ULASAN LEWAT
Tiga hari sebelum kelendar tahun 2017 ditutup berlangsung Biacara Anak Kelantan Merungkai 1001 Persoalan Bersama Husam Musa di Kota Bharu Kelantan. Mulanya bicara itu dirancang untuk menampilkan bersama dengan wakil-wakil dari Pas dan Umno.
Maksud penganjur, ialah untuk menampilkan ketiga-tiga pihak, Amanah, Umno dan Pas bagi bersemuka untuk berbual mengenai isu-isu panas dan terkini di Kelantan di hadapan anak-anak Kelantan secara telus dan terbuka.
Malangnya hasrat itu tidak tercapai apabila wakil Pas dan Umno menguzurkan diri. Wakil Pas yang dijemput ialah Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi, manakala wakil Umno Adun Paloh Nozula Mat Diah atau Zahari Kechik. Namun ketiga-tiganya tidak sanggup.
Keuzuran itu disifat oleh mereka yang dahaga untuk melihat tiga fraksi itu bersemuka mempersoalkan isu-isu Kelantan sebagai sengaja dan menyifatkan wakil Pas dan Umno itu pengecut dan tidak bertanggungjawab.
Jadi majlis itu dihadiri dan dihostkan Husam secara solo dengan moderatornya sahaja. Mula awal lagi Husam sudah memberi tahu akan implikasi dan fitnah dialog berkenaan apabila mendapat tahu wakil Pas dan Umno tidak bersedia hadir dan beliau akan tampil bersendirian. Kata beliau pasti kehadirannya itu akan dituduh sebagai bersubahat atau menjadi alat Umno.
Sebahagian yang hadir. |
Hasrat rakyat Kelantan untuk lihat tiga pihak berdialog hampa. |
Beliau ingin menyatakan kebenaran dan biarlah kebenaran itu diketahui oleh seluruh rakyat Kelantan. Kalau ada apa-apa yang didedahkan itu kabur, dialog itu boleh menjelaskannya.
Apabila beliau berani mengemukakan hujah bersama bukti di majlis itu menandakan beliau bertanggungjawab dengan apa yang dinyatakan itu. Dan jika kedua wakil itu hadir, maka di situ juga mereka dapat membangkang dan berhujah balik dengan Husam. Tetapi kerana mereka tidak hadir, ia memberi ruang bebas kepada Husam dan ruang itu tidak boleh disalahkan kepadanya jika dimanfaatkan sepenuhnya.
Keduanya, kehadiran itu juga menunjukkan keberaniannya dalam menyatakan kebenarannya. Kehadiran berdialog atas platform musuhnya itu juga menunjukkan kejantanannya. Jarang berlaku tetamu boleh bebas mengkritik tuan rumah tatkala berada dalam rumah. Inilah kelicitan politik Pengerusi PH Kelantan itu yang sepatutnya diciplat oleh pemimpin Pas dan Umno.
Jadi tidak timbul kalau beliau dikatakan bersubahat dan berpakat dengan Umno hendak menjatuhkan Pas. Naiflah kalau ada orang mengatakan Husam tidak mahu mengambil benefit atas apa yang ada. Memang pun itulah agenda beliau apabila beliau melihat banyak penyelewengan, penipuan dan kelemahan kerajaan Pas menyebabkan rakyat kerugian. Sebagai seorang pemimpin tanggungjawab menentang kemungkaran wajar baginya menjatuhkan sesuatu kerajaan itu.
Bagi Husam apa yang dilakukan Pas adalah kemungkaran. Beliau menentangnya setelah habis ikhtiar cara baik dan berhemah dilakukan tetapi ia tidak memberi kesan. Pihak kerajaan termasuk MB hanya diam membisu di atas apa-apa yang dibangkit dan disarankan seperti isu pembalakan, lombong, Ladang Rakyat, KPK, Korban Kredit dan lain-lain. Makanya jalan terbaik ialah mendedahkan kepada umum kerana dalam konteks politik itu cara sangat efektif.
Beberapa teguran dan kritikan cara baik tidak dihiraukan. Pihak kerajaan termasuk MB sendiri mendiamkan diri tanpa menjawab persoalan yang ditimbulkan. Maka sebagai melepaskan tanggungjawabnya dia wajar bercakap secara terbuka. Tidak ada niat beliau untuk bercakap seorang kerana dia sudah tahu awal-awal majlis itu akan menampilkan sama Umno dan Pas.
Keuzuran wakil Pas dengan seribu alasan itu tidak bijak. Ia menggambarkan wakil Pas takut untuk berhadapan dengan Husam. Selepas jemputan utama menolak penganjur cuba mencari tetamu lain, tetapi mereka juga tidak sanggup. Kenapa? Yang boleh difahamkan mereka tidak sedia berhadapan dan berhujah dengan Husam yang lengkap segala maklumat. Mereka hanya berani menjawab dan memerli Husam dalam media sosial menerusi cybertrooper atau semasa sidang Dun yang dikawal rapi oleh sang Speaker. Cis.
Sebenarnya tidak banyak pun keburukan kerajaan dan Pas yang Husam dedahkan dan perkatakan malam itu. Tidak ada apa yang baru melainkan mengulangi isu-isu yang sudah pun dilambakkan. Hanya ia diperincikan lagi siap dengan mengemukakan evidence bertulis.
Jadi kepada mereka yang bersangka Husam hendak menjatuhkan Pas dengan bicara itu, memang benar, tetapi yang tidak benarnya kalau menuduh dia bersubahat dengan Umno. Hakikatnya yang berpakat dan bersekongkol dengan Umno ialah Pas. Buktinya kedua wakil mereka tidak hadir walaupun dijemput.
Tidak bermakna bila Husam bercakap atas media sokmo.net milik Umno, bermakna Husam berkerjasama dengan Umno, sebabnya, Ahmad Yakob, Nik Amar Nik Abdullah, Takiyuddin Hassan, Nasaruddin Hassan, Tuan Ibrahim Tuan Man malahan presideng sendiri juga bercakap dalam TV2, TV2, dan TV3. Apakah peluang digunakan oleh pemimpin itu menggunakan saluran milik kerajaan dan Umno itu mengesah dan menandakan mereka berpakatan dengan kerajaan kleptokrasi? Begitukah? [wm.kl.11:16 am 03/01/18]
No comments:
Post a Comment