Azalina Othman Said. |
Apakah Azalina digugurkan dahulu kerana menteri itu ada disiasat oleh SPRM yang membabitkan wang ratusan ribu ringgit yang ditemui dalam kereta bekas Setiausaha Politiknya? Azalina juga turut sama dikaitkan dengan satu projek dibawah kementerian Pelancongan yang dipegangnya yang menimbulkan meraguan.
Apakah kemasukan semula Azlina ke dalam kabinet itu menunjukkan menteri yang belum berkahwin tetapi mempunyai seorang anak lelaki itu sudah suci dan bersih dari nifah politik?
Apa yang jelasnya, Azalina sudah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik sebaik beberapa hari memegang jawatan menteri. Tugas dan tanggungjawabnya bukan kepada kerajaan menerusi porfolio yang dipegangnya, tetapi kepada Najib.
Azalina yang dikatakan bertanggungjawab kepada badan kehakiman dan parlimen mengambil alih daripada Shahidan Kassim, belum membuat apa-apa arahan kepada Jabatan Peguam Negara khususnya dalam kes membabitkan pendakwaan terhadap Najib.
Abdul Ghani Petail sebelum dihambat keluar dari kamar Jabatan Peguam Negara dikatakan sudah merangka deras pertuduhan ke atas Najib. Dan gara-gara deraf itulah maka beliau dihalau turun sebelum sampai ke "setesen" sebenarnya. Abdul Ghani tamat tempoh persaraan bulan Oktober depan.
Sebaliknya Azalina sudah menunjukkan kejantanannya membela Najib, meletakkan Najib lebih penting daripada negara dengan mencadangkan supaya diadakan satu deklarasi taat setia terbuka kepada Najib. Deklarasi itu juga termasuk kepada ahli-ahli parlimen BN sebagai menokhtahkan terhadap spekulasi dan masalah yang berbangkit kini, yakitu projek untuk menggulingkan Najib.
Cadangan Azalina itu adalah sejajar dengan perkembangan muasir dalam Umno kini yang mana dikhabarkan ada kalangan ahli parlimen Umno dan BN yang ingin menjatuhkan Najib. Azalina bangkit membela Najib daripada jatuh.
Cadangan Azalina itu tidak ada kena mengena dengan kedudukan negara dan bangsa yang harus beliau perjuangkan. Deklarasi itu sebagai untuk menyatakan taat setia dan menjujung kasih kepada Najib yang mengambilnya berada dalam kabinet semula. Bukankah tindakan Azalina itu sebagai satu pengampuan besar?
Untuk pengetahuan Azalina, deklarasi taat setia itu tidak perlu sama sekali. Najib tidak memerlukan taat setia daripada ahli parlimen Umno atau BN, kerana taat setia dan sanjungan yang ada sudah mencukupi. Ketaatan sesetengah ahli parlimen Umno kepada Najib lebih kuat daripada ketaatan anjing kepada tuanya. Sesetengahnya sebelum Najib terbatuk sudah berlari mendapatkan ubat, atau pun Najib baru terkentut setengah sudah mengambil air mebersihnya. Teruk.
Jawatan, projek dan segala macam kedudukan yang diberikan termasuk timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri, pengerusi agensi kerajaan dan sebagainya telah menjadi satu upahan paling mahal oleh Najib kepada mereka untuk taat kepadanya. Saya percaya kalau Azalina tidak diberikan jawatan itu, cadangan deklarasi itu juga tidak kedengaran. Bukankah cadangan itu terbit daripada upahan menerusi jawatan?
Yang diperlukan Najib kini ialah kepercayaan dan keyakinan daripada rakyat. Rakyat hari ini sudah tidak percaya lagi kepada Najib, baik dari segi perbuatan, cakap dan juga amalannya. Cakap-cakap Najib hanyalah permainan kata-kata indah, begitu juga penampilan dirinya penuh berwibawa tidak membawa makna langsung buat rakyat dan negara.
Hakikat ini dapat dilihat kepada apa yang berlaku kepada negara dewasa ini. Para pemuja Najib tetap mengatakan kejatuhan nilai ringgit tidak memberi kesan kepada negara. Setengah ada yang berkata kejatuhan nilai ringgit membawa rahmat kepada negara. Ngor. Sedangkan hakikat dari kelemahan nilai ringgit menyusah dan membebankan rakyat.
Begitu juga penyonglapan wang RM2.6 billion yang dikata dari dana 1MDB ke dalam akaun peribadi Najib tidak ada apa-apa masalah berbangkit. Pemuja Najib menerima sebaiknya dengan mendakwa wang itu dari sumber yang halal dan bersih. Mereka terima seadanya seperti kura-kura melihat gajah.
Apa yang berlaku kepada kakitangan kerajaan khasnya badan-badan penguasa dan keselamatan sesuatu yang tidak boleh disebut lagi. Badan-badan penguasa itu kini dalam keadaan tertekan dan delima. Nasib diterima oleh pegawai SPRM yang diganggu tugas mereka telah menghilangkan integriti Najib sebagai perdana menteri. Kacau ganggu ke atas SPRM adalah pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia secara terbuka.
Najib dan timbalannya sudah menggunakan veto politik.
Begitu juga dengan arahan ke atas sesetengah pegawai polis yang cuba berkhidmat dengan jujur mengikut piagam perkhidmatan dan sumpah ikrar mereka, diganggu dan dikucar kerana hendak menyelamatkan Najib. Jiwa dan hati orang-orang ini semua berada dalam keadaan sakit dan pedih. Hubungan pegawai kerajaan dengan Najib kini berada dalam keadaan tidak sangat selesa. Implikasi daripada itu menyebabkan semangat mereka untuk berkerja menjadi "tawar lember."
Justeru daripada Azalina menganjurkan deklarasi taat setia kepada Najib lebih afdal kalau beliau bercakap dan mengaturkan kaedah bagaimana mahukan perdana menteri itu turun dari takhtanya. Usaha itu lebih berguna.
Azalina harus melupai manfaat yang diperolehinya daripada Najib tetapi memikir faedah besar untuk bangsa dan negara. Bagi orang bergelar pemimpin berfikir tentang nasib dan masa depan rakyat, adalah lebih baik dari memikir mengenai diri sendiri. Pemimpin yang tidak bersedia mengorbankan kepentingan untuk rakyat adalah pemimpin yang munafik.
Azalina boleh jadi seperti Muhyiddin Yassin dan Shafei Afdal mereka sanggup dibuag daripada jemaah menteri kerana tidak mahu bersekongkol melindungi kebusukan Najib. Kepada Azalin dan mereka yang bermati-matian untuk mewangikan Najib percayalah, kebusukan yang meruap dalam rongga usus Najib lebih teruk daripada shit yang ada dalam usus Dr Mahathir suatu masa dulu. [wm.kl.8:32 am 18/08/15]
No comments:
Post a Comment