan jenayah, hasutan dan mengikut kesalahan melanggar akta komunikasi.

Kadir dalam tulisnya memperincikan perbelanjaan untuk Agong berjumlah RM256.9 juta dalam tempoh 16 bulan.

Beliau bagaimana pun tidak menyebut sumber butiran berkenaan.

Semoga dengan ada laporan dan siasatan ke atas Kadir akan menjawab persoalan yang kini semua orang ingin mengetahui. Hasilnya nanti diharap tidak akan disembunyikan. [wm.kl.12:45 pm 07/06/18]

Anwar dan A Kadir boleh selaraskan pandangan

REAKSI

TERPANGGIL saya untuk menyentuh sedikit perihal antara A Kadir Jasin dengan Anwar Ibrahim yang mana ada sedikit rasa tidak selesa apabila mereka bertingkahan. Semuanya bertolak daripada catatan peribadi A Kadir dalam blognya mengenai Yang diPertuan Agong (Raja-Raja). Kadir menulis mempersoalkan mengenai sekian peruntukan dibelanjakan untuk keperluan Yang Di-Pertuan Agong, pada hisabnya ia banyak.

Jumlahnya dihitung rata sebanyak RM16 juta setahun. Hisab keseluruhannya berpandukan kepada senarai keperluan diperolehinya berjumlah RM257 juta dalam tempoh 16 bulan setelah dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong. Mungkin A Kadir peduli itu apabila beliau membandingkan nisbah peruntukan atau perbelanjaan digunakan oleh bekas-bekas Agong sebelum ini tidak sebanyak itu.

Wednesday, June 6, 2018

Mohd Amar tidak perlu takut kepada SPRM

ULASAN

PENDAPAT  Timbalan Menteri Besar Kelantan (TMB) Mohd Amar Nik Abdullah (foto) bertentangan dengan semangat kerajaan Kelantan sebelum ini khususnya di zaman pemerintah Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mengalu-alukan badan siasatan rasuah, SPRM untuk memasuki ke pejabat pentadbiran kerajaan itu bagi melakukan siasatan.

Nik Aziz pernah berkata, pintu pejabatnya (SUK) terbuka 25 jam untuk didatangi bila-bila masa sahaja oleh SPRM bagi menjalankan apa-apa siasatan terhadap apa-apa dakwaan salah laku atas pun penyelewengan yang dilaporkan berlaku.

Saturday, June 2, 2018

Kerajaan Kelantan, Terengganu perlu lega dengan cadangan Husam


ULASAN

PEMIMPIN kerajaan Kelantan dan Terengganu serta rakyat yang menyokong parti yang membawa kemenangan membentuk kerajaan di kedua negeri itu dalam pilihan raya lalu perlu berasa lega dengan pernyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Husam Musa (foto) malam tadi mengenai pemberian wang royalti petroleum 5% untuk kedua-dua buah negeri itu.

Malam tadi Husam memberi pandangan agar wang royalti 5% yang menjadi hak kedua-dua negeri itu disalurkan terus ke dalam perbendaharaan kedua-dua negeri itu tanpa melalui saluran lain bagi membolehkan wang itu dibelanja sendiri oleh kedua-dua kerajaan itu demi kepentingan rakyat.

Husam menyatakan demikian ketika muncul dalam satu slog di Astro Awani malam tadi. Pandangan beliau itu diterima baik oleh penonton serta menganggap tindakan Husam itu sebagai bijak dan berpegang kepada prinsip demokrasi yang sebenarnya.

Friday, June 1, 2018

Kita tidak perlu takut dengan ancaman

ULASAN BERITA

TEKANAN terhadap kerajaan baharu Malaysia sudah bermula. Ia bukan daripada pihak parti lawan, bekas kerajaan, (UBN) tetapi pihak luar yang berasakan peluang mereka terlepas apabila berlaku perubahan kerajaan.

Kekalahan dan tumbangnya kerajaan UBN secara tidak langsung menghanguskan peluang pihak-pihak tertentu untuk mengongkong Malaysia.

Tidak melampau juga kalau disebut perubahan kerajaan Malaysia itu mengecatkan agenda mereka untuk menakluki negara ini menerusi ekonomi. Pelan tersembunyi mereka menawan Asia menerusi perdagangan (ekonomi) terjejas.