Fobia 901 Ganti Fobia Baju T Bersih
SAH baju T berwarna kuning (Bersih) yang sebelum ini ditakuti dan menjadi satu fobia kini sudah merebak dan diganti dengan "Kempen Bebas Anwar 901". Ada pihak-pihak yang begitu takut dan bimbang dengan kempen ini. Fobia ini boleh dinamakana Fobia 901.
Semalam menurut laporan akhbar penjilat buntut nombor wahid, sebanyak 77 laporan polis dibuat oleh Umno di seluruh negara yang menggunakan berbagai-bagai nama.
Laporan itu meminta polis mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang mengjadi penganjur kempen berkenaan. Alasan yang digunakan ialah himpunan 901 itu menganggu proses undang-undang.
Dari sudut mana ia boleh menganggu proses undang-undang tidak dinyatakan dengan jelas. Apakah himpunan itu menyebabkan hakim Mohamed Zabidin Mohd Diah akan mengubah keputusan? Bukankah keputusan hakim terhadap perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar itu dibuat berdasarkan fakta dan keterangan kedua-dua pihak, pendakwa dan pembela? Tidak mungkin hakim akan membuat keputusan dengan mengambil kira senario yang dibuat orang awam di luar mahkamah. Kalau hakim mengambil suasana di luar sebagai asas penghakimannnya, jahil sangatlah hakim berkenaan.
Mustahil kalau hakim akan mengambil kira dengan gema-gema diluar untuk membuat keputusan itu. Hakim Zaidin Mohd Diah tidak akan mengambil kira apa yang dilakukan oleh penyokong Anwar. Beliau juga tidak akan mengambil kira kebimbangan yang dilantunkan oleh Umno terhadap himpunan berkenaan. Itu bukan asas atau pun sokongan keputusan.
Jadi orang yang waras dan otak yang sihat kerana cukup vitamin C atau H hingga L tidak akan mudah terpengaruh dengan dendangan kebimbangan mana-mana pihak terhadap himpunan atau kempen 901 itu.
Seperti dinyatakan sebelum ini pengikut Anwar Ibrahim dan ahli PKR serta penyokong Pakatan Rakyat seluruhnya berhak untuk melakukan apa saja untuk membebaskan hero mereka. Anwar adalah hero mereka. Tindakan mereka itu samalah nilainya dengan Umno yang menyokong Ha Najib Razak akan tetap membela Najib dengan apa cara sekali pun.
Tindakan itu, baik membela Anwar atau Najib merupakan perlaksanaan sistem demokrasi di negara ini. Kebebasan membela itu juga dijamin oleh perlembagaan negara. Apakah mereka yang menentang kempen berkenaan jahil mengenai perlembagaan dan hak-hak berpersatuan?
Sementara kebimbangan himpunan itu boleh menimbulkan ketegangan dan masalah kepada orang awam hanyalah alasan semata-mata. Ia adalah dongengan si bodoh yang suka mengambil kesempatan atas apa juga isu untuk kepentingan politik. Golongan ini usahkan hal-hal himpunan yang masih dalam jagaan polis tahi pun mereka sedia mengambilnya kalau ia boleh mewangikan siasah mereka.
Kita rasa kumpulan orang awam yang hendak diselamatkan oleh golongan itu sendiri sudah tahu apakah himpunan seperti itu menganggu mereka atau tidak. Masalah hari ini kepada Umno rakyat lebih bijak dan bermaklumat dari mereka.
Selalunya himpunan sebegitu akan menjadi masalah kepada orang ramai apabila ada pihak-pihak lain termasuk keselamatan mengambil bahagian sama menjadi tukang halak (provok). Begitu juga ia akan menjadi masalah kalau puak-puak Umno yang menjelma atas berbagai-bagai nama itu ikut sama turun bertempik dan melemparkan objek.
Tegasnya halangan kepada himpunan itu secara tidak langsung menunjukkan UBN kini semakin terdesak dan mereka sudah merasakan sokongan rakyat semakin menipis. Laporan mengatakan kedudukan Pakatan Rakyat terdesak, hilang sokongan ada dakyah dan propaganda semata-mata yang hakikat sebenarnya UBN yang bermasalah.
Peristiwa lewbih 500 anggota MCA keluar parti dan menyebabkan beberapa cawangannya parti kerabat Umno itu dibubarkan satu pukulan maut buat UBN. Dalam masa media penjilat buntut cuba memberi reputasi buruk kepada UBN menerusi laporan bohong, tiba-tiba ahli UBN yang bertindak keluar parti.
Berbalik kepada Fobia 901 tadi yang diuar-uarkan sebagai himpunan haram dan menganggu proses perundangan negara ini, rasanya semua rakyat sudah faham. Sekiranya himpunan itu dihalang dan gagal terus diadakan, kesan dan natijah dari tindakan itu tetap menguntungkan Pakatan Rakyat. Jadi bagi UBN kalau mereka mahu dihormati berpolitiklah secara gentlemen kerana zaman sekarang zaman orang berani menunjukkan keberanian tidak dikira hadapan siapa. [wm.kl.7:50 am 31/12/11]
1 comment:
Assalamu alaikum tuan. Kalau Amerika ada 911 kini Malaysia ada 901.
901 ibarat Pakatan Rakyat dapat tendangan penalti. Anwar boleh minta sesiapa pun dalam pasukannya untuk mebuat sepakan dan terserahlah pada kemampuan penjaga gol BN untuk mengalang bola dari masuk ke dalam gawang.
Buat penyokong Pakatan Rakyat pula jangan ghairah sangat dengan tendangan penalti itu kerana berapa ramai bintang ternama gagal menjaringkan gol bila mengambil sepakan penalti.
Rasanya rakyat berada diiitahap cukup dekat dengan kemenangan kerana bola sudah di tempat sepakan penalti, hanya penendang penalti danpenjaga gol sahaja yang akan menentukan, tapi ingat kalau bola muntah ke kawasan pemain atau ditepis keluar dan mendapat tendangan sudut, nah di situlah peranan kita pula.
Maka, tunggulah tiupan wisel pengadil pada tendangan penalti itu.
Pastinya, UMNO amat resah dengan 901 kerana takut pada amarah rakyat yang tak terduga. Kita pasti rakyat tak akan bertindak di luar batas undang-undang kerana rakyat Malaysia memang bijak untuk menjaga negara tercinta ini.
Post a Comment