Sunday, August 31, 2008

Mesej Merdeka

Menilai Kemerdekaan Kita

HARI ini genaplah 51 tahun negara kita merdeka. Merdeka dalam erti kata kita bebas dari penjajahan dan penguasaan bangsa asing. Merdeka bermakna kita mengatur sistem kita sendiri. Kita telah memilih sistem demokrasi untuk membentuk negara kita dan kita mempercayai sistem itu memberi keadilan, keamanan dan kebebasan ke atas rakyat seluruhnya.

Kita mempunyai Parlimen dan Dewan Negara sebagai badan legalslatif membentuk perundangan, polisi dan juga dasar kita. Menerusi Parlimen dengan wakil sebanyak 222 itu tanggungjawab menjaga dan mengawal negara terletak di bahu mereka.

Dari segi kenegaraan maka kita sudah berjaya muncul sebagai sebuah negara bebas. Negara kita Malaysia sudah berdaulat. Penyertaan kita dalam Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan kewujudan kita di dunia ini. Begitu juga pembabitan negara kita dalam berbagai jawatankuasa peringkat dunia, serantau dan sebagai merupakan satu pengikhtirafan dunia dan menambahkan nilai kedaulatan negara kita.

Kita menguasai negara kita secara mutlak. Kita boleh mencorakkan dengan apa juga corak, warna dan membentuk dengan apa juga dimensi yang kita mahu. Tidak ada siapa menghalangnya. Dan sebagai negara memakaiterima sistem demorkasi pemerintah juga terbuka kepada kritikan konstruktif oleh rakyat.

Dalam konteks ini kerana bangsa Melayu sebagai tunggak seharusnya kemerdekaan itu berusaha memenuhi kepentingan-kepentingan dan iltizam Melayu. Apakah hak-hak dan kepentingan Melayu sudah terpenuhi sesempurnanya?

Agama, budaya, traidisi itulah hak Melayu yang perlu diutamakan. Tanpa hak-hak dan kepentingan ini (diutamakan dan diistimewakan) yang membentuk jatidiri Melayu, sesungguhnya kemerdekaan tidak ada guna sedikit pun dan membawa apa-apa makna apa-apa.

Dengan mengabaikan hak-hak dan kepentingan Melayu itu kita hanya Merdeka dalam sebutan tetapi tidak merdeka dalam erti kata sebenarnya.

Setelah lebih setengah abad patut kita menilai kembali sejauh manakah kemerekaan itu diisi dan dimanfaatkan dengan perkara-perkara itu. Mana-mana yang kurang, lemah dan lompong hendak dipenuhi sebelum menjelang setengah abad lagi. Kalau dalam tempoh satu abad ia tetap seperti mana hari ini yang ada kalanya sesetengah sudut kehidupan seperti masih sebelum merdeka maka kosong dan hampalah bangsa Melayu dan kemerdekaan kita adalah separuh masak!

Dalam masa kerana kemerdekaan dibina atas semangat nasional, kepentingan kaum-kaum lain juga tidak terabai. Selamanya kaum lain yang menerima bumi ini sebagai tempat tumpah darah mereka, selagi mereka menzahirkan taat setia kepada Yang di-Pertua Agong maka mereka juga turut terbela dalam kemerdekaan yang ditonggaki Melayu itu.

Selamat Merdeka!
[d' kota kl 11:00 am 31/08/09]

Saturday, August 30, 2008

Sebuka Mata

Cenderamata Simbolik Dari Zahid Untuk Najib

SEJUK dan aman hati saya melihat gambar Mohd Najib Razak membelek Quran sambil diperhatikan oleh Ahmad Zahid Hamid dalam akhbar semalam. Perisitwa itu dirakam selepas Mohd Najib melancarkan Program Wakaf al-Quran dan Salam Ramadhan 1429 bertempat di masjid di mana si pembacuh kopi melapazkan sumpah laknat ke atasnya, iaitu di masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Progam berkenaan kalau tidak salah ia merupakan program tahunan yang di bawah Jabatan Agama Islam (Jakim) dipelopori oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Quran yang dibelek oleh Mohd Najib itu (cederamata) dihadiahkan Ahmad Zahid selepas melancarkan program berkenaan. Kalau tidak silap juga tahun lepas Ahmad Zahid turut sama memberi senaskah al-Quran kepada Abdullah Ahmad Badawi selepas PM itu melancarkan satu program di bawah bidang kuasanya.

Nampaknya kedua-dua pemimpin tertinggi dan utama negara itu masing-masing telah menerima senaskah Quran daripada Zahid. Itulah untungnya kalau menghadiri program atau majlis dianjurkan oleh menteri bertanggungjawab dengan hal ehwal agama akan dihadiahkan Quran.

Pemberian itu besar maknanya. Walaupun mungkin harga Quran yang dijadikan cenderamata itu tidak seberapa (mungkin tidak sampai RM1,000 senaskah) namun makna dan gunanya besar sekali.

Kitab suci itu mempunyai 6,200 lebih ayat yang mencakupi setiap aspek kehidupan lahir dan batin. Dari sebesar-besar gunung dan sekecil-kecil pasir disebut dalam kitab berkenaan.

Begitu juga dari soal mula manusia dicipta sampailah kepada manusia di bangkit kembali dari kematiannya diceritakan dengan penuh mendalam dan menginsafkan. Disebut juga balasan baik dan balasan jahat yang dilakukan manusia selama hayatnya di atas muka bumi ini.

Adalah diharap baik Abdullah atau Najib dan sesiapa saja yang memiliki al-Quran akan membacanya dan tidak untuk disimpankan sebagai ensiklopedia yang tegak dan indah di atas rak buku di sudut-sudut rumah atau pejabat.

Kalau membacanya pula bukan untuk mendengar keindahan dan kemerduan lagu-lagu semasa mengalunkannya tetapi memahami isi, makna dan maksud yang disampaikan. Dan sesudah memahami maksudnya hendaklah pula praktik apa yang dituntut dalam Quran itu sepenuhnya buka di ambil mana-mana bahagian yang sesuai dan serasi sahaja.

Misalnya kalau ada ayat yang menyuruh kita melarang isteri, anak-anak dan keluarga menutupi aurat, berbuat kebajikan, tidak berhati busuk dan dan sebagainya hendaklah dipatuhi.

Sekiranya apa yang dibaca dan difahami itu tidak dituruti ia tidak memberi apa-apa makna pun kepada kehidupan.

Syabas kepada Ahmad Zahid kerana dapat berdakwah secara simbolik dan diplomasi kepada pembesar negara seperti mana dilakukan Nabi Musa a.s ke atas Firaun, mudah-mudahan maksud dan nawaitu yang suci itu diterima Allah s.w.t. dan menang dengan mudah untuk jawatan Naib Presiden Umno Disember nanti. [wm.kl 9:45 am 30/08/08]

Friday, August 29, 2008

Sekitar Bajet 09

Bajet: Abdullah Lempar Bola Tanggung
Kepada Anwar

PARLIMEN menjadi tumpuan orang ramai petang ini untuk mendengar pembentangan Bajet 2009 oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Tumpuan orang ramai kali ini agak luar biasa.

Kehadiran para wartawan juga luar biasa. Ratusan wartawan terpaksa beratur sepanjang lebih 100 meter untuk mendapatkan pas masuk di pintu belakang Parlimen.

Mungkin perkembangan ini ekoran kehadiran Anwar Ibrahim di Parlimen. Sebelum ini terdengar berbagai desas desus mengatakan konon Bajet tahun ini tidak mudah untuk mendapat kelulusan ahli Parlimen.

Mungkin undi secara belah bahagi terpaksa dilakukan untuk menentukan ianya diterima ataupun tidak.

Bagaimana pun kemungkinan ini jangan disalah anggap. Satu teori menyebut bukan pembangkang saja yang menentang Bajet ini tetapi di kalangan Umno juga terutama dari Sabah dan Sarawak.

Seorang pemerhati dan juga menjadi broker politik kepada tokoh tertentu di pihak kerajaan membayangkan Abdullah akan terjempit dengan keadaan itu dan akhirnya memaksa beliau melepaskan jawatan.

Apakah ia benar atau tidak sama-sama kita tunggu.

Bagaimana pun yang pastinya perbahasan Bajet itu selepas raya nanti dikira menarik. Permerhati juga tertunggu-tunggu untuk mendengar ucapan sulung bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membahas Bajet berkenaan.

Kalau sebelum ini (ketika berada dalam kerajaan) beliau membetangkan Bajet semasa menjadi Menteri Kewangan, hari ini orang mahu mendengar pula apakah kritikan, pandangan dan sindirian beliau kepada pihak kerajaan semasa membahas Bajet berkenaan selaku ketua pembangkang.

Sindiran Abdullah kepada pembangkang dan Anwar semasa membentang Bajet itu petang ini akan menjadi bola tanggung untuk dismash oleh Anwar ketika membahasnya kelak.

Masa panjang yang wujud sebelum perbahasan Bajet itu memberi peluang kepada Anwar membuat persediaan ucapannya serapi mungkin. Apa yang diharapkan semoga Anwar seperti mana diharapkan oleh Speaker, Pandikar Amin Mulia dapat memberi sumbangan baik selaku ahli Parlimen demi bangsa dan negara serta tidak bermain politik. [wm.kl 8:10 pm 29/08/08]

Celoteh Murai 2

Anak Kakak Tua Belajar Berkokok

Berdecap-decip anak kakak tua mengatakan hujah Anwar 80 peratus retorik. Katanya Anwar ada cara tesendiri dalam berhujah dan pidato. Namun dari analisa hanya 20 peratus fakta selebihnya retorik.

Murai tidak tahu apakah anak kakak tua itu memahami dunia politik! Kalau tidak tahu Murai ingin bilang sama anak kakak tua apakah rumusan politik yang diamalkan oleh kebanyakan ahli politik sekuar.

Dalam politik itu ada lima perkara atau elemen yang saling lengkap melengkapi yang perlu diketahui dan diamalkan. Pertama; hipokrasi, kedua; spekulasi, ketiga; manipulasi, keempat; spekulasi dan kelima eksploitasi. Adapun bapak kepada anak kakak tua memiliki dan mengamalkan ke limanya rukun itu dengan satu tambahan lagi "kukubesi".

Murai : Hanya menyanyi-nyayi.

Thursday, August 28, 2008

Susupan Pagi

Nak Percaya Tidak Percaya, Tidak Percaya Nak Percaya!

BEGITU terasa sekali susana di Parlimen semalam berbeza dengan hari-hari sebelum ini. Yang jelasnya para pemerhati makin ramai. Perbezaan itu bukan dari jumlahnya tetapi dari segi suasana dan semangat!

Perlimen untuk penggal ke-12 ini benar-benar mendapat perhatian. Parlimen sudah menjadi destinasi penting kepada pemerhati politik. Sebabnya satu saja kerana pembangkang telah menguasai dan menimbulkan kehangatan (perbahasan) dalam Parlimen.

Datang ke Parlimen bukan saja untuk bertemu teman, mendengar celoteh dan spekulasi politik atau mengenakan kueh mueh di kantinnya yang enak dan bersih, tetapi untuk melihat dan menanti perkembangan apakah "motion" yang seterusnya dilakukan oleh pembangkang.

Semalam suasana cerita dan wap kepanasannya makin terasa lagi. Semua kerana kehadiran pertama kali ahli Palimen Permatang Pauh yang baru Sdr Anwar Ibrahim ke dalam dewan untuk mengangkat sumpah menjadi ahli Parlimen selepas menang dengan majoriti besar Selasa lalu.

Kedatangan itu benar-benar merujakan dan mencipta suasana baru. Parlimen menjadi lebih bertenaga dan seakan akan berlaku perubahan drastik! Tetapi mereka yang membenci Penasihat PKR itu tetap mengatakan tidak ada apa-apa perubahan dan tetap menganggap Anwar seorang antogonis!

Nampak semalam mereka yang mendoakan agar beliau tewas dan ingin mengguburkannya di Permatang Pauh terkaget besar dengan kehadiran Anwar. Terkeyeh-kenyeh terkising-kising (macam budak dowm sydrom atau macam kera kena belacan) melihat dan memerhatikan Anwar mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat.

Ya ke Anwar itu... atau si pembacuh kopi yang angkat sumpah tu? Atau pun itu sebenarnya Mohamamd Ezam Mohd Noor atau pun Nalakarupan yang angkat sumpah? Bukan... dia ialah Anwar bin Ibrahim.

Realti itu mengejut dan menyebabkan orang terpaksa menyemak balik fikiran masing-masing. Menjadikan masing-masing berfikir kepada apa yang telah cuba dibungkuskan sebelum ini iaitu mengenai pembentukan kerajaan baru 16 September seperti mana diuar-uarkan oleh pembangkang.

Sebelum ini khasnya sebaik saja sdr Anwar di dakwa di mahkamah atas tuduhan liwat kali kedua, gema dan gempar 16 September itu seakan berlalu begitu saja. Tiba-tiba saja talun gempar itu mengencil dan seakan hilang dari arus pendengaran umum. Semangat yang begitu tinggi dan kuat untuk melihat perubahan juga tetiba menggendur.

Lalu mereka yang bimbang dengan 16 September boleh tersenyum semula dengan perkembangan itu. Mereka mengira kes liwat dan pendakwaan itu akan mematikan langkah Anwar dan 16 September tinggal sebagai angan-angan saja. Bagaimana pun kemenangan besar Anwar di pilihan raya kecil Permatang Pauh kelmarin bagaikan taufan mengubah semula suasana dan suhu perubahan naik kembali. Ingatan dan persoalan umum pada 16 September timbul semula.

Seorang Menteri (biar saya tidak menyebut namanya); sebaik selesai Anwar angkat sumpah semalam menarik tangan saya pergi ke satu sudut khusus untuk bertanya fasal Anwar. Kenapa?
"Macam mana Pak Sheikh, you fikir boleh ke dia ambil alih kerajaan 16 September ini?" tanya menteri itu pandir dengan wajah yang agak cemas. Mula saya ingat dia hanya main-main saja. "Kenapa?" tanya saya.

"Kalau jadi sungguh mampuslah kita (BN)!" ujarnya.

"Agak-agaknya boleh ke (ambil kerajaan)," acahnya lagi. Nampak diwajahnya begitu bimbang dengan apa yang berlaku. Dia juga seakan hilang keyakinan yang dipercayainya sendiri.

"Tak boleh kok?" saya mahu mengujinya. "Mana boleh berlaku lompat parti, semua sokong Pak Lah dan Najib?" balas saya sambil merenung tepat ke mukanya.

"Jangan, Anwar pandai bab ni, cuba you siasat. I dengar jadi apa yang Anwar nak buat ni!" katanya penuh mengharap sambil mengelapkan dahinya dengan sapu tangan merah jambu. Menteri itu kemudian berlalu. Saya nampak dia ni cemas dan tercari-cari jawaban di sebalik persoalan yang dia sendiri timbulkan itu.

Begitu juga semasa berdiri dan berbual-bual dengan seorang teman berhampiran cafeteria ahli Parlimen, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanya hal yang sama. Kalau dulu bukan main lagi menteri ini menafi dan menganggap cerita 16 September sebagai karut dan cerita Mat Jenin, kini dia nampak serius. Persepsinya mengenai alunan 16 September ini sudah berubah.
Semacam dia mempunyai maklumat detail mengenai perubahan kerajaan 16 September. "Saya dengar dua menteri Kabinet akan bersama Anwar, you dapat trace ke?" katanya sedikit mngejutkan saya. "Ai kalau sampai menteri ini kes teruk!" kata saya selamba sambil memetakan wajah-wajah menteri disebutkan itu.

"Betul.... itu yang saya dapat tahu, cuba you check, katanya bersungguh. "Apa nak check kalau betul eloklah Datuk juga akan ikut sama...lagi bagus," balas saya kepadanya. Dia hanya terdiam dan tidak terkata apa-apa. Dia lantas menarik tangan saya dan menggenggam kemas.

Dua peristiwa itu menunjukkan bahawa kisah 16 Sepetember menyenak dalam kepala ahli MP BN. Mereka resah dan gelisah dengan angan-angan Anwar itu. Jadi serah salah samada hendak percaya atau tidak.

Pertanyaan dan suasana mengenai 16 September begitu ketara sekali semalam. Secara diam-diam semua orang membicarakan itu. Ini semua gara-gara kehadiran Anwar. Terasa sekali susana dalam dewan sebaik Anwar masuk seolah ia memberi sinar dan merubah roh dewan. Aura yang ada kepada Anwar menyebabkan dewan itu seolah-olah dipenuhi suara rakyat dan rakyat sedang menguasainya.

Tidak hairanlah kalau persoalan 16 September itu menjadi topik hangat. Menjadi bahan renungan, kajian dan tilikan semua pihak. Di pihak BN mereka pantang mendengar bunyi dan rentak ia menyebabkan jantung mereka akan berdebar takut-takut perubahan itu berlaku.

Suasana kelam kabut di pihak BN ini juga semakin menjadi-jadi. Kenyataan bersama 20 ahli MP Sabah dan Sarawak semalam menjelaskan keadaan itu. Mereka juga dikatakan akan membuat akujanji sebagai menyokong kerajaan yang ada kini.

Persoalannya untuk apa kenyatan dan akujanji itu kalau ia tidak ada apa-apa? Kenapa perlu kepada komtimen itu, ia boleh dibiarkan begitu saja kalau desas desus itu palsu! Tetapi mungkin perkembangan kini cukup mencemaskan maka akujanji dan kenyataan sokongan itu dibuat. Persoalannya pula bolehkah akujanji dipercayai sedang sumpah menggunakan nama Allah pun diragui dan ditolak?

Dalam suasana; nak percaya tetapi tidak percaya, tidak percaya tetapi percaya ini sebenarnya menjadikan dunia politik kita segar dan sering diingati. Kesegaran dan susana inilah juga meunjukkan kesegaran dan kepintaran Anwar sebagai seorang ahli politik yang mampu mengocakkan suasana politik negara ini. Kegemparan itu juga setidak-tidaknya menjadikan rakyat Malaysia mempunyai harapan ke arah itu! [wm.kl 6:30 am 29/08/08]

Berita Parlimen

Anwar Selamat Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh

PPENASIHAT Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia jam 10:4 minit pagi ini. Penyempurnaan majlis itu bermakna tercapailah satu lagi majlis penting yang ditunggu-tunggu seperti mana dirancangkan.

Sebaik selesai upacara mengangkat sumpah dan menanda tangani watikah perlantikan, Speaker memahsyurkan perlantikan Anwar sebagai ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Pematang Pauh, Pulau Pinang.

Pendekar Amin juga kemudian turut memahsyurkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang baru di Dewan Rakyat. Perlantikan itu adalah sebagai mengganti isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang menyandang jawatan itu sebelum ini sehingga beliau mengosongkan kerusi berkenaan pada 31 Julai lalu bagi membolehkan Anwar bertanding dalam pilhan raya kecil di Permatang Pauh dan seterusnya memasuki Parlimen.

Ketika upacara itu hanya dua orang menteri sahaja yang berada di dalam dewan iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohammad Nazri Aziz dan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Mustapa Mohamad. Nazri berada di dewan untuk menjawab beberapa solan berhubung dengan kementeriannya. Beberapa ahli Parlimen lain terutama dari Sabah dan Sarawak juga berada dalam Dewan.

Beberapa menteri lain, termasuk Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dalam Negeri, Shahrir Abdul Samad berada di luar kafeteria ahli Parlimen di luar Dewan dengan beberapa ahli Parlimen.

Ketika Anwar angkat sumpah wakil Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman masuk ke dalam dewan sambil berjalan dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluar dan memerhati ke arah Anwar yang berdiri berhadapan spekar.

Kelihatan juga wakil seremban Khairy Jamaluddin berada ditempatnya mengikut upacara itu penuh tenang.

Hampir semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas, Lim Kit Siang turut berada dalam Dewan.

Beberap orang anggota Dewan yang bangkit mengambil bahagian dalam soal jawab mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Anwar, termasuk Nazri Aziz yang kelihatan berkata sesuatu kepada Anwar sambil mengucap tahniah. Anwar kelihatan tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala tanda menerima ucapan tahniah dari Nazri.

Setiap kali ucapan tahniah dewan bergema dengan paluan meja dari kalangan ahli Parlimen termasuk juga beberapa orang ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak.

Selepas berada dalalam dewan kira-kira setengah jam Anwar keluar untuk mengadakan sidang akhbar sulungnya sebagai wakil rakyat. Puluhan wartawan dan jurugambar tidak melepas peluang mengikuti sidang akhbar berkenaan. Menjelang tengah ahri Ahli Parlimen Permatang Pauh itu beredar ke pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen dan mengadakan mesyuarat ringkas dengan pimpinan Pakatan Rakyat.

Anwar yang mengenakan baju kebangsaan berwarna hitam dan berselindang labuh semasa berjalan ke pejabat Ketua Pembangkang diikuti oleh isterinya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah. Para wartawan dan orang ramai juga turut mengurumuni beliau sambil bersalaman dan mengucapkan tahniah atas kejayaan dalam pilihan raya Selasa lepas.

Saya yang turut berdiri di situ turut disapa olehnya dan beliau kelihatan ceria sambil mengenyit-nyitkan kening berberapa kali sambil berkata "Ok... ok!"

Esok buat pertama kali Anwar akan bertentangan mata dengan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak dan semua menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen apabila esok Abdullah dijangka akan membetangkan Bajet 2009 esok. [wm.kl 3:00 pm 28/08/08]

Celoteh Murai

Cerita Burung Kakak Tua dan Burung Belatuk

SELESAI selesai keputusan pilihan raya Permatang Pauh, burung kakak tua pun lalu berkokok di jendela. Antara lain beliau berpolitik, menurutnya PKR tidak menang di Permatang Pauh tetapi BN yang kalah. Itulah kata-kata politik. Ianya harus dibaca terbalik, BN kalah di Permatang Pauh, PKR yang menang.

Burung kakak tua masih belum rabun matanya. Masih sihat tetapi sengaja membelitkan fakta kerana kebenciannya kepada Anwar dan si burung belatuk. Sesekali kalau dia melepas hawa riuh juga penghuni alam raya jadinya.

Burung kakak tua ini juga berkata, beliau tidak yakin ada ahli Parlimen yang lompat membolehkan Anwar akan tubuh kerajaan dalam masa terdekat. Katanya, Anwar tidak akan berjaya membayar 30 MP kerana ada pembida lain yang mempunyai banyak wang.

Kenapa burung kakak tua berkata demikian? Apakah beliau sekarang bimbang kerana terpaksa menunaikan janjinya untuk berhijrah dari negara ini ke negara lain kalau Anwar jadi Perdana Menteri.

Kenapa timbul soal bida membida pula. Apakah di zaman burung kakak tua menjadi raja dulu semua pembesar negeri lain dibida dan dibayar?

Orang selalunya membuat sesuatu janji atau pun nazar apabila merasakan sesuatu yang disandarkan sebagai janji dan nazar itu sukar untuk dilaluinya. Janji dan nazar begitu bukan untuk ditunai, tetapi untuk tidak ditunai. Janji dijadikan pertaruhan.

Burung kakak tua bernazar demikian kerana dia percaya Anwar tidak akan menang di Permatang Pauh dan kalau menang pun Anwar tidak akan jadi PM. Tidak boleh jadi PM, maka itulah dia berani bernazar dan berjanji.


Tetapi kemenangan besar Anwar itu menyebabkan burung kakak tua ini mulai rungsing. Mungkin dia sudah nampak tanda-tanda apa yang difikirkan itu tidak menjadi, akan jadi kenyataan. Kalau jadi kenyataan – Anwar jadi PM ke mana dia hendak terbang lari?

Anihnya dia semacam tidak ikhtiraf kemenangan PKR di Permatang Pauh. Tetapi dalam masa sama dia minta burung belantuk melepaskan jawatan. Katanya burung belatuk bertanggungjawab atas kekalahan itu.


Burung kakak tua sepatutnya sudah mengunci mulutnya usah bercakap lagi. Makin beliau bercakap keadaan jadi makin keliru dan menyerabutkan. Lagipun burung kakak tua sudah tidak menjadi ahli mana-mana parti. Dia juga jadi macam katak boleh melompat-lompat ke mana dia suka.


Kita percaya kalau Anwar jadi PM burung kakak tua akan selamat untuk tinggal di sini. Tidak ada siapa yang hendak menganggu dan mengusiknya. Cuma kalau terasa ia terganggu ialah burung kakak tua itu sendiri kerana ia dikejar bayang-bayang hitam angkara beliau sendiri lakukan.


Kepada burung kakak tua, sapulah najis yang masih bergelumang di ekor anda itu kerana baunya menganggu kententeraman orang lain. Betul tak burung belatuk? Murai: Teringin nak makan kambing bakar![d' kota kl 6:30 am 28/08/08]

Wednesday, August 27, 2008

Analisa Kekalahan BN

Kekalahan BN di Permatang Pauh:
Abdullah, Najib Perlu Tanggungjawab

KEKALAHAN BN di pilihan raya kecil Permatang Pauh bukan sesuatu yang boleh dianggap biasa seperti mana kata Muhammad Mohd Taib sewaktu diwawancara secara langsung oleh sebuah stesen tv.

Begitu juga alasan dikemukakan oleh Pengarah pilihan raya itu, Mohd Najib Razak kononnya jenteranya tidak berkesan, tidak mahu akal.

Cuba kalau pilihan raya itu berpihak kepada Ariff Shah Omar Shah, tentu ulasannya bukan seperti itu. Pasti Muhammad Mohd Taib dan semua pemimpin BN akan menunding jari dan mengherdik Anwar sambil membuat kesimpulan mudah bahawa kekalahan Anwar itu sebagai berakhirnya hayat politik Anwar.

Apakah kata-kata itu tidak boleh dipulangkan kepada Umno apabila calonnya kalah? Bahawa Umno kini berada dalam keadaan ‘kuning mata’ dan makin hilang kepercayaan rakyat kepadanya. Umno kini tak ubah seperti orang tua mati pucuk atau orang muda yang inpotem.
Kekalahan itu tidak perkara biasa, tetapi amat luar biasa sekali. Mengapa? Kerana ahli Umno sendiri menolak calon mereka. Dan Anwar pula merekodkan dua kemenangan sekaligus, menang dan majoritinya melebihi undi yang diraih oleh lawan. Perkara seperti ini jarang berlaku dalam pilihan raya kecil yang selalunya menunjukkan parti kerajaan unggul.

Kalau ahli sendiri menolak kepada siapa lagi Umno hendak harapkan undi? Apakah diharap kepada lembu, kambing, kerbau dan ayam itik?

Ahli BN Permatang Pauh sebanyak 26,942 dari jumlah itu ahli Umno saja sebanyak 19,442 orang. Undi yang diperolehi Ariff Shah hanya 15,524. Bermakna kurang separuh ahli BN/Umno tidak mengundi atau tidak keluar mengundi. Tidak mengundi dan tidak keluar mengundi ertinya tidak mahu kepada Umno, tidak suka kepada Umno. Mereka juga mungkin sudah tidak terliur kepada tawaran duit lagi. Umno biasanya akan membuat tawaran wang ringgit dalam meraih undi!
Kerana kekalahan itu perkara luar biasa maka wajar kalau pemimpin utama Umno mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku. Ia tidak boleh setakat melakukan postmortem seperti mana dilakukan selepas pilihan raya-pilihan raya lain namun perlu melakukan tindakan jauh lebih berani dan bertanggungjawab dari itu.

Dan kekalahan itu tidak boleh disalahkan kepada bumi yang tidak sekata, tetapi harus disalah kepada diri sendiri yang tidak tahu menari.
Pertamanya Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan kedua sebagai Presiden Umno kena bertanggungjawab. Beliau kena memikul risikonya. Kena bertanggungjawab kepada Umno Pulau Pinang dan kedua kena bertanggungjawab kepada Umno Malaysia. Abdullah harus melakukan harakiri dengan kekalahan memalukan itu!
Kalau beliau tidak mahu mengambil tanggungjawab sebagai Presiden, tetapi sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang beliau tidak dapat lari. Kekuatan dan kelemahan atau apa-apa saja yang menimpa Umno Pulau Pinang adalah dibawah tanggungjawab beliau. Siapa lagi tuan Umno Pulau Pinang kalau bukan Abdullah bin Ahmad Badawi?

Namun sehingga kini Abdullah diam membisu. Seolah beliau masih mengira pilihan raya itu belum diadakan. Belum kedengaran apa-apa ulasan daripadanya. Mengapa? Mudah saja jawabnya mungkin kerana Abdullah sudah merasakan beliau tidak bertanggungjawab lagi. Hal Umno diserahkan kepada Mohd Najib seratus peratus. Najiblah yang perlu memiku malu dan risiko itu kerana Abdullah dijangka berundur menjelang 2010.

Melihat nasib yang diterima oleh Umno berpandukan pilihan raya kecil Permatang Pauh itu jelas Umno berada dalam sakit. Umno memerlukan penjagaan dan pengubatan yang mujarab. Kalau Umno tidak peka kepada apa yang dialami kini, mungkin parti itu akan dibaham maut tidak lama lagi. Paling lama ialah pada pilihan raya ke – 13 kelak seperti mana diramalkan kebanyakan pemimpin politik termasuk pemimpin Umno sendiri.
Dalam masalah ini Umno perlu segera menukarkan kepimpinnya. Mungkin Abdullah sudah tidak relevan untuk meneruskan kepimpinannya sehingga pilihan raya umum akan datang. Benar seperti kata ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, kekalahan BN di Permatang Pauh itu menunjukkan harga diri Abdullah sudah tidak laku lagi. Wibawa Abdullah dan timbalannya sebagai pemimpin sudah terhakis.

Umno tidak boleh mengharapkan kepada Najib untuk mengganti Abdullah dan memulihkan Umno. Masalah yang tertompok atas belakangnya menyebabkan tidak mungkin Najib akan dilihat pemimpin yang lebih bersih dan baik daripada Abdullah. Umno mungkin menjadi makin teruk lagi kalau diserahkan kepada anak bekas Perdana Menteri itu.
Makanya sempena pemilihan pucuk pimpinan parti berkenaaan Disember depan seharus ahli Umno mengambil peluang itu untuk menyalin pimpinan tertinggi parti itu. Tanpa penyalinan pemimpin sudah pasti Umno akan terus dirundung malang dan tidak mustahil Umno akan berkubur sebelum menjelang pilihan raya akan datang! [d' kota kl 8:30 pm 27/08/08]

Kenyataan Anwar

Kemenangan Di Permatang Pauh, Kemenangan Rakyat

KEMENANGAN ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini. Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakan hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan eknomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum.

Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu. Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan. Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini.

Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi. Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
PERMATANG PAUH,
MALAYSIA,
26 Ogos 2008
[wm.kl 8:45 am 27/08/08]

Tuesday, August 26, 2008

Merdeka Merdeka Merdeka

Salam dan Pesan Buat Ahli Parlimen Permatang Pauh

SEMUANYA sudah selesai namun belum berakhir! Pilihan raya kecil Permatang Pauh yang dianggap memeritkan dan paling ganas dan kejam sudah pun tamat. Namun kesan, hala tuju dan agenda selepas kemenangan itu masih belum selesai. Perjuangan Anwar baru bermula hari ini, selepas beliau dinobatkan sebagai ahli Parlimen.

Seperti mana saya kata, kemenangan itu seolah-olah Anwar baru memakai baju perang, lengkap dengan senjata, semangat semakin membumbui dan memulakan langkah ke medan perang. Jalan-jalan yang bakal dilalui makin mencabar namun puncak impian kian merendah.
BN dan seluruh warga termasuk mereka yang mencurigai perjuangan Anwar, yang mencemuhi peribadinya harus akur dan menerima hakikat yang berlaku kini! Bahawa kebangkitan rakyat sudah melata. Gelombang dan suara rakyat yang ingin perubahan tidak boleh disekat dan dihalang lagi. Bahawa seluruh segenap lapisan rakyat bersama Anwar dan mahukan Anwar berada di hadapan menghayun langkah bangsa membentuk Malaysia baru lebih merdeka.

Hormatilah pilihan raya yang baru berlangsung itu. Buktikan bahawa kita semua adalah pendokong demokrasi yang demokratik. Jangan ada selepas ini berbagai kecaman, komentar yang menandakan kelemahan diri kita sendiri. Umno terutamanya hendaklah menerima realiti yang berlaku kini dan bermahasabah atas bahana yang diterima.

Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak perlu sedar
bahawa nyawa politik mereka kian terancam. Dalam konteks ini apa yang mereka kena fikir bukan diri mereka namun diri dan nasib parti mereka, Umno. Waktu kini bukan untuk menyelamatkan diri lagi, tetapi menyelamat wadah yang dikatakan keramat namun sudah berkarat berulat itu.

Keduanya Abdullah dan Mohd Najib perlu melepaskan jawatan sekiranya keduanya masih ada maruah tersisa! Umno harus dipimpin oleh mereka yang berjiwa rakyat dan bersih dari segala nesta atau mereka yang tidak berhajat menjadikan Umno sebagai bahan pesaka.

Kemenangan Anwar bukan kerana nasib, tetapi lantaran pengorbanan besar rakyat. Kemenangan itu adalah mesej besar daripada nuasa. Majoriti sebanyak 15,671 undi adalah majoriti yang merupakan isyarat kepada BN bersiap sedia membeli kain kapan untuk membungkus mayat sendiri kemudian dikuburkan dalam lubang yang mereka menggalinya lama sebelum ini.

Kita yakin kalau Anwar tidak dikhianti; kemenangan yang diraihkan sekejap tadi akan menjadi cahaya yang menyuluh jalan gelap yang dilalui selama lebih 10 tahun lalu. Seperti mana saya sebutkan sebelum ini, BN harus membuat pulut kuning untuk meraikan kemenangan Anwar dan memohon maaf atas kesalahan dilakukan kepada bekas TPM itu.

Saya yakin Anwar yang bererti “bercahaya” bukan seorang pendendam dan bersedia menerima maaf daripada Umno dan pemimpinnya; baik peringkat cawangan, bahagian dan pusat. Dan sebagai balasan paling afdal untuk dianugerahkan kepada Anwar atas kemenangan besar itu, dan penebusan dosa ialah dengan menarik balik pendakwaan ke atasnya dan berilah peluang kepadanya untuk memimpin negara ini secara terhormat.

Tahniah kepada Anwar Ibrahim dan tahniah juga kepada semua pendokongnya. Secebis pesanan ikhlas semoga kemenangan itu membersihkan Anwar dari segala kekotoran dan memberikan peluang baginya memperbetulkan kekhilafannya selama ini. Anggaplah kemenangan malam ini satu kelahiran baru Anwar yang putih bersih dan dipenuhi sejuta keharuman tulip dari sejuta taman! Dan tidak terlupa salam dan pesan bahagia ini juga buat Azizah! [d' pauh 10:50 pm 26/08/08]

Laporan Langsung

Keputusan Pilihan Raya Permatang Pauh Seperti Dijangka, Anwar Menang?

(kemaskini) MUKTAMAD terbaru dari pusat pengiraan undi majoriti yang diraih oleh Penasihat PKR lebih besar daripada yang diramalkan. Beliau mendapat 31,195 undi dengan majoriti 15,671. Calon BN Ariff Shah 15,524 dan calon Akim Hanafi Mamat mendapat 92 undi.

(kemaskini) Sehingga ini sudah 20 peti undi dibuka dan keputusan rasmi sudah diperolehi. Ada 91 peti undi lagi dalam proses pengiraan dan tiba satu demi satu ke pusat penjumlahan di Instiut Tuanku Bainun.

Daripada 20 peti undi yang rasmi, Anwar mendapat 5,398 manakala Ariff Shah mendapat 1,891. Tidak ada laporan untuk Hanafi Mamat calon Akim.

Perangkaan keluar mengundi yang tidak rasmi ialah 75% dan majoriti yang diraih Anwar ialah sekitar 12,000. Sekian.

PROSES pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh telah pun selesai. Kesemua 25 pusat mengundi telah ditutup jam 5:00 petang tadi. Para penganalisa kedua pihak kini sedang sibuk membuat pengira undi masing-masing berdasarkan kepada pengamatan dan tip pengundi yang masuk ke bangsal panas masing-masing.

Berdasarkan itu, gambaran awal siapa yang menang sudah diketahui. Mereka yang merasa menang sudah pasti jadi lebih bersemangat untuk menunggu pengumuman rasmi yang dijangka dibuat SPR menjelang jam 8:30 malam nanti.

Perangkaan rasmi jumlah keluar mengundi belum diketahui, namun menurut maklumat dalaman kedua pihak jumlah yang keluar mengundi sekitar 80% - 85%. Ini menempati jangkaan awal saya yang meletakkan peratus keluar mengundi sekitar 85%.

Berdasarkan perangkaan tadi, nampaknya seperti diramal calon PKR, Anwar Ibrahim dijangka diumumkan sebagai pemenang dengan majoriti tidak melebihi 15,000 undi.

Dari maklumat bebas pula diperolehi menjangkakan majoriti bakal diraih Anwar sekitar 8,000 hingga 10,000. Angka itu tidak mencapai sasaran pihak PKR yang mensasarkan majoriti sehingga melebihi 15,000 undi.

Sementara para menteri yang datang untuk meninjau dan memberi sokongan moral kepada calon BN, Ariff Shah Omar Shah dilaporkan telah mula meninggalkan kawasan Permatang Pauh sejak jam 3:00 petang lagi.

Mungkin mereka sudah merasakan calon mereka tidak ada harapan untuk menang menyebabkan masing-masing mengambil keputusan untuk balik awal bagi mengelakkan kesesakan di Permatang Pauh. [d' pauh 6:00 pm 26/08/08]

Laporan Langsung 2

Menantu PM Kena Boo di Penanti

MENANTU Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin diboo oleh para penyokong Pakatan Rakyat ketika Naib Ketua Pemuda Umno itu bersama ketuanya Hishamuddin Hussein melawat ke pusat pengundian di Penanti lewat tengah hari ini.

Kejadian itu berlaku sebaik saja Khiray yang sampai dengan sebuah kereta pancuan empat roda bersama Hishamuddin turun untuk membuat tinjauan.

Punca keadaan itu berlaku apabila kereta Khairy berhenti berhampiran pusat pengundian itu sehinggakan menganggu lalu lintas lain. Gelagat dan sikap Khairy itu tidak disenangi oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang berada di pusat pengundian berkenaan.

Melihat keadaan itu polis telah meminta pemanndu kereta dinaiki Khairy dan Hishamuddin supaya beredar dari pusat pengundian. Ketika ini Khairu diboo dan dimaki hamun termasuk dicerca sebagai "Menantu Perdana Menteri laknat".

Kerana 'protes' itu Khairy dan Hishamuddin hanya sempat berberapa minit saja di pusat pengundian itu kerana tidak tahan dimaki hamun penyokong Pakatan Rakyat.

Manakala dalam perkembangan lain gambaran zahir di pusat pengundi itu berpihak kepada calon PKR. Nisbah kunjungan pengundi ke bangsal panas untuk menyemak nama ialah 1 - 5 atau pun 3 - 10. Satu atau lima ke bangsal panas BN dan lima atau sepuluh ke bangsal panas PKR.

Keadaan yang sama juga dilaporkan berlaku di pusat pengundian di Permatang Pauh di mana bilangan pengundi Cina agak ramai di situ.

Ketika ini hujan yang turun mulai jam 12: 45 tengah hari tadi semakin lebat dan ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan peratusan keluar mengundi. [d'pauh 1:30 pm 26/08/08]

Laporan Terus

Keadaan Anwar Di Seberang Jaya dan Permatang Pasir Mencemaskan?

PROSES membuang undi pilihan raya kecil Permatang Pauh berjalan lancar. Sehingga ini belum ada laporan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Lima ribu anggota polis yang dikerahkan memantau dan mengawal perjalanan pilihan raya itu berjaya memastikan proses demokrasi itu berjalan lancar, bersih dan telus.

Kedudukan sehingga jam 10:00 pagi tadi sudah banyak pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Menurut laporan wakil saya di DUN Seberang jaya, masyarakat Cina dan India sudah lebih 55% keluar mengundi. Bagaimana pun masyarakat Melayu agak mengecewakan bila mana tidak sampai 20%.

Gambaran yang dari kedudukan itu menunjukkan pengundi Cina dan India 60% berpihak kepada calon PKR Anwar Ibrahim, manakala pengundi Melayu lebih kepada calon BN, Ariff Shah Omar Shah.

Perkembangan di DUN Pasir Panjang agak mengecewakan bagi calon PKR Anwar Ibrahim bila mana gambaran undi untuknya ketinggalan berbanding dengan undi yang bakal diraih Ariff Shah. Peratus keluar mengundi juga tidak sampai 20% sedangkan kawasan inilah menjadi harapan Anwar kerana ia kawasan Melayu.
Kawasan Permatang Pasir merupakan kubu kuat Pas. Dalam pilihan raya lalu kawasan ini dimenangi Pas menerusi calonnya Hamdan.

Apakah fenomena ini berterusan hingga menjelang tengah hari? Kalau keadaan ini tidak berubah kedudukan Anwar untuk DUN ini mencemaskan dan sudah pasti ada sebotaj dari pengundi kawasan ini terhadap Anwar.

Perkembangan atau gambaran dari DUN Penanti tidak diperolehi setakat ini. Telefon wakil saya di DUN berkenaan tidak aktif sejak semalam. Mudah-mudahan wakil itu masih selamat dan tidak menghadapi apa-apa masalah. Sekian. [d'pauh 11:10 am 26/08/08]

Analisa Rasa

Analisa pilihan raya kecil Permatang Pauh:
Anwar bakal gondol emas?

KALAU obor olimpik dipadamkan malam tadi, maka esok giliran obor pilihan raya kecil Permatang Pauh pula akan dihembus. Pilihan raya kecil P 44, Permatang Pauh akan dikira berakhir jam 5:30 petang esok sebaik saja kesemua pusat pengundian akan ditutup.

Sebaik saja obor itu dilabuhkan maka tahulah siapa yang akan menggondol emas; antara tiga calon yang bertanding Anwar Ibrahim (PKR), Ariff Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Mamat (Akim).Selepas jam 6:00 petang besok maka ribuan para penonton; pemerhati, pekerja parti, jentera kempen yang berkhemah dan menjadi Permatang Pauh sebagai stadium olimpik Malaysia selama sembilan hari itu akan meninggalkan Permatang Pauh.
Selepas ini Permatang Pauh akan kembali tenang seperti sebelumnya.Apapun pastinya pilihan raya kecil itu meninggalkan nostalgia dan kenangan yang berbagai. Ada yang indah, pahit dan sebagainya kepada semua orang yang terlibat dengannya.
Pilihan raya itu adalah termahal dalam siri-siri pilihan kecil yang pernah diadakan. Pilihan itu bukan saja sengit tetapi ia membawa pengertian tersendiri bukan saja kepada individu tetapi kepada politik bangsa dan negara.

Bagi Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim pilihan raya itu akan menentukan nasib politiknya. Apakah beliau akan dapat kembali semula ke persada politik, berada di Parlimen atau tidak. Kemenangan membawa seribu kebahagian manakala kekalahan memberi seribu kecelakaan kepadanya.

Petanda kemenangan

Kalah menang Anwar bukan saja untuk dirinya tetapi untuk Pakatan Rakyat seluruhnya. Kemenangan Anwar memberi petanda kemenangan kepada Pakatan Rakyat. Kejayaan itu memberi isyarat bahawa Pakatan Rakyat akan terus mara mengugat kerajaan BN sehingga tumbang! Anwar bertanding atas nama maruah Pakatan Rakyat.

Sebenarnya canang yang dipukul mengatakan Anwar perlu menang kerana ingin membentuk kerajaan Malaysia baru 16 September nanti, itu adalah sebahagian proses ke arah itu saja. Ia bukan sesuatu yang mutlak. Kemenangan Anwar itu bukan untuk itu tetapi yang penting sebagai persediaan ke arah itu.

Pengambilalihan kerajaan Malaysia bukan pada 16 September tetapi pada pilihan raya ke-13. Justeru kemenangan bagi Anwar penting kepada Pakatan Rakyat. Kemenangan itu akan menjadikan proses warm-up (pemanasan badan) sampai ke klimesknya. Dengan kemenangan itu nanti ini bermakna pada bila-bila masa saja Pakatan Rakyat akan bersedia untuk mengambil alih kerajaan kerana ketika ini Anwar sudah siap sedia dengan pakaian perang.

Begitu juga bagi calon BN, Ariff Shah Omar Shah; kalah menang tetap ada makna dan memberi impak kepadanya. Kalau beliau menang beliau akan dinobatkan sebagai hero kerana berjaya menjatuhkan seeorang hero mega. Menjatuhkan Anwar dalam gelanggang sendiri samalah menjatuhkan sang wira di hadapan rumah, di hadapan anak-anak, menantu dan isteri.

Kejayaan itu sangat memalukan Anwar. Kejayaan itu sesuatu yang hebat dan mengkagumkan. Secara tidak langsung Umno dan BN meletakkan harapan dan maruah kepada Ariff Shah.
Sekiranya Ariff Shah calon yang dikira sesuai, (sampai soal kepandaiannya bercakap bahasa Cina digunakan sebagai modal), kalau kalah juga maknanya Umno sudah ketiadaan orang yang layak untuk berhadapan dengan Anwar.Kekalahan itu memalukan bukan saja Adun Seberang jaya itu tetapi seluruh lebih 3 juta ahli Umno!

Menerima kekalahan

Dan kekalahan Ariff Shah kelak juga menyebabkan Umno harus menghantar pulut kuning dan memohon maaf kepada Anwar dan bersedia menerima kekalahan dengan penuh tawaduk.
Manakala bagi Hanafi Mamat pilihan raya itu hanya memberi pengalaman politik kepadanya. Baginya menyertai pilihan raya itu tidak lebih daripada untuk menghilangkan rasa puas dan melepas gian untuk melihat posternya bertabiran bersama poster bakal Perdana Menteri, Anwar dan juga Ariff Shah saja.

Sekiranya Hanafi memperolehi lebih 100 undi ia dikira kejayaan besar kepada calon Angkatan Insan Keadilan Malaysia (Akim) itu.

Kini setelah tirai kempen dilabuhkan, ramai tertanya dan mengira sendiri siapakah bakal menang besok. Saya percaya masing-masing membuat perkiraan sendiri atau mencari maklumat untuk membayangkan keputusan awal sebelum SPR mengumumkannya.
Di sini saya ingin mengongsikan sedikit formula atau analisa angka dan juga berpandukan kepada pengamatan terhadap beberapa aspek selama beberapa hari di Permatang Pauh. Analisa statistik ini juga berdasarkan kepada pengalaman pilihan raya kecil, suasana dan perkembangan semasa di Permatang Pauh itu sendiri.
Sebelum saya mengemukakan pandangan/analisa itu, terlebih dahulu saya ingin memberi huraian dan gambaran semasa yang berlaku di Permatang Pauh berdasarkan beberapa indikator yang jelas dilihat oleh umum secara ringkas.

Semangat kempen:

Semangat berkempen dan jentera kempen ternyata berpihak kepada PKR. Semangat kempen ini sangat tinggi bagi PKR. Keadaan ini boleh dilihat kepada pemasangan poster dan berbagai bentuk poster yang yang kedapatan di situ. Kemewahan poster PKR juga menandakan komitmen penyokongnya tinggi sanggup mengeluarkan perbelanjaan dari poket sendiri.
Beza di belah BN, ragam posternya tidak banyak dan tidak menyeluruh. Persaingan dari segi menaikan poster atau gambar calon seakan tidak terlawan oleh BN. Boleh dikatakan segenap pelusuk poster, banting dan bahan kempen PKR dapat dilihat dan ditemui dengan mudah.

Tidak adil
Begitu juga dengan ceramah PKR mendapat sambutan hangat. Kehadiran di satu-satu ceramah antara 2,000 hingga 10,000. Mungkin ini tidak adil untuk dibandingkan kerana BN tidak menumpukan kepada ceramah sebaliknya lebih menumpu kepada kempen dari rumah ke rumah.
Perlu disedar kehadiran ramai di tempat ceramah PKR juga tidak boleh diambil sebagai petunjuk tepat kerana lebih separuh yang hadir adalah orang luar, bukan pengundi.
Isu-isu yang dimainkan:

Manakala isu-isu yang ditimbulkan kedua pihak tidak banyak pembaharuan (isu baru) ia lebih kurang saja. Tidak ada isu baru melainkan isu yang sudah pun diputarkan sebelum ini dan sudah ada dalam minda umum. Cuma tema 'Kemerdekaan' yang digunakan PKR menarik dan mempersonakan.

PKR mahu menjadikan kemenangan Anwar sebagai memulakan pengertian kemerdekaan baru kepada rakyat. Merdeka daripada kekejaman dan kezaliman penjajah yang dinamakan BN. BN tidak mengemukakan tema khusus melainkan menggunakan tema dan slogan lama yang secara umum iaitu untuk membawa kesejateraan kepada rakyat.

BN banyak menimbul dan membangkitkan isu peribadi Anwar. Isu moral digunakan seoptimunya seolah pilihan raya kecil Permatang Pauh itu satu proses untuk memilih Imam Masjid Negara dan bukan bakal Perdana Menteri Malaysia – ahli politik.
Agensi keselamatan

Berdasarkan dapatan-dapatan itu keadaan zahirnya berpihak kepada PKR. Bagaimana pun kejutan boleh berlaku kerana BN memiliki apa yang tidak ada kepada pembangkang. Sudah pasti ribuan tentera, polis dan agensi keselamatan lain yang kini bertapak di Permatang Pauh akan digunakan oleh BN, dan ini berpotensi untuk mengatakan bahawa BN akan menggunakan sejantaa sulit dan kepakaaran dalam memobilisasikan pengundi.

Kalau ini berlaku maka gambaran awal yang berpihak kepada PKR tadi boleh berubah dan mengejutkan. Jika tidak ada apa-apa kejutan drastik maka berdasarkan analisa perangkaan ini, jelas Anwar akan menggondol emas dan akan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 27 Ogos seperti mana dirancangkan dan tidak perlu lagi untuk bersumpah mubahalah seperti mana didesak.

Seperti mana yang dikatakan tadi, di sini saya mengemukakan analisa ringkas saya berdasarkan kepada perangkaan. Analisa perangkaan ini dibuat berdasarkan kepada pengalaman pilihan raya kecil dan dibuat dengan penuh kecermatan (mininum) tanpa mengambil kira sentimen kepada mana-mana pihak.

Dengan meletakkan jumlah keluar mengundi sebanyak 85% (iaitu kira-kira 48,190 undi keluar setelah ditolak undi rosak/protes sebanyak 3%) dan dengan membahagikan pengundi Melayu sebanyak 55%, pengundi Cina 65%, India 70%, lain-lain pengundi 50% dan undi pos 20% berpihak kepada Anwar ini bermakna Anwar akan menang dengan majoriti selesa sebanyak 7,750 undi.

Jumlah undi yang diperolehi mengikut pembahagian tadi kepada Anwar adalah, Melayu 18,394 undi, Cina 7,675 undi, India 2,024 undi, lain-lain 24 undi dan undi pos 98 undi yang mana kesemuanya berjumlah 28,215 undi.

Manakala undi yang akan diperolehi Ariff Shah berdasarkan statistik itu ialah; Melayu 15,050 undi (45%), Cina 4,132 undi (35%), India 867 undi (30%), lain-lain 24 undi (50%) dan undi pos 392 undi (80%) yang kesemuanya berjumlah 20,465 undi.

Ini bermakna undi yang diperolehi oleh Anwar susut sebanyak 2,123 berbanding yang diperolehi isterinya, Dr Wan Azizah Ismail dalam pilihan raya lalu sebanyak 30,388 undi. Manakala undi BN (Ariff Shah) pula berlaku peningkatan sebanyak 3,515 undi berbanding undi dicapai calon BN dulu, Pirdaus Ismail sebanyak 16,950.

Bagaimana pun statistik dan kedudukan ini akan berubah jadi terbalik sekiranya peratus keluar mengundi meningkat lebih 90%. Kebiasaanya ketinggian peratus keluar mengundi pada setiap pilihan raya kecil ia akan memberi kelebihan kepada pihak parti Kerajaan.
Begitu juga sekiranya berlaku undi rosak lebih daripada 2,000 undi ia memberi kesan kepada Anwar yang boleh menyebabkan Anwar dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
Perkiraan yang agak tepat ialah kepada sejauh manakah peratus keluar mengundi sebenarnya nanti. Bagi saya, saya yakin kalau peratus keluar mengundi pada tahap yang disebutkan itu, 85% perlawanan esok pasti akan berpihak kepada Anwar dengan majoriti tidak kurang daripada 5,000 dan tidak lebih 10,000 undi. Perhatian tulisan ini juga boleh di baca di protal Malaysia-today.net [d' kota 9:00 am 26/08/08]

Monday, August 25, 2008

Sebelum Tidur

Anwar Perlu Angkat Sumpah Bukannya Bersumpah!

KEENGGANAN Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim bersumpah laknat (mubahalah) telah dijadikan isu dan bahan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh sampai ke saat-saat akhir. Pihak Umno nampaknya menggunakan isu berkenaan dan mengira ia akan memberi tuah kepada calonnya.

Tidak cukup dengan pemimpin di semua peringkat menekan Anwar agar bersumpah, beberapa orang agamawan yang makan gaji dengan kerajaan juga turut mengulas dan mempertikaikan sikap Anwar itu.

Bekas kawan Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor juga turut sama memaksa Anwar bersumpah. Ezam membuat kesimpulan mudah keengganan Anwar bersumpah menggambarkan bekas kawannya itu bersalah.

Dalam wawancara dengan Tv Ezam memetik pepatah Melayu berbunyi berani kerana benar, takut kerana salah! Bagi Ezam keengganan Anwar itu kerana (Anwar) takut dan dia bersalah!

Bapa si pembacuh kopi juga turut sama merayu Anwar tampil melakukan sumpah laknat itu. Serentah itu bapa pemacuh kopi, (Azlan) meminta (mengejek) supaya ulama politik Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Haron Din, Abdul Hadi Awang membimbing anaknya untuk melakukan sumpah mengikut lunas dan prinsip Islam. Beliau juga meminta ulamak muktabar termasuk Yusuf al-Qardhawi ikut sama memberi pandangan berhubung kes anaknya itu.

Isu dipolitikkan

Dalam pada itu Azlan juga kesal kerana sumpah anaknya dipolitiknya di Permatang Pauh. Kesian... tetapi siapakah yang silap kalau isu itu dipolitikkan? Mengapa anaknya melakukan sumpah itu menjelang pilihan raya itu dan tidak tunggu sampai ianya selesai bagi mengelakkan ianya dieksploitasi? Ataupun ia disengajakan untuk kepentingan pihak tertentu dalam pilihan pilihan raya berkenaan? Masakan Azlan tidak tahu dan menyedari hakikat itu?

Anih kenapa isu itu diperbesarkan begitu rupa. Ada semacam pihak tertekan dengan isu ini dan mengupah pihak lain agar menekan dan menggoncangkan (dengan memaksa) Anwar melakukan sumpah laknat menurut rentak pembacuh kopi.

Memang sepatutnya isu itu tidak diheret begitu rupa dan menghiasai skin tv setiap malam kerana ia memalukan umat Islam seluruhnya. Apabila si pembacuh kopi itu selesai melapazkan sumpah seharusnya ia selesai dan tamat. Tidak payah memaksa Anwar berbuat benda yang sama. Lagipun tidak ada siapa yang menyuruh pembacuh kopi itu bersumpah laknat dan hak Anwar secara total samada beliau hendak ikut bersumpah atau pun tidak.

Bagi pembacuh kopi ia telah berbuat sesuatu yang tidak sepatutnya dia lakukan. Semua pihak kena faham tidak ada siapa yang mendesak dan mengasak dia bersumpah. Dia dibuat atas kehendaknya sendiri. Jadi apabila orang lain tidak bersumpah; melawan sumpahnnya dia harus diamkan sahaja dan tidak perlu membangkitkan apa-apa.

Mempermainkan sumpah

Seperti mana Anwar jelasnya mengapa beliau tidak mahu bersumpah kerana cara itu tidak menyelesaikan masalah. Samada dia bersumpah atau tidak, isu yang timbul sekarang bukan selesai. Kalau beliau bersumpah ia tidak boleh membersihkan dirinya. Bahkan dengan sumpah itu menyebabkan beliau akan dikatakan sanggup mempermainkan sumpah kerana kepentingan politik.

Jadi lebih baik beliau tidak bersumpah. Tidak ada sesiapa pun boleh memaksa beliau untuk berbuatdemikian. Soal sumpah itu soal agama. Soal agama adalah soal personal Anwar dengan Tuhannya. "Agamamu untukmu, agamaku untukku."

Anwar ada hujan dan pegangan sendiri kenapa beliau tidak bersedia bersumpah. Tindakannya itu bukan saja-saja melainkan setelah mendapat pandangan berbagai pihak termasuk ulamak.

Bukan ulama politik semata-mata tetapi ulama antarabangsa juga termasuk Yusuf al-Qardhawi dan juga bekas Mutfi dan seorang Mufti turut sama menasihat dan memberi nasihat kepada Anwar.

Apakah orang-orang yang menasihati Anwar, yang memberi pandangan tidak berautoriti dan lebih rendah outoritinya daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi Wan Teh?

Mungkin kalau Nik Aziz Nik Mat atau Abdul Hadi Awang dan Haron Din yang menasihati Anwar ia boleh dianggap bermotif politik. Tetapi yang menasihati Anwar ini ialah ulamak luar yang tidak ada kena mengena dengan hal ehwal Malaysia.

Dan apabila Wan Zahidi dalam tv sekejap tadi mempertikaikan tindakan Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi mendedahkan peristiwa di sebalik majllis sumpah laknat pembacuh kopi tempoh hari menyebabkan orang ramai makin keliru tentang peranan dan tugas beliau sebagai Mufti.

Dalam tv sekejap tadi beliau menyatakan kesangisan kepada Imam berkenaan dan mempertikaikan ketinggi ilmu imam berkenaan dengan bertanya kelulusan dan sijil yang dimilki oleh Ramlang dan secara terang menyebut beliau sangsi Ramlang boleh baca kitab. Jelas sikap ini menunjukkan sikap tidak bijaksana sebagai seorang ilmuan bertaraf Mufti dan ada unsur riak.

Penuh tertib

Sebagai ketua jabatan beliau tidak seharusnya merendah dan mempertikaikan anak buahnya secara terbuka. Cara beliau itu telah mengaibkan Imam berkenaan. Islam melarang mendedahkan keaiban orang! Apa yang patut beliau lakukan ialah memanggil imam berkenaan dan semua mereka yang mempersoalkan tentang sumpah laknat itu dan jelaskan dalam majlis tertutup dengan penuh tertib bukannya melalui di skin tv.

Biarlah ada takmaninah sedikit dan bezanya peribadi seorang ulama dengan peribadi seorang ahli politik yang asyik mencari publisiti. Kalau Mufti juga bersikap macam orang politik, mahu menjadi populis dan lebih kepada menjaga perik nasi, maka akan rosakklah dunia ini. Sebab itulah para wali dan alim ulam terdahulu tidak mudah dan tidak sanggup menerima jawatan Mufti kerana mereka sudah tahu akan ditunggang oleh orang melantiknya, penguasa/kerajaan.

Berbalik kepada soal sumpah laknat tadi, kalau si pembacuh kopi itu sudah bersumpah, maka ia seharusnya selesai dan diamkan sahaja. Tunggu sajalah apa yang berlaku selepas ini. Sekiranya dia tidak dilaknat dalam tempoh terdekat, Allhamdulilah. Tetapi itu bukan semestinya dia berada di pihak benar. Sebab laknat atau nikmat yang Allah berikan berbagai-bagai dan ada kalanya sukar untuk difahami.

Perlu diingat sumpah itu berlaku bukan saja kepada si pembacuh kopi itu saja, tetapi kepada seluruh keluarga dan keturunan. Skop bahana dan celaka sumpah itu diperluaskan begitu sekali untuk menyakinkan pembacuh kopi itu berada di pihak benar. Tidak sepatutnya pembacuh kopi membawa keluarga dan ketrunannya dalam situasi itu. Dan bagi mereka yang yakin dengan sumpah itu nah terimalah apa yang dilakukan pembacuh kopi itu satu kebenaran.

Kesimpulan samada Anwar perlu atau tidak untuk bersumpah terserah kepada dirinya sendiri. Sesiapa pun tidak boleh pertikaikan sebab itu adalah haknya. Untuk mengatakan dia penakut, bersalah kerana tidak bersumpah tidak boleh kerana beliau ada alasan dan pegangan kukuh menurut pandangan dan keyakinannya. Mungkin juga beliau tidak berbuat begitu kerana tidak mahu mencabar kekuasaan Allah!

Kepada saya kalau Anwar hendak menyahut cabaran itu bersumpah laknat, lebih baik beliau buat setelah beliau terlebih dahulu mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 27 Ogos depan. Afdalnya sesudah melapaz ikrar sebagai ahli Parlimen beliau terus melapazkan sumpah muhabalah itu. Amin ya rabil alamin. [d'pauh 12:30 am 26/08/08]

Permatang Pauh 5 (Terkini)

Zulkifli Nordin Masih Utuh Bersama PKR

(kemaskini) BARU sekejap tadi Zulkifli Nordin menghubungi saya dan mengesahkan beliau masih "stabil" sehingga ke saat ini. "Tak ada... ana dah jelaskan dalam blog ana, tv3 pun ada interviu mengenai desas desus itu.
"Sekejap lagi ana akan berceramah dengan bos (Anwar) di Jalan Baru Seberang Jaya," begitulah katanya.
DESAS DESUS dan sebaran menerusi SMS mengatakan ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru Zulkifli Nordin, 45 mengumumkan menyertai Umno tidak benar. Zulkifli masih lagi bersama PKR dan kini berada di Permatang Pauh membantu kempen Anwar Ibrahim.

Zulkifli jam 2: 56 petang tadi yang menghubungi saya menerusi sms masih giat membantu Anwar dan beliau juga turut memberi butiran atau jadual ceramah Anwar malam ini.

Antara lain smsnya berbunyi; ni jadual boss (Anwar) hari ini; 5 pm Sungai Semambu, 8 pm Teluk Wang, 8:30 malam Taman Ciku, 9 pm Jalan Baru Seberang Jaya."

SMS itu menjelaskan beliau masih bersama PKR.

Zulkifli turun ke Permatang Pauh sejak Jumaat lalu dan giat berceramah membantu PKR. Semasa ceramah Anwar di Mengkuang Titi, Zulkifli muncul bersama Anwar.

Beliau juga tidak hadir sidang Parlimen hari ini kerana masih berada di Permatang Pauh.

Mungkin kehilangannya beberapa hari selepas turut terlibat dalam demostrasi membantah Majlis Peguam mengadakan forum bertajuk Memaluk Islam, dijadikan alasan untuk mempersoalkan kesetiaan ahli Parlimen itu kepada PKR.

Jelasnya berita atau sms berkenaan Zulkifli Nordin adalah rekaan dan satu fitnah berniat jahat bagi mengelirukan pengundi Permatang Pauh. [p'pauh 7:45 pm 25/08/08]

Sunday, August 24, 2008

Enekdot Politik

CD Mubahalah Bersepah Di Permatang Pauh

ANTARA bahan kempen yang ditabur oleh BN di Permatang Pauh ialah CD yang mengenai majlis lapaz sumpah (muhabalah) sepihak oleh sang pembacuh kopi bernama Saiful Bukhari Azlan. CD berkenaan diberi percuma kepada orang ramai.

Setiap kereta yang lalu lalang di depan pos BN pertugas kempen BN akan mengacu-acukan CD berkenaan kepada orang yang lalu lalang di situ. Ada yang mencapai dan ada yang langsung tidak mempedulikannya.

Antara isi yang terkandung dalam CD berkenaan ialah sidang akhbar yang diadakan oleh pembacuh kopi berkenaan. Seperti mana yang dilaporkan oleh media sebelum ini, budak pembacuh kopi itu tidak menjawab banyak soal yang dikemukakan oleh wartawan mengenai tujuannya kenapa dia beriya melapazkan sumpah itu dan juga mengenai kenapa dia berbuat demikian pada waktu ini.

Pembacuh kopi berusia 23 tahun itu hanya menjawab akan menjelaskannya di mahkamah. "Saua akan jawab di mahkamah... saya akan jawab di mahkamah." Jawaban mengelak begitu tentulah tidak memuaskan hati di kalangan wartawan.
Lagak pembacuh kopi itu mengingatkan kita kepada dua hamba Allah yang mempopularkan dua perkataan 'tidak relevan' dan 'correct...correct.." Hakim Augustin Paul semasa perbicaraan Anwar dalam satu kes melibatkan Anwar sering menolak hujah Anwar dengan mengatakan tidak relevan.

Manakala seorang peguam kanan pula dalam satu percakapan telefon dengan seseorang menyebut corret...correct bagi mengsahkan apa yang dicakapkan.

Apakah pembacuh kopi itu mempelajari tektik dan teknik sama dengan pemilik perkataan itu, Augustin Paul dan VK Lingam?

Dalam CD itu juga turut memaparkan wajah Imam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ramlang Pogiri yang berada di sisi untuk mendengar pembacuh kopi melapazkan sumpah kemudian bersalam dengan budak pembacuh kopi itu.

Hari ini semua terjawab apa yang berlaku di masjid Wilayah Persekutuan itu. Imam berhati mulia berkenaan turut sama hadir dalam majlis Munajat di masjid Perda, Permatang Pauh. Menurut Imam berkenaan beliau diarah supaya berada di majlis berkenaan tanpa mengetahui hujung pangkalnya.

Rakyat di Permatang Pauh tentu boleh menilai sejauh mana fakta dan juga mengenai tujuan majlis yang dilakukan oleh pembacuh kopi itu sehari sebelum hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, 16 Ogos lalu. Elok kalau penduduk Permatang Pauh melihat sendiri CD berkenaan, perhati dalam-dalam kemudian nilailah sendiri akan kebenaran dan ketulusan orang-orang yang gambarnya ada tertera dalam CD berkenaan. [d'kota kl. 11:00 pm 24/08/08]

Lintas Langsung Permatang Pauh

Imam Masjid Wilayah Persekutuan Turut Bermunajat di Permatang Pauh

(kemaskini) LAPORAN terbaru dari Permatang Pauh yang baru saya terima sekejap tadi, ribuan orang memenuhi masjid Perda, di Bandar Baru Perda bersiap sedia untuk melakukan munajat bagi memohon kepada Allah s.w.t. supaya menunjukkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan bersempena pilihan raya kecil Permatang Pauh yang sedang berlangsung kini.

Majlis berkenaan anjuran pihak PKR dalam siri kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos nanti. Calon PKR ialah bekas TPM Anwar Ibrahim.

Laporan Sdr Zurimi yang berada di lokasi majlis itu akan bermula bila-bila masa sahaja. Apa yang mengejutkan katanya, turut sama hadir dalam majlis itu dan ketika ini sedang berucap ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ramlang Porigi (foto) yang hadir menjadi saksi persumpahan mubahalah dilakukan pembacuh kopi berusia 23, pada 15 ogos lalu.

Menurut Ramlng beliau diarah untuk berada di situ sebaik saja selesai melangsungkan ijab kabul di masjid berkenaan.

Menurutnya sumpah mubahalah itu tidak sah kerana ia tidak dihadiri oleh pihak satu lagi. Menurutnya mubahalah seharusnya dihadiri kedua belah pihak. Imam itu juga mempersoalkan peraturan sumpah itu diadakan kerana mahkamah sivil masih belum membicarakan dan memutuskan apa-apa keputusannya mengenai dakwaannya ke atas Anwar Ibrahim.

"Sumpah mubahalah itu tidak sepatutnya dilakukan kerana mahkamah belum memutuskan apa-apa keputusan," begitulah kata-kata Ramlang dipetik dari satu klik video.

Kerana ita katanya sumpah laknat itu adalah untuk dirinya sendiri (pembacuh kopi) dan tidak ada kena mengena dengan orang lain.

Menurut Ramlang beliau tampil di masjid itu untuk menjelaskan kedudukan sebenar dan juga menyucikan dirinya yang dituduh dengan pelbagai tuduhan termasuk bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu mengaturkan majlis sumpah laknat itu.

"Saya tidak bersekongkol, saya cuma diarah berada di situ bersama empat imam lain. Teks juga ada pihak lain yang menyediakannya dan tidak perlu saya mendedahkan pihak berkenaan," ujarnya.

Majlis munajat yang akan berlangsung pada bila-bila masa itu turut dihadiri sama Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan tiba bila-bila masa saja.

Antara pemimpin agama Pas yang sudah ada ialah Ketua Dewan Ulama Pas, Muhammad Daud Iraqi, Pesuruhjaya Pas Perlis, Ustaz Hashim Jasin, Ustaz Haji Salleh Sik dan lain-lain.

Anwar Ibrahim juga turut sama ada. [wm.kl 9:10 pm 24/08/08]

Ulasan Isu

Perihal Najib dan Sumpah Sesumpahnya

(kemaskini) BEGITU terdesak dan tertekan sekali Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak dalam isu Altantuya Sharribuu. Kenapa beliau sampai turut terikut-ikut melapazkan sumpah dengan menyebut Walahi, Wabilahi, Watalahi... menafikan beliau kenal dengan Altantuya. Sumpah itu dilaporkan dibuat dalam masjid di Seberang Jaya dalam kawasan pilihan raya Permatang Pauh, Jumaat kelamrin.

Najib mengira dengan berbuat begitu isu mengenai Altantuya akan selesai dan tamat. Kalau itu perhitungan Najib maka ia silap dan telah melakukan kesilapan besar dan mempamerkan dirinya jahil dalam agama dan juga siasah. Kesian... Beliau juga tidak belajar dan membaca apa yang diterima 'si pembacuh kopi' setelah beliau bersumpah laknat ke atas dirinya kini.

Setelah Najib melapazkan sumpah berkenaan apakah persepsi umum mengenai beliau terhadap Altantuya sudah selesai? Apakah selepas ini orang ramai tidak akan mengaitkan namanya lagi dengan kes pembunuhan wanita Mongolia beranak satu itu?

Kalau orang mengait dan menyifatkan sumpah itu sebagai helah dan alasan Najib, maka sumpah itu tidak menjadi apa-apa erti dan makna serta tidak memberi kesan diharapkan. Ia adalah sama dengan sumpah P Ramle dalam filem Madu Tiga? Sumpah yang hanya untuk mengelakkan agar isterinya tidak marah.

Maka itu jadilah sumpah Najib itu tidak lebih daripada sumpah sesumpahnya; yang menukarkan warna kulit mengikut keadaan semasa.

Kenapa Najib begitu terdesak dan sampai sanggup mengheret sumpah dengan menyebut nama Allah dalam menyelesaikan isu politiknya? Apakah beliau tidak tahanan dengan desakan? Kalau Najib mengambil tindakan itu kerana itu, ia adalah silap besar. Dan kalau Najib bersumpah kerana terikut gelagat pembacuh kopi bernama Saiful Bukhari Azlan yang bersumpah memberi tahu dunia yang dia disondol dhubur oleh bekas majikannya, paling silap besar. Kelas Najib lebih kurang sama saja dengan si pembacuh kopi hitam itu.

Bukankah cara demikian mengaibkan bukan saja diri pembacuh kopi itu tetapi diri orang Melayu seluruhnya? Tidak pernah dibuat orang apa yang dibuat oleh si pembacuh kopi itu namun ia berlaku di zaman moden ini. Islam bukan saja melarang kita mendedahkan secara melampau keaiban orang, tetapi juga mengajar supaya menjaga keaiban sendiri.

Apakah kerana ingin mencari kebenaran menyebabkan terpaksa menggunakan nama Tuhan sebegitu sekali? Mengapa semurah itu nama Tuhan (Allah) dijaja dan dipergunakan untuk sesuatu tujuan yang bersifat kepentingan diri?

Berbalik kepada Najib tadi, samada Timbalan Perdana Menteri itu terlibat atau tidak dalam kes pembunuhan Altantuya itu soal Najib dengan dirinya dan Tuhannya. Tuhan tidak boleh membantu Najib membersihkan namanya bagi tujuan politik dengan sumpah itu. Tuhan hanya boleh mengampunkan Najib kalau dia bersalah dan jika Najib memohon maaf dengan penuh keinsafan. Dan kalau Najib tidak melakukannya Tuhan telah tahu terlebih awal daripada orang lain termasuk Najib sendiri.

Tidak payah Najib menggunakan Tuhan sebagai saksi kepada persumpahannya! Najib tidak akan berjaya mengugahkan orang ramai dengan saksinya itu (Tuhan) kerana Tuhan tidak akan tampil secara zahir untuk mengiyakan apa yang Najib lapazkan.

Orang yang menasihati Najib bersumpah adalah penasihat yang jahil mengenai agama dan kesan atau implikasi sumpah itu. Mereka yang menganggap dengan bersumpah akan membersihkan segala-galanya adalah mereka yang naif akal politiknya dan tandus keimanannya. Orang ini samalah sifat dengan mereka yang menganggap setiap orang yang mengerjakan haji dan umrah bersih dari dosanya! Itu dari segi fisafatnya sahaja, namun hakikatnya bukan begitu. Tidak semudah difikirkan apabila bersumpah maka perkara itu selesai.

Saya yakin tidak sampai suku pun dari rakyat Malaysia yakin dengan sumpah Najib itu. Bahkan sumpah itu menyebabkan orang tidak tahu apa yang berlaku disebaliknya akan belajar untuk mengetahuinya.

Makin bersumpah makin menyebabkan orang mengiyakan tuduhan ke atas Najib. Sama seperti dihadapi si pemacuh kopi itu, makin bersumpah makin orang tidak percaya dan menyebabkan orang berfikir bahawa beliau berbuat begitu tentu ada motifnya.


Sepatutnya Najib tidak melapazkan sumpah berkenaan. Apa lagi kalau tujuan bersumpah itu untuk menyatakan beliau bersih. Najib perlu ingat tanggapan buruk terhadap beliau oleh orang ramai bukan saja dalam kes Altantuya itu, tetapi dalam kes-kes lain juga yang belum selesai.

Apakah Najib bercadang untuk bersumpah menafikan serangkaian tuduhan dan persepsi buruk terhadap beliau? Kalau Najib mengambil kaedah itu banyak lagi masjid Najib kena naik dan melapazkan sumpah laknat di situ.

Apakah Najib akan bersumpah menafikan beliau tidak terlibat menerima komisyen pembelian kapal selam dan kapal perang bernilai lebih RM500 juta yang diuruskan Abdul Razak Baginda?

Apakah Najib nak bersumpah beliau tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana artis sekitar awal tahun 90-an dulu?

Apakah Najib akan bersumpah menafikan mengenai penglibatan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya seperti diketahui umum. Sebenarnya mengenai Altantuya yang perlu bersumpah bukan Najib tetapi isterinya, Rosmah Mansor. Kenapa Rosmah tidak melapazkan sumpah?

Apakah Najib sanggup bersumpah sewaktu beliau mengambil Rosmah sebagai isterinya edah perceraian Rosmah dengan bekas suaminya sudah lupus?

Apakah Najib juga akan bersumpah dia tidak sesekali akan menikam Abdullah Ahmad Badawi dari belakang dan tetap akan menunggu peralihan kuasa seperti dijanjikan?

Apakah Najib juga akan bersumpah beliau tidak sesekali menggunakan untuk apa-apa tujuannya wang dari pusat perjudian Genting dimana datuknya menjadi pengerusinya?

Dan banyak lagi perkara yang memerlukan Najib naik ke masjid dan bersumpah sekiranya beliau mahu menjadikan sumpah sebagai mekanisme untuk membersihkan dirinya. Jadi sekarang apabila Najib mula bersumpah maka beliau terus akan bersumpah menafikan segala apa juga tuduhan ke atas dirinya.

Kesimpulannya sumpah Najib itu tidak membawa apa-apa makna dan memberi apa-apa erti melainkan ianya sebagai helah dan sumpah P Ramle dalam filem Madu Tiga bagi mengelakkan di belasah isteri saja. [wm.kl 5:00 pm 24/08/08]

Permatang Pauh 5

Disini dipaparkan beberapa keping gambar di sekitar pilihan raya kecil Permatang Pauh (26 Ogos) sebagai ole-ole dari blog ini untuk penjenguk setianya. Terimalah seada dan seadilnya. Salam




Permatang Pauh 4

Tengku Razaleigh Turut Turun Ke Permatang Pauh


Mungkin ramai yang tidak menyedari calon Presiden Umno 2008, Tengku Razaleigh Hamzah juga ikut sama turun menjenguk pilihan raya kecil Permatang Pauh. Tengku Razaleigh sempat melawat beberapa pos Barisan Nasional di Seberang Jaya sebelum singgah di Rumah Umno di Tanah Liat.

Beliau juga berkunjung menemui calon BN Ariff Shah di pejabatnya di Seberang Jaya.

Kunjungan ringkas Tengku Razaleigh itu lebih kepada menampilkan dirinya yang bersiap sedia untuk mencabar Abdullah pada pemilihan Umno bulan Disember depan yang kini dikatakan semakin mendapat sokongan bahagian-bahagian Umno seluruh negara.

Tidak ada program atau jadual khas disediakan untuk Tengku Razaleigh berceramah berkempen Ariff Shah. Dalam kesempatan itu juga beliau ke rumah anak Sulaiman Palestin di Bukit Mertajam kerana menghadiri majlis perkahwinan anak Allahuarham.

Semasa kunjungan itu Tengku Razaleigh diiringi beberapa pemimpin Umno bahagian dalam negeri Pulau Pinang yang dikatakan menjadi penyokongnya. [wm.kl 12:15 am 24/08/08]