ULASA RASABerbagai badan atau institusi kajian dan penyelidikan wujud zaman ini yang menjadi pemantau atau pun untuk mengkaji sikap dan kecenderungan pengundi serta membuat hipotesis daripada berbagai sudut gunanya untuk memberi maklumat awal kepada umum dan pihak tertentu.
Institusi itu ada wujud secara
private diusahakan oleh para pengkaji dan penganalisa politik yang kemudian menjadikan badan itu sebagai pintu mendapat rezeki. Mereka akan sedia untuk diupah oleh mana-mana pihak. Dapatan mungkin adil dan benar, tetapi apa yang didedahkan hasil daripada kajiannya cederung kepada pihak yang melantiknya.
Selain itu ada juga badan pengkaji ini dibentuk oleh pihak kerajaan dan berkuasa sendiri. Boleh dikatakan seluruh kerajaan negeri mempunyai badan pengkaji sendiri yang selalunya juga bertindak sebagai badan strategi. Ratusan ribu bahkan jutaan ringgit dikeluarkan untuk tujuan ini.