Wednesday, June 23, 2021

8 Menteri patut letak jawatan serentak bersama Mahiaddin

SUSUPAN MALAM

DARIPADA 32 orang menteri dalam kerajaan
Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Curitokrasi
pimpinan Mahiaddin Md Yassin,
sekurang-kurang lapan menteri perlu mengambil tanggungjawab terhadap kelemahan, kelembaban dan kegagalan mereka menguruskan negara khasnya mengawal pandemik Covid-19 dengan meletak jawatan.

Menteri-menteri itu ialah,

1. KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR, (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) yang bertanggung-jawab menguruskan pembelian vaksin dan pelaksanaan program imunisasi Covid-19.

Beberapa kenyataan dikeluar Khairy sangat meragukan dan boleh dipertikaikan. Ada unsur berdolak dalih seperti mahu menyembunyikan sesuatu di sebalik kenyataanya. Terbaru mengenai dakwaannya yang negara EU telah membolot vaksin menyebabkan program mega PPV tidak dapat dilaksanakan dalam kadar cepat. 

Tidak sampai 48 jam dakwaan itu dinafikan oleh Duta EU di Kuala Lumpur. Kantoilah Khairy. 

Khairy berjaya mempamerkan lagaknya sebagai budak bijak, tetapi hasilnya mengecewakan.

2. HAMZAH ZAINUDDIN: (Menteri Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara. Keupayannya menguruskan soal keselamatan negara boleh dipersoalkan. Salah satu sebab pandemik sukar dibendung kerana kegagalan (kelonggaran) penguatkuasaan terhadap orang ramai. Aspek penguatkuasaannya terletak ditangan PDRM dibawah seliaannya. 

Paling mendukacitakan dirinya sendiri gagal menjadi contoh sebagai seorang rakyat berdisiplin apabila beberapa kali tidak memakai pelitup muka. Ada di sudut-sudut tertentu penguatkuasaan PDRM terhadap orang ramai dilakukan bertompok dan tidak merata. Sesetengah tindakan PDRM diketawakan oleh orang ramai disebabkan tidak munasabah. 

3. ISMAIL SABRI YAAKOB (Menteri Pertahanan) yang juga bertindak sebagai jurucakap kerajaan setiap hari. Kenyataan daripadanya penting untuk dipatuhi dan dijadikan pedoman oleh rakyat, tetapi sayang ianya tidak tegas, lembek, dan berubah-rubah tidak konsisten macam warna baju yang beliau pakai setiap kali tampil membuat kenyataan, bervariasi. Walaupun beliau sebagai menteri pertahanan yang seharusnya tegas, tetapi ayam dan itik pun tidak menggeruminya.  

Kenyataanya juga tidak selari dengan kenyataan menteri-menteri lain menyebabkan sering bercanggah antara satu sama lain dan menyebabkan rakyat bingung dan keliru.  Alhasilnya dia disumpah berbakul-bakul setiap hari. Seolah-olah Ismail cakap apa yang tidak dibincang dalam MKN yang disertainya. Kejadian ini menyebabkan wibawanya sebagai Menhan spoi.

4. ADHAM BABA (Menteri Kesihatan) yang bertanggungjawab langsung kepada soal kesihatan rakyat negara ini. Dengan jumlah kematian kerana Covid sudah cecah angka 4,637 dan jumlah kes kumulatif sebagai 711,006 jelas menunjukkan KKM sebagai tunggak utama dalam menangani Covid gagal. Negara-negara sudah nampak cahaya di hujung terowong mengenai Covid ini, negara kita terus bergelapan. Atas kegagalan ini wajar beliau mengambil tanggungjawab meletak jawatan.

5. HISHAMMUDDIN HUSSEIN (Menteri Luar). Wibawanya sebagai menteri luar boleh dipertikai dan dipersoalkan. Peranannya bukan saja tidak membawa keuntungan kepada negara tetapi memalukan negara. Beliau tidak layak jadi Menelu kerana tidak mempunyai daya diplomasi dan konteks meluas dengan negara-negara luar untuk mempengaruhi ketua-ketua negara asing khasnya negara yang mengeluarkan vaksin untuk diperolehi negara kita dengan cepat.

Baru-baru ini beliau mengunjungi Presiden Mesir, walhal sepatutnya beliau ke negara-negara EU yang didakwa Khairy membolot vaksin itu. Untuk apakah ke Mesir, atau nak cari tahi Unta bagi dijadikan penawar Covid, buat baja Kobis bolehlah tahi Unta itu?

Beliau juga lebih banyak bekerja untuk mencapai cita-cita politiknya untuk jadi PM daripada membantu negara keluar daripada pandemik. Apa didedahkan Nazri Aziz hari ini menjelaskan perkara itu. Menurut Nazri dia yang jadi taukeh kumpul SD sokong anak Hussein Onn itu. 

6. MOHAMED AZMIN ALI: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Azmin lebih banyak bercakap fasal fakta-fakta dan memberi unjuran perkembangan ekonomi yang tidak munasabah dan masuk akal sedang dalam masa sama makin banyak pelabur asing sedia ada meninggalkan negara ini berpindah ke negara jiran. 

Langkah pelabur ini disebabkan beliau tidak berkeupayaan untuk mengurus dan menyakinkan pelabur yang sedia ada supaya kekal. Seperti juga Hishammuddin, Azmin lebih ralik mencatur masa depan politiknya daripada memikirkan soal nasib rakyat dibaham Covid. 14 bulan jadi menteri kabinet bukan untuk bantuk negara, tetapi untuk memperkuatkan diri sendiri. 

7. RADZI JIDIN (Menteri Pendidikan). Kegagalan menteri ini jelas apabila untuk mengatur jadual persekolahan pun tidak tahu dan nampak "terguai gai" macam Beruk tersangkut di dahan pelepah nyiur menyebabkan warga guru dan murid kebingungan.

Sekejap sekolah dibuka, sekejap sekolah ditutup. Sekejap buka semula sekejap tutup pula. Tukang sapu dan jaga sekolah lebih arif dan memahami persekitaraan dan dunia sekolah berbanding dengannya, walaupun dia dakwa pernah bekerja di Tasmania Hobart, Australia selama 20 tahun. Mungkin betul juga, berada di sana bukan kerja bersangkutan dengan pendidikan boleh jadi menjadi pemungut bola golf. 

Beliau "buah cempedak di luar pagar" tetapi egonya tinggi enggan belajar dengan pegawai kementerian yang lebih arif mengenai dunia persekolahan. Janjinya untuk beri tablet kepada murid berjumlah 150,000 unit sudah hilang ke mana, apabila tidak sampai 20,000 unit tablet sahaja yang sampai. Terbaru umumkan yang kerajaan akan mengambil 18,000 guru baru, untuk mengajar apa dalam masa PKT dan darurat ini, untuk mengajar Beruk barang kali. 

8. TAKIYUDDIN HASSAN (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), yang jaga undang-undang dan Parlimen. Sama seperti Radzi tidak mahu belajar dan ego tinggi menyebabkan nampak sangat kecetakan pengetahuannya mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.

Paling dangkal apabila beliau gagal untuk menafsirkan titah Yang di-Pertuan Agong agar Parlimen dibuka secepat mungkin. Kerana kedangkalan itu beliau diketawa dan diejek oleh orang ramai sebagai tidak reti bahasa Melayu. Sebenarnya beliau tahu dan reti tetapi sengaja berbuat begitu kerana hendak membodek perdana menteri. Takiyuddin ini terkenal sebagai kaki bodek dan politik play safe.

8. ZULKIFLI BAKRI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama. Sebagai individu bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, sepatutnya beliau menggunakan kepakaran dan saluran yang ada untuk mendidik dan mengajak manusia bersikap terbuka (tasamuh) dalam menghadapi bencana Covid hari ini. Beliau harus lebih kreatif untuk mendamaikan keadaan emosi rakyat.

Tetapi hal itu tidak tertunjuk, beliau sebaliknya lebih gemar kepada kerja-kerja untuk mencari glamour dengan artis, hadir majlis tahnik anak penghibur, hadir majlis akad nikah dan sebagainya, dimana tugas itu tidak perlu dia yang tangani cukup Tok Siak kopiah robek sahaja melakukannya. Susah kalau menteri tidak tahu tanggungjawab dan amanah sebagai menteri. 

Saksiahnya sebagai menteri agama gagal dipamerkan apabila beliau sendiri melanggar SOP Covid, menunjuk-nunjuk diri apabila dapat naik jet peribadi ke Madinah. Terlengak-lengak macam Kera Duku kena belacan. 

Kesemua mereka ini patut secara serentak meletak jawatan bersama Mahiaddin Yassin, sebagai tanggungjawab atas kegagalan mereka mentadbir negara selama setahun 14 bulan. Sikap akauntabiliti itu lebih mulia daripada berdegil untuk tidak melepaskan jawatan dengan menggunakan seribu helah yang tidak munasabah dan pandir mandir. Harapnya mereka insaf dan sedarlah bahawa kelemahan mereka, ketidakupayaan mereka boleh menyebabkan negara dan rakyat berada dalam keadaan makin parah. [wm.kl. 8:49 pm 23/06/2021]

No comments: