Monday, April 30, 2018

Balada Nik Omar mengheret kontroversi melinangkan air mata

SESUDAH SUBUH

Nik Omar tenang untuk bergerak ke pusat penamaan calon.
PUTERA sulung yang juga anak kedua bekas Mursyid Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar Nik Abdul Aziz, 53, jadi isu sejak awal lagi. Sebaik Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan apabila beliau menunjukkan minat kepada wadah pembaharu itu, ia sudah menjadi isu.

Bahkan beliau sudah pun diumumkan telah menyertai parti itu siap memegang jawatan dengan menggunakan nama samaran sebagai Muhammad Marwan. Di situlah kontroversi terpacak.

Saturday, April 28, 2018

Nik Omar bertanding di kerusi ayahnya, di Dun Chempaka.

LINTAS LANGSUNG

PUTERA sulung Allahyarham Nik Abdul Aziz, Nik Omar, 54 (foto) yang menjadi kontroversi kerana pembabitnya dalam politik hari ini terus menimbulkan persoalan apabila beliau muncul di pusat penamaan calon di Pengkalan Chepa untuk menyerah borang pencalonan.

Kemunculan Nik Omar, jam 8:45 pagi mengejutkan khalayak politik kerana beliau sebelum ini dikhabarkan mungkin membatalkan niatnya untuk bertanding kerana masalah keluarga.

Ada desas desus mengatakan hasratnya itu dihalang oleh ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishaq kerana bimbang berlaku pertempuran dengan adiknya Nik Muhammad Abduh yang dibayangkan akan diletakkan Pas di Dun  Chempaka.

Friday, April 27, 2018

PH menghidangkan calon bergizi berbanding Pas dan BN

ULASAN 

PAKATAN Harapan (PH) menjadi parti terakhir mengumumkan calon-calon mereka. Majlis pengumuman berlangsung di bilik gerakan PH Kadok dalam suasana gerimis malam yang dingin.

Katanya hujan turun sejak sebelum Maghrib lagi yang kadang kala bertukar menjadi hujan mencipta suasana dingin dan tenang. Seakan sudah ditetapkan sebaik selesai sessi sidang akhbar oleh Husam Musa, hujan redha ini memberi bayangan majlis itu direstui.

Mengutip kata-kata Pengerusi PH Kelantan Husam Musa yang berucap mengalu-alu para calon serta memberi sinopsis latar belakang iktisad calon, ternyata calon-calon PH mempunyai komposisi di kalangan mereka yang berketrampilan berbagai-bagai bidang. Sekaligus menggambarkan PH kaya dengan tokoh dan profesional yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat.

Thursday, April 26, 2018

Pas kemukakan senarai calon kitar semula

ULASAN PAGI

Mengibar bendera selepas calon diumumkan.
MALAM tadi Pas Kelantan telah mengumumkan 59 calon-calonnnya yang akan diturunkan dalam Piraum 9 Mei nanti. Ia diumumkan sendiri oleh presidenya Abdul Hadi Awang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu.

Pengumuman pencalonan oleh presiden ini pertama kali berlaku di Kelantan.

Wednesday, April 25, 2018

Rakyat perlu faham kenapa SPR haramkan gambar Dr Mahathir

ULAS PETANG

SPR telah membuat syarat tambahan mengenai bahan kempen pilihan raya umum kali ini di mana menghadkan kepada gambar presiden parti, timbalan dan mereka setaraf dengannya sahaja boleh diguna pakai sebagai bahan kempen.

Gambar selain daripada itu diharamkan.

Syarat tambahan ini bukan sahaja pelik tetapi ia suatu syarat gila bercanggah dengan naluri demokrasi dan juga hak bersuara dibenarkan perlembagaan. Jika diselami ia dibuat bukan untuk menambah baikkan demokrasi dan juga SPR tetapi mengotorkan demokrasi.

Tuesday, April 24, 2018

Taklimat calon PH meriah tetapi kurang mantap?

LAPORAN

Sebahagian calon-calon PH berikrar.
SAYA baru balik dari majlis taklimat kepada calon-calon Pakatan Harapan yang diadakan di Dewan Sivik MMPJ Petaling Jaya. Majlis itu diadakan dua sessi, penerangan kepada para calon PH dan kedua majlis ucapan umum diikuti dengan sidang akhbar.

Saya mengikut majlis umum, di mana ketua-ketua parti, (Majlis Presiden), Dr Mahathir Mohamad, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng memberi ucapan menitik semangat dan amanat kepada para calon.

Sunday, April 22, 2018

BN Kelantan pamer keyakinan untuk tawan Kelantan

ULASAN

Mustapa Mohamed bersemangat mengemukakan
manifesto partinya. Foto: Fathil Asri BH.
UBN Kelantan tampaknya ke depan berbanding dengan Pas dan Pakatan Harapan (PH) apabila mencuri peluang awal untuk membentangkan tawaran dan janji (manifesto) untuk rakyat Kelantan dalam pilihan raya kali ini.

Pedaluan BN mengemukakan manifestonya bagi dinilai oleh rakyat menunjukkan BN tidak sabar-sabar untuk menawan Kelantan.

Friday, April 20, 2018

Mek mengambil berat tentang solatku

BELASUNGKAWA

SEBAGAI anak sesiapa pun mempunyai banyak peristiwa dan kenangan bersama ibunya. Ibulah yang menganugerahkan sejuta kenangan kepada kita.

Ibu adalah orang paling hampir dengan diri kita. Kita dilahirkan dari rahimnya kemudian dibesarkan dengan mandian doanya menjadikan kita manusia seperti hari ini.

Ibu adalah guru pertama buat kita, yang mengajar makan, mengajar berkata-kata dan mengajar segala-gala alif bha tha kehidupan.

Wednesday, April 18, 2018

Ibu saya meninggal dunia

PEMAKLUMAN

Ibu tercinta saya Hajjah Mek Thom Haji Salleh telah kembali ke Rahmatullah pagi ini di hospital Machang dalam usia 76 tahun kerana sakit tua.

Kepulangannya setelah genap enam bulan adikanda saya Rusmini kembali ke Rahmatullah.

Jenazahnya akan dibawa ke kampung halaman di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan.

Jenazah insya-Allah akan dikebumikan selepas Asar nanti.

Atas simpati dan doa anda penjenguk blog Merah Tinta diucapkan berbanyak terima kasih. [subang. 12:54 t/hari 18/04/18]




Saturday, April 14, 2018

Kerajaan sementara Kelantan perlu hormati konvensyen

Abu Talib Othman
SELEPAS SUBUH

MALAM tadi saya berjumpa dengan bekas Peguam Negara Abu Talib Othman semasa sama-sama bertahlil kesyukuran sempena hari ulang tahun Tengku Razaleigh Hamzah di rumahnya. Dikesempatan itu saya sempat bertanya beliau berhubung bidang kuasa atau pun peranan kerajaan sementara (caretaker) yang wujud sekarang ini apabila parlimen dibubarkan.

Apa yang ingin diketahui berhubung cadangan kerajaan sementara Kelantan untuk memanggil mesyuarat bagi meluluskan kontrak pemberian kawasan balak.

Thursday, April 12, 2018

Hingga ke saat akhir Husam tegur dan mengingatkan Ahmad Yakob

KENYATAAN
Ahmad MB semantara.
Husam terus tegur.
BEKAS Adun Salor Husam Musa terus membela rakyat Kelantan dan mahu menjaga khazanah negeri Cik Siti Wan Kembang itu hingga ke saat-saat akhir. 

Apa yang beliau nampak dan kesan mungkin tidak terkesan oleh Adun lain, termasuk 12 Adun daripada BN. Kalau 12 Adun BN tidak terkesan apalah diharapkan kepada 30 bekas Adun Pas dan seorang bekas Adun PKR yang hanya tahu mengangguk dan "engeh".

Tuesday, April 10, 2018

SPR terus kena godam

KOMEN MALAM

BELUM habis dikritik hebat oleh pihak pembangkang kerana melakukan pindaan sempadan kawasan pilihan raya secara Gerrymendering, SPR khusus pengerusi SPR Hashim Abdullah (foto) kini digodam pula kerana menetapkan hari pengundian pilihan raya umum ke 14 pada hari berkerja, 9 Mei 2018.

Pemilihan tarikh itu ditafsirkan sebagai SPR sengaja mahu mengurangkan peratus pengudian yang mana ia seolah-olah sengaja mahu mengenepikan pembangkang yang sudah membuat jangkaan awal-awal sekiranya peratus keluar mengundi rendah ia memberi peluang besar kepada UBN untuk menang pilihan raya.

Bara kebangkitan rakyat Muar merebak ke Temerloh

PERISTIWA 

Kebangkitan masyarakat Peneroka di sekitar Temerloh.
BARA kebangkitan rakyat Johor khususnya di Muar telah merebak ke Temerloh negeri Pahang Indrapura pula. Pergerakan rakyat kini persis air deras yang akan merempuh benteng.

Malam tadi bertempat di Taman Cengal Temerloh, ribuan rakyat keluar untuk berhimpun di program Jelajah Peneroka untuk mendengar syarahan dan amanat dari para pemimpin PH menjelang pilihan raya.

Monday, April 9, 2018

Panji PH diangkat di Pasir Gudang demi membina semula kubu Bentayan di Muar


Sallahuddin sedang berucapan dihadapan ribuan pendengar
dalam himpunan di Muar.
.
HIMPUNAN Pakatan Harapan (PH) di Parit Raja, Muar dua malam lepas adalah kesenimbungan himpunan besar di Pasir Gudang sebelumnya. Pasir Gudang adalah kawasan MB Johor Khalid Norden.

Majlis itu diadakan sebaik Najib Razak mengumumkan parlimen dibubarkan 7 April. Seperti mana diduga majlis-majlis politik dari mana-mana fraksi akan meningkat sambutannya secara mendadak sebaik mengetahui parlimen dibubarkan kerana orang ramai makin "mania" dengan pilihan raya.

Saturday, April 7, 2018

Pastikan pilihan raya ke 14 bersih dan telus

SUSUPAN PETANG

HARI dan saat yang ditunggu-tunggu telah sampai, semalam Najib Razak telah mengumumkan yang hari ini 7 April parlimen penggal ke 13 telah dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke 14 dijalankan.

Segala spekulasi mengenai bila tarikh pilihan raya sudah tidak berlaku lagi. Andaian sebelum ini kononnya Najib terlalu takut untuk mengadakan pilihan raya sudah termansuh. Najib masih menghormati sistem demokrasi negara ini.

SPR akan mengadakan mesyuarat seberapa segera untuk menentukan hari penamaan calon dan hari mengundi. Dijangka Rabu atau Khamis ini hari paling segera SPR memanggil mesyuarat.

Thursday, April 5, 2018

Niat RoS bubar PPBM baik, tetapi silap?

REAKSI 

Dengan mudah kita boleh mengatakan tindakan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan mengeluarkan perintah pembubaran sementara kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah atas restu pemipin parti memerintah (UBN). Walaupun pegawai di RoS memahami bidang kuasanya dan boleh melaksanakan undang-undnag itu dalam kes PPBM ini dia boleh menangguhnya atas semengata budibicara.

Tetapi kerana RoS juga bertindak seperti SPR yang melaksanakan persempadanan baharu kawasan pilihan raya dengan menggunakan kriteria yang tidak masuk akal, maka RoS juga menjalankan perkara yang sama. Kedua-dua agensi itu dilihat mahu membantu parti memerintah menang dalam pilihan raya.

Monday, April 2, 2018

Jelang pilihan raya: Nik Abduh timbul masalah kepada Pas?

PENDAPAT PETANG

Nik Abduh Nik Aziz
SUDAH hampir sebulan audio yang didakwa suara Nik Abduh Nik Abdul Aziz beredar. Isunya bukan audio berkenaan tetapi pendedahan yang dibuat oleh Nik Abduh dalam seperti disebut oleh audio itu. Ada beberapa perkara penting dan mengejutkan. Dan apa disebut Nik Abduh itu boleh mengesahkan apa yang tersebar sebelum ini.

Perkara itu ialah mengenai ada pemimpin Pas yang menerima wang daripada Umno. Malahan beliau sendiri mengakui menerima wang daripada Umno. Jumlah yang jelas disebut ialah RM2 sebagai bantuan untuk Pas menghadapi pilihan raya negeri Serawak.

Sunday, April 1, 2018

Bersama kita mengingati kekejaman Israel ke atas rakyat Pelastin

PANDANG TELUS

Muka jalan utama untuk masuk ke kem Sabra dan Shatila.
KITA di Malaysia kalut menanti saat tiba pilihan raya umum ke-14 dengan satu maksud dan tujuan untuk menjatuhkan Najib Razak sekaligus menamatkan riwayat kerajaan kleptokrasi UBN berusia lebih 60 tahun.

Desakan meruap-ruap dalam diri kita untuk berbuat demikian kerana tidak tahan dengan ulah dan perangai kerajaan pimpinan Najib. Mereka yang "over" terbakar pula bertindak hendak memboikot pilihan raya. Mereka ini samalah dengan segelintir rakyat Pelastin yang melupai tanggungjawab dan peranan mereka sebagai rakyat Pelastin.