SUSUPAN PETANG
Mukhriz ikut jejak ayahnya. |
Orang-orang Umno harus merasa bangga dengan keberanian dan keikhlasan Mukhriz melemparkan pandangan yang agak kontroversi dan dalam keadaan pemimpin lain sedang menyelamatkan diri daripada hilang kuasa dan kedudukan.
Selain membuat cadangan yang bersangkut paut dengan Umno dan tersentuh batang hidung Najib itu, Mukhriz juga membuat cadangan agar cukai GST sebanyak 6 peratus dikurangkan sebanyak 3 peratus demi rakyat.
Mukhriz tahu cadangan itu boleh membawa padah kepadanya, tetapi sebagai seorang pemimpin dia perlu berkata benar dan berprinsip serta tidak berpura-pura. Apa yang diwairsi dan dilakukan oleh bapanya kira-kira 46 tahun lalu kini cuba dipraktikan oleh MB Kedah itu.
Dr Mahathir Mohamad dizaman mudanya telah berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang anak muda yang berani dan lantang apabila mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra al Haj ketika itu perdana menteri menerusi sepucuk surat layang kemudian menjadi surat terbuka. Dr Mahathir menyalahkan kepada Tunku Abdul Rahman di atas berlakunya tragedi 13 Mei. Kemarahan Mahathir kepada Tunku juga apabila beliau kalah dalam pilihan raya di kerusi Kota Star dalam pilihan raya umum 1969.
Gara-gara kritikan Mahathir menerusi surat itulah yang akhirnya menyebabkan Tunku Abdul Rahman dilanda masalah dan persepsi buruk yang mana akhirnya terpaksa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan menyerahkan kepada bapak Najib, Razak Hussein. Pengunduran Tunku Abdul Rahman itu dilihat sebagai kejayaan pertama Mahathir dalam menentang penguasa politik dan seterusnya meletakkan namanya dalam arena jagat politik Malaysia.
Tampaknya apa yang pernah dilakukan si ayah itu kini dituruti oleh sianak pula. Najib pada masa ini adalah presiden Umno dan perdana menteri Malaysia. Kandati pun cadangan berupa gesaan Mukhriz itu bersifat umum atas maslahat untuk menyelamatkan parti, tetapi maksudnya jelas ia ditunding kepada Najib.
Manakala cadangan agar cukai GST itu diturunkan memperlihatkan beliau sebagai pemimpin yang memahami kehendak dan kesusahan rakyat. Kedua-dua cadangan itu sudah pasti mempopularkan dirinya dan bakal menjadi aset politik buat dirinya.
Persoalannya apakah Mukhiz sedang mempersiapkan dirinya menjadi Mahathir muda dalam Umno yang kini berhadapan dengan kemelut rakyat hilang kepercayaan kepada presidennya yang juga perdana menteri ekoran terdedah beberapa skandal sangat mengaibkan itu?
Mukhriz yang membuat gesaan itu ketika merasmikan mesyuarat perwakilan di Kapar berharap ahli-ahli Umno akan menyokong cadangannya itu. Katanya, biarlah pemimpin Umno disingkir oleh ahli-ahli Umno daripada ianya ditolak dalam pilihan raya. Pada saya pandangan dan pendirian Mukhriz itu sangat tepat dan perlu disokong.
Mungkin Mukhriz sudah bersedia menerima risiko disebalik cadangannya itu. Walaupun ia amat praktikal serta menempati kehendak rakyat, tetapi memberi konotasi bahawa beliau tidak senang dengan Najib Razak sebagai perdana menteri kini. Pendolor Najib akan mentafsirkan Mukhriz sebagai pengkhianat.
Sebab itu dikatakan gesaan itu adalah satu langkah berani oleh seorang Pengerusi Perhubungan Umno negeri. Saya tidak nampak ada pengerusi perhubungan negeri-negeri lain yang seberani Mukhriz walaupun mereka juga tidak senang dengan Najib.
Sebab itu dikatakan gesaan itu adalah satu langkah berani oleh seorang Pengerusi Perhubungan Umno negeri. Saya tidak nampak ada pengerusi perhubungan negeri-negeri lain yang seberani Mukhriz walaupun mereka juga tidak senang dengan Najib.
Selain Mukhriz memang ada beberapa pengerusi Perhubungan Umno negeri yang cuak dan sudah muak dengan Najib tetapi mereka hanya mengemankan rasa hiba dalam diri sahaja. Mereka tidak senang dengan Najib tetapi mengambil sikap mendiamkan diri. Jadi apabila Mukhriz berani membuka mulut melontarkan sesuatu yang sangat perlu dan tepat, maka wajar kalau beliau dinobatkan sebagai seorang pemimpin barisan kedua Umno yang berani dan bertanggungjawab.
Mereka yang lain harus berasa malu dengan Mukhriz. Demikian juga Khairy Jamaluddin perlu melawan keberanian Mukhriz dalam menjaga wibawa dan maruahnya selaku ketua pemuda. Kalau tidak Khairy akan dikatakan sebagai pondon. Seluruh ahli Umno perlu memberi sokongan dan bersama dengan Mukriz sekiranya mereka sudah membuat konsesus yang Najib sudah menjadi liabiliti kepada Umno dan Kerajaan.
Apabila anak Mahathir itu membuat gesaan itu dia tidak main-main tetapi beliau menunjukkan wisdom sebenar sebagai seorang pemimpin. Gesaan itu menyerlahkan Mukhriz bukan seorang yang sedia menjadi pak turut atau pun yesman. Dan dia mengerti apakah risiko dan bahanan daripada kata-katanya itu.
Tidak mustahil selepas ini Najib memberi fokus khusus kepada Mukhriz bukan sahaja setakat menjawab perlantikan Mukhriz sebagai MB Kedah sebagai melalui jalan mudah dan ia dibuat dengan kuasa prerogatifnya, tetapi dengan lebih jauh lagi mungkin Najib akan bertindak atau mula menggelarkan Mukhriz sebagai duri dalam daging.
Selepas ini Mukhriz harus bersedia menerima padahnya. Mungkin tindakan ke atas Mukhriz akan dibuat selepas MT bermesyuart pada tarikh terdekat apabila cadangan itu dibawa ke dalam mesyuarat MT oleh Mukhriz. Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Shafei Afdal sudah tentu bersetuju dan bersama Mukhriz dengan cadangan itu.
Kemuncak apa yang mungkin menimpa Mukhriz kelak kemungkinan dia akan menerima nasib sama dengan Muhyiddi dan Shafei, dipecat sebagai MB Kedah. Dan kalau ia menjadi realiti itulah yang dikehendaki oleh Mukhriz kerana ia akan digelar sebagai wira oleh ahli Umno dan rakyat yang membenci Najib.
Apakah Mukhriz akan menjadi hero nombor tiga selepas Muhyiddin dan Shafei Afdal?
[wm.kl.7:14 pm 24/08/15]
No comments:
Post a Comment