Edmund L Gomez dan Azam Baki. |
Friday, December 31, 2021
Gomez, Borhan dan Abu Zahar, Azam Baki terbela?
Thursday, December 30, 2021
Abd Karim cikguku yang mengajar sampai ke akhir hayat
BELASUNGKAWA
"SIAPA nama Mohd Sayuti bin Omar," Tiba-tiba nama aku diseru. Aku yang berada di barisan ke empat sebelah jendela segera angkat tangan dan bangun. Semua mata dalam kelas Tingkaan 3C itu menoleh ke arah aku dengan sedikit kehairanan.Yang menyeru namaku itu seorang guru lelaki, yang bertubuh kurus tanpa misai, bajunya tidak dimasukkan dalam seluar. Dia berpakaian ringkas cukup memenuhi syarat personaliti sebagai guru. Tubuhnya sedikit bongkok.
"Awak mari sini, ikut saya," katanya sambil menguek tangan sebaik aku bangun. Kekawan lain memandang dengan rasa terus kehairanan. Kenapa tiba-tiba aku dipanggil? Apakah aku telah melakukan kesalahan? Dengan rasa sedikit risau aku mengekori guru berkenaan.
Friday, December 24, 2021
Ke mana teman-temanku penulis buku?
SESUDAH SUBUH
HIDUP ini semakin menjauh dan sepi. Dunia seakan kian tergeser dan suasana kini seperti sudah tidak serasi dengan diri ini lagi. Ia sudah menjadi milik orang lain, orang-orang baru, generasi millennium.Apakah kerana usia sudah meningkat, atau dunia kian menjauh daripada kehidupan ini, menyebabkan perasaan itu menimpa diri? Suasana atau dunia penulisan buku apa lagi buku politik tidak semeriah dahulu lagi.
Wednesday, December 22, 2021
Husam dan kemanusiaan sedunia
Husam menghulurkan bantukan kepada Siti Nur Azizah salah seorang mangsa. |
Thursday, December 16, 2021
Gesaan Dr Mahathir wajar dilaksanakan
ULASAN
Dr Mahathir mempamerkan memoir terbarunya. |
Setelah sistem berkenaan berjalan sejak lebih setengah abad (dikira mulai tahun 1955), sewajarnya ia dibincang bagi menyemak sejauh mana kebekesanannnya dan juga apa-apa kemungkin kesan huduh terhadap pentadbiran negara yang dilahirkan dari sistem itu.
Pirane Sarawak formaliti beri kemenangan percuma buat GPS
SESUDAH SUBUH
LUSA (18 Disember 2021) merupakan hari mengundi untuk pilihan raya negeri (Pirane) Sarawak. Pengundian awal telah berlangsung semalam. Dalam pilihan raya kali ini seramai 1,252,014 pemilih berpeluang untuk membuat pilihan ke atas 349 calon.
Seperti lazimnya perlawanan dalam pilihan raya di Sarawak, membabitkan pertandingan lebih daripada dua penjuru. Keadaan ini menyebabkan pilihan raya di negeri Kenyalang itu sebuah pesta setiap lima tahun sekali.
Selepas proses penamaan calon dijalankan, mengarcakan berlaku pertandingan tujuh penjuru ditujuh kawasan atau Dun. Lima penjuru di 24 kawasan, empat penjuru di 33 Dun, tiga penjuru di 13 Dun dan satu lwan satu hanya di empat Dun.
Wednesday, December 15, 2021
BBC tidak sehaluan dengan kehendak Najib dan Zahid?
REAKSI
KEDUDUKAN Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri semakin kukuh ekoran sokongan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC). Pengerusinya Tajuddin Abdul Rahman menyatakan demikian dalam satu sidang akhbar lewat petang semalam. Alasan Tajuddin untuk BBC mnyokong Ismail Sabri kerana PM itu berjaya mencapai prestasi baik dalam tempoh 100 hari.
Sehubungan itu Tajuddin mencadangkan agar Ismail Sabri terus menjadi perdana menteri sehingga berakhir penggal parlimen ke-14 pada Mei tahun depan. Ertinya BBC tidak bersetuju dengan sebahagian ahli parlimen dan pemimpin Umno yang mahu Sabri Ismail membubarkan Parlimen dalam masa terdekat.
Saturday, December 11, 2021
Ismail Sabri sudah mengecapi zat sebagai perdana menteri
PANDANGAN PETANG
Zat sebagai PM sudah dikecapinya. |
Semua ini terungkap hari ini semasa merasmi mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Bera, apabila beliau memberi pandangan bahawa Parlimen tidak perlu dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.
Wednesday, December 8, 2021
Najib perlu tenang hadapi sunatullah
REAKSI
HARI ini tanggal 8 Disember 2021 mencatat sejarah tersendiri khasnya buat bekas perdana menteri Najib Razak apabila Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM240 juta kerana disabit bersalah atas pertuduhan melakukan rasuah.
Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Nazlan Mohd Ghazali pada 28 Julai 2020. Najib dituduh berkaitan dengan aliran wang milik SRC International berjumlah RM42 juta ke dalam akaunnya.
Tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang mendengar rayuan Najib, Abdul Karim Abdul Jalil, Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara mengekalkan hukuman penjara dan denda ke atas Najib yang dibuat oleh Nazlan Ghazali.
Najib dalam satu sidang akhbar selepas pendengaran rayuannya itu melahirkan rasa kesal atas keputusan itu dan telah mengarahkan team penguam belanya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Kita tidak mahu komen panjang, cuma pengakuan Najib yang beliau tidak bersalah dan banyak melakukan kebaikan untuk membantu negara, mungkin benar, tetapi sama ada beliau bersalah atau tidak biarlah mahkamah menentukannya. Rakyat pula mengharapkan perbicaraan yang adil dan telus.
Lazimnya sesiapa juga yang dihadap ke mahkamah sukar untuk mengaku kealahannya, lebih-lebih lagi apabila mereka mampu untuk menyediakan team penguam yang handal.
Apa yang sedang dilalui oleh Najib kini sudah menjadi sunahtullah sebagai seorang pejuang atau ahli politik. Perasaan yang tertanggung di atas pundak Najib pernah dilalui dan dipikul oleh Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin politik sebelum ini.
Hal sama juga sedang dihadapi oleh sahabat baiknya Zahid Hamidi dan juga beberapa yang lain.
Dalam pada itu Dr Mahathir Mohamad seperti tidak senang dengan apa yang berlaku dan menimpa Najib itu dengan menyindir Najib mungkin akan kembali menjadi perdana menteri sekali lagi. Apakah yang dimaksudkan oleh bekas perdana menteri itu?
Apakah beliau mengira apabila Najib membawa rayuannya ke Mahkamah Persekutuan dan kini masih berada di luar penjara kerana dibenarkan jamin, ia memberi gambaran Najib akan lepas?
Sekiranya Najib kembali menjadi perdana menteri kali kedua, Mahathir tidak pun perlu berasa aneh kerana ia telah melakukannya sebagai pendahulun. [wm.kl.5: 35 pm 08/12/2021]
Thursday, December 2, 2021
Buku baru yang ungkap kemisterian Anwar belum jadi PM, dalam percetakan.
SESUDAH SUBUH
Wednesday, December 1, 2021
Rasional kalau Amanah bergabung dengan PKR
REAKSI
Keduanya perlu mencari titik temu untuk jana kekuatan. |
Parti itu perlu menerimanya dengan sikap tasamuh dan tenang.
Anwar dalam menjawab rumours mengenai hal itu kepada wartawan memberi tahu pihaknya ada menerima cadangan penggabungan itu, tetapi ia tidak dibincang secara lebih mendalam. Ertinya ia sudah masuk dalam pengetahuan presiden Keadilan itu dan diberi perhatian apabila menyedari ada sok sek soksek dalam parti serpihan Pas itu.