Monday, June 10, 2019

Misteri kematian 14 Orang Asli menuju ke titik akhir

ULASAN

Zulpuri (tengah) ketika membuat lawatan
ke lombong berkenaan.
KEMATIAN misteri 14 masyarakat Orang Asli suku Batqe di Kuala Koh mungkin akan terjawab tidak lama lagi berikutan sudah ada perkembangan dan tanda-tanda akan menjawab persoalan yang menghantui pemikiran umum sehari dua ini.

Pengesahan oleh pakar kesihatan bahawa mereka yang meninggal, tidak ada sangkut paut dengan Tibi membuka persepsi baharu ke arah mencari jawabannya.

Menurut pakar kesihatan dua daripada 14 yang meninggal disahkan mengalami kesukaran bernafas, (pneumonia) bagaimana pun punca sebenarnya masih belum diketahui.

Tidak cukup dengan pengesahan daripada pakar perubahan seperti mana disebut Menteri di JPM Wyatha Moorty selepas mendengar taklimat daripada Pengarah Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin itu, penjelasan oleh Timbalan Menteri Menteri Tanah, Sumber Asli dan Air Tunku Zulpuri Shah Raja Puji yang mengadakan lawatan mengejut ke sebuah lombong di terletak di Jalan ke Sungai Koh, bakal menghuraikan masalah yang tersimpul di benak.

Tunku Zulpuri dalam kenyataan selepas membuat tinjaun ke lombong berkenaan memberi tahu kemungkinan lombong berkenaan menjadi punca pencemaran kepada sungai yang menjadi keperluan Orang Asli. Ada sesuatu yang cacat di lombong berkenaan tetapi tidak diketahui umum.

Salah satu ialah mengenai kolam kumbuhan lombong berkenaan nampak elok di luar tetapi setelah disiasat berlaku limpahan air yang mengalir ke sungai ini mengundang pencemaran. Kolam itu bertindak menjadi pengurai sisa dan bahan kimia kerana perlombongan.

Selain itu, ini yang pelik dan mengejutkan lombong berkenaan dikatakan beroperasi dalam keadaan tanpa lesen. Lesen yang diluluskan sudah tamat tahun 2017 lagi. Keberanian lombong ini terus beroperasi agak mengharainkan. Apakah keadaan lombong itu tidak dipantau oleh pihak-pihak berkenaan?

Pengoperasian lombong tersebut baharu dihentikan setelah kecuh mengenai kematian Orang Asli itu.

Apakah berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa menyebabkan lombong tersebut bebas beroperas? Hal ini perlu dituntaskan segera.

Tunku Zulpuri dalam tinjauan ke lombong itu tidak menolak kemungkinan lombong itu menjadi punca pencemaran sungai yang boleh mengakibatkan bahaya kepada penggunaanya.

Air sungai tercemar.
Apa dikatakan Tunku Zulpuri itu sesuai pula dengan maklumat diterima hasil daripada perbualan pihak tertentu dengan Orang Asi di situ mereka memberi tahu air sungai yang digunakan kini sudah tidak asli lagi. Rasanya berubah dan ada semacam bau yang tidak menyenangkan manakala tubuh menjadi gatal-gatal selepas mandi disungai berkenaan.

Berbalik kepada kewujudan lombong berkenaan, kelulusan kawasan adalah dibawa bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan. Sementara lesen perlombongan diberikan oleh kerajaan Persekutuan setelah semua aspek keselamatan dan kelestarian alam sekitar dipatuhi.

Menjadi persoalan kini apakah tidak ada pemantau langsung daripada pihak Jabatan Geosains dan Meniral negeri Kelantan dan juga agensi bersangkutan membuat siasatan ke atas lombong berkenaan atau mana-mana kawasan perlombongan bagi memastikan ia berjalan mengikut peraturan ditetapkan.

Dalam perkembangan lain difahamkan lombong berkenaan juga ada melakukan leputan yang sudah pasti menggunakan bahan yang merbahaya. Hal ini katanya diakui sendiri oleh pihak lombong, bagaimana pun kerja-kerja meletup itu dinafikan oleh pihak Geosains dan Mineral Kelantan. Macam mana ketidakselarasan ini berlaku?

Meneliti kepada beberapa perkara itu semacam ada sesuatu yang disembunyikan berkaitan pengoperasian lombong berkenaan. Seperti ada sesuatu yang dilaporkan tidak jujur. Dalam pada itu berbagai teori mengenai kematian Orang Asli itu juga dikeluarkan oleh pihak tertentu yang seakan bertujuan menutup masalah sebenar dan berlaku pengeliruan.

Kononnya kematian Orang Asli suku Bateq itu disebabkan penyakit keturunan, tersampuk hantu, kesumpahan dan sebagainya. Ada juga yang memberi gambaran masalah mereka kerana kekurangan zat makanan atapun disebabkan tidak mempunyai perubatan yang cukup.

Dengan apa yang muncul sekarang ini jelas segala teori itu hanya sengaja diadakan dengan motif tertentu. Yang jelas pihak pakar kesihatan mengesahkan mereka bukan meninggal kerana Tibi tetapi disebabkan mengalami kesukaran bernafas. Punca kenapa berlaku demikian sedang dikaji.

Kita percaya dengan tindakan segera kerajaan khususnya arahan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar siasatan segera dijalan satu untuk memastikan punca kematian 14 Orang Asli itu. Dan cadangan dikemukakan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa agar diditubuhkan penyiasatan forensik dikira dapat membantu menyegerakan untuk mengetahui puncanya.

Manakala jaminan diberikan Azizah sekiranya punca kematian itu disebabkan pencemaran air sungai, tindakan tegas hendaklah diambil kepada mereka bertanggungjawab. Hendakanya isu ini akan terurai dalam masa sehari dua ini dan tindakan perlu diambil tanpa mengira bulu darjat dan keturunan. Keselamatan nyawa lebih penting daripada kepentingan diri.

Sejejar itu, peristiwa yang mentrajdis itu kerajaan perlu memberi perhatian serius kepada masalah kehidupan Orang Asli khasnya suku Bateq itu. Sudah sampai masanya cara kehidupan mereka yang primitif dimana ia dijadikan alasan kesulitan untuk mengurus kehidupan mereka direfomkan sejajar dengan aspirasi kerajaan Malaysia baharu. [wm.kl.8:52 am 10/06/19]

No comments: