ULASAN
Tidak perlu bertangguh-tangguh lagi undurlah... |
Tidak ada perkataan "berundur" atau "letak jawatan" secara spesifik dalam dua kenyataan Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja itu, tetapi apa dizahirkan baginda itulah maksudnya begitu yang dimengertikan umum.
Para bijak pandai dan ahli makrifat istana sangat memahami maksud dan tujuan kenyataan di Raja berkenaan.
Sebagai golongan berdarjat dan terkenal mempunyai adat istiadat dan berbudi luhur, Raja mempunyai bahasa dan budi bicara tersendiri, Raja tidak akan menggunakan bahasa kesat dalam meminta atau inginkan sesuatu yang tidak manis, bagi mengelak menjatuhkan aib seperti berundur atau letak jawatan.
Raja sesekali tidak menyebut sesuatu itu secara terang sebaliknya banyak berkias. Inilah kebijakan Raja-Raja sangat menjaga aib dan malu orang, kecualilah apabila sesudah baginda murka buruklah perangainya.
Kalau untuk menyatakan kemarahan dan rasa tidak senang hati terhadap seseorang pegawai istana atau pembesar negeri, cukup baginda berkata; pergilah berburu atau memakan angin merihatkan akal fikiran. Itulah cara Raja dan Sultan menyampaikan maksud halus dan berseni. Atau kalau baginda tidak setuju dengan sesuatu hal atau perkara, baginda akan berkata, beta kurang berkenan memanda dan cubalah berbuat yang lain pula.
Ada dua perkara penting dan menjadi pokok dalam kenyataan Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja semalam yang disuarakan melalui kenyataan media disampaikan oleh Dato' Pengelola Diaja dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Pertama mengenai keadaan kerajaan hari ini yang sudah tidak stabil yang perlu dibentuk kerajaan mendapat sokongan majoriti rakyat, dan kedua buka segera parlimen.
Kuncikata kepada kenyataan itu ialah kepada dua perkara itu. Perlu difahami kenapa baginda mengatakan perlu "dibentuk kerajaan yang mendapat sokongan rakyat." Frasa ini boleh dimengertikan bahawa kerajaan PN pimpinan Mahiaddin kini sudah tidak mendapat sokongan rakyat lagi.
Sementara kenapa baginda meminta sidang parlimen dibuka segera, dalam frasa itu tidak pun dijelaskan ia perlu untuk parlimen menentukan sokongan kepada Mahiaddin sebagai perdana menteri. Tetapi apa kena difahami apabila parlimen dibuka sudah tentulah ia akan turut membincangkan apakah perdana menteri yang ada sekarang masih mendapat sokongan atau tidak.
Demikian juga baginda tidak menyebut tarikhnya, tetapi kalau sang memanda tidak bangang, dungu dan tolol akan tahu menghitung masa dan tempoh dikatakan SEGERA itu bermakna dalam masa paling cepat bukan berbulan-bulan apa lagi menunggu itik jantan bertelor.
Yang boleh ditafsirkan permintaan agar parlimen dibuka itu ialah untuk Mahiaddin mendapat pengesahan apakah kedudukan beliau sebagai PM ada majoriti atau tidak. Ertinya baginda mengarifi bahawa majoriti Mahiaddin di parlimen kini diragui.
Kesangsian itu tentulah setelah baginda melihat dan mendapat maklum balas perjalanan kerajaan selama ini. Misalnya Sultan Selangor terang-terang menzahirkan rasa dukacita pemberian dos vaksin untuk Selangor yang dianggap tidak adil.
Jadi Mahiaddin tidak perlu tunggu apa-apa lagi, selain mengambil keputusan berundur segera. Beliau tidak perlu mendapat tafsiran baru dan titah lain daripada Agong untuk lekas berundur. Kata orang pergilah sebelum dihalau, naikkan kapal sebelum sauh diangkat dan layar dikembangkan, untuk mengelakkan anda menangis di pelabuhan.
Keputusan berat.
Memang suatu keputusan yang berat dan sukar untuk beliau lakukan itu, berundur. Sayang untuk meninggalkan kuasa, kedudukan dan elaun ratusan ribut. Tetapi sebaik-baik tindakan dan keputusan hari ini itulah. Beliau tidak perlu mendengar pujuk rayu dan jaminan daripada sesiapa lagi khasnya beberapa menteri yang mengelilingi dan menumpang hidup dengannya. Kita tahu, dalam hati kecil beliau ada rasa bersalah lalu bercadang untuk berundur. Tetapi kerana pujukan dan sokongannya menjadi ia ralat. Sebenarnya Mahiaddin bukan bongok sangat.
Tetapi mungkin kerana beliau dihasut dan diberi jaminan kononnya kedudukannya masih kuat, kononnya rakyat bersamanya, yang diadu dombakan oleh menteri-menteri pasola itu, menyebabkan dia masih berfikir untuk tidak meletak jawatan. Jangan lambat membilang waktu duhai Mahiaddin.
Mahiaddin tidak perlu dengar dan percaya kepada jaminan-jaminan hantu itu. Beberapa menteri yang menjadi tongkat serandangnya, seperti Azmin Ali, Hamzah Zainuddin, Takiyuddin Hassan, Annuar Musa, Abdul Hadi Awang dan lain-lain. Mereka inilah menjadi penyucoh karak di punggung Mahiaddin. Mahiaddin perlu sedar mereka ini hanya mahu memperalatkan dirinya sahaja untuk kepentingan mereka. Sebaik-baiknya berjemak berkiralah dengan keluarga sendiri.
Bagi saya mereka ini tidak lebih dari ulat tahi yang mencari makan dan rezeki dari setongkol tahi. Manakala Mahiaddin pula adalah setongkol tahi dan menjadi habitat rezeki buat mereka. Mereka akan memakan segala najis-najis dalam tahi itu untuk survive mereka, setelah tahi hancur dan lumat mereka akan tinggalkan. Mereka juga akan mati bersama hancurnya tahi.
Hari ini apa yang rakyat tidak kata dan ejek kepadanya. Semua pihak membuat unjuk rasa kesal marah dan geram. Bukan sahaja dari pembangkang, tetapi dari dalam kerajaan juga. Pemimpin Umno tidak lagi berselindung menyerang dan mengejek Mahiaddin.
Kalau pun yang mendiamkan diri, hanya mereka yang diberikan jawatan dalam kerajaan sebagai menteri, seperti Khairy Jamaluddin, Shamsul Anuar Nasarah, Noraini Ahmad, Halimah Saddiqe, Ismail Sabri Yaakob, Annuar Musa, dimana mulut mereka dikunci dan terkunci dengan jawatan. Mereka ini cuba mempamerkan politik professional walhal mereka menjaga tembolok bodoh mereka semata-mata.
Sesungguhnya jalan ke syurga bagi Mahiaddin adalah berundur, letak jawatan. Terimalah seruan dan laksanakan desakan umum. Fahaman titah diRaja setulus hati. Mungkin ada sedikit ruang kepadanya untuk tidak berbuat demikian, dengan mengemukakan pelan pembentukan kerajaan baru yang bersifat nasional. Tetapi itu tidak memberi apa-apa makna dan menyelesaikan masalah. Mungkin juga ia tidak ada dalam benak dan perkenan Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja kerana cadangan dari sang Singa Tua mewujudkan kerajaan Mageran langsung tidak disentuh.
Mahiaddin ibarat sekuntum Mawar, kelopaknya sudah relai dan hancur. Baunya juga sudah hilang entah ke mana. Yang akan tinggal hanya kenangan.
Rakyat akan angkat tabik dan beri penghormatan kepada Mahiaddin kalau beliau menghadap Agong sehari dua ini untuk menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai perdana menteri. [wm.kl. 10:17 am 17/06/2021]
No comments:
Post a Comment